kemahiran mengilustrasi dengan contoh

6
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SGRA 3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN UNIT 6 KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN 2 MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH MEMBUAT DEMONSTRASI KUMPULAN 11 1. ISHAK B. SEDEK (210354) 2. MOHD ASHRI B. ZAINAL (210353) 3. MOHD ZUKI B. MOHAMAD (210396) 4. BADARIAH BT. AB. KADIR( 210374) 5. NOR AZIAN BT. MUSA( 210342) PENSYARAH: TN. HJ. ABD. RAZAK B. HASHIM

Upload: azman-ismail

Post on 06-Jul-2015

803 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh

5/7/2018 Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-mengilustrasi-dengan-contoh 1/6

 

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

SGRA 3016

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN

UNIT 6

KEMAHIRAN MIKROPENGAJARAN 2

MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH

MEMBUAT DEMONSTRASI

KUMPULAN 11

1. ISHAK B. SEDEK (210354)

2. MOHD ASHRI B. ZAINAL (210353)

3. MOHD ZUKI B. MOHAMAD (210396)

4. BADARIAH BT. AB. KADIR( 210374)5. NOR AZIAN BT. MUSA( 210342)

PENSYARAH: TN. HJ. ABD. RAZAK B. HASHIM

Page 2: Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh

5/7/2018 Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-mengilustrasi-dengan-contoh 2/6

 

KEMAHIRAN MENGILUSTRASI DENGAN CONTOH

Kemahiran ini memudahkan guru menyampaikan idea dan konsep yang abstrak. Guru

meminta contoh daripada murid dan menyemak idea dan konsep itu telah difahami

atau tidak. Contoh yang baik dalam kemahiran ini ialah contoh yang biasa kepada

murid. Dengan mengaitkan contoh dan idea atau konsep, guru telah mengajar 

daripada perkara yang diketahui kepada perkara yang akan diketahui. Dengan

menggunakan contoh dalam kehidupan seharian, guru boleh menarik perhatian dan

menimbulkan minat terhadap pelajarannya.

Tujuan mengilustrasi dengan contoh:

Membimbing pelajar dari konsep yang mudah kepada yang lebih rumit

Menjelaskan peraturan, konsep, prinsip, dan teori

Menjadikan idea yang abstrak atau sukar lebih mudah difahami

 

Prinsip kemahiran mengilustrasi dengan contoh

Gunakan contoh mudah melalui penggunaan analogi, cerita, objek konkritdan/atau gambar 

rajah yang berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar .

Gunakan contoh yang relevan yang boleh diaplikasikan kepada konsep,prinsip, atau teori

tertentu yang hendak diajar .

Gunakan media bersesuaian berdasarkan umur dan kebolehan pelajar serta konsep dan

 prinsip yang hendak diajar.

Page 3: Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh

5/7/2018 Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-mengilustrasi-dengan-contoh 3/6

 

Gunakan contoh yang menarik yang mampu merangsang sifat ingin tahu dan minat

 pelajar.

Libatkan pelajar secara verbal atau membuat lakaran

Sediakan sebelum pengajaran

Perhatikan kelakuan dan respon lisan pelajar untuk memastikan contoh yangdiberi

 bersesuaian

Sediakan contoh yang mencukupi dan pelbagai

Pendekatan induktif dan deduktif dalam penggunaan contoh-contoh

Dua jenis pendekatan boleh digunakan dalam latihan kemahiran ini, iaitu pendekatan

induktif : contoh diikuti dengan peraturan, dan pendekatan deduktif: peraturan diikuti

dengan contoh, soalan digunakan untuk mendapatkan contoh;-

i. Contoh mudah - guru menggunakan contoh mudah, dinyatakan

dengan jelas dan boleh dikaitkan dengan pengetahuan yang lalu.

ii. Contoh yang berkait dengan peraturan atau konsep - menggunakan

contoh di mana peraturan atau konsep boleh digunakan.

iii. Contoh ingin tahu - menggunakan contoh yang boleh membangkit-

kan naluri ingin tahu dan minat murid.

iv. Media yang sesuai - menggunakan media yang sesuai dengan

kebolehan , umur dan pelajaran yang diajar.

Page 4: Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh

5/7/2018 Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-mengilustrasi-dengan-contoh 4/6

 

v. Pendekatan - memilih pendekatan yang sesuai dengan peringkat

umur dan kebolehan murid dan pelajaran yang diajar.

vi. Penglibatan murid - murid dilibatkan secara lisan, seperti menjawab

menjawab atau menyoal, atau bukan lisan, seperti menulis di papan

hitam atau menunjukcara dengan menggunakan contoh atau model.

KEMAHIRAN MEMBUAT DEMONSTRASI

Kaedah tunjuk cara ini adalah melibatkan demonstrasi oleh guru

di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau

langkah pembelajaran. Teknik ini sesuiai untuk pengajaran tarian, olahraga,

ujikaji, permainan dan sebagainya.

Sebelum demonstrasi, guru perlu membuat perancangan yang teliti

iaitu menentukan topik, objektif, serta menyediakan alatan atau bahan yang

akan digunakan. Semasa demonstrasi pula, guru perlu memberikan

  penerangan yang jelas supaya pelajar memahami dengan jelas. Guru juga perlu

memastikan yang murid-murid memberikan perhatian

sepenuhnya pada demonstrasi. Selepas demonstrasi pula, sesi

  perbincangan tentang perkara-perkara yang ditunjuk cara. Guru juga boleh

meminta pelajar membuat laporan ringkas tentang demonstrasi tersebut.

Tujuan membuat demonstrasi

Page 5: Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh

5/7/2018 Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-mengilustrasi-dengan-contoh 5/6

 

Mengajak pelajar menjalankan inkuiri terbimbing

Membantu pelajar membina kefahaman

Merangsang pemikiran kritis dan kreatif 

Kemahiran Mikropengajaran

65 

Komponen Membuat Demonstrasi

• Membuat persediaan awal

Tentukan konsep, prinsip, proses, yang hendak diajar.

Tentukan aktiviti dan bahan serta peralatan yang sesuai.

Jana beberapa soalan penting yang akan digunakan..

Lakukan latihan sekurang-kurangnya sekali sebelum kelas bagi memastikan

demonstrasi berjaya..

• Menjalankan demonstrasi: jenis-jenis demonstrasi.

Demonstrasi guru

Demonstrasi guru-pelajar 

Demonstrasi pelajar 

Demonstrasi tetamu jemputan

 

Prinsip Menjalankan Demonstrasi

Page 6: Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh

5/7/2018 Kemahiran Mengilustrasi Dengan Contoh - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/kemahiran-mengilustrasi-dengan-contoh 6/6

 

Seboleh-bolehnya libatkan pelajar dengan menjalankan demonstrasi interaktif (misalnya

teknik demonstrasi POE)

Utamakan proses induktif berbanding deduktif dan mulakan dengan soalan

 

Tunjukkan keterujaan supaya demonstrasi kelihatan hidup

Pastikan semua pelajar boleh dengar dan lihat dengan jelas

Sentiasa bertanya soalan berorientasi inkuiri

Dengan satu siri soalan, bantu pelajar menemui konsep yang hendak diajar 

Beri pengukuhan positif 

Lakukan penilaian demonstrasi untuk penambahbaikan