kelebihan modal personal

7
Kelebihan Modal Personal Model personal boleh ditakrifkan sebagai model pembentukan kendiri seseorang. Model ini boleh dikatakan mendorong seseorang pelajar untuk berdikari secara produktif dan mampu untuk mengetahui tentang tanggungjawab dan matlamat hidup sendiri. Terdapat pelbagai kelebihan dalam model personal ini. Tokoh –tokoh seperti Carl Rogers, Maslow, dan William Glasser telah menekankan pelbagai kekuatan tentang modal personal ini. Tokoh-tokoh humanistik ini telah banyak membincangkan kepada konsep-konsep yang juga berfokuskan kepada model personal. Konsep- konsep seperti konsep kendiri dam harga diri, arah kendiri yang positif dan sifat berdikari, kreativiti dan sifat ingin tahu dan perkembangan domain afektif dan emosi ditekankan dalam model personal ini. Terdapat tiga konsep model dalam model personal ini. Antaranya, Pengajaran fasilitatif Berasaskan kaedah yang dipelopori oleh Carl Rogers dan berpusatkan murid Peningkatan kesedaran kendiri Bertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan penunaian potensi masing-masing Synectics Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasikreativiti

Upload: richard-hughes

Post on 01-Oct-2015

426 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

modal personal

TRANSCRIPT

Kelebihan Modal Personal

Model personal boleh ditakrifkan sebagai model pembentukan kendiri seseorang. Model ini boleh dikatakan mendorong seseorang pelajar untuk berdikari secara produktif dan mampu untuk mengetahui tentang tanggungjawab dan matlamat hidup sendiri. Terdapat pelbagai kelebihan dalam model personal ini. Tokoh tokoh seperti Carl Rogers, Maslow, dan William Glasser telah menekankan pelbagai kekuatan tentang modal personal ini. Tokoh-tokoh humanistik ini telah banyak membincangkan kepada konsep-konsep yang juga berfokuskan kepada model personal. Konsep-konsep seperti konsep kendiri dam harga diri, arah kendiri yang positif dan sifat berdikari, kreativiti dan sifat ingin tahu dan perkembangan domain afektif dan emosi ditekankan dalam model personal ini. Terdapat tiga konsep model dalam model personal ini. Antaranya,

Carl Rogers percaya bahawa jika ada syarat dan peluang yang kondusif, seseorang individu akan dapat menuju ke arah diri serta mencapai autonomi. Menurut beliau model ini memberi kekuatan dari segi kecendurungan aktualisasi (actualising tendency). Iaitu model ini membantu dalam pembentukkan motivasi dalaman yang sering berkait dengan seseorang individu yang menuju kearah merealisasikan potensi secara sepenuhnya. Model ini juga membantu seseorang untuk melepaskan diri mereka daripada kawalan daya luaran dimana seseorang itu akan melakukan keinginannya tanpa sebarang halangan daripada faktor luaran.

Selain itu, beliau juga mengutarakan bahawa model personal ini mengutamakan pendidikan berpusatkan murid. Dalam pengaplikasian model personal ini, seseorang guru akan membimbing murid mereka yang mempunyai konsep kendiri yang negatif supaya membantu murid tersebut tidak perlu menerima pandangan dan penilaian orang lain. Salah satu kekuatan yang penting dalam model ini adalah guru akan berperanan sebagai kaunselor untuk murid murid mereka. Untuk membantu murid mereka membentuk konsep kendiri yang baik dan positif guru itu akan membina iklim pembelajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk pencapaian matlamat kaunseling dan juga untuk pembelajaran yang berpusatkan murid.Prinsip pembelajaran yang berasaskan kebebasan juga menjadi salah satu faktor kekuatan dalam model ini. Mengikut model ini, seseorang individu atau murid mendalami pembelajaran dengan pengalaman yang dialami dan difahami oleh murid itu sendiri. Kebebasan mereka dalam kecenderungan dan hasrat sendiri mendorong mereka dalam mencapai kesempurnaan kendiri mereka.Tambahan pula, kekuatan model personal ini juga adalah untuk membentuk personaliti kompeten, berkeyakinan dan bersepadu pada masa depan untuk para murid. Keutamaan hanya diberi untuk pembentukan individu serta pencapaian harga diri individu dalam penggunaan model personal ini. Oleh yang demikian, model persona ini boleh dikatakan model yang membentuk dan menyatupadukan aspek emosi , intelek dalam melahirkan personaliti yang seimbang.Seterusnya, dengan mengunakan model personal ini, seseorang guru dapat berpeluang untuk berpandukan kepada teknik-teknik pengajaran yang bukan mengarah semasa membimbing para muridnya. Penggunaan kaedah synectics (sinektik) digunakan dalam model personal juga membantu dalam mengingkatkan kreativiti murid dan juga dalam perjumpaan kelas bagi membentuk pembelajaran komuniti.Seperti yang dibincangkan tadi, konsep tokoh humanistik Maslow juga berfokuskan kepada penggunaan model personal dalam kalangan individu. Menurut Abraham Maslow (1970) seseorang individu akan berusaha mengejar dan memenuhi keperluannya seperti menggunakan bakatnya dalam menyempurnakan personaliti kendirinya. Kekuatan dalam model ini adalah dimana, Individu yang berjaya mengatasi masalah keperluan kekurangan akan memperolehi ilmu pengetahuan dan menceburinya dalam bidang estetik. Kekuatan yang mengutarakan oleh Maslow tentang model personal ini adalah tentang motivasi intrinsik. Motivasi intrinsik ini merupakan kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal seseorang individu. Maslow berpendapat bahawa dalam model ini, kuasa dalaman mendorong seseorang manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau rangsangan luar.Mengikut beliau, penggunaan model personal ini mendorong seseorang individu atau seseorang murid untuk;William Glasser, seorang ahli psikologi juga menekankan beberapa kekuatan dalam model personal ini melalui teori realiti dalam kaunselingnya. Menurut beliau model personal ini, mengajar murid atau seseorang individu untuk mengawal hidup diri sendiri. Ia mengajar murid untuk merangka kerja berdasarkan teori kawalan agar memahami tingkah laku dan juga untuk meningkatkan kesedaran tingkah laku yang murid itu miliki dengan tujuan mengawal alam sekitar.Selain itu, kelebihan model personal ini juga adalah dalam membuat pilihan baru. Menurut Glasser model ini membantu murid bertanggungjawa atas pilihan baru yang bukan menjadi mangsa pilihan dahulu. Sikap bertanggungjawab ini membantu seseorang individu itu untuk mengharungi kehidupan yang lebih selesa lagi.Seseorang individu dapat menilai keberkesanan tingkah laku menyeluruh dalam pencapaian yang dikehendaki dan mengamalkan tingkah laku baru yang diperlukan dengan menghayati model personal ini dalam kehidupan mereka. Ia juga akan membantu dalam pembinaan gambar mental yang realistik demi memenuhi keperluan asas mereka.Tambahan pula, Glasser juga menyatakan bahawa implikasi model personal akan membantu seseorang individu membina dam mengamalkan tingkah laku yang boleh menolongnya supaya memenuhi keperluan masa kini dan masa depan. Beliau juga mengatakan bahawa model ini akan membantu individu tersebut mengelakkan daripada kawalan tingkah laku orang lain yang negatif.Ketiga-tiga tokoh ini merumuskan bahawa model personal ini membentuk pendidik untuk membolehkan mereka memahami diri mereka sendiri, dan betanggungjawab atas pendidikan masing-masing. Beliau juga mengutarakan bahawa model personal ini membantu pendidik untuk mencapai tahap perkembangan yang jauh melebihi tahap maksimum kearah kualiti hidup yang tinggi. Usaha inilah yang akan diterajui oleh setiap tokoh dalam model model yang terkandung dalam kumpulan model personal. Sebagai rumus, boleh dikatakan bahawa model personal ini memberi keutamaan kepada perspektif bersifat individu dan juga menggalakkan sifat berdikari yang produktif.

Sehubungan dengan itu, model personal ini boleh dikatakan sangat sesuai untuk pengubahsuaian persekitaran pembelajaran dalam kelas oleh guru. Model ini akan membantu guru untuk meningkatkan kualiti peribadi serta perasaan murid dan juga untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berasaskan komunikasi yang lebih berkesan sesama guru dengan murid serta murid dengan murid.

Rujukan

Mohd.Sharani Ahmad & Zainal Madon (2007). Tip Pandai Belajar Kuala Lumpur.PTS MillenaAbraham H.Maslow (1984).Motivasi dan Keperibadian Jakarta. Pustaka Binoman PressidoMok Soon Sang(2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak.Malaysia. Penerbitan Mulimedia

Azizi Yahaya (2005) Psikologi Kognitif Johor. Universiti Teknologi MalaysiaGagne, Ellen D (1985).The Cognitive Psychology Of School Learning.Boston.Little Brown