271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

13
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1207 KERAJAAN TEMPATAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT: SATU PERSPEKTIF TEORI Thenmolli Vadeveloo Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia Email: [email protected] Kuppusamy Singaravelloo Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia Email: [email protected] ABSTRAK Kerajaan tempatan diiktiraf di peringkat global sebagai memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat. Ini dilaksanakan melalui kerjasama dan usahasama yang positif dengan masyarakat setempat. Penggubal dasar juga sentiasa menggalakkan penglibatan masyarakat yang jitu dalam pembangunan kawasan setempat untuk memastikan kerajaan tempatan terus diperlukan di masa depan dan mengekalkan kuasa kerajaan (Jessop 2004; Newman et al., 2004). Sejak kebelakangan ini, terdapat tekanan yang mencabar peranan kerajaan tempatan dalam pembangunan masyarakat dan kebajikan sosial. Stokker (2011) mendapati sistem kerajaan tempatan di kebanyakan negara membentuk hubungan yang akrab dengan rakyat dalam memberi perkhidmatan yang baik. Hubungan ini akan kekal dalam pembangunan di masa hadapan sekiranya wujud kerjasama yang baik di antara kerajaan tempatan dan rakyat. Kerangka teori kajian ini membawa hujah bahawa faktor-faktor yang terlibat dalam menyokong proses pembangunan masyarakat dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan tempatan amat mempengaruhi kesudahan dalam pembangunan masyarakat. Pembangunan masyarakat adalah domain yang akan mempengaruhi sistem penyampaian perkhidmatan. Pembangunan masyarakat adalah sukar diukur dalam menentukan keupayaan kerajaan tempatan dari sudut penyediaan dan penyampaian perkhidmatan yang seterusnya mempengaruhi permintaan terhadap pembangunan masyarakat. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti halangan yang wujud terhadap permintaan dan sistem penyampaian perkhidmatan dalam pembangunan masyarakat. Selain itu, kajian ini turut mengkaji masalah di antara tanggapan pihak berkepentingan tentang ekspektasi dan tahap perkhidmatan yang mereka terima. Kata kunci: Kerajaan tempatan, Pembangunan masyarakat, Teori 1. Pengenalan Peranan serta pengambilan bahagian yang aktif oleh kerajaan tempatan dalam pembangunan masyarakat semakin meningkat pada masa kini. Fakta ini dipersetujui oleh para ahli pembangunan masyarakat, pegawai kerajaan dan penyumbang dan luar negara. World Development Report (2003) dalam laporannya amat menyokong langkah penurunan kuasa bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada golongan miskin benar-benar berjaya. Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa buku ilmiah, artikel dan para panel persidangan yang telah menyentuh isu berkaitan peningkatan kepentingan peranan kerajaan tempatan sebagai pembekal perkhidmatan setempat, rakan kongsi utama dalam arena pembangunan masyarakat serta menjadi sumber kajian yang berjaya untuk demokrasi tempatan (Sisk et al., 2001; Forbrig 2011; Rondinelli 2006). Di peringkat antarabangsa pula, kerajaan tempatan sedang memperbaiki prestasi masing-masing melalui peranan yang dimainkan dengan memberi kerjasama yang lebih baik kepada penduduk

Upload: hoangbao

Post on 24-Jan-2017

244 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1207

KERAJAAN TEMPATAN DAN PEMBANGUNAN MASYARAKAT: SATU PERSPEKTIF TEORI

Thenmolli Vadeveloo

Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Email: [email protected] Kuppusamy Singaravelloo

Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia

Email: [email protected]

ABSTRAK

Kerajaan tempatan diiktiraf di peringkat global sebagai memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat. Ini dilaksanakan melalui kerjasama dan usahasama yang positif dengan masyarakat setempat. Penggubal dasar juga sentiasa menggalakkan penglibatan masyarakat yang jitu dalam pembangunan kawasan setempat untuk memastikan kerajaan tempatan terus diperlukan di masa depan dan mengekalkan kuasa kerajaan (Jessop 2004; Newman et al., 2004). Sejak kebelakangan ini, terdapat tekanan yang mencabar peranan kerajaan tempatan dalam pembangunan masyarakat dan kebajikan sosial. Stokker (2011) mendapati sistem kerajaan tempatan di kebanyakan negara membentuk hubungan yang akrab dengan rakyat dalam memberi perkhidmatan yang baik. Hubungan ini akan kekal dalam pembangunan di masa hadapan sekiranya wujud kerjasama yang baik di antara kerajaan tempatan dan rakyat. Kerangka teori kajian ini membawa hujah bahawa faktor-faktor yang terlibat dalam menyokong proses pembangunan masyarakat dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan tempatan amat mempengaruhi kesudahan dalam pembangunan masyarakat. Pembangunan masyarakat adalah domain yang akan mempengaruhi sistem penyampaian perkhidmatan. Pembangunan masyarakat adalah sukar diukur dalam menentukan keupayaan kerajaan tempatan dari sudut penyediaan dan penyampaian perkhidmatan yang seterusnya mempengaruhi permintaan terhadap pembangunan masyarakat. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti halangan yang wujud terhadap permintaan dan sistem penyampaian perkhidmatan dalam pembangunan masyarakat. Selain itu, kajian ini turut mengkaji masalah di antara tanggapan pihak berkepentingan tentang ekspektasi dan tahap perkhidmatan yang mereka terima.

Kata kunci: Kerajaan tempatan, Pembangunan masyarakat, Teori 1. Pengenalan Peranan serta pengambilan bahagian yang aktif oleh kerajaan tempatan dalam pembangunan masyarakat semakin meningkat pada masa kini. Fakta ini dipersetujui oleh para ahli pembangunan masyarakat, pegawai kerajaan dan penyumbang dan luar negara. World Development Report (2003) dalam laporannya amat menyokong langkah penurunan kuasa bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kepada golongan miskin benar-benar berjaya. Sejak kebelakangan ini terdapat beberapa buku ilmiah, artikel dan para panel persidangan yang telah menyentuh isu berkaitan peningkatan kepentingan peranan kerajaan tempatan sebagai pembekal perkhidmatan setempat, rakan kongsi utama dalam arena pembangunan masyarakat serta menjadi sumber kajian yang berjaya untuk demokrasi tempatan (Sisk et al., 2001; Forbrig 2011; Rondinelli 2006). Di peringkat antarabangsa pula, kerajaan tempatan sedang memperbaiki prestasi masing-masing melalui peranan yang dimainkan dengan memberi kerjasama yang lebih baik kepada penduduk

Page 2: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1208

tempatan dalam pembangunan masyarakat. Para pembuat dasar pula jelas memberikan komitmen yang begitu tinggi dalam penyertaan mereka bersama-sama penduduk demi pembangunan masyarakat. Secara tidak langsung perkara ini seakan membenarkan kerajaan tempatan mengekalkan bidang kuasanya yang kukuh ke atas negeri (Jessop 2004; Newman et al., 2004). Masyarakat tempatan sepatutnya melibatkan diri dan saling membantu antara satu sama lain untuk memperolehi pendekatan terbaru dalam aspek pembangunan masyarakat. Dalam erti kata lain, pembangunan masyarakat menawarkan amalan yang baik menerusi proses perubahan masyarakat berdasarkan perkongsian integriti, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman. Green dan Haines (2012) menyatakan pembangunan masyarakat sebagai satu usaha terancang untuk membangunkan keupayaan penduduk demi memperbaiki kualiti hidup mereka. Mereka juga menambah bahawa aset-aset tersebut mungkin merangkumi beberapa bentuk modal masyarakat seperti modal fizikal, manusia, sosial, kewangan, persekitaran, politik dan kebudayaan. Mereka telah mengenalpasti bahawa pembangunan masyarakat yang dikawal oleh kerajaan tempatan jelas memberi persepadanan yang lebih baik di antara aset dan keperluan masyarakat, seperti perumahan, modal kewangan, kemahiran kerja dan produktiviti. Pembangunan masyarakat secara asasnya melibatkan beberapa siri tindakan dan keputusan yang memperbaiki keadaan masyarakat bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi sebagai satu masyarakat yang berfungsi dengan berkesan (Cavaye 2003). Cavaye menegaskan bahawa sesuatu masyarakat itu akan menjadi lebih bermotivasi sekiranya penglibatan dan perhubungan mereka semakin erat dengan kerajaan tempatan. Menurut beliau keupayaan organisasi, kemahiran, kepimpinan dan motivasi kerajaan tempatan juga merupakan faktor-faktor yang akan memberi kesan yang lebih baik kepada pembangunan masyarakat. Ini menunjukkan bahawa kerajaan tempatan memainkan peranan yang sangat penting untuk melahirkan masyarakat yang baik demi mencapai produktiviti dan mampan. Objektif utama pembangunan masyarakat adalah untuk membantu masyarakat yang memerlukan pengukuhan semula (Rebohlz, 2003). Sepertimana yang dijelaskan oleh Rubin (2000) ‘teori organik pembangunan masyarakat bermula dengan tanggungjawab moral untuk mengembalikan masyarakat terbiar hasil kecuaian kerajaan dan sektor swasta’. Walau bagaimanapun, pembangunan masyarakat jelas berbeza dari segi pendekatan menyeluruh berbanding pembangunan yang menggunakan strategi yang melampaui pembangunan ekonomi. 2. Isu-isu kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat. Masyarakat mempunyai harapan yang tinggi agar kerajaan tempatan menyediakan lebih banyak perkhidmatan yang berinovasi serta menuruti tuntutan permintaan yang semakin canggih dalam memenuhi hak mereka (Bowman & Kearney, 1996). Usaha kerajaan tempatan untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam pembangunan masyarakat di Malaysia nampaknya terhambat oleh pertambahan bilangan penduduk negara yang mungkin boleh menimbulkan beberapa set permasalahan. Ini kerana peningkatan penduduk seringkali akan meningkatkan perbelanjaan yang lebih tinggi untuk pelajaran, perumahan, makanan dan kesihatan. Sebagai sebuah kerajaan yang paling dekat dengan rakyat, kerajaan tempatan perlu mengenalpasti strategi dan kemungkinan untuk memenuhi permintaan rakyat demi membantu kerajaan mengekalkan perkembangan ekonomi yang mampan. Sekiranya kerajaan tempatan tidak dapat memenuhi kesemua permintaan penduduk, ini akan menyebabkan kerajaan tempatan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan penyertaan serta sokongan rakyat dalam pembangunan tempatan. Dalam konteks penyusunan semula ekonomi global masa kini, kerajaan tempatan di Malaysia tidak dapat lari dari mengalami masalah berkaitan objektif dan strategi. Walaupun kerajaan tempatan cenderung mempromosikan pembangunan masyarakat untuk rakyat, strategi yang jelas dan padu tetap diperlukan untuk perancangan pembangunan masyarakat yang lebih baik. Penyertaan meluas kerajaan

Page 3: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1209

tempatan dalam pembangunan masyarakat dianggap penting dalam pertumbuhan pembangunan. Ini kerana peralihan tumpuan ke atas objektif dan strategi yang lebih terarah dalam aspek sosial amat penting demi memenuhi keperluan asas di negara-negara sedang membangun (Shadiullah Khan & Morton 1999). Pengiktirafan dan kepentingan kerajaan tempatan dalam proses pembangunan wujud untuk menangani masalah sosio ekonomi tempatan dan mengurus penyertaan pembangunan (Bowman & Kearney, 1996). Di kebanyakan negara sedang membangun termasuk Malaysia, desentralisasi dan penyertaan sahaja tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar kerana kerajaan tempatan sendiri menghadapi cabaran-cabaran berterusan dalam melaksanakan perancangan dan program pembangunan masyarakat (Bowman & Kearney, 1996). Selain itu, pihak berkuasa tempatan terpaksa mengatasi pelbagai rintangan, seperti kekurangan kuasa perundangan, kepakaran yang sentiasa dicabari dan sumber kewangan yang mencukupi. Sumber kewangan mereka terhad dan cukai tempatan berada di bawah paras yang terbatas. Kekangan kewangan juga menyebabkan keterbatasan keupayaan kerajaan tempatan dalam memberikan prestasi yang lebih baik (Kuppusamy, 2008). Justeru itu, ketidakpuasan hati rakyat semakin bertambah disebabkan keperluan mereka yang tidak dipenuhi. Secara keseluruhannya, kerajaan tempatan menghadapi kekangan dalam pembangunan masyarakat. Stokker (2011) mendapati sistem kerajaan tempatan di kebanyakan negara mengekalkan suatu hubungan yang rapat dengan warga mereka untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Hubungan ini akan dikekalkan pada pembangunan akan datang melalui kerjasama baik antara kerajaan tempatan dan warga penduduk. 3. Pengembangan teori Beberapa pendapat telah muncul pada tahun 1960an dan 1970an, sebagai reaksi terhadap kesedaran bahawa penduduk tidak begitu aktif melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat (Cooper, Bryer & Meek 2006). Ini jelas bertentangan dengan beberapa teori yang menggambarkan penyertaan masyarakat adalah memberangsangkan dalam pembangunan di peringkat tempatan. Eversole (2011:, 66) menyatakan “minat dasar awam semasa dalam pengambilan bahagian serta minat ke atas tempat yang ditadbir urus, mengusulkan bahawa masyarakat tempatan mampu memacu perubahan dan inovasi, dan penguasaan pentadbiran adalah lebih berkesan apabila kerajaan dan masyarakat saling bekerjasama”. Dari segi perspektif dasar, sebahagian dari ciri dasar yang lebih baik ialah pembangunan masyarakat itu mempengaruhi sesebuah masyarakat dalam memberikan prestasi yang lebih efektif. Peningkatan kerajaan dalam bekerjasama dengan masyarakat akan membawa perubahan yang produktif serta dapat mengatasi masalah dalam masyarakat dan juga negara. Kenyataan dari Eversole juga disokong olah Pardasani (2006) yang memperincikan bahawa kurangnya penyertaan dan komitmen masyarakat tempatan akan memberi kesan kepada perancangan jangka panjang dan keupayaan pembangunan masyarakat untuk mengekalkan pemulihan dan perubahan. Kebanyakan penyelidik bersetuju bahawa penyertaan masyarakat untuk bekerjasama dengan kerajaan adalah kunci kepada kejayaan menyeluruh pembangunan masyarakat (Buckle & Marsh, 2002; Coghlan, 1998; McCamish, 1998; McDowell, 2002). Manakala, ‘The Community Health Exchange’ (2012) pula menjelaskan pembangunan masyarakat sebagai satu rangkakerja umum untuk merancang, menilai dan mempelajari pendekatan dan intervensi pembangunan. Ianya menyokong mereka yang terlibat dalam pembangunan masyarakat – ahli masyarakat, pengamal, pembuat dasar, dan penyumbang dana mempunyai tujuan yang jelas mengenai apa yang ingin dicapai dan caranya bagi mereka untuk mencapai tujuan tersebut.

Page 4: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1210

Selain itu, ianya menolong mereka untuk membentuk satu teori mengenai apa yang berlaku di dalam pembangunan masyarakat dan bagaimana untuk mengukur perubahan. Ianya tidak menjelaskan ukuran atau proses untuk digunakan oleh organisasi, tetapi lebih kepada menyediakan satu rangkakerja yang luas. Sungguh pun ianya satu rangkakerja yang umum untuk semua pembangunan masyarakat, ganjaran utamanya ialah kewujudan satu masyarakat yang sihat. Rajah 1 menunjukkan rangkakerja pembangunan masyarakat. Rangkakerja ini diadaptasi dari ‘The Community Health Exchange’ (2012). Rangkakerja ini menerangkan prinsip pembangunan sihat masyarakat dan faktor untuk mengukuhkan masyarakat.

Rajah 1: Rangkakerja pembangunan masyarakat

Sumber: The Community Health Exchange (2012).1

Prinsip prinsip yang mendokong rangkakerja dalam Rajah 1 ialah:

Semua pihak berkepentingan sepatutnya terlibat

Kriteria penilaian dan kaedah sepatutnya menggambarkan motivasi dan objektif kesemua peserta

Penilaian seharusnya menjadi perkara penting pembangunan masyarakat, yang secara berterusan memaklumkan perancangan dan tindakan

Perhatian hendaklah diberi untuk menilai kebebasan berkomunikasi dan perubahan dalam kualiti hidup masyarakat

Kehidupan masyarakat seharusnya menjadi lebih memuaskan, mampan dan saksama

1 http://www.che.org.uk/

SATU

MASYARAKAT

SIHAT

Sesuai Didiami Mampan Samarata

Tujuan: Memperkasakan masyarakat

Masyarakat

bekerja

Masyarakat

penyayang

Masyarakat

selamat

Masyarakat

kreatif

Masyarakat

penduduk

Tumpuan: Nilai kehidupan masyarakat

Pembanguna

n peribadi

Tindakan

positif

Organisasi

masyarakat

Penyertaan dan

penglibatan

Kaedah: pembangunan keupayaan, pembelajaran dan keterlibatan

Page 5: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1211

Dalam situasi politik semasa yang mempunyai corak bersilang-pihak, masalah seperti persaingan, pembahagian dan pengecualian menjadi bertambah teruk, namun perkara ini disifatkan sebagai model alternatif yang lebih demokratik berbanding model perwakilan (Shaw, 2008). Kebimbangan tentang hal ini adalah apabila adanya ‘kita’ di dalam dasar yang tidak baik, amat sukar difahami (Shaw, 2008). Menurut Colenutt (2010:, 171), “Keghairahan semasa ke atas pembangunan masyarakat dan menyetempatkan masyarakat mencadangkan bahawa inilah masanya untuk bertanya ‘sama ada pembangunan masyarakat dan tindakan masyarakat, yang pernah menjadi kuasa penting dalam politik tempatan, telah sepenuhnya bebas dari politik dan diperbadankan sebagai salah satu cabang kerajaan”. Satu teras aktiviti profesional yang seharusnya dilakukan ialah mengkaji nilai asas pembangunan masyarakat yang jelas berterusan memberikan nafas baru dalam amalan harian. Waddington (1994) berpendapat dalam mengkaji semula nilai pembangunan masyarakat di dalam konteks amalan yang mengalami perubahan pesat, perlunya pembangunan masyarakat sebagai ‘keperluan asas’. Waddington berkata ianya amat berbaloi untuk melihat kembali akan perkara ini dalam masa 16 tahun akan datang. Pertama, beliau menegaskan bahawa nilai utama kerja ‘terdapat di dalam amalan peringkat akar-umbi’, walaupun rumit dan susah diramal, inilah yang akan menjadi amalan harian. Dengan cara ini, kerja harian yang tidak berkaitan dengan pengalaman biasa masyarakat haruslah digabungkan semula atau ditinggalkan sahaja secara strategik (Waddington, 1994). Kedua, menurut Waddington (1994), kerja masyarakat pada asasnya adalah “mengenai pengalaman peribadi melakukan aktiviti bersama secara bebas khususnya dengan mereka yang telah dipinggir dan diketepikan. Dengan itu, para pekerja masyarakat perlu menentukan pendirian mereka dan seterusnya menjadi peserta”. Waddington mengatasi implikasi perkara ini dengan cara menurunkan dasar (polisi) ke tempat yang sepatutnya: inilah satu faktor penting dalam konteks ini, yakni antara perkara yang perlu diambil kira. Pengarang menambah bahawa keutamaan dasar tidak semestinya paling penting, dan tidak menjadi hanya satu-satunya yang terpenting, yang menggambarkan ciri-ciri sebenar amalan. Apa yang lebih penting adalah tanggungjawab untuk bertindak dengan mereka yang paling banyak dilucutkan kuasa secara bersepadu (Waddington, 1994). Tambahan pula, kerja yang disifatkan khusus berbentuk individu tidak seharusnya menjadi sempadan kepada pembangunan masyarakat, melainkan terdapat peluang untuk mengaitkan pengalaman peribadi dengan kepentingan yang lebih luas secara bersama. Ini dianggap sebagai peranan kerja bermasyarakat yang bersifat pro-aktif, berbanding sifat bertindak balas. Ketiga, dan paling penting bagi Waddington adalah, ‘kerja masyarakat adalah satu aktiviti moral’, menyumbang kepada ‘pembentukan dunia yang lebih baik dan adil’. Ini tidak hanya menonjolkan kepentingan kepada perubahan sosial dan politik, tetapi mengulas apa yang tidak betul dengan dunia seperti yang ada sekarang, dan pembinaan satu rangkakerja beranalitis untuk difahami dengan lebih baik dengan tujuan untuk mengubahnya. Pendekatan sebegini boleh dimulakan sebagai langkah pertama untuk menapis keluar pembangunan masyarakat yang merosot atau berbentuk merbahaya. Dalam keadaan semasa, keupayaan untuk mengenal pasti pembangunan masyarakat tidaklah sepenting dengan keupayaan untuk mengatakan apa itu pembangunan dan kenapa ianya penting. Pada asasnya, kerajaan mempunyai pandangan luas mengenai kerjasama dengan masyarakat dan nilai kebaikannya (Feldman & Khademian, 2002; Yang & Callahan, 2007). Ini menunjukkan perlakuan birokrasi mempengaruhi penglibatan rakyat dalam budaya organisasi secara rasmi dan tidak rasmi (Handley & Michael, 2010).

Page 6: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1212

Bryer (2007) menjelaskan tindak balas birokrasi yang mungkin dipengaruhi oleh kerajaan serta kepercayaan peribadi, dan tindakan yang diambil untuk membina hubungan lebih rapat dengan rakyat merupakan sebahagian penting penglibatan rakyat. Ini menunjukkan bahawa dalam lingkungan rangkakerja bertindakbalas, yang paling utama adalah kuasa budi bicara birokrasi, iaitu melalui penawaran tindak balas yang lebih menyeluruh dan penawaran insentif untuk penglibatan masyarakat (Handley & Michael, 2010). Putnam (1993) menjelaskan modal sosial boleh dibahagi kepada beberapa ciri organisasi seperti kepercayaan, kebiasaan dan jaringan yang boleh memperbaiki kecekapan masyarakat dengan memudahkan penyelarasan tindakan. Ia merujuk kepada sumber utama kekuatan sesebuah masyarakat yang bergantung kepada keupayaan untuk bekerja demi kebaikannya jua (Mansuri & Vijayendra Rao, 2004). Selain dari modal sosial, Fesler (1980) menyatakan sistem teori diperlukan untuk menerangkan pembangunan masyarakat di peringkat tempatan. Menurut Fesler, teori sistem menegaskan bahawa setiap kerajaan tempatan mempunyai tujuan, matlamat atau objektif dalam mencapai prestasi yang lebih baik melalui pembangunan masyarakat cemerlang. Tambahan lagi, teori ini menerangkan prestasi keperluan rakyat hendaklah diukur berbanding matlamat yang dinyatakan. Penyertaan rakyat dalam pembangunan masyarakat secara berkesan mestilah mengikut kehendak dan prosedur kerajaan pada peringkat tempatan. Sebaliknya, teori modal insan memberi tumpuan terhadap hubungan di antara tahap pendidikan pekerja, kemahiran dan pengalaman serta pengalaman pasaran kerja seseorang (Green & Haines, 2012). Menurut mereka lagi, pekerja yang berkemahiran rendah lebih cenderung untuk kurang produktif dan dengan itu diberi ganjaran yang kurang dalam pasaran pekerjaan. Fokus utama dalam pembangunan masyarakat ialah latihan, yang dianggap akan meningkatkan tahap modal insan dan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan dalam masyarakat. Oleh itu, teori ini sangat penting untuk menghasilkan masyarakat berkemahiran tinggi untuk menyertai program atau aktiviti yang melibatkan kerajaan tempatan. Di samping itu, teori pengurusan saintifik adalah satu aspek penting yang menjalar dalam kalangan pemikir terkenal Amerika tentang organisasi (Rosenbloom & Kraychuk, 2005). Pendekatan ini telah direka dan dipopularkan oleh F. W. Taylor. Beliau bersetuju bahawa pengurusan saintifik akan membawa ke arah kerjasama yang lebih hebat di antara pekerja dan pengurusan. Taylor percaya sistemnya itu akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan ianya juga akan menjurus kepada taraf kehidupan yang lebih tinggi bagi mana-mana masyarakat dalam jangka masa panjang (Rosenbloom & Kravchuk, 2005). Masyarakat, katanya lagi akan terlibat secara berkesan dalam meningkatkan standard kehidupan mereka. Sementara itu, teori jangkaan merupakan satu pendekatan alternatif yang beranggapan rakyat mempunyai pelbagai matlamat dan kekuatan sebagai pilihan mereka untuk mencapai matlamat dalam pembangunan masyarakat (Rosenbloom & Kraychuk, 2005). Rosenbloom dan Kraychuk mencadangkan motivasi rakyat untuk terlibat dalam sesuatu pembangunan masyarakat akan bergantung kepada sejauh mana jangkaan mereka terhadap sesuatu aktiviti akan membawa kepuasan. Sebagai contoh, sekiranya mereka berfikir dengan melibatkan diri dalam pembangunan masyarakat akan mendorong ke arah produktiviti yang lebih tinggi, mereka akan lebih melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan. Menurut pendekatan ini motivasi utama ialah memberi sedikit peluang kepada rakyat untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan dan menjelaskan dengan nyata tentang aktiviti atau usaha ke atas

Page 7: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1213

kerja yang mereka lakukan, boleh dijangkakan untuk mencapai matlamat tersebut (Rosenbloom & Kraychuk, 2005). Untuk kajian ini, SERVQUAL merupakan salah satu kaedah yang berkaitan. Instrumen SERVQUAL telah menjadi kaedah penting untuk mengukur persepsi pengguna terhadap kualiti perkhidmatan (Parasuraman et al., 1988). SERVQUAL sudah lama dikenali sebagai instrumen pengukur kualiti perkhidmatan, dan diguna pakai secara meluas untuk mengukur kualiti perkhidmatan dalam pelbagai industri perkhidmatan (Hsiu et al., 2010). Menurut Hsiu, pengukuran SERVQUAL mencadangkan konsep dan kaedah yang diterima secara meluas dan diaplikasikan di dalam domain pengukuran kualiti perkhidmatan. Sementara itu, cabaran oleh ahli kemanusiaan dibimbangi menjadi sebagai satu teori penting yang mengiktiraf prestasi pembangunan masyarakat bergantung kepada produktiviti penyertaan rakyat (Fesler, 1980). Penyertaan rakyat dalam pembangunan masyarakat akan mendorong pencapaian yang lebih tinggi dalam kerajaan dengan membantu proses pembangunan. Antara faktor utama yang menyumbang ke arah pembangunan masyarakat yang lebih baik ialah prosedur yang patut diikuti oleh kesemua orang di peringkat tempatan demi untuk meningkatkan produktiviti (Fesler, 1980). Sebaliknya, teori demokrasi politik melibatkan cara pegawai kerajaan mempromosi nilai sosial yang telah dinyatakan dan diguna pakai dengan penglibatan rakyat pada tahap yang tinggi serta dengan tahap tindakbalas yang tinggi terhadap keperluan dan minat rakyat (Denhart, 2000). Teori ini menumpukan isu seperti keadilan, kebebasan dan kesamarataan (Denhart, 2000) yang memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran kerajaan untuk meningkatkan pembangunan masyarakat. Tinjauan teori mencatatkan bahawa kebanyakan rakyat ingin bekerjasama dalam membangunkan masyarakat melalui pelbagai strategi. Ini adalah penting untuk memperbaiki atau menyelesaikan kewujudan sebarang situasi bermasalah yang menghalang pembangunan masyarakat (Eversole, 2011). Ramuan utama untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam membangunkan masyarakat yang amat berjaya ialah dengan menggabungkan idea, tenaga, modal sosial dan pengetahuan tempatan di kalangan rakyat dan pentadbir (Adam & Hess 2001; Wiseman 2006; Yanow 2003). 4. Rangkakerja teori Tiga kaedah utama membentuk asas untuk memahami pembangunan masyarakat, iaitu SERVQUAL, teori sistem dan teori jangkaan. Instrumen SERVQUAL telah menjadi kaedah penting yang digunakan untuk mengukur persepsi pengguna terhadap kualiti perkhidmatan (Parasuraman et al., 1988). SERVQUAL telah lama dikenali sebagai instrumen pengukur kualiti perkhidmatan, dan diguna pakai secara meluas untuk mengukur kualiti perkhidmatan dalam pelbagai industri perkhidmatan (Hsiu et al., 2010). Menurut Hsiu, pengukuran SERVQUAL mencadangkan konsep dan kaedah yang diterima secara meluas dan diaplikasikan di dalam domain pengukuran kualiti perkhidmatan. Fesler (1980) menyatakan sistem teori diperlukan untuk menerangkan pembangunan masyarakat di peringkat tempatan. Menurut Fesler, ia menegaskan bahawa setiap kerajaan tempatan mempunyai tujuan, matlamat atau objektif dalam mencapai prestasi yang lebih baik melalui pembangunan masyarakat cemerlang. Tambahan lagi, teori ini menerangkan prestasi keperluan rakyat hendaklah diukur setimpal dengan matlamat yang dinyatakan. Penyertaan rakyat dalam pembangunan masyarakat secara berkesan mestilah mengikut kehendak dan prosedur kerajaan pada peringkat tempatan.

Page 8: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1214

Sementara itu, teori jangkaan merupakan satu pendekatan alternatif yang beranggapan rakyat mempunyai pelbagai matlamat dan kekuatan sebagai pilihan mereka untuk mencapai matlamat dalam pembangunan masyarakat (Rosenbloom & Kraychuk, 2005). Menurut pengarang, motivasi utama ialah memberi sedikit peluang kepada rakyat untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan dan menjelaskan dengan betul aktiviti atau usaha yang mereka lakukan yang boleh dijangkakan dapat mencapai matlamat tersebut. Rangkakerja dalam Rajah 2 menerangkan pendekatan pembangunan masyarakat serta peranan kerajaan tempatan dalam mempengaruhi penawaran perkhidmatan. Fungsi mandatori atau obligatori akan digunapakai oleh kerajaan tempatan dalam sistem pemilihan penasihat. Pemilihan penasihat boleh dibahagikan kepada dilantik atau dipilih. Penasihat yang dilantik tidak semestinya memenuhi permintaan rakyat, sebaliknya memenuhi keperluan dan kehendak rakyat sebaik yang mungkin. Terdapat empat faktor yang mempengaruhi pembangunan masyarakat yang akan memberi kesan besar dalam menghasilkan sebuah kerajaan tempatan yang cemerlang. Kajian ini merekodkan empat faktor tersebut iaitu motivasi diri, status sosio ekonomi, kesedaran yang meluas dan peluang untuk penyertaan.

Rajah 2: Rangka kerja Teori Kajian Motivasi diri adalah salah satu faktor kritikal yang akan mempengaruhi pembangunan masyarakat untuk mewujudkan kerajaan tempatan yang berjaya di Malaysia. Faktor ini penting untuk menolong kerajaan tempatan mencapai kecemerlangan dalam pembangunan masyarakat. Motivasi diri adalah asas untuk menggalakkan persekitaran bagi menyokong dan menyertai pembangunan masyarakat ke arah mencapai matlamat dengan berkesan. Mereka yang mempunyai motivasi diri yang amat tinggi akan berupaya untuk mempengaruhi masyarakat mereka untuk menyertai secara aktif dalam memberi perkhidmatan pembangunan masyarakat. Dengan memiliki faktor ini, terdapat kecenderungan yang tinggi untuk membentuk kerajaan tempatan yang lebih baik. Holmes (1999: 27) menyatakan “sifat yang digambarkan oleh status sosio ekonomi diperolehi melalui persekitaran ekonomi, sosial dan fizikal di mana individu tinggal dan bekerja, serta faktor demografi dan genetik”. Individu yang mempunyai tahap sosio ekonomi yang lebih tinggi akan menunjukkan lebih

Page 9: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1215

keterujaan dalam menyertai aktiviti yang dianjur oleh kerajaan tempatan. Mereka juga akan menolong kerajaan tempatan untuk mencapai sasaran mereka dalam pembangunan masyarakat. Faktor ketiga yang mempengaruhi kejayaan pelaksanaan pembangunan masyarakat kerajaan tempatan ialah peluang penyertaan (Lawler, Edward, Hackman & Richard, 1969). Kerajaan tempatan berupaya menganjur dan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program untuk rakyat tempatan mencapai objektif mereka membangunkan masyarakat. Di samping itu, kerajaan tempatan juga menggalakkan rakyat untuk melibatkan diri dalam proses membuat keputusan dengan menjalin rakan kongsi meluas dengan pegawai kerajaan tempatan dengan kemahiran dan pengalaman yang lebih canggih. Adalah sukar untuk menganalisis aktiviti pembangunan masyarakat kerana kepelbagaian pengalaman dalam kalangan mereka yang berkepentingan. Oleh itu, dengan menyediakan peluang penyertaan kepada rakyat akan meningkatkan dengan berkesan lingkungan aktiviti yang dilakukan oleh kerajaan tempatan. Kesedaran yang meluas juga merupakan satu faktor penting dalam pembangunan masyarakat (Skeldon, 1995). Kerajaan tempatan mengenalpasti keunggulan program khusus yang mungkin akan mempengaruhi secara langsung hasil dan impak pembangunan masyarakat. Untuk itu, kerajaan tempatan cuba untuk mengenal pasti misi yang ditetapkan, visi, sumber yang mencukupi dan sokongan masyarakat untuk menjana kesedaran yang meluas dalam kalangan rakyat. Ini akan menolong kerajaan tempatan merancang secara aktif pelan untuk pembangunan masyarakat yang berjaya di masa hadapan. Pembangunan masyarakat adalah domain yang mempengaruhi penyampaian perkhidmatan masyarakat. Pembangunan masyarakat adalah sukar untuk diukur. Dengan itu adalah penting untuk menjawab persoalan berikut:

(i) Apakah tahap pembangunan masyarakat dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh kerajaan tempatan?

(ii) Adakah terdapat jurang di antara permintaan yang dijangka dan penyampaian perkhidmatan pembangunan masyarakat

(iii) Adakah terdapat jurang di antara jangkaan pihak berkepentingan dan penyampaian perkhidmatan kepada mereka? Sebarang ketidak samaan di antara keduanya akan membayangkan ketidakpuasan di antara pihak berkepentingan terhadap aktiviti pembangunan masyarakat

Ulasan persuratan ke atas kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat mengenengahkan beberapa jurang dan fakta mengenai bidang bagi kemungkinan dilakukan kajian lanjut di masa hadapan. Ulasan persuratan ke atas kajian dan konsep pembangunan masyarakat masih memerlukan pandangan yang lebih sistematik dan kajian menyeluruh. Ianya juga patut disebutkan bahawa aspek lain seperti pembentukan dasar dan pelaksanaan, proses pembangunan masyarakat dan isu-isu pembangunan lain setakat ini, masih belum diterokai secukupnya. Walaupun telah ada kajian terhadap pembangunan masyarakat, tiada yang menumpukan khusus terhadap usaha yang dijalankan oleh kerajaan tempatan untuk menambah penyertaan pihak berkepentingan. Tambahan lagi, kajian yang lepas tidak menyiasat inisiatif pembangunan masyarakat ke arah meningkatkan prestasi pihak berkuasa tempatan. 5. Rumusan Kerajaan tempatan ialah agensi awam yang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat untuk penambahbaikan operasi (Kuppusamy, 2008). Ianya adalah sumber utama perkhidmatan dalam pembangunan masyarakat di kebanyakan negara sedang membangun termasuk Malaysia. Sebagai agensi yang terdekat dengan rakyat dan menjadi pusat penyertaan untuk pembangunan, kerajaan

Page 10: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1216

tempatan di Malaysia telah diamanahkan tugas penting untuk dimainkan dalam pembangunan masyarakat. Shaw (2008) menyatakan “yang menjadi perkara utama ialah potensi pembangunan masyarakat yang dilihat mempunyai halangan; dan apakah pula yang dapat menangani halangan tersebut dan menyerlah kelak”. Pembangunan masyarakat adalah sangat penting, ia berhadapan dengan cabaran dan meninjau peluang untuk menyumbang ke arah pembaharuan kehidupan politik dan demokrasi. Rakyat digalakkan untuk menyertai program pembangunan masyarakat dan aktiviti untuk meningkatkan prestasi kerajaan tempatan. Shaw (2011:, 11) menerangkan “konsep berbeza terhadap kewarganegaraan telah tersurat dalam teori pembangunan masyarakat dan telah diamalkan sekian lamanya”. Berdasarkan ini, sejarah pembangunan masyarakat telah menjadi amalan yang berbeza dalam kalangan masyarakat. Oleh itu untuk pelaksanaan yang lebih baik pada peringkat tempatan kesemua inisiatif untuk pembangunan masyarakat memerlukan satu tindakan yang amat penting untuk mengelakkan kemunculan halangan dari aspek dasar dan politik (Fudge, 2009).

Rujukan

Adams, D. and Hess, M. (2001). Community in Public Policy: Fad or Foundation? Australian Journal of Public Administration, 60(2),13–23.

Bowman, A. O., and Kearney, C. R. (1996). State and Local Government. USA: Houghton Mifflin

Company.

Bryer, and Thomas, A. (2007). Toward a Relevant Agenda for a responsive Public Administration. Journal

of Public administration Research and Theory, 17(3), 479-500.

Buckle, P. and Marsh, G. (2002). Local Assessment of Disaster Vulnerability and Resilience: Reframing

Risk, International Sociological Association (ISA), Brisbane.

Cavaye, J. (2003). “Issues, opportunities and some ways forward based on experiences in rural and regional communities”, paper presented at the Shaping Your Community Through Smart Practice Conference, Cavaye Community Development. Boonah, Queensland.

Coghlan, A. (1998). “Post-Disaster Redevelopment”, paper presented at the International Soiological

Association (ISA), Montreal, Quebec.

Cohen, J. (1988). Statistical power analysis for the behavioral sciences. Hillsdale, New Jersey, Erlbaum.

Cooper, Terry L., Thomas A., Bryer, and Meek, J. W. (2006). Citizen-centered Collaborative Public

Management. Special Issue, Public Administration Review, 66, 76-88.

Eversole, R. (2011). Community Agency and Community Engagement: Re-theorising Participation in Governance Regional Development, Journal of Public Policy, 31(1), 51-71.

Feldman, Martha S., and Khademian, A.M. (2002). To manage is to Govern. Public Administration

review, 62(5),541.

Page 11: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1217

Fesler, J. W. (1980). Public administration. Theory and practice. Prentice Hall.

Forbrig, J. (2011). Learning for local democracy. A study of local citizen participation in Europe. Retrieved March 13, 2012, from www.callde.eu/wp-content/.../CEECN_CitizenParticipationStudy.pdf

Fudge, S. (2009). Reconciling agency with structure: the contradictions and paradoxes of capacity

building in Wales – 2000-2006 Objective 1 Programme. Critical Social Policy, 29 (1).

Green, G. P., & Haines, A. (2012). Asset building and community development (3rd ed.). Sage publications.

Handley, Milam, D., Moroney, H. and Michael. (2010, July/August). Ordering Stakeholder Relationships and Citizen Participation: Evidence from the community development block Grant Program. Public Administration Review, 70, 4.

Holmes, A. R. (1999). Class effects: An exploratory study of the relationship between emotional intelligence and socio-economic status among African Americans. The George Washington University.

Hsiu, et. al., (2010). Service quality gaps analysis based on Fuzzy linguistic SERVQUAL with a case study in hospital out-patient services. Total Quality Management Journal. Retrieved February 26, 2012, From www.emeraldinsight.com

Jessop, B. (2004). Governance and Metagovernance: On Reflexivity, Requisite Variety, and Requisite Irony. In Governance, as Social and Political Communication. Manchester: Manchester University Press, 142–172.

Kuppusamy Singaravelloo. (2008). Measuring Performance of Local Authorities Using Composite

performance Index and Perceived Performance Score, Unpublished Doctor of Philosophy Thesis, submitted to the Graduate School of Management. Universiti Putra Malaysia.

Lawler, Edward, E., & Richard, J. (1969). Impact of employee participation in the development of pay incentive plans: A field experiment. Journal of Applied Psychology, 53(6).

Lowndes, V. and Sullivan, H. (2004). Like a Horse and Carriage or a Fish on a Bicycle: How Well do Local Partnerships and Public Participation go Together? Local Government Studies, 30(1), 51–73.

Mansuri, G. and Vijayendra Rao. (2004). Community-based and Driven Development: A Critical Review.

The World Bank Research Observer, 19(1), 8.

McCamish, E. (1998). “The role of Community Recovery Workers in Developing following Disaster”, paper presented at the International Soiological Association (ISA), Montreal, Quebec.

McDowell, C. (2002). Involuntary Resettlement, Impoverishment Risks and Sustainable livelihood.

Australian Journal of Disaster and Trauma Studies, 6(2).

Newman J., Barnes M., Sullivan, H. and Knops, A. (2004). Public participation and collaborative governance. Journal of Social Policy, 33(2), 203–223.

Page 12: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1218

Parasuraman, A., Berry, L.L., & Zeithaml, V.A. (1988). SERVQUAL: A multiple-item scale for measuring customer perceptions of service quality. Journal of Retailing, 64 (1), 12-40.

Pardasani, M. (2006). Tsunami reconstruction and redevelopment in the Maldives: A case of community Participation and social action. Disaster Prevention and Management, 15(1), 85.

Putnam, R. D. (1993). Making Democracy Work. Princeton University Press, Princeton, New Jersey.

Putnam, R. D., Leonardi, R. and Nanetti, R. Y. (1993). Making Democracy Work: Civic traditions in

Modern Italy. Princeton University Press.

Rebholz, S. (2003). Community Development Corporations: Opportunities and Barriers in Arts-Led Economic development. Princeton University, New Jersey. p. 15

Rondinelli A. D. (2006). Public administration and democratic governance: Governments serving citizens. Retrieved June 04, 2012, from unpan1.un.org/intradoc/groups/public/.../un/unpan025063.pdf

Rosenbloom, D. H. and Kravchuk, R. S. (2005). Public Administration. Understanding Management, Politics, And Law in The public sector (6th edition.). McGraw Hill.

Rubin, H. J. (2000). Renewing Hope Within Neighborhoods of Despair. Albany: State University of New York Press.

Shadiullah Khan, and Morton R. Davies (1999). The role of Pakistani Local government in rural development. Regional development studies (RDS) Vol. 5, 1999, pp.161-172 United Nations Centre for Regional Development (UNCRD) Japan.

Shaw, M. (2008.) Community development and the politics of community. Community Development Journal, 43 (1), 24-36.

Shaw, M. (2011). Community development and democracy: opportunities, challenges and dangers.

University of Edinburgh (U.K.). Retrieved October 15, 2010, from congreso.us.es/cesrea/OKpapers/Shawkeynote.pdf

Sisk, D. T. et al., (2001). Democracy at the local level: The international IDEA Handbook on participation, representation, conflict management and governance. Retrieved January 11, 2012, from www.idea.int/publications/dll/upload/DLL_full_book.pdf

Skeldon, R. (1995). The challenge facing migration research: A case for greater awareness. Retrieved May 25, 2012, from ncbi.nlm.nih.gov

Stoker, G. (2011). Was local governance such a good idea? A global comparative perspective. Public administration an International Quarterly, 89(1), 15-31.

The World Development Report (2003). Retrieved September 21, 2012, from http://www.wdr.com/

Wiseman, J. (2006). Local Heroes? Learning From Recent Community Strengthening Initiatives in Victoria. Australian Journal of Public Administration, 65(2), 95–107.

Page 13: 271 kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat: satu

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1219

Yang, Kaifeng, and Callahan, K. (2007). Citizen Involvement Efforts and Bureaucratic Responsiveness:

Participatory values, Stakeholder Pressures, and Administrative Practically. Public

Administration Review, 67(2), 249-64.

Yanow, D. (2003). Accessing local knowledge. Deliberative Policy Analysis: Understanding Governance in the Network Society. Cambridge: Cambridge University Press.