kemalangan jalanraya

Download kemalangan jalanraya

If you can't read please download the document

Post on 06-Jul-2015

527 views

Category:

Social Media

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1. 23 Unit 2 Tahun 6 Tajuk 1 : Kepentingan Undang-Undang dan Peraturan Jalan Raya Kemahiran : Fokus Utama : 5.2 Aras 1 (i) (ii) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 2 (i) PKJR : 3.1 Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul serta dapat menjawab soalan pemahaman dengan tepat. 2) membina ayat majmuk menggunakan kata hubung yang terdapat dalam petikan. 3) menyatakan sebab dan akibat jika tidak mematuhi peraturan dan undang- undang jalan raya. Aktiviti : (Rujuk muka surat 24) Sistem Bahasa : Tatabahasa - kata hubung Kosa Kata - mematuhi - amalan - warden - parkir Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai - mematuhi - berdisiplin KBT KB - menilai KP - verbal linguistik Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran) Buku Aktiviti : Aktiviti 5(a) (Membaca petikan teks) Aktiviti 5(b) (Menjawab soalan) Aktiviti 6 (Membina ayat majmuk) Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya

2. 24 Unit 2 Tahun 6 Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1 1. Murid membaca petikan teks tentang kepentingan undang-undang dan peraturan jalan raya dalam Aktiviti 5(a). 2. Murid dipilih secara rawak membaca petikan teks dengan sebutan dan intonasi yang betul. 3. Berdasarkan teks, murid berbincang dalam kumpulan berkaitan perlakuan mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya untuk setiap pengguna jalan raya: Penumpang. Penunggang motosikal. Pejalan kaki. 4. Setiap kumpulan berbincang dan menjawab soalan pemahaman berdasarkan penyataan dalam Aktiviti 5(b). 5. Setiap kumpulan akan membacakan jawapan mereka secara beramai-ramai dengan sebutan dan intonasi yang betul. 6. Berdasarkan perlakuan pengguna jalan raya yang dinyatakan dalam teks, murid menyatakan sebab dan akibat jika tidak mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya. 7. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan undang- undang dan peraturan jalan raya. Seterusnya, guru mencatatkan jawapan pada papan tulis. 8. Murid diminta menyenaraikan kata hubung yang terdapat dalam petikan dan membina ayat majmuk secara lisan. 9. Murid membina ayat majmuk dengan menggunakan kata hubung dalam Aktiviti 6. Catatan/Media/BBM Buku Aktiviti Aktiviti 5(a) Buku Aktiviti Aktiviti 5(b) Buku Aktiviti Aktiviti 6 Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya 3. Undang-undang dan Peraturan Undang-undang jalan raya ialah akta yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya. Peraturan jalan raya pula merupakan amalan keselamatan yang boleh meningkatkan keselamatan pengguna semasa di jalan raya. Sebagai pejalan kaki, kita harus memilih tempat yang paling selamat untuk melintas. Pastikan kita boleh melihat kenderaan dari semua arah. Setelah memilih tempat yang paling selamat untuk melintas, perkara yang wajar dan selamat dilakukan adalah dengan mengamalkan lima langkah melintas. Pertama, berhenti dan undur selangkah ke belakang. Kedua, lihat ke kanan dan ke kiri. Ketiga, dengar arah bunyi kenderaan. Keempat, fikir sama ada selamat atau tidak. Kelima, melintas dengan berwaspada. Selain itu, berjalan menghadap trafik dan mematuhi arahan warden lalu lintas merupakan peraturan yang boleh meningkatkan keselamatan kita semasa di jalan raya. Perbuatan melintas jalan tanpa menggunakan jejantas merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang. Jika melintas di lintasan belang yang terdapat kemudahan lampu isyarat undan, pastikan melintas hanya apabila lampu isyarat orang hijau bernyala. Pengguna jalan raya tidak digalakkan melintas di antara dua buah kenderaan yang diparkir. Sebagai penunggang basikal pula, kita harus sentiasa memakai topi keledar basikal untuk melindungi bahagian kepala daripada tercedera. Menunggang di bahagian kiri jalan sealiran dengan trafik merupakan perkara yang selamat dilakukan. Kita patut menggunakan isyarat tangan apabila hendak membelok dan berhenti. Patuhilah semua papan tanda semasa menunggang basikal di jalan raya. Sebagai penumpang kenderaan, kita haruslah sentiasa memakai tali pinggang keledar. Begitu juga jika turun dari bas, pastikan bas beredar dengan sepenuhnya sebelum melintas jalan. Semua pengguna jalan haruslah bertanggungjawab akan keselamatan diri sendiri. Pastikan sentiasa memakai pakaian berwarna cerah atau terang untuk meningkatkan kebolehlihatan pada bila-bila masa. Undang-undang dan peraturan jalan raya haruslah sentiasa dipatuhi. 25 Unit 2 Aktiviti 5(a) Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya Baca petikan teks di bawah. Kepentingan Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya Aktiviti 5(a) 4. Terdapat hanya satu langkah melintas jalan raya. Penunggang basikal harus memakai topi keledar untuk mengurangkan tahap kecederaan pada bahagian kepala. Sentiasa memakai pakaian yang berwarna cerah agar boleh meningkatkan kebolehlihatan. Melintas apabila lampu isyarat orang hijau bernyala. Penunggang basikal tidak perlu menggunakan isyarat tangan ketika membelok. Penunggang basikal tidak perlu mematuhi lampu isyarat. Melintas jalan setelah bas beredar sepenuhnya. Mematuhi peraturan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama. Amalkan lima langkah melintas setiap masa. Melintas di antara dua buah kenderaan adalah berbahaya. 26 Unit 2 Aktiviti 5(b) Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya Tandakan () pada penyataan yang betul dan () pada penyataan yang salah berdasarkan teks. Kepentingan Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya Aktiviti 5(b) 5. Mazlan memakai topi keledar apabila menunggang basikal. 1. a. Mazlan memakai topi keledar. b. Mazlan menunggang basikal. Sarimah melihat ke kanan dan ke kiri sebelum melintas jalan. 2. a. Sarimah melihat ke kanan sebelum melintas jalan. b. Sarimah melihat ke kiri sebelum melintas jalan. Ahmad melintas jalan apabila lampu isyarat orang hijau bernyala. 3. a. Ahmad melintas jalan. b. Lampu isyarat orang hijau bernyala. Bibah mengingatkan Jamil menggunakan jejantas agar melintas dengan selamat. 4. a. Bibah mengingatkan Jamil menggunakan jejantas. b. Jamil melintas dengan selamat. Murid-murid mesti mematuhi papan tanda dan penanda jalan. 5. a. Murid-murid mesti mematuhi papan tanda. b. Murid-murid mesti mematuhi penanda jalan. 27 Unit 2 Aktiviti 6 Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya Bina ayat majmuk berdasarkan kata hubung yang sesuai. Kepentingan Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya Aktiviti 6 6. 28 Unit 2 Tahun 6 Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya Tajuk 2 : Mesej Dalam Iklan Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 11.4 Aras 1 (i) PKJR : 11.1 Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat; 1) mengemukakan pandangan untuk menyokong atau membangkang tentang sesuatu perkara yang dibincangkan. 2) menulis pandangan terhadap pihak lain tentang sesuatu bahan dengan bahasa yang betul. 3) menyenaraikan pesanan berkaitan keselamatan jalan raya daripada paparan media. Aktiviti : (Rujuk muka surat 29) Sistem Bahasa : Tatabahasa - kata kerja Kosa Kata - poster - risalah Pengisian Kurikulum : Ilmu - Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai - berwaspada - berdisiplin KBT KB - menjana idea BCB - mencatat nota Refleksi : (Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran) Media Pengajaran : Video (Iklan Keselamatan Jalan Raya) Buku Aktiviti : Aktiviti 7 (Membincangkan bahan media) Aktiviti 8 (Menulis perlakuan yang positif dan negatif serta alasannya) Aktiviti Susulan (Mencatat pemerhatian daripada media) 7. 29 Unit 2 Tahun 6 Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 2 1. Murid melihat dan menonton pelbagai bahan berkaitan dengan pengguna jalan raya daripada media cetak dan media elektronik. (Media cetak surat khabar, poster, iklan) (Media elektronik televisyen, video, laman web) Guru mengaitkan jawapan murid dengan isi pelajaran. 2. Murid menonton sedutan iklan aksi pengguna jalan raya yang ditunjukkan. Seterusnya, murid memberi pendapat tentang iklan yang dilihat atau ditonton. Contoh : a. Apakah yang kamu lihat tentang perlakuan pengguna jalan raya dalam iklan yang ditunjukkan itu? b. Apakah kesan daripada perlakuan tersebut? 3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap kumpulan diberikan bahan media berkaitan keselamatan jalan raya dalam Aktiviti 7. Kumpulan A surat khabar Kumpulan B risalah Kumpulan C poster 4. Setiap kumpulan dikehendaki berbincang sama ada menyokong atau membangkang perlakuan yang terdapat dalam bahan media dengan memberikan alasan yang munasabah sambil menunjukkan Kad Pendapat. Contoh Kad Pendapat: Catatan/Media/BBM Video Iklan Keselamatan Jalan Raya Buku Aktiviti Aktiviti 7 BBM Kad Pendapat* *(bahan tidak dibekalkan dan guru digalakkan membina bahan) Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya SOKONG Sebab Alasan BANGKANG Sebab Alasan 8. 30 Unit 2 Tahun 6 Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 5. Semasa salah satu kumpulan menyampaikan hasil perbincangan, kumpulan yang lain diminta memberikan pandangan, sama ada menyokong atau membangkang pendapat kawan mereka dengan memberikan alasan munasabah. 6. Guru merumuskan hasil perbincangan murid. 7. Murid diedarkan lembaran kerja dalam Aktiviti 8 tentang iklan keselamatan jalan raya, kemudian menulis perlakuan yang positif dan negatif serta alasannya. 8. Murid diminta menyenaraikan kata kerja dan kata adjektif berdasarkan poster secara lisan dengan bimbingan guru. Aktiviti Susulan Murid diminta mendapatkan bimbingan daripada ahli keluarga untuk membuat aktiviti tambahan di rumah berkaitan iklan yang ditonton dengan melengkapkan lembaran pengurusan grafik (LPG) . Catatan/Media/BBM Buku Aktiviti Aktiviti 8 Buku Aktiviti Aktiviti Susulan Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya 9. 31 Unit 2 Aktiviti 7 Bincangkan sama ada kumpulan anda menyokong atau membangkang perlakuan yang terdapat dalam bahan media dengan memberikan sebab dan alasan yang munasabah. Mesej Dalam Iklan Aktiviti 7 Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya Kumpulan A SURAT KHABAR 10. 32 Unit 2 Aktiviti 7 Undang-undang dan Peraturan Jalan Raya Mesej Dalam Iklan Aktiviti 7 Kumpulan B RISALAH Pimp