keja kursus tmk mei 2008

13
PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN SEMESTER MEI 2008 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN HBEF2303 TAJUK 1. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PPBK) 2. Berdasarkan beberapa teknik tersebut,anda dikehendaki menyediakan satu perancangan pelajaran harian. 3. Berdasarkan RPH yang telah dibina, sediakan satu alat bantu mengajar (ABM) Persembahan Elektronik berdasarkan jenis-jenis PPBK yang di pilih. 4. Model The Big6.

Upload: haluyahmaimon-bt-sinjan

Post on 27-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keja Kursus TMK Mei 2008

PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN

SEMESTER MEI 2008

TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN

HBEF2303

TAJUK

1. Penggunaan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer(PPBK)

2. Berdasarkan beberapa teknik tersebut,anda dikehendaki menyediakan satu perancangan pelajaran harian.

3. Berdasarkan RPH yang telah dibina, sediakan satu alat bantu mengajar (ABM) Persembahan Elektronik berdasarkan jenis-jenis PPBK yang di pilih.

4. Model The Big6.

Page 2: Keja Kursus TMK Mei 2008

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Pengenalan.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah pengajaran

atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisisan kursus yang

dihasilkan untuk disampaikan melalui komputer.

Soalan 1.

(a) Teknik PPBK.

i. Tutorial

Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan untuk mempersembahkan

bahan pengajaran yang baru dan mempunyai langkah- langkah penerangan yang

tersusun (Alessi &Trollip,1991).PPBK jenis ini bertidak sebagai tutor yang

menyampaikan pengajaran.tutorial yang dibangunkan dengan baik membolehkan

pelajar belajar mengikut kemampuan dan merekodkan aktiviti pembelajaran mereka.

Rajah 1 menunjukkan struktur tutorial secara amnya.

Rajah1 carta alir tutorial

Pengenalan Persembahan Maklumat

Penilaian Rangsangan

MaklumbalasPenutup

Soalan dan Rangsangan

Page 3: Keja Kursus TMK Mei 2008

ii. Latih tubi.

Latih tubi adalah jenis PPBK yang dilaksanakan untuk menilai pemahaman pelajar atau pengukuhan dan ia dilaksanakan secara kendiri. Dalam latih tubi,pelajar di berikan beberapa soalan dan computer memberikan maklum balas berdasarkan jawapan mereka.

Alessi dan Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yang sesuai digunakan dalam latih tubi.Berikut adalah caranya.

- Pilihan secara rawak dimana soalan dipilih dari senarai soalan-soalan secara rawak.

- Tersusun di mana soalan di susun mengikut suatu susunan yang ditentukan terlebih dahulu.

- Teknik flashcard di mana selepas pelajar menjawab satu senarai soalan.

iii. Permainan.

Permainan computer adalah PPBK yang semakin popular masa kini.Permaian menggunakan pendekatan belajar sambil bermaian untuk menarik minat pelajar dan untuk menjadikan pembelajaran suatu yang menyeronokkan.Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002),dalam melaksanakan permaian dalam pengajaran,guru perlu hati-hati agar objektif permaian adalah sesuai dengan objektif pengajaran.

iv. Simulasi.

Thomas & milligan (2004) mendefinisikan simulasi sebagai keadaan atau sisitem yang dimodelkan melalui computer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sisitem itu berfungsi.

Jika digunakan sebelum menghadapi keadaan sebenar,simulasi memberi pelajar peluang untuk menjalankan aktiviti untuk menguji hipotesis dan memahami kesan suatu tindakan terhadap suatu system atau keadaan sebelum menghadapi keadaan sebenar.

v. Tunjuk Cara

Tunjuk cara adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepada pelajar suatu prosedur.Kaedah ini digunakan untuk membolehkan pelajar memahami suatu prosedur sebelum melakukannya dalam kedaan sebenar.Ia juga sesuai digunakan untuk memahami suatu prosedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan,merbahaya atau terlalu komplek.

Page 4: Keja Kursus TMK Mei 2008

Vi Ujian.

PPBK jenis ujian membolehkan guru mengukur dan menilai pencapaian pelajar dengan cepat.Soalan-soalan jenis objektif,isi tempat kosong,padanan,benar salah dan sebagainya sesuai digunakan bagi PPBK jenis ini.Jawapan berbentuk ayat atau karangan jarang digunakan.

Kelebihan PPBK jenis ini ialah pelajar akan mendapat maklum balas terhadap pencapaian mereka dengan serta merta. Dalam ujian diagnostic,ia dapat memaklumkan kepada pelajar dan guru kelemahan-kelemahan pelajar agar guru dapat merangkan pembelajaran yang sesuai untuk pemulihan.

(b) Bagaimana jenis PPBK diaplikasi di dalam matapelajaran major.

i. TutorialDalam pengajaran Bahasa Melayu ,tutorial membolehkan pelajar belajar

mengikut kemampuan masing-masing.Pelajar cerdas boleh menjalankan aktiviti dengan cepat manakala pelajar lemah pula dibimbing melalui pemulihan. Pelajar boleh mengulangi pelajaran sekerap yang diingini sehingga mereka memahami sepenuhnya kandungan pelajaran yang disampaikan.

ii. Latih TubiDalam pangajaran Bahasa Melayu PPBK jenis latih tubi membolehkan pelajar

mengawal perjalanan perisisn kursus mengikut kesesuaian. Ianya juga mengalakkan pelajar menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan dan melalui proses penialaian sebelum mempelajar bahagaian-bahagian seterusnya.garfik multimedia yang menarik juga boleh digunakan untuk memotivasika dan memberi maklum balas segera kepada pelajar dan guru Bahasa Melayu.

Page 5: Keja Kursus TMK Mei 2008

iii. Permainan.Menurut MacFarlane & Sparrowhawk (2002) juga telah menjalankan kajian

terhadap kesan penggunaan permainan dalam pengajaran dengan menggunakan The Sim,Sim City 3000 dan beberapa lagi permainan. Kajian mereka mendapati bahawa guru- guru berpendapat bahawa walaupun kandungan pelajaran didalam permainan adalah sesuai dengan kandungan kurikulum,tahap pembelajaran pelajara adalah rendah.Walau bagaimana pun dalam pengajaran Bahasa Melayu yang saya dapati ianya memberi dapatan positif telah diperolehi dari segi:

- Penyelesaian masalah;- Daya ingatan;- Semangat kerjasama di kalangan pelajar;- Komunikasi antara pelajar;- Hormat- menghormati di anatara pelajar.

iv. Simulasi.Penggunaan simulasi dalam pengajaran Bahasa Melayu akan mengukuhkan

pemahaman pelajar dan dapat memperbetulkan kesilapan persepsi yang mereka mungkin perolehi semasa pembelajaran sebenar.Sebagai contoh,dalam pembalajaran mengenai penjodoh bilangan,selepas pembelajaran di kelas,pelajar boleh mengukuhkan lagi pemahaman mereka dengan menggunakan computer untuk melihat multimedia yang berbentuk gambar dengan penjodoh bilangan yang sesuai dan dapat melihat kesan peubahan pada multimedia tersebut jika sesuatu pemboleh ubah diubah.

v. Tunjuk Cara.Kaedah tunjuk cara dalam pengajaran Bahasa Melayu boleh menggunakan

beberapa siri gambar,simulasi atau animasi.Dalam PPBK pengajaran Bahasa Melayu ,pelajar biasanya diberikan peluang untuk melakukan prosedur tersbut secara interaktif.Latihan ini boleh dilakukan berulang kali sehingga mereka mahir dan lebih yakin apabila melakukan prosedur tersebut dalam keadaan sebenar.

vi. Ujian.Dalam pengajaran Bahasa Melayu kelebihan PPBK jenis ini ialah pelajar akan

mendapat maklum balas terhapad pencapaian mereka dengan serta merta.Dalam ujian diagnostic,ia dapat memaklumkan kepada pelajar dan guru mengenai kelemahan-kelemahan bahasa pelajar agar guru dapat merangka pembelajaran yang sesuai untu pemulihan.

Page 6: Keja Kursus TMK Mei 2008

Soalan 2.

Rancangan Pelajaran Harian.

AKTIVITI KELAS

Mata pelajaran : Bahasa MalaysiaTahun : 4Tajuk : Penjodoh BilanganBidang : Golongan KataMasa : 60 minitHasil Pembelajaran : Pada akhir sesi ini murid dapat :

∙ Mengenal pasti penjodoh bilangan∙ Menyatakan contoh-contoh penjodoh bilangan∙ Menjawab soalan penilaian e-1

Aktiviti Guru Aktiviti Murid Kemahiran SumberSebelum sesi: Menyediakan contoh bahan relia

seperti epal, gula-gula dan buku .

Mengenal pasti aktiviti latihan dalam CDROM yang bersesuaian.

Murid telah pun mengetahui contoh-contoh penjodoh bilangan.

Semasa sesi: Meminta murid menyebut benda-

benda relia yang ditunjukkan oleh guru.

Mengedarkan kad tugasan kumpulan

Meminta murid membentangkan hasil kumpulan.

Meminta murid melaksanakan latihan yang terdapat dalam CD-ROM.(PPBK Latih Tubi)

Meminta murid membina ayat dengan penjodoh bilangan.

Murid menamakan benda relia yang ditunjukkan oleh guru.

Murid menyiapkan tugasan.

Murid membentangkan hasil kumpulan.

Melaksanakan aktiviti yang terdapat dalam CD-ROM.

Kad manila

Pen marker

Kertas sebak

Pita pelekat

CD-ROM

Page 7: Keja Kursus TMK Mei 2008

Membina ayat dengan penjodoh bilangan secara lisan.

Murid telah pun mempelajari ayat tunggal dan ayat majmuk.

Selepas sesi: Membuat refleksi dan rumusan Mencapai objektif

pembelajaran

Kata Penjodoh Bilangan

Nama :……………………. Kelas :……………. Tarikh :…………..

Isi kata penjodoh bilangan yang betul di tempat kosong.

1. Emak membeli ___________ pisang untuk digoreng.

2. Di tepi kolam itu ada ____________________

Page 8: Keja Kursus TMK Mei 2008

pokok buluh.

3. Tiga ____________ benang diperlukan untuk

menjahit baju kurung itu.

4. Kakak meletakkan ______________ bunga untuk menghiasi sudut ruang tamu.

5. Cikgu Munira menerima ____________ ros daripada muridnya.

6. Ayah bersarapan dua keping roti dan ___________ telur.

7. Semasa pulang dari sekolah, Azmi membeli _______ jagung rebus yang

dijual oleh Pak Samad.

8. _____________ rumah kedai di Jalan Pinang musnah dalam kebakaran malam

tadi.

Page 9: Keja Kursus TMK Mei 2008

9. Azmin memberi monyet itu makan ___________ tebu.

10. Mohsin terjumpa _____________ kunci di tepi jalan.

Lampiran 1

CONTOH KAD TUGASAN

KUMPULAN 1Kumpulan anda diminta melukis benda-benda yang menggunakan penjodoh bilangan “buah”.

KUMPULAN 2Kumpulan anda diminta melukis benda-benda yang menggunakan penjodoh bilangan “ekor”.

KUMPULAN 3Kumpulan anda diminta melukis benda-benda yang menggunakan penjodoh bilangan “batang”.

KUMPULAN 4Kumpulan anda diminta melukis benda-benda yang menggunakan penjodoh bilangan “biji”.

Page 10: Keja Kursus TMK Mei 2008

Soalan 3.