kemahiran membuat nota

3
KEMAHIRAN MEMBUAT NOTA Nota adalah ringkasan dan isi-isi penting yang kita pelajari dari pembelajaran kita.Nota yang ringkas dan rapat dapat membantu pelajar memperolehi kejayaan di bidang akademik. Menurut satu penyelidikan, pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata- mata hanya 25%.Hal ini telah menunjuk bahawa membuat nota membawa banyak manfaat kepada pelajar.Antara berikut, kelebihan membuat nota aalah menjimatkan masa untuk ulang kaji terutamanya di saat akhir peperiksaan ,sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi mata pelajaran tersebut dan memudahkan proses mengingat. Di bawah terdapat sedikit langkah untuk menghasilkan nota yang baik. Sebelum membuat nota kita perlu membaca maklumat tersebut sekurang-kurang 2 kali dan perlu memahami sepenuhnya. Kita juga perlu menggabungkan syarahan pensyarah dengan teks dan nota perlu ikut dengan teks.Ketika membuat nota kita memerlukan rujukan untuk membantu kita dapat memahami selanjutnya dan kita perlu memastikan tulisan kita jelas, terang dan mudah dibaca.Untuk membantu kita lebih memahami maklumat kita boleh tambah simbol atau gambar ke dalam nota dan paling penting nota mesti ringkas dan padat. Nota terdapat 4 jenis iaitu nota penjelasan (Annotation), nota garis (Outline notes), nota ruang(Column notes), dan nota rumusan (Summary notes). Nota penjelasan (Annotation notes) adalah nota yang menggunakan ulasan kritikal dan penerangan sebagai satu cara untuk menjelaskan sesuatu perkataan dan ayat. Cara untuk membuat nota penjelasan

Upload: wh-eng

Post on 12-Nov-2015

21 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN MEMBUAT NOTANota adalah ringkasan dan isi-isi penting yang kita pelajari dari pembelajaran kita.Nota yang ringkas dan rapat dapat membantu pelajar memperolehi kejayaan di bidang akademik. Menurut satu penyelidikan, pelajar yang membuat nota mendapat 65% manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan semata-mata hanya 25%.Hal ini telah menunjuk bahawa membuat nota membawa banyak manfaat kepada pelajar.Antara berikut, kelebihan membuat nota aalah menjimatkan masa untuk ulang kaji terutamanya di saat akhir peperiksaan ,sebagai tanda kita telah memahami pelajaran yang dipelajari dan ia boleh dianggap sebagai inti-pati bagi mata pelajaran tersebut danmemudahkan proses mengingat.Di bawah terdapat sedikit langkah untuk menghasilkan nota yang baik. Sebelum membuat nota kita perlu membaca maklumat tersebut sekurang-kurang 2 kali dan perlu memahami sepenuhnya. Kita juga perlu menggabungkan syarahan pensyarah dengan teks dan nota perlu ikut dengan teks.Ketika membuat nota kita memerlukan rujukan untuk membantu kita dapat memahami selanjutnya dan kita perlu memastikan tulisan kita jelas, terang dan mudah dibaca.Untuk membantu kita lebih memahami maklumat kita boleh tambah simbol atau gambar ke dalam nota dan paling penting nota mesti ringkas dan padat. Nota terdapat 4 jenis iaitu nota penjelasan (Annotation), nota garis (Outline notes), nota ruang(Column notes), dan nota rumusan (Summary notes).Nota penjelasan (Annotation notes) adalah nota yang menggunakan ulasan kritikal dan penerangan sebagai satu cara untuk menjelaskan sesuatu perkataan dan ayat. Cara untuk membuat nota penjelasan Menggariskan ayat yang penting Membulatkan definisi dan maksud ayat Tulis kata-kata kunci dan definisi dalam margin Buat Isyarat pada maklumat penting yang boleh didapati dengan menggunakan kata-kata kunci atau simbol Tulis ringkasan pendek dalam margin pada akhir seksyen Tulis soalan dalam margin di sebelah bahagian di mana jawapan yang didapati Nyatakan langkah-langkah dalam proses dengan menggunakan nombor dalam margin Jelaskan kegunaan maklumat dalam marginNota garis (outline notes) adalah menggunakan kaedah garis untuk mengambil nota. Nota garis akan mulakan mengambil nota di tepi kiri kertas dan biasanya idea-idea yang menyokong perkara utama akan tersusun ke kanan. Setiap bahagian yang kurang penting adalah tersusun ke kanan. Ini akan menjadi lebih mudah untuk melihat dan tahap kepentingan idea-idea yang berbeza akan menjadi lebih jelas berdasarkan jarak antara mereka.Nota ruang (column notes), satu kaedah mengambil nota yang memerlukan pembacaan yang aktif dan mendengar.Sebelum mengambil nota pelajar akan memproses maklumat untuk menyusunkan ke dalam ruang. Nota rumusan (summary notes), satu ringkasan pendek setiap sumber yang menangkap intipati hujah atau kajian penulis.Untuk menggunakan kaedah ini kita perlu memahami maklumat dengan sepenuhnya baru boleh menghasilkan nota rumusan yang baik.

Nota merupakan bahan untuk kita rujuk untuk mengulang kaji dengan cepat. Nota yang baik adalah ringkas dan padat, semasa membuat nota kita perlu menumpukna perhatian pada maklumat yang kita hendak memproses jadi nota. Semasa kita berusaha memahami maklumat ini kita telah lebih memahami dan mengingati maklumat yang penting.Terdapat empat jenis nota tetapi kita boleh membuat nota dengan stail sendiri kerana keperluan yang tidak sama terhadap nota. Di sini terdapat beberapa cara untuk menghasilkan nota yang baik. Sebelum membuat nota kita perlu membaca buku teks atau maklumat dengan teliti dan memahami apa yang hendak disampaikan dalam buku itu. Selepas memahami dan mencari fakta penting dalam maklumat, kita perlu gariskan fakta-fakta tersebut, cara yang paling berkesan adalah menggunakan highlighter untuk menggariskan fakta penting.Akhir sekali, kita catat fakta penting dalam buku nota atau kertas ukuran kecil sebagai kertas catatan. Membuat nota dapat membantu kita lebih cepat untuk recall maklumat yang pernah dipelajari dan kita akan lebih menjimat masa semasa mengulang kaji. Membuat nota juga boleh membantu pelajar untuk mengukuh apa yang telah dipelajari.