kelestarian perniagaan produk berasaskan kayu …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/kelestarian perniagaan...

24
KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU DALAM KALANGAN USAHAWAN BUMIPUTERA BERSAIZ MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA DI KELANTAN: KEMAHIRAN, STRATEGI DAN KELEBIHAN BERSAING TUAN MOHD ROSLI BIN TUAN HASSAN DOKTOR FALSAFAH 2014

Upload: lelien

Post on 07-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN

KAYU DALAM KALANGAN USAHAWAN BUMIPUTERA

BERSAIZ MIKRO, KECIL DAN SEDERHANA DI KELANTAN:

KEMAHIRAN, STRATEGI DAN KELEBIHAN BERSAING

TUAN MOHD ROSLI BIN TUAN HASSAN

DOKTOR FALSAFAH

2014

Page 2: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

Kelestarian Perniagaan Produk Berasaskan Kayu Dalam

Kalangan Usahawan Bumiputera Bersaiz Mikro, Kecil,

dan Sederhana Di Kelantan: Kemahiran, Strategi dan

Kelebihan Bersaing

oleh

Tuan Mohd Rosli Bin Tuan Hassan

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat memperolehi Ijazah

Doktor Falsafah

Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

2014

Page 3: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

ii

PENGESAHAN TESIS

Saya dengan ini memperakukan bahawa kerja yang terkandung dalam tesis ini adalah hasil

penyelidikan yang asli dan tidak pernah dikemukakan untuk ijazah tinggi kepada mana-mana

Universiti atau Institusi.

/ TERBUKA Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras

atau akses terbuka dalam talian (teks penuh)

SEKATAN Saya bersetuju bahawa tesis boleh didapati sebagai naskah keras

atau dalam talian (teks penuh) bagi tempoh yang diluluskan oleh

Jawatankuasa Pengajian Siswazah

Dari tarikh hingga

SULIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat terhad yang ditetapkan oleh organisasi di

mana penyelidikan dijalankan)*

Saya mengakui bahawa Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak berikut.

1. Tesis adalah hak milik Universiti Malaysia Kelantan.

2. Perpustakaan Universiti Malaysia Kelantan mempunyai hak untuk membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian.

Tandatangan Tandatangan Penyelia Utama

591217035069 Prof Madya Dr Mohd Rafi Bin Yaacob

Tarikh : 1 September 2014 Tarikh : 1 September 2014

Page 4: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

iii

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI

SELAWAT DAN SALAM UNTUK JUNJUNGAN MULIA MUHAMMAD RASULULLAH S.A.W

Syukur kepada Allah kerana di atas rahmat dan hidayahNya saya berjaya menyiapkan

tesis ini. Seterusnya, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada penyelia saya iaitu

Professor Madya Dr Mohd Rafi bin Yaacob. Keikhlasan, kesabaran, kesungguhan beliau

membimbing saya dalam mengatasi ranjau dalam penyelidikan ini cukup mengkagumkan

Semoga Allah akan memberkati dan merahmati beliau.Begitu juga dengan profesor dan

pensyarah-pensyarah UMK yang lain yang telah terlibat dalam memberikan tunjuk ajar kepada

saya melalui beberapa siri kolokium, seminar, bengkel dan lain-lain terutama kepada Professor

Dr Mohamad Dahlan Ibrahim (Mantan Dekan Fakulti Keusahwanan dan Perniagaan), Professor

Dr Mohd Rosli Muhamad (Dekan FKP), Professor Dr Ibrahim Su (Dekan Pusat Siswazah),

Professor Madya Dr Ghazali Ahmad, Professor Madya Dr Noraini Mustapha dan Professor

Madya Dr Wee Yu Ghee.

Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penilai penyelidikan ini sama ada

dari UMK atau penilai luar UMK kerana sanggup menilai tesis ini dan memberikan buah fikiran

untuk penambahbaikan. Ucapan setinggi-tinggi terima kasih ditujukan kepada para pakar

kualitatif yang saya rujuk bagi mendapatkan pandangan atau teguran iaitu Professor Dr

Rosmimah Mohd Roslin (UiTM),Professor Madya Dr Ramli Abdullah (UNISzA), Professor

Madya Dr Nasaruddin Husin (UiTM), Professor Madya Dr Saridan Abu Bakar (UiTM), dan

Professor Dr Suria Baba (Presiden Kualitatif Malaysia atau QRAM).

Tidak lupa terima kasih kepada pihak majikan saya iaitu UiTM kerana menyokong

usaha pembelajaran ini terutama kepada Professor Madya Dr Abdul Samad Nawi, Professor

Madya Dr Hj Nik Kamaruzaman Abd Latiff, Dr Mohd Nasir Ismail, Professor Madya Dr Hj

Mohamad Safri Ya, Professor Madya Hj Dr Asry Yusof, Dr Hj Ghazali Osman, Hj Nik

Abdullah Zawawi Che Mat dan lain-lain yang tidak disebut di sini. Penghargaan juga ditujukan

kepada Pn Ashiera Yusoff (QSR) kerana membantu saya dengan kepakaran NVIVOnya.

Akhir sekali saya juga mengucapkan terima kasih kepada bonda saya YM Hajah Tn

Bidah, isteri saya iaitu Hajah Noora dan kelima-lima anak saya (tg nurliana, tn ahmad syahmi,

tn ahmad syahir, tg nur athirah dan tg nur amalin) kerana sentiasa sabar dan tidak jemu-jemu

menyokong saya berjuang untuk mengikuti program pengajian ini. Semoga usaha ini akan

menjadi motivasi untuk anak-anak saya meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Page 5: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

iv

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS ii

PENGHARGAAN iii

ISI KANDUNGAN iv

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN KATA xvii

ABSTRAK xix

ABSTRACT xx

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Skop Penyelidikan 2

1.3 Kelestarian Perniagaan dan Usahawan 2

1.4 Latar Belakang Penyelidikan 7

1.5 Perindustrian Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia 10

1.5.1 Pengkelasan PKS 11

1.5.2 Sektor Pembuatan Mengikut Sub-Sektor 13

1.5.3 Sektor Pembuatan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 15

1.5.4 Pencapaian Bumiputera dalam Industri Berasaskan Kayu 18

1.5.4.1 Sektor Eksport 19

1.5.4.2 Kemerosotan Bilangan Usahawan Perabot 21

Bumiputera

1.5.4.3 Bilangan Usahawan Perabot Bumiputera Mengikut 22

Negeri

1.5.4.4 Bilangan Pengeluar Produk Berasaskan Kayu di 23

Kelantan

1.6 Pernyataan Masalah 24

1.7 Persoalan Penyelidikan 29

Page 6: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

v

1.8 Objektif Penyelidikan 30

1.9 Kepentingan Penyelidikan 31

1.9.1 Untuk Mengisi Jurang Literatur Akademik 31

1.9.2 Kepentingan daripada Perspektif Ekonomi 32

1.9.3 Kepentingan kepada Komuniti Setempat 34

1.9.4 Kepentingan Kepada Sektor Pengeluar Produk Berasaskan 34

Kayu

1.10 Definisi Operasi Penyelidikan 35

1.11 Organisasi Tesis 37

1.12 Kesimpulan 38

BAB 2 KEUSAHAWANAN DAN INDUSTRI BERASASKAN KAYU DI 40

MALAYSIA

2.1 Pengenalan 40

2.2 Konsep Keusahawanan 40

2.2.1 Keusahawanan Mengikut Jujukan Masa 42

2.2.2 Kepentingan Keusahawanan 47

2.2.2.1 Individu usahawan. 48

2.2.2.2 Masyarakat. 49

2.2.2.3 Negara 50

2.3 Sejarah Keusahawanan di Malaysia 50

2.4 Masalah yang Dihadapi oleh PKS di Malaysia 54

2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57

2.5.1 Perkembangan Industri Perabot kayu 57

2.5.2 Dasar Kerajaan dalam Industri Perabot 65

2.5.3 Rangsangan Pertumbuhan Industri Perabot Malaysia 67

2.6 Produk Perabot Kayu 69

2.6.1 Bahan Mentah: Jenis-jenis Kayu dalam Pembuatan Perabot 69

2.7 Keusahawanan di Kelantan 72

2.8 Keusahawanan Industri Perabot di Kelantan 73

2.9 Isu-isu Usahawan Perabot Kayu Bumiputera 75

Page 7: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

vi

2.10 Kesimpulan 76

BAB 3 STRATEGI KELESTARIAN PERNIAGAAN 79

3.1 Pendahuluan 79

3.2 Makna Kelestarian Perniagaan 79

3.3 Kepentingan Kelestarian Perniagaan 81

3.4 Faktor-faktor Kelestarian Perniagaan 82

3.4.1 Pandangan Klasik Praag 82

3.4.2 Faktor Kelestarian Mengikut Jujukan Masa 85

3.5 Faktor Kegagalan Usahawan 91

3.6 Keupayaan Kemahiran Usahawan 92

3.6.1 Pendekatan Tentang Keupayaan Kemahiran Usahawan 93

3.6.2 Keupayaan Kemahiran 97

3.7 Strategi Persaingan 99

3.7.1 Strategi Generik dalam Perniagaan 99

3.7.2 Strategi dalam PKS 103

3.7.3 Strategi Kelestarian dalam Industri Pembuatan 106

3.7.4 Kelebihan bersaing 112

3.8 Pengukuran Kelestarian Perniagaan 115

3.9 Kesimpulan 117

BAB 4 TEORI, MODEL DAN KERANGKA KONSEP 119

4.1 Pengenalan 119

4.2 Latar Belakang Sebelum Teori Pandangan Berasaskan Sumber 119

4.3 Teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV) 121

4.3.1 Konsep Meneruskan Kelebihan Bersaing dalam Teori RBV 123

4.3.2 Kesesuaian Teori RBV 126

4.4 Model-model Penyelidikan 128

4.4.1 Model Lussier (1996) 128

4.4.2 Model Porter Lima Daya Gerak Kompetitif (1980) 130

4.4.3 Model Galbreath (2005) 134

4.5 Pembentukan Kerangka Konsep Penyelidikan 136

Page 8: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

vii

4.5.1 Dimensi 1: Keupayaan Kemahiran 137

4.5.1.1 Kemahiran Teknikal 140

4.5.1.2 Kemahiran mengurus 142

4.5.2 Dimensi Strategi 148

4.5.2.1 Sumber sebagai strategi 149

4.5.2.2 Strategi persaingan 150

4.5.3 Dimensi 3: Kelebihan Bersaing 155

4.5.4 Dimensi 4: Indikator Kelestarian Perniagaan 156

4.6 Kesimpulan 158

BAB 5 METODOLOGI PENYELIDIKAN 160

5.1 Pendahuluan 160

5.2 Justifikasi Paradigma Penyelidikan 160

5.3 Justifikasi Penggunaan Metod Kualitatif 162

5.4 Strategi Penyelidikan 164

5.5 Pendekatan Kajian Kes 165

5.6 Unit Analisis 167

5.7 Pemilihan Kawasan Penyelidikan 167

5.8 Kriteria Persampelan 168

5.9 Bilangan Responden 170

5.10 Teknik Pengumpulan Data 171

5.10.1 Temu Bual 172

5.10.2 Temu bual Formal 172

5.10.3 Temu bual Bersemuka 172

5.10.4 Temu bual Separa Tersusun 173

5.11 Protokol Temu Bual 174

5.12 Siasatan (Probing) 178

5.13 Teknik Pemerhatian (Persekitaran) 179

5.14 Bahasa 180

5.15 Penyelidikan Rintis 181

5.16 Penganalisisan Transkrip Temu Bual 183

Page 9: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

viii

5.17 Analisis Mengikut Kes dan Analisis Silang 187

5.18 Kesahan dan Kebolehpercayaan 188

5.18.1 Kesahan 188

5.18.1.1 Kesahan Dalaman 189

5.18.1.2 Kesahan Luaran 190

5.18.2 Kebolehpercayaan 191

5.19 Kesimpulan 193

BAB 6 PENEMUAN PENYELIDIKAN 195

6.1 Pendahuluan 195

6.2 Demografi Responden 195

6.2.1 Gender 196

6.2.2 Umur 197

6.2.3 Pendidikan Formal 197

6.2.4 Latihan Kemahiran 197

6.2.5 Pengalaman 199

6.3 Demografi Perniagaan Mengikut Saiz 201

6.3.1 Demografi Perniagaan Saiz Mikro 202

6.3.2 Perniagaan Bersaiz Kecil 204

6.3.3 Perniagaan Bersaiz Sederhana 205

6.4 Pembentukan Tema 206

6.5 Kategori Tema 207

6.6 Analisis Mengikut Kes 209

6.6.1 Kes 1: Responden 1/Perniagaan A 209

6.6.2 Kes 2: Responden 2/Perniagaan B 217

6.6.3 Kes 3: Responden 3/Perniagaan C 222

6.6.4 Kes 4: Responden 4/Perniagaan D 227

6.6.5 Kes 5: Responden 5/Perniagaan E 231

6.6.6 Kes 6: Responden 6/Perniagaan F 238

6.6.7 Kes 7: Responden 7/Perniagaan G 243

6.6.8 Kes 8: Responden 8/Perniagaan H 249

Page 10: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

ix

6.6.9 Kes 9: Responden 9/Perniagaan H 256

6.6.10 Kes 10: Responden 10/Perniagaan I 257

6.6.11 Kes 11: Responden 11/Perniagaan J 265

6.6.12 Kes 12: Usahawan 12 (Perniagaan J) 270

6.7 Analisis Kes Secara Silang 272

6.7.1 Profil Perniagaan Usahawan Mengikut Saiz 272

6.7.1.1 Profil Perniagaan Usahawan Bersaiz Mikro 273

6.7.1.2 Profil Perniagaan Usahawan Bersaiz Kecil 274

6.7.1.3 Profil PerniagaanUsahawan Bersaiz Sederhana 275

6.7.2 Lokasi Perniagaan 277

6.7.3 Kemahiran Usahawan 278

6.7.3.1 Kemahiran Teknikal Pertukangan 279

6.7.3.2 Kemahiran Pengurusan 279

6.7.3.2 Kemahiran Nilai 281

6.7.4 Strategi Persaingan 282

6.7.4.1 Produk Berkualiti 283

6.7.4.2 Layanan Terhadap Pelanggan 286

6.7.4.3 Harga 287

6.7.4.4 Penghantaran 289

6.7.4.5 Kerjasama 291

6.7.5 Kelebihan Bersaing 292

6.7.6 Tahap Pencapaian Perniagaan Usahawan 296

6.7.6.1 Tahap Pencapaian Usahawan Bersaiz Mikro 297

6.7.6.2 Tahap Pencapaian Usahawan Bersaiz Kecil 299

6.7.6.3 Pencapaian Usahawan Kategori Perniagaan Bersaiz 306

Sederhana

6.7.6.4 Petunjuk bukan kewangan perniagaan sederhana 307

6.7.6.5 Jangka Masa Berada Dalam Pasaran dan Perubahan 309

Saiz

6.8 Kesimpulan 311

Page 11: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

x

BAB 7 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 312

7. 1 Pendahuluan 312

7.2 Penjelasan Terhadap Soalan Penyelidikan 312

7.2.1 Soalan Penyelidikan 1:Apakah jenis kemahiran yang 313

diperlukan oleh usahawan Bumiputera bagi memastikan

kelestarian perniagaan

dalam pengeluaran produk berasaskan kayu negeri Kelantan?

7.2.1.1 KemahiranTeknikal (Pertukangan) 313

7.2.1.2 Kemahiran Pengurusan 318

7.2.1.3 Kemahiran Nilai 321

7.2.2 Soalan Penyelidikan 2: Bagaimanakah Pengurusan Sumber 324

dilakukan oleh usahawan bagi Memastikan Kelestarian

Perniagaan Dalam Pengeluaran Produk Berasaskan Kayu di

Negeri Kelantan?

7.2.2.1 Pengurusan Sumber Manusia 325

7.2.2.2 Pengurusan Teknologi 328

7.2.2.3 Pengurusan Kewangan 330

7.2.2.4 Pengurusan Pemasaran 332

7.2.3 Persoalan Penyelidikan 3: Apakah Strategi dan 333

Bagaimanakah Strategi Tersebut Dipraktiskan oleh

Usahawan Bumiputera bagi Memastikan Kelestarian

Perniagaan dalam Pengeluaran Produk Berasaskan

Kayu di Kelantan?

7.2.3.1 Penghasilan Produk Berkualiti 334

7.2.3.2 Layanan Terhadap Pelanggan 338

7.2.3.3 Harga 340

7.2.3.4 Penghantaran 343

7.2.3.5 Kerjasama 345

7.2.3.6 Strategi Mendapatkan Bantuan dan Tender kerajaan 347

Page 12: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

xi

7.2.4 Soalan Penyelidikan 4: Apakah dan Bagaimanakah 348

Usahawan Menangani Masalah dalam Industri

Berasaskan Kayu di Negeri Kelantan?

7.2.4.1 Ancaman Sesama Pengeluar 349

7.2.4.2 Ancaman dari Pesaing Baharu 349

7.2.4.3 Ancaman Bahan Gantian 350

7.2.4.4 Masalah Kewangan dan Kos yang Meningkat 351

7.2.4.5 Masalah Pekerja 353

7.2.5 Soalan Penyelidikan 5: Apakah Elemen yang 354

Membawa kepada Kelebihan Bersaing dalam

Pengeluaran Produk yang Berasaskan Kayu di

Negeri Kelantan?

7.2.5.1 Sumber Utama Produk 354

7.2.5.2 Kemahiran Usahawan 356

7.2.5.3 Penggunaan Teknologi 358

7.2.5.4 Panel Pembekal Produk Kerajaan 360

7.3 Perbincangan ke atas Penemuan Kajian 360

7.3.1 Pengaruh Demografi Usahawan 361

7.3.2 Perwatakan Usahawan 364

7.3.3 Kemahiran Usahawan 365

7.3.3.1 Kemahiran Teknikal 366

7.3.3.2 Kemahiran Pengurusan 367

7.3.3.3 Kemahiran Nilai 372

7.3.4 Strategi Kelestarian Perniagaan 373

7.3.5 Ancaman dalam Perniagaan 375

7.3.6 Peranan Kerajaan 376

7.4 Implikasi Penyelidikan ke atas Teori RBV 377

7.4.1 Menjelaskan Proses Pengurusan Sumber 377

7.4.2 Keupayaan Kemahiran Usahawan 382

7.4.3 Mempertahankan Kelebihan Bersaing 383

Page 13: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

xii

7.5 Implikasi Terhadap Dasar Kerajaan 387

7.5.1 Dasar Latihan Kemahiran Usahawan 387

7.5.2 Bekalan Kayu Balak untuk Dijadikan Perabot 388

7.6 Sumbangan Penyelidikan 389

7.6.1 Mengembangkan Teori RBV 389

7.6.1.1 Peranan Kerajaan 391

7.6.1.2 Kerjasama dalam Persaingan 392

7.6.1.3 Amalan Nilai Positif 392

7.6.2 Aplikasi Teori RBV dalam Industri Berasaskan 393

Kayu di Malaysia.

7.6.3 Cadangan Kerangka Konsep Kelestarian Usahawan 395

(Pindaan)

7.7 Kekangan Penyelidikan 414

7.8 Cadangan Penyelidikan 415

7.8.1 Cadangan Penyelidikan akan Datang 415

7.8.2 Cadangan Kepada Usahawan 416

7.8.4 Persatuan Pengeluar Perabot Bumiputera 421

7.9 Kesimpulan 421

RUJUKAN 426

LAMPIRAN A 460

LAMPIRAN B 463

LAMPIRAN C 468

LAMPIRAN D 469

LAMPIRAN E1 470

LAMPIRAN E2 474

LAMPIRAN E3 478

LAMPIRAN E4 481

LAMPIRAN E5 483

LAMPIRAN E6 486

LAMPIRAN E7 489

Page 14: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

xiii

LAMPIRAN E8 492

LAMPIRAN E9 495

LAMPIRAN E10 497

LAMPIRAN F 500

LAMPIRAN G 504

LAMPIRAN H 509

LAMPIRAN I 533

SENARAI PENERBITAN 538

Page 15: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

xiv

SENARAI JADUAL

NO. MUKA SURAT

1.1 Perbezaan di antara perusahaan mikro, kecil dan sederhana 11

1.2 Profil PKS di Malaysia 13

1.3 Agihan PKS mengikut sub-sektor pembuatan dan saiz 14

1.4 Jumlah pengekspot perabot Bumiputera pada tahun 1997-2009 20

1.5 Bilangan usahawan pengeluar perabot kayu di Semenanjung 21

Malaysia mengikut negeri tahun 2009-2010

1.6 Pecahan bilangan pengeluar perabot kayu Bumiputera mengikut 22

negeri di Semenanjung Malaysia tahun 2009-2010

1.7 Bilangan usahawan perabot (termasuk produk BJC) Bumiputera 23

Kelantan 2004-2009

2.1 Perincian eksport perabot Malaysia 59

2.2 Perincian import perabot Malaysia 60

3.1 Faktor kejayaan Praag (1999) 84

3.2 Ringkasan penyelidikan perabot /produk berasaskan kayu 110

3.3 Pengukuran keberkesanan organisasi 117

4.1 Faktor kegagalan lawan kelestarian (Lussier,1996) 129

4.2 Model Galbreath (2005) - Faktor-faktor kelestarian 135

berdasarkan aspek fizikal dan bukan fizikal

4.3 Perbandingan aspek ciri usahawan teori dan model 139

4.4 Perbandingan aspek sumber di antara teori dan model 150

4.5 Perbandingan aspek strategi persaingan teori dan model 154

4.6 Analisis Porter Lima Gerak Kuasa dan ancaman-ancamannya 155

5.1 Jenis kajian kes 166

5.2 Bilangan sampel dan jawatan 171

6.1 Demografi usahawan yang ditemu bual 196

6.2 Institusi latihan yang dihadiri responden 199

Page 16: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

xv

6.3 Pengalaman pertukangan sebelum usahawan membuka

operasi perniagaan

200

6.4 Perubahan saiz perniagaan 201

6.5 Maklumat perniagaan bersaiz mikro 203

6.6 Maklumat perniagaan bersaiz kecil 205

6.7 Demografi usahawan dari perniagaan bersaiz sederhana 206

6.8 Demografi perniagaan bersaiz mikro 273

6.9 Demografi perniagaan bersaiz kecil 275

6.10 Demografi usahawan perniagaan bersaiz sederhana 276

6.11 Pengkelasan prestasi kewangan perniagaan usahawan 296

6.12 Nilai jualan Perniagaan J (Mikro) 297

6.13 Nilai jualan perniagaan usahawan kategori bersaiz kecil 299

6.14 Petunjuk bukan kewangan perniagaan usahawan bersaiz kecil 300

6.15 Nilai jualan perniagaan usahawan bersaiz sederhana 307

6.16 Indikator bukan kewangan perniagaan usahawan bersaiz

sederhana

308

6.17 Jangka masa dalam perniagaan 310

6.18 Perubahan saiz perniagaan 310

B.1 Ringkasan literatur 463

Page 17: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

xvi

SENARAI RAJAH

NO. MUKA SURAT

4.1 Model Porter Lima Daya Gerak Kompetitif (Sumber: Porter, 1980) 131

4.2 Kerangka konsep penyelidikan 137

4.3 Hubungan antara sumber perniagaan, keupayaan dan nilai teras

kecekapan(Sumber : Prahalad dan Hamel (1990)

138

7.1 Kerangka Konsep Usahawan Lestari (Kerangka KUL) 397

G.1 Nodes Utama Kajian 504

G.2 Nodes (Kategori) 505

G.3 Nodes Utama, Nodes Kategori dan Kod Terbuka 508

I.1 Kerangka Kelestarian Usahawan 533

I.2 Kemahiran nilai 534

I.3 Kemahiran teknikal 535

I.4 Pengurusan organisasi 536

I.5 Strategi persaingan dan Kelebihan Bersaing 537

Page 18: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

xvii

SENARAI SINGKATAN KATA

AFTA Asean Free Trade Area

ASEAN Association of Southeast Asian Nation Countries

CIAST Centre For Instructor & Advanced Skills Training

DEB Dasar Eknomi Baru

DPN Dasar Pembangunan Nasional

FITEC Furniture Industry Technology Centre

FRIM Forest Research Institute of Malaysia

IKM Institut Kemahiran Mara

ILP Institut Latihan Perindustrian

MARA Majlis Amanah Rakyat

MATRADE Malaysia External Trade Development Corporation

MBE Model Baru Ekonomi

MFIC Malaysia Furniture Industry Council

MIDA Malaysian Investment Development Authority

MPC Malaysia Productivity Corporation

MTIB Lembaga Perkayuan Malaysia

NATIP National Timber Industrypolicy

PKS Perindustrian Kecil Dan Sederhana

PUTEK Program Usahawan Teknikal (Mara)

RMK10 Rancangan Malaysia Ke 10

SIRIM Standand Industrial Research Institute Of Malaysia

SMIDEC The Small And Medium Industries Development Corporation

SSM Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Page 19: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

xviii

UDA Urban Development Authority

UiTM Universiti Teknologi Mara

UNDP United Nations Development Programme

Page 20: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

xix

Kelestarian Perniagaan Produk Berasaskan Kayu Dalam Kalangan Usahawan

Mikro, Kecil dan Sederhana Bumiputera Di Kelantan: Kemahiran, Strategi dan

Kelebihan Bersaing

ABSTRAK

Malaysia adalah salah sebuah negara pengeksport perabot terbesar di dunia, tetapi

penyertaan kaum Bumiputera dalam sektor ini amatlah kecil berbanding kaum lain, sedangkan

mereka merupakan kaum majoriti di negara ini. Ini merupakan satu kerugian kerana industri ini

merupakan salah satu sasaran ekonomi negara dan penjana tukaran wang asing. Isu utama

adalah berkait dengan soal ketidakupayaan usahawan Bumiputera untuk meneruskan kelestarian

yang akhirnya menyebabkan bilangan usahawan terbabit telah merosot. Justeru, isu ini serius

dan perlu diteliti kerana ia penting untuk kelangsungan ekonomi Bumiputera. Oleh itu,

penyelidikan ini diadakan untuk meneliti tentang apa dan bagaimana usahawan mampu

memastikan kelestarian perniagaan mereka di samping mengurangkan jurang akademik yang

melibatkan Teori Pandangan Berasaskan Sumber (RBV), isu kekurangan model tempatan dan

strategi PKS Bumiputera dalam memastikan kelestarian perniagaan. Dalam melaksanakan

penyelidikan ini, penyelidik telah menggunakan metod kualitatif untuk mengumpul data kerana

ianya bersifat induktif dan holistik. Data transkrip telah diproses dengan menggunakan perisian

nvivo dan kemudiannya ia dianalisis berdasarkan kes yang dikaji dan kemudiannya dibuat

analisis silang. Penemuan penyelidikan ini telah digunakan untuk menjawab dua perkara utama

iaitu persoalan penyelidikan dan untuk menghasilkan satu kerangka Konsep Usahawan Lestari

atau Kerangka KUL. Kerangka ini berpaksikan sumber ilmu, pengalaman, nilai dan kemahiran

usahawan yang dijadikan asas strategi untuk mencapai kelestarian perniagaan. Seorang

usahawan yang lestari bukan sahaja mahir dalam ilmu pertukangan, malahan menguasai

kemahiran pengurusan dan strategi persaingan. Dalam masa yang sama, mereka perlu

mengamalkan nilai-nilai positif seperti jujur, tekun, komited, mesra pelanggan, yang selari

dengan ajaran Islam. Penyelidikan ini juga telah mengenal pasti ciri kelebihan bersaing dalam

sektor produk berasaskan kayu adalah sifat semula jadi kayu seperti urat kayu, ketahanan, dan

reka bentuk produk, kemahiran usahawan dan penggunaan teknologi yang bersesuaian.

Penyelidikan ini juga mendapati hanya ciri „tiada pengganti‟ lebih realistik dalam

mempertahankan kelebihan bersaing. Akhirnya, penyelidikan ini diharap dapat menyumbang ke

arah peningkatan pengetahuan berkaitan keupayaan usahawan dan strategi persaingan kepada

dunia akademik dan juga kepada pengamal dalam bidang berkenaan.

Page 21: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

xx

Business Sustainability of Wood-Based Product Among

Micro, Small and Medium Sized Bumiputera Entrepreneurs in Kelantan:

Skills, Strategies and Competitive Advantages

ABSTRACT

Malaysia is one of the largest furniture exporters in the world, however despite being

the majority group in the country, the participation of Bumiputeras in this sector is very small

compared to the other races. This is quite a loss since this industry is one of the targets of the

country‟s new economic policy, and is a contributor to the country‟s foreign exchange. The

main issue that seems to be the stumbling block here is the Bumiputeras‟ inability to sustain

their enterprise. As such, this is a serious issue needing attention as it is important for the

survival of the Bumiputeras‟ economy. Therefore, this study has been undertaken as an

endeavour to investigate as to how these Bumiputera entrepreneurs can ascertain the

sustainability of their enterprise. In doing so, issues of the academic gap involving Resource

Based View Theory, insufficient local models and the small and medium enterprise strategies

are discussed. The method chosen for data collection, is the qualitative method because it is

inductive and holistic. The data collected are processed using nvivo software and analysed

according to the cases studied, after which a cross-analysis is done. The findings of this research

are used to answer the research question brought up in this study, as well as to develop a

conceptual model of a sustainable entrepreneur or Konsep Usahawan Lestari (Revised). This

model is built up based upon the entrepreneur‟s source of knowledge, experience and

entrepreneurial values and skills, which are the foundations needed to achieve sustainability.

Sustainable furniture entrepreneurs should not only be skilled in carpentry, but they also need to

master administrative skills as well as competitive strategies. In the meantime, they also need to

practise values in line with Islamic teachings like honesty, diligence, committedness and

customer-friendliness. This study has also identified competitive advantages in this sector such

as wood grain, wood lines and durability, plus product design, carpentry skill and use of

appropriate technology. This study also found that only the characteristic of “no other

substitute” will ensure an entrepreneur‟s competitive advantage. Finally, it is hoped that this

study will be able to contribute to the wealth of knowledge regarding entrepreneurial

competitive abilities and strategies not only to the entrepreneurs themselves but also to the

members of the academic world.

Page 22: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Bab ini membentangkan penjelasan tentang asas-asas penting dalam

perlaksanaan penyelidikan ini. Ia disusun dalam beberapa tajuk kecil, yang

dimulai dengan tajuk skop penyelidikan, makna kelestarian perniagaan, latar

belakang penyelidikan, sektor perindustrian di Malaysia, Perindustrian Kecil dan

Sederhana (PKS) dan perindustrian produk berasaskan kayu di Malaysia.

Seterusnya, bab ini memuatkan pernyataan masalah, persoalan penyelidikan,

objektif penyelidikan, kepentingan penyelidikan, definisi operasi penyelidikan,

organisasi tesis dan diakhiri dengan kesimpulan. Fokus utama bab ini adalah

tertumpu kepada penerangan tentang kerangka kasar dan asas-asas keseluruhan

penyelidikan ini yang berpaksikan kepada mencari jawapan tentang apa dan

bagaimana usahawan Bumiputera yang mengeluarkan produk berasaskan kayu

di negeri Kelantan memastikan kelestarian perniagaan. Secara lebih khusus,

penyelidikan ini meneliti aspek keupayaan kemahiran usahawan, strategi

persaingan dan kelebihan bersaing dalam kalangan usahawan Bumiputera

terbabit.

Page 23: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

2

1.2 Skop Penyelidikan

Skop penyelidikan ini melibatkan keupayaan usahawan meneruskan

kelestarian perniagaan pengeluaran produk berasaskan kayu iaitu (i) perabot

kayu seperti katil, meja, kerusi, kabinet dapur, kabinet pejabat, meja mesyuarat,

dan (ii) produk bahan binaan dan acuan (BJC) seperti kerangka pintu, kerangka

jendela, pintu, jendela, dan kayu kumai. Usahawan yang dikaji adalah terdiri

daripada kaum Bumiputera dalam kategori bersaiz mikro, kecil, dan sederhana

di negeri Kelantan.

1.3 Kelestarian Perniagaan dan Usahawan

Kelestarian perniagaan merujuk kepada keupayaan para usahawan

meneruskan aktiviti perniagaan mereka. Ia didasarkan kepada pendapat Watson,

Horgath-Scott, dan Wilson (1998) serta Dafna (2008) yang menyatakan

kelestarian dalam perniagaan adalah keupayaan meneruskan transaksi

perdagangan. Kenyataan ini disokong oleh Briiderl dan Preisendörfer (1998),

Brüderl dan Schüssler (1990), Putri Rozita, Diya‟udden dan Hassan (2011) yang

menganggap kemampuan meneruskan transaksi dalam perniagaan atau survival

dalam jangka masa tertentu adalah salah satu indikator kelestarian perniagaan.

Pandangan ini, bagaimanapun bertentangan dengan pendapat Stafford,

Bhargava, Danes, Haynes dan Brewton (2010) yang menyatakan kelangsungan

dalam perniagaan tidak semestinya dianggap berjaya, bahkan non-survival pula

Page 24: KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK BERASASKAN KAYU …umkeprints.umk.edu.my/4082/1/KELESTARIAN PERNIAGAAN PRODUK... · 2.5 Keusahawanan Produk Berasaskan Kayu di Malaysia 57 ... 6.7.6.5

3

bukanlah indikator kegagalan dalam sesuatu perniagaan. Ini bermakna

kelestarian perniagaan adalah sesuatu yang kompleks kerana ia mempunyai

pelbagai dimensi (Nor Hasni, 2011). Sebagai contoh, Solymossy (1988) dalam

hal ini membahagikannya kepada dua dimensi iaitu ekonomi dan kepuasan diri

usahawan, manakala ada pula yang mengkategorikannya kepada ekonomi atau

kewangan dan kategori lain-lain (Cooper & Arts, 1995; Md Aminul Islam

Mohamad Aktaruzzaman Khan, Abu Zafar Muhammad Obaidullah & Syed

Alam, 2011), bahkan usahawan sendiri dikatakan mempunyai persepsi tersendiri

tentang kejayaan dalam perniagaan (Simpson, Tuck & Bellamy, 2004). Justeru,

untuk mengharmonikan pendapat mereka, penyelidikan ini menganggap elemen

survival dan elemen kejayaan merupakan dimensi kelestarian perniagaan kerana

terdapat high-coincidence antara kedua-duanya (Cochran, 1981). Hal ini sesuai

dengan pendapat O‟Gorman, Mann dan Gazrin (2001) menganggap kelestarian

perniagaan melibatkan dua perkara utama iaitu keupayaan meneruskan

perniagaan jenis yang sama, dan keupayaan untuk kekal sehingga ke generasi

akan datang (Perbincangan lanjut tentang hal ini, sila lihat Bab 3).

Pengkajian tentang peranan usahawan dalam mencapai kelestarian

perniagaan pernah mendapat perhatian para penyelidik terdahulu kerana ia

berupaya membuktikan keupayaan seseorang usahawan meneruskan perniagaan

mereka (Saridan, 2007). Sebagai contoh, seseorang usahawan boleh dianggap

sebagai aktor ekonomi (Schumpeter, 1934), usahawan juga mestilah memiliki

kualiti terutama dalam membuat keputusan (Say, 1855). McClleland (1961)

pula mendapati usahawan mencapai kelestarian perniagaan kerana mereka