kemahiran proses sains

8
KEMAHIRAN PROSES SAINS Kemahiran Proses Sains merupakan salah satu daripada dua komponen bagi kemahiran saintifik. Kemahiran Proses Sains(KPS) merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid khususnya dalam menjalani penyiasatan atau eksperimen Kemahiran Saintifik Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif Bersepadu Asas

Upload: hailmi-othman

Post on 27-May-2015

12.759 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran proses sains

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Kemahiran Proses Sains merupakan salah satu daripada dua komponen bagi kemahiran saintifik. Kemahiran Proses Sains(KPS) merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh murid-murid khususnya dalam menjalani penyiasatan atau eksperimen

Kemahiran Saintifik

Kemahiran Proses Sains Kemahiran Manipulatif

BersepaduAsas

Page 2: Kemahiran proses sains

Kemahiran Proses Sains Asas

Membuat inferensProses untuk membuat kesimpulan awal untuk menerangkan suatu peristiwa atau objek melalui pengalaman berdasarkan sebab dan alasan tertentu

MemerhatiProses untuk menyatakan atau menerangkan tentang sesuatu objek atau fenomena yang berlaku. Menggunakan pancaindera untuk kenalpasti ciri,persamaan atau perbezaan sesuatu objek.

MengelasMengumpul dan mengkategori objek mengikut sifat, ciri yag sama atau mengikut perbezaan dan persamaan

BerkomunikasiSatu proses interaksi antara satu sama lain bagi menyampaikan hasil kerja atau eksperimen dalam bentuk rajah, jadual dan data.

MeramalProses membuat jangkaan atau ramalan berdasrakan data yang diberi, pemerhatian dan inferens.

Mengukur dan menggunakan nomborProses membuat pemerhatian kuantitatif dengan membanding kepada piawai tertentu

Perkaitan ruang dan masaProses perhubungan pergerakan atau perubahan sesuatu objek atau situasi dalam satu ruang tertentu dengan tempoh masa.

Page 3: Kemahiran proses sains

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains Asas

Memerhati : memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada tumbuhan.

Mengelas : mengelaskan haiwan mengikut siafat fizikal seperti berbulu, bersisik, berkaki, berkepak.

Berkomunikasi: menyatakan kepentingan kitar semula

Membuat inferens: menyatakan sebab kenapa daun pada sebatang pokok menjadi layu.

Perkaitan ruang dan masa: mengukur dan membanding pergerakan dua objek yang berbeza dengan jarak dan masa yang ditetapkan.

Mengukur dan menggunakan nombor: mengukur suhu bagi cecair yang dipanaskan.

Meramal: meramal keadaan yang akan berlaku pada pokok dalam pasu yang diletakkan dalam kotak tanpa cahaya matahari.

Page 4: Kemahiran proses sains

Kemahiran Proses Sains Bersepadu

Mengenalpasti dan mengawal pembolehubahMengenalpasti semua pembolehubah terlibat. Proses ini melibatkan pengendalian faktor-faktor atau pembolehubah yang terlibat dalam satu eksperimen; pengawalan ini penting kepada kebolehpercayaan keputusan eksperimen

Menjalankan eksperimenMenyiasat , memanipulasikan pembolehubah, dan menguji hipotesis untuk membuat keputusan.

Membentuk dan menguji hipotesisProses ini melibatkan pembentukan soalan generalisasi berasaskan pemerhatian ; hipotesis merupakan satu masalah yang boleh diselesaikan melalui kemahiran proses yang lain iaitu menjalankan eksperimen, membuat inferens dan ramalan

Mendefinisi secara operasiMemberi maksud dan takrifan dengan memperihalkan apa yang diperhatikan. Definisi ini melibatkan pernyataan tentang apakah yang dibuat dan apakah yang diperhatikan; kemahiran ini melibatkan proses pemerhatian, berkomunikasi, serta pengelasan

Mentafsir dataMemberi maklumat tentang pola atau keadaan bagi suatu keadaan berdasarakan maklumat yang dikumpul. Menyatakan hubungan antara pembolehubah yang terlibat dan membaut kesimpulan daripada maklumat yang diperolehi.

Page 5: Kemahiran proses sains

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Proses Sains Bersepadu

Mengenalpasti dan mengawal pembolehubah: membuat ujikaji tentang faktor-faktor pengaratan besi.

Mendefinasi secara operasi: menyatakan maksud proses penyejatan,pembekuan,kondensasi,peleburan.

Menjalankan eksperimen: menjalankan eksperimen tentang keperluan asas haiwan.

Membentuk dan menguji hipotesis: menguji hipotesis tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

Mentafsir data: membina jadual pertumbuhan biji benih selama 30 hari dan membaut kesimpulan dari data yang diperoleh.

Page 6: Kemahiran proses sains

Contoh aktiviti yang melibatkan Kemahiran Manipulatif:

Menggunakan kanta tangan untuk melihat bilangan kaki haiwan yang kecil

Menggunakan forsep untuk mengutip haiwan

Membersihkan forsep, piring petri dan peralatan makmal

Tidak mencederakan dan merosakan specimen

Meyimpan peralatan dan bahan makmal ditempat yang selamat dan betul.

Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif merupakan kemahiran psikomotor yang diperkembangkan melalui penyiasatan dalam Sains.Kemahiran ini memupuk pelajar supaya dapat

mengendalikan peralatan, bahan, serta specimen hidup dan bukan hidup dengan betul,selamat,cermat dan tepat.

Menggunakan dan mengendalikan peralatan dan bahan sains dengan betul.Menyimpan peralatan dan bahan sains dengan betul dan selamat.Membersihkan peralatan sains dengan cara yang betul.Mengendalikan spesimen dengan betul dan cermat.Melakar spesimen, peralatan dan bahan sains dengantepat.6. Menyimpan peralatan Sains di tempat yg betul

Page 7: Kemahiran proses sains

RUJUKAN

http://kelas-online.tripod.com/sains/asas.htm

http://cikgumart.blogspot.com/2011/10/kemahiran-proses-sains.html

http://rzaflia.blogspot.com/p/kemahiran-manipulatif-sains.html

Zaeydee b. Omar.(2013).Science Process Skill Year 4 : Problem Solving.MYBOOK.COM SDN. BHD,Selangor.

Poh Swee Hiang.(2000).Pedagogi Sains 1: Kurikulum Sains.Kumpulan Budiman Sdn. Bhd, Petaling Jaya.