keluaran mei, 2016 tips mengatasi malas · staf yang berprestasi rendah. 6. hayati semangat hijrah...

5
TIPS MENGATASI MALAS Pengenalan Salah satu sebab kenapa staf tidak produktif ialah kerana mereka mempunyai penyakit MALAS. Ia dipanggil penyakit kerana boleh dirawat. “Malas untuk berfikir, malas untuk membaca, malas mahu memulakan satu tugasan” ini antara yang mereka beritahu kepada kaunselor dalam sesi kaunseling. Malas akan menyebabkan staf dan organisasi RUGI. Rugi dari pelbagai segi. Rugi masa, rugi tenaga, rugi peluang, rugi sumber, menghancurkan masa depan yang seharusnya cemerlang, menyebabkan visi dan misi organisasi tidak tercapai secara optima. Staf yang malas menyebabkan pelanggan dan stakeholders kecewa. Staf yang malas merisaukan dan menyusahkan rakan-rakan sekerja dan pengurus mereka. Implikasi staf yang malas juga merugikan bangsa, negara serta agama. Keluaran Mei, 2016 KAUNSELING D’PUNCAK (artikel)

Upload: others

Post on 07-Sep-2019

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keluaran Mei, 2016 TIPS MENGATASI MALAS · staf yang berprestasi rendah. 6. Hayati semangat hijrah dalam kehidupan ini Konsep hijrah ini bererti melakukan perubahan. Berhijrahlah

TIPS MENGATASI

MALAS

Pengenalan

Salah satu sebab kenapa staf tidak produktif ialah kerana

mereka mempunyai penyakit MALAS. Ia dipanggil penyakit

kerana boleh dirawat. “Malas untuk berfikir, malas untuk

membaca, malas mahu memulakan satu tugasan” ini antara

yang mereka beritahu kepada kaunselor dalam sesi kaunseling.

Malas akan menyebabkan staf dan organisasi RUGI. Rugi dari

pelbagai segi. Rugi masa, rugi tenaga, rugi peluang, rugi

sumber, menghancurkan masa depan yang seharusnya

cemerlang, menyebabkan visi dan misi organisasi tidak tercapai

secara optima. Staf yang malas menyebabkan pelanggan dan

stakeholders kecewa. Staf yang malas merisaukan dan

menyusahkan rakan-rakan sekerja dan pengurus mereka.

Implikasi staf yang malas juga merugikan bangsa, negara serta

agama.

Keluaran Mei, 2016

KAUNSELING

D’PUNCAK

(artikel)

Page 2: Keluaran Mei, 2016 TIPS MENGATASI MALAS · staf yang berprestasi rendah. 6. Hayati semangat hijrah dalam kehidupan ini Konsep hijrah ini bererti melakukan perubahan. Berhijrahlah

Berikut beberapa tips yang boleh

dijadikan panduan untuk merawat pen-

yakit malas yang amat merugikan ini?

Antara langkah yang boleh dilakukan ialah:

1. Jaga cara anda berfikir “What the mind conceive and believe, the mind will achieve”. Percayalah cara anda berfikir akan mempengaruhi perasaan dan tingkah laku anda.

Maka fikirlah secara positif. Berfikirlah perkara-perkara yang baik-baik. Fikirkanlah

perkara yang boleh dilakukan. Anggaplah setiap hari adalah hari baru dalam hidup

anda dan anda akan lakukan sesuatu yang lebih baik hari ini berbanding semalam.

2. Tahu matlamat hidup anda

Ada yang beranggapan orang yang malas ialah orang yang tidak tahu apakah

matlamat hidupnya yang sebenar. Orang yang malas tidak tahu apa matlamat yang

ingin dicapainya ketika berapa di pejabatnya. Sebagai seorang staf anda hen-

daklah perjelaskan kepada diri anda setiap hari apa yang ingin anda capai. Bet-

ulkan niat anda agar usaha anda teratur dan dapat hasil yang baik. Lihatlah ke

hadapan. Bentuklah matlamat berdasarkan prinsip SMART….Be Specific, Measura-

ble, Attainable, Realistic and Have a Time Frame.

3. Buat pengiraan untung rugi

Sekiranya anda sering membuat pengiraan untung rugi dalam kehidupan seharian,

ianya akan dapat membantu anda mengatasi malas. Mereka yang memanfaatkan

masa akan dapat mencapai berbagai perkara positif. Anggaplah diri sebagai

seorang peniaga yang ada berbagai sumber untuk digunakan bagi mencapai

keuntungan. Fikirkan sumber apa yang anda ada kini yang boleh dimanfaatkan.

Staf telah diberi pelbagai sumber, jadi gunalah sumber tersebut untuk dimanfaatkan

dan menguntungkan organisasi.

Page 3: Keluaran Mei, 2016 TIPS MENGATASI MALAS · staf yang berprestasi rendah. 6. Hayati semangat hijrah dalam kehidupan ini Konsep hijrah ini bererti melakukan perubahan. Berhijrahlah

SMART….Be Specific, Measurable, Attainable, Realistic and Have a Time

Frame.

5. Pupuk 2 jenis perasaan untuk membantu anda mengatasi malas Perasaan tersebut ialah seronok dan takut. Ikhtiarkan untuk mencari keseronokan

dalam apa yang anda lakukan. Sebenarnya setiap perkara yang baik seperti bekerja

jadikanlah ia bermakna. Barulah anda akan mula merasa seronok melakukannya.

Perasaan takut pun boleh dijadikan faktor penggerak dari sifat malas. Kalau perasaan

takut dikaitkan kepada Allah s.w.t. lagi baik. Takut berdosa tidak memenuhi janji dan

amanah akan menjadikan diri berusaha bersungguh-sungguh ke arah perkara-perkara

baik walaupun ia tidak mudah. Ingatkanlah diri anda dari masa ke semasa dan rasai

perasaan takut untuk tidak terus membuat perkara yang merugikan.

4. Sering mendapat peringatan baik boleh membantu diri mengatasi malas Seorang staf pernah ditanya apakah cara untuk kekal bermotivasi tinggi. Staf tersebut

menyatakan bahawa beradalah dalam kumpulan sahabat yang saling ingat-mengingati

agar membantu diri untuk tidak lalai memenuhi amanah yang dipertanggungjawabkan.

Pesanan staf ini patut disematkan di dalam hati. Program Morning Circle and Program

Koreksi Diri antara program yang dilakukan oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM

Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam agar staf UKK mengamalkan budaya saling

ingat mengingati tanggungjawab mereka. Manusia mudah lupa maka perlulah sering

diingatkan antara satu sama lain untuk berjaya. Jadilah rakan sekerja yang saling

bantu membantu. Bantu, jangan jadi hantu OK?!

Page 4: Keluaran Mei, 2016 TIPS MENGATASI MALAS · staf yang berprestasi rendah. 6. Hayati semangat hijrah dalam kehidupan ini Konsep hijrah ini bererti melakukan perubahan. Berhijrahlah

…..SYUKURLAH KERANA MASIH BEKERJA….

7. Banyakkan berdoa

Sebagai seorang insan yang lemah,

perbanyakkanlah berdoa agar mampu

mengatasi malas dari mencengkam hidup

ini. Selain berdoa, perbanyakkanlah sabar

dan jagalah solat agar penyakit ini dapat

diatasi. Solat dapat mencegah perkara keji

dan mungkar.

8. Syukur anda masih ada kerja

Tahukah anda kini ramai yang

menganggur? Syukur anda ada kerja.

Melalui kerja di UiTM ini, staf mendapat

berbagai nikmat. Anda mendapat gaji,

kemudahan kesihatan, pinjaman-pinjaman

yang membolehkan anda membeli rumah

dan kereta. Melalui kerja, anda dapat

jaminan kehidupan yang stabil untuk diri

dan keluarga. Jagalah nikmat kerja yang

anda miliki serta bersyukurlah. Satu tanda

syukur ialah dengan tidak bermalasan.

Jagalah nikmat kerja terutamanya kini

organisasi akan memulakan Exit Policy bagi

staf yang berprestasi rendah.

6. Hayati semangat hijrah dalam kehidupan ini Konsep hijrah ini bererti melakukan perubahan. Berhijrahlah daripada perkara yang

negatif seperti malas kepada positif iaitu bekerja dengan rajinnya. Bekerjalah secara

HARD dan SMART. Berhijrahlag dari malas ke rajin, kotor ke bersih, hitam ke putih,

najis ke suci, jahil ke berilmu, sesat ke benar, dari sifat tercela ke sifat terpuji, hidup sia-

sia ke berguna. Banyak kebaikan lagi diperolehi jika menghayati semangat hijrah ini.

Page 5: Keluaran Mei, 2016 TIPS MENGATASI MALAS · staf yang berprestasi rendah. 6. Hayati semangat hijrah dalam kehidupan ini Konsep hijrah ini bererti melakukan perubahan. Berhijrahlah

Sekiranya tuan/puan ingin mendapatkan perkhidmatan

kaunseling, tuan/puan boleh menghubungi talian berikut

untuk maklumat lanjut:-

Kampus Puncak Alam

03-32584069—Pejabat Am UKK

03-32584107- Hjh Siti Aluyah

Mohd Ali

03-32584084—Hamidah Abdul

Ninggal

03-32584075— Hjh Rozainun

Mahmod

03-32584085— Mawaddah Fida

Farid

03-32584094—Azila Bakri

03-32584074– Nurfatihah Aziz

03-32584085—Mohd Zulkhairi

Ibrahim

Kampus Puncak Perdana

03-79622326—Sulaiman Selamat

Kampus Dengkil

03– 89245205 - Marlizawati

Mohamat

03-89245336 - Syeriefa

Zulaikha Asni

Kesimpulan

Malas lawannya rajin. Staf yang rajin akan disayangi oleh

rakan sekerja, dianggap boleh diharap oleh pengurusnya,

memudahkan urusan pelanggan dan membolehkan

organisasi mencapai visi dan misinya. Berusahalah setiap

hari dengan memujuk diri agar menjadi staf yang rajin.

Atasilah penyakit malas. Datanglah berjumpa kaunselor

anda untuk merawat diri daripada penyakit malas. Kini

UiTM Cawangan Selangor mempunyai 10 orang kaunselor

yang bersedia membantu anda membuat PERUBAHAN

DIRI.

Oleh:-

Puan Hajah Siti Aluyah Mohd Ali

Ketua Unit Kerjaya dan Kaunseling

UiTM Cawangan Selangor