kelebihan dan kekurangan bahan bercetak

3
TUGASAN PSS 3109 2013 1 KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BAHAN BERCETAK Penggunaan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial telah diperkenalkan oleh Robert M Gagne. Bahan bercetak diklasifikasikan kepada dua jenis iaiatu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar. Contoh bahan bergambar ialah suar khabat, brosur, poster dan gambar manakala contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf. Penggunaan bahan bercetak dikenalpasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kelebihan bahan bercetak ialah bahan tersebut mudah didapati. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang tidak digunakan lagi seperti majalah, surat khabar serta buku-buku lama yang sudah tidak diguna pakai. Melalui penggunaan bahan-bahan terpakai, sebenarnya guru boleh menerapkan nilai berjimat sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana dunia kini memperlihatkan kepincangan kekurangan sumber mentah seperti kepupusan kayu balak bagi penghasilan buku. Seterusnya, bahan bercetak juga senang dibawa kerana bahan jenis ini yang ringan dan mudah disisipkan ke dalam fail. Bahan bercetak juga tidak memerlukan kos penyediaan serta perbelanjaan yang tinggi Guru boleh mendapatkan bahan daripada surat khabar yang dilanggani pada setiap hari atau ketika pameran di sekolah. Meskipun kadang-kala kita memandang isu perbelanjaan sebagai suatu senario yang remeh temeh, tetapi sebenarnya setiap guru perlu bijak menguruskan perbelanjaan penyediaan bahan bantu mengajar ke arah yang paling minimum. Selain itu, penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan seseorang guru untuk berkemahiran dalam menggunakannya. Tidak seperti bahan bantu mengajar yang lain seperti bahan multimedia interaktif yang memerlukan kecekapan seorang guru dalam penghasilan bahan tersebut. Guru hanya perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan hanya menggunakan satu bahan bercetak sahaja seperti peta. Peta daerah boleh digunakan dalam mengajar taburan penduduk, bentuk muka bumi dan penghasilan karangan berpandu.

Upload: snexon-jajan-maria

Post on 01-Dec-2015

3.351 views

Category:

Documents


61 download

DESCRIPTION

Tutorial Sumber Pengajian Sosial..

TRANSCRIPT

Page 1: Kelebihan Dan Kekurangan Bahan Bercetak

TUGASAN PSS 3109 2013

1

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BAHAN BERCETAK

Penggunaan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran

dalam Pengajian Sosial telah diperkenalkan oleh Robert M Gagne. Bahan bercetak

diklasifikasikan kepada dua jenis iaiatu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.

Contoh bahan bergambar ialah suar khabat, brosur, poster dan gambar manakala

contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf. Penggunaan bahan bercetak

dikenalpasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri.

Antara kelebihan bahan bercetak ialah bahan tersebut mudah didapati. Sebagai

contoh, guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang tidak digunakan lagi

seperti majalah, surat khabar serta buku-buku lama yang sudah tidak diguna pakai.

Melalui penggunaan bahan-bahan terpakai, sebenarnya guru boleh menerapkan nilai

berjimat sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana dunia

kini memperlihatkan kepincangan kekurangan sumber mentah seperti kepupusan kayu

balak bagi penghasilan buku.

Seterusnya, bahan bercetak juga senang dibawa kerana bahan jenis ini yang

ringan dan mudah disisipkan ke dalam fail. Bahan bercetak juga tidak memerlukan kos

penyediaan serta perbelanjaan yang tinggi Guru boleh mendapatkan bahan daripada

surat khabar yang dilanggani pada setiap hari atau ketika pameran di sekolah.

Meskipun kadang-kala kita memandang isu perbelanjaan sebagai suatu senario yang

remeh temeh, tetapi sebenarnya setiap guru perlu bijak menguruskan perbelanjaan

penyediaan bahan bantu mengajar ke arah yang paling minimum.

Selain itu, penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan seseorang guru untuk

berkemahiran dalam menggunakannya. Tidak seperti bahan bantu mengajar yang lain

seperti bahan multimedia interaktif yang memerlukan kecekapan seorang guru dalam

penghasilan bahan tersebut. Guru hanya perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedah

dan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan hanya menggunakan satu

bahan bercetak sahaja seperti peta. Peta daerah boleh digunakan dalam mengajar

taburan penduduk, bentuk muka bumi dan penghasilan karangan berpandu.

Page 2: Kelebihan Dan Kekurangan Bahan Bercetak

TUGASAN PSS 3109 2013

2

Bahan bercetak juga mudah untuk dijaga dan tahan lama. Paling utama ialah

guru itu sendiri hendaklah mahir dalam memastikan kaedah penyimpanan bahan

bercetak itu berkesan. Sebagai contoh sekiranya guru menggunaakan poster, guru

perlu menggulung poster tersebut dan menyimpannya di tempat yang elok. Guru tidak

seharusnya melipat dan menghempap poster dengan sebarang objek berat.

Penggunaan bahan bergambar seperti buku membantu murid meluaskan

pengetahuan dan pemahaman. Rangasangan luaran seperti gambar mampu membina

set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka

pendek atau jangka panjang. Bahan tidak bergambar seperti pula mendedahkan murid

dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti

membuat graf atau melukis dan memberi peluang kepada murid untuk meluaskan

penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang

sesuatu laporan.

Walaupun terdapat banyak kelebihan yang disenaraikan mengenai bahan

bercetak ini, namun bahan jenis ini mempunyai beberapa kelemahan dalam

penggunaannya. Antaranya ialah bahan bercetak tidak dapat disunting seperti bahan

multimedia interaktif. Sebarang kesilapan dalam aspek kesalahan tanda baca, ejaan

perkataan dan struktur serta nahu ayat tidak boleh dipadam atau diedit setelah dicetak.

Oleh itu, murid akan terpengaruh dengan kesalahan tersebut seandainya guru tidak

membetulkan kesalahan yang terdapat pada sumber bahan bercetak. Sebagai contoh,

sekiranya di dalam brosur terdapat ayat ‘Gempabumi merupakan suatu fenomena

alam’, murid cenderung untuk menulis frasa ‘gempabumi’ dalam penulisan

karangannya.

Selain itu bahan ini mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik seperti

dimakan anai-anai dan kulat. Sukar untuk kita dapati terdapat bilik kedap udara yang

boleh memuatkan kapasiti bahan bercetak bagi tujuan pengurusan mahupun

penggunaan P&P. Malahan lebih relevan jika dikatakan tiada langsung bilik kedap

udara yang wujud dalam mana-mana institusi pendidikan. Kehadiran udara terkempap

Page 3: Kelebihan Dan Kekurangan Bahan Bercetak

TUGASAN PSS 3109 2013

3

dalam bilik penyimpanan bahan bercetak tidak kira di dalam kelas atau rumah

sebenarnya menyumbang ke arah pembiakan kulat. Serangga-serangga kecil pula turut

membiak. Serangga dan kulat mampu merosakkan struktur bahan bercetak seperti

majalah dan buku.

Bahan-bahan juga mengandungi info-info serta maklumat yang telah lapuk.

Contohnya maklumat-maklumat seperti yang terdapat di dalam buku-buku sentiasa

dikemaskini dari semasa ke semasa dan berubah. Sebagai contoh, isi kandungan buku

teks akan dirombak semula selang beberapa tahun bagi menambahbaik kurikulum

sedia ada. Hal ini memberi impak negatif terhadap guru kerana guru terpaksa

membiasakan diri dengan isi kandungan yang baru dan merangka ramalan

kepincangan yang dihadapi murid.

Bahan ini juga kurang mempunyai unsur-unsur interaktif seperti bahan lain yang

mampu merangsang minat murid. Bahan yang terlalu banyak teks membuatkan murid

berasa bosan dan jemu untuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Kita

seharusnya sedar pada peringkat murid sekolah rendah, mereka lebih tertarik dengan

imej bergerak dan gabungan penghasilan audiovisual dalam pembelajaran. Hal ini

menjadi titik tolak kepada penghasilan banyak bahan bantu mengajar yang lebih

interaktif seperti video interaktif.

Bukan itu sahaja, malah terdapat bahan bercetak yang mempunyai aras kognitif

yang tidak setara dengan tahap pemikiran murid. Murid mungkin tidak memahami isi

pelajaran sedang dipelajari. Tidak semua guru faham tentang sasaran pembaca yang

disasarkan oleh penulis buku. Oleh itu, guru bersikap ringkas dengan menggunakan

apa jua bahan bercetak sebagai bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan bercetak

juga dianggap sebagai bahan hafalan. Oleh itu, murid kurang dilatih dalam

mengaplikasikan kemahiran berfikir. Mereka hanya diminta untuk menghafal maklumat

sehingga menjadikan bahan bantu mengajar itu sendiri sebagai bahan bantu beban.

Intihanya, penggunaan bahan bercetak mempunyai kelebihan dan kekurangan

dalam segenap aspek. Terpulang kepada guru untuk bijak menggunakan bahan jenis

ini dengan kaedah dan strategi tersendiri.