kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada sesebuah negara

5
Kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada sesebuah negara, malah dari konteks yang lebih kecil, kemerdekaan amat bermakna kepada diri kita sendiri. Kita akan menjadi tidak selesa jika kita akan dikongkong oleh individu yang lain. Bagi sesebuah negara, kemerdekaan bermaksud segala-galanya dan merupakan umpama sebuah permata yang amat bernilai. Kemerdekaan akan menentukan kedaulatan sesebuah negara. Negara Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah kerana setelah kita telah dijajah selama beberapa ratus tahun, tetapi kita berjaya memperolehi kemerdekaan tanpa pertumpahan negara, tidak seperti kebanyakan negara-negara lain. Oleh yang demikian, amatlah penting kita menjaganya dengan baik agar segala apa yang kita perolehi pada hari ini tidak terlepas kepada orang lain. Jika kita lihat fenomena pada hari ini, kebanyakan masyarakat kita telah lupa akan menghargai kemerdekaan tersebut. Mereka telah lupa akan titik peluh datuk nenek kita memperjuangkan kemerdekaan. Di atas sikap segelintir pihak ini, negara kita telah hampir dijajah sekali lagi pada tahun 1997. Malah negara kita juga hampir hilang kedaulatan disebabkan penyangak-penyangak mata wang disamping disokong oleh petualang petualang dalam negara.. Kemerdekaan sesebuah negara adalah milik dan kuasa rakyat negara tersebut. Negara lain atau rakyat negara lain tidak ada kuasa untuk menentukan hala tuju negara kita. Kita boleh lihat bagaimana sesebuah negara di dunia ini tumbang, bukannya daripada faktor bangsa asing tetapi adalah daripada pembelot di dalam negara sendiri. Kalau kita lihat dari konteks sejarah Kesultanan Melaka, bagaimana Melaka boleh jatuh ke tangan Portugis, adalah berpunca daripada pembelot dalam negeri yang berkompromi dengan askar Portugis. Begitu juga dengan kejatuhan Kerajaan Aceh Darussalam yang Angkatan Melayu Pahang telah membantu Belanda menyerang Aceh. Kejatuhan empayar- empayar lain di dunia ini jugak berlaku disebabkan corak yang sama. Peristiwa yang lebih nyata pada hari ini ialah bagaimana Afganistan telah jatuh ke tangan Amerika Syarikat, bukannya disebabkan dengan kekuatan askar AS tetapi adalah dengan pakatan pasukan Perikatan Utara, Begitu juga dengan kejatuhan Iraq pada tahun 1990 kerana Kuwait dan Arab Saudi bekerjasama dengan Amerika Syarikat, di samping kerjasama puak- puak minoriti di dalam negara tersebut. Tetapi jika tidak ada kerjasama ini, maka sesebuah negara tersebut tidak akan dicerobohi. Daripada peristiwa-peristiwa tersebut akan memberi gambaran kepada kita bahawa penting kerjasama perpaduan di dalam negara demi menjaga

Upload: grmetalrock

Post on 28-Sep-2015

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

best

TRANSCRIPT

Kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada sesebuah negara, malah dari konteks yang lebih kecil, kemerdekaan amat bermakna kepada diri kita sendiri. Kita akan menjadi tidak selesa jika kita akan dikongkong oleh individu yang lain. Bagi sesebuah negara, kemerdekaan bermaksud segala-galanya dan merupakan umpama sebuah permata yang amat bernilai. Kemerdekaan akan menentukan kedaulatan sesebuah negara.Negara Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah kerana setelah kita telah dijajah selama beberapa ratus tahun, tetapi kita berjaya memperolehi kemerdekaan tanpa pertumpahan negara, tidak seperti kebanyakan negara-negara lain. Oleh yang demikian, amatlah penting kita menjaganya dengan baik agar segala apa yang kita perolehi pada hari ini tidak terlepas kepada orang lain.Jika kita lihat fenomena pada hari ini, kebanyakan masyarakat kita telah lupa akan menghargai kemerdekaan tersebut. Mereka telah lupa akan titik peluh datuk nenek kita memperjuangkan kemerdekaan. Di atas sikap segelintir pihak ini, negara kita telah hampir dijajah sekali lagi pada tahun 1997. Malah negara kita juga hampir hilang kedaulatan disebabkan penyangak-penyangak mata wang disamping disokong oleh petualang petualang dalam negara.. Kemerdekaan sesebuah negara adalah milik dan kuasa rakyat negara tersebut. Negara lain atau rakyat negara lain tidak ada kuasa untuk menentukan hala tuju negara kita. Kita boleh lihat bagaimana sesebuah negara di dunia ini tumbang, bukannya daripada faktor bangsa asing tetapi adalah daripada pembelot di dalam negara sendiri.Kalau kita lihat dari konteks sejarah Kesultanan Melaka, bagaimana Melaka boleh jatuh ke tangan Portugis, adalah berpunca daripada pembelot dalam negeri yang berkompromi dengan askar Portugis. Begitu juga dengan kejatuhan Kerajaan Aceh Darussalam yang Angkatan Melayu Pahang telah membantu Belanda menyerang Aceh. Kejatuhan empayar-empayar lain di dunia ini jugak berlaku disebabkan corak yang sama.Peristiwa yang lebih nyata pada hari ini ialah bagaimana Afganistan telah jatuh ke tangan Amerika Syarikat, bukannya disebabkan dengan kekuatan askar AS tetapi adalah dengan pakatan pasukan Perikatan Utara, Begitu juga dengan kejatuhan Iraq pada tahun 1990 kerana Kuwait dan Arab Saudi bekerjasama dengan Amerika Syarikat, di samping kerjasama puak-puak minoriti di dalam negara tersebut. Tetapi jika tidak ada kerjasama ini, maka sesebuah negara tersebut tidak akan dicerobohi.Daripada peristiwa-peristiwa tersebut akan memberi gambaran kepada kita bahawa penting kerjasama perpaduan di dalam negara demi menjaga kemerdekaan. Malaysia sebuah negara yang unik, kerana mempunyai kekuatan perpaduan yang jitu di antara semua kaum besar iaitu Melayu, Cina dan India. Perpaduan yang jitu tersebut telah membangkitkan rasa cemburu di kalangan negara-negara maju, kerana dengan mempunyai penduduk satu kaum sahaja tetapi mereka tidak dapat mewujudkan perpaduan tersebut seperti negara Malaysia. Rata-rata negara berbilang kaum seperti Malaysia tidak dapat wujudkan kestabilan politik seperti kita.Senario pada hari ini amat menyedihkan lagi apabila kita lihat generasi sekarang telah lupa akan menghayati kemerdekaan. Masyarakat hari ini, amat mudah menerima budaya-budaya buruk yang akan membawa kepada gejala buruk dalam masyarakat. Budaya Punk, Hippies, seks bebas telah menjadi sebahagian sebahagian segelintir anggota masyarakat. Dengan penerapan nilai-nilai ini akan melalaikan kepada kepada kemerdekaan yang kita kecapi selama ini. Peranan mengembalilan semangat kemerdekaan ini adalah tanggungjawab semua. Oleh yang demikian saya di sini ingin menyarankan kepada semua, marilah kita semua menyemarakkan lagi kepentingan kemerdekaan kepada semua masyakarat agar kita tidak lupa akan asal usul kita.Pemimpin-pemimpin negara kita yang lalu telah meletakkan asas kemerdekaan yang padu. Contohnya Bapa Kemerdekaan Negara Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mewujudkan perpaduan di kalangan rakyat dan dibantu oleh Bapa Pembangunan Negara Allahyarham Tun Abdul Razak, dan kesinambungan ini diterus dengan Bapa Keamanan iaitu Allahyarham Tun Hussien Onn dan Asas ini telah diperkukuhkan lagi dengan pengasas Wawasan 2020 ialah Tun Mahathir Muhamad yang meneruskan kecemerlangan Malaysia hingga dikenali di serta dunia. Sememangnya tidak dapat kita lupakan kepada seorang perjuang kemerdekaan negara iaitu Dato Onn Jaafar yang telah menentang penubuhan Malayan Union, di samping pejuang-pejuang lain. Tidak kita lupai jasa-jasa pejuang kemerdekaan yang lain seperti Pendeta Zaaba, Dato Hamzah Abdullah, Abdul Rahim Kajai, Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestaman, dan ramai lagi. Mereka ini semua pejuang-pejuang kemerdekaan yang telah memberi keselesaan kepada kita untuk menikmati erti kemerdekaan yang sebenar. Perkara-perkara sebegini haruslah kita sebarkan kepada generasi akan datang supaya mereka sentiasa menghargai kemerdekaan. Kita belum tentu dapat merasai kehidupan seperti sekarang jika individu yang lain menggantikan tempat-tempat mereka ini, dan sewajarnya kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah mengurniakan pemimpin-pemimpin yang bijaksana.

Artikel

Menghayati Kemerdekaan Yang Dikecapi

Shaikh Mohd Saifuddeen Bin Shaikh Mohd SallehFellow Kanan Pusat Sains & Teknologi

26/09/2005

Tarikh 31 Ogos diabadikan saban tahun sebagai satu tarikh yang penuh bersejarah bagi seluruh rakyatMalaysiatidak mengira usia, keturunan, bangsa dan agama. Sesiapa sahaja yang merupakan rakyatMalaysiaakan berasa bangga apabila tiba sahaja hari terakhir di dalam bulan Ogos ini.Jika dahulu sambutan mungkin dijalankan hanya pada tarikh 31 Ogos ini, tetapi kini sambutannya adalah selama sebulan. Sambutan kemerdekaan selama sebulan ini, yang dikenali sebagai Bulan Kemerdekaan, diadakan bagi tujuan mengingatkan kembali pengorbanan generasi terdahulu yang telah berjuang untuk memastikan anak cucu mereka (iaitu kita semua yang ada hari ini) dapat hidup dalam suasana bebas, aman, makmur dan merdeka. Itulah harapan generasi pejuang kemerdekaan agar keturunan mereka tidak akan dijajah dan dibelenggu oleh kuasa luar.Sebenarnya, perkara yang lebih utama dalam menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ini adalah bagi semua rakyatMalaysiauntuk menterjemahkan sambutan ini ke dalam bentuk penghayatan, kesedaran dan kesyukuran. Slogan, laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa apa-apa kesan jika rakyatMalaysiatidak menghayati dengan penuh kesedaran dan kesyukuran nilai merdeka yang sebenarnya.Penghayatan kemerdekaan bukan sekadar melaung-laungkan perkataan merdeka, tetapi juga bermaksud penghayatan dan pemahaman maksud dan kepentingan kemerdekaan yang dikecapi ini. Kesedaran tentang kemerdekaan bukan sahaja bermakna kita tahu bila dan di mana sambutan kemerdekaan diadakan, tetapi juga bermakna kita sedar bahawa kemerdekaan ini wajib dipertahankan kerana negara kita boleh dijajah kembali. Mensyukuri kemerdekaan bukan sahaja bererti kita gembira dengan kemerdekaan yang dikecapi, tetapi juga bererti kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. atas anugerah kemerdekaan yang begitu berharga ini.Inilah yang perlu dilakukan oleh generasi pascamerdeka sebenarnya, iaitu menghayati, menyedari dan mensyukuri kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini. Hakikatnya, generasi hari ini tidak melalui kesusahan, kepayahan dan kegetiran zaman sebelum merdeka, baik zaman penjajahan Inggeris mahupun zaman pendudukan tentera Jepun ketika Perang Dunia Kedua.Generasi pascamerdeka hanya mengetahui tentang zaman sebelum merdeka dari buku-buku sejarah. Mungkin kerana tidak dapat menghayati sendiri erti kemerdekaan yang sebenar, maka ada di kalangan generasi pascamerdeka ini yang mengambil mudah sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.Adayang menganggap tarikh 31 Ogos hanya satu cuti umum semata-mata. Ini sememangnya amat menyedihkan kerana ketiadaan penghayatan kemerdekaan yang sebenar boleh mengundang penjajah kembali ke negara kita.Kita perlu sedar bahawa penjajahan yang boleh berlaku ini tidak lagi sama seperti bentuk penjajahan ketenteraan seperti suatu masa dahulu. Walaupun penjajahan bentuk lama ini masih lagi boleh berlaku seperti yang kita lihat berlaku di sesetengah negara di dunia ini, hakikatnya penjajahan bentuk baru lebih merbahaya. Ini kerana penjajahan bentuk baru berlaku secara halus, tersembunyi dan tidak disedari. Antara bentuk penjajahan bentuk baru ialah penjajahan pemikiran, budaya dan ekonomi.Atas sebab inilah maka generasi pascamerdeka ini perlu lebih berhati-hati berbanding dengan generasi terdahulu. Serangan ketenteraan dapat dilihat dan ditentang kembali. Persoalannya jika serangan yang dilakukan itu dalam bentuk serangan pemikiran, budaya dan ekonomi, bagaimana mungkin kita menangkisnya?Generasi pascamerdeka yang diracuni pemikiran menerusi penjajahan bentuk baru akan memperjuangkan nilai-nilai Barat yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan nilai-nilai ketimuran. Hakikatnya peradaban Barat sudah mula terhakis nilai-nilai murninya. Tidak wujud lagi sebenarnya peradaban Barat, yang ada mungkin adalah perbiadaban Barat yang menjunjung nilai-nilai songsang yang merosakkan institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan.Keracunan pemikiran akibat penjajahan bentuk baru ini seterusnya boleh menyebabkan pencemaran budaya. RakyatMalaysiaamat berbangga dengan kepelbagaian budaya dan adat resam pelbagai bangsa. Keunikan ini boleh terhakis jika penjajahan budaya yang terkesan dari proses globalisasi membawa masuk budaya-budaya negatif yang membawa kerosakan.Penjajahan ekonomi juga tidak kurang bahayanya. Jika kita imbas kembali kepada kegawatan ekonomi di tahun-tahun terakhir 1990an, kita bersyukur kerana kita tidak membuat kesilapan yang sama seperti negara-negara lain di rantau Asia Timur ini dengan menerima ubat yang ditawarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia. Apa yang disangka ubat sebenarnya racun yang dijadikan senjata untuk mengawal dan mengongkong kedaulatan sebuah negara yang merdeka.Islam sebenarnya memberikan beberapa pendekatan yang mampu untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan yang dikecapi oleh negara kita. Pendekatan-pendekatan ini perlu dilaksanakan oleh generasi pascamerdeka yang merupakan majoriti pendudukMalaysiahari ini. Di atas bahu generasi inilah terletaknya amanah dan tanggungjawab untuk memastikan agar negara kita akan terus merdeka dan makmur.Islam turut menganjurkan supaya kita mempersiapkan diri, masyarakat dan negara dengan segala jenis kekuatan. Dalam kata lain, kekuatan yang perlu dibina itu bukan sahaja dari aspek ketenteraan, tetapi juga dari aspek kekuatan ekonomi, politik, sosial dan ilmu pengetahuan. Hanya dengan kekuatan dalaman sahajalah yang akan dapat membantu mempertahankan kemerdekaan negara.Aspek perpaduan juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya oleh generasi pascamerdeka. Di dalam sebuah hadis, baginda Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Antara seorang Mukmin dengan seorang Mukmin yang lain adalah seperti sebuah binaan, di mana satu bahagian memperkukuhkan bahagian yang lain. Jika diterjemahkan hadis ini dalam konteksMalaysia, jelas kepada kita bahawa kita perlu mewujudkan kesepaduan dan kesepakatan yang jitu. Jika kita berpecah-belah dan bercakaran sesama sendiri, nescaya ini akan memudahkan pencerobohan musuh ke atas negara kita.Adalah penting bagi generasi pascamerdeka untuk menghayati dan memahami sejarah silam. Kejatuhan Empayar Melayu Melaka adalah kerana perselisihan dalaman dan perebutan kuasa. Akibatnya Portugis menyerang dan berjaya menjajah Melaka. Bermula dari detik hitam dalam tahun 1511 itu, negara terpaksa menunggu 446 tahun sebelum kembali merdeka.Kita mengambil masa 446 tahun lamanya untuk kembali merdeka. Kini kita baru merasai nikmat kemerdekaan ini selama 48 tahun. Sanggupkah kita menggadaikan kemerdekaan ini sekali lagi?

Last Updated 26/09/2005 09:17:28

1992 - 2011 INSTITUTE OF ISLAMIC UNDERSTANDING MALAYSIA (IKIM)