kemahiran dalam bola jaring 3

5
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran melakukan hantaran menerima bola Jenis-jenis hantaran Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan dan hantaran satu tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah. 1. Hantaran dua tangan: - Hantaran dada - Hantaran lantunan - Hantaran atas kepala - Hantaran sisi 2. Hantaran satu tangan: - Hantaran aras bahu - Hantaran lob - Hantaran peluru - Hantaran bawah bahu - Hantaran lantun

Upload: jayadarshu

Post on 29-Jun-2015

138 views

Category:

Sports


7 download

DESCRIPTION

kemahiran

TRANSCRIPT

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS BOLA JARING

Pada asasnya, permainan bola jaring memerlukan kemahiran

melakukan hantaran menerima bola

Jenis-jenis hantaran

Hantaran dalam bola jaring tergolong dalam dua kategori, iaitu hantaran dua tangan dan hantaran satu tangan. Hantaran ini terdapat dalam dua kategori iaitu hantaran bola tinggi dan hantaran bola rendah.

1. Hantaran dua tangan:

- Hantaran dada

- Hantaran lantunan

- Hantaran atas kepala

- Hantaran sisi

2. Hantaran satu tangan:

- Hantaran aras bahu

- Hantaran lob

- Hantaran peluru

- Hantaran bawah bahu

- Hantaran lantun

TEKNIK DAN TUJUAN HANTARAN

1. Hantaran aras dada

Dengan kedua-dua belah tangan. Bola mula ditolak dari dekat badan di aras dada dengan jari-jari tangan melingkungi bola. Tolak bola dengan kuat dengan meluruskan siku dan diakhiri dengan tolakan jari-jari.

Tujuan:

Untuk penghantaran yang pantas, segera dalam jarak yang sederhana apabila penerimaan tidak dihalang oleh lawannya.

Butir-butir mengajar:

- Badan dalam kedudukan seimbang

- Sebelah kaki melangkah ke arah lontaran

- Luruskan tangan serentak dengan hantaran

2. Hantaran lantunan

Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Dengan sebelah tangan, mulakan pergerakan melontar bola dari aras bahu sambil merendahkan badan. Dengan kedua-dua belah tangan, mula tolakan dengan bola dari aras dada. Sambil menolak bola, pemain melangkah sebelah kaki ke depan untuk mengimbangi badannya.

Tujuan:

Untuk membuat hantaran secara mengejut bagi menembusi kawalan ketat. Gerak keliru digunakan sebelum bola dilantunkan kepada penerimanya.

Butir-butir mengajar:

- Lantunkan bola tepat kepada sasaran dengan pergerakan pergelangan tangan

- Bertindak dengan pantas

- Ketika melantunkan bola, condongkan sedikit badan ke depan

3. Hantaran atas kepala atau hantaran lob

Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Bola diangkat tinggi ke atas kepala dan dilontar ke sasarannya dengan meluruskan siku.

Tujuan:

Untuk mengatasi kawalan pemain yang menghadang penerima.

Butir-butir mengajar:

- Bawa bola ke belakang kepala sebelum melontarnya

- Luruskan siku ketika melepaskan bola ke depan

- Pandang pergerakan penerima

4. Hantaran sisi/rendah/bawah

Menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan. Bola dibawa ke sisi badan pada aras pinggang. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, bola digerakkan (ditolak ke arah pemain). Dengan menggunakan sebelah tangan, mulakan pergerakan bola dari belakang badan. Cara menghantar bola hampir sama dengan pergerakan picing dalam softball.

Butir-butir mengajar:

- Sambil menghantar bola, pindahkan berat badan ke kaki depan

- Gunakan pergerakan pergelangan tangan untuk mengarahkan bola ke sasaran

5. Hantaran aras bahu

Dengan sebelah tangan dari atas aras bahu. Melangkah ke arah penerima sambil memindahkan berat badan kepada kaki yang melangkah ke depan (tangan kanan memegang bola, kaki kiri melangkah).

Tujuan:

Supaya hantaran bola adalah jauh dan tinggi.

Butir-butir mengajar:

- Gerakkan bola dari belakang kepala dengan kedudukan siku yang dibengkokkan

- Tangan dan jari ikut lajak ke arah lontaran

6. Hantaran peluru

Ini merupakan hantaran aras pinggang yang laju. Mulakan dengan bola di tangan balingan pada aras pinggang, dengan siku bersebelahan pinggang. Jarakkan kaki seluas bahu, dengan kaki bertentangan tangan balingan di hadapan. Bengkokkan lutut sedikit dan imbangkan badan. Untuk memulakan hantaran, buka lengan dan pergelangan tangan, libaskan tangan ke hadapan untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran. Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang. Pindahkan berat badan ke hadapan.

Tujuan:

Untuk menghantar bola dengan cepat dalam ruang yang sempit.

Butir-butir mengajar:

- Bersedia untuk menghantar bola pada garisan yang lurus ke arah sasaran

- Ikut lajak dengan tangan balingan dan kaki belakang

- Alihkan berat badan ke hadapan (ke kaki)

Menangkap

Ada dua cara menangkap bola, iaitu menangkap dengan sebelah tangan dan menangkap dengan dua belah tangan. Untuk menjadi pemain yang baik, seseorang harus dapat menangkap bola dengan betul. Paling berkesan jika pemain menangkap bola dengan dua belah tangan dan dalam pada itu dia memandang pantas pergerakan bola.

Apabila menangkap bola, sebaiknya pemain menggunakan kedua – dua tangan: atau jika menggunakan sebelah tangan, ia hendaklah segera diikuti oleh sebelah tangan lagi. Kemudian, peganglah bola itu dengan betul, iaitu sebelah tangan memegang bahagian atas dan belakang bola, sementara sebelah tangan lagi memegang bahagian bawah dan hadapan bola. Pemain mestilah dalam keadaan bersedia dan boleh bertindak pantas walaupun pada ketika – ketika di luar dugaan.