nota kemahiran berfikir jan 2014

Upload: pdb1623

Post on 06-Mar-2016

67 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HOT

TRANSCRIPT

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia

NAMA KURSUS: Kemahiran Berfikir (Thinking Skills)

KOD KURSUS:

EDU 3043

BILANGAN KREDIT:2 (2+0)

PENGAJAR:

Profesor Madya Dr. Aminuddin Hassan

Bilik:14, Blok I, FPP

Telefon: 89468187

E-mail: [email protected] KURSUS:Pada akhir kursus ini, pelajar dapat pengetahuan tentang kemahiran berfikir dan boleh mengaplikasikan kemahiran berfikir tersebut dengan berkesan.

SINOPSIS:Kursus ini membincangkan konsep kemahiran berfikir, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), penyelesaian masalah dan membuat keputusan, dan pendekatan pengajaran kemahiran berfikir.

(This course discusses concepts of thinking ; critical and creative thinking skills, problem solving and decision making skills, and approaches in teaching thinking skills)

TAJUK KANDUNGAN:

1. Konsep dan definisi kemahiran berfikir

2. Komponen kemahiran berfikir

Domain kognitif dan afektif

Metakognitif

Reflektif

KBKK

3. Teori dan peranan otak

4. Otak dan kecerdasan (multiple intelligence)

Alat berfikir

Kemahiran berfikir secara kritis: definisi, tujuan, langkah, contoh

Kemahiran berfikir secara kreatif: definisi, tujuan, langkah, contoh

Kemahiran menyelesaikan masalah: definisi, tujuan, langkah, contoh

Kemahiran membuat keputusan: definisi, tujuan, langkah, contoh

PENILAIAN: : Ujian 1

20%

Penilaian Minggu 8-12 (tugasan online, kuiz, komitmen)

5%

Peperiksaan Akhir

40%

Tugasan (individu & Berkumpulan)

35%

Rujukan:

Beyer, B.K. (1987). Practical strategies for the teaching of thinking. Boston : Allyn and Bacon.

Campbell, L. Cambell, B. & Dickinson, D. (1996). Teaching and learning through multiple intelligences. Boston: Allyn and Bacon.

Elias, Maurice, J. et. al. (1997). Promoting social and emotional learning: Guidelines for educators. Virginia: ASCD.

Epstein, R.L. (1999). Critical thinking. Belmont: Wadsworth Publishing Co.

Goleman, D. (1996). Emotional intelligence: Why it can matter more than IQ. New York: Bantam Books.

Abdul Fatah Hasan (1996). Kecemerlangan Minda Dalam Pembelajaran Keseluruhan Otak dan Daya Berfikir. Kuala Lumpur: Utusan Pub.

Abdul Fatah Hasan (1998). Penggunaan Minda Secara Optimum Dalam Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Pub. & Dist. Sdn Bhd

John Arul Phillips (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir: Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Utusan Pub.

Poh Swee Hiang (1996). KBKK: Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Kuala Lumpur : Budiman

Som Hj. Nor dan Dahlan (2000). Kemahiran berfikir. Kuala Lumpur: Longman

Stice, James, E. (Ed.) (1987). Developing critical thinking and problem solving activities. London: Jossey-Bass

Tajularipin dan Maria Chong (2004). Pendekatan Kreatif Dalam Pembelajaran Sains. Shah Alam : Karisma Publications

KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR

Kelebihan manusia adalah kerana manusia dikurniakan akal. Manusia mempunyai pertimbangan untuk menggunakan akal dan gerak hati (intuitive).

Dengan penggunaan akal yang bijak manusia dapat membuat :

Proses Penaakulan

Memberikan sebab(reasoning) kenapa sesuatu itu berlaku.

Cth : mengapa berlaku pasang surut air laut.

Membentuk konsep

Berdasarkan cerapan dan kajian, pengetahuan baru akan dirumuskan sebagai konsep dan teori.

Memahami fenomena yang diperhatikan

Hasil daripada pemerhatian keadaan yang berlaku di sekeliling kita.

Cth : bagaimana kejadian siang dan malam berlaku.

Kebijaksanaan seseorang juga dikaitkan dgn hati.

Seseorang yang bijak akan menggunakan akal dan hati untuk menghasilkan idea yg bernas.

Keputusan hasil penggunaan kemahiran berfikir harus memberi natijah yg positif kepada diri sendiri serta orang lain.

Banyak ayat Al-Quran dan hadis yang mengajak manusia untuk berfikir.

Ahli bijak pandai juga amat menekankan konsep berfikir.

KEPENTINGAN KEMAHIRAN BERFIKIR

Aspek yang penting untuk belajar berfikir adalah keupayaan memindahkan kemahiran yang sudah dipelajari kepada situasi yang lain(baru).

Kemahiran berfikir penting dalam proses meninggikan lagi keupayaan menangani masalah kerana melaluinya kita dapat mengawal, menentukan arah dan mengukur kemajuan tindakan.

Kita juga dapat menggunakan pengetahuan yang telah dipelajari dgn lebih produktif.

Penting kita dapat menggunakan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang terurus dalam kehidupan.

KEMAHIRAN BERFIKIR DARI PERSPEKTIF SEJARAH

Socrates: menekankan keberkesanan soalan untuk menilai dan mempertingkatkan kebolehan seseorang untuk menjana idea yang bernas.Untuk menggalakkan seseorang berfikir, soalan aras tinggi harus digunakan.

Soalan aras tinggi digunakan untuk mencapai jawapan yang bernas :-

Mengapa

Kenapa

Bagaimana

Soalan aras rendah :-

Siapa nama awak?

Bila

Siapa

Idea Socrates telah dikembangkan oleh anak murid beliau seperti Plato dan Aristotle (ahli falsafah Greek).

Pada 1956, Bloom memperkenalkan istilah Aras Pemikiran (Taksonomi Bloom).

Taksonomi Bloom

Pengetahuan

Untuk mengingat kembali sesuatu istilah, fakta atau konsep.

Cth : siapa nama awak? Bakar

Pemahaman

Kebolehan menerapkan istilah, fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan dgn perkataan sendiri.

Cth : jelaskan makna fotosintesis

Aplikasi

Kebolehan menggunakan konsep dan istilah dlm situasi yg baru.

Cth : anda dibekalkan dgn alat untuk proses fotosintesis, cuba lakukan...

Analisis

Kebolehan membahagikan konsep atau kaedah kpd bahagian2 dan mengenalpasti perkaitan antaranya.

Cth : fotosintesis perlu air, cahaya dsb.

Sintesis

Kebolehan mencantumkan unsur2 supaya mendapat satu corak yg bermakna.

Cth : pelajar2 diberi maklumat dan data.

Penilaian

Kebolehan menilai idea, konsep @ tindakan.

Krathwohl et.al (1964) menghasilkan taksonomi domain afektif dalam proses berfikir.

Maklum balas ttg perasaan :

Geram

Mata merah

Menangis

Maklum balas ttg emosi :

Sedih

Kecewa

Ada pendirian dan sikap terhadap sesuatu perkara.

DEFINISI KEMAHIRAN BERFIKIR

Presseisen (1987) mengandaikan pemikiran sebagai aktiviti mental di mana pengetahuan diperoleh dan diolah melalui proses penaakulan.

Ruggerio (1988) sependapat dengan kenyataan di atas tetapi menambah bahawa proses pemikiran mesti ada tujuan atau matlamat. Individu juga perlu mempunyai keupayaan untuk mengawal proses berkenaan.

Chaffee (1988) mendefinisikan pemikiran sebagai aktiviti mental yang mempunyai tujuan yang tersusun serta melibatkan individu meneliti pemikiran sendiri dan pemikiran orang lain.

Swartz (1989) menekankan bahawa kebolehan berfikir dengan berkesan dalam sesuatu bidang pengkhususan akan terhalang jika pengetahuan individu terhad. Pemikiran memerlukan kebolehan mencari maklumat yang ada dalam ingatan dan menyepadukannya dengan maklumat baru.

Proses ASIMILASI dan AKOMODASI terlibat dalam keseimbangan (EQUILIBRIUM) memperoleh pengetahuan (Piaget, 1952)

Edward de Bono (1976) : kemahiran pemikiran adalah perkaitan dgn pemikiran lateral yang bukan sahaja untuk selesaikan masalah tetapi berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi selesaikan masalah.

Berdasarkan beberapa definisi di atas maka takrifan kemahiran berfikir dapat disimpulkan sebagai :

PEMIKIRAN :

Proses mental yang memerlukan pengetahuan.

Melibatkan pengolahan kemahiran mental tertentu.

Digunakan untuk menyelesai masalah.

Menentukan tingkah laku yg dihasilkan.

Merupakan sikap yg ditunjukkan.

KEPENTINGAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS

Merealisasikan Wawasan 2020 dan hasrat mencapai negara maju.

Memupuk dan mewujudkan pemikiran yg baik.

Kesimpulan yang dibuat boleh dipercayai

Keputusan yang dihasilkan lebih bijak.

Perkara dapat dikaji lebih mendalam.

Kritikan yang dibuat lebih membina.

Memperkembangkan daya intelek.

Mengelakkan kesilapan berfikir.

Terburu-buru : tidak meluangkan masa untuyk meneliti factor yang terlibat

Sempit : tidak menggunakan maklumat yang mencukupi

Kabur : tidak mengorganisasi maklumat dan pemikiran dengan jelas

Bercelaru : tidak mempertimbangkan semua faktor secara sistematik

DOMAIN KOGNITIF

Bloom (1956) mengkategorikan domain kognitif kpd 6 aras :

Pengetahuan aras rendah (low order or convergent )

Kefahaman

Aplikasi

Analisis aras tinggi (high order or divergent )

Sintesis

Penilaian

Beyer (1992) mengemukakan model Functional Thinking.

Lingkaran 1 : Mengingat & menyimpan fakta

Lingkaran 2 : Memproses & penaakulan

Lingkaran 3 : Pemikiran kritis & kreatif

Lingkaran 4 : Menyelesaikan masalah, membuat keputusan & menjana konsep.

Metakognitif

Meta kognitif pengetahuan dan kesedaran yang wujud pada seseorang yang membolehkan

mengawal proses berfikir serta aktiviti yang dijalankan.

DOMAIN AFEKTIF

Domain Afektif menekankan kepentingan elemen perasaan, kepercayaan, keyakinan diri dalam membuat keputusan, memberikan pendapat, membentuk personaliti dan pegangan hidup seseorang.

Krathwohl et.al (1964) mengkategorikan domain afektif kpd :

Penerimaan ( receiving)

Tindak balas (responding)

Menilai (valuing)

Menyelaras sistem nilai (organizing a value set)

Mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai yang kompleks.

Peringkat AfektifContoh Aktiviti Tingkah Laku

1 Penerimaan

(Pemerhatian`)

2 . Membuat

gerak balas

Menghargai/ Menilai

Organisasi /

Menyelaraskan

Mengamalkn / Perwatakan oleh sesuatu nilai atau kompleks nilai.Membina sikap toleransi terhadap pelbagai kaum dan bangsa.

Mendengar pertuturan berkaitan dengan agama, bangsa dan adat resam kaum lain.

Menunjukkan kesediaan dan kerelaan bekerjasama dengan orag lain.

Mematuhi undang-undang lain jalan raya Meminati persekitarannya- puas hati membantu menjaga lanskap.

Berkerjasama sacara aktif untuk mengaturkan persembahan.

Setia kepada sesuatu kumpulan sebagai seorang ahli.

Penerimaan peranan agama dalam kehidupan sendiri dan keluarga.

Membentuk teknik mengawal perasaan yang terdapat dalam kebudayaan kita.

Menerima mengikut batasan kebolehan, minat dan keadaan fizikal.

Sedia mengubah pertimbangan, atau tingkah laku mengikut maklumat baru.

Menggunakan cara yang objektif dan perancangan sistematik untuk mengatasi sesuatu.

Membentuk tingkah laku berdasarkan prinsip-prinsip etika untuk panduan kehidupan sehari-hari.

Morgan & Saxton (1991) mentakrifkan soalan domain afektif sebagai questions of feelings (soalan berasaskan perasaan).

Soalan domain afektif memerlukan murid bergerak balas terhadap kenyataan tentang perasaan, emosi, pendapat, sikap dan kepercayaan. Soalan tahap ini dikategorikan sebagai soalan aras tinggi kerana ia melibatkan pemikiran divergent dalam membuat pertimbangan atau memberi pendapat.

Cth : Lagu NegaraKu dimainkan.

Penerimaan : Mendengar dan hormat lagu itu

Tindak balas : Turut sama menyanyikan

Nilai : Meneliti nilai-nilai dalam lagu itu

Selaraskan : Menyesuaikan nilai diri dengan nilai dalam lagu

Mengamalkan: Nilai dalam lagu dapat diterap dan diamalkan dalam kehidupan

KECERDASAN EMOSI (EMOTIONAL INTELLIGENCE)

Mayer & Salovey (1990) mengkategorikan EQ kepada 6 domain :

Kesedaran kendiri (self-awareness)

:Keupayaan menyedari sesuatu perasaan

Mengendalikan emosi

:Berkebolehan mengendalikan emosi, perasaan dan sikap dalam mengambil sesuatu tindakan

Timbang rasa

: Keprihatinan terhadap perasaan dan pendapat orang lain

Perhubungan

:Kebolehan berhubung dan sedar jenis perasaan yang ingin dikongsi dengan orang lain

Kerjasama

: Kebolehan meletakkan diri apabila bertindak sebagai pemimpin atau pengikut

Menyelesaikan konflik

:Menggunakan kebolehan emosi untuk menyelesaikan masalah

Goleman (1995) menyatakan EQ terdiri daripada beberapa faktor :

Kawalan diri

:Kebolehan mengenalpasti perasaan sendiri dan orang lain

Regulasi emosi:

:Kebolehan mengendalikan emosi, perasaan, sikap dan sesuatu tindakan mengikut cara yang bersesuaian dan seimbang

Motivasi diri

:Kebolehan menangguhkan rasa puas hati yang merangkumi harapan dan keinginan untuk mencapai kejayaan

Empati:

: Menyedari dan sensitif terhadap perasaan dan emosi org lain

Mengendalikan hubungan

:Kemahiran bersosial yang membantu seseorang berinteraksi secara berkesan dengan orang lain

Pengetahuan tentang EQ menjadikan pelajar lebih stabil dalam perhubungan dan interaksi sosial. Kecerdasan ini juga merangkumi:

Tidak hanya bermaksud untuk menjadi baik

Tidak hanya bermaksud memberi kebebasan menerajui perasaan

Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berbeza

Tahap kecerdasan EQ berkembang sepanjang hidup

PEMIKIRAN REFLEKTIF

John Dewey (1911) manakrifkan pemikiran reflektif sebagai pengiktirafan sesuatu kepercayaan atai ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan tersebut dan kesimpulan yang boleh diandaikan darinya.

Lambright (1995) mengaitkan pemikitan reflektif dgn pemikiran kritis. Pemikiran ini memberi penekanan terhadap tujuan atau maksud / idea yang ingin disampaikan.

Justeru untuk berfikir secara reflektif para pelajar perlu diberi latihan yang menggalakkan pemikiran secara kritis.

Pemikiran ini akan dapat memperluaskan kefahaman seseorang tentang sesuatu idea, isu atau sistem nilai.

West (1996) menyenaraikan kebolehan dalam pemikiran reflektif :

Mengenalpasti kesimpulan

Mengenalpasti sebab dan bukti

Mengenalpasti bahasa yang kabur

Mengenalpasti konflik dan nilai

Menilai penaakulan berdasarkan statistik

Menilai persampelan dan pengalaman

Menilai penaakulan secara logik

Mengenalpasti maklumat yang tertinggal atau tersingkir

Kebolehan menyuarakan pendapat melalui cara yang berhemah.

KESIMPULAN :

Pemikiran reflektif adalah merangkumi kebolehan memahami fakta, idea, mengaplikasi prinsip, menganalisa, membuat sintaksis dan kebolehan menilai.

METAKOGNITIF

Metakognitif ditakrifkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran yang wujud pada seseorang yang membolehkannya mengawal proses berfikir dan aktiviti yang sedang dijalankan. Ia merupakan kebolehan seseorang mengaplikasi strategi, membuat perancangan, menganalisis, dan menilai bagi melahirkan idea atau membuat sesuatu.Brown (1980) menakrifkan metakognitif sebagai kesedaran atau pengetahuan seseorang untuk mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang dilakukannya.Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir dipengaruhi oleh faktor umur dan pengalaman seseorang.Beyer (1992) menjelaskan metakognitif merangkumi kebolehan seseorang untuk merancang, membuat pemantauan dan menilai sesuatu keputusan atau kenyataan yang ingin diutarakan. Ia terletak di lingkaran luar kemahiran kognitif. KESIMPULAN :

Metakognitif adalah kebolehan seseorang dalam mengaplikasi strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi ianya bukan buah fikiran yang dihasilkan.

Terdapat tiga perkara yang dikawal dalam proses metakognisi iaitu;

Perancangan: Kebolehan menyatakan matlamat, memilih operasi, mengatur operasi, dan mengenal pasti halangan.

Pengkonsepan: Kebolehan diri untuk sentiasa sedar tentang matlamat, menentukan aktiviti dan operasi seterusnya, mengesan kesilapan atau halangan dan tahu cara mengatasinya.

Penaksiran: Kebolehan menilai tahap pencapaian matlamat, menilai kesesuaian prosedur, dan kualiti hasil kerja.

Rumusan:

Secara amnya, Kemahiran Berfikir dibahagikan kepada 2 domain iaitu Kemahiran Berfikir secara kritis dan Kemahiran Berfikir secara kreatif.

Kesemua Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif akan digunakan untuk membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

HALANGAN KEPADA KEMAHIRAN BERFIKIR

Kegagalan untuk mengenalpasti masalah yang hendak diselesaikan (fahami tugasan).

Tidak dapat berfikir diluar pola pemikiran yg biasa (dikonkong oleh ruang yg biasa).

Peluang individu mempraktikkan Kemahiran Berfikir.

GALAKKAN KEPADA KEMAHIRAN BERFIKIR

Bahan pengajaran yang sesuai, mencabar dan berupaya mencungkil Kem. Berfikir.

Kesedaran tentang kepentingan Kemahiran Berfikir dan bagi mewujudkan suasana yang merangsangkan pelajar berfikir.

Penyelesian masalah perlu melibatkan pelbagai pihak.

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MENYATAKAN PENDAPAT

Kemahiran Berfikir dapat digunakan untuk menyakinkan seseorang dalam mengemukakan dakwaan dan memberikan hujah. Cth: ejen insurans.

Ciri ciri dakwaan :

Terdiri daripada ayat-ayat pernyataan. Cth: kemahiran berfikir itu mudah.

Mempunyai nilai kebenaran samada ayat itu benar atau tidak benar.

cth:ayat arahan

Kenyataan tersebut dalam bahasa yang difahami.Pernyataan hujah :

Bertujuan untuk menyakinkan dakwaan

Isu bagi sesuatu hujah dikenali sebagai penutup hujah (kesimpulan).

Kenyataan yang menyokong sesuatu hujah dan menghala ke arah kesimpulan dikenali sebagai PREMIS

Contoh 1 : Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan.Lassie adalah seekor anjing. ---

Dia seorang pemuda yang tinggi ---

Ringan tangan berat perut ---

sampai hati awak tuduh saya begitu ---

ana, anta, anti, antu ---

2+ 2 = 5

Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan.Lassie adalah seekor anjing. --- dakwaan (mpyai nilai kebenaran)

Dia seorang pemuda yang tinggi --- dakwaan (mpyai nilai kebenaran)

Ringan tangan berat perut --- bukan dakwaan (peribahasa)

sampai hati awak tuduh saya begitu --- bukan dakwaan (luahan perasaan)

ana, anta, anti, antu --- bukan dakwaan (bhs tak difahami)

2 + 2 = 5 --- dakwaan (nilai kebenaran tidak benar)

Contoh 2 : Nyatakan samada pernyataan dibawah boleh dianggap dakwaan atau bukan.

Kambing memang binatang bodoh. Sekiranya seekor terjun masuk gaung, yang lain pun akan ikut sama. Sekiranya ia terbalik ke belakang, ia akan susah hendak bangun semula.

Adakah ia hujah: Ya

Kesimpulan : Kambing binatang bodoh

Premis

:

Seekor kambing terjun yang lain akan ikut sama

Sekiranya ia terbalik ke belakang, susah untuk ianya hendak bangun semula

TEORI DAN PERANAN OTAK

STRUKTUR OTAK

Ciri-ciri otak manusia :

Berat otak lebih kurang 3 paun (1.2 kg)

Terdiri drpd 78% air, 10% lemak dan 8% protein.

Mengandungi 100 billion sel saraf (neuron)

Memerlukan 20% jumlah oksigen yg diperlukan oleh badan.

Manusia hanya menggunakan sekitar 10% drpd kemampuan otaknya.

2. Struktur Keratan rentas otak.

3. Otak terdiri drpd 4 bahagian dipanggil lobes.

Occipital lobe (bhg.tengah) : penglihatan

Frontal lobe (bhg.depan): pemikiran, penaakulan, ingatan, tingkah laku

Temporal lobe : pendengaran, emosi, tingkah laku, ingatan

Pariental lobe : intelek, penaakulan, ingatan

4. Kajian Split Brain

Roger Sperry (1965) berjaya membuat pembedahan Split-brain

Beliau berjaya mengasingkan 2 bahagian otak; iaitu Hemisfera Otak Kiri (HOKI) dan Hemisfera Otak Kanan (HOKA).

KiriKanan

-Matematik logic-Mengenal secara keseluruhan

-Bahasa , menulis , membaca-Pengambaran cara imaginasi

-Linear siri-Kreativiti

-Analisis (analitik)-sintesis

Contoh : Umur Ahmad 10 tahun lebih tua drpd umur Ali. 3 tahun lagi umur Ahmad menjadi 2 kali ganda umur Ali. Berapakah umur Ahmad dan Ali?

Penyelesaian :

umur Ali = x , umur Ahmad = x + 10

3 tahun lagi :

= 2x + 3 , = x + 10 + 3

2 ( x + 3) = x + 10 +3

2x + 6 = x + 10 + 3

2x x = 13 6

x = 7

Jawapan : Ali = 7 tahun , Ahmad = 17 tahun

5. Robert Ornstein (1978) menjalankan kajian membandingkan pergerakan gelombang otak kiri dan gelombang otak kanan.

Gelombang Beta

Peringkat minda sedar. Gelombang otak sangat aktif untuk menyelesaikan masalah, berfikir, mengemukakan pendapat dan menganalisis.

Julat 17 39 hertz , sgt aktif

Tidak digalakkan buat keputusan terburu-buru dan kurang tepat

Gelombang Alfa

Peringkat beristirehat/bertafakur. Cth : Mandi, Solat, Makan.

Julat 8 17 hertz , tenang

Keputusan paling tepat dan dapat menyelesaikan banyak masalah

Gelombang Theta

Peringkat sangat penuh istirehat spt yoga.

Tidur tidur ayam / separa sedar

Gelombang DeltaPeringkat semasa tidur @ tidak sedar.

6. Paul MacLean (1950)

Mengemukakan konsep 3 susunan otak (The Triune Brain Theory).

i. Otal neokorteks : - untuk mengawal dan melaksanakan aktiviti intelek.

- kebolehan melihat sebab dan akibat, proses deduksi, dan rumusan.

- kebolehan melihat hubungan antara maklumat

- kebolehan membuat visual

ii.Sistem Limbix : perlakuan emosi, motivasi, mood, dorongan seks, pernafasan dan tekanan darah.

iii.Reptilian Kompleks : mengawal perlakuan secara rutin, irama, automatic.(medulla ablogata)

7. Ned Herrmann (1975) mengemukakan teori pemikiran keseluruhan otak @ Herrmann Brain Dominance Instrument (HBDI).

**** Mengikut teori ini, penggunaan otak boleh diukur dan kecenderungan seseorang untuk berfikir @ belajar boleh mempengaruhi cara dia melihat sesuatu, cara ia memproses maklumat dan cara membuat keputusan.Fungsi otak boleh dibahagikan kepada 4 quadrant :QuadrantBahagian OtakFungsi

A Hemisfera Kiri Atas Logic, analitik, fakta, kuantitatif

B Hemisfera Kiri bawah Pengelolaan, urutan, perancangan

C Hemisfera Kanan Bawah Peramah, kinestetik, perasaan, emosi

D Hemisfera Kanan Atas Holistic, intuitif, kesepaduan, sintasis

OTAK DAN KECERDASAN

IQ atau kecerdasan intelek boleh didefinisikan sebagai satu ukuran untuk mengukur perbezaan relative yang mampu menentukan tahap intelek berlandaslan ujian yang telah diselaraskan. Ujian intelek yang pertama telah dicipta oleh Alfred Binet dan Theopile Simon pada tahun 1905.Thurstone (1938) Teori Kebolehan Mental Utama

kefasihan perkataan : kelancaran mengutarakan pendapat dengan kata-kata

kefahaman verbal : Kemampuan memahami bahan verbal dan perkaitan konsep

kemampuan mengira : Kebolehan menggunakan fikiran melalui angka

membentuk visual ruang : Kemampuan mengimaginasi bentuk akhir sesuatu rancangan

Kemampuan ingatan : Kemampuan mengingat peristiwa yang dialami atau dipelajari

Kepantasan persepsi : Kemampuan mengenali persamaan dan perbezaan antara objek

Penaakulan : Kemampuan membuat rumusan dan mempertimbangkan secara logik

Sternberg (1988) Teori Kecerdasan Triakik Manusia

Subteori kontektual, Subteori eksperential, Subteori komponential.

Aspek kontekstual (kecerdasan praktikal, bagaimana kecerdasan digunakan untuk menghadapi perubahan persekitaran dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dengan mudah)

Aspek eksperimen (kreativiti, dapat menghasilkan idea baru dan menghubungkan kenyataan yang tidak berkaitan)

Aspek komponential (analisis maklumat untuk menyelesaikan masalah terdiri daripada perencanaan, pelaksanaan strategi dan perolehan pengetahuan)

Howard Gardner (1983)

Teori Pelbagai Kecerdasan linguistic, muzikal, logic-matematik, ruang, kinestatik, interpersonal, intrapersonal, naturalistic, dan emosi.

Sumber kecerdasan adalah faktor baka dan persekitaran. Setiap individu mempunyai kecerdasan tersebut pada tahap kemahiran yang berbeza. Tahap kecerdasan boleh ditingkatkan melalui latihan dan peneguhan.

KOMPONEN TEORI PELBAGAI KECERDASAN

KomponenMaksudAktiviti boleh dijalankan

Kecerdasan LinguistikKebolehan mengguna bahasa, makna perkataan, dan hubungan antara perkataanmenulis, membaca, menulis sajak, perbahasan

Kecerdasan ruangKebolehan membuat gambaran dalam minda atau bentuk nyatamerumus dalam bentuk carta, peta minda, melukis, membuat hiasan, lukisan bangunan

Kecerdasan muzikalMemahami, menghasilkan, dan peka terhadap struktur muzikBayangkan bunyi burung, bunyi hutan, hasilkan lagu

Kecerdasan kinestetikKemahiran mengguna dan mengkordinasi bentuk badanMenari, bermain bola, aktiviti psikomotor

Kecerdasan logikal - matematikKebolehan menaakul dalam matematik dan sainsMenyelesaikan masalah matematik, membuat kesimpulan hasil eksp.

Kecerdasan interpersonalKebolehan berinteraksi, memahami perasaan, fikiran dan perlakuan orang lain

Aktiviti berkumpulan, perbincangan, berkenalan

Kecerdasan intrapersonalMemahami dan menilai diri sendiri secara mendalamReflek diri, kenalpasti matlamat diri dan minat sendiri

Kecerdasan emosiKeupayaan mengenal dan memahami emosi sendiri dan orang lainDapat memotivasi diri dan mengurus emosi (displin diri)

Kecerdasan naturalistikMengenalpasti flora dan fauna

Peka terhadap alam sekitarMinat terhadap hidupan sekeliling

KAITAN PEMAKANAN DENGAN OTAK

Fungsi makanan adalah untuk membentuk dendron dan dendrit yang subur dan boleh mencerdaskan otak.

Maklumat dalam system saraf dan otak dihantar dalam bentuk impuls saraf dan bahan kimia.

Bahan kimia dalam otak ini dikenali sbg neurotransmitter yang terdiri drpd : dopamine, norepinephrine dan serotonin.

Ketiga-tiga bahan kimia ini diperolehi drpd bahan makanan.

Dopamine dan norepinephrine dikenal pasti sbg bahan kimia kewaspadaan (the alertness chemical) yang terbina drpd asid amino tiroksin dlm makanan berprotein.

Kesan :

Berfikir dengan cepat terhadap sesuatu rangsangan.

Kebolehan kemahiran pemerhatian meningkat

Minda menjadi lebih aktif

Hubungan antara sinaps lebih cekap membolehkan keupayaan berfikir lebih cepat dan kreatif.

Serotonin adalah bahan kimia ketenangan dalam makanan berkarbohidrat.

Kesan : dapat mengurangkan kesan stress dan menjadi lebih tenang.Richard Wurtman (1988) memberikan 2 prinsip utama untuk pengambilan makanan dapat meningkatkan daya berfikir.

Pengambilan bahan protein akan menambahkan asid tiroksin dlm otak dan semakin banyak penghasilan Dopamine & norepinephrine.

Potensi otak akan meningkat dam minda menjadi lebih mencabar dan kreatif.

Pengambilan karbohidrat tanpa diseimbangkan dengan protein akan membentuk lebih bahan serotonin. Anda akan berasa lebih istirehat dan kurang stress.

Diet yang seimbang sepatutnya mengandungi 60% kalori daripada karbohidrat, 15% drpd protein dan 25% drpd lemak.

Air 2 liter sehari

Pastikan keseimbangan alkali dan asid dlm otak ( 50 % - 50% / 60% - 40%)

Digalakkan ambil asid lemak spt Omega 3 dan Omega 6.

Tempoh biologi dan kesan pemakanan

Pengambilan diet protein dan karbohidrat pada tahap tenaga tinggi akan membolehkan tenaga otak meningkat ke aras terbaik.

Pengambilan diet protein yang banyak dan mengurangkan karbohidrat pada tempo biologi menurun akan membolehkan seseorang aktif semula.

ALAT BERFIKIR

Penggunaan alat berfikir membantu meningkatkan kemahiran berfikir.

Alat berfikir dpt membantu menyampaikan idea dgn lebih tersusun , jelas dan mudah difahami.

Otak akan lebih mudah mengingat jika maklumat dapat disusun dalam suatu corak yang sistematik dan menunjukkan perkaitan konsep.

Alat berfikir adl spt peta minda, pengurusan grafik, soalan dan penyoalan, dan Cort 1.

Peta Minda.

diperkenalkan oleh Tony Buzan (1984).

definisi : lakaran grafik dgn tajuk / isi utama diletakkan di bahagian tengah dan

tajuk dan idea yg lain dikembangkan dr sekelilingnya .

(ini adalah cara mencatat nota yg ringkas dan berkesan)

Tujuan penggunaan peta minda :

mengorganisasi idea dalam bentuk gambar dan kata kunci

(dpt lihat tajuk itu dgn lebih luas)

ii) membantu mengingat dgn mudah

mencatat nota dgn ringkas dan mudah

menseimbangkan penggunaan otak kanan (menggambarkan) dan otak kiri (analisis)

mengembangkan kreativiti , organisasi dan persembahan idea.

(jadi lebih kreatif, data lebih teratur, idea jadi lebih jelas)

Ciri ciri peta minda

kreatif dan tidak formal

(boleh lukis , lorek , gambar yg boleh membantu)

ii ) tajuk diletakkan dibhg. tengah

(idea-idea lain dikembangkan di luar idea utama)

iii) penggunaan warna, anak panah, rajah dan kod utk menunjukkan

perkaitan antara tajuk kecil dan tajuk utama

membuat gambaran yg menarik agar otak lebih tertarik

kegunaan peta minda

mencatat nota

ii) mencatat isi penting dr teks atau bahan yg dibaca

perancangan dlm membuat laporan

membuat sinopsis

membuat persembahan hasil perbincangan dan sumbang saran

Kelemahan peta minda

hanya difahami oleh segelintir golongan shj. Cth peta minda terlalu

ringkas, guna singkatan, bahasa atau perkataan tertentu.

ii) kata kunci tak sesuai mengakibatkan sukar utk diingati

iii) tiada huraian yg jelas tulis hanya dlm bentuk singkatan

iv) terlalu panjang dan kompleks ( berserabut atau berselerak)

Kebaikan peta minda

mudah diingati kpd pembuat peta minda

dpt dibaca dgn mudah

mudah memahami sesuatu konsep

membantu membentuk gambaran mental dpd perkara yg didengari, dilihat, dibaca dan difikirkan.

CARA MEMBINA PETA MINDA

1. Tuliskan tajuk ditengah tengah kertas2. Lukis beberapa garisan atau apa jua bentuk utk melingkungi tajuk

3. Letakkan imej berwarna utk menggambarkan tajuk.

4. Buat garisan, ranting atau cabang berdasarkan tajuk utama

5. Buat garisan halus dari garisan yg besar

6. Gunakan satu perkataan atau kata kunci

7. Gunakan symbol tertentu atau gbr utk menunjukkan makna yg lebih jelas.

Cth lukis gbr orang tidur.

8. Warnakan garisan dan symbol dgn warna terang

cth : gbr buluh utk menerangkan kegunaan buluh.

5. Penggunaan Grafik (PG)

Definisi : Pola penyusunan yg mewakili hubungan antara maklumat bagi sesuatu idea. Ia merupakan satu bentuk ilustrasi utk melihat sesuatu idea dgn pemikiran yg lebih sistematis, jelas dan berkesan.

Prinsip: Proses pembelajaran dan ingatan menjadi lebih mudah jika otak menerima rangsangan dlm bentuk pola atau grafik.

Tujuan PG :

i) berbentuk grafik yg perlu diisi dgn maklumat berkaitan tajuk

ii) membantu mengurus dan menyusun pemikiran menjadi lebih sistematik

dan berkesan.

Cara PG dpt bantu susun idea :

dpt membantu kita melihat perbezaan sesuatu perkara dgn tepat

dpt membentuk klasifikasi dgn lebih tersusun

dpt menerangkan proses/ aliran dgn lebih sistematik

mengelakkan maklumat yg penting dr tercicir

menjadikan kita lebih berfokus

menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dgn tepat

mengelakkan berfikir scr kabur, sempit, terburu-buru dan bercelaru.

Contoh Pengurusan Grafik

1. membanding dan membeza. 2. membuat kategori

3. meneliti bahagian kecildan keseluruhan

4. menerangkan sebab dan akibat

5. mengusul periksa andaian

6. Soalan dan Penyoalan

Definisi : alat rangsangan utk mendapatkan maklumat, meninjau kefahaman, mencungkil minat, menilai kebolehan dan pencapaian seseorang.

Prinsip: Proses berfikir akan meningkat apabila soalan tahap tinggi digunakan.

Tujuan soalan dan penyoalan :

i) memperkembangkan proses berfikir

ii) mengumpul dan menganalisis maklumat

iii) menggalakkan pemikiran metakognitif

iv) menggalakkan pencetusan idea dan penggunaan idea

v) mengenal pasti objektif pengajaran tercapai

vi) menilai kemajuan pembelajaran

Jenis jenis soalan :

i) soalan bertumpu dan mencapahSoalan bertumpu jawapan terhad dan didapati scr langsung dlm teks

Soalan mencapah jawapan terbuka dan tak terhad kpd teks

Ciri-ciri soalan bertumpu dan mencapah

Ciri ciri SOALAN BERTUMPUCiri ciri SOALAN MENCAPAH

1. Mempunyai satu jawapan

cth soalan : Osni belajar di sekolah mana?

1. Pelbagai jawapan

cth soalan : Apakah pandangan kamu

thdp Osni?

2. Terhad kpd teks

cth soalan : Siapakah ayah Osni dalam

cerita itu ?2. Terbuka luas

cth soalan : Pada pandangan kamu mengapakah ayah Osni melarang Osni berkawan dgn Amran dan Atan ?

3. Tersuratcth soalan : Siapakah yg mencuri buah rambutan itu ?

3. Tersiratcth soalan : cuba cari beberapa bukti utk menunjukkan bahawa Osni budak yg jujur ?

4. Berbentuk mengingat kembali

Cth soalan : Nyatakan nama kawan-kawan

Osni yang menyanyanginya.

4. Berbentuk Taakulan cth soalan : Mengapakah Osini disayangi oleh rakan-rakannya?

5. Lebih Objektifcth soalan : Adakah Osni cerdik ?

nyatakan (A) bg jawapan betul dan (B) bg jawapan salah5. Lebih subjektifcth soalan :

i) Jika kamu menjadi Osni apakah yg akan

kamu lakukan ?

ii) Pada pandangan kamu mengapakah ayah

Osni sangat saying pada Osni?

iii) Cuba anda ramalkan , apakah yg akan

berlaku jika Osni tidak lari bersembunyi?

ii. Soalan Aras Taksonomi Bloom

pengetahuan

pengalaman

aplikasi

analisis

sintesis

penialaian

iii. Soalan dengan Teknik Penyoalan Socrates (soalan Socrates)

soalan sgt penting utk menjana sesorang berfikir dgn lebih kritis

melalui penyoalan, pemikiran pelajar akan tercambah dan akan dilebarkan

membahagikan soalan kps beberapa jenis

a) soalan utk mendapatkan penjelasan

cth : Apakah yang anda maksudkan dgn pengganas?

soalan utk menyiasat andaian

cth : Apakah andaian anda tentang kes bunuh sekarang?

soalan utk menyiasat sebab dan bukti

cth : Bagaimana kita dapat memastikan dakwaan ini benar?

soalan utk mendapatkan pandangan

cth : Mengapakah kamu membuat pilihan tersebut?

soalan utk menyiasat implikasi dan kesan

cth : Apakah kesan daripada tindakan mengharamkan konsert?

soalan mengenai soalan (metakognitif)

cth : Mengapa soalan ini penting ?

ALAT BERFIKIR CORT

a) diperkenalkan oleh Edward de Bono (1997)

Beliau telah memperkenalkan cort pada 1970-an dan tlh memperkenalkan 6 cort (6 jenis projek)

Menghasilkan tidak kurang 30 buah buku berkaitan kemahiran berfikir

Menggunakan konsep literal thinking (meluaskan pandangan) dan vertical thinking (melihat secara mendalam)

b) Cort bermaksud Cognitive Research Trust.

c)

Cort 1bertujuan utk meluaskan persepsi (pandangan) seseorang ttg sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.

Cort 2 mengorganisasi proses berfikir

Cort 3 pemikiran kritis (kritik)

Cort 4 pemikiran kreatif (hasilkan sesuatu yg baru)

Cort 5 maklumat yg diterima dan kesan efektif (perasaan)

Cort 6 tindakan

d) 5 ciri Pemikiran Lateral

melibatkan proses evolusi, intuisi (apa yg difikirkan) dan

idea yg dihasilkan mesti idea baru & asli (jangan tiru)

tidak semestinya ada hubungan yang mesti wujud.

idea sumbangsaran / brainstorming).

terdapat perubahan anjakan paradigma

Penyelesaian masalah yg tidak konvensional (tidak mengikut cara biasa )

Cort 1 ada 7 teknik

BilTeknik CortLangkah PerlaksanaanContoh Perlaksanaan

1PMI (Plus Minus Interesting) disebut PMI (Baik Buruk Menarik)Luas fikiran ttg cadangan, idea dgn :-

senaraikan semua yg baik, buruk,menarik

membuat keputusan berdasarkan penilaian di atas

Jangkamasa sekolah dilanjut kpd pukul 5 petang

2CAF (Consider All Factors) ambil kira semua faktor sblm buat keputusansenaraikan semua faktor

membuat pertimbangan setiap factor (serentak baik/buruk)

menentukan keputusan

Semua pelajar Universiti memakai uniform

3C & S (Consequence and Sequel) Kesan dan akibat

meneliti kesan jangka panjang dan pendek yg akan berlaku utk tindakan yg diambil.

kesan ikut jangka masa

j/masa terdekat = 5 tahun

j/masa panjang > 5 thn

Komputer menggantikan guru

4AGO (Anis, goals,objective)

Tujuan,matlamat, objektif

mesti jelas elak terpesong

bersifat khusus(spesifik)

bersifat realistic dan boleh diukur (guna kata kerja)

**AGO yg baik tdp pkr tindakan yg komprehensif (jelas)

***digunakan bersama CAF dan

C&S

sentiasa fokus dan menumpukan perhatian kpd tujuan asal dgn bertanya apa AGO rancangan kita?

(senaraikan seberapa byk yg boleh rancang dan menilai semua idea dr pelbagai sudut dan perspektif ).Rancangan Hari Kantin.

Apakah AGOnya?

5FIP (First,Important,Priorities) Utama, Penting, Prioritimengenalpasti dan menentukan yg terpenting yg perlukan tindakan

(keutamaan).

Merancang perbelanjaan bulanan

6APC (Alternative, Possibilities,Choices)

Alternatif,Kemungkinan,Pilihan

Memikirkan beberapa kemungkinan serentak dlm menyelesaikan masalah.

Kemerosotan pencapaian pelajar cari penyelesaiannya

7OPV (Other Peoples View)

Pandangan orang lain setiap org ada pandangan berbezaMengambilkira pandangan org lain sms membuat keputusan.Bagaimana keputusan ini akan mempengaruhi org lain.

Umur bersara dinaikkan kpd 65 tahun

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

1. Perkataan kritis berasal daripada bahasa Yunani, kritikos yang bermakna mampu menilai.

2. Definisi kemahiran berfikir secara kritis : Pemikiran kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

3. Pemikiran kritis juga merupakan:

proses pemerhatian yang aktif bagi mengumpul maklumat untuk menilai dan bertindak

pemikiran refleksi yang memberikan fahaman baru

pentafsiran pengetahuan berasaskan pemerhatian dan penilaian

proses memahami fenomena dan konsep berasaskan bukti dan penaakulan

suatu cara penilaian yang menuntut pemikir mengawal pemikirannya (metakognitif)

4. Kelebihan penggunaan pemikiran kritis:

untuk mengumpul seberapa banyak maklumat

menilai betul atau salah sesuatu idea

meningkatkan pemahaman dan keupayaan menggunakan maklumat dengan lebih berkesan

membuat keputusan atau pilihan yang lebih tepat

membuat pertimbangan yang lebih rasional

5. Ciri-ciri individu berfikiran kritis:

a) Reaktif : gerakbalas terhadap idea yang sedia ada

b) Penilaian : menentukan sesuatu idea patut dipercayai

c) Analisis : mencari huraian yang lebih tepat, terperinci, dan difahami

d) Logik : menaakul secara logik dan bersepadu dengan andaian

e) Kesimpulan : dibuat setelah yakin tentang kebenaran andaian

f) berfikiran terbuka dan luas

6. Pemikiran kritis berguna untuk menilai dan memperbaiki idea yang sudah sedia ada. Melalui pengurusan lisan individu berfikiran kritis mampu mencari:

Di mana silapnya?

Di mana salahnya ?

Di mana kelemahnya?

Di mana kebaikkannya ?

Di mana kekuatannya ?

Di mana yang tidak selaras ?

Di mana yang bertentangan ?

Adakah alasannya betul ?

Adakah analisisnya tepat ?

Adakah kesimpulannya memadai ?

7. Untuk mencapai kemahiran kritis ini seseorang perlu menguasai kemahiran mikro yang berkaitan iaitu;

Membanding dan membeza

Membuat kategori

Menyusun mengikut urutan kritis peringkat

Meneliti setiap bahagian kecil dan keseluruhan rendah

Menerangkan sebab

Membuat ramalan

Mengusul periksa andaian

Membuat inferens

Mengesahkan sumber maklumat kritis peringkat Membuat generalisasi tinggi

Mencari sebab dan membuat kesimpulan

Kemahiran Dalam Pemikiran Kritis:

1. Membanding dan membeza

Definisi: meneliti pelbagai persamaan dan perbezaan antara dua objek, peristiwa, idea, organisma dan institusi berdasarkan aspek-aspek tertentu.

Tujuan :

a) mempelajari dua atau lebih perkara serentak

b) memahami sesuatu perkara dengan lebih jelas

c) membantu membuat keputusan dengan lebih bijak

d) mengklasifikasi data

e) membuat generalisasi dan membina konsep

2. Membuat kategori:

Definisi : mengelompokkan maklumat ke dalam kumpulan atau kelas tertentu mengikut ciri sepunya.

Tujuan:

a) mengesan ciri sepunya

b) menyusun mengikut ciri

c) memudahkan mencari maklumat

d) menerangkan sesuatu mengikut kategori

e) membuat analisis atau merangka untuk penulisan

3. Menyusun mengikut urutan:

Definisi: keupayaan mengatur perkara mengikut susunan atau urutan tertentu

Tujuan:

a) memilih susunan yang sesuai mengikut keutamaan dan tujuan

b) memudahkan cara penyimpanan ddan pemerolehan maklumat

4. Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan

Definisi: keupayaan melihat dan memahami perhubungan, perkaitan, kepentingan dan pertalian antara bahagian kecil dengan keseluruhan.

Tujuan:

a) menentukan fungsi bahagian kecil

b) mengaitkan setiap fungsi bahagian kecil dengan keseluruhan

5. Menerangkan sebab

Definisi: menggunakan minda untuk mengkaji dan menjelaskan sebab kejadian berdasarkan alasan dan bukti yang munasabah

Tujuan:

mencari pelbagai punca mengapa sesuatu perkara berlaku

memberi sebab sebenar untuk mengesahkan kemungkinan

Membuat ramalan

Definisi: membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang berdasarkan bukti dan maklumat

Tujuan:

a) membuat persediaan tertentu untuk mengalami peristiwa baru

b) membuat keputusan awal berdasarkan maklumat dan bukti

c ) mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang mungkin

Mengusul periksa andaian

Definisi: menyiasat dan memeriksa sama ada sesuatu andaian yang telah dibuat benar atau tidak berdasarkan bukti

Tujuan:

memeriksa sesuatu andaian benar atau tidak

membuat keputusan berdasarkan hasil andaian yang telah diperiksa

Membuat inferens

Definisi: membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, bukti, atau pola tertentu

Tujuan:

membuat kesimpulan berdasarkan maklumat, alasan dan bukti yang kukuh

merumuskan berdasarkan pola maklumat yang tertentu

Mengesahkan sumber maklumat

Definisi: menentukan sama ada punca sumber maklumat boleh diterima atau dipercayai

Tujuan:

menentukan ketepatan maklumat

meningkatkan kemahiran dalam mengumpulkan maklumat

Membuat generalisasi

Definisi: membuat kesimpulan umum berdasarkan maklumat yang menyeluruh dan konsisten

Tujuan:

menggunakan sampel yang bersesuaian dengan objektif

memilih sampel yang dapat mewakili perkara yang ingin dikaji

Mencari sebab dan membuat kesimpulan

Definisi: menganalisis dan menilai sebab bagi mencari kesimpulan yang lebih tepat

Tujuan:

membuat keputusan berdasarkan analisis maklumat

mengemukakan hujah dan cadangan yang lebih baik

berfikiran lebih terbuka dan tidak bertindak terburu-buru

.KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Definisi KBSK

Pemikiran kreatif adalah kecekapan atau keupayaan minda utk menerokai pelbagai kemungkinan, menghasilkan sesuatu yg baru, asli, luar biasa dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.

Definisi Ahli Fikir

Edward deBono : Bringing into being something that was not there before.

(menghasilkan sesuatu yg tidak wujud sebelumnya)

Prof. Engku Aziz : If everybody is thinking a like then no body is thinking at all.

Ciri ciri idea yang KREATIF - baru, asli, pelbagai, luar biasa, bernilai dan provokatif.

Ciri ciri ORANG yang kreatif :

Berfikiran terbuka - tak terkonkong dgn idea org lain dan melampaui had batasan

pemikiran biasa.

Sanggup menerima kritikan dan risiko

Keinginan yg tinggi

Tidak mudah putus asa

Berani membuat keputusan cth Dr.Mahathir :

Buat kereta proton saga, buat jambatan pulau pinang, KLCC dan KLIA

Suka menjelajah dan meneroka idea baru

Mempunyai perasaan ingin tahu yg kuat

Suka berkhayal

cth Albert Enstern menyatakan makmal terbesar adl pemikiran (otak)

mempunyai ego yg kuat (mesti ada alasan yg kuat)

FASA-FASA terlibat dlm KBS KREATIF 4 FASA

Fasa Penyediaan

Merupakan fasa mengumpul maklumat, buat kajian dan mendapatkan data

(minta pendapat orang lain)

Fasa Pemeraman (peram-busuk)Berfikir scr separuh tidak sedar

Berfikir sambil buat aktiviti lain

Proses berfikir tanpa disedari (masa buat aktiviti lain)

Pencetusan

Idea datang / mendapat idea scr tiba-tiba

Idea tercetus scr tiba-tiba (ilmu ini rezeki)

Fasa Pengesahan

Sahkan idea nilai idea bpandukan criteria utk mgesahkan kebolehgunaan idea tsb

KEMAHIRAN MIKRO

Menghasilkan idea baru mencipta sesuatu yg baru dan kreatif atau sentiasa mencari alternatif baru yang tak difikirkan oleh orang lain.

Teknik mengembangkan idea-idea kreatif

Cara memupuk pemikiran kreatif

Mencari idea alternatif cara mdapatkan idea baru

Keluar dr idea biasa

Mencari idea yg baru

Akt. sumbang saran

Meperolehi idea malalui ilham, mimpi atau berkhayal

Mengembangkan idea asas mjadi idea yg lebih produktif

Alex Osborn (1963) mempelopori teknik mengembangkan idea :-

Ubah warna , rupa , bentuk

Kecilkan apakah kesan dikecilkan

Besar apakah kesan dibesarkan

Ganti apa yg boleh ditukar

Atur semula susunan asal diubah atau dipusingkan

Terbalikkan

Gabungan cth handphone

Cth :- pelbgai penggunaan meja menggunakan teknik Osborn

Mencipta Analogi (ingin membentuk pemahaman ttg sesuatu konsep)

Scr mengkaitkan konsep tsb dgn konsep lain yg mpunyai cirri yg sama

Cth pelajar garang menakutkan : Azizah macam harimau

Mencipta metafora banyak figuratif / bahasa gabungan yg dicipta utk menyatakan makna sesuatu perkara dlm menggunakan kata yang lain.

Menggunakan makna dgn perkataan yg lain

mencipta definisi beri maksud ttg sesuatu makna atau konsep dgn menggunakan perkataan sendiri yg difahami.

Cth memahami pelbagai definasi dpd pelbagai tokoh

BEZA KRITIS DAN KREATIFKRITISKREATIF

1. menilai idea yg sedia ada1. menghasilkan sesuatu yg baru

2. melibatkan logik dan rasional2. mengembangkan daya kreativiti utk mendapatkan idea

3. membuat analisis dan menilai utk memahami3. melihat scr menyeluruh

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

1. Maksud Masalah : Masalah adalah situasi yg dialami oleh individu apabila ia menghadapi

kekangan (rintangan) untuk mencapai sesuatu matlamat.

2. Rajah Masalah : Bagaimana utk mencapai matlamat

(a) . Kenalpasti bentuk masalah

(i) Masalah Berstruktur (well-defined) masalah yg jelas dan tdp maklumat yg lengkap

(ii) Masalah tidak berstruktur (ill-define) masalah yg kabur, tidak berstruktur dan tidak

teratur jalan penyelesaiannya.

(b) . Kenalpasti cara untuk bertindak balas ke atas rintangan. Semakin kreatif seseorang

semakin mudah utk mengatasi rintangan.

(c ). Mencapai matlamat

3. Kemahiran menyelesaikan masalah memberi faedah :-

i) Boleh bertindak secara rasional dan objektif

(perlu melihat sebab dan rintangan)

ii) Mengamalkan proses penyelesaian masalah yg sistematik

iii) Membantu meningkatkan kemahiran berfikir scr kritis dan kreatif (sumbangsaran)

iv) Meningkatkan keyakinan diri dlm menghadapi dan menyelesaikan masalah

4. Definisi berdasarkan pendapat pengkaji dan ahli fikir

George Polya (ahli Matematik sistematik dan saintifik)

- Penyelesaian masalah bermaksud mencari jalan keluar dpd kesulitan jalan yg dikelilingi

penghalang, mempunyai matlamat yg tidak difahami dgn serta merta. Langkah yg

dicadangkan ialah :-

Memahami dan mengenalpasti masalah

Membuat perancanganMelaksanakan perancanganMenyemak semula Asas membuat keputusan (George Polya)

Apa masalah pokok

Buat perancangan senaraikan rintangan, bgm hadapi rintangan

Laksanakan rancangan

semak semula / menilai keputusan

Woolfolk

- Penyelesaian masalah didefinisikan sbg membuat formulasi thd jawapan2 baru,

meneroka aplikasi-aplikasi mudah dpd aturan yg tlh dipelajari sbl ini utk mencipta satu

penyelesaian.

- Penyelesaian masalah adl apa yg berlaku apabila respons yg rutin atau serta merta tidak

lagi sesuai utk situasi mereka.

-Terdapat 4 peringkat penyelesaian masalah iaitu :

a) Memahami dan menggambarkan masalah

b) Memilih dan merancang penyelesaian

c) Melaksanakan perancangan

d) Manilai hasil atau keputusan

Beyer Langkah2 yg dicadangkan :-

Menyelesaikan masalah

Mendifinisikan / Menyatakan semula masalah

Merancang dan memilih rancangan (alternative)

Melaksanakan perancangan

Menilai keputusan lihat perancangan sama atau tidak dgn apa yg diperlukan

Green dan Knippn

Menentukan matlamat apa matlamat kita?

Kenalpasti masalah

kenalpasti rintangan / kekangan

kenalpasti alternative atau pilihan

menilai pilihan

membuat pilihan thd alternative

membentuk perlaksanaan

Komponen Penyelesaian Masalah

Utk penyelesaian masalah yg berkesan , seseorang itu memerlukan beberapa kemahiran:

Kemahiran atau strategi generic iaitu kefahaman dan kemahiran dlm proses2 yg terlibat dlm menyelesaikan sesuatu masalah. (langkah 2 menyelesaikan masalah)

Kemahiran atau strategi khusus ttg kdg subjek iaitu pengetahuan dlm aspek teknikal subjek yg hendak diselesaikan (kemahiran teknikal ttg subjek)

Pengetahuan ttg masalah yg hendak diselesaikan bagi menentukan maklumat yg perlu diperoleh

Kesedaran metakognitif bg mengawal, memantau dan menilai sesuatu aktiviti yg sedang dilakukan agar lebih berkesan. (mengawal proses berfikir)

Syarat2 utk menyelesaikan Masalah

Faham masalah dgn berkesan

Yakin kebolehan diri sendiri

Analisis masalah dgn terperinci dan teliti

Bertenang dan terus berfikir

Sabar dan tidak mudah putus asa

Elakkan meletakkan had atau sempadan dlm berfikir semasa menyelesaikan masalah

( pemikiran diluar pola pemikiran biasa)

Halangan Mencapai Penyelesaian Masalah

Gangguan dpd maklumat yg tiada kaitan cth : dadah berkait dgn mslh lain cth social, taraf hidup. (ill-define)

Memerhatikan objek hanya setakat kegunaan sahaja. Tidak melihat scr menyeluruh. Fenomena Functional Fixedness kekurangan keupayaan utk mengesan fungsi dan peranan elemen dlm menyelesaikan masalah. Cth pusat serenti sepatutnya peranan menyeluruh tmsk moral.Cara pemikiran yg sukar berganjak dr keadaan biasa

Perasaan gelisah tidak menentu semasa menghadapi masalah.

Tetingkat penyediaan Masalah

Proses menyelsaikan msl dilihat sbg proses berturutan

MENERIMA MASALAH Menerima masalah sbg satu cabaranTerima msl sbg satu cabaran

Menyambung masa dan tenaga

Menetukan halatuju utk menyelesaikan msl

MENGANALISIS mengenali luar dan dlm mslh.sgl apa yg tkdg dlm dunia mslh ituPecahkan masalah kpd msl2 kecil

Soal dan siasat mengapa msl ini wujudCari hubungkait bhg kecil utk melihat hub. scr keseluruhanMENGENALPASTI isu-isu penting, konsep, tujuanMengenalpasti dan memberi definisi

Menyatakan matlamat / tujuan kita

Menentukan konsep utama dlm situasi msl itu

Menentukan arah tuju tindakan yg akan diambil

MENCARI CARA-CARA PENYELESAIAN mencari semua kemungkinan penyelsaianbrainstorming ( bg idea tanpa dipersoalkan)

kaedah inkuiri (penyiasatan)

kaedah perbincangan (idea dibincangkan)

kaedah sinetik

MEMILIH Memilih cara terbaik tinjau kaitan dgn tujuan menyelsaikan msl itumempertimbangkan pilihan yang ada

mencari cara penyelesaian yg terbaikbuat laporan utk bertindakMELAKSANA Merealisasikan

Bertindak thd idea yg tlh diambil

Melihat pencapaian penyelesaian masalah

MENILAI Menilai kesan perlaksanaanBandingkan tindakan dgn kesan dan akibat

Kesan kesilapan yg berlaku dan buat pembetulan

Penggunaan Grafik Penyelesaian Masalah

Sebab timbul masalah

Apakah Masalah

Kemungkinan penyelesaian masalah

Kesan dan Akibat pilihan penyelesaian

Pilihan penyelesaian terbaik

EMPAT KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

(exam dlm bentuk situasi)

1. KAEDAH INQUERY

Proses mencari maklumat / pengetahuan melalui kaedah penyoalan. (teknik penyoalan)Bermula dgn proses pemerhatianMelibatkan proses menyiasatMerekabentuk eksperimen / ujikaji / hipotesis / mengumpul data dan membuat kesimpulan utk menyelesaikan masalah.Timbul pelbagai persoalanCorak soalan :a) mengapakah kamu berfikir demikian?

b) apakah yg kamu lihat apabil?

c) apakah yang kamu maksudkan dengan ..?

d) ada atau tidak cara lain?

e) apakah yg akan terjadi jika?

f) bolehkah kamu tunjukkan kpd saya bagaimana?

g) adakah cara itu shj yg akan berjaya?

2. KAEDAH SUMBANGSARAN

3 aspek penting iaitu :

i. pengumpulan sejumlah pendapat atau idea

ii. penghasilan idea dpd kerja berkumpulan (bil 8-10 adl paling baik)

iii. penghasilan idea dlm masa singkat

garis panduan sumbangsaran :-

peserta digalakkan menerima semua cadangan tanpa sekatan

tidak dibenarkan membuat penilaian kritik, cemuh just accept

kuantiti idea lebih penting dpd kualiti walaubagaimanapun idea yg disumbang atau disaran boleh diubah, disesuai atau ditukar gantikan atau dikembangkan.

3. KAEDAH PERBINCANGAN

sama spt sumbangsaranidea yg diberikan akan dinilai dlm perbincangan kualiti idea lebih penting dpd kuantiti idea4. KAEDAH SINETIK

Kaedah yg menggunakan teknik analogi, metafora atau simili (persamaan) utk menyelesaikan masalah.

Contoh ahli kumpulan : 10 orang / 3 kumpulan yg mempunyai peranan berbeza

Peranan :

Ketua

Kawal penilaian idea

Mencatat idea

Tidak keluarkan idea

Pastikan perbincangan lancer

Client / pelanggan

mengemukakan masalah

menentukan penyelesaian masalah (halatuju)ada autoriti besarkuasa veto utk menolak penyelsaian masalah yg tak dikehendaki kuasa veto dia yg akan bayar kosAhli penyelesai masalah

beri idea-idea yg berkaitan scr analogi, matafora atau simili

merujuk kpd pelanggan utk menentukan arah hala tuju masalahEdward de Bono (1973) mengemukakan cth kaedah sinetik dlm menyelesaikan masalah - pelanggan syt pengeluar rokok ingin mengeluarkan jenis rokok terbaru yg ada dipasaran. Perkataan yg dipilih scr rawak yg dikaitkan dgn msl ialah sabun.

- anggota penyelesai msl membuat perkaitan perkataan yg dipilih :

a) sabun ada kaitan dgn bersih

b) bersih ---- segar

c) segar --- nyaman

d) nyaman bererti tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas

e) keadaan seperti musim bunga

f) musim bunga ialah musim yg cantik, segar dan nyaman

g) bagaimana kalau rokok disisipkan dgn biji benih bunga (mentol)

h) biji benih akan bercambah dan menambah keindahan serta kesegaran suasana

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

1. Cuba- Jaya ( try n error ) cuba cara penyelesaian

jika berjaya terima n jika fail singkir

2. Membuat Analogi buat perbandingan dgn mslh yg dihadapi dgn mslh yg lampau.

3. Kaedah means dan analisis membandingkan situasi / masalah sekarang dgn

tahap yg ingin dicapai.

4. Working Backword

- Bekerja dr arah belakang

- menyelsaikan masalah dgn cara songsang iaitu dgn mengkaji dan menetukan

matlamat awal

5. Membuat Perwakilan Minda

- Menukarkan cara masalah itu digambarkan

- mengubah cara persembahan masalah

- gambaran masalah dlm bentuk model, rajah (supaya mudah dilihat)

6. Membuat Jadual

- Memasukkan maklumat dlm jadual utk menetukan pola atau corak

7. Melakonkan Masalah

- lakonkan balik masalah supaya kita dapat memahami masalah yg dihadapi

8. Kaedah Algorithma (kaedah log)

- Kita mengikut prosedur yg tlh diuji dan ditetapkan utk menyelsaikan masalah

- urutan-urutan tertentu (tlh ada cara cth ISO)

9. Kaedah Heuristik

- Kaedah mendapatkan bantuan, pengalaman, kepakaran dan pandangan seorang yg

pakar (merujuk kpd seseorang yg tlh mengalami masalah tsb)

BAB 9. KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Helpern menyatakan membuat keputusan merupakan membuat pilihan antara dua atau lebih alternatif yang saling bertentangan yang menyukarkan. Kita mesti boleh memilih keputusan terbaik berasaskan kriteria tertentu.

Sdorow membuat keputusan adalah satu usaha kita untuk mencuba membuat pemilihan terbaik daripada alternatif2 yang ada dlm tindakan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Dlm membuat keputusan kita menimbangkan 2 faktor iaitu:

kegunaan (utility) : nilai yg ditetapkan kpd hasil diperolehikemungkinan (probobality) : anggaran yg dijangkakan dimana alternatif yg ada

memberi panduan ke arah hasil khusus

Marzano melibatkan sesuatu situasi di mana seseorang itu memilih antara dua / lebih alternatif

yang ada untuk membuat pemilihan. Langkah dlm pemilihan :

Kenalpasti apa yg dikehendaki dari situasi

Kenalpasti kepentingan dari setiap kemungkinan

Kenalpasti alternatif yang perlu dipertimbangkan

Presseisen dalam sesuatu situasi bermasalah, tanggungjawab seseorang itu adalah untuk

menyelesaikan kesulitan atau kekangan yang dihadapi. Hasil daripada aktiviti tersebut adalah sesuatu penyelesaian. Manakala pula, membuat pilihan terbaik maka hasilnya adalah respons kepada masalah yang dihadapi.

Beyer membuat keputusan melibatkan membuat pilihan dpd berbilang alternatif yg sedia ada.

Manakala pula penyelesaian masalah berfokus kpd sesuatu jalan penyelesaian. Jika jalan tersebut tidak sesuai, maka sesuatu jalan penyelesaian baru perlu dirancangkan.

Solso menyatakan bahawa membuat keputusan adalah proses induktive reasoning dimana sesuatu kesimpulan biasanya dinyatakan dlm bentuk kebarangkalian implisit / eksplisit.

Muhamed Awang menyatakan membuat keputusan adalah proses menentukan kemungkinan berlakunya sesuatu peristiwa, membuat ramalan tentang masa depan/ buat pilihan dpd 2 atau lebih alternatif .

Som dan Dahalan membuat keputusan adalah keupayaan minda utk memilih satu pilihan terbaik dpd beberapa alternatif utk mencapai tujuan / objektif yg ditentukan berdasarkan kriteria tertentu.

Poh Swee Hiang menyatakan ianya proses yg memerlukan berfikir scr kreatif / kritis utk membuat pemilihan terbaik dpd beberapa pilihan alternatif setelah dipertimbangkan dgn teliti.

Kem. Pendidikan (PPK) mendefinisikan ianya adl proses mental yg perlu befikir scr kreatif / kritis seperti membanding beza, membuat ramalan, sahkan sumber maklumat dan menjana idea. Ia memerlukan pemikiran yg rasional, terbuka, tidak sempit dan tidak terburu2 agar bertindak berdasarkan pilihan terbaik untuk mengecapi sesuatu yg terbaik. Serta memilih satu pilihan dpd beberpa pilihan berdasarkan kriteria tertentu.

Kesimpulan

Membuat keputusan melibatkan proses mental seperti pemikiran kreatif dan kritis dan penaakulan, mengurus konflik dalaman bagi membuat pilihan terhadap alternatif yg ada, melibatkan proses membuat ramalan situasi masa hadapan.

TUJUAN

Kemahiran membuat keputusan dgn bijak perlu dikuasai utk :

Memungkinkan individu membuat pilihan yang terbaik

Mengelakkan individu dpd bertindak scr terburu-buru yang boleh merugikan kita

Mencapai kegemberiaan bukannya perasaan menyesal dgn keputusan yg dibuat.

Menjadikan individu lebih rasional dan sabar

Memanfaatkan sumber maklumat

Kesilapan Semasa Membuat Keputusan

Kesilapan UmumCara Mengatasi

1. Membuat keputusan scr terburu-buru

(hasty)Membuat keputusan setelah mengambil masa utk berfikir ttg pemilihan.

2. Membuat keputusan yg sempit (narrow)Membuat keputusan berdsrkan maklumat yg mengcukupi dan relevan

3. Membuat keputusan yg kabur (sprawling)Membuat keputusan dgn mengait dan mengorganisasi semua faktor yg berkaitan

4. Membuat keputusan yg bercelaru (fuzzy)Membuat keputusan setelah memikirkan dan mempertimbangkan aspek-aspek yang penting dgn jelas.

Pengurusan LisanSoalan pengurusan lisan di atas membantu kita mengisi borang pengurusan grafik yg disediakan.

Mengapakah perlu membuat keputusan?

Apakah pilihan pilihan saya?

Apakah akibat yg mungkin utk setiap pilihan?

Sejauh manakah pentingnya akibat itu?

Pilihan manakah yg paling baik stl membanding bezakan akibat setiap pilihan berkenaan?

Langkah-langkah menguasai kemahiran membuat keputusan

Kenalpasti fakta tentang isu atau objektif tentang membuat keputusan

Fikirkan apa yang perlu dilakukan

Fikirkan Pilihan-pilihan

Bahaskan sama ada hendak menerima atau menolak pilihan

Menilai pilihan

Keputusan

Prasyarat menentukan mutu keputusan yang dibuat

a) Tumpukan perhatian pada definisi persoalan yg dihadapi dan bukan mencari jawapan bagi

masalah itu.

b) Berikan pertimbangan bagi semua faktor yang terlibat dlm persoalan itu.

Faktor menyokong dan faktor menentang

c) Utamakan usaha mencari pelbagai alternatif dan bukan mencari penyelesaian yang betul.

Perkara yang menyebabkan keputusan yang dibuat salah

Tiada kepastian tentang apa yg akan berlaku selepas keputusan dibuat.

Membuat keputusan dlm keadaan kita tidak mengetahui segalanya berkenaan perkara itu.

Kita tidak biasa membuat keputusan dlm konteks.

MODEL MEMBUAT KEPUTUSAN

1. Wales, Nardi dan Stager (1986)

1. Kenalpasti masalah

(ANALISIS)Penyataan Masalah

3. Memilih gol / matlamat

(PENILAIAN)

2. Membentuk pilihan

(SINTESIS)

4. Kenalpasti masalah

(ANALISIS)Menjana Idea-idea

6. Memilih Idea

(PENILAIAN)

5. Membentuk pilihan

(SINTESIS)

7. Kenalpasti masalah

(ANALISIS)Menyediakan rancangan

9. Memilih Rancangan

(PENILAIAN)

8. Membentuk pilihan

(SINTESIS)

10. Kenalpasti masalah

(ANALISIS)Mengambil Tindakan

12. Memilih Tindakan Masa Depan

(PENILAIAN)

11. Membentuk pilihan

(SINTESIS)

Model ada 4 operasi dgn 12 langkah

Setiap operasi terdiri daripada analisis, sintesis dan penilaian

Sesuai digunakan apabila keputusan yg hendak dibuat melibatkan banyak pilihan

2. Model oleh Ehrenbergs dan Duffy (1979)

Menjelas dan mengesahkan keperluan sesuatu situasi

Kenalpasti , jelaskan dan sahkan ciri setiap alternatif

Sahkan pilihan sebagai pilihan yg boleh memenuhi keperluan situasi

Sesuaikan utk menentukan yg mana satu dpd beberapa alternatif yg paling baik dlm memenuhi keperluan situasi.

KAEDAH HEURISTIK (LAZIM) DLM MEMBUAT KEPUTUSAN

Kaedah heuristik memberi jawapan

Membuat pilihan jawapan dahulu dan kemudian mencari cara utk mendapat jawapan yg tlh dipilih

Mengambil keputusan dr awal lagi kemungkinan akan berlaku kesilapan

Cth : memilih calon isteri

Kaedah heuristik mudah diingat

Terdapat situasi / peristiwa yg mudah diingat atau baru berlaku

Perkara yg mudah diingat akan mempengaruhi membuat keputusan

Cth: membeli rumah

Kaedah heuristik analogi

Dua situasi / peristiwa yg mempunyai persamaan

Merujuk cara yg pernah kita gunakan utk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan

Cth: memandu kereta

Kaedah heuristik perwakilan

Menggunakan perwakilan utk maksud rumusan

Membuat keputusan cara ini dianggap sbg stereotaip dan mungkin berlaku kesilapan

Cth : membeli buah langsat Kemahiran Berfikir Secara KritisDan Kreatif

Kemahiran Berfikir Secara Kreatif

Menjana dan menghasilkan idea baru

Mencipta metafora (perumpamaan)

Mencipta analogi (penyamaan)

Mencipta definasi

Kemahiran Berfikir Secara Kritis

Membanding dan membeza

Membuat kategori

Meneliti setiap bahagian

Menerangkan sebab

Menyusun mengikut turutan

Mengusul periksa andaian

Membuat inferens

Membuat ramalan

Mengesahkan sumber maklumat

Membuat generalisasi

Membuat kesimpulan

Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

PARIENTAL LOBE

TEMPORAL LOBE

OCCIPITAL LOBE

FRONTAL LOBE

KECERDASAN MUZIK

KECERDASAN LOGIK MATEMATIK

KECERDASAN KINESTETIK

TEORI

KECERDASAN

PELBAGAI

KECERDASAN VERBAL LINGUISTIK

KECERDASAN NATURALISTIK

KECERDASAN EMOSI

KECERDASAN VISUAL RUANG

KECERDASAN INTERPERSONAL

KECERDASAN INTRAPERSONAL

Tenaga

12 tgh

6 ptg

12 tgh mlm

6 pagi

Rintangan

Matlamat

Masalah

Menilai

Melaksana

Memilih

Mencari cara-cara menyelesaikan

Mengenalpasti

Menganalisis

Menerima masalah

2

_1234567891.bin

_1234567892.bin

_1234567890.bin