faktor menolak komunikasi visual mesej ... yang dipaparkan. haug dan lavin (1983), salmon (1989)...

12
E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 733 FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ KESIHATAN PADA KOTAK ROKOK OLEH PEROKOK TEGAR Rusydi Mohamad Kamal 1 , Abd Rauf Ridzuan 2 , Fakrulnizam Jafri 3 , Rosdi Safian 4 , Jalilah Jaafar Sidek 5 & Khurul ‘Ain Mahasan 6 1,2,3,4,5 Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia [email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected],& [email protected] ABSTRAK Pemaparan komunikasi visual mesej kesihatan pada kotak rokok menjadi asas kajian bagi mengenalpasti apakah faktor utama yang menyebabkan kumpulan perokok tegar ini menolak mesej yang dipaparkan. Kajian juga bagi mengenalpasti bagaimanakah jenis penolakan yang berlaku samada menolak membaca mesej, atau tiada sebarang kesan terhadap mesej, faktor ketagihan ataupun faktor-faktor penolakan lain yang menjadi punca. Berdasarkan kajian lepas penyelidik mendapati terdapat kesan emosi dialami oleh perokok yang menerima kesan mesej kesihatan yang dipaparkan tetapi tidak berjaya membuatkan mereka berhenti merokok kerana merupakan perokok tegar dan kajian ini menumpukan kepada mesej tidak memberi kesan kepada mereka kerana faktor menolak. Penyelidikan ini menggunakan penelitian kualitatif di mana penyelidik telah menjalankan sesi temubual kumpulan fokus yang terdiri daripada seramai 5 informan berasal daripada faktor demografi yang berbeza. Kajian ini menggunakan paradigma pemprosesan mesej oleh khalayak yang mengandaikan beberapa faktor iaitu faktor mempengaruhi keaktifan pemprosesan maklumat, ketidaksamaan maklumat dan percanggahan dan pembolehubah penerima, mesej, sumber dan saluran yang mempengaruhi pemprosesan maklumat. Paradigma ini mengatakan bagaimana khalayak terdedah kepada mesej, keaktifan memproses makluman, percanggahan, saluran dan pengaruh mesej tersebut. Kesan mesej itu bergantung kepada faktor mesej iaitu menolak dan menerima seperti perasaan takut, menolak, tahu, bertindak. Kajian ini adalah untuk melihat faktor yang ada pada mesej dalam mempengaruhi perokok menggunakan mesej berbentuk visual. Paradigma permasalahan kajian ini menyatakan bahawa dipengaruhi oleh faktor pemprosesan mesej oleh khalayak iaitu; Faktor Menolak pada mesej yang menolak individu daripada memproses mesej. Faktor ini ada pada diri individu seperti keterlibatan sama ada seseorang individu terlibat secara langsung dengan isu ataupun mesej yang disampaikan. Kata kunci: Komunikasi visual, Mesej visual, Mesej kesihatan, perokok tegar

Upload: trinhbao

Post on 17-Apr-2018

253 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 733

FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ KESIHATAN PADA

KOTAK ROKOK OLEH PEROKOK TEGAR

Rusydi Mohamad Kamal1, Abd Rauf Ridzuan2, Fakrulnizam Jafri3, Rosdi Safian4, Jalilah Jaafar Sidek5 & Khurul ‘Ain Mahasan6

1,2,3,4,5Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia

[email protected], [email protected], [email protected], [email protected],

[email protected],& [email protected]

ABSTRAK

Pemaparan komunikasi visual mesej kesihatan pada kotak rokok menjadi asas kajian bagi mengenalpasti apakah faktor utama yang menyebabkan kumpulan perokok tegar ini menolak mesej yang dipaparkan. Kajian juga bagi mengenalpasti bagaimanakah jenis penolakan yang berlaku samada menolak membaca mesej, atau tiada sebarang kesan terhadap mesej, faktor ketagihan ataupun faktor-faktor penolakan lain yang menjadi punca. Berdasarkan kajian lepas penyelidik mendapati terdapat kesan emosi dialami oleh perokok yang menerima kesan mesej kesihatan yang dipaparkan tetapi tidak berjaya membuatkan mereka berhenti merokok kerana merupakan perokok tegar dan kajian ini menumpukan kepada mesej tidak memberi kesan kepada mereka kerana faktor menolak. Penyelidikan ini menggunakan penelitian kualitatif di mana penyelidik telah menjalankan sesi temubual kumpulan fokus yang terdiri daripada seramai 5 informan berasal daripada faktor demografi yang berbeza. Kajian ini menggunakan paradigma pemprosesan mesej oleh khalayak yang mengandaikan beberapa faktor iaitu faktor mempengaruhi keaktifan pemprosesan maklumat, ketidaksamaan maklumat dan percanggahan dan pembolehubah penerima, mesej, sumber dan saluran yang mempengaruhi pemprosesan maklumat. Paradigma ini mengatakan bagaimana khalayak terdedah kepada mesej, keaktifan memproses makluman, percanggahan, saluran dan pengaruh mesej tersebut. Kesan mesej itu bergantung kepada faktor mesej iaitu menolak dan menerima seperti perasaan takut, menolak, tahu, bertindak. Kajian ini adalah untuk melihat faktor yang ada pada mesej dalam mempengaruhi perokok menggunakan mesej berbentuk visual. Paradigma permasalahan kajian ini menyatakan bahawa dipengaruhi oleh faktor pemprosesan mesej oleh khalayak iaitu; Faktor Menolak pada mesej yang menolak individu daripada memproses mesej. Faktor ini ada pada diri individu seperti keterlibatan sama ada seseorang individu terlibat secara langsung dengan isu ataupun mesej yang disampaikan. Kata kunci: Komunikasi visual, Mesej visual, Mesej kesihatan, perokok tegar

Page 2: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 734

1. Pengenalan Kajian ini adalah untuk menilai kesan komunikasi mesej kesihatan pada kotak rokok ke atas perokok. Penggunaan komunikasi visual adalah satu langkah agresif Kementerian Kesihatan untuk mendidik publik tentang bahaya merokok. Bermula pada tahun 2009 Kementerian Kesihatan telah menetapkan kotak rokok mesti mengandungi 40 peratus grafik yang dicetak pada bahagian depan dan 60 peratus di belakang sebagai satu langkah yang diambil bagi mengurangkan jumlah perokok yang mencecah 2.73 juta orang. Statistik oleh Kementerian Kesihatan menerusi laman webnya (www.infosihat.gov.my) menunjukkan rakyat Malaysia membelanjakan sebanyak RM16 juta sehari membeli rokok. Sebanyak RM30 juta diperuntukkan oleh kerajaan pada Kempen Tak Nak memberi kesan sebanyak 77 peratus tidak berhenti merokok manakala 33 peratus lagi berhasrat untuk berhenti merokok (www.infosihat.gov.my). Hal ini memaksa kerajaan bertindak lebih tegas dengan menetapkan peraturan mereka yang di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan membeli rokok dan begitu juga penjual rokok tidak boleh menjual kepada mereka. Langkah kerajaan juga tidak membenarkan jualan rokok secara batang malah jualan minima adalah 14 batang sekotak di mana peningkatan harga rokok secara berperingkat dilakukan.

Penggunaan komunikasi visual di kotak rokok dikuatkuasakan mulai 1 Jun 2009 dan mulai tarikh tersebut, semua kotak rokok di pasaran Malaysia diwajibkan mempunyai 40 peratus amaran bergrafik di bahagian hadapan dan 60 peratus di belakang kotak. Langkah-langkah lain yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui Kementerian Kesihatan adalah menaikkan harga rokok dan percetakan tulisan amaran kesihatan serta larangan jualan rokok hanya kepada mereka yang berumur 18 tahun ke bawah menyaksikan berjaya mengurangkan jumlah perokok sebanyak dua peratus sahaja berbanding di Kanada berjaya mempengaruhi hampir separuh jumlah perokok untuk berhenti merokok manakala 80 peratus jumlah perokok di Thailand mempercayai kesan imej akibat merokok yang dipaparkan (sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, 2005). Rajah 1.1 di bawah merupakan visual enam penyakit kronik yang dipaparkan pada kotak rokok yang menjadi asas kajian.

Page 3: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 735

Penyakit Gangren Keguguran Janin Kanser Paru-paru

Kelahiran Bayi Kanser Mulut Kanser Tekak Pramatang

Rajah 1.1 Contoh Visual Penyakit Kronik Di Kotak Rokok

2. Penggunaan Komunikasi Visual Setiap mesej yang bertujuan mendidik seperti mesej berbentuk visual pada kotak rokok tersebut mesti mampu untuk mempengaruhi perokok. Mesej itu mestilah diproses oleh khalayak itu. Proses mesej boleh dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu a) pendedahan, b) mentafsir, dan c) mengingati. Pada peringkat pendedahan mengenalpasti sejauhmana mesej/visual dilihat dan dibaca. Kemudian mentafsir iaitu cuba memahami dan menghayati mesej iaitu imej pada kotak rokok tersebut sama ada mempercayai adakah ianya akan benar-benar akan berlaku pada mereka. Pada peringkat terakhir iaitu mengingati setiap kali ingin membeli rokok adakah mesej tersebut berjaya mempengaruhi perokok.

Satu kajian yang bertajuk ‘Health warnings on tobacco packages: Summary of evidence and legal challenges” oleh David Hammond (2008) di mana mendapati pakej-pakej amaran kesihatan pada kotak rokok adalah satu cara yang paling efektik dalam komunikasi visual, amaran-amaran kesihatan mempunyai impak dan kesedaran tinggi terhadap golongan bukan perokok dan remaja, amaran-amaran teks kabur mempunyai impak kecil, visual yang besar mengenai amaran-amaran bergambar boleh meningkatkan pengetahuan kesihatan, motivasi untuk berhenti, dan kelakuan pemberhentian, amaran-amaran bergambar terutamanya penting untuk mendidik perokok dan mesej-mesej yang menggambarkan risiko-risiko kesihatan sangat jelas untuk membangkitkan

Page 4: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 736

perasaan cara yang paling berkesan serta amaran-amaran bergambar besar boleh dipercayai dan berimpak tinggi orang ramai. 3. Fungsi Komunikasi Visual dalam Mesej Kesihatan Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kecenderungan tindak balas perokok kepada komunikasi visual di kotak rokok. Ia juga bagi mengenalpasti bagaimana komunikasi visual berkesan kerana ianya dapat dilihat oleh mata dan diingati seperti kebanyakan komunikasi visual.

Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Hammond, Fong, Mc Neill, Cummings dan Hasting

(2006), mendapati tahap kesedaran perokok terhadap bahaya dan kesan merokok akan meningkat sekiranya mesej tentang bahaya dan kesan merokok disampaikan melalui iklan-iklan di media masa.

Haizal Haron Kamar (2009) mendapati, mesej kesihatan yang disampaikan melalui kotak rokok

merupakan cara yang paling berkesan untuk memberitahu kepada perokok tentang implikasi amalan merokok kepada perokok. Hasil kajian beliau mendapati, perokok-perokok akan berhenti daripada tabiat merokok setelah menyedari implikasi daripada amalan merokok kepada kesihatan mereka. Secara tidak langsung mesej kesihatan melalui komunikasi visual terbukti berkesan menurunkan jumlah perokok.

Peranan mesej kesihatan yang disampaikan melalui komunikasi visual juga memberi kesan yang

mendalam terhadap sasaran apabila imej-imej yang dipaparkan pada kotak rokok menakutkan mereka. Cummings (2002) pula berpendapat, mesej kesihatan tentang bahaya merokok memberi kesan terhadap perokok sekiranya ianya diletakkan pada bahagian hadapan kotak rokok. Beliau juga menekankan bahawa mesej kesihatan dalam bentuk visual yang disampaikan melalui kotak rokok adalah cara yang lebih berkesan daripada medium pengiklanan yang lain.

Kelebihan penggunaan komunikasi visual dinyatakan oleh Ruiter (2005) iaitu kesan amalan

merokok dari segi kesihatan yang menggunakan visual grafik pada kotak rokok dapat mempengaruhi perokok supaya berhenti daripada merokok. Hammond (2004) pula menjelaskan, mesej kesihatan yang menggunakan visual grafik pada kotak rokok sebenarnya dapat mempengaruhi emosi perokok supaya berhenti daripada amalan merokok kerana ianya terbukti menakutkan perokok. Perokok tegar pula sanggup menukar kotak rokok dan meletakkan rokok ke dalam bekas lain supaya tidak melihat meseh kesihatan yang dipaparkan. Ini menunjukkan penggunaan komunikasi visual sememangnya berkesan seperti yang dinyakan oleh Borland (1997) bahawa untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran perokok tentang bahayanya amalan merokok, saiz mesej visual grafik pada kotak rokok perlulah besar untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif. Apa yang dikatakan oleh sarjana tersebut menunjukkan mesej kesihatan terbukti mempengaruhi dan perlu diberi lebih penekanan dari segi saiz supaya memberi kesan yang lebih besar.

Parker (2008) menyatakan mesej kesihatan yang ingin disampaikan melalui kotak rokok perlulah

mudah difahami, mesejnya jelas dan mengandungi imej visual grafik yang menunjukkan implikasi kesihatan kepada perokok. Ini sememangnya dilakukan dengan tepat apabila mesej kesihatan pada kotak rokok memaparkan komunikasi mesej kesihatan berbentuk visual cetakan amaran bergrafik pelbagai penyakit kronik pada kotak rokok ke atas perokok.

Page 5: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 737

Selin dan Hammond (2009) menyatakan komunikasi visual dalam mesej kesihatan yang digunakan pada kotak rokok mampu memberikan kesedaran kepada perokok tentang implikasi penggunaan tembakau secara berterusan kepada kesihatan perokok. Beliau mendapati kajian yang dilakukan di Kanada pada tahun 1990, kebanyakan perokok menyatakan bahawa mesej kesihatan yang disampaikan melalui kotak rokok merupakan teknik yang terbaik untuk meningkatkan tahap kesedaran perokok tentang bahayanya merokok. Ini bermaksud mesej dalam bentuk grafik akan dilihat dan seterusnya diketahui oleh perokok.

Berdasarkan kajian-kajian tersebut menunjukkan bagaimana mesej visual mempengaruhi

perokok dan memberi kesan yang mendalam ataupun tidak. Ini menunjukkan mesej itu berjaya sampai kepada penerima iaitu perokok tetapi sama ada mesej itu akan difahami, ditakuti atau diingati dan seterusnya mendorong untuk berhenti masih lagi belum boleh dipastikan. Mesej visual yang disampaikan adalah melibatkan perokok sebagai penerima jadi mereka membaca mesej dan memahami mesej dan proses seterusnya adalah mengambil tindakan. Boleh disimpulkan bahawa bentuk mesej yang boleh mempengaruhi perokok adalah berbentuk ancaman kepada mereka iaitu penyakit kronik akibat merokok boleh membawa maut. Ianya berbentuk suatu perkara yang mempengaruhi dan melibatkan emosi perokok. Bentuk saiz mesej juga perlulah lebih besar dan imejnya sangat jelas dan mengerikan mampu mempengaruhi emosi perokok.

4. Paradigma Pemprosesan Mesej oleh Khalayak Michael Pfau dan Roxanne Parrot (1993) di dalam buku Persuasive Communication Campaigns menyatakan beberapa pendekatan aktif untuk penerima menerima sesuatu bentuk penyampaian mesej berkaitan. Pendekatan ini berkaitan dengan kajian penyelidik kerana ianya berkenaan penerimaan mesej oleh subjek kajian, bagaimana mereka melihat, membaca, menghayati, bertindak ataupun mengelak mesej yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial, perkhidmatan digunakan untuk menyebarkan maklumat kepada khalayak yang ramai dan berkembang. Medium terbesar penyampaian adalah televisyen pada ketika itu kemudiannya media cetak juga digunakan. Ia kemudiannya berkembang seiring dengan teknologi yang sentiasa berubah dan memudahkan penyampaiannya.

Menurut Langer (1978), mesej berbentuk kesedaran lebih diproses oleh penerima, dihayati dan beremosi. Ia juga terpulang kepada sikap penerima yang berbeza-beza terpulang kepada penerimaan mereka iaitu perokok yang tegar tidak akan dipengaruhi dan sentiasa mencari jalan supaya dapat mengelak menerima mesej. Cara yang dilakukan oleh golongan tegar ini ialah sanggup menukarkan kotak rokok ke bekas lain, supaya tidak melihat mesej yang dipaparkan. Secara tidak langsung mesej dilihat berkesan apabila sasaran secara emosinya berasa takut dan terancam.

5. Kerangka Konseptual Kajian Kajian ini akan menggunakan paradigma pemprosesan mesej oleh khalayak yang mengandaikan beberapa faktor iaitu faktor mempengaruhi keaktifan pemprosesan maklumat, ketidaksamaan maklumat dan percanggahan dan pembolehubah penerima, mesej, sumber dan saluran yang

Page 6: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 738

mempengaruhi pemprosesan maklumat. Paradigma ini mengatakan bagaimana khalayak terdedah kepada mesej, keaktifan memproses makluman, percanggahan, saluran dan pengaruh mesej tersebut.

Berdasarkan permasalahan kajian kerangka konseptual mengukur kesan komunikasi visual mesej kesihatan berbentuk cetakan amaran bergrafik penyakit kronik pada kotak rokok ke atas perokok. Kesan mesej itu bergantung kepada faktor mesej iaitu menolak dan menerima seperti perasaan takut, menolak, tahu, bertindak. Kajian ini adalah untuk melihat faktor yang ada pada mesej dalam mempengaruhi perokok menggunakan mesej berbentuk visual. Paradigma permasalahan kajian ini menyatakan bahawa dipengaruhi oleh dua faktor pemprosesan mesej oleh khalayak iaitu; Faktor menolak Faktor pada mesej yang menolak individu daripada memproses mesej. Faktor ini ada pada diri individu seperti keterlibatan sama ada seseorang individu terlibat secara langsung dengan isu ataupun mesej yang disampaikan misalnya kalau dia mendapat penyakit kencing manis, dia akan mendedahkan pasal penyakit tersebut kepada khalayak lain kerana dia terlibat.

Faktor ini berkenaan faktor diri individu yang berkaitan dengan isu mengenai diri, keluarga, personaliti individu yang berfikiran positif. Ianya dibezakan dengan tahap pendedahan yang diterima oleh individu tersebut. Faktor menarik Faktor menarik yang ada pada mesej yang mempengaruhi individu memproses mesej adalah bagaimana untuk memastikan mesej untuk menarik mereka memproses mesej. Mesej mestilah menarik perhatian pada gambar, warna, mempunyai bukti, hujah dan daya penariknya juga mestilah menakutkan atau menghiburkan.

Daya penarik yang menghiburkan digunakan untuk mempengaruhi dan mesej mestilah lengkap dan berfaedah. Ia juga mestilah berkenaan sesuatu yang baru memandangkan sebelum ini kesan penyakit tidak ditunjukkan secara jelas dan nyata. Inilah ciri-ciri yang digunakan untuk menarik, ada bukti, menakutkan, lengkap dan berfaedah. Ciri-ciri tersebut memainkan peranan dalam menarik penerima dalam memberi perhatian terhadap mesej yang disampaikan. Proses mesej oleh khalayak Pembolehubah Tidak Bersandar Pembolehubah Bersandar Faktor Pada Mesej Visual Proses Mesej oleh Perokok

Rajah 2.1 Kerangka Teori

Sumber : Lester, P.M (1999), Visual Communication, Images with Messages, Second Edition

- Terdedah (lihat) - Faham - Sedar - Ingat - Tahu - Bertindak

- Menarik - Ada bukti/hujah - Daya penarik - Lengkap - Berfaedah

Page 7: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 739

6. Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melalui perbincangan kumpulan fokus. Berasaskan instrumen yang dibangunkan oleh Boree pada tahun 2005, kaedah kualitatif, sebagai melibatkan ukuran atau perangkaan-perangkaan. Bagaimanapun, kaedah ini boleh juga menggunakan sementara data statistik berangka.

Kumpulan fokus iaitu terdiri daripada lima orang setiap kumpulan untuk mendalami respon mereka terhadap mesej visual. Sampel kajian merupakan perokok yang membeli dan merokok. Pemilihan subjek kajian adalah berdasarkan faktor demografi dan perlakuan merokok seperti:-

Bila mula merokok

Jenis rokok

Berapa kerap 6.1 Populasi dan Persampelan Populasi kajian terdiri daripada kakitangan dan pelajar Universiti Teknologi MARA Melaka (UiTM Alor Gajah). Pemilihan sampel kajian dibuat berdasarkan subjek kajian iaitu mereka yang terdiri daripada perokok. 6.2 Instrumen Kajian Instrumen kajian berbentuk soalan perbincangan dalam kumpulan fokus terhadap informan. Berdasarkan kajian ini, permasalahan kajian dikenalpasti dengan pengupasan persoalan kajian (RQ) untuk mencapai objektif kajian iaitu:

RQ= Apakah jenis penolakan yang berlaku samada menolak membaca mesej, atau tiada

sebarang kesan terhadap mesej, faktor ketagihan ataupun faktor-faktor penolakan lain yang menjadi punca?

6.3 Pengumpulan Data Kajian Proses pengumpulan data yang digunakan oleh penyelidik untuk kajian ini ialah dilakukan secara perbincangan kumpulan fokus iaitu bagi mengenalpasti tahap penerimaan mesej visual, adakah berkesan atau mempengaruhi mereka. Data yang didapati melalui proses temubual direkodkan melalui pita rakaman suara seterusnya dianalisis. 6.4 Analisis Data Kajian

Page 8: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 740

Data kajian yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu perbincangan kumpulan fokus. Data yang didapati daripada temubual dengan kumpulan fokus dibahagikan mengikut maklumat tertentu berdasarkan objektif kajian. Selepas perbincangan kumpulan fokus, pengkaji akan mendengar semula rakaman pita rakaman suara yang dipasang ketika temubual. Pengkaji akan mencari tema-tema berdasarkan objektif kajian untuk mendapatkan maksud. 7. Hasil Kajian Pemaparan mesej visual pada kotak rokok tidak member kesan akibat faktor menolak yang ada pada apabila sebanyak lima informan berkata mesej tersebut tidak berkesan langsung ke atas mereka dan mereka tetap merokok seperti biasa seperti jawapan berikut: Informan ketiga, pula berpendapat perokok mempunyai cara menggelakkan melihat gambar yang dipaparkan pada kotak rokok. “Untuk memberi mesej dan kesedaran terhadap perokok, mungkin ianya merupakan langkah kerajaan dalam mengurangkan dan mencegah aktiviti merokok. Pendapat saya mesej visual pada kotak rokok mungkin memberi kesan, tapi lama-kelamaan macam tidak berkesan sebab ramai juga yang hisap rokok seludup jadi tiada gambar. Saya tetap membeli rokok tetapi tidak tengok sangat kotaknya, pilih kotak yang kurang beri impak. Mula-mula dulu koyakkan gambar, sekarang tidak peduli lagi.” Informan kelima mengakui terpengaruh dengan mesej visual yang dipaparkan. “Bagi saya ia adalah untuk menyedarkan perokok akan bahaya dan kesan akibat merokok. Pada mulanya memang saya tak pandang langsung pada gambar tersebut tapi lama-lama ia bagaikan pandangan kosong. Takut memanglah takut tapi kesannya sekejap saja. Secara jujur saya memang kurangkan merokok, salah satu sebab mungkin kesan daripada imej di kotak itu juga. Saya ada cuba kurangkan merokok takut jadi seperti gambar-gambar itu.” Informan keempat menegaskan faktor ketagihan dan tradisi lama yang meyebabkan mereka menolak mesej atau tidak terkesan “Sukar untuk meninggalkan tabiat merokok kerana sudah menjadi ketagih dan tabiat sejak kecil yang memakan masa yang sangat lama selain faktor-faktor lain. Gambar-gambar yang diletakkan pun sudah tidak memberi kesan langsung.” 8. Rumusan Berdasarkan kajian yang dijalankan penyelidik mendapati bahawa proses mesej telah menyentuh emosi informan dari segi perasaan takut terhadap mesej yang disampaikan. Walaubagaimanapun perasaan takut hanyalah bersifat sementara dan rata-rata informan adalah perokok tegar dan menolak kesan dari segi mesej mendorong mereka untuk berhenti. Informan memberi beberapa jenis perasaan iaitu sebahagian besar informan takut, segelintir lagi tidak tetapi secara keseluruhan mesej yang disampaikan tidak berjaya menyebabkan mereka berhenti merokok. Faktor menolak terbesar adalah elemen ketagihan dan mesej tidak mampu untuk mempengaruhi golongan perokok tegar ini.

Page 9: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 741

Rujukan Anwar Husin (2008). Ramai wanita merokok mahu kuruskan badan. Retrieved on January 25th, 2010, from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/. Bandura A. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change. Psychological Review 84:191-215. Baxter, L.A. & Babbie, E. (2003). The basic of communication research. Boston: Wadsworth Publishing Co. Boeree, C. G. (2005). Qualitative methods. Retrieved on January 24th, 2010, from http://webspace.ship.edu/cgboer/genpsyqualmeth.html Borland R, Hill D. (1997). Initial impact of the new Australian tobacco health warnings on knowledge and beliefs. Tob Control 1997; 6: 317-325. Chandra, A. (2010). Four million Malaysians addicted to smoking. 21st July, The Star Online. Cigarette.com. (1990). History of cigarette smoking and lung cancer. Retrieved on January 26th, 2010, from http://www.smokinglungs.com/cighist.htm. Eckert, P. (1983). Beyond the statistics of adolescent smoking. Retrieved on January 21st, 2010, from http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1650780. Edwards, J. A., & Warburton, D. M. (1983). Smoking, nicotine and electrocortical activity. Pharmucology and Therapeutics, 19, 147-164. Edwards, J. A., Wesnes, K., Warburton, D. M., & Gale, A. (1985). Evidence of more rapid stimulus evaluation following cigarette smoking. Addictive Behaviors, 10, 113-126. Elliott & Shanahan (2003). Developmental research for new Australian health warnings on tobacco products stage 2. Prepared for: The Australian Population Health Division Department of Health and Ageing. Commonwealth of Australia, August 2003. Hafizah Iszahanid (2009). Risiko mati awal. Retrieved on January 21st, 2010, from http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Sihat/20091108100254/Article/ Haizal Haron Kamar, (2009). Why smokers just can’t stop tobacco. Malay Mail,1st June. Hammond, D. (2008). Health warnings on tobacco packages: summary of evidence And legal challenges. University of Waterloo.

Page 10: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 742

Hammond D, Fong GT, Borland R, Cummings KM, McNeill A, Driezen P. (2007). Text and graphic warnings on cigarette packages: Findings from the ITC four country survey. Am J Prev Med; 32 (3): 202–209. Hammond D, Fong GT, Borland R, McNeill A, Cummings KM, Hastings G. (2006). Effectiveness of cigarette warning labels in informing smokers about the risks of smoking: findings from the International Tobacco Control (ITC) Four Country Survey. Tobacco Control;15(Suppl III):iii19–iii25. Hammond D, Fong GT, McDonald P, Brown, KS, Cameron R. (2004). Graphic Canadian warning labels and adverse outcomes: evidence from Canadian smokers. Public Health; 94 (8): 1442-45. Haug MR, Lavin B. (1983). Physician and patient; Power (Social sciences); Consumers; Consumer participation; Consumer advocacy. Sage Publication. Hecker, S. Stewart's, D.W. (1988). Nonverbal Communication in Advertising. 2nd Edition. Irfan Mohammad. 2009. Wartakan segera fatwa haram merokok. Utusan Malaysia, 3 Nov. pp. 11. Janz, Becker, (1984) Rosenstock. 1974. Effective health risk messages, A step by step guide. Sage Publications. Kementerian Kesihatan Malaysia. (2005). Bahagian Pendidikan Kesihatan. www.infosihat.gov. Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Educational and psychological measurement. Danville, IL: Interstate Printers and Publisher. Krugman, D. M. (1994). Do adolescents attend to warnings in cigarette advertising?. Retrieved on January 21st 2010, from http://proquest.umi.com/pqdweb Langer, S. K. (1960). Philosophy in a New Key. Cambridge: Harvard University Press. Leigh, J. P. (1986). Smoking, self-selection and Absenteeism. Retrieved on February 14th, 2010, from http://papers.ssrn.com/so13/papers.cfm?abstract_id=7098. Lester, P. M. (2006). Syntactic theory of visual communication. Retrieved on January 24th 2010 from http://commfaculty.fullerton.edu/lester/writings/ Lester, P. M. (2000). Visual communication; Images with messages (2nd ed). Wadsworth. Modul Berhenti Merokok. (2001). Panduan berhenti merokok. Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Norliza, A.R. (2009). Harga minimum sekotak RM6.40. Utusan Malaysia, 29 Dis. m.s.8.

Page 11: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 743

Parker JR, Hammond D, Sirirassamee B, Omar M, Fong GT, Borland R. (1997). Exposure to antismoking information among Thai and Malaysian Youth: findings from the ITC south-east Asia survey. Presented at: Society for Research on Nicotine and Tobacco, Portland, OR, February 2008. Pfau, M. Parrot, R. (1993). Persuasive communication campaigns. Augustana College, University of Georgia. Raute, L.J. Pednekar, M.S. Gupta, P.C (2000). Pictorial health warnings on cigarette packs: A population based study findings from India. Healis Sekhsaria Institute for Public Health. Reinard, J. C. (2001). Introduction to Communication Research (3rd ed). McGraw Hill. Rosalinda Md Said. (2010). Harga rokok mungkin RM50. Retrieved on January 21st, 2010, from http://www.utusan.com.my/utusan/info. Rosenstock, I. M. (1974). The health belief model and preventive health behavior. Health Education Monograph., 2, 354-386. Ruiter, R.A.C., & Kok, G. (2005). Saying is not (always) doing: Cigarette warning labels are useless. European Journal of Public Health, 15, 329. Rusted, J. M., & Warburton, D. M. (1992). Facilitation of memory by post-trial administration of nicotine: Evidence for an attentional explanation. Psychopharmacology, 108, 452±455. Salmon, C. T. (1991). Bridging theory "of" and theory "for" communication campaigns: an essay on ideology and public policy. Communication Yearbook 15. Newbury Park, Calif., Sage: 346-357. Salmon, Charles T. (1989), Information campaigns: balancing social values and social change in: sage annual reviews of communication research, Volume 18. Newbury Park: Sage Publications. Skinner WF, Krohn MD. (1990). Age and gender differences in a social process model of adolescent cigarette use. Sociological Inquiry. ;62(1):56. Sufean Russin Mariani Md Nor. (2004). Dasar warga sihat: isu psikologi faktor remaja sekolah merokok. Jurnal Pendidikan. Universiti Malaya. Warburton, D. M., Rusted, J. M., & Muller, C. (1992). Patterns of facilitation of memory by nicotine. Behavioural Pharmacology, 3, 375-378. Warburton, D. M., & Wesnes, K. (1978). Individual differences in smoking and attentional performance. In R. E. Thornton (Eds.), Smoking behaviour: Physiological and psychological influences (pp. 19-43). London: Churchill-Livingston. Wendt, J. K. (1995). The languagues of pictures: An epidemiological review. Journal of Substance Abuse, 3, 187-204.

Page 12: FAKTOR MENOLAK KOMUNIKASI VISUAL MESEJ ... yang dipaparkan. Haug dan Lavin (1983), Salmon (1989) menerangkan mesej kempen seperti kempen-kempen politik, kebajikan, produk komersial,

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 744

Werthiemer, M. (2000). Visual communication; images with messages (2nd ed). Wadsworth. Witte, K, Meyer G, Martell D. (2001). Effective health risk messages: a step-by-step guide. Sage Publications.