keistimewaan penjelasan sejarah

9
KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH Para ahli sejarah bertolak andaian bahawa kejadian sejarah mempunyai sebab yang boleh dikaji dan difahami. Sesuatu kejadian sejarah boleh berlaku secara tidak sengaja, tanpa sebab tertentu,atau tanpa dicetuskan oleh manusia sama ada secara langsung atau tidak langsunag. Para penulis sejarah berikhtiar untuk membebaskan sejarah dari konkongan unsur- unsur ketuhanan dan seterusnya menegakkan peranan manusia. Usaha mengkaji soal penjelasan menunjukkan

Upload: siewleng-ling

Post on 28-Oct-2015

193 views

Category:

Documents


55 download

DESCRIPTION

sej

TRANSCRIPT

Page 1: KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

Para ahli sejarah bertolak andaian bahawa kejadian sejarah mempunyai sebab yang boleh dikaji dan difahami.

Sesuatu kejadian sejarah boleh berlaku secara tidak sengaja, tanpa sebab tertentu,atau tanpa dicetuskan oleh manusia sama ada secara langsung atau tidak langsunag.

Para penulis sejarah berikhtiar untuk membebaskan sejarah dari konkongan unsur-unsur ketuhanan dan seterusnya menegakkan peranan manusia.

Usaha mengkaji soal penjelasan menunjukkan kesedaran dalam kalangan ahli sejarah tentang wujudnya satu garis pemisah di antara tugas penceritaan dan tugas penjelasan.

Page 2: KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

H. Taine mentakrifkan kerja-kerja ahli sejarah : Terlebih dahulu mengesan fakta-fakta, kemudian mencari

sebab-sebab. Tugas mengesan fakta :• Mengambarkan butir seperti tempat, tarikh, nama orang

yang terlibat Tugas mengesan sebab :• Mendedahkan motif, niat, dorongan yang mencetuskan

kejadian

Tugas ahli sejarah mengikut Profesor Dray : Menegakkan dan memahami fakta yang akan

melibatkannya dalam penjelasan.

Pendekatan ahli sejarah terhadap soal penjelasan melibatkan pendedahan niat si pelaku yang mencetuskan kejadian yang dikaji itu.

Page 3: KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

Ahli sejarah berusaha dahulu untuk mengesan matlamat si pelaku sebagai cara memahami tindakan sejarah yang dikaji.

Pendekatan ahli sejarah ini menimbulkan kesangsian sama ada setiap hal yang dirancangkan oleh si pelaku akan mencapai hasratnya.

Pendedahan unsur penyebaban memerlukan para ahli sejarah memaparkan tujuan semua pihak yang terlibat dalam kajadian yang dikaji itu.

Kefahaman ahli sejarah mengenai matlamat si pelaku memerlukan penyiasatan terhadap keadaan sekeliling yang mewujudkan matlamat itu.

Soal penjelasan sepatutnya melukiskan dengan rapi suasana persekitaran yang mencetuskan kejadian yang dikaji itu kerana :

Tujuan si pelaku tidak wujud dalam kekosongan dan mempunyai pertalian rapat dengan keadaan sekeliling seperti politik, ekonomi, ugama dan alam.

Page 4: KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

Para ahli sejarah berpegang kepada anggapan bahawa soal motif mesti didedahkan walaupun bukan motif tokoh khusus.

Penekanan ahli sejarah kepada soal motif dan suasana mendedahkan satu keistimewaan yang wujud dalam penjelasan sejarah.

Carr : ahli sejarah mengambil berbagai sebab.

Pencetusan sesuatu kejadian sejarah biasanya bukan melibatkan satu pihak sahaj bahkan berbagai pihak yang bertindak mengikut kehendak masing-masing dan dalam lingkungan hubungan di antara satu sama lain.

Pendedahan kehendak setiap pihak yang terlibat dalam kejadian yang dikaji tiu serta bagaimana hubungan di antara pihak tersebut membawa kepada keadaan yang dipandang sebagai ‘matang’ untuk mencetuskan kejadian itu dan akhirnya menghasilkan satu penjelasan yang kompleks.

Page 5: KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

Ahli sejarah juga menilai kepentingan sebab-sebab yang diketengahkan itu mengikut keutamaan.

Penilaian kepentingan faktor mengikut keutamaan menimbulkan masalah seperti masalah menentukan dengan tepat kepentingan sebab jamgka pendek berbanding dengan sebab jangka panjang.

Walaupun ada persetujuan umum bahawa sebab jangka pendek bertindak sebagai catalyst yang hanya mempercepatkan pencetusan sesuatu kejadian sejarah, namun tidak munasabah untuk memandang hal ini sebagai satu hukum dalam penjelasan sejarah.

Mengikut Gustavson, wujud dua aliran dalam kalangan ali sejarah berhubung dengan soal peranan individu dalam sejarah.

Page 6: KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

Aliran pertama, yang dikenali sebagai ‘Great Man Theory’ :

Pandangan bahawa tokoh-tokoh yang luar biasalah yang mencetuskan kejadian penting dalam sejarah, sama ada tokoh itu adalah negarawan, orang suci atau pemikir yang yang dikatakan mempunyai kecerdasan tinggi.

Aliran kedua Melihat sejarah dari segi peranan kuasa impersonal tidak memandang tokoh sebagai berperanan giat

dalam mencetuskan kejadian sejarah Bertindak sekadar melakukan sesuatu yang

dikehendaki oleh keadaan sosial. Kepentingan diberikan kepada peranan faktor

sosioekonomi, ekonomi dan sosial sebagai penggerak sejarah sebenar.

Page 7: KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

Profesor Isaiah Berlin : Menolak sebarang bentuk determinisme sejarah, baik

determinisme materialis yang dianjurkan oleh Marx dan Engels mahupun determinisme yang mengutamakna peranan tokoh.

Melihat faktor sosioekonomi penting dalam kejadian sejarah kerana :

Rakyat yang ramai tidak akan bergerak tanpa dorongan sosioekonomi

Juga melihat peranan individu yang luar biasa kerana kepintaran atau daya tarikan mereka sebagai kuasa penentu dalam haluan perubahan yang berlaku itu.

Semakin perinci kajian tentang sesutu kejadian sejarah, semakin luas jurang perbezaan pendapat di antara pengkaji.

Page 8: KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

Kewujudan unsur kepelbagaian dalam penjelasan sejarah mendedahkan satu perbezaan yang nyata denga jenis penjelasan yang wujud dalam sains semula jadi.

Mengikut pendapat aliran idealis yang diwakili oleh B.Croce dan R.G.Collingwood

Para ahli sejarah tidak dapat mengikuti jejak langkah pakar sains semula jadi kerana meninjau perkara yang berbeza dan menggunakan pendekatan yang berbeza.

Dalam sejarah, Collingwood menyatakan bahawa : perkara yang dikaji itu ialah pemikiran reflektif manusia

yang mencetuskan sesuatu kejadian sejarah. Hal-hal yang dikaji dalam sejarah adalah secara khusus

atau idiografik.

Page 9: KEISTIMEWAAN PENJELASAN SEJARAH

Huraian aliran idealis dipertikaikan oleh aliran positivis yang dipimpin oleh Auguste Comte dan Henry Thomas Buckle.

Tidak mengakui perbezaan dalam penjelasan sejarah dan sains semula jadi

Berpendapat bahawa hukum am mampu digunakan dalam sejarah supaya meningkatkan taraf ilmu sejarah kepada paras yang dicapai oleh sains semula jadi