kemalangan jalan raya

10
1 C. KEMALANGAN JALAN RAYA Pengenalan Isu / Definisi Kemalangan yang melibatkan perlanggaran antara kenderaan secara tidak disengajakan atau pemandu hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandu sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian. Fakta 1.Kajian psikologi oleh Prof Dr Teng Oi Chun dari Universiti Malaya mengatakan bahawa kadar kemalangan sukar menurun kerana sikap manusia yang tidak mahu mengubah cara pemanduan 2.statistik kemalangan jalan raya tahun 2012 menunjukkan peningkatan sebanyak 17% kematian akibat kemalangan di jalan raya. 3.Statistik kajian tahun 2012 juga mengenalpasti penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang utama kes kemalangan di Malaysia iaitu sebanyak 25%. Contoh Pemandu bas awam yang cuai, kereta yang dipandu melebihi had laju, motosikal yang dipandu laju, tidak mengamalkan ciri-ciri keselamatan di jalan raya iaitu tidak menggunakan

Upload: wong

Post on 28-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

KEMALANGAN JALAN RAYA

TRANSCRIPT

7

C. KEMALANGAN JALAN RAYA

Pengenalan

Isu / DefinisiKemalangan yang melibatkan perlanggaran antara kenderaan secara tidak disengajakan atau pemandu hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandu sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

Fakta1.Kajian psikologi oleh Prof Dr Teng Oi Chun dari Universiti Malaya mengatakan bahawa kadar kemalangan sukar menurun kerana sikap manusia yang tidak mahu mengubah cara pemanduan 2.statistik kemalangan jalan raya tahun 2012 menunjukkan peningkatan sebanyak 17% kematian akibat kemalangan di jalan raya.

3.Statistik kajian tahun 2012 juga mengenalpasti penunggang dan pembonceng motosikal merupakan penyumbang utama kes kemalangan di Malaysia iaitu sebanyak 25%.

ContohPemandu bas awam yang cuai, kereta yang dipandu melebihi had laju, motosikal yang dipandu laju, tidak mengamalkan ciri-ciri keselamatan di jalan raya iaitu tidak menggunakan tali pinggan keledar, topi keledar dan tidak menyalakan lampu kenderaan,

Kes sebenarKes yang berlaku pada 5 November 2012 di Lebuh raya Utara Selatan iaitu kemalangan yang melibatkan bas ekspres sehingga menyebabkan 16 orang maut.

Keadaan isuIsu ini menjadi lebih serius terutamanya ketika musim perayaan

Kehendak soalanOleh yang demikian marilah kita meneliti apakah punca berlakunya kemalangan di jalan raya serta langkah mengurangkannya.

Punca kemalangan jalan raya

Isi punca 1

Isi utama (I)Sikap pemandu

Mengapa (M)Pemandu degil, mementingkan diri sendiri, tidak mempedulikan peraturan dan undang-undang jalan raya, cuai, leka (tidak sedar)

Contoh (C)

1.melanggar lampu isyarat, tidak mematuhi had laju, berlumba-lumba di jalan raya, menggunakan telefon bimbit.

Akibat (A)Kenderaan gagal dikawal, pemandu tidak dapat bertindak pantas lalu terlibat dalam kemalangan

Peribahasa (P)Malang tidak berbau

Pendirian (P)Sikap pemandu perlu diubah supaya cara pemanduan akan lebih selamat. Menyelamatkan nyawa diri sendiri dan orang lain.

Isi punca 2

Isi utama (I)Keadaan cuaca dan persekitaran

Mengapa (M)Hujan lebat, gelap, berkabus,bersalji tebal, keadaan kiri kanan jalan yang sibuk dengan orang ramai lalu lalang,keadaan sekeliling atau jalan raya yang asing bagi pemandu, laluan binatang ternakan.

Contoh (C)

Jalan raya yang licin, pemandu tidak dapat melihat dengan jelas, penglihatan pemandu terganggu dengan perkara-perkara lain contohnya kemalangan lain yang berlaku berdekatan.Pemandu ingin mengelak daripada terlanggar binatang atau sesuatu.

Akibat (A)Kenderaan gagal dikawal lalu melanggar manusia atau kenderaan lain

Peribahasa (P)Sediakan payung sebelum hujan

Pendirian (P)Pemandu harus merancang perjalanan dengan berhati-hati supaya pemanduan menjadi lebih lancar serta tiada gangguan

Isi 3

Isi utama (I)Keadaan jalan raya dan kemudahan tanda jalan

Mengapa (M)Berlubang,Licin, bengkang-bengkok atau berliku, lebuhraya, jalan lurus.Tiada tanda jalan, tanda jalan tidak jelas kelihatan, pokok-pokok besar di kiri kanan jalan,pemandu meletak kereta sewenang-wenangnya di bahu jalan, jalan raya satu lorong.

Contoh (C)

1.Pemandu memandu laju di jalan yang lurus atau lebuhraya2.Pemandu memotong kenderaan lain di jalan yang bengkang-bengkok3.Pemandu gagal mengawal kenderaan di jalan yang sibuk4.Pemandu membuat pusingan U walaupun tiada tanda U

Akibat (A)pemandu tidak sedar dan hilang kawalan lalu berlaku kemalangan

Peribahasa (P)Pandu cermat jiwa selamat

Pendirian (P)Patuhi dan kawal had laju kenderaan supaya pemandu dapat bertindak dengan lebih awal jika ada kecemasan.

Langkah mengurangkan kemalangan jalan raya

Isi langkah 1

Isi utama (I)Menguatkuasakan Peraturan dan undang-undang jalan raya

Mengapa (M)1.Untuk menakutkan pemandu yang cuai 2.Untuk menghukum pemandu yang melanggar peraturan

Contoh (C)

1.denda atau saman wang ringgit2.lesen memandu ditarik balik/dibatalkan3.penjara/rotan/mengeluarkan waran tangkap4 kaedah kamera AES

5.Sekatan jalan raya

Akibat (A)Pemandu akan lebih berhati-hati untuk mengelakkan daripada didenda atau disaman.

Peribahasa (P)Baik di balas baik, jahat di balas jahat.

Pendirian (P)Penguatkuasaan Undang-undang dan peraturan perlu lebih tegas supaya pemandu mendapat hukuman daripada kesalahan yang dilakukan.

Isi 2

Isi utama (I)Kempen keselamatan di jalan raya

Mengapa (M)1. memberi kesedaran tentang pentingnya pemanduan yang selamat2. memberi maklumat dan pengetahuan tentang cara pemanduan yang betul3. belajar daripada kesedihan orang lain

4. belajar memupuk sifat sabar melalui teladan orang lain

Contoh (C)

1.Pameran kemalangan jalan raya2.Edaran brosur, poster dan sebagainya3.Ceramah tentang keselamatan di jalan raya di sekolah atau di pejabat

4.Kempen memberi minuman percuma kepada pemandu supaya tidak mengantuk ketika memandu.

Akibat (A)Masyarakat mendapat pengajaran dan kesedaran tentang pentingnya menjaga keselamatan di jalan raya. Cara pemanduan akan berubah.

Peribahasa (P) Slogan : Pandu cermat jiwa selamat

Pendirian (P)Kempen di semua peringkat di seluruh negara melalui media massa

Penutup

Rumusan (Kehendak soalan)Demikianlah antara punca dan langkah bagi mengatasi kemalangan jalan raya.

*Pandangan (Sememangnya,)Sememangnya sikap pemandulah yang menjadi punca yang paling sukar diubah.

*Harapan (Semoga)Semoga semua pihak dapat melakukan sesuatu perubahan untuk memastikan kemalangan yang lebih teruk tidak akan berlaku.

*Cadangan (Oleh itu, kita perlu)Dengan itu, marilah kita mengubah sikap supaya lebih banyak lagi nyawa dapat di selamatkan.

Pendirian (Tegasnya, ..)Justeru, kerjasama antara pihak polis dengan orang ramai dapat membuat lebih banyak aduan tentang pengguna yang melanggar undang-undang di jalan raya supaya kemalangan dapat dikurangkan

*Susunan mengikut budi bicara pelajar.