kelebihan dan kelemahan bengkel kh

10
SUB- TUGASAN Kaitkan keberkesanan pengurusan bengkel yang terdapat disekolah anda menjalani praktikum. Bengkel Kemahiran Hidup adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Walau apapun bentuk struktur organisasi dan fizikal, program pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup tetap berjalan disekolah. Keadaan bengkel amat memberi pengaruh yang besar dalam menyediakan aktiviti – aktiviti pendidikan dalam sesebuah topik. Penyusunan, penggunaan dan penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah- langkah mengelak kemalangan yang dijalankan dengan teratur melahirkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang konduksif. Pengurusan bengkel yang berkesan merupakan antara komponen penting bagi pendidikan dalam menerap unsur kemahiran dalam diri murid – murid . Pengurusan secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Yahya, 1989). Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu

Upload: ismi-dahari

Post on 27-Oct-2015

837 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Penyataan berkenaan kelebihan dan kelemahan bengkel di sekolah anda

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan dan kelemahan bengkel KH

SUB- TUGASAN

Kaitkan keberkesanan pengurusan bengkel yang terdapat disekolah anda

menjalani praktikum.

Bengkel Kemahiran Hidup adalah pusat operasi pengajaran dan pembelajaran

bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Walau apapun bentuk struktur organisasi dan

fizikal, program pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup tetap berjalan

disekolah. Keadaan bengkel amat memberi pengaruh yang besar dalam menyediakan

aktiviti – aktiviti pendidikan dalam sesebuah topik. Penyusunan, penggunaan dan

penyelenggaraan alat atau bahan, serta langkah-langkah mengelak kemalangan yang

dijalankan dengan teratur melahirkan suasana dan persekitaran pembelajaran yang

konduksif.

Pengurusan bengkel yang berkesan merupakan antara komponen penting bagi

pendidikan dalam menerap unsur kemahiran dalam diri murid – murid . Pengurusan

secara sistematik di dalam bengkel amat penting untuk memperolehi keberkesanan

dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Yahya, 1989). Sesebuah bengkel yang

diuruskan dengan baik dan bersistematik akan membantu keberkesanan proses

pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini bersesuaian dengan proses pengajaran dan

pembelajaran itu sendiri yang mana disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik

yang dilakukan di dalam bengkel merupakan komponen utama dalam pengajaran dan

pembelajaran yang berasaskan sains, teknik dan kemahiran (Newable dan Canon,

1989).

Page 2: Kelebihan dan kelemahan bengkel KH

Mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran

secara teori sahaja malahan juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali.

Pembelajaran amali dijalankan di dalam bengkel - bengkel kerana kelengkapan dan

kemudahan yang ada dapat membantu pembelajaran secara amali. Oleh itu tahap

pengetahuan dan peraturan keselamatan bengkel dalam kalangan murid Sekolah

Kebangsaaan Langkasuka harus lah dititik beratkan bagi mewujudkan keberkesanan

penyampaian isi pembelajaran Kemahiran Hidup.

Keberkesanan pengurusan sekolah ini adalah ditahap yang amat baik, ini

disebabkan bengkel Kemahiran Hidup telah diuruskan oleh Ketua Panitia kemahiran

hidup Sekolah Kebangsaan Langkasuka iaitu Encik Zulfadhli Abd Mutalin. Bengkel telah

disusun dan telah diwujudkan beberapa peraturan untuk membentuk suasana kelas

yang konduksif. Disebabkan oleh bengkel ini baru sahaja dipindahkan ke blok baru

maka suasananya kurang menarik jika diperhatikan daripada bahagian luar kerana

belum lagi dihias tetapi kebersihannya tetap dijaga.

Bergerak kepada bahagian kelas teori beberapa meja petak jenis baru untuk

menempatkan murid dalam bentuk kumpulan telah dibentuk. Ini dapat menwujudkan

peraturan dalam kelas bagi mengawal keadaan kelas. Kumpulan juga telah ditetapkan

oleh guru bagi menyediakan satu ruang persaingan yang sihat dalam meningkatkan

kognitif murid. Beberapa peralatan seperti bahan bantu mengajar telah disediakan bagi

membantu guru untuk memudahkan penyampaian isi pembelajaran. Bahan rujukan

juga telah disediakan bagi membantu murid serta guru untuk meningkatkan ilmu

pengetahuan dalam beberapa bidang.

Page 3: Kelebihan dan kelemahan bengkel KH

Pengunaan unsur ICT seperti peralatan dan bahan juga terdapat didalam

bengkel Kemahiran Hidup , kemudahan ini memberikan kesan yang amat baik dalam

memudahkan penyampai ilmu pengetahuan pada murid. Ini juga dapat menyingkatkan

lagi waktu penyampaian isi pembelajaran kepada murid . Video, musik, dan tayangan

slaid dapat dijalankan kepada murid – murid untuk meningkatkan minat murid untuk

belajar.

Kawasan bengkel yang digunakan untuk menjalankan projek dan amali adalah

berada dalam keadaan yang sangat teratur dan kemas. Peralatan seperti alatan

menjahit, kayu dan sebagainya telah disusun dengan kemas mengikut susunan yang

telah ditetapkan dan selalu diselenggara. Ini mewujudkan satu pengurusan inventori

alatan yang sangat baik dan boleh mengesan sekiranya berlaku kehilangan dan juga

kerosakan. Keadaan bengkel sentiasa dikawalan atas penjagaan guru dan juga murid.

kebersihan dan kekemasan setiap kawasan ini adalah dipertangungjawab kepada

sesiapa yang mengunakannya. Ini telah menjadi teras utama undang – undang dalam

mengunakan bengkel Kemahiran hidup.

Kawasan tambahan yang dapat dilihat di bengkel Kemahiran Hidup sekolah ini

adalah kawasan semaian dan tanaman yang terdapat pada kawasan lapang di tengah-

tengah antara blok baru dan lama. Kawasan ini digunakan untuk menjalankan tajuk

tanaman dalam subjek Kemahiran Hidup dalam darjah empat, lima dan juga enam. Isi

pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih mendalam dan dilakukan secara

praktikal. Keberkesanan pengurusan bengkel ini ada menarik minat murid untuk

mengambil bahagian aktif sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Page 4: Kelebihan dan kelemahan bengkel KH

Untuk meningkatkan lagi keberkesanan dalam pengunaan bengkel beberapa

peraturan dan undang – undang telah dijalankan bagi kesemua penguna bengkel

termasuklah murid – murid dan juga guru. Ini bagi menwujudkan satu sistem penguna

yang amat menitik beratkan keselesaan ketika mengunakan bengkel dan peralatan

yang terdapat didalam bengkel. Kawasan dan persekitaran ini amat memerlukan aturan

dan peraturan untuk menjamin keselamatan semua pihak. Ini sama sekali akan

meningkatkan disiplin murid – murid.

Sekolah Kebangsaan Langkasuka telah membentuk satu suasana bengkel yang

amat berkesan untuk dijadikan tempat ilmu pengetahuan disampaikan dengan lebih

berkesan. Kesimpulannya penglibatan kesemua pihak dalam mengurus, menjaga dan

menyediakan bengkel adalah amat dititik beratkan, bukan hanya melepaskan batuk

ditangga. Ruang yang kondusif telah dibentuk dalam bengkel kemahiran hidup Sekolah

Kebangsaan Langkasuka yang terletak di daerah yang bebas dari hingar-pingar bandar.

Page 5: Kelebihan dan kelemahan bengkel KH

Huraikan kelebihan (keberkesanan) dan kelemahan bengkel KHB disekolah

Sepanjang menjalankan praktikum di sekolah tersebut. Pengunaan bengkel

Kemahiran Hidup adalah sepenuhnya ini termasuklah dalam waktu mata pelajaran

Kemahiran Hidup. Penggunaan bengkel ini dapat menyediakan beberapa penyampai isi

pembelajaran dengan lebih lancar dan teratur. Beberapa kelebihan dapat dilihat dalam

pengurusan untuk menyediakan keberkesanan mata pelajaran Kemahiran Hidup

disampaikan antaranya ialah kawasan strategi bengkel.

Kawasan penyusunan bengkel dapat memberi peluang dalam menyediakan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lancar. Ini kerana terdapatnya kawasan dan

ruang bagi setiap jenis tajuk termasuklah, tanaman , projek kayu , elektrik dan

sebagainya. Pergerakan murid dalam menjalankan aktiviti juga adalah memudahkan

dan lebih teratur. Ini menyumbang dalam penjimatan masa dalam melakukan sebarang

aktiviti.

Kemudahan dalam bengkel juga adalah ditahap maksimun . kemudahan yang

dimasukkan adalah ruangan rujukan, sumber air, bahagian alatan dan juga kemudahan

ICT yang dapat digunakan oleh guru dalam menyediakan pengajaran yang baik.

Kemudahan ini selalu di periksa dan dijaga dengan rapi oleh guru sekolah tersebut.

Peraturan dan undang – undang juga tidak terkecuali dalam menyediakan

bengkel yang konduksi untuk murid melakukan aktiviti dan mencapai ilmu pengetahuan.

Beberapa papan tanda keselamatan dan peraturan telah ditempatkan didalam kelas

bagi paparan semua bagi mengelak kemalangan dan menjamin waktu sekolah yang

Page 6: Kelebihan dan kelemahan bengkel KH

teratur ketika bengkel digunakan. Tindakan dan teguran sering disampaikan oleh guru

bagi memperingati setiap tata tertib yang terdapat dalam bengkel.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang tidak dapat dielakkan

daripada berlaku. Antaranya adalah bilangan peralatan yang tidak dapat memenuhi

peluang pengunaan bagi setiap murid – murid. Murid – murid harus berkongsi beberapa

peralatan yang telah disediakan di dalam bengkel. Masalah ini tidak dapat dielakkan

kerana kemampuan sekolah dalam menyediakan peralatan - peralatan tersebut.

Selain itu, Bengkel Kemahiran Hidup ini adalah bengkel yang baru,

kedudukannya kurang sesuai kerana berada dekat dengan kelas. Andai kata waktu

tersebut murid belajar menggunakan mesin, ia menganggu pengajaran dan

pembelajaran kelas berkenaan. Bengkel di blok baru juga mempunyai ruang yang

terhad berbanding bengkel yang lama yang lebih luas.

Antara kelemahan yang boleh dikesan adalah tenaga dan pihak yang menjadi

sebahagian daripada pemantauan dan penjagaan bengkel adalah kurang. Bilangan

guru dan kakitangan yang menjaga bengkel adalah tidak mencukupi , ini menyebabkan

penyeliaan dan baik pulih kerosakan yang terdapat di dalam bengkel dapat diselesaikan

dalam tempoh yang lama. Namun, ini berlawanan dengan pengunaan bengkel yang

hanya digunakan oleh guru kemahiran hidup yang mengurangkan lagi risiko kerosakan

peralatan dalam bengkel.

Peralatan pertukangan didalam bengkel juga menjadi salah satu kelemahan

yang dapat dikesan. Beberapa peralatan yang terdapat didalam bengkel merupakan

peralatan lama yang setengahnya tidak dapat digunakan lagi kerana berlaku kerosakan

Page 7: Kelebihan dan kelemahan bengkel KH

dan tidak dibaik pulih. Ini tidak dapat dielak kerana peruntukan untuk penyeliaan

peralatan tersebut adalah kurang dan terhad.

Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat juga guru yang tidak menggunakan

bengkel sebagai tempat P&P dan pembelajaran hanyalah dibuat di kelas murid sahaja.

Keadaan ini membuatkan keberkesanan penggunaan bengkel akan berkurang.

Sepatutnya guru perlu lebih peka dalam memberi pembelajaran yang bermakna kepada

anak didik mereka. Gunakan lah kelebihan yang ada bengkel dan tidak hanya

menunding jari pada kelemahan bengkel menyebabkan mereka hanya mengajar di

kelas sahaja.