kelapa sawit

2

Click here to load reader

Upload: nur-anati

Post on 12-Dec-2015

12 views

Category:

Documents

1 download

DESCRIPTION

teks tentang kelapa sawit

TRANSCRIPT

Page 1: Kelapa Sawit

Kelapa Sawit

Malaysia merupakan sebuah negara pertanian sejak

dulu lagi. Negara kita merupakan pengeluar utama pelbagai

jenis hasil pertanian seperti kelapa sawit. Sektor pertanian di

Malaysia menduduki tangga ketiga sebagai penyumbang

kepada pendapatan dan kemajuan ekonomi negara.

Kegawatan ekonomi yang melanda negara kita pada tahun

1997 telah menyedarkan kerajaan bahawa sektor pertanian

masih penting dan merupakan sektor penyelamat negara kita.

Melalui sektor pertanian, negara kita mampu mengharungi

kegawatan ekonomi.

Kelapa sawit merupakan tanaman yang paling

menguntungkan negara kita. Oleh itu, kebanyakan tanah di

Malaysia digunakan untuk menanam kelapa sawit. Ladang

kelapa sawit boleh dilihat di merata-rata tempat di seluruh

Malaysia kerana penanaman kelapa sawit giat dijalankan dan

sektor ini telah membuka banyak peluang kerja kepada

masyarakat kawasan pedalaman kerana ada gula ada semut.

Kelapa sawit juga merupakan eksport utama Malaysia

ke negara-negara asing seperti Amerika Syarikat dan Kanada.

Hal ini demikian kerana kelapa sawit boleh digunakan untuk

menghasilkan minyak kelapa sawit dan pelbagai barangan

yang berguna. Malah, daun-daun dan sabut kelapa sawit boleh

dijadikan baja yang boleh digunakan dalam sektor pertanian

dan digunakan secara meluas oleh para petani dan pekebun.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kelapa sawit banyak

memanfaatkan kita dan merupakan salah satu punca

pendapatan negara kita yang terpenting.

Page 2: Kelapa Sawit