kemalangan akibat kerja perobohan

8
ASSIGNMENT 4 : BUILDING DEMOLITION WORK C3001 CONSTRUCTION MATERIAL PENGENALAN Perobohan adalah kerja yg berlawanan dgn pembinaan iaitu meruntuhkan bangunan @ struktur lain dgn berhati-hati & menjaga elemen berharga utk digunapakai semula. Berikut adalah keratan akhbar kosmo pada 21 September 2010, yang melibatkan kemalangan akibat kerja-kerja perobohan. Bangunan runtuh: Dua pengarah didakwa 21/09/2010 2:14pm PETALING JAYA – Dua pengarah syarikat pembinaan hari ini mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berasingan berhubung kes runtuhan Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya yang meragut tujuh nyawa, pada 28 Mei tahun lepas. Dua syarikat itu iaitu Syarikat Lian Hup Earth Work & Construction Sdn. Bhd. diwakili pengarahnya, Jason Hee Kok Heng dan Syarikat Pembinaan C.W. Yap Sdn. Bhd. diwakili pengarahnya, Yap Choon Wai. Syarikat Lian Hup itu didakwa sebagai majikan telah gagal untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerjanya semasa bekerja dengan gagal mematuhi sistem kerja selamat yang disediakan untuk kerja-kerja perobohan bangunan di projek cadangan meroboh bangunan pejabat dan kompleks beli belah dan membina semula bangunan kompleks beli- belah tujuh tingkat dan empat tingkat bawah tanah tempat letak kereta di Jalan Semangat, Seksyen 14, Petaling Jaya pada 5 petang, 28 Mei lepas. Untuk kesalahan tersebut, syarikat itu didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan. Sementara itu, syarikat pembinaan C.W. Yap juga didakwa sebagai majikan telah gagal untuk menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan, setakat yang praktik, bahawa orang-orang lain yang bukan pekerjanya yang mungkin tersentuh oleh pengusahaannya itu tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan dan kesihatan. Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi, tarikh dan pada masa yang sama. Untuk kesalahan itu, syarikat C.W. Yap didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Upload: acik-fai-rusz

Post on 19-Jun-2015

5.404 views

Category:

Education


21 download

DESCRIPTION

C3001 BAHAN BINAAN ASIGNMENT 4

TRANSCRIPT

Page 1: Kemalangan akibat kerja perobohan

ASSIGNMENT 4 : BUILDING DEMOLITION WORK C3001 CONSTRUCTION MATERIAL

PENGENALAN

Perobohan adalah kerja yg berlawanan dgn pembinaan iaitu meruntuhkan bangunan @ struktur lain dgn berhati-hati & menjaga elemen berharga utk digunapakai semula.

Berikut adalah keratan akhbar kosmo pada 21 September 2010, yang melibatkan kemalangan akibat kerja-kerja perobohan.

Bangunan runtuh: Dua pengarah didakwa21/09/2010 2:14pm

PETALING JAYA – Dua pengarah syarikat pembinaan hari ini mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen Petaling Jaya berasingan berhubung kes runtuhan Jaya Supermarket di Seksyen 14, Petaling Jaya yang meragut tujuh nyawa, pada 28 Mei tahun lepas.

Dua syarikat itu iaitu Syarikat Lian Hup Earth Work & Construction Sdn. Bhd. diwakili pengarahnya, Jason Hee Kok Heng dan Syarikat Pembinaan C.W. Yap Sdn. Bhd. diwakili pengarahnya, Yap Choon Wai.

Syarikat Lian Hup itu didakwa sebagai majikan telah gagal untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerjanya semasa bekerja dengan gagal mematuhi sistem kerja selamat yang disediakan untuk kerja-kerja perobohan bangunan di projek cadangan meroboh bangunan pejabat dan kompleks beli belah dan membina semula bangunan kompleks beli-belah tujuh tingkat dan empat tingkat bawah tanah tempat letak kereta di Jalan Semangat, Seksyen 14, Petaling Jaya pada 5 petang, 28 Mei lepas.

Untuk kesalahan tersebut, syarikat itu didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, syarikat pembinaan C.W. Yap juga didakwa sebagai majikan telah gagal untuk menjalankan pengusahaannya dengan cara memastikan, setakat yang praktik, bahawa orang-orang lain yang bukan pekerjanya yang mungkin tersentuh oleh pengusahaannya itu tidak terdedah kepada risiko kepada keselamatan dan kesihatan.

Syarikat tersebut didakwa melakukan kesalahan itu di lokasi, tarikh dan pada masa yang sama.

Untuk kesalahan itu, syarikat C.W. Yap didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 17 (1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 19 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam kejadian 28 Mei tahun lepas, lebih kurang pukul 5 petang, keruntuhan struktur bangunan telah berlaku di bekas tapak Jaya Supermarket yang mengandungi bangunan pejabat sembilan tingkat dan kompleks beli-belah empat tingkat di Jalan Semangat, Seksyen 14, Petaling Jaya.

Kemalangan itu telah mengakibatkan bahagian empat tingkat bangunan Jaya Supermarket dengan parkir di tingkat bawah tanah runtuh sepenuhnya dan mengorbankan tujuh nyawa.

Kemalangan berlaku ketika kerja perobohan bahagian bangunan tersebut sedang dijalankan.

Berita Bernama

Page 2: Kemalangan akibat kerja perobohan

ASSIGNMENT 4 : BUILDING DEMOLITION WORK C3001 CONSTRUCTION MATERIAL

SEKADAR GAMBAR HIASAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KEGAGALAN SEMASA KERJA-KERJA PEROBOHAN BANGUNAN SEDANG DIJALANKAN

Kemalangan berlaku ketika kerja - kerja meruntuhkan bangunan yang sedia ada untuk tujuan pembinaan semula kompleks pejabat dan pasaraya.

1. Jentera yang digunakan untuk Demolition Works – tidak bersesuaian.

Kerja-kerja meruntuh (Demolition Works) dilakukan menggunakan empat buah excavator yang dipasang dengan hydraulic breaker dan sebuah excavator dipasang dengan shovel yang ditempatkan di kawasan parkir tingkat empat.

SEKADAR GAMBAR HIASAN

2. Pihak kontraktor tidak melakukan kajian terperinci mengenai struktur bangunan sedia ada dan juga kajian terhadap bahan binaan bagi bangunan lama tersebut.

Bahagian bangunan yang runtuh, adalah dibina menggunakan kaedah 'pelit rata konkrit prategasan pasca tegangan tendon tidak terekat' (flat plate prestressed concrete of post tensioning unbonded tendon). Kaedah ini menggunakan tendon di mana daya kekuatan tegangan tendon akan digunakan untuk mengatasi kelemahan semulajadi konkrit iaitu akan lemah di dalam keadaan tegangan apabila dikenakan beban.

3. Kaedah yang digunakan untuk merobohkan bangunan tersebut.

Pengggunaan kaedah ini amat kritikal kerana tenaga yang disimpan di dalam tendon sangat tinggi. Keadaan ini amat berbahaya terutamanya ketika cara kerja pembukaan yang tidak selamat pada papak dilakukan. Sekiranya tegangan pada tendon dilepaskan, papak boleh menjadi lemah dan tidak dapat menampung beban yang dikenakan. Tendon juga boleh melibas keluar dari papak jika diputuskan secara tidak sengaja.

Page 3: Kemalangan akibat kerja perobohan

ASSIGNMENT 4 : BUILDING DEMOLITION WORK C3001 CONSTRUCTION MATERIAL

4. Penekanan ciri-ciri keselamatan

“Syarikat Lian Hup itu didakwa sebagai majikan telah gagal untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semua pekerjanya semasa bekerja

dengan gagal mematuhi sistem kerja selamat yang disediakan untuk kerja-kerja perobohan bangunan”

Kecuaian pihak kontraktor dalam mematuhi akta berikut ;

a. MS 282, 1975: Code Of Practice For Building Operations Codeb. BS 6108 : 2000 : Code of Practice for Demolition

SEKADAR GAMBAR HIASAN

5. Kontraktor yang dilantik tidak mempunyai kepakaran bagi melaksanakan kerja-kerja perobohan bangunan.

6. Tiada perancangan yang teliti untuk melaksanakan kerja-kerja perobohan.

SEKADAR GAMBAR HIASAN

7. Tidak mendapat khidmat nasihat daripada pakar seperti Jurutera Bangunan, Jurutera Sivil, Jurutera Struktur dan lain-lain yang pakar dan berkaitan dalam bidang tersebut.

 

Page 4: Kemalangan akibat kerja perobohan

ASSIGNMENT 4 : BUILDING DEMOLITION WORK C3001 CONSTRUCTION MATERIAL

CADANGAN

1. Proses meruntuhkan bangunan hendaklah mematuhi kehendak perundangan berkaitan dan merujuk standard serta tata amalan industri yang bersesuaian.

MS 282, 1975: Code Of Practice For Building Operations CodeBS 6108 : 2000 : Code of Practice for Demolition

2. Menjalankan kajian struktur (engineering survey) untuk mengenalpasti kaedah binaan bangunan yang ingin diruntuhkan terutamanya bagi struktur bangunan yang kompleks.

SEKADAR GAMBAR HIASAN

3. Menjalankan pengurusan risiko terhadap hazad kesihatan dan hazad struktur (HIRARC) sebelum aktiviti perobohan dimulakan.

4. Menyediakan method statement untuk menjelaskan bagaimana kerja perobohan hendak dijalankan termasuklah perincian kerja perobohan, jenis jentera yang digunakan dan langkah keselamatan yang perlu diambil.

5. Pengurusan sisa binaan hendaklah dilakukan termasuklah pembinaan pelungsur yang sesuai dan memastikan sisa binaan dibuang secara berkala untuk mengelakkan beban berlebihan pada papak dan lain-lain struktur yang berkaitan.

SEKADAR GAMBAR HIASAN

6. Jurutera Bertauliah hendaklah menyediakan pengiraan rekabentuk struktur dengan mengambilkira intregiti, kekuatan dan kestabilan struktur termasuk penyokong sementara dan beban yang akan dikenakan.

7. Kerja perobohan hendaklah diselia dan dipantau oleh pakar atau orang yang berpengetahuan dalam kerja - kerja meroboh struktur tersebut.

8. Majikan hendaklah memastikan maklumat yang berkaitan dengan kerja perobohan disampaikan kepada pekerja, pihak-pihak yang terlibat dan orang lain yang mungkin terjejas akibat aktiviti tersebut.

9. Majikan perlu mengikut method statement yang telah ditentukan.

Page 5: Kemalangan akibat kerja perobohan

ASSIGNMENT 4 : BUILDING DEMOLITION WORK C3001 CONSTRUCTION MATERIAL

KESIMPULAN

SEKADAR GAMBAR HIASAN

Diketahui umum tujuan bangunan perlu dirobohkan adalah kerana ;

1. Bangunan lama yang tdk selamat diduduki

2. Bangunan yg telah dibina tidak mengikut spesifikasi oleh Pihak Berkuasa Tempatan

3. Bangunan yg telah dibina secara haram @ tanpa mendapat kelulusan dari pihak tertentu

SEKADAR GAMBAR HIASAN

4. Kawasan bangunan sedia ada akan didirikan bangunan baru / projek baru

5. Untuk mengekalkan nilai-nilai estetika

6. Masalah struktur bangunan dan pembaikan serta pengubahsuaian bangunan

Page 6: Kemalangan akibat kerja perobohan

ASSIGNMENT 4 : BUILDING DEMOLITION WORK C3001 CONSTRUCTION MATERIAL

RUJUKAN

1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994

2. 3. Akta Kilang dan Jentera 1967

4. 5. Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986

6. 7. Garis Panduan Bagi Keselamatan dan Kesihatan Awam di Tapak Pembinaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 2007

8. 9. Standard / Tata amalan:MS 282, 1975: Code Of Practice For Building Operations CodeBS 6108 : 2000 : Code of Practice for Demolition

Page 7: Kemalangan akibat kerja perobohan

ASSIGNMENT 4 : BUILDING DEMOLITION WORK C3001 CONSTRUCTION MATERIAL