kemahiran ikhtisas rock climbing

17
DIARI MINGGUAN IKHTISAS ROCK CLIMBING QSI3231 SULAIMAN BIN MAT AMIN D20121059138 KUMPULAN A PENSYARAH DR. BENDERI BIN DASRIL

Upload: manrunner

Post on 09-Nov-2015

274 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Rock Climbing

TRANSCRIPT

DIARI MINGGUANIKHTISAS ROCK CLIMBINGQSI3231

SULAIMAN BIN MAT AMIND20121059138

KUMPULAN A

PENSYARAHDR. BENDERI BIN DASRIL

MINGGU : 1HARI/ TARIKH : SELASA (17 FEBUARI 2015)MASA : 5 P.M - 7 P.MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Tiada kelas dijalankan pada minggu pertama.

MINGGU : 2HARI/TARIKH : Selasa ( 24 Febuari 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Pada minggu ini kami berkenalan bersama dengan instraktur iaitu Encik Fazhirul Anuar B. Mohamad Zafri dan Cik Nur Diyana bt Tjuman. Perbincangan mengenai penukaran jadual kuliah. Selepas perbincangan dilakukan, terdapat tiga kelas iaitu pada hari khamis jam 8.00- 10.00 pagi, 10.00-12.00 pagi dan jumaat jam 8.00-10.00. Setiap pelajar diminta untuk memilih kelas yang boleh dihadiri. Instruktur mengedarkan nota yang melibatkan serba sedikit tentang etika dalam aktiviti rock climbing: Bertanggungjawap pada diri dan rakan. Sentiasa memberi tumpuan dan perhatian pada apa yang anda dan rakan anda lakukan. Sentiasa sedar dan membuat keputusan pantas tentang tahap risikp yang sedang dihadapi. Jujur dan amanah. Jangan meninggalkan sebarang peralatan di laluan pendakian. Berkomunikasi dan memberi arahan dengan jelas. Jangan membuat andaian atau menerima perlakuan rakan sebagai akan berlaku. Memastikan lakuan dibuat dengan betul kali pertama (tiada kali kedua) Kelas bersurai.

MINGGU : 3HARI/TARIKH : Khamis (5 March2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI : Sesi suaikenal bersama instruktur Encik Fazhirul Anuar Bin Mohamad Zafri, Nur Diyana Binti Tjuman dan Encik Azman Untuk permulaan kelas Cik Diyana menerangkan tentang sejarah dalam rock climbing Cik Diyana juga menerangkan berkenaan dengan organisasi yang terlibat dalam climbing iaitu: PMM (Pengurusan Mendaki Malaysia) UIAAA (Union International Asia Alpine Assosiation) SEACF (South East Asia Climbing Foderation) Cik Diyana juga menerangkan berkaitan dengan aktiviti wall climbing yang biasa dipertandingkan. Speed climb Lead climb Bouldering Top rope Selepas itu, En Azman mengambil alih dan menerangkan peralatan-peralatan dan isyarat dalam aktiviti rock climbing. Karabiner, Figure of 8, Gri-gri, Hammer, Sling, Kasut mendaki(madrock), Air trafic controller, Pulley, Tandem, Runner/quick draw, Reverso, Chalk beg, Tali kernmantel (statik, semi statik,dinamik), Seat harness/full harness (gear loop, buckle, belay loop, centre loop dan leg loop), Helmet Kami diminta untuk membuat peta minda berkaitan dengan alatan dan fungsi alatan dan perlu di hantar pada minggu hadapan. Kelas bersurai.

MINGGU : 4HARI/TARIKH : Khamis (12 March 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Pembelajaran pada minggu ini ialah berkaitan dengan top rope dan mendaki tanpa menggunakan tali. Pelajar dibahagiakan kepada dua kumpulan dimana kumpulan 1 akan memanjat tanpa menggunakan tali dan kumpulan kedua akan melakukan top rope. Untuk aktiviti top rope, ianya memerlukan climber dan belayer. Kami mempelajari bagaimana cara untuk menjadi belayer dengan menggunakan kaedah 5 step. Kami juga mempelajari bagaimana untuk berkomunikasi antara climber dan juga belayer. Untuk aktiviti kedua, kami mendaki wall tanpa menggunakan tali. Kami mendaki sehingga ke plate ketiga. Setiap pelajar diwajibkan melakukan aktiviti tersebut dan semua pelajar akan menjadi climber dan belayer. Setelah selesai, kami menghantar tugasan yang telah diberikan pada minggu lepas. Kelas ditamatkan

MINGGU : 5HARI/TARIKH : Khamis (19 March 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Pada minggu ini kami mempelajari berkaitan dengan ikatan tali dan coilling yang diajar oleh instraktur Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dimana kumpulan 1 akan belajar cara untuk ikatan tali dan kumpulan 2 belajar cara untuk menggulung tali. Kumpulan kami mempelajari coilling terlebih dahulu Cik Diyana menunjukkan cara bagaimana untuk membuat setiap ikatan dan kami mengikut cara ikatan tersebut. Ikatan tali yang diajar adalah seperti: Double figure of eight, Figure of eight follow through,Figure of 8, Double fisherman knot, Clove hitch, Prusik knot, Bowline, Klemheisht, Ikatan pencuri, Sheet bend, Reef knot Setelah selesai, kami akan bertukar untuk memprlajari cara untuk menggulung tali bersama dengan Encik Fazhirul. Encik Fazhirul menunjukkan satu persatu cara gulungan kemudian kami mempraktikkannya. Mountaineers coil. Alpine coil/ clasic ciol. Double hank. Chain coil. Kelas bersurai.

MINGGU : 6HARI/TARIKH : Khamis (26 March 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Pembelajaran pada minggu ini ialah berkaitan bouldering Pelajar diarahkan untuk melakukan pemanasan badan sebelum menjalankan aktiviti. Bouldering ialah aktiviti memanjat wall tidak melebihi 3 meter tanpa menggunakan tali Setiap pelajar diwajibkan menjalankan aktiviti ini. Instruktor memberi refleksi sebelum kelas ditamatkan Kelas bersurai.

MINGGU : 7HARI/TARIKH : Khamis (2 April 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Tiada kuliah pada minggu ini.

MINGGU : 8HARI/TARIKH : Khamis (16 April 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Pada minggu ini kami mempelajari ilmu baru iaitu prusiking Instruktor Cik Diyana memberi sedikit penerangan berkaitan dengan aktiviti ini Sebelum mendaki, Cik Diyana menunjukkan peralatan dan ikatan yang digunakan untuk aktiviti prusiking Kemudian, Cik Diyana menunjukkan demonstrasi bagaimana cara untuk menjalankan aktiviti. Setelah mendaki dibeberapa plate, Cik Diyana menunjukkan bagaimana untuk membuat self locking knot sebelum turun ke bawah. Setiap pelajar akan melakukan prusiking ini dengan pemantauan Cik Diyana dan Encik Fazhirul. Pelajar akan bertukar tukar untuk melakukan prusiking. Selesai aktiviti kelas bersurai.

MINGGU : 9HARI/TARIKH : Khamis (23 April 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Pembelajaran pada minggu ini berkaitan lead climb, teknik pegangan dan teknik pergerakan kaki Selesai penerangan, instruktor meninjukkan demonstrasi lead climb. Pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan untuk melakukan aktiviti lead climb. Semua pelajar dikehendaki menjadi climber dan belayer Climber perlu memeriksa alatan dan keselamatan sebelum memulakan aktiviti. Komunikasi antara belayer dan climber perlu diterapkan semasa aktiviti dijalankan. Setelah selesai aktiviti kelas ditamatkan.

MINGGU : 10HARI/TARIKH : Khamis (30 April 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Pada hari ini aktiviti microteaching dijalankan Kumpulan yang membuat microteaching pada hari ini ialah kumpulan yang membuat tajuk pengenalan rock climbing dan belaying Setiap kumpulan diberikan masa 40 mimit untuk mikroteaching. Selesai mikroteaching instruktor memberikan refleksi kepada kumpulan pembentangan Kelas ditamatkan.

MINGGU : 11HARI/TARIKH : Khamis (7 Mei 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Tiada kuliah dijalankan pada minggu ini

MINGGU : 12HARI/TARIKH : Khamis (14 Mei 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Mikroteaching dijalankan pada minggu ini. Setiap kumpulan dikehendaki membuat microteaching. Instruktor membahagikan kumpulan microteaching kepada dua kumpulan. Kumpulan saya menjalankan microteaching berkaitan aktiviti prusiking Sesi refleksi berkaitan microteaching diberikan oleh instructor Kelas ditamatkan.

MINGGU : 12HARI/TARIKH : Ahad (17 Mei 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : Gua Damai, Batu CavesNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Pada 17 Mei 2015 outing rock climbing dijalankan di Gua Damai, Batu Caves Bergerak dari UPSI jam 8 pagi Taklimat diberikan oleh En. Faiz sebelum aktiviti dijalankan Aktiviti yang dijalankan ialah Lead Climb, Climbing Jam 12.30 behenti makan dan solat Aktiviti diteruskan pada jam 2.30 p.m sehingga jam 4.30 p.m Bergerak pulang ke UPSI

MINGGU : 13HARI/TARIKH : Khamis (21 Mei 2015)MASA : 8 A.M - 11 A..MTEMPAT : GimnasiumNOTA PEMBELAJARAN/ AKTIVITI :

Ujian kemahiran dalam rock climbing Ujian yang dijalankan adalah asas ikatan dan coiling Setiap pelajar wajib menjalankan ujian kemahairan ini Markah setiap pelajar akan diambil oleh instructor Kelas bersurai