kemahiran mencatat nota

2
4.3 KEMAHIRAN MENCATAT N OTA Mencatat nota ialah satu aktiviti merekod , fakta dan maklumat daripada pengal aman yang dilalui ,dilihat atau dide ngar dan juga melalui bahan bacaan . Mencatat nota berlaku di semua situasi pembela jaran . Ianya berlaku se masa kuliah , ceramah , penerangan , temuduga , membaca buku dan sebagainya . Kemahiran menc ata t not a yang berk esan perlu ada kemahiran kemahiran terten tu sepe rt i kemahiran menden ga r yang di gu nakan semasa pr oses pembelajaran , kemahiran membaca laju yang digunakan semasa menyalin nota daripada buku , kemahiran menulis iaitu mampu menulis dengan laj u dan men ggu nakan huruf sing katan , kemahiran menc atat kan kat a kunc i sah aja , menggunakan perkataan sendiri serta memahami setiap kata kunci . Kemahiran mencatat nota juga melibatkan bentuk grafik ataupun peta minda . Mencatat nota memberikan banyak faedah . Mengikut seorang penulis Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain" , melalui pemetaan minda seseorang itu dapat "learn MORE, remember MORE , use LESS paper , invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat memp erolehi ilmu pen get ahu an yan g lebih ban yak, memp ertin gka tkan day a ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga . Seseorang itu perlu mencatat nota supaya tidak perlu mengingat semua maklumat yang telah diperolehi sebaliknya hanya perlu merujuk nota yang telah dicatat . Begitu juga halnya dengan seorang guru . Ketika membaca apa sahaja bahan bacaan perlulah pembaca membuat catatan untuk menjadi ingatan dan rujukan dimasa hadapan , ingatan seseorang itu tidak kuat untuk mengingat semua perkara . Mencatat nota dapat meningkatkan daya ingatan seorang guru itu kerana nota menjad i bahan ruj ukan perta ma yang bole h di ruj uk dan digunakan sekiranya terlupa dan ianya membantu kita untuk mengingat fakta ter sebut. . Sebagai con toh , seo ran g guru sejar ah yan g hendak mengaja r pelajar nya perlu menyediakan nota sej arah supaya dia tidak akan terlu pa maklumat dan fakta sejarah yang ingin disampaikan kepada pelajar .

Upload: miz-mell

Post on 03-Apr-2018

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

 

4.3 KEMAHIRAN MENCATAT NOTA

Mencatat nota ialah satu aktiviti merekod , fakta dan maklumat daripada

pengalaman yang dilalui ,dilihat atau didengar dan juga melalui bahan bacaan .

Mencatat nota berlaku di semua situasi pembelajaran . Ianya berlaku semasa

kuliah , ceramah , penerangan , temuduga , membaca buku dan sebagainya .

Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran – kemahiran

tertentu seperti kemahiran mendengar yang digunakan semasa proses

pembelajaran , kemahiran membaca laju yang digunakan semasa menyalin nota

daripada buku , kemahiran menulis iaitu mampu menulis dengan laju dan

menggunakan huruf singkatan , kemahiran mencatatkan kata kunci sahaja ,

menggunakan perkataan sendiri serta memahami setiap kata kunci .

Kemahiran mencatat nota juga melibatkan bentuk grafik ataupun peta

minda . Mencatat nota memberikan banyak faedah . Mengikut seorang penulis

Dilip Mukerjea (1996) dalam bukunya bertajuk "Superbrain" , melalui pemetaan

minda seseorang itu dapat "learn MORE, remember MORE , use LESS paper ,

invest LESS effort..." yang membawa maksud penggunaan peta minda dapat

memperolehi ilmu pengetahuan yang lebih banyak, mempertingkatkan daya

ingatan tanpa merugikan terlalu banyak kertas serta tenaga .

Seseorang itu perlu mencatat nota supaya tidak perlu mengingat semua

maklumat yang telah diperolehi sebaliknya hanya perlu merujuk nota yang telah

dicatat . Begitu juga halnya dengan seorang guru . Ketika membaca apa sahaja

bahan bacaan perlulah pembaca membuat catatan untuk menjadi ingatan dan

rujukan dimasa hadapan , ingatan seseorang itu tidak kuat untuk mengingat

semua perkara . Mencatat nota dapat meningkatkan daya ingatan seorang guru

itu kerana nota menjadi bahan rujukan pertama yang boleh dirujuk dan

digunakan sekiranya terlupa dan ianya membantu kita untuk mengingat fakta

tersebut. . Sebagai contoh , seorang guru sejarah yang hendak mengajar 

pelajarnya perlu menyediakan nota sejarah supaya dia tidak akan terlupa

maklumat dan fakta sejarah yang ingin disampaikan kepada pelajar .

 

Tambahan pula , kemahiran mencatat nota dapat dapat melatih seorang

guru untuk berfikir secara kritis , kreatif dan analitis di samping memudahkan

proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Hal ini kerana apabila guru

tersebut mencatat nota sudah pasti dia tidak dapat menulis setiap butir patah

perkataan sebaliknya hanya mencatat dan memilih isi yang penting sahaja .

Guru tersebut juga perlu bijak menapis dan menyaring maklumat yang perlu dan

penting sahaja . Pada dasarnya , mencatat nota memerlukan kemahiran

mencatat intipati dan rumusan sahaja . Guru tersebut juga perlu

menterjemahkannya di dalam bentuk grafik . Kemahiran ini penting kepada

seseorang guru kerana ianya akan membantu dalam proses pembelajaran di

dalam kelas . Contohnya , seorang guru yang mempraktikkan kemahiran ini ini

ketika mengajar di dalam kelas akan lebih mudah dan senang untuk

menyampaikan ilmu kepada muridnya kerana murid – murid akan lebih mudah

memahami ilmu yang disampaikan dalam bentuk nota ringkas ataupun peta

minda .

Guru sebagai administrator. Seorang guru tidak hanya sebagai pendidik

dan pengajar, tetapi juga sebagai administrator pada bidang pendidikan dan

pengajaran. Oleh kerana itu , seorang guru dituntut bekerja secara administrasi

teratur. Segala pelaksanaan dalam kaitannya proses belajar mengajar perlu

diadministrasikan secara baik. Antara administrasi yang dilaksanakan seperti

membuat rencana mengajar, mencatat hasil belajar dan sebagainya merupakan

dokumen yang berharga kerana menunjukkan bahawa guru itu telah

melaksanakan tugasnya dengan baik .