keja kursus pmr 2011

25
Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta hidayahnya,dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus Geografi pada tahun ini yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar.Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada guru subjek Geografi bagi kelas saya,Pn Chong Kwee Yau yang telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini.Selain itu,beliau juga telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan bagi menyudahkan Kerja Kursus Geografi. Di samping itu,jutaan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya,Siti Arbaiah Binti Darus dan Che Mohammad Zamri Bin Bakar yang telah banyak menghulurkan sumbangan dari segi kewangan bagi menjayakan proses pembikinan Kerja Kursus Geografi ini.Mereka juga telah banyak memberi sokongan besereta dorongan bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi pada kali ini. Akhir sekali,tidak lupa kepada kesemua rakan saya yang telah sedikit sebanyak menghulurkan bantuan sama ada dari segi mental ataupun fizikal,secara lansung mahupun tidak lansung.Antaranya ialah Muhammad Fauzi Ikmal bin Kamalruddin,Muhammad bin Nordin dan Aiman Rafie bin Yaakop.

Upload: rikudou-sennin-syafiq

Post on 29-Jul-2015

102 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keja Kursus PMR 2011

Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia serta hidayahnya,dapat juga saya menyiapkan Kerja Kursus Geografi pada tahun ini yang bertajuk Pencemaran Alam Sekitar.Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada guru subjek Geografi bagi kelas saya,Pn Chong Kwee Yau yang telah banyak membantu saya dalam proses menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini.Selain itu,beliau juga telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan bagi menyudahkan Kerja Kursus Geografi.

Di samping itu,jutaan terima kasih kepada kedua ibu dan bapa saya,Siti Arbaiah Binti Darus dan Che Mohammad Zamri Bin Bakar yang telah banyak menghulurkan sumbangan dari segi kewangan bagi menjayakan proses pembikinan Kerja Kursus Geografi ini.Mereka juga telah banyak memberi sokongan besereta dorongan bagi menyiapkan Kerja Kursus Geografi pada kali ini.

Akhir sekali,tidak lupa kepada kesemua rakan saya yang telah sedikit sebanyak menghulurkan bantuan sama ada dari segi mental ataupun fizikal,secara lansung mahupun tidak lansung.Antaranya ialah Muhammad Fauzi Ikmal bin Kamalruddin,Muhammad bin Nordin dan Aiman Rafie bin Yaakop.

Page 2: Keja Kursus PMR 2011

Saya,Muhammad Syafiq bin Che Mohammad Zamri,pelajar tingkatan 3 Rancangan Khas dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin telah memilih tajuk Pencemaran Alam Sekitar sebagai tajuk Kerja Kursus Geografi saya pada tahun ini.

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk

pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk

Pencemaran Alam Sekitar. Oleh itu, saya telah diarahkan oleh guru untuk membuat

kajian ini di kawasan yang mempunyai tahap pencemaran yang teruk dan boleh

membahayakan kesihatan penduduk sekitar.

Oleh sebab itu, saya telah memilih tajuk ini kerana di kawasan tempat tinggal

saya mempunyai masalah pemcemaran alam sekitar dan ini memudahkan saya untuk

menjalankan kajian.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan

Februari sehingga bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu

laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan

faedah khususnya kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat

tinggal saya.

Page 3: Keja Kursus PMR 2011

1. Mentakrifkan dengan memberi contoh konsep pencemaran alam sekitar.

2. Menyatakan dan menghuraikan punca pencemaran alam sekitar di Masjid Tanah.

3. Menghurai kesan pencemaran alam sekitar di Masjid Tanah

4. Memberi huraian tentang cadangan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar di Masjid Tanah.

5. Menerangkan nilai atau unsur patriotisme dalam kajian pencemaran alam sekitar di Masjid Tanah.

Page 4: Keja Kursus PMR 2011

Masjid Tanah merupakan sebuah pekan kecil di dalam daerah Alor Gajah iaitu terletak di utara Bandar Melaka.

Namanya mendapat nama sempena sebuah masjid berlokasi di tengah-tengah pekan yang dibina daripada tanah di tepian sungai. Masjid Tanah suatu ketika dahulu adalah sebuah pekan hab-perdagangan yang dibawa daripada Kota Melaka ke daerah-daerah sekitar utara Negeri Melaka dan Alor Gajah dan juga sebaliknya. Masjid Tanah dihuni pelbagai lapisan masyarakat yang penduduk utamanya adalah berbangsa Melayu. Disebabkan lokasinya yang berda di dalam Daerah Alor Gajah dan dekat dengan sempadan Negri Sembilan, sebilangan besar dari penduduk Masjid Tanah dan kampung-kampung sekelilingnya bertutur dalam loghat Negri sembilan atau loghat Minang, atau lebih dikenali oleh orang Masjid Tanah dengan loghat 'Hulu' atau 'Cakap Hulu'. Adat Perpatih juga diamalkan oleh mereka dengan mengunakan sistem 'Suku' atau 'Waris', namun dengan perederan zaman, adat ini makin lama semakin ditinggalkan. Tradisi 'Berkampung' yang merapatkan silaturrahim antara saudara-mara yang muda dan yang tua dan membuat perancangan untuk berkerja secara gotong royong sebelum sesuatu majlis yangg besar seperti perkahwinan, telah mula ditinggalkan. Ini mungkin berlaku setelah golongan yg muda telah lupa akan pentingnya majlis ini dan semangat gotong royong telah diganti dengan sistem katering. Tanah-tanah pusaka pun tidak lagi diwariskan secara adat dimana anak-anak perempuan diutamakan.

Terdapat beberapa bangunan kedai yang dibina sekitar tahun 1930-an. Bagi penduduk asal dan anak-anak Masjid Tanah yang asli, Pekan Masjid Tanah dipanggil 'SIMPANG' merujuk kepada pekan asalnya yang mempunyai 3 simpang (simpang tiga di hadapan Jam Besar Masjid Tanah). Antara kampung di sekitar pekan ini adalah Kg. Lekok, Kg. Paya Rumput, Kg. Jeram, Kg. Pulau, Kg. Ayer Limau, Kg. Durian Daun, Kg. Londang, Kg. Solok Duku, Kg. Seri Tanjung, Kg. Pulau Semut dan lain-lain lagi. Terdapat beberapa sekolah rendah dan menengah yang terletak di pekan ini, antaranya ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Beringin, Sek. Ren. Sri Laksamana, Sek.Kebangsaan Kluster Ghafar Baba dan Sek. Men. Sultan Alauddin (dulunya Sek. Men. Masjid Tanah), dan sekolah rendah yang tertua adalah Sekolah Kebangsaan Masjid Tanah atau lebih dikenali oleh orang lama sebagai 'Sekolah Melayu' yang dibina sebelum Perang Dunia Kedua. Sekolah Rendah Datuk Tambichik Karim pula di panggil Sekolah Orang Puteh, berdasarkan nama lamanya Masjid Tanah English School.

Page 5: Keja Kursus PMR 2011

Pada masa ini, banyak projek perumahan dibina kerana Masjid Tanah semakin pesat membangun. Ada antara penduduknya yang bekerja di Bandaraya Melaka yang jaraknya hampir 40 km. Disamping institusi-institusi pendidikan yang sudah tentunya menggunakan tenaga kerja yang datang dari segenap pelosok Bumi Malaysia, berhampiran Masjid tanah juga terdapat kem-kem tentera yang mana anggota tentera dan keluarga mereka turut tinggal disekitar Masjid Tanah. Kem-kem tentera yang dimaksudkan adalah Kem Masjid Tanah (dikenali oleh orang kampung sebagai Kem Peluru atau Gudang Peluru), Kem Terendak dan Kem Sungai Udang (Kem Komando). Dari segi kemudahan kesihatan, terdapat Klinik Kesihatan Masjid Tanah dan juga Hospital ATM Kem Terendak (94 HAT). Masjid Tanah juga adalah sebuah kawasan parlimen yang diwakili oleh wakil Barisan Nasional sejak dahulu lagi. Di Pekan Masjid Tanah aktiviti ekonomi berjalan dengan rancak dibuktikan dengan pembinaan rumah kedai yang baru. Prasarana lengkap telah sedia ada di pekan kecil ini. Terdapat banyak juga institusi pendidikan yang berada dikawasan Masjid Tanah seperti UiTM Melaka di Lendu, Kolej Matrikulasi Melaka di Londang, IKBN di Ramuan China, Kolej Kemahiran Tinggi Mara di Air Molek, Akademi Laut Malaysia (ALAM) di Kuala Linggi, Kolej Komuniti di Paya Rumput dan MRSM Alor Gajah di Ayer Paabas.

Sebelum pilihanraya umum tahun 2004, Masjid Tanah terletak dibawah kawasan Parlimen Alor Gajah. Bermula dari tahun 2004 Parlimen Masjid Tanah telah diaadakan. Ada lima DUN dibawah Parlimen Masjid Tanah i.e. DUN Tanjung Bidara, DUN Air Limau, Dun Lendu, DUN Taboh Naning dan DUN Kuala Linggi.

Page 6: Keja Kursus PMR 2011

Terdapat pelbagai jenis pencemaran alam sekitar yang terdapat di Masjid Tanah.Antaranya ialah:

1. Pencemaran Air

- Pencemaran air bermaksud perubahan yang berlaku dari segi kandungan,keadaan

dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan terhadap manusia apabila

digunakan. Pencemaran air boleh berlaku di mana-mana sahaja di tempat berair.

- Ini merupakan pencemaran yang paling banyak berlaku di tempat tinggal saya. Sikap

tidak bertanggungjawab penduduk kampung yang suka membuat sampah dan bahan

buangan ke dalam parit / sungai telah menyebabkan air menjadi kotor dan berasid. Ini

boleh mengancam hidupan akuatik.

- Dikampung saya juga terdapat sebuah kilang kelapa sawit / kilang ayam / kilang

perindustrian yang mengalirkan sisa buangannya atau kumbahan ke dalam parit /

sungai sehingga menyebabkan berlakunya pencemaran air.

Page 7: Keja Kursus PMR 2011

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Alauddin

78300,Masjid Tanah,Melaka

BORANG SOAL SELIDIK KERJA KURSUS GEOGRAFI 2011

Nama : _____________________________________ Umur : ___________________

Alamat : _____________________________________ Pekerjaan : ___________________

Arahan : Bulatkan pada jawapan yang sesuai

1. Jenis pencemaran alam sekitar di kawasan kajian

A. Udara B. Air C. Tanih D. Bunyi E. Bau

2. Punca Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

A. Perkilangan B. Kenderaan C. Perlombongan D. Pembakaran Terbuka

E. Racun Serangga F. Baja Kimia G. Sampah Sarap H. Sisa Toksid

I. Tumpahan Minyak J. Sisa Domestik K. Pembinaan L. Penebangan Hutan

M. Perniagaan N. Petempatan O. Penternakan P. Tambak Laut

3. Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian

A. Hujan Asid B. Jerebu C. Penyakit D. Suhu Meningkat

E. Air Tercemar F. Bau Busuk G. Udara Tercemar H. Hidupan Akuatik Mati

I. Kesuburan Tanih Terjejas / Berasid

Page 8: Keja Kursus PMR 2011

4. Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian.

A. Kempen Cintai Alam Sekitar B. Pendidikan Alam Sekitar

C. Kuat Kuasa Undang-Undang D. Rawatan Air Kumbahan

E. Iniserator / Tapak Pelupusan F. Penapis Asap

G. Petrol Tanpa Plumbum

Page 9: Keja Kursus PMR 2011

2. Pencemaran bau

- kesan daripada pembinaan kandang ayam / lembu / kambing di kawasan saya menyebabkan

berlakunya pencemaran bau terutamanya pada musim hujan. Bau yang busuk boleh

mengganggu kehidupan penduduk kampung. Ini di tambah lagi dengan sikap penduduk yang

suka membuang sampah sehingga menimbulkan bau yang busuk.

3.Pencemaran bunyi

- Bunyi bising yang keterlaluan dan boleh memekakkan telinga. Ini berlaku apabila pengeluaran

bunyi terjadi di tempat atau kawasan yang tidak bersesuaian. Sebagai contoh, kilang-kilang

atau bunyi kenderaan yang mengeluarkan gangguan bunyi kepada penghuni-penghuni rumah.

Pencemaran bunyi kebiasanya melebihi 80 desibel (dB).

Page 10: Keja Kursus PMR 2011
Page 11: Keja Kursus PMR 2011

Bagi mengelakkan masalah pencemaran alam sekitar ini semakin buruk, beberapa

langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi memastikan amalan buruk itu dapat di

kawal atau dikurangkan.

Langkah tersebut ialah seperti :-

1. Kuat kuasa undang-undang

Kerajaan hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada mereka yang

melakukan pencemaran alam sekitar. Sebagai contoh, denda RM 100,000 atau penjara

10 tahun kepada mereka yang melakukan kesalahan tersebut. Ini dapat menakutkan

rakyat daripada melakukan pencemaran terhadap alam sekitar.

2. Kempen Cintai Alam Sekitar

Guru-guru di sekolah boleh memberi ceramah atau nasihat kepada pelajar mengenai

bahayanya pencemaran alam sekitar. Dalam masa yang sama guru menyemaikan nilai-

nilai murni di dalam diri pelajar betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Guru juga

boleh mengadakan pertandingan di sekolah untuk menarik minat pelajar mencintai alam

sekitar dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai pertandingan

tersebut.

3. Pendidikan Alam Sekitar

Kerajaan atau sekolah boleh menerapkan amalan nie melalui pameran iaitu pameran

yang berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-

sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini

bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya

dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan kadar pencemaran. Bahan-bahan

menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu,

Page 12: Keja Kursus PMR 2011

pita video dan slaid-slaid yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh

ditayangkan.Pameran sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar

masyarakat untuk melindungi alam sekitar.

4. Rawatan Air Kumbahan

Sepatutnya di kawasan tempat saya tinggal ini perlu diwujudkan loji rawatan air

kumbahan bagi mengelakkan sisa buangan rumah dan kawasan penternakan daripada

terus mengalir ke dalam sungai / parit. Dengan adanya loji seperti ini masalah

pencemaran air akan dapat diatasi dengan lebih berkesan tanpa mencemarkan air

sungai / parit.

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

Kesimpulannya, Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk

memastikan masalah pencemaran alam sekitar ini dapat dikawal atau pun terus diatasi.

Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap bertanggungjawab untuk sama-sama

menjaga bumi ini daripada terus mengalami kemusnahan.

Page 13: Keja Kursus PMR 2011

Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-

bahan hasil daripada aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya

keselesaan hidupan. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 pula menyatakan bahawa

pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak

langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, atau biologi mana-mana bahagian alam

sekeliling dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga

menjejaskan atau berbahaya kepada kesihatan, keselamatan,kebajikan awam atau

organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Terdapat pelbagai jenis pencemaran

alam sekitar seperti pencemaran udara,pencemaran bau,dan pencemaran air.

Page 14: Keja Kursus PMR 2011

1) Pembakaran Terbuka

- Di kawasan tempat tinggal saya sikap sesetengah penduduk yang suka membakar

sampah secara terbuka telah menyumbang berlakunya pencemaran udara. Sampah

yang dibuang dihalaman rumah akan dibakar dan ini boleh menyebabkan udara

menjadi tercemar dengan asap yang berbahaya seperti karbon dioksida.

2) Penebangan Hutan

- Terdapat juga penduduk yang membakar sisa hutan yang ditebang bagi tujuan

penanaman semula kelapa sawit atau pun tanaman seperti sayur-sayuran. Sekiranya

kawasan hutan yang ditebang sangat luas, ini akan menambahkan lagi masalah

pencemaran udara tersebut.

3) Racun Serangga / Rumpai

- Di sesetengah kawasan kampung di Masjid Tanah terdapat penduduk yang

menggunakan racun serangga untuk membunuh makhluk perosak daripada

memusnahkan tananam. Penggunaan racun serangga yang berlebihan ini akan

menyebabkan tanih boleh kehilangan nutrien. Kesannya tanih tersebut akan menjadi

berasid dan tidak sesuai lagi untuk kegiatan pertanian.

4) Baja Kimia

-Penggunaan baja kimia untuk menyuburkan tanaman juga merupakan faktor yang

menyebabkan berlakunya pencemaran tanih di kampung saya. Penggunaan baja kimia

ini juga boleh menyebabkan berlakunya pencemaran air kerana apabila hujan turun, air

hujan akan bercampur dengan baja kimia tadi dan seterusnya air itu akan mengalir

masuk ke dalam sungai atau parit.

Page 15: Keja Kursus PMR 2011

5) Sampah Sarap

-Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai dan parit boleh menyebabkan

berlakunya pencemaran air. Kebanyakan penduduk di kampung saya mengambil jalan

mudah dengan mencampakkan sisa buangan ke dalam parit di depan atau di belakang

rumah. Keadaan ini akan menyebabkan sungai atau parit menjadi tercemar.

6) Penternakan

- Di sesetengah kampung di Masjid Tanah,terdapat penduduk kampung yang

menjalankan aktiviti penternakan ayam daging / kambing / lembu. Keadaan ini telah

menimbulkan bau yang busuk akibat daripada bau najis haiwan tersebut.

Penyelenggaraan yang tidak sempurna menyebabkan najis itu dialirkan ke dalam parit

atau sungai sehingga menyebabkan pula berlakunya pencemaran air. Keadaan

semakin teruk ketika hari hujan.

Page 16: Keja Kursus PMR 2011

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan pencemaran yang telah

dikenalpasti.

1. Hujan Asid

- penggunaan baja kimia, pembakaran terbuka secara dan asap dari kenderaan bermotor

secara tidak langsung telah menyumbang kepada berlakunya kejadian hujan asid. Keadaan ini

telah menyebabkan air menjadi berasid dan tanaman menjadi rosak dan tidak subur.

2. Penyakit

Hasil daripada kajian saya, terdapat penduduk yang ditimpa penyakit berjangkit seperti kudis

dan kurap akibat menggunakan air yang parit / sungai yang telah tercemar. Penyakit ini lebih

mudah merebak kepada anak-anak yang masih kecil.

3. Suhu Meningkat

Pencemaran alam sekitar yang berterusan boleh menyebabkan suhu bumi semakin meningkat.

Keadaan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan sakit kepala dan demam kepada

manusia. Kehidupan manusia juga menjadi tidak selesa dan aktiviti luar perlu

dikurangkan.Tanaman akan mati akibat kepanasan yang melampau.

4. Hidupan Akuatik Terancam

Penggunaan baja kimia, racun serangga dan pembuangan sampah sarap ke dalam parit /

sungai boleh menyebabkan air sungai / parit tercemar. Kesan yang lebih teruk ia boleh

menyebabkan hidupan akuatik terancam dan seterusnya akan mengalami kepupusan. Akhirnya

hidupan ini akan mati dan ia boleh merugikan kita sendiri.

Page 17: Keja Kursus PMR 2011

5. Kesuburan Tanih Terjejas / Berasid.

Penggunaan baja kimia dan racun serangga secara berlebihan boleh menjejaskan kesuburan

tanah dan menyebabkan tanah menjadi berasid. Kesan yang lebih buruk lagi tanah tersebut

pada masa akan datang tidak boleh lagi digunakan untuk kegiatan pertanian disebabkan ia

telah kehilangan nutrein.

6. Bau Busuk

Pembuangan sampah sarap ke dalam sungai menyebabkan bau busuk kepada penduduk

kampung. Tambahan pula, sekiranya sampah yang dibuang itu mengeluarkan bau yang busuk

seperti sisa makanan dan najis haiwan. Di samping itu juga, sisa najis daripada penternakan

ayam / lembu / kambing juga mengeluarkan bau yang busuk kerana tidak diselenggara dengan

baik. Keadaan ini telah mengganggu kehidupan penduduk di kampung saya.

PENERAPAN UNSUR PATRIOTISME

Saya berpendapat penduduk kampung perlu insaf dan berubah sikap untuk mengurangkan

masalah pencemaran alam sekitar ini. Amalan positif ini akan dapat menyelamatkan kampung

ini dan kawasan sekitar daripada mengalami kemusnahan dan kerosakan alam semula jadi

yang lebih teruk lagi.

Page 18: Keja Kursus PMR 2011

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan

digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan

bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja

kursus ini. Berikut merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti

pencemaran alam sekitar yang berlaku di kawasan kampung saya.

2) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan 3 borang soal selidik yang

perlu diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap

kajian yang akan dilakukan.Sila rujuk lampiran.

3) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan

melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai aktiviti

pencemaran alam sekitar

Page 19: Keja Kursus PMR 2011

Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-

langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini

bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan semata-mata. Ia adalah tanggungjawab

semua pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang untuk melindungi

alam sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.

Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah

mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi

perindustrian dijalankan. Pengguna pula perlu memainkan peranan yang terpenting

dalam menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang

bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran

yang kurang sekali.