kem bakat bola sepak 2010 (2)

4
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG 48000 RAWANG SELANGOR PROGRAM PEMANTAPAN PERMAINAN BOLA SEPAK TAHUN 2010 1.0 PENDAHULUAN Program Pemantapan Permainan Bola Sepak merupakan satu program yang dirancang untuk membantu pelajar yang berpotensi dalam bidang sukan mendapat pendedahan berkaitan dengan teknik memanaskan badan, ‘drill’ dalam sukan dan keselaman dalam bersukan yang terkini. Program ini juga selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia “Satu Pelajar Satu Permainan”. Diharapkan dengan pendedahan ini akan menambah minat pelajar dalam sukan. Secara tidak langsung mutu sukan sekolah akan meningkat. Justeru itu adalah diharapkan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan insan cemerlang dan bersahsiah tinggi ke arah pembentukan generasi belia berwawasan. 2.0 RASIONAL Memberi peluang kepada pelajar yang berbakat untuk mengembangkan lagi bakat yang sedia ada. Pelajar dan guru khususnya lebih berkeyakinan untuk membentuk pasukan sekolah yang berwibawa. Selain daripada itu krusus ini juga daharapkan dapat mewujudkan satu latihan permainan yang lebih menyeronokkan dan bermakna. Risiko kecederaan kepada pelajar juga dapat di minimumkan 3.0 OBJEKTIF 3.1 Mendedahkan pelajar dan guru teknik-teknik permainan bola sepak yang terkini 3.2 Memperkembangkan potensi diri dan keyakinan diri pelajar. 3.3 Pengetahuan sukan yang betul akan mengurangkan risiko kecederaan 3.4 Meningkatkan prestasi permainan bola sepak sekolah 4.0 TARIKH 10 November 2010 5.0 TEMPAT 1

Upload: atie73

Post on 27-Jun-2015

86 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kem Bakat Bola Sepak 2010 (2)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAWANG48000 RAWANG SELANGOR

PROGRAM PEMANTAPAN PERMAINAN BOLA SEPAKTAHUN 2010

1.0 PENDAHULUAN

Program Pemantapan Permainan Bola Sepak merupakan satu program yang dirancang untuk membantu pelajar yang berpotensi dalam bidang sukan mendapat pendedahan berkaitan dengan teknik memanaskan badan, ‘drill’ dalam sukan dan keselaman dalam bersukan yang terkini. Program ini juga selaras dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia “Satu Pelajar Satu Permainan”. Diharapkan dengan pendedahan ini akan menambah minat pelajar dalam sukan. Secara tidak langsung mutu sukan sekolah akan meningkat. Justeru itu adalah diharapkan hasrat murni Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan insan cemerlang dan bersahsiah tinggi ke arah pembentukan generasi belia berwawasan.

2.0 RASIONAL

Memberi peluang kepada pelajar yang berbakat untuk mengembangkan lagi bakat yang sedia ada. Pelajar dan guru khususnya lebih berkeyakinan untuk membentuk pasukan sekolah yang berwibawa. Selain daripada itu krusus ini juga daharapkan dapat mewujudkan satu latihan permainan yang lebih menyeronokkan dan bermakna. Risiko kecederaan kepada pelajar juga dapat di minimumkan

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan pelajar dan guru teknik-teknik permainan bola sepak yang terkini

3.2 Memperkembangkan potensi diri dan keyakinan diri pelajar.

3.3 Pengetahuan sukan yang betul akan mengurangkan risiko kecederaan

3.4 Meningkatkan prestasi permainan bola sepak sekolah

4.0 TARIKH 10 November 2010

5.0 TEMPAT SMK Rawang

6.0 SASARAN

Pelajar-pelajar tingkatan 1, 2 dan 4

1

Page 2: Kem Bakat Bola Sepak 2010 (2)

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

7.1 Jawatankuasa Induk

Penasihat : Pn. Hjh Mazlah bt Hussein (Pengetua SMK Rawang )

Pengerusi : En. Ravichandran a/l Chappanimutu (Penolong Kanan Kokurikulum )

Naib Pengerusi : En Zainur Rashid b Mohd Wahi

Setiausaha : En. Mohd Azrif b Mohamad Ali

7.2 Jawatankuasa Kecil

Pendaftaran/Hadiah/Sijil : En. V.Kumarasamy

Makan Minum Peserta : En. Azizul b Ibrahim

Logistik / Penempatan : En. Mohd Jamil Aris b Harun

Fotografi / Dokumentasi : En. Ganesan a/l Arumugam

8.0 TENTATIF PROGRAM

7.30 - 8.00 pg. Pendaftaran Peserta / Taklimat ringkas

8.00 - 10.00 pg. Aktiviti 1 a) Pengenalan permainanb) Undang-undang permainan

10.00 - 10.45 pg. Minum pagi

10.45 - 12.00 pg. Aktiviti 2 a) Asas drill permainanb) Kemahiran asas permainan

12.00 - 1.45 ptg. Makan Tengahari / Solat Zohor

1.45 - 4.00 ptg. Aktiviti 3a)Praktikalb)Permainan kecil

4.00 - 5.00 ptg. Perasmian Penutupan / Penyampaian Sijil / Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL BUTIRAN KUANTITI JUMLAH (RM)1. Makanan pelajar 100 [email protected] 600.002. Bola Sepak (Adidas – saiz 5) 16 [email protected] 960.003. Minum padang 4 [email protected] 100.00

JUMLAH 1700.00

2

Page 3: Kem Bakat Bola Sepak 2010 (2)

10.0 SUMBER KEWANGAN

Peruntukan suwa RM 1700.00

Aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat mengisi masa luang pelajar, malah ia juga dapat mengelakkan pelajar daripada terjerumus ke arak atau pelakuan yang negatif. Selain daripada itu, displin para pelajar dapat dikawal secara tidak langsung. Diharapkan semua AJK dan pihak yang terlibat dalam projek ini dapat memberi komitmen yang padu bagi memastikan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik kolej.Justeru ,diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian para peserta dan pihak yang terlibat.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

...................................... ....................................(MOHD AZRIF B MOHAMAD ALI) (ZAINUR RASHID B MOHAMAD WAHI) Setiausaha Program Setiausaha Sukan SMK. Rawang SMK. Rawang

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

..................................... .....................................(EN RAVICHANDRAN A/L CHAPPANIMUTU) (HJH MAZLAH BT HUSSEIN) Penolong Kanan Kokurikulum Pengetua SMK Rawang SMK Rawang

3