pembinaan jalanraya pada mulanya dibina di atas permukaan tanah

32
Pembinaan jalanraya pada mulanya dibina di atas permukaan tanah. Akibat daripada ketidaktahanan beban yang ditanggung oleh berat kenderaan maka tanah semulajadi tidak mampu menerima laluan tayar kenderaan tanpa berubah bentuk. Oleh itu, permukaan tanah ini perlu dibentuk kepada aras yang dikehendaki dan dipadatkan kemudian di bina pula struktur yang kuat di atasnya. Struktur yang dibina di atas aras bentukan tanah adalah dipanggil turapan jalanraya. Di antara jenis-jenis turapan jalanraya boleh di kategorikan kepada dua jenis iaitu ; i.Turapan Tegar ii. Turapan Anjal Secara umumnya di Malaysia, kedua-dua jenis turapan jalan tersebut digunakan di dalam rangkaian jalanraya sama ada di lebuhraya, jalan negeri, jalan persekutuan dan lain-lain jalan. Turapan Tegar adalah turapan yang paling atas lapisan jalan yang dibina daripada konkrit bertetulang. Kebiasaannya, dibina di lebuhraya yang menanggung beban yang berat dan lorong-lorong di dalam bandar serta lain-lain. Di antara kebaikan turapan jenis ini ialah ianya berkemampuan menanggung beban dari semua jenis kenderaan, agak selesa, selamat, tidak berdebu, memberikan rintangan turapan yang baik, darjah penglihatan yang tinggi sama ada di waktu malam ataupun waktu siang dan kos selenggaraan yang lebih rendah. Manakala kelemahannya pula adalah pembinaan yang melibatkan kos yang tinggi dan perlu kaedah perlaksanaan kerja yang baik untuk mencapai turapan yang baik.

Upload: isa-mueller

Post on 06-Dec-2014

317 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Kerja pembinaan jalan raya

TRANSCRIPT

Page 1: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

Pembinaan jalanraya pada mulanya dibina di atas permukaan tanah. Akibat daripada ketidaktahanan

beban yang ditanggung oleh berat kenderaan maka tanah semulajadi tidak mampu menerima laluan

tayar kenderaan tanpa berubah bentuk. Oleh itu, permukaan tanah ini perlu dibentuk kepada aras

yang dikehendaki dan dipadatkan kemudian di bina pula struktur yang kuat di atasnya. Struktur yang

dibina di atas aras bentukan tanah adalah dipanggil turapan jalanraya. Di antara jenis-jenis turapan

jalanraya boleh di kategorikan kepada dua jenis iaitu ;

i.Turapan Tegar

ii. Turapan Anjal

Secara umumnya di Malaysia, kedua-dua jenis turapan jalan tersebut digunakan di dalam rangkaian

jalanraya sama ada di lebuhraya, jalan negeri, jalan persekutuan dan lain-lain jalan. Turapan Tegar

adalah turapan yang paling atas lapisan jalan yang dibina daripada konkrit bertetulang.

Kebiasaannya, dibina di lebuhraya yang menanggung beban yang berat dan lorong-lorong di dalam

bandar serta lain-lain.

Di antara kebaikan turapan jenis ini ialah ianya berkemampuan menanggung beban dari semua jenis

kenderaan, agak selesa, selamat, tidak berdebu, memberikan rintangan turapan yang baik, darjah

penglihatan yang tinggi sama ada di waktu malam ataupun waktu siang dan kos selenggaraan yang

lebih rendah. Manakala kelemahannya pula adalah pembinaan yang melibatkan kos yang tinggi dan

perlu kaedah perlaksanaan kerja yang baik untuk mencapai turapan yang baik.

Turapan Anjal pula adalah jenis permukaan yang paling banyak digunakan di negara ini. Ianya terdiri

daripada jenis Macadam, Konkrit Berasfalt, Pembalut Permukaan dan lain-lain lagi. Turapan jenis ini

menghasilkan turapan jalan yang mampu menanggung beban kenderaan berat, selesa dan selamat

serta kos pembinaannya yang lebih rendah jika dibandingkan dengan turapan tegar. Ianya perlu

diselenggarakan dengan baik untuk menjamin mutunya berkekalan serta tempoh hayat yang lama.

Kajian kes terhadap kerosakan jalan ini hanya tertumpu kepada Turapan Anjal daripada jenis konkrit

berasfalt yang banyak digunakan di daerah Kuala Terengganu. Keratan rentas lapisan jalan daripada

jenis ini adalah seperti mana yang ditunjukkan didalam Rajah 2.1 di bawah ;

Page 2: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

Rajah 2.1 menunjukkan beban daripada tayar kenderaan diagihkan kepada lapisan tanah melalui

struktur yang mempunyai ikatan yang rapat antara lapisan di atasnya. Kestabilannya adalah

bergantung kepada cantuman antara batu baur, rintangan zarah dan ikatan di antaranya.

Dalam rekabentuk permukaan jalan yang menggunakan kaedah yang disyorkan dalam Arahan Teknik

(Jalan) 5/85 : Manual On Pavement Design (01), rekabentuk akan menghasilkan ketebalan tiap-tiap

lapisan jalan. Salah satu lapisan jalan tersebut ialah ketebalan lapisan penyudah dan lapisan pengikat

untuk menjamin permukaan tersebut selamat daripada kegagalan riceh dan beralur.

Konkrit berasfalt dihasilkan di kilang memproses dengan cara mengadunkan batu baur yang

dipanaskan dengan bahan bitumen pada suhu 150°C hingga 170°C dengan nisbah campuran kedua-

duanya antara 4% hingga 7%. Terdapat banyak kaedah yang digunakan di dalam memproses konkrit

berasfalt tersebut. Selepas diadun selama lebih kurang satu minit, konkrit berasfalt tersebut terus

dihantar ke tapak binaan untuk tujuan penghamparan dan pemadatan. Bahan-bahan yang

digunakan untuk menghasilkan konkrit berasfalt adalah seperti ;

i.Batu Baur

ii.Penutup Lompang

iii.Bahan Berbitumen (Gred Penusukan : 80-100)

iv.Simen Bertindak Sebagai Agen Anti Penghausan Permukaan Jalan.

Page 3: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

Rekabentuk Turapan Anjal

Rekabentuk Turapan Anjal Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika. (American

Association Of State Highway Official – AASHO).

Prosedur rekabentuk yang di tetapkan oleh Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika

adalah berdasarkan kepada keputusan ujian jalan yang meluas oleh Pertubuhan Pihak Berkuasa

Jalanraya Negeri Amerika yang dijalankan di Ottawa pada penghujung tahun lima puluhan dan awal

tahun enam puluhan.

Jawatankuasa rekabentuk Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika telah menerbitkan

buat kali pertama pada tahun 1961 iaitu panduan rekabentuk sementara dan mengeluarkan

semakan edisi pada tahun 1972 berdasarkan kepada pertimbangan semula dan penyelidikan versi

yang asal.

Kaedah rekabentuk Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika diperkenalkan kepada

pengguna jalan raya, definasi kegagalan turapan dan bukannya berdasarkan kepada satu konsep

kegagalan struktur seperti retakan dan ubah bentuk. Untuk kenyataan mudah fungsi jalan adalah

untuk keselamatan dan kelicinan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Untuk memenuhi fungsi ini, konsep yang penting telah diperkenalkan. Konsep utama adalah

perkhidmatan yang ditakrifkan sebagai keupayaan sesuatu jalan itu memberikan khidmat yang

memuaskan lalu lintas sebagaimana ia direka bentuk. Keupayaannya adalah kebolehan turapan

untuk memberi khidmat yang memuaskan lalu lintas di suatu tempat dan masa merupakan kesan

kepada definasi-definasi ini serta ianya boleh ditakrifkan sebagai perpaduan antara kebolehan

perkhidmatan dan masa atau secara umumnya sebagai arah kebolehkhidmatan dengan masa.

Dalam ujian jalan Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika, keupayaan telah ditakrifkan

oleh kebolehkhidmatan turapan pada masa pembinaan dan selepas beberapa lama tempoh

pembinaan untuk semua turapan. Pada mulanya cara untuk menentukan penilaian

kebolehkhidmatan oleh beberapa orang panel terpilih meletakkan nilai setiap turapan pada skil

rambang 0 hingga 5 dimana nilai 5 menunjukkan tahap yang sangat terbaik.

Page 4: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

Ukuran kebolehkhidmatan mengenai nilaian yang ditakrifkan sebagai kewujudan kadar

kebolehkhidmatan (Present Serviveability Rating - PSR).

Analisa statistik dibuat untuk mengaitkan kewujudan kadar kebolehkhidmatan dari ukuran fizikal

ditakrifkan sebagai kewujudan indeks kebolehkhidmatan(Present Serviceability Index - PSI) atau P.

Persamaan berkaitan dihasilkan pada ujian jalan Pertubuhan Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri

Amerika untuk turapan anjal ialah ;

PSI = 5.01 – 1.91 log (1 + sv) – 1.38RD2 – 0.01(G + P) ½

di mana ;

SV = Ukuran kekasaran memanjang

RD = Kedalaman purata ukuran

C + P = (Luas retakan kelas 2 dan 3) + (Tampalan per 1000 kaki persegi)

Persamaan rekabentuk Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika untuk turapan anjal adalah

berdasarkan kepada kesan rekabentuk struktur (termasuk komponen ketebalan dan jenis bahan)

dan beban (magnitud dan kekerapan beban gandar) di atas prestasi ujian bahagian-bahagian

turapan anjal.

Page 5: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

Tebal Lapisan Minima

Tebal minima yang dicadangkan oleh Pihak Berkuasa Jalanraya Negeri Amerika untuk permukaan,

tapak dan ke tapak adalah masing-masing 50mm (2 in), 100mm (4 in) dan 100mm (4 in) ketebalan

minima ini adalah berdasarkan kepada keutamaannya ke atas pertimbangan pembinaan dan

penyelenggaraan.

Struktur Turapan Anjal

Rekabentuk struktur turapan anjal adalah pada setiap lapisan seperti ;

i. Turapan anjal adalah struktur yang berlapis-lapis yang mengandungi lapisan sub tapak, lapisan

asas, lapisan pengikat dan lapisan penghausan.

ii. Dalam kes di mana terdapat dua atau lebih lapisan. Lapisan untuk pengikat, lapisan terbawah

adalah di rujuk sebagai lapisan pengikat dan lapisan-lapisan lain sebagai lapisan antara.

iii. Dalam menentukan ketebalan lapisan secara berasingan, aspek praktikal pembinaan di ambil

berdasarkan jadual.

iv. Ketebalan minima lapisan berbitumen supaya tidak melebihi tarikan tegangan genting pada

lapisan tapak berbitumen.

Page 6: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

1.1 PEMBINAAN TURAPAN LENTUR

Kerja pembinaan turapan lentur meliputi aktiviti kerja pembinaan setiap lapisan dan jentera yang

digunakan. Secara umumnya, ia terdiri daripada:

a) Pembinaan lapisan subgred.

b)Pembinaan sub tapak.

c)Pembinaan tapak.

d) Pembinaan permukaan jalan

1.2 Pembinaan Lapisan Subgred

Langkah pertama yang dilakukan dalam pembinaan subgred ialah dengan membuat

ujian keupayaan galas tanah. 

Sekiranya keupayaan galas tanah asal mencukupi, maka permukaan tanah diratakan

untuk pembinaan lapisan seterusnya.

Jika keupayaan galas tanah kurang sesuai untuk dijadikan subgred, penstabilan atau

penambakan tanah asing perlu dilakukan.

Kerja penstabilan dilakukan dengan mengadunkan bahan penstabilan dengan tanah

sebelum dilakukan pemadatan.

Penggunaan tanah asing pula dilakukan dengan mengorek tanah yang didapati tidak

sesuai untuk dijadikan subgred. 

Tanah asing yang sesuai direbak menggunakan traktor pada ketebalan tertentu,

sebelum dipadatkan. 

Page 7: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

Jentera pemadatan yang biasa digunakan ialah jentera penggelek roda besi dan

penggelek bergetar.

PENSTABILAN TANAH, PENSTABILAN MEKANIK, PENSTABILAN FIZIKAL

dan PENSTABILAN KIMIA

Semasa kerja pemadatan, faktor yang berikut perlu dikawal dengan teliti supaya

kekuatan tanah yang diperlukan dapat dicapai dalam masa yang singkat dan kos yang

rendah. 

Kandungan lembapan tanah.

Tebal lapisan tanah.

Jenis dan berat jentera pemadat.

Laju dan bilangan larian

Setelah lapisan pertama mencapai kepadatan, maka lapisan seterusnya dibina

sehingga mencapai aras formasi dengan kamber yang ditetapkan.

Kebiasaannya, lapisan atas subgred akan ditutup dengan lapisan pasir atau habuk batu

pecahan untuk menghalang percampuran bahan subgred ke lapisan subtapak.

lapisan terbawah dibuat dari tanah asal

nilai CBR adalah asas untuk menentukan tebal turapan

dipadatkn dgn jentera pemadat yang sesuai pada kandungan air optimum

faktor yg mempengaruhi kekuatan subgred ialah jenis tanah,kandungan

air,pemadatan.

Page 8: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 9: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

1.3 Pembinaan Subtapak

Bahan lapisan subtapak seperti pasir lombong, pasir sungai, pecahan batu atau tanah

laterit terpilih diletakkan dan diratakan di atas lapisan subgred.

Sekiranya ketebalan lapisan subtapak melebihi 150mm, ia dibina dalam dua lapisan.

lapisan yg terletak di antara lapisan tapak jalan & subgred

Setiap lapisan dipadatkan dengan menggunakan jentera penggelak.

Di samping itu, kamber perlu dipastikan dari masa ke semasa.

Subtapak ialah lapisan pengagih beban sekunder yang mengagihkan beban kenderaan

ke subgred.

Fungsi subtapak ialah seperti berikut:

Menanggung tapak jalan dan mengagihkan beban ke lapisan subgred.

Bertindak sebagai lapisan penyalir.

Memisahkan lapisan tapak dan subgred.

Jalan sementara semasa kerja-kerja pembinaan.

Page 10: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

BAHAN YANG DIGUNAKAN

 Sub Tapak (Sub Base)

Laterit berpasir - CBR > 20%

Aggregat terhancur - b’saiz 75mm hingga ke debu, CBR > 30%

Tanah b’pasir t’stabil simen - CBR > 60% “ Bahan s/tapak mesti lulus ujian CBR, Had Cecair, Indek Keplastikan, Nilai P’hancuran Agg, Lelasan Los Angeles & Ayakan “

Page 11: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

1.4 Pembinaan Tapak

Tapak jalan di negara ini kebanyakannya dibina dengan bahan adunan batu pecahan sama ada

basah atau kering.

Perkembangan teknologi terkini dalam penyediaan lapisan tapak, membolehkan penggunaan

jentera penurap.

Setiap lapisan longgar yang direbak/rata mestilah tidak melebihi 150mm tebal.

Setiap lapisan dipadatkan dan ditarah mengikut kamber yang ditetapkan.

merupakan lapisan terpenting

dibuat dr bahan yang berkualiti agak tinggi

lapisan penyebar beban yg utama & yg paling tebal

Ia diratakan sehingga meliputi 250mm daripada lebar sebenar permukaan jalan dengan tujuan

bagi menyediakan sokongan sisi terhadap lapisan permukaan jalan.

Page 12: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 13: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

Antara fungsi lapisan tapak ialah:

Bertindak sebagai lapisan penanggung utama beban.

Mengagihkan beban ke lapisan di bawahnya.

Menyediakan permukaan binaan untuk lapisan berbitumen.

Antara kaedah pembinaan lapisan ini ialah:

Macadam Crusher-run (Run Road Base.)

Macadam ikatan kering (Dry Bound Macadam Road Base).

Macadam ikatan basah (Wet Bound Macadam Road Base).

Tapak Berbitumen Tumpat (Bituminous Bound Macadam Road base).

Lapisan Tapak Dan Subtapak Ikatan Simen.

Macadam ikatan Air Pracampuran

Bahan yang digunakan

Adunan aggregat terhancur bersaiz 50mm – debu

Bahan Pengikat

1) Dry Bound Macadam (Macadam Ikatan Kering)

Tidak berpengikat hanya bergantung pada ciri saling mengunci semulajadi di antara aggregat

Dihampar 2 lapisan:

Lapisan pertama aggregat kasar dihampar setebal 75 – 100mm & dipadatkan

Lapisan kedua Aggregat halus dihampar setebal 25 – 50mm & dipadatkan

Page 14: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 15: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 16: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 17: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 18: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 19: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 20: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 21: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 22: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 23: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 24: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 25: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 26: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 27: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah
Page 28: Pembinaan Jalanraya Pada Mulanya Dibina Di Atas Permukaan Tanah

ii. Wet Bound Macadam (Macadam Ikatan Basah)

biasanya dihasilkan dengan mencampurkn air antara 2 – 5% kepada aggregat diloji & dibawa ke tapak untuk dihamparkan

Hamparan tidak lebih 200mm tebal terpadat.

iii. Cement Stabilised (Terstabil Simen) Agg dicampurkan dgn sedikit simen ant 3 – 6%

Lapisan tapak yang perlu dipadatkn perlu diberi masa untuk pengawetan selama se<2nya 7 hari

Tidak boleh dibuka kpd lalulintas sehingga kekuatan yang dikehendaki tercapai.

iv. Dense Bound Macadam (Macadam Bersalut Tumpat)

agg t’gred + bitumen 3 – 4% 38% agg melepasi ayak 3.18mm, 65% agg kasar bitumen m’punyai kelikatan yg tinggi, gred penusukan 80/100