globalisasi ekonomi dan saling bergantung antara kawasan

27
TUTORIAL 11: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN Subtajuk

Upload: asmawi-abdullah

Post on 08-Apr-2017

243 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

TUTORIAL 11:GLOBALISASI

EKONOMI DAN SALING

BERGANTUNG ANTARA

KAWASANSubtajuk

Page 2: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

1 (a) Takrifkan maksud globalisasi ekonomi. (3)

Globalisasi ekonomi ialah saling bergantung antara negara daripada segi bahan mentah, modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam proses pengeluaran dan pemasaran barangan dan perkhidmatan ke seluruh dunia tanpa had sempadan la dipercepatkan melalui kemajuan ICT

Page 3: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

1 (b) Bezakan maksud liberalisasi ekonomi dengan deregulasi ekonomi. (4)

Liberalisasi ekonomi ialah dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja termasuk pamodal-pemodal asing memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas. Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas.

Manakala deregulasi ekonomi ialah dasar penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan serta perkhidmatan dan lain-lain dengan bebasnya keluar - masuk dalam negara tersebut. Sebagat contoh penghapusan dasar perlindungan, penghapusan subsidi,penghapusan sekatan tarif, penghapusan skim keutamaan dagangan (PTA), penghapusan dasar kawalan modal berpilih dsb.

Page 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

1 (c) Mengapakah sesebuah negara perlu saling bergantung antara satu sama lain? (6)

Saling memperolehi keuntungan dalam konteks perkongsian sumber bahan mentah dan juga sumber tenaga. Sesetengah negara/ kawasan tidak mempunyai bekalan tenaga yang cukup bagi menggerakkan sektor industrinya. Ia amat bergantung kepada negara/ kawasan luar bagi memperolehi sumber kuasa tersebut. Misalnya Jepun terpaksa bergantung kepada negara- negara Teluk dan juga negara Asia yang lain bagi memperolehi bekalan petroleumnya.

Saling memperolehi keuntungan daripada segi perkongsian teknologi, (R&D) serta Inovasi. Perkongsian teknologi moden membolehkan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya dapat dimajukan dengan cepat.

Page 5: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

1 (c) Mengapakah sesebuah negara perlu saling bergantung antara satu sama lain? (6)

Saling memperolehi keuntungan dalam konteks perluasan pasaran dan perdagangan antara negara/ kawasan kerjasama dan saling bergantung membolehkan sesebuah negara itu memperluaskan pasaran barangan dan perkhidmatan mereka ke negara/kawasan lain. Kesan-kesan positif daripada perluasan dan perkongsian pasaran akan dapat dinikmati bersama khususnya daripada segi pertambahan permintaan dan juga kuasa beli pengguna.

Page 6: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

1 (d) Jelaskan dua kesan negatif yang dihadapi oleh ekonomi sesebuah negara sedang membangun apabila terlalu bergantung kepada negara maju. (4)

Penguasaan ekonomi oleh negara maju. Akibat terlalu bergantung kepada modal dan teknologi asing menyebabkan ekonomi sesebuah negara boleh dikuasai oleh firma-firma MNCs dan TNCs dalam jangka masa panjang. Ini boleh mengancam barangan, perkhidmatan, budaya dan inclustri kecil dan sederhana tempatan (IKS).

Menghakis Kedaulatan Negara. Negara sedang membangun sangat mudah terjejas oleh akibat pergantungan ini. Monopoli ekonomi akan menyebabkan negara sedang membangun terpaksa tunduk kepada kehendak syarikat multinasioal. Ini akan menghakis kedaulatan sesebuah negara terutama negara yang lemah.

Page 7: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

1 (e) Jelaskan tiga komponen utama globalisasi ekonomi. (6)

Komponen pengaliran modal. Pelaburan asing menjadi faktor utama dalam mengintegrasi dan memacu ekonomi sesebuah negara di peringkat antarabangsa melalui pelaburan modal (FDI). la dilakukan oleh firma pelaburan antarabangsa atau dikenali sebagai syarikat multinasional - (Multinasional Corporation (MNCs).

Komponen perdagangan antarabangsa. Proses globalisasi ekonomi meningkatkan aktiviti perdagangan antarabangsa. Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT) serta pengenalan kawasan perdagangan bebas (FTA) telah menggalakkan liberalisasi dalam perdagangan antarabangsa di mana setiap negara boleh berdagang dengan bebas antara satu sama lain dengan cara mengurangkan halangan atau sekatan kepada import dan eksport.

Page 8: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

1 (e) Jelaskan tiga komponen utama globalisasi ekonomi. (6)

Komponen Buruh dan Tenaga Pakar. Buruh atau tenaga manusia adalah satu lagi komponen globalisasi /ang per ting. la melibatkan pergerakan tenaga manusia merentasi sempadan dari kawasan yang berlebihan buruh ke kawasan iang menghadapi kekurangan buruh. Proses globalisasi telah mewujudkan satu keadaan persaingan ke atas keperlual tenaga Kerja atau buruh yang berkualiti tinggi di peringkat global (Global Workers).

Page 9: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

1 (f) Bagaimanakah kemajuan teknologi maklumat dan telekomunikasi proses globalisasi ekonomi di Asia Tenggara? (4)

Teknologi ICT terutamanya Internet memudahkan untuk berkomunikasi, membantu dalam mengendalikar perniagaan. pelaburan, pasaran saham dan perdagangan antarabangsa. Kesannya kos pengurusan menjadi lebih murah dan nat. Olen itu ICT telah menjadi alat untuk memperluaskan dan mempertinglkatkan proses dan aktiviti globalisasi.

Page 10: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

1 (g) Nilaikan impak globalisasi ekonomi terhadap amalan budaya tempatan di Malaysia. (4)

Globalisasi ekonomi terutamanya melalui perkembangan pesat ICT dan telah mendorong kepada gejala nagatit seoerli penyebaran pronografi, penyebaran ideologi yang bertentangan dengan nilai dan agama dan lain-lain yang alkar nenjejaskan budaya tempatan melalui penerapan budaya kuning.

Selain itu budayar tidak sihat juga mudah disebarluaskan melalui pelbagai media alternatif seperti budaya gay ( LGBT) pink rock dan lain-lain ke dalam masyarakat tempatan. Nilai budaya murni sedia ada akan turut terhakis.

Page 11: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

1 (h) Patutkah dasar perlindungan terhadap produk tempatan terus dilaksanakan oleh Malaysia dalam konteks ekonomi masa kini? (4)

Dasar perlindungan patut diteruskan oleh Malaysia kerana:• Produk tempatan masih lagi tidak berkualiti untuk

bersaing dengan produk dari negara luar.• Kos pengeluaran khususnya kos buruh di Malaysia

adalah lebih tinggi berbanding dengan kos buruh negara lain. Oleh itu kawalan harga amat penting untuk melindungi barangan buatan Malaysia.

Page 12: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (a) Jelaskan kebaikan pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi masa kini. (10)

1. Harga barangan lebih murah monguntungkan pengguna.• AFTA mengenakan kadar cukai yang rendah/ penghapusan

cukai bagi sesetengan produk.• Ini menyebabkan harga barangan pengguna clan

perkhidmatan menjadi lebih murah – pengguna boleh menikmati barangan dan kos perkhidmatan yang lebih murah.

• Kuasa beli pengguna bertambah/ penclapatan boleh guna meningkat – mampu memiliki barangan berjenama dan berkualiti.

Page 13: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (a) Jelaskan kebaikan pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi masa kini. (10)

2. Pilihan barangan lebih banyak kepada pengguna.• Kepelbagaian produk dari pelbagai negara dalam

pasaran AFTA menyebabkan pengguna mempunyai banyak pilihan.

• Monopoli pasaran dikurangkan – bergantung sepenuhnya kepada pilihan pengguna.

• Persaingan antara produk menyebabkan harganya menjadi lebih murah –pengguna mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan yang murah dan berkualiti.

Page 14: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (a) Jelaskan kebaikan pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi masa kini. (10)

3. Menjana peluang pekerjaan melalui peningkatan aktiviti ekonomi.• Kesan positif perluasan pasaran. Permintaan yang tinggi dari

pasaran bebas• AFTA terhadap barangan clan perkhidmatan menyebabkan

aktiviti pengeluaran khususnya perkilangan clan pertanian dipertingkatkan.

• Kesannya kegiatan ekonomi pertanian, pemprosesan, clan pembuatan dalam negara akan berkembang pesat untuk menampung permintaan dari pasaran AFTA.

• Menjana peluang pekerjaan yang banyak kepacla penduduk tempatan-mengurangkan kadar pengangguran.

Page 15: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (a) Jelaskan kebaikan pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi masa kini. (10)

4. Keuntungan pengkhususan aktiviti pengeluaran.• AFTA membuka kerjasama yang lebih erat antara

pengusaha intra ASEAN untuk menjimatkan kos, mengelak persaingan produk sejenis, meningkatkan keCekapan pengeluaran dll.

• Faedah daripada segi pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling melengkapi (complementary) akan diperolehi.

• Contoh penjimatan kos buruh, kos bahan mentah, kos pengangkutan, promosi pasaran dsb.

Page 16: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (a) Jelaskan kebaikan pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi masa kini. (10)

5. Keuntungan pembangunan teknologi, R&D dan kepakaran.• Bagi menjamin daya saing produk di pasaran bebas

AFTA, maka syarikat pengeluar sentiasa meningkatkan R&D bagi mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi kepelbagaian citarasa pengguna.

• Kesannya syarikat-syarikat Malaysia akan menikmati faedah daripada segi perkembangan R&D, penggunaan teknologi dan inovasi baru oleh syarikat‑syarikat swasta (MNCs) atau kerajaan (GLC) yang berlumba-lumba menjaga kualiti produk masing-masing.

Page 17: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Keuntungan daripada perdagangan bebas. • Globalisasi ekonomi berteraskan prinsip liberalisasi

ekonomi/ perdagangan bebas tanpa sekatan dan campur tangan kerajaan. Aktiviti ekonomi ditentulkan oleh kuasa permintaan dan penawaran.

• Kebaikan daripada amalan perdagangan bebas ialah, harga barangan menjadi lebih murah apabila cukai produk dihapuskan, kuasa beli pengguna meningkat, monopoli pasaran dikurangkan, pengguna mempunyai banyak pilihan untukmemiliki barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dll.

Page 18: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Perluasan pasaran. • Prinsip ke dua dalam globalisasi ekonomi ialah

deregulasi ekonomi atau penghapusan sekatan perdagangan/ dasar perlindungan yang selama ini diamalkan oleh sesebuah negara.

• Apabila sekatan perdagangan ini dihapuskan maka pasaran dalam sesebuah negara boleh ditembusi. Kesan positifnya ialah produk barangan sesebuah negara boleh dijual dengan banyak, bekalan barangan di pasaran sentiasa ada dan aliran perdagangan antara negara juga meningkat, sekaligus dapat memperbaiki defisit imbangan perdagangan.

Page 19: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Pemindahan teknologi. • Globalisasi ekonomi berkembang seiringan dengan

perkembangan teknologi. Serentak dengan kemasukan modal, teknologi juga dibawa masuk ke sesebuah negara bagi meningkatkan daya saing produk.

• Kesannya sesebuah negara dapat menikmati faedah daripada R&D dan inovasi baru yang akan diguna dan dipelajari oleh penduduk tempatan. Lama-kelamaan penduduk tempatan juga berkemahiran tinggi. Teknologi moden dibawa masuk oleh syarikat-syarikat multinasional (MNCs).

Page 20: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Pengaliran buruh lebih mudah.• Pada masa kini sumber manusia juga menjadi "lebih

mobile" seiring dengan pengaliran modal dan teknologi. Pergeralkan keluar-masuk buruh di sempadan dipermudahkan melalui kecekapan imegresen dan pengurangan birokrasi.

• Kesan positifnya, keperluan buruh sesebuah negara dapat ditampung dengan cepat. Misalnya sector perladangan di Malaysia ditampung oleh bekalan buruh Indonesia. Selain buruh, pengaliran tenaga pakar juga muclah berlaku. Sebenarnya globalisasi telah mewujudkan "masyarakat pekerja antarabangsa".

Page 21: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Menggalakkan persaingan antara pengeluar yang menyebabkan peningkatan kualiti produlk.• Para pengeluar terpaksa bersaing untuk kekal

untung di pasaran.• Kesannya produk baru yang berkualiti sentiasa

dikeluarkan dan ia amat menguntungkan pengguna serta perkembangan ekonomi sesebuah negara. Selain bersaing, antara pengeluarjuga berkerjasama untuk saling melengkapi.

Page 22: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Penguasaan ekonomi oleh syarikat asing (MNCs).• Syarikat asing (MNCs) memiliki modal yang besar

dan mampu membeli saham untuk menguasai pemilikan syarikat tempatan.

• Ekuiti modal asing tinggi, syarikat MNCs menjadi konglomerat mengambil alih pengurusan dan operasi syarikat tempatan. Kesannya syarikat-syarikat tempatan akan berpindah milik kepada orang asing. Keadaan ini banyak berlaku dalam industri perkilangan serta kewangan

Page 23: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Kesukaran untulk mengawal keluar-masuk modal asing.• Konsep pasaran bebas dalam globalisasi ekonomi

memberi ruang yang Was kepada pelabur asing untuk melabur dan menarik keluar pelaburan mereka tanpa boleh disekat / dikawal.

• Kesannya kegawatan ekonomi boleh berlaku di sesebuah negara yang terlalu bergantung kepada pelabur asing sekiranya syarikat asing menarik balik modal mereka di pasaran.

• Malaysia pernah mengalaminya pada tahun 1998. Syarikat asing menutup operasi — ekonomi negara - terjejas dan penduduk tempatan kehilangan pekerjaan.

Page 24: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Penghakisan kedaulatan negara.• Globalisasi ekonomi boleh menyebabkan sesebuah

negara terikat dan terlalu bergantung kepada pelabur asing. Kesannya, pelabur asing boleh mempengaruhi dasar dan polisi ekonomi sesebuah negara. Contohnya sebahagian besar negara sedang membangun terpaksa akur dan tunduk kepada pelabur asing dari negara maju.

• Selain itu iambakan barangan berjenama di pasaran bebas menyebabkan semangat mencintai barangan buatan negara sendiri semakin luntur. Penduduk sesebuah negara kehilangan identiti dan jatidirinya.

Page 25: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Ancaman kepada pengusaha dan produk tempatan/ tradisional khususnya IKS. • IKS banyak bergantung kepada MNCs melalui

skim vencloor. Jika MNCs menarik pelaburan maka banyak IKS terpaksa gulung tikar.

• Selain itu penduduk tempatan cenderung membeli produk luar yang berjenama — kesannya produk IKS tempatan tidak laku. Ini boleh mengancam dan merugikan perniagaan mereka.

Page 26: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Masalah yang timbul alkibat aliran buruh. • Kernasukan buruh asing yang lebih murah

seperti dari Indonesia dan Bangladesh. – mengancam guna tenaga buruh tempatan. Di samping wujudnya masalah sosial yang disebabkan kebanjiran buruh asing dalam sesebuah negara seperti mana yang dialami oleh Malaysia kini.

• Manakala tenaga mahir / pakar dalam negara pula berhijrah ke negara lain kerana mendapat tawaran gaji yang lebih tinggi dan ini merugilkan negara.

Page 27: GLOBALISASI EKONOMI DAN SALING BERGANTUNG ANTARA KAWASAN

2 (b) Bincangkan kesan globalisasi ekonomi ke atas negara sedang membangun. (15)

Menghakis nilai budaya tempatan. • Globalisasi ekonomi juga merangkumi

globalisasi sosial seperti pengaruh industri hiburan – kemasukan filern, pengiklanan dari negara luar tanpa selkatan yang boleh‑menghalkis nilai murni masyarakat.

• Contoh kernasukan unsur pornografi, gay melalui Internet arnat sukar dikawal. Ini menimbulkan konflik dengan nilai agarna dan budaya tempatan seperti – pakaian, hiburan, gaya hidup dsb.