kementerian pendidikan malaysia

2
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia . Matlamatnya ialah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak , dan Menteri terkini merupakan Dato Sri Mahadzir Khalid dibantu timbalan Menteri Yb Tuan P .Kamalanathan & Senator Chong Sin Woon. Visi KPM Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Manakala, Misi KPM Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara. Piagam Pelanggan KPM Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan: 1. Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan seperti keterangan berikut: i. Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke sekolah berasrama penuh dimaklumkan dalam tempoh 27 hari bekerja, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) 30 hari bekerja dan Sekolah Seni Malaysia 45 hari bekerja; ii. Lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke sekolah vokasional / teknik / asrama penuh / SMKA dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja; dan iii. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja. iv. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam (6) dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja. 2. Keputusan permohonan belajar semula/ pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima. 3. Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

Upload: ct-asiyah

Post on 15-Feb-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kpm

TRANSCRIPT

Page 1: Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kementerian Pendidikan Malaysia ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. Matlamatnya ialah untuk melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu, melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera, menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara dan memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia. Menteri Pelajaran Malaysia yang pertama ialah Tun Abdul Razak, dan Menteri terkini merupakan Dato Sri Mahadzir Khalid dibantu timbalan Menteri Yb Tuan P .Kamalanathan & Senator Chong Sin Woon.

Visi KPM

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera. Manakala,

Misi KPM

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Piagam Pelanggan KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan memastikan:

1. Keputusan tawaran kemasukan murid ke institusi pendidikan selepas keputusan peperiksaan awam diumumkan seperti keterangan berikut:

i. Lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke sekolah berasrama penuh dimaklumkan dalam tempoh 27 hari bekerja, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) 30 hari bekerja dan Sekolah Seni Malaysia 45 hari bekerja;

ii. Lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ke sekolah vokasional / teknik / asrama penuh / SMKA dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja; dan

iii. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Kolej Matrikulasi dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja.

iv. Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke Tingkatan Enam (6) dimaklumkan dalam tempoh 30 hari bekerja.

2. Keputusan permohonan belajar semula/ pertukaran murid dimaklumkan dalam tempoh 15 hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.

3. Murid mendapat buku teks di bawah Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) pada hari pertama sesi persekolahan bermula.

4. Keputusan penempatan dan pertukaran guru dimaklumkan selewat-lewatnya 15 hari bekerja sebelum tarikh melapor diri.

5. Perakuan pemangkuan dan kenaikan pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk laluan kenaikan pangkat secara hakiki dan cemerlang diproses untuk

Page 2: Kementerian Pendidikan Malaysia

dikemukakan ke Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran dalam tempoh 60 hari bekerja dari tarikh perakuan lengkap diterima.

6. Surat tawaran biasiswa atau pinjaman kepada pegawai dalam perkhidmatan dan mahasiswa dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas kelulusan pihak berkuasa melulus.

7. Status permohonan penubuhan sekolah swasta dan sekolah antarabangsa yang memenuhi terma dan syarat dikeluarkan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas ditandatangani oleh Ketua Pendaftar.