malaysia dewan rakyat aturan urusan · pdf fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di...

28
MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN MESYUARAT NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov. HARI KHAMIS, 19 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI Bil. 24 PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1342-L73910 Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi mengatasi:- (a) lori besar (hantu) dalam projek pembangunan, pembinaan dan perlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran supaya pemandu agar lebih berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya. 2. PR-1342-L75220 Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah pesara tentera yang menjalani kursus pra persaraan di PERHEBAT dan bidang-bidang yang dikursuskan. Berapa peratus daripada pesara tentera ini mendapat bantuan/pinjaman modal untuk menjalani perniagaan dalam bidang yang dipilih dan akhirnya berapa peratus pula yang boleh dikategori sebagai yang berjaya. 3. PR-1342-L74497 Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil perbincangan Kerajaan persempadanan maritim dengan Negara China untuk membincangkan dan menyelesaikan isu-isu kehadiran kapal-kapal asing di perairan Malaysia khususnya tanpa kebenaran daripada negara kita. 4. PR-1342-L74738 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berkenaan industri madu kelulut di negara ini dan langkah-langkah yang dilaksanakan atau bantuan-bantuan yang diberikan bagi mengembangkan lagi industri ini.

Upload: trannga

Post on 11-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

MALAYSIA

DEWAN RAKYAT

ATURAN URUSAN MESYUARAT

NASKHAH SAHIH/BAHASA MALAYSIA http://www.parlimen.gov.

HARI KHAMIS, 19 MEI 2016, PUKUL 10.00 PAGI

Bil. 24

PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI JAWAB LISAN 1. PR-1342-L73910

Dato' Hasbullah bin Osman [ Gerik ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan usaha-usaha yang dilakukan bagi mengatasi:- (a) lori besar (hantu) dalam projek pembangunan, pembinaan dan

perlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan

(b) langkah-langkah memberi kesedaran supaya pemandu agar lebih

berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya. 2. PR-1342-L75220

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan jumlah pesara tentera yang menjalani kursus pra persaraan di PERHEBAT dan bidang-bidang yang dikursuskan. Berapa peratus daripada pesara tentera ini mendapat bantuan/pinjaman modal untuk menjalani perniagaan dalam bidang yang dipilih dan akhirnya berapa peratus pula yang boleh dikategori sebagai yang berjaya.

3. PR-1342-L74497

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah hasil perbincangan Kerajaan persempadanan maritim dengan Negara China untuk membincangkan dan menyelesaikan isu-isu kehadiran kapal-kapal asing di perairan Malaysia khususnya tanpa kebenaran daripada negara kita.

4. PR-1342-L74738

Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berkenaan industri madu kelulut di negara ini dan langkah-langkah yang dilaksanakan atau bantuan-bantuan yang diberikan bagi mengembangkan lagi industri ini.

Page 2: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

2 AUM DR 19/5/2016

5. PR-1342-L75339 Dato' Sri Hasan bin Malek [ Kuala Pilah ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauhmana pihak kementerian melaksanakan dasar berbentuk kemajuan ekonomi masyarakat luar bandar khususnya kepada golongan belia. Jika ada bantuan, berapakah jumlahnya dan cara mana kaedah yang diguna pakai.

6. PR-1342-L74218

Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan kemungkinan Kerajaan menggunapakai Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 terhadap syarikat konsesi yang jelas menghalang pengambilalihan sehinggakan rancangan Penstrukturan Semula Industri Air Selangor terbantut di samping sebarang punca lain yang menjejaskan kelicinan dan pelan tindakan mengatasinya.

7. PR-1342-L73794

Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali [ Sipitang ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan jumlah kes perkahwinan membabitkan remaja bawah umur dan apakah langkah-langkah diambil untuk memastikan ia tidak berleluasa dalam kalangan masyarakat.

8. PR-1342-L74110

Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bila Kementerian akan memberi peruntukan untuk menyelesaikan masalah kemudahan di Hospital Duchess of Kent Sandakan seperti berikut:- (a) dua buah lif yang rosak, hanya satu boleh berfungsi serta hanya

satu ambulan boleh berjalan panjang, sekurang-kurangnya diperlukan 7 buah ambulan; dan

(b) mesin dialysis yang tidak mencukupi di hospital serta

pengubahsuaian dewan pembedahan yang belum lagi selesai. 9. PR-1342-L74523

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan Essccom ditubuhkan pada 2013 sehingga hari ini belum nampak keberkesanannya di kalangan rakyat Sabah kerana setiap kali ada penculikan dilakukan oleh Abusayaf. Baru-baru ini 4 rakyat Malaysia diculik bermakna Essccom tidak begitu berkesan. Apakah langkah proaktif Kerajaan supaya perkara penculikan tersebut dapat dibanteras.

10. PR-1342-L74410

Tuan Tan Kok Wai [ Cheras ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kemajuan dan anggaran kos yang berkaitan bagi pemindahan, penempatan semula dan pembinaan semula velodram, premis Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dan Jabatan Kejuruteraan dan Mekanikal DBKL serta daripada pembeli-pembeli tanah yang mana tiga bangunan itu terletak.

Page 3: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 3

11. PR-1342-L74178 Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah jumlah penerima Bantuan Persekolahan RM100 dan adakah pihak Kementerian bercadang untuk:- (a) menaikkan syarat kelayakan penerima bantuan tersebut kepada

kalangan keluarga yang berpendapatan RM4,000 ke bawah berikutan golongan sebegitu juga sering kali mengalami masalah kewangan terutamanya bagi mereka yang tinggal dalam kawasan bandar; dan

(b) kriteria penerima bantuan yang layak juga diambil berdasarkan

jumlah anak yang masih bersekolah dalam sesebuah keluarga.

12. PR-1342-L75053 Puan Kasthuriraani a/p Patto [ Batu Kawan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan pesakit barah di negara ini mengikut jenis barah yang dihidapi, umur dan jantina dalam tempoh 5 tahun yang lepas dan apakah inisiatif oleh Kementerian untuk membantu golongan miskin untuk menguruskan perubatan dan rawatan barah yang mahal.

13. PR-1342-L73670

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha Kementerian untuk menangani masalah kes buli yang kian menjadi agak agresif dan keterlaluan semenjak kebelakangan ini.

14. PR-1342-L75159

Tuan Julian Tan Kok Ping [ Stampin ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan secara terperinci status terkini perancangan serta kos pembinaan Hospital Daerah Lawas yang dijangka bernilai RM228 juta di Lawas. Termasuk jumlah perbelanjaan, jangka masa siap, syarikat yang terlibat, jumlah kontrak yang akan ditawarkan, serta peranan mereka dalam projek tersebut dan adakah ia akan ditawarkan secara tender terbuka.

15. PR-1342-L74022 Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan usaha untuk melonjakkan gaji pekerja kerana separuh (kira-kira 7 juta orang) daripada mereka hanyalah menerima gaji bawah RM1,575 sebulan pada tahun 2014 iaitu mereka terus berada dalam kumpulan B40.

16. PR-1342-L75214

Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa [ Parit Buntar ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan perancangan yang telah dibuat bersama Sasterawan Negara dalam membudayakan sastera rakyat dan program-program yang telah diatur agar sastera tidak dilihat sebagai satu perkara yang asing dalam masyarakat, bahkan sebagai teras budaya dalam membina jatidiri negara.

Page 4: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

4 AUM DR 19/5/2016

17. PR-1342-L73688 Dato' Abdul Manan bin Ismail [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan dakwaan mengenai penggajian dan kemasukan pekerja asing yang memyebabkan rakyat tempatan hilang pekerjaan dan purata pengangguran lebih 6 peratus.

18. PR-1342-L75011 Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah objektif, impak dan keberkesanan program 'i Think' ini kepada guru-guru dan para pelajar dan bagaimana hasil keberkesanan program ini ke atas beberapa sekolah perintis yg dijalankan pada tahun lepas.

19. PR-1342-L73883 Datuk Hajah Norah binti Abd Rahman [ Tanjong Manis ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sama ada Kementerian mempunyai perancangan untuk membina jalan raya dan menyediakan bekalan elektrik untuk Bukit Kinyau, Sarikei, Sarawak.

20. PR-1342-L75402

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan ikhtiar yang diambil untuk mempertingkatkan kedudukan dunia universiti-universiti Malaysia dalam subjek-subjek bidang sains sosial dan kemanusiaan, terutamanya memperkenalkan Fakulti Falsafah, supaya merapatkan jurang prestasinya dengan bidang sains semula jadi, perubatan, kejuruteraan, perniagaan dan lain-lain.

21. PR-1342-L73993

Datuk Linda Tsen Thau Lin [ Batu Sapi ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan dan menerangkan rancangan penyediaan bekalan elektrik dan paip air untuk kampung-kampung di Pulau Timbang di Kawasan Parlimen Batu Sapi.

22. PR-1342-L74687

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kuantiti kumpulan penjawat awam yang berkhidmat diikat sebagai pekerja kontrak dan mohon dikaji semula kontrak mereka dan peruntukan jangka 15 tahun dimasukkan dalam kontrak dan diserap kepada pekerja tetap seterusnya.

23. PR-1342-L75037 Tuan Haji Hasbi bin Haji Habibollah [ Limbang ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan dapatkah Kementerian membina sebuah blok pakar minor serta kelengkapannya di Hospital Bahagian Limbang supaya pesakit-pesakit tidak perlu dibebankan apabila terpaksa dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan.

24. PR-1342-L73911

Dr. Che Rosli bin Che Mat [ Hulu Langat ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan kejayaan teknologi perubatan dan peranti moden dalam merawat dan mengawal berbagai jenis kes barah.

Page 5: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 5

25. PR-1342-L73831 Puan Rubiah binti Haji Wang [ Kota Samarahan ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh manakah keberkesanan pelatih-pelatih yang mengikuti kursus di Giat Mara dapat menjana pendapatan yang sama taraf dengan orang berkemahiran yang mengikuti kursus di tempat pengajian tahap tinggi dalam melahirkan masyarakat yang berkualiti tinggi dalam industri terutamanya di Sarawak.

26. PR-1342-L73852 Dato' Ir. Haji Nawawi bin Ahmad [ Langkawi ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan apakah usaha pihak Kementerian dalam mempelbagaikan lagi filem-filem tempatan yang mengandungi unsur-unsur yang mampu untuk mendidik masyarakat ke arah perpaduan disamping mengurangkan masalah gejala sosial.

27. PR-1342-L75077

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan kenapa lesen perkhidmatan udara syarikat penerbangan Rayani Air tidak dibatalkan memandangkan kegagalan syarikat tersebut menjelaskan tunggakan gaji pekerjanya dan ia menggantung operasi penerbangan mereka sendiri tanpa kebenaran dari Jabatan Penerbangan Awam. Berapakah lesen perkhidmatan udara telah dikeluarkan kepada syarikat swasta dan nama-nama syarikat tersebut.

28. PR-1342-L73721

Dato' Mansor bin Othman [ Nibong Tebal ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan berapa jumlah pengusaha-pengusuaha stesyen minyak Petronas yang terpaksa menutup perniagaan mereka (gulung tikar) di seluruh negara yang terkesan dengan kejatuhan harga minyak mentah dunia dan jelaskan langkah-langkah yang diambil bagi membantu mereka bagi memulihkan kembali perniagaan.

29. PR-1342-L75440

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :-

(a) adakah pihak Kementerian mempunyai polisi tertentu bagi

memastikan setiap pekerja Malaysia yang bekerja di luar negara diwajibkan berdaftar diri dahulu di Pejabat Kedutaan/ Konsulat Malaysia di tempat mereka bekerja terlebih dahulu; dan

(b) berapa banyakkah rakyat Malaysia yang telah bekerja di luar

negara yang telah berbuat demikian dan berapa banyakkah yang belum atau yang gagal berbuat demikian (anggaran jumlah).

30. PR-1342-L73891 Dr. Mansor bin Abd Rahman [ Sik ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan secara terperinci apakah punca utama harga rumah tidak terkawal dan terlalu mahal serta bagaimanakah cara untuk membantu belia yang berpendapatan kurang dari RM2000.00 sebulan untuk memiliki rumah selain rumah PR1MA.

Page 6: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

6 AUM DR 19/5/2016

31. PR-1342-L74554 Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada kerajaan berhasrat untuk mengembalikan status Mahkamah Persekutuan sebagai 'Mahkamah Perlembagaan' agar semua kes yang membabitkan hak perlembagaan dan kebebasan asasi dapat diputuskan secara langsung oleh Mahkamah Persekutuan.

32. PR-1342-L74274

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan berapakah peruntukan yang disediakan bagi menyambut bulan kemerdekaan pada tahun ini dan apakah perancangan pihak Kementerian bagi mengembalikan semangat kemerdekaan yang makin kurang dirasai oleh rakyat terutamanya golongan muda.

33. PR-1342-L74756

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan butiran “breakdown” Dana Fasilitasi (97000) bagi peruntukan di JPM dari 2011-2015. Sila berikan pecahan ikut tahun, projek, negeri, kos dan badan penyelaras ataupun penganjur.

34. PR-1342-L74299

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) sejauh mana keberkesanan Sistem Pengawasan Kamera Lampu

Isyarat Merah (RLSC) dalam mengurangkan kemalangan jalan raya serta menurunkan bilangan saman yang dikeluarkan; dan

(b) mengikut kajiaan Kementerian kenapa kemalangan sukar

dikurangkan.

35. PR-1342-L74604 Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah yang diambil untuk mendapat kembali semua bayaran yang diberi kepada syarikat palsu Aabar BVI.

36. PR-1342-L74644

Datuk Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [ Tanah Merah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah serius kegiatan buli melibatkan pelajar sekolah dan apakah usaha yang dilakukan bagi menangani masalah tersebut.

37. PR-1342-L75122

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan merujuk kepada kematian bekas peninju kebangsaan G. Ramkumar di Penjara Sungai Buloh pada 16 April 2016 dan meminta Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil oleh pihak penjara untuk memastikan keselamatan banduan-banduan di penjara.

Page 7: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 7

38. PR-1342-L74448 Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan adakah Kementerian bercadang untuk menyediakan pelan kecemasan dalam mengatasi kesan El Nino terhadap hasil tanaman dan penurunan pendapatan petani.

39. PR-1342-L74506

Tuan N. Surendran [ Padang Serai ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada tindakan disiplin akan diambil terhadap Ketua Polis Negara kerana mengeluarkan arahan melalui twitter untuk siasatan terhadap orang awam termasuk dalam kes-kes yang melibatkan kritikan diri beliau.

40. PR-1342-L74347

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan struktur baru kawasan IPD Polis dalam Kuala Lumpur dari segi bilangan anggota setiap cawangan, balai, kuaters serta jumlah bilangan dan jenis kes jenayah yang diuruskan di setiap IPD.

41. PR-1342-L73956

Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [ Setiu ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah yang diambil bagi mengatasi masalah kematian ikan yang diternak dalam sangkar akibat musim kemarau di Laguna Gong Batu Kuala Setiu di mana penternak-penternak mengalami kerugian yang besar.

42. PR-1342-L75328

Dato' Haji Abdul Rahman bin Haji Mohamad [ Lipis ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah Pusat Anak Permata Negara yang mana kini mempunyai hampir 80 buah pusat di seluruh negara akan dipertambahkan lagi oleh kerana program ini sangat membantu golongan yang berpendapatan rendah.

43. PR-1342-L74839

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) keberkesanan ESSCOM dalam memberi jaminan kepada

penduduk di Sabah dan juga rakyat Malaysia yang bekerja di Sabah; dan

(b) langkah Kerajaan untuk menangani masalah pencerobohan dan

ancaman penculikan yang kerap berlaku di Sabah serta keyakinan Kerajaan untuk menyelamatkan warganegara Malaysia sendiri yang menjadi mangsa penculikan.

44. PR-1342-L73856

Dato' Haji Irmohizam bin Haji Ibrahim [ Kuala Selangor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan adakah pengawal keselamatan asing yang ditahan akibat berkhidmat di bawah syarikat keselamatan haram layak untuk didaftarkan semula di bawah syarikat keselamatan berlesen.

Page 8: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

8 AUM DR 19/5/2016

45. PR-1342-L75015 Tuan Ahmad Marzuk bin Shaary [ Bachok ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah individu yang dilarang masuk ke Sarawak bagi setiap kali Pilihan Raya Negeri Sarawak dan setiap kali Pilihan Raya Umum Parlimen Sarawak. Nyatakan pecahan mengikut kategori umur, bangsa, agama dan parti politik.

46. PR-1342-L74327

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa jadual bas tidak diletakkan di kebanyakan perhentian bas (bus stop) di Selangor dan Kuala Lumpur dan bila ini akan dilakukan.

47. PR-1342-L75401

Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status Projek Rintis Rancangan Pengumpulan semula Orang Asli di Pos Dala Gerik, Pos Betau Kuala Lipis dan Pos Legap di Sungai Siput.

48. PR-1342-L74949

Tuan Sim Tong Him [ Kota Melaka ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan :- (a) apakah bantuan kewangann Kerajaan yang disediakan untuk

pelajar persendirian di luar negara dan bilangan pelajar persendirian dalam bidang perubatan yang masih belajar di luar negara seperti Mesir, Rusia, India, Indonesia dan lain-lain ; dan

(b) adakah kewujudan keadaan ini disebabkan pengambilan pelajar

dalam bidang perubatan ini sangat terhad di dalam negara. 49. PR-1342-L74901

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan sejauh manakah projek pembangunan kemudahan di jeti pendaratan ikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dilaksanakan dalam usaha untuk merealisasikan pembinaan “Bandar Nelayan di Kiansam, Labuan”.

50. PR-1342-L75184

Dato' Kamarudin bin Jaffar [ Tumpat ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan apakah pencapaian usaha-usaha damai di selatan Thailand hasil kerjasama Kerajaan Malaysia dan Thailand.

51. PR-1342-L74207

Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan berapakhan jumlah kerugian yang dialami oleh pengusaha akuakultur sangkar sungai di Pahang. Apakah tindakan Kementerian bagi mengurangkan impak/kesan bencana kepada penternak akuakultur pada masa akan datang.

Page 9: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 9

52. PR-1342-L75190 Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [ Permatang Pauh ] minta MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah langkah yang diambil oleh Kerajaan khususnya dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dalam mempersiapkan barisan pemain kebangsaan dalam menuju Piala Dunia 2022 di Qatar.

53. PR-1342-L74045

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan dalam 4 tahun lagi, Wawasan 2020 akan melabuhkan tirainya. Malaysia dijangka akan berganjak ke era baru sebagai negara berpendapatan tinggi. Apakah unjuran terkini tahap pendapatan negara dan adakah Malaysia akan berjaya mencapai tahap pendapatan tinggi yang disasarkan.

54. PR-1342-L74989

Tuan Wan Hasan bin Mohd Ramli [ Dungun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah jaminan suntikan RM 1.5 bilion kepada PROTON dapat menyelamat dan menyemarakkan persaingan Proton dalam industri automobil dalam dan luar negara.

55. PR-1342-L73827

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan telahpun membuat permintaan rasmi (submitted a formal request) kepada kerajaan Australia untuk mengekstradisi Kpl. Sirul Azhar Umar ke Malaysia. Sekiranya ya, sila nyatakan tarikh permintaan tersebut dibuat.

56. PR-1342-L74400

Puan Teresa Kok Suh Sim [ Seputeh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan kenapakah kertas peperiksaan Pengetahuan Alkitab (Bible Knowledge) dalam SPM tidak diadakan dalam Bahasa Malaysia memandangkan ramai penganut Kristian pribumi di Sabah dan Sarawak lebih fasih dalam Bahasa Malaysia. Nyatakan bilangan pelajar yang menyertai peperiksaan Pengetahuan Alkitab pada tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2015.

57. PR-1342-L74191

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah langkah atau rancangan Kerajaan bagi menangani masalah ketidaktentuan ekonomi dan kewangan global yang tinggi.

58. PR-1342-L74562

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan pendirian Kerajaan berhubung dengan pendapat No. 22/2015 Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu yang mendapati penghukuman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Page 10: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

10 AUM DR 19/5/2016

59. PR-1342-L75255 Tuan Lim Kit Siang [ Gelang Patah ] minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan anggaran bajet tahunan program Latihan Khidmat Negara yang baru (PLKN 2.0) bagi tahun 2017 dan seterusnya bilangan pelatih yang akan menjalani program ini setiap tahun dan proses pemilihan pelatih.

60. PR-1342-L74843

Puan Alice Lau Kiong Yieng [ Lanang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap UBER yang mana pengusaha-pengusaha menggunakan kenderaan peribadi untuk tujuan komersial yang telah menjejaskan mata pencarian pemandu-pemandu teksi dan adakah Kerajaan berhasrat untuk menurunkan tambang teksi memandangkan tambang yang dikenakan oleh UBER adalah jauh lebih rendah daripada teksi serta apakah langkah-langkah untuk mengelakkan kegiatan jenayah oleh pengusaha UBER yang mungkin akan berlaku pada masa kelak.

61. PR-1342-L75358

Tuan Khoo Soo Seang [ Tebrau ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan bilangan pekerja asing dengan izin dan pekerja asing tanpa izin di negara kita, serta rancangan Kerajaan untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

62. PR-1342-L73763

Dato' Othman bin Aziz [ Jerlun ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan perancangan proaktif Program Kerjasama Industri (ICP) agar ia terus memberi manfaat kepada IKS terutamanya dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi pada masa kini.

63. PR-1342-L74496

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah langkah kementerian dalam menjadikan Lembah Chuping, Perlis sebagai tapak menjana projek sumber suria atau tenaga solar utama negara kerana kedudukan geografinya yang paling panas di Malaysia.

64. PR-1342-L73832

Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk meminda undang-undang yang sedia ada untuk membenarkan kanak-kanak tanpa kerakyatan (stateless children) didaftakan secara automatik sebagai warganegara sah sekiranya kanak-kanak tersebut membuat permohonan yang tulen. Dalam erti kata lain, adakah kerajaan bersedia untuk mengecualikan budi bicaranya untuk menolak permohonan-permohonan tulen tersebut.

65. PR-1342-L74153

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sejauh manakah tahap penerimaan pelajar ke atas kursus berteraskan kemahiran teknikal dan vokasional di Kolej Vokasional.

Page 11: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 11

66. PR-1342-L74101 Tuan Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh [ Sandakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik bilangan kebankrapan individu dari tahun 2011 hingga 2015 mengikut kategori umur, negeri dan kaum.

67. PR-1342-L74688

Tuan Abdullah Sani bin Abdul Hamid [ Kuala Langat ] minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan kajian semula terhadap pekerja-pekerja wanita yang diberi cuti bersalin dalam Akta Kerja 1955.

68. PR-1342-L74711

Tuan Idris bin Haji Ahmad [ Bukit Gantang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapakah bilangan majikan yang telah diambil tindakan kerana menggunakan khidmat pekerja asing tanpa permit kerja dan berapakah nilai denda yang diperolehi oleh Kerajaan terhadap majikan yang disabitkan kesalahan sejak tahun 2000 hingga 2015.

69. PR-1342-L74625

Dato' Johari bin Abdul [ Sungai Petani ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan apakah usaha yang berterusan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menggalakkan rakyat Malaysia mempelajari dan menggunakan tulisan jawi agar aset budaya bernilai ini tidak pupus.

70. PR-1342-L74384

Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan adakah penukaran meter elektrik lama kepada meter baru di setiap premis boleh menyebabkan peningkatan dalam bil elektrik.

71. PR-1342-L74555

Dato' Haji Mohd Zaim bin Abu Hasan [ Parit ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan sejauh manakah program keusahawanan di IPT boleh melahirkan graduan yang mampu berdikari, kebolehpasaran dan tidak bergantung kepada pekerjaan dalam sektor awam semata-mata.

72. PR-1342-L74527

Datuk Seri Panglima Haji Abdul Ghapur bin Haji Salleh [ Kalabakan ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah ada usaha untuk mengkaji secara holistik mengapa nilai akidah sedang merosot walaupun ada kelompok-kelompok yang berusaha menjalankan dakwah tanpa sebarang bantuan dan campur tangan Kerajaan.

73. PR-1342-L74673

Tuan Teo Kok Seong [ Rasah ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan sebab pelajar sekolah menengah dilarang untuk menyertai aktiviti keagamaan yang dianjurkan oleh persatuan yang berdaftar di luar sekolah.

Page 12: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

12 AUM DR 19/5/2016

74. PR-1342-L75274 Tuan Er Teck Hwa [ Bakri ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan status terkini sama ada tapak pelupusan sampah Bukit Bakri akan digunakan lagi atau dipindahkan ke kawasan lain dan apakah Kerajaan masih meneruskan usaha membina tapak pelupusan sampah baru di Pagoh atau mempunyai kawasan lain.

75. PR-1342-L74192

Datuk Raime bin Unggi [ Tenom ] minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan langkah-langkah dan rancangan Kerajaan untuk menyemarakkan perkembangan industri kreatif secara lebih berkesan.

76. PR-1342-L74874 Tuan Shamsul Iskandar bin Mohd Akin [ Bukit Katil ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik terkini insiden kemiskinan mengikut kumpulan etnik, strata dan negeri setakat April 2016 serta kesan inflasi daripada perlaksanaan GST terhadap insiden kemiskinan, yang boleh menyebabkan kegagalan komitmen Kerajaan di dalam memenuhi kehendak Agenda Global 2030.

77. PR-1342-L75066 Tuan R. Sivarasa [ Subang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan telah membuat satu permintaan untuk bantuan menurut Akta Mutual Assistance in Criminal Matters 2002 kepada Kerajaan Luxembourg sama ada dana USD472 juta dalam akaun Khadem Al-Qubaisi di Banque Privee Edmond De Rothschilde datang dari Syarikat 1MDB atau tidak.

78. PR-1342-L75438

Dato' Seri Tiong King Sing [ Bintulu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai rancangan untuk memberi peruntukan khas dalam melaksanakan projek Perumahan Setinggan Sementara (Konsep Rumah Panjang) di Bahagian Bintulu yang memerlukan kediaman sementara yang melibatkan 1600 buah keluarga serta penduduk-penduduk yang terlibat dalam projek Pan Borneo Highway yang perlu dipindahkan dalam masa terdekat ini.

79. PR-1342-L74533

Tuan Su Keong Siong [ Ipoh Timor ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan secara terperinci jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan di Pusat Tahanan Imigresen dalam tempoh 2010 hingga 2015. Nyatakan jumlah kos yang telah dibelanjakan untuk menyelenggarakan Pusat Tahanan Imigresen tersebut dan jumlah kos yang dibelanjakan untuk menghantar pulang (repatriate) PATI untuk tempoh 2010 hingga 2015 tersebut.

80. PR-1342-L74881

Tuan Ahmad Baihaki bin Atiqullah [ Kubang Kerian ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan apakah status terkini projek pembinaan lebuhraya yang menghubungkan antara Machang hingga ke Gua Musang di Negeri Kelantan.

Page 13: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 13

81. PR-1342-L74734 Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz [ Pasir Mas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan langkah bagi memperbaiki perkhidmatan teksi di negara ini yang menghadapi pelbagai bebanan birokrasi selain masalah kebajikan yang tidak terurus dengan baik.

82. PR-1342-L74601

Dato' Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz [ Raub ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) siapakah yang memberi kuasa kepada Shahrol Azral menukar

bank untuk Syarikat JV 1MDB dan Petrosaudi; dan (b) siapakah yang memberi kuasa kepada Shahrol Azral menghantar

wang kepada Syarikat Good Star Ltd. 83. PR-1342-L75215

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jumlah syarikat perniagaan senjata api yang berdaftar mengikut kategori dengan Kementerian dan berapa nilai "arms trade" (perniagaan senjata) dalam negara kita dari 2010 hingga kini.

84. PR-1342-L74052

Dr. Noor Azmi bin Ghazali [ Bagan Serai ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan Tapak Ramsar sepatutnya boleh menjana pendapatan sendiri untuk penyelenggaraan serta aktivitinya. Sejauh mana Tapak Ramsar kita diurus dengan baik, adakah Kerajaan berhasrat menambah Tapak Ramsar dan sejauh mana ia sudah dapat menaikkan negara dari aspek pemuliharaan alam semula jadi, pelancongan dan sumbangan kepada masalah pemanasan global dan perubahan iklim.

85. PR-1342-L73812

Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh [ Putatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :-

(a) apakah tindakan yang diambil ke atas laporan dan rekomendasi

Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang asing di negeri Sabah; dan

(b) adakah pihak Kerajaan sedia mempertimbangkan saranan rakyat

negeri Sabah agar semua MyKad yang baru dikeluarkan semula di negeri Sabah bagi mereka yang benar-benar layak sahaja.

86. PR-1342-L74027

Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan secara terperinci pelaksanaan pembinaan lebuhraya Pan Borneo di Sabah mengikut fasa. Adakah lebuhraya tersebut akan dibina berdasarkan konsep Transit-On-Development (TOD) iaitu dilengkapi atau mempunyai ruang untuk kemudahan pengangkutan awam.

Page 14: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

14 AUM DR 19/5/2016

87. PR-1342-L74380 Tuan William Leong Jee Keen [ Selayang ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan kemajuan dalam usaha membanteras penyalahgunaan pemberian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) di kalangan mahasiswa dan menyatakan laporan, adakah Program BB1M tersebut berjaya mencapai matlamatnya setelah dilaksanakan sejak 2012, berikutan terdapat banyak kes penipuan.

88. PR-1342-L74315

Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [ Lenggong ] minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah aplikasi Sistem Penjejak Lokasi Jemaah Tersesat SMS/GPS di Tanah Suci boleh digunakan dalam masa yang terdekat dan apakah kekangan yang dihadapi oleh Kerajaan dalam menggunakan aplikasi tersebut secara meluas.

89. PR-1342-L74011

Datuk Wira Haji Ahmad bin Hamzah [ Jasin ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kedudukan ekonomi, fiskal dan monetari negara apabila harga minyak mentah terkini sekitar USD40 setong dan nilai ringgit pula sekitar USD1=RM3.90.

90. PR-1342-L74328

Dr. Ong Kian Ming [ Serdang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan bila kontrak Kuala Lumpur-Klang BRT akan diberikan, bila pembinaan akan bermula dan bila projek itu akan selesai.

91. PR-1342-L74796

Dr. Haji Izani bin Haji Husin [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik jumlah makmal dadah yang dibongkar mengikut negeri dan apakah langkah penyelesaian yang telah diambil.

92. PR-1342-L73743

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :- (a) sejauh manakah Malaysian Industry-Government Group for High

Technology (MIGHT) yang merupakan organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri mampu untuk menarik pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara dalam bidang industri dan teknologi tinggi; dan

(b) apakah wujud insentif yang ditawarkan Kerajaan melalui MIGHT

bagi menggalakkan pelaburan-pelaburan yang memberi manfaat kepada negara.

93. PR-1342-L74137

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) apakah langkah-langkah Kerajaan untuk melindungi kesucian

agama Islam selepas penukaran unilateral bawah umur oleh orang yang mempunyai agenda peribadi telah membawa impak negatif terhadap agama Islam; dan

Page 15: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 15

(b) bilakah undang-undang untuk mengharamkan penukaran unilateral akan digubal.

94. PR-1342-L75020

Tuan Loke Siew Fook [ Seremban ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah penerbangan terus (direct flight) di antara Pulau Pinang dengan destinasi-destinasi di China dan apakah usaha Kementerian untuk menambah bilangan penerbangan terus dari China ke Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang.

95. PR-1342-L75258

Puan Nurul Izzah binti Anwar [ Lembah Pantai ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan status penambahbaikan jalan raya dan perparitan Jalan Kapas dan apakah status jawatankuasa bertindak yang ditubuhkan bersama SYABAS, Alam Flora dan TNB.

96. PR-1342-L74740

Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilangan kolej vokasional yang telah dinaikkan taraf dilengkapi kemudahan fizikal bersesuaian dengan kenaikkan taraf daripada sekolah kepada kolej.

97. PR-1342-L74181

Puan Hajah Normala binti Abdul Samad [ Pasir Gudang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah penguatkuasaan dan mekanisme kawalan untuk filem-filem yang mempunyai unsur-unsur ganas, tahyul dan adegan melampau yang mampu mempengaruhi pemikiran kanak-kanak remaja.

98. PR-1342-L74490

Ir. Shaharuddin bin Ismail [ Kangar ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah terdapat sebarang cadangan untuk memperbanyakkan lagi 1M4U Sentral di seluruh Malaysia yang berfungsi sebagai pusat untuk penganjuran program-program yang berupaya untuk menjana idea baharu yang bernas dan lebih kreatif.

99. PR-1342-L74552

Tuan Zairil Khir Johari [ Bukit Bendera ] minta PERDANA MENTERI menyatakan mengapa barisan hakim Mahkamah Persekutuan tidak mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia, yakni tiada seorang pun hakim bukan Bumiputera, hanya seorang sahaja hakim bukan muslim, serta hanya tiga orang hakim wanita.

100. PR-1342-L74932

Tuan V. Sivakumar [ Batu Gajah ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan kaedah kawalan kursus dan yuran yang dikenakan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta. Adakah pendidikan swasta di negara kita menepati nilai-nilai piawaian yang ditetapkan dan setaraf dengan kursus-kursus yang ditawarkan oleh Institusi Pendidikan Tinggi Awam.

Page 16: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

16 AUM DR 19/5/2016

101. PR-1342-L74343 Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [ Sibuti ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan berapa ramaikah para pencarum KWSP menggunakan akaun 2 bagi menyelesaikan hutang PTPTN mereka.

102. PR-1342-L73990

Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan berapakah jumlah bantuan yang telah diberikan terhadap ibu tunggal di Sarawak sepanjang tahun 2015 dan apakah kekangan pihak Kementerian untuk menyalurkan bantuan tersebut.

103. PR-1342-L73923

Tuan Anuar bin Abd. Manap [ Sekijang ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan jumlah semasa anggota Skuad Muda 1JPJ (SM1JPJ) dan apakah peranan serta impak dari kewujudan skuad ini.

104. PR-1342-L74009

Dato' Abd. Aziz bin Haji Sheikh Fadzir [ Kulim Bandar Baharu ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan jumlah kajian penerbitan yang telah dihasilkan oleh saintis negara yang telah menjadi rujukan di peringkat antarabangsa dan apakah usaha Kementerian bagi meningkatkan lagi penghasilan hasil kajian saintis tempatan yang bertaraf antarabangsa.

105. PR-1342-L74587

Tuan Hee Loy Sian [ Petaling Jaya Selatan ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan :- (a) senarai ahli parlimen yang dilarang masuk ke Sarawak dan

Sabah serta alasan munasabah menafikan mereka; dan (b) bilakah larangan ke negeri-negeri itu akan ditamatkan.

106. PR-1342-L73744

Dato' Kamarul Baharin bin Abbas [ Telok Kemang ] minta MENTERI PENDIDIKAN TINGGI menyatakan apakah wajar disyaratkan penubuhan institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA-IPTS) dikaitkan dengan keperluan menyediakan kemudahan penginapan yang bersesuaian dengan jumlah pelajar memandangkan terdapat IPTA-IPTA dan IPTS-IPTS tertentu yang masih lagi menyewa premis-premis di luar daripada kampus pengajian.

107. PR-1342-L74842

Tuan Ignatius Dorell Leiking [ Penampang ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan jika kementerian sudah mengenalpasti dan membatalkan 200,000 sijil lahir lewat dan 600,000 Kad-Kad Pengenalan yang dikeluarkan kepada pendatang daripada Filipina dan Indonesia sepertimana yang telah diakui oleh seorang Kerani JPN bernama Kee Dzulkifli Bin Kee Abdul Jalil (saksi W12 di RCI Sabah) yang terlibat

Page 17: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 17

108. PR-1342-L74160 Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan jumlah pembayaran kepada pihak swasta untuk perkhidmatan pembersihan (house-keeping) hospital, klinik dan pejabat kesihatan bagi tahun 2014 dan 2015. Berapakah bilangan pekerja yang diupah oleh pihak kontraktor swasta dalam membekal perkhidmatan ini.

109. PR-1342-L74154

Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd Harun Narrashid [ Kota Tinggi ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN menyatakan adakah Kementerian melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mempunyai 'road map' bagi membantu koperasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar dapat merebut peluang hasil Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

110. PR-1342-L75298

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- (a) apakah langkah-langkah dan strategi Kerajaan Persekutuan

untuk membanteras dan membendung jualan arak murahan yang semakin berleluasa. Senaraikan statistik secara terperinci penangkapan berkaitan jualan arak murahan untuk tahun 2013, 2014 dan 2015 dan apakah tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan terhadap penangkapan tersebut; dan

(b) apakah Kerajaan Persekutuan berhasrat dan bercadang untuk

memperbaiki, memperhalusi dan memperketatkan undang-undang berkaitan jualan arak di Malaysia.

111. PR-1342-L74397

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sama ada Kementerian Kewangan terikat di sisi undang-undang untuk mengambil balik bon-bon 1MDB sebanyak USD3.5 juta memandangkan International Petroleum Investment Corp. (IPIC) enggan mengotakan pelan penyelamat yang termeterai pada 28 Mei 2015.

112. PR-1342-L74268

Dato' Ahmad Fauzi bin Zahari [ Setiawangsa ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah kesan fenomena El Nino terhadap penghasilan padi di Malaysia dan adakah bekalan beras untuk kegunaan rakyat Malaysia akan terjejas.

113. PR-1342-L74458

Datuk Haji Shabudin bin Yahaya [ Tasek Gelugor ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah tindakan drastik yang bakal dilaksanakan dalam menangani kes demam denggi yang menunjukkan peningkatan sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Page 18: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

18 AUM DR 19/5/2016

114. PR-1342-L74230 Tan Sri Dato' Seri Abd Khalid bin Ibrahim [ Bandar Tun Razak ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan statistik kemalangan dan kematian di tempat rekreasi dan riadah di kawasan hutan simpan kekal mengikut lokasi dan negeri antara 2010 dan 2016 serta sebarang perancangan merangka satu sistem pengawasan dan garis panduan keselamatan pihak berkuasa bagi mengurangkan sebarang kejadian yang tidak diingini.

115. PR-1342-L74997

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kenapa Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sedangkan laporan tersebut tiada kena mengena dengan Isu Keselamatan Negara dan adakah Perdana Menteri bersedia menarik balik klasifikasi Akta Rahsia Rasmi (OSA) keatas Laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.

116. PR-1342-L74769

Tuan Sim Chee Keong [ Bukit Mertajam ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik gaji median dan purata gaji pekerja ikut pecahan umur, 20-25, 25-30, 30-35, 35-40 bagi seluruh negara, dan kemudian ikut pecahan negeri.

117. PR-1342-L75396

Tuan Oscar Ling Chai Yew [ Sibu ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan :- (a) pencerobohan kapal milik Kerajaan negara asing di perairan

Sabah/Sarawak dari 2005 hingga 2016 iaitu jenis kapal, kewarganegaraan, kekerapan; dan

(b) jumlah protes terhadap operasi Freedom of Navigation Amerika

Syarikat dan berapa penanda kedaulatan China/Vietnam ditemui dan diroboh.

118. PR-1342-L74905

Datuk Rozman bin Isli [ Labuan ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah jenis kajian dan penyelidikan telah dilaksanakan setakat ini bagi mengatasi virus ZIKA dan berapakah jumlah kes yang telah direkodkan pada suku pertama 2016.

119. PR-1342-L74088

Datuk Wee Jeck Seng [ Tanjong Piai ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapa bilangan pesakit yang telah ditempatkan di hospital bahagia seluruh negara mengikut kumpulan umur, jantina dan berapa orang pesakit yang berjaya dirawat dan kembali ke masyarakat umum.

120. PR-1342-L74759

Dato' Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamad [ Pasir Puteh ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan sejauh manakah kejayaan pencegahan penyakit Tibi di Kelantan.

Page 19: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 19

121. PR-1342-L74063 Dr. Ismail bin Daut [ Merbok ] minta PERDANA MENTERI menyatakan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai kanak-kanak di bawah Program Permata Negara sejak penubuhannya.

122. PR-1342-L73706

Dato' Haji Mohd Fasiah bin Haji Mohd Fakeh [ Sabak Bernam ] minta MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan bilangan syarikat yang berjaya menghasilkan produk berasaskan agrikultur, pertanian dan bioteknologi menerusi Dana Inovasi Sosial yang ditawarkan di bawah MOSTI dan nyatakan sejauh manakah penggunaan teknologi baru mampu meningkatkan hasil pertanian negara.

123. PR-1342-L74998

Dato' Haji Mahfuz bin Omar [ Pokok Sena ] minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan :- (a) berapakah jumlah lesen memandu mengikut kelas sehingga April

2016; dan (b) berapakah jumlah lesen memandu yang digantung dan dibatalkan

dan apakah jenis kesalahan yang mengakibatkan penggantungan dan pembatalan.

124. PR-1342-L74780

Tuan Jeff Ooi Chuan Aun [ Jelutong ] minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan sama ada telah berlakunya kegiatan manipulasi oleh sindiket pembekal besi dan keluli antarabangsa sehinggakan harga besi di Malaysia telah naik secara mendadak berbanding bulan Januari dengan bulan Mac dan April. Ini menjejaskan industri perumahan di Malaysia

125. PR-1342-L74566

Dato' Dr. Tan Kee Kwong [ Wangsa Maju ] minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah pendirian Kerajaan berhubung paras harga saham Felda Global Ventures (FGV) sehingga 27 April 2016 adalah bernilai RM 1.47 yang kini masih berada di tahap yang membimbangkan kerana ia turut melibatkan nasib 112,635 orang peneroka yang turut melabur bersama.

126. PR-1342-L75100

Dr. Mohd Hatta bin Md. Ramli [ Kuala Krai ] minta PERDANA MENTERI menyatakan :-

(a) data terkini penempatan semula mangsa banjir Kelantan 2014;

dan (b) sama ada akan meneliti semula kes-kes yang layak tetapi belum

disenaraikan sebagai penerima rumah kekal baru di Kelantan.

Page 20: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

20 AUM DR 19/5/2016

127. PR-1342-L74240 Dato' Takiyuddin bin Hassan [ Kota Bharu ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan berapakah peruntukan Kerajaan bagi membiayai keperluan buku dan alat pembelajaran dalam tulisan braille di sekolah-sekolah di negara ini.

128. PR-1342-L73740 Datuk Dr. Ewon Ebin [ Ranau ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah sasaran Kerajaan, bagi perlantikan dari kalangan anak watan negeri Sabah bagi mengetuai Jabatan atau Agensi Kerajaan Persekutuan seperti bagi Ketua Setiausaha Kementerian, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah dan sebagainya menjelang tahun 2020.

129. PR-1342-L75221

Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud [ Kota Raja ] minta MENTERI KESIHATAN menyatakan apakah kajian-kajian yang telah dilaksanakan oleh KKM atau Universiti tempatan mengenai peningkatan insiden obesiti dan corak pemakanan rakyat Malaysia dan apakah pelan tindakan jangka panjang Kementerian untuk membendung obesiti dikalangan rakyat.

130. PR-1342-L73779

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan apakah terdapat empangan bekalan air yang dijangka tidak dapat menampung keperluan dalam masa terdekat ini kesan daripada pembangunan dan pertambahan penduduk setempat.

131. PR-1342-L74486

Datuk Koh Nai Kwong [ Alor Gajah ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah garis panduan dan dasar yang ditetapkan oleh Kementerian terhadap peruntukan yang disalurkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk kerja penyelenggaraan kemudahan asas seperti kebersihan longkang, memotong rumput dan menaik taraf jalan serta lampu berbanding dengan peruntukan mengindahkan lanskap setempat.

132. PR-1342-L73981

Dato' Henry Sum Agong [ Lawas ] minta PERDANA MENTERI menyatakan berapakah jumlah pelajar dari Sarawak yang menerima biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari 2010-2015 dan apakah peratusan penerima biasiswa ini seimbang antara pelajar luar bandar dan bandar.

133. PR-1342-L73667

Datuk Jumat bin Idris [ Sepanggar ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan apakah Kementerian mempunyai rancangan untuk menaik taraf Jalan Talungan Tampulan dan Jalan Kiambalang Babagon Toki di kawasan DUN Inanam kerana jalan ini sangat memerlukan penaiktarafan.

Page 21: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 21

134. PR-1342-L74003 Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan bilakah SMK Desa Wawasan di mana tapak pembinaan sekolah menengah telahpun dikenalpasti berhampiran dengan perkampungan Kg. Kirokot daerah Tambunan akan dibina memandangkan projek ini telahpun diluluskan dengan peruntukan sebanyak RM40 juta.

135. PR-1342-L74399

Tuan Wong Chen [ Kelana Jaya ] minta PERDANA MENTERI menyatakan:- (a) sama ada biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan

ditukar kembali kepada biasiswa penuh dan bukan sebagai pinjaman bersyarat yang perlu dibayar balik; dan

(b) apakah butir-butir belanjawan terperinci sebanyak RM1.65 juta

yang diperuntukkan bagi biasiswa JPA 2016. 136. PR-1342-L75129

Tuan Gobind Singh Deo [ Puchong ] minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun yang telah mendaftarkan perkahwinan sejak tahun 2010 (dari tahun ke tahun) dan sama ada pindaan-pindaan akan dibuat kepada Akta Kanak-Kanak 2001 untuk melarang perkahwinan yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

137. PR-1342-L73778

Dato' Noraini binti Ahmad [ Parit Sulong ] minta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan setakat hari ini berapa banyakkah kes yang melibatkan warganegara Malaysia hilang di luar negara dan tidak dapat dikesan jejak mereka.

138. PR-1342-L74034 Tuan Wong Sze Phin @ Jimmy [ Kota Kinabalu ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengkaji semula cara pembayaran caj levi pekerja asing. Contohnya di Singapura, majikan diberi 4 kali pembayaran secara ansuran. Pihak majikan terpaksa menanggung kerugian kerana dikehendaki membayar semula caj levi untuk pekerja asing baru apabila pekerja asing dahulu lari atau hilang.

139. PR-1342-L74001

Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan [ Keningau ] minta MENTERI KESEJAHTERAAN BANDAR, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan sama ada Kementerian mempunyai program menyediakan perumahan mampu milik bagi golongan yang berpendapatan rendah dengan gaji pokok RM900 sebulan ke bawah.

140. PR-1342-L74345

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan Projek Bandar Malaysia secara terperinci daripada segi nilaian, pemegang ekuiti saham, bentuk projek, bila akan dilaksanakan dan bagaimana rakyat boleh berpeluang menyertainya.

Page 22: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

22 AUM DR 19/5/2016

141. PR-1342-L75404 Laksamana Pertama Mohamad Imran bin Abd Hamid (B) [ Lumut ] minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan status Projek Menanam Getah bagi menaik taraf ekonomi Orang Asli yang telah bermula pada 1973 dan apakah hasilnya sekarang.

142. PR-1342-L74168

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj [ Sungai Siput ] minta MENTERI TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR menyatakan senaraikan loji-loji hydro-elektrik besar di Malaysia dengan butiran lokasi, tahun permulaan penjanaan kuasa elektrik, keluasan tasik yang diwujudkan oleh empangan dan jumlah kuasa elektrik yang dijana oleh tiap satu loji hidro.

143. PR-1342-L73868

Dato' Sri Haji Abdul Azeez bin Abdul Rahim [ Baling ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan adakah pihak Kementerian mempunyai hasrat untuk mewujudkan UTC di Parlimen Baling bagi memudahkan rakyat melakukan urusan dengan jabatan-jabatan Kerajaan berikutan lokasi jabatan-jabatan Kerajaan yang agak berterabur dan berjauhan antara satu sama lain di Parlimen Baling.

144. PR-1342-L75296

Dato' Wira Othman bin Abdul [ Pendang ] minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan anggaran kasar kerugian hasil padi di negeri-negeri yang terlibat dengan kemarau sekarang terutama di negeri Kedah. Adakah Kerajaan bercadang untuk membantu petani-petani terlibat bagi mengurangkan beban hidup mereka.

145. PR-1342-L73966

Dato' Haji Zainudin bin Ismail [ Jelebu ] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah pemegang kad pelarian yang dikeluarkan oleh agensi UNHCR Kuala Lumpur dan nyatakan apakah hak dan keistimewaan sebagai pemegang kad tersebut.

146. PR-1342-L74822

Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah [ Kuala Terengganu ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan siapakah pengarah-pengarah syarikat 1MDB yang pertama apabila ianya mengambil alih T.I.A-Terengganu Investment Authority dan siapa pula pengarah-pengarah T.I.A yang telah melepaskan jawatan mereka setelah 1MDB mengambil alih syarikat tersebut.

Page 23: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 23

PADA PERMULAAN URUSAN MESYUARAT MENGEMUKAKAN RANG UNDANG-UNDANG KERAJAAN

UNTUK BACAAN KALI YANG PERTAMA

1. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar * Rang Undang-Undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 2016

2. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

* Rang Undang-Undang Kanun Tanah Negara (Pindaan) 2016

* Menandakan bahawa Rang Undang-undang ini akan dibawa pada semua peringkat di mesyuarat ini.

Page 24: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

24 AUM DR 19/5/2016

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1. (D.R.9/2015) Rang Undang-undang Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2015 – Menyambung semula perbahasan atas masalah, “ Bahawa Rang Undang-Undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang, “ ( 18 Mei 2016 ) [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

2. (D.R.12/2015) Rang Undang-undang Keterangan (Pindaan) 2015 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

Bacaan Kali Yang Kedua

3. (D.R.1/2016)

Rang Undang-undang Bekalan Gas (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

4. (D.R.5/2016) Rang Undang-Undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 [Menteri di Jabatan Perdana Menteri]

5. PR-1342-U74146

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mengambil maklum bahawa kebelakangan ini pencerobohan kuil kerap berlaku di kawasan Ipoh iaitu di Om Sri Muniswarar Kaliamman, Kuil Sri Muniswarar Amman, dan Kuil Dewa Sri Sakti Buntong. Penyiasatan telus serta pengawalan sekuriti yang ketat, efektif serta rapi perlu diambil dengan serta merta untuk menjaga keharmonian dan kebudayaan negara kita." [ Menteri Dalam Negeri ]

6. PR-1342-U74237

Dr. Tan Seng Giaw [ Kepong ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini akan membahas kemampuan Malaysia untuk

menghadapi jenayah penggodaman. "

[Menteri Komunikasi dan Multimedia ]

Page 25: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 25

7. PR-1342-U71852

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Kerajaan mempergiatkan usaha untuk menyatupadukan rakyat

berbilang kaum di Malaysia yang kelihatan masih lemah dan longgar

meskipun negara telah menjadi negara merdeka dan berdaulat sejak 58

tahun lalu supaya mereka boleh hidup dengan aman dan saling memerlukan

dan memahami bagi memudahkan mereka membangunkan ekonomi negara

secara bersama dan merealisasikan impian Malaysia."

[ Perdana Menteri]

8. PR-1342-U74367

Tuan Fong Kui Lun [ Bukit Bintang ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Kerajaan memulihkan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan seluruh

negara supaya urus tadbir Kerajaan menjadi lebih cekap, akauntabiliti dan

bersih dengan mengambil langkah pertama untuk membuat kajian serius dan

melakukan pungutan suara antara rakyat."

[Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ]

9. PR-1342-U75443 Dato' Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]akan mencadangkan:- "Bahawa Dewan ini mengambil maklum pada 7 April 2016 Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) telah membawa suatu risalat DR.3 Tahun 2016 ke dalam Mesyuarat Dewan Rakyat mengenai Laporan PAC berhubung Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum Laporan PAC tersebut telah mengemukakan rumusan dan cadangan serta pendapatnya mengenai kekangan dan kelemahan dalam 1MDB. Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum pihak-pihak berkuasa di beberapa negara khasnya Switzerland, Amerika Syarikat, United Kingdom, Singapura, Luxembourg, Hong Kong dan Australia sedang menjalankan penyiasatan masing-masing berkaitan dakwaan rasuah dan gubahan wang haram yang berkaitan 1MDB. Dan bahawa Dewan ini juga mengambil maklum pendapat Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 7 April 2016 bahawa Laporan PAC itu boleh dibawa dan dibahaskan di dalam Mesyuarat Dewan Rakyat akan datang. Justeru Dewan Rakyat yang bersidang mengambil ketetapan supaya Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibentangkan pada 7 April 2016 dibahaskan di dalam Majlis Dewan Rakyat." [Menteri Kewangan]

Page 26: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

26 AUM DR 19/5/2016

10. PR-1342-U75316

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk menghalang dan mengharamkan penjualan arak murahan (cheap liquor) secara mudah dan murah yang semakin berleluasa. Gejala pengambilan arak murahan ini menimbulkan pelbagai masalah sosial seperti keganasan rumah tangga dan gengsterisme serta merosakkan organ dalaman. Di samping itu, kawalan dan penyeliaan terhadap kedai-kedai menjual arak perlu diketatkan. Masa penjualan arak dan lokasi minum arak perlu dikaji. Kawasan tempat awam seperti di taman awam dan taman permainan kanak-kanak, minum arak wajib diharamkan. Dewan ini juga wajib mempertimbangkan penubuhan Pusat Pemulihan Arak (PPA) di setiap negeri di Malaysia untuk membendung masalah minum arak yang semakin berleluasa di kalangan anak muda merentasi sempadan bangsa dan agama."

[ Menteri Kewangan ]

11. PR-1342-U75318

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mempertimbangkan cadangan untuk kes kematian di bawah tahanan Polis DiRaja Malaysia, keluarga simati diberi kebenaran sepenuhnya untuk memperoleh Pakar Perubatan Forensik sendiri bagi mewakili pihak keluarga simati semasa bedah siasat dijalankan" [ Menteri Dalam Negeri ]

12. PR-1342-U75319

Tuan Manivanan a/l Gowindasamy [ Kapar ] akan mencadangkan:-

"Bahawa Dewan ini mendesak agar pendidikan agama diperkenalkan di sekolah kepada pelajar bukan Islam sebagai langkah untuk menerapkan nilai-nilai murni dan keagamaan di kalangan pelajar bukan Islam bagi menangani gegala sosial yang kian meningkat dan berleluasa akibat daripada kegagalan sistem pendidikan di Malaysia." [Menteri Pendidikan]

Page 27: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

AUM DR 19/5/2016 27

13. PR-1342-U73955 Dr. Lee Boon Chye [ Gopeng ] akan mencadangkan:- "Bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB telah mendedahkan kelemahan ketara dalam tadbir urus 1MDB. Bahawa maklumat baru muncul selepas pembentangan Laporan tersebut dimana IPIC (Dana Berdaulat Abu Dhabi) serta Aabar Investment PJS (Aabar) (Anak Syarikat IPIC) keluar kenyataan di London Stock Exchange bahawa kedua-dua syarikat tersebut bukan pemilik Aabar Investment PJS Ltd (BVI), sebuah syarikat yang berdaftar di British Virgin Island. 1MDB telah memberi Aabar Investment PJS Ltd (BVI) asset bernilai berbillion-billion Ringgit yang sepatutnya diberi kepada IPIC. Asset tersebut adalah sebahagian dari jumlah USD 3.5 billion yang dituju untuk “Asset Swab” dalam perjanjian “Binding Sheet Agreement” antara 1MDB dan IPIC yang harus dilaksanakan menjelang 30Hb Jun 2016. Aabar Investment PJS Ltd (BVI) telah pun digulung dan dibubarkan sejak bulan Jun 2015. Perkembangan terbaru ini akan menjejaskan usaha 1MDB membayar hutang dan melaksanakan pelan rasionalisasi. MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Dewan ini menetapkan sidang khas untuk membahaskan Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara berkenaan 1MDB." [Menteri Kewangan]

Page 28: MALAYSIA DEWAN RAKYAT ATURAN URUSAN · PDF fileperlombongan menyebabkan berlaku kemalangan di kawasan sekitar akibat lebih muatan dan kecuaian; dan (b) langkah-langkah memberi kesedaran

28 AUM DR 19/5/2016

**UCAPAN-UCAPAN ( PERATURAN MESYUARAT 17 BAHARU )

( KAMAR KHAS )

Tarikh Ucapan

Ahli Yang Berucap Tajuk Ucapan Menteri Yang Bertanggungjawab

1. 19.5.2016 (Khamis)

1. YB. Dato’ Johari bin Abdul

(Sungai Petani)

1. Masalah banjir di kawasan Taman Keranji Jaya, Sungai Petani

1. YB Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

2. 19.5.2016 (Khamis)

2. YB. Puan Teo Nie Ching

(Kulai)

2. Kelewatan pemaju menyerahkan milikan kosong The Apartment Season @ Amara Larkin, Johor Bahru kepada pembeli-pembeli

2. YB Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

** Ucapan Di Bawah Usul Berkenaan Perkara Tadbir Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17 Baharu)