kemahiran variasi rangsangan

6
KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN. 1.0 OBJEKTIF. Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami : · Prinsip-prinsip penggunaan variasi rangsangan. · Objektif penggunaan variasi ransangan. · Kesan penggunaan variasi ransangan ke atas pengajaran pembelajaran. · Komponen kemahiran variasi ransangan. . Cara Pengendalian pengajaran Mikro 2.0 VARIASI RANSANGAN. · Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru dengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya. · Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akan hilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan. · Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukar corak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah dan teknik mengajar. 3.0 PRINSIP PENGUNAAN VARIASI RANSANGAN. · Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. Ianya mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.

Upload: wira2581

Post on 15-Nov-2015

531 views

Category:

Documents


22 download

DESCRIPTION

Nota berkenaan kemahiran Variasi Rangsangan yang digunapakai dalam proses Pengajaran & Pembelajaran

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN.1.0OBJEKTIF.Di akhir pengajaran pelajar akan mempelajari dan memahami :Prinsip-prinsip penggunaan variasi rangsangan.Objektif penggunaan variasi ransangan.Kesan penggunaan variasi ransangan ke atas pengajaran pembelajaran.Komponen kemahiran variasi ransangan.. Cara Pengendalian pengajaran Mikro2.0VARIASI RANSANGAN.Merupakan teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian gurudengan tujuan menarik perhatian dan minat pelajar dalam aktiviti pengajarannya.Dalam proses p & p masa tumpuan pelajar adalah singkat. Mereka akanhilang minat jika aktiviti tidak dipelbagaikan.Kemahiran variasi rangsangan meliputi kemahiran mengubah-ubah tingkahlaku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan saluran deria pelajar, menukarcorak interaksi antara guru dan pelajar, serta mempelbagaikan kaedah danteknik mengajar.

3.0PRINSIP PENGUNAAN VARIASI RANSANGAN.Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru haruslah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran. Ianya mesti mempunyai perkaitan dengan matlamat am dan kandungan pelajaran yang hendak disampaikan.Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian diantara satu sama lain.Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagai pengalihan saluran deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.Setiap langkah penyampaian harus mengandungi aktiviti yang berbeza. Jika masa pemyampaian sesuatu langkah mengajar melebihi 5 minit, corak aktiviti pengajaran harus dipelbagaikan.Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya.

4.0OBJEKTIF PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN.Memusatkan perhatian pelajar & mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran guru.Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam pembelajaran.Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria untuk memperoleh ilmu.Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru.Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan.Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaranyang positif dan seronok.5.0KESAN PENGGUNAAN VARIASI RANSANGAN KE ATASPENGAJARAN DAN PEMBELAJARANAktiviti P & P akan menjadi lebih seronok & menarik. Kanak-kanak lebihceria dan seronok untuk belajar. P&P menjadi lebih bermakna dan berjayameninggalkan kesan yang mendalam.Minat & perhatian mereka akan ditumpukan sepenuhnya terhadap aktivitipengajaran guru. Mereka akan dapat memahami bahan konsep pengajaranguru dengan lebih baik lagi.Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan & mereka berusaha melibatkandiri secara aktif. Contohnya melukis, melabel, memain peranan dansebagainya.Pelajar berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajarisesuatu. Guru akan melakukan pergerakkan badan dan ini akan meneguhkanP&P.Dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif. Dengan bantuanABM yang sesuai dapat merangsangkan P&P kanak-kanak.Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuhperhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.6.0KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANSANGAN.Kemahiran variasi rangsangan mengandungi 6 komponen.Komponen perubahan pergerakan langkah guru.Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Ia perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak.Komponen perubahan pergerakan anggota guru.Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang baru contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian.Komponen perubahan nada suara guru.Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran.Komponen perubahan fokus deria pelajar.Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan ABM.Komponen perubahan bentuk lisan pelajar.Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa.Komponen perubahan bentuk fizikal pelajar.Perubahan bentuk fizikal pelajar seperti lakonan, menulis, dan simulasi.

7.0AKTIVITI-AKTIVITI VARIASI RANGSANGAN DENGAN KOMPONEN-KOMPONENNYA

8.0CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO.Guru pelatih yang memilih kemahiran variasi rangsangan harus merancang satu aktiviti pengajaran dengan berbagai-bagai aktivitirangsangan.Semasa menjalani sesi pengajaran mikro, tumpuan haruslah diberikankepada 3 komponen yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku guru dan 3 komponen yang berasaskan kepada perubahan tingkah laku pelajar.Gunakan borang kemahiran variasi rangsangan sebagai aktiviti penilaianantara pensyarah dan guru-guru pelatih yang terlibat.

9.0BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Tandakan (/) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan.Komponen30 saat bagi tiap-tiap ruang

Kemahiran123456789101112131415

Pergerakan langkah guru yang sesuai

Pergerakan anggota guru yang berpatutan

Perubahan nada guru dalam pertuturan

Perubahan fokus deria pelajar

Perubahan bentuk lisan pelajar

Perubahan bentuk fizikal pelajar

Tandakan ( / ) dalam ruang yang berkenaan apabila perubahan tingkah laku guru dan murid dapat diperhatikan.

10.0SOALAN- SOALAN KEFAHAMAN1.APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN VARIASI RANGSANGAN?2.NYATAKAN KOMPONEN-KOMPONEN VARIASI RANGSANGAN3.NYATAKAN AKTIVITI-AKTIVITI VARIASI RANGSANGAN DENGANKOMPONEN-KOMPONENNYA.