kem bang

3
Menjelang pada tahun 1946, pertubuhan ini telah terlibat dan turut serta dalam gerakan Anti-Penyerahan Sarawak. Dikatakan, sekitar tahun 1946 sehingga 1947, sebanyak 57 pertubuhan gerakan kesedaran telah muncul di Sarawak. Antaranya, Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM), Persatuan Bumiputera Sarawak (PBS), Sulam Mas Seri, Kesetiaan Kelab Dalat dan lain-lain 1 . Kesemua pertubuhan ini muncul adalah disebabkan untuk menentang penyerahan Sarawak kepada pihak British yang mana rata-rata masyarakat penduduk merasakan jika Sarawak diserahkan kepada British, hak mereka sebagai peribumi akan terhakis dan kebebasan untuk mencapai kemerdekaan akan hilang. Namun selepas gerakan Anti-Penyerahan selesai, kerajaan british mula sedar bahawa telah muncul kesedaran dalam diri masyarakat Sarawak untuk terlibat dalam kegiatan politik kerajaan sarawak dan dengan ini, pihak british mula mengambil langkah untuk memberikan taraf berkerjaan sendiri kepada masyarakat Sarawak dan menjajikan kemerdekaan kepada mereka selepas itu. Pilihan Raya peringkat Tempatan telah diadakan pada 4 November 1956 bagi Kuching Municipal Council (KMC) dan seterusnya pilihan raya 1 Ibid. Hlm 97.

Upload: wa

Post on 16-Nov-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kembang

TRANSCRIPT

Menjelang pada tahun 1946, pertubuhan ini telah terlibat dan turut serta dalam gerakan Anti-Penyerahan Sarawak. Dikatakan, sekitar tahun 1946 sehingga 1947, sebanyak 57 pertubuhan gerakan kesedaran telah muncul di Sarawak. Antaranya, Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Pergerakan Pemuda Melayu ( PPM), Persatuan Bumiputera Sarawak (PBS), Sulam Mas Seri, Kesetiaan Kelab Dalat dan lain-lain[footnoteRef:2]. Kesemua pertubuhan ini muncul adalah disebabkan untuk menentang penyerahan Sarawak kepada pihak British yang mana rata-rata masyarakat penduduk merasakan jika Sarawak diserahkan kepada British, hak mereka sebagai peribumi akan terhakis dan kebebasan untuk mencapai kemerdekaan akan hilang. [2: Ibid. Hlm 97.]

Namun selepas gerakan Anti-Penyerahan selesai, kerajaan british mula sedar bahawa telah muncul kesedaran dalam diri masyarakat Sarawak untuk terlibat dalam kegiatan politik kerajaan sarawak dan dengan ini, pihak british mula mengambil langkah untuk memberikan taraf berkerjaan sendiri kepada masyarakat Sarawak dan menjajikan kemerdekaan kepada mereka selepas itu. Pilihan Raya peringkat Tempatan telah diadakan pada 4 November 1956 bagi Kuching Municipal Council (KMC) dan seterusnya pilihan raya ke dua diadakan pada tahun berikutnya di Sibu Urban District Council (SUDC). Seterusnya Pilihan Raya Umum Pertama diadakan pada tahun 1959 secara tiga peringkat. Ianya dimulakan Dengan Pilihan Raya Majlis Daerah dan seterusnya Majlis Daerah mengadakan pemilihan wakil ke Majlis Penasihat Bahagian dan akhirnya ke Majlis Negeri[footnoteRef:3]. Daripada pilihan raya inilah telah muncul parti politik yang mana penubuhanya dimulakan dengan Sarawak United Peoples Party( SUPP) pada 12 Jun 1959 diikuti dengan penubuhan Parti Negara Sarawak (PANAS) pada 9 April 1960. Seterusnya pada 10 April 1961 telah muncul Sarawak National Party (SNAP), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA) pada 2 Januari 1962, sarawak chinese association(SCA) pada tahun Julai 1962 serta Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) yang ditubuhkan pada Ogos 1962. Tahap kesedaran politik masyarakat Sarawak lebih jelas berbanding dengan masyarakat di Sabah. Walaupun telah muncul parti pada tahun 1959, sarawak lebih menyedari bahawa tidak selamanya negeri mereka ingin diperintah oleh bangsa asing, maka dengan pengenalan Gagasan Malaysia Mei 1961 telah menghangatkan lagi kemunculan parti-parti politik disarawak[footnoteRef:4]. Dan pembentukan parti-parti tersebut mempunyai sifat dan faktor yang tersendiri yang mana akan diperjelaskan dengan lebih terperinci pada perengang yang seterusnya nanti. [3: Ibid, Hlm 98] [4: Noor Bin Abdullah B.A (Hons), Kemasukan Sabah dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia, Dari Segi Perlembagaan Malaysia, hlm 32-33.]