kejayaan sesebuah pelan pembangunan sangat bergantung kepada keupayaan seseorang pemimpin menangani...

5
Kejayaan sesebuah pelan pembangunan sangat bergantung kepada keupayaan seseorang pemimpin menangani isu-isu terhadap pelaksanaan di dalam organisasinya. Jelaskan Pengurusan amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Ia merupakan satu proses aktiviti tadbir urus untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber- sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Mintzberg (1980) berpendapat, pengurusan adalah satu usaha untuk meramal dan merancang, mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Manakala, Hodge B.J. (2003) mentakrifkan pengurusan sebagai suatu proses yang berterusan yang meliputi proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penilaian dan pengawalan terhadap segala tugas dan tanggungjawab setiap ahli dalam organisasi bagi mencapai setiap objektif yang telah ditetapkan. Setiap pekerja menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi sekiranya aktiviti-aktiviti dibentuk secara efektif (Robbins, 2003). Kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi bukan terletak pada kecekapan dan keberkesanan pengurusan sematamata malah ia juga mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pengurus. Pengurus dapat dibezakan berdasarkan peringkat, kedudukan dan fungsi mereka dalam organisasi. Pengurus Peringkat Atasan, Pengurus Peringkat Pertengahan, Pengurus Peringkat Bawahan. Dalam konteks pengurusan, maksud pengurus adalah seseorang yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain dalam semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya: a. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang bertindak mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka juga diberi kuasa untuk mengarah pekerja yang berada di bawah tanggungjawabnya.

Upload: shinobi-dan

Post on 11-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Kejayaan Sesebuah Pelan Pembangunan Sangat Bergantung Kepada Keupayaan Seseorang Pemimpin Menangani Isu

Kejayaan sesebuah pelan pembangunan sangat bergantung kepada keupayaan seseorang pemimpin menangani isu-isu terhadap pelaksanaan di dalam organisasinya. Jelaskan

Pengurusan amat penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah organisasi. Ia merupakan satu proses aktiviti tadbir urus untuk merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber secara cekap dan berkesan ke arah mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Mintzberg (1980) berpendapat, pengurusan adalah satu usaha untuk meramal dan merancang, mengorganisasi, mengarah, mengkoordinasi dan mengawal. Manakala, Hodge B.J. (2003) mentakrifkan pengurusan sebagai suatu proses yang berterusan yang meliputi proses perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penilaian dan pengawalan terhadap segala tugas dan tanggungjawab setiap ahli dalam organisasi bagi mencapai setiap objektif yang telah ditetapkan. Setiap pekerja menyumbang kepada pencapaian matlamat organisasi sekiranya aktiviti-aktiviti dibentuk secara efektif (Robbins, 2003). Kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi bukan terletak pada kecekapan dan keberkesanan pengurusan sematamata malah ia juga mengambil kira peranan yang dimainkan oleh pengurus. Pengurus dapat dibezakan berdasarkan peringkat, kedudukan dan fungsi mereka dalam organisasi. Pengurus Peringkat Atasan, Pengurus Peringkat Pertengahan, Pengurus Peringkat Bawahan.

Dalam konteks pengurusan, maksud pengurus adalah seseorang yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain dalam semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya:

a. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang bertindak mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka juga diberi kuasa untuk mengarah pekerja yang berada di bawah tanggungjawabnya.

b. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan cekap bagi mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan.

c. Pengurus juga perlu bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan pekerja di bawah pengelolaannya. Prestasi pengurus dinilai berdasarkan kejayaan dan kegagalan peranannya.

d. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan keutamaan seperti melakukan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta.

e. Pengurus menetapkan matlamat, perancangan, dan dasar serta melaksanakan strategi.

R.W. Griffin pula mendefinisikan pengurus sebagai orang pertama yang bertanggungjawab dalam kesedaran proses pengurusan. Secara khususnya, pengurus adalah orang yang merancang dan membuat keputusan, mengorganisasi, mengarah dan mengawal sumber manusia, kewangan dan maklumat (Griffin, 2000). J.Penc (2000) pula berpendapat pengurus adalah orang yang ditugaskan untuk mengurus, memenuhi semua fungsi dan menggunakan semua atau sebahagian sumber-sumber untuk mencapai matlamat organisasi.

Page 2: Kejayaan Sesebuah Pelan Pembangunan Sangat Bergantung Kepada Keupayaan Seseorang Pemimpin Menangani Isu

Seorang pengurus cenderung untuk menggalas tugas dan peranan yang berbeza setiap hari. Sebagai contoh, selain mengetuai pasukan, pengurus juga bertanggungjawab untuk menyelesaikan konflik yang berlaku, berunding untuk mendapatkan kontrak, mewakili jabatan dalam mesyuarat serta meluluskan permohonan. Terdapat enam peranan penting yang dimainkan oleh pengurus dalam organisasi iaitu peranan sebagai tunggak, pemimpin, pegawai perhubungan, jurucakap, perunding dan pencetus idea.

Sebagai pemimpin, tugas pengurus melibatkan penyediaan matlamat, mewujudkan tindakan yang terperinci dan mengagihkan sumber. Pengurus juga bertanggungjawab dalam memberi arahan, mengawal dan menyelaras aktivitiaktiviti orang bawahan seperti mengupah, melatih, menaikkan pangkat, membuang pekerja serta memotivasi dan memberi semangat kepada mereka.

Pengurus memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah organisasi. Gaya kepimpinan pengurus yang efektif dan efisien mampu membawa organisasinya mencapai objektif dan matlamat yang dikehendaki. Kepimpinan bermaksud mewujudkan budaya dan nilai yang dikongsi bersama, menyalurkan maklumat mengenai matlamat kepada semua ahli organisasi melalui proses komunikasi, dan menanamkan dalam diri pekerja semangat berusaha ke arah tahap prestasi yang tinggi (Aizat, Intan dan Zainal, 2006). Tanggungjawab pengurus sebagai pemimpin adalah mengarah dan memotivasi subordinat, melatih, membimbing, memberi kaunseling dan berkomunikasi dengan subordinat. Artikel yang bertajuk „Sejenak Bersama Peneraju Westport‟ ini berkisarkan tentang kepimpinan Ketua Pegawai Eksekutif Westports Holdings Bhd. iaitu Ruben Emir Ghanalingam. Beliau mengambil alih tugas bapanya, Tan Sri G. Datuk Ghanalingam, mengendalikan Westports, iaitu terminal kontena utama di Pelabuhan Klang dengan gaya pengurusannya tersendiri.

Antara peranan pengurus sebagai pemimpin ialah bertanggungjawab terhadap organisasi dengan memberi dorongan dan galakkan kepada pekerja untuk bekerja berpandukan matlamat organisasi. Sebagai contoh, disebabkan keadaan sentiasa berubah, Ruben berpendapat kakitangan dan syarikat juga mesti membuat perubahan seiring dengan tuntutan zaman. Sebarang perubahan mesti dilakukan dengan pantas bagi memastikan syarikat berada di landasan yang betul untuk terus maju. Disebabkan itulah beliau kerap bertemu dengan kakitangan syarikat bagi memastikan penambahbaikan dilakukan pada setiap lapisan dalam syarikat. Menurutnya, seorang pemimpin perlu membimbing dan menjadikan orang lain lebih baik. Selain itu, komunikasi samada secara lisan atau bukan lisan adalah aspek kerja pengurus yang sangat penting. Schermerhorn (1993), mentakrifkan komunikasi sebagai “satu proses antara perseorangan untuk menghantar dan menerima lambang yang mengandungi mesej dalamnya.” Komunikasi dianggap sebagai nadi yang menghidupkan perjalanan organisasi kerana melalui komunikasi, pengurus boleh menyampaikan ideanya dalam membuat perancangan, memotivasikan ahli-ahli organisasi dan menjalankan proses pengawalan. Sebagai contoh, Ruben menggalakkan dialog terbuka dengan kakitangannya.

Page 3: Kejayaan Sesebuah Pelan Pembangunan Sangat Bergantung Kepada Keupayaan Seseorang Pemimpin Menangani Isu

Mereka boleh berjumpa secara terus untuk bersuara atau memberi kritikan kepadanya sekiranya berlaku kesilapan kerana mereka dianggap sebahagian daripada keluarga. Ruben turut memperkenalkan konsep „Peti Cadangan‟ sebagai saluran maklumat. Kakitangan yang segan untuk bersemuka boleh menulis surat, idea, cadangan atau kritikan dan akan menerima jawapannya. Hal ini menunjukkan terdapatnya komunikasi di antara pengurus dan subordinat.

Selain itu, seorang pengurus bertanggungjawab terhadap prestasi kerja pekerja bawahannya. Setiap pekerja akan disediakan latihan seawal hari pertama mereka bekerja bagi meningkatkan prestasi diri. Ruben menegaskan, prestasi adalah penggerak utama syarikat. Tiada toleransi terhadap mereka yang menunjukkan prestasi yang kurang baik kerana mereka dinilai berdasarkan merit tanpa layanan istimewa terhadap kekananan, usia atau jantina. 6 Sebagai pemimpin, sudah pasti pengurus mengharapkan prestasi kerja yang lebih baik daripada kakitangannya. Oleh itu, pengurus perlu sentiasa memotivasikan kakitangan untuk menarik dan meningkatkan produktiviti kerja di kalangan mereka. Motivasi menurut Williams (2000) terdiri daripada “kuasa-kuasa yang boleh mendorong, mengarah serta membolehkan seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tertentu.” Sebagai contoh, bagi meningkatkan motivasi pekerja, Westports menyediakan prospek dan jaminan kerja kepada kakitangan serta tawaran gaji yang sangat kompetitif di samping pelbagai faedah seperti program perubatan untuk pasangan dan tanggungan. Menurut Ruben, faedah terbesar yang diberikan kepada kakitangannya adalah latihan dalaman yang membolehkan mereka menimba ilmu dan pengalaman yang luas dalam bidang pengendalian pelabuhan.

Oleh yang demikian, kepimpinan pengurus sebagai ketua dapat dilihat. Tanggungjawab yang dipikul oleh pengurus sebagai pemimpin adalah penentu hala tuju organisasi