kemahiran kraf perkhemahan

9
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA KRAF PERKHEMAHAN Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran alam semulajadi dalam kegiatan luar Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu melakuka aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Kemahiran kraf perkhemahan melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya. Matlamat Menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad. Menguji keupayaan dan kebolehan seseorang menghasilkan kraf yang berkualiti. Menanamkan semangat kerjasama dalam kumpulan. Menimbulkan keseronokan dan minat terhadap aktiviti luar. Menimbulkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan pemuliharaan alam sekitar. Mengajar peserta supaya tidak membazirkan masa. Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan peserta perkhemahan. Meningkatkan daya kreativiti seseorang. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya. Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri ciptaanNya. Objektif

Upload: elisha-paul

Post on 29-Dec-2015

1.209 views

Category:

Documents


55 download

DESCRIPTION

jfdsa,aggjnhjkshajkl

TRANSCRIPT

Page 1: kemahiran kraf perkhemahan

KRAF PERKHEMAHAN

Merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi cabaran

alam semulajadi dalam kegiatan luar

Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila

individu melakuka aktiviti perkhemahan atau pengembaraan. Kemahiran kraf

perkhemahan melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam

menghadapi cabaran alam semulajadi dan habitatnya.

Matlamat

Menggalakkan daya pemikiran kreatif dengan bahan yang terhad.

Menguji keupayaan dan kebolehan seseorang menghasilkan kraf yang

berkualiti.

Menanamkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

Menimbulkan keseronokan dan minat terhadap aktiviti luar.

Menimbulkan kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan pemuliharaan

alam sekitar.

Mengajar peserta supaya tidak membazirkan masa.

Mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan peserta perkhemahan.

Meningkatkan daya kreativiti seseorang.

Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi

cabaran alam semulajadi dan habitatnya.

Memupuk perasaan cinta terhadap alam semulajadi dan mensyukuri

ciptaanNya.

Page 2: kemahiran kraf perkhemahan

Objektif

Menggalakkan masyarakat untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf

perkhemahan dalam kegiatan luar.

Memahami habitat dan alam semulajadi dan mengetahui cara untuk hidup

apabila berada di dalam hutan.

Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepetingan menjaga alam

sekitar dengan cara yang sepatutnya.

Jenis-jenis kraf perkhemahan

a) Fire craft

b) Ropes craft

c) Wood craft

d) Tool craft

e) Khemah

f) Shelter

a) Fire craft

Api penting untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Digunakan untuk membekalkan cahaya.

Memanaskan suhu badan keselesaan, memasak dan sebagainya.

Api juga boleh merosakkan alam sekitar jika disalahgunakan iaitu tanah

menjadi hitam serta merosakkan dahan dan akar pokok.

Membuat unggun api

Kaedah “fire Triangle” – bentuk A

Menggunakan 3 elemen iaitu: haba,angin dan bahan bakar.

Bentukkan huruf A menggunakan ranting kayu dengan bukaan huruf ‘A’

menghala arah angin.

Letakkan rabuk/bahan meudah terbakar di dalam huruf “A” dan nyalakan api.

Page 3: kemahiran kraf perkhemahan

Kipas secara perlahan dan letakkan lagi bahan bakar untuk menyalakan api.

Jenis-jenis kraf api

a) Hunter’s Fire

b) Reflector Fire

c) Star Fire

d) Teepee Fire

e) Log Cabin

a) Hunter’s fire

Selain daripada menjadi bahan bakar, kayu-kayu juga berfungsi sebagai

tungku untuk memasak kerana susunannya yang rapat.

b) Reflector fire

Fugsi utama api jenis ini adalah untuk menghalakan haba ke satu arah.

Contoh: memanaskan badan.

Boleh digunakan untuk memanggang.

c) Star fire

Boleh menggunakan kayu yang pelbagai saiz dan panjang.

d) Teepee fire

Paling sesuai dan mudah digunakan.

Tetapi sukar untuk didirikan kerana perlu susun dan seimbangkan kayu

e) Log cabin fire

Senang dan mudah didirikan kerana ia sangat stabil.

Apabila terbakar, api hanya membakar bahagian belakang.

Page 4: kemahiran kraf perkhemahan

f) Council fire

Dikenali sebagai “api piramid”

Sangat stabil, mudah membakar dan senang dinyalakan.

Perkhemahan

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, pantai, bukit,

gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul

beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan maknan, perlindungan dan

melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran. Sekiranya anda

berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam

semulajadi perlu menjadi keutamaan bersama.

Jenis-jenis khemah

Terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk menyebabkan ia sukar untuk

diklasifikasikan dan diberikan definisi yang sebenar.

Walau bagaimanapun, jenis-jenis khemah dapat diperincikan berdasarkan

kesesuaiannya.

Struktur khemah

Umumnya khemah mempunyai “poles” atau batang yang membentuk rangka

dan fabrik khemah atau skin yang akan menutup rangka ini membentuk poket

dalaman.

I. Khemah struktur A

Page 5: kemahiran kraf perkhemahan

Bingkai berkaki 2 di bahagian luar hujung khemah dan membentuk khemah

bersegitiga.

Khemah jenid ini telah lama digunakan dan antara jenis khemah terawal.

II. Khemah hoop

Menggunakan 1 hingga 3 gegelung dan khemah akan menjadi bentuk

terbular.

Dinding khemah berbentuk melengkung membenarkan isipadu yang lebih luas

dengan permukaan yang sama.

Khemah jenis ini kuat dan kukuh.

III. Khemah rabung

Mempunyai du abatang tiad dan sebatang alang untuk menyokokng bumbung

Di hujung khemah diikat dengan pancang yang ditanam dalam tanah.

Flysheet dibentangkan untuk menutup bahagian dalam. Ia selalu digunakan

untuk perlindungan yang cepat dan hanya untuk keadaaan cuara yang elok.

IV. Khemah kerangka

Sesuai untuk kawasan yang landai

V. Khemah dinding

Mempunyai kain khemah yang agak kecil dan kain tersebut digunakan

sebagai dinding dan bumbung.

Biasanya khemah ini digunakan untuk aktiviti perkhemahan yang jangka

masanya pendek.

Lazimnya digunakan di tepi pantai dan tepi sungai untuk aktiviti memancing.

Page 6: kemahiran kraf perkhemahan

VI. Khemah satu tiang

Ringan dan senang didirikan

Sesuai untuk perkhemahan yang ringkas.

Boleh digunakan oleh seorang atau dua orang peserta perkhemahan sahaja.

VII. Khemah ridge

Sangat sesuai untuk aktiviti perkhemahan di kawasan pergunungan, di tepi

sungai, jambori dan sebagainya.

Boleh digunakan seramai tiga hingga sepuluh orang peserta perkhemahan.

Dikategorikan kepada tiga jenis iaitu :

1. Khemah ridge jenis helainan terbang (tent harque double)

2. Khemah ridge dua tiang

3. Khemah ridge besar

Khemah ridge helaian terbang sangat senang dibawa dan ringan.

Biasanya diperbuat daripada nilon.

Tiang khemah diperbuat daripada aluminium atau aloi.

Boleh memuatkan seramai empat hingga sepuluh orang peserta.

Khemah bentuk ridge dua tiang kebiasaanya mempunyai dua lapis bahagian

bumbung.

Mahal

Boleh memuatkan antara tiga hingga enam orang peserta

Tiang dan bumbungnya diperbuat daripada aluminium.

Khemah ridge bentuk besar bisanya diperbuat daripada kanvas.

Mempunyai pelbagai saiza dan berat

Boleh menampung seramai 10 hingga 40 orang penghuni.

Khemah ridge ditegakkan dengan menggunakan aloi.

Page 7: kemahiran kraf perkhemahan

Mendirikan khemah

Peringatan yang harus diingat oleh setiap peserta semasa mendirikan khemah:

Bina parit-parit kecil di sekeliling khemah supaya air hujan dapat mengalir jauh

dari khemah.

Ikat tali khemah dengan tegang dan betul ke pancang supaya tidak

menggelendong.

Menjarakkan khemah supaya tidak terlalu hampir dengan setiap khemah.

Jarak yang sesuai adalah lebih kurang 3.4 meter.

Taburkan sulfur (belerang) di sekeliling khemah untuk mengelakkan binatang

berbisa memasuki khemah.

Lokasi perkhemahan

Pemilihan tapak perkhemahan yang bersesuaian adalah amat penting

sebelum mendirikan sesebuah khemah. Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan

kepada penghuni khemah sepanjang perkhemahan untuk memastikan keselamatan

juga kelancaran aktiviti yang akan dilakukan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan tapak perkhemahan.

I. Angin

II. Kecerunan

III. Cahaya

IV. Bentuk muka bumi

V. Halangan bahaya semulajadi

VI. Laluan air

VII. Luas tapak

Page 8: kemahiran kraf perkhemahan

Ciri-ciri tapak perkhemahan

Pastikan khemah didirikan di tapak yang rata untuk memastikan keselesaan

semasa berkhemah.

Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah pancaran matahari. Ini adalah

untuk mengurangkan bahang panas di dalam khemah.

Pastikan pintu khemah tidak menghala ke arah tiupan angin agar dapat

mengelakkan tempias ketika hujan dan mengurangkan kehangatan ketika

musim kemarau.

Pastikan khemah tidak didirikan di kawasan semak-samun untuk

mengelakkan binatang berbisa merayap ke dalam khemah atau di sekeliling

kawasan khemah.

Langkah-langkah keselamatan perkhemahan

1. Penyediaan Kraf perkhemahan

Mestilah memakai kasut yang selamat semasa berjalan mencari bahan

untuk perkhemahan.

Berhati-hati semasa menggunakan peralatan tajam.

Pastikan bahan-bahan yang berlebihan selepas membuta kraf seperti

keratan kayu dan buluh tidak dibiarkan berselerak.

Pastikan setiap kraf yang dihasilkan mestilah betul-betul kukuh sebelum

digunakan.

Pastikan bantuan sama ada rawatan kecederaan ringan atau melaporkan

kepada bahagian pertolongan cemas untuk bantuan hendaklah

disegerakan jika berlakunya kecederaan

Jika berlakunya kecederaan berat mestilah disegerakan hantar ke hospital.

Page 9: kemahiran kraf perkhemahan

2. Keselamatan khemah

Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir

dengan khemah

Khemah bukan tempat untuk menjemur kain atau pakaian.

Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah.

Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau

bianatang lain daripada memasuki khemah.

Pastikan di luar dan dalam khemah sentaiasa berkeadaan bersih dan

kemas.

Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah

Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk

digunakan.

3. Peraturan keselamatan perkhemahan

Setiap peserta perkhemahan mestilah patuh kepada semua arahan

keselamatan, kawalan dan penerangan perkhemahan pada setiap masa.

Menjaga kebersihan kawasan perkhemahan

Mengutamakan faktor kesihatan dari aspek makanan, minuman, pakaian

dan tapak perkhemahan.

Berhati-hati melakukan sebarang aktiviti dan sentiasa menghormati serta

menghargai kawasan sekitar.

Mengamalkan semangat kerjasama, tolak ansur dan kekitaan dalam

menghadapi sebarang gangguan keselamatan.

Mengutamakan aspek keselamatan semasam melakukan semua aktiviti.