kedudkan british sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja melayu

19
Pengenalan British datang ke Tanah Melayu pada asalnya adalah untuk berdagang seperti mana yang kita ketahui orang British yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-18 hanyalah merupakan sebuah syarikat dagang dari Britain iaitu Syarikat Hindia Timur (EIC). Apabila kepentingan ekonomi mereka terjejas akibat perbalahan dan pergolakan yang terjadi di negeri-negeri Melayu, mereka mengambil peluang dalam situasi tersebut untuk campur tangan secara tidak langsung.Tindakan pegawai-pegawai British di Semenanjung Tanah Melayu yang melakukan campur tangan secara tidak langsung perlahan-lahan telah mengheret kerajaan Britain untuk campur tangan dalam hal politik negeri- negeri Melayu. Hal ini demikian kerana satu dasar yang mereka usahakan ialah menghasilakn keuntungan dan daripada keuntungan itu mereka yakin dapat menghancurkan monopoli dan menyingkirkan kuasa lain. 1 Walaupun telah mendapat arahan daripada kerajaan Britain di India namun pegawai-peagawai British di Semenanjung Tanah Melayu tidak memperdulikan arahan tersebut. Akhirnya perjanjian demi perjanjian telah ditandatangani antara pegawai 1 Emerson, Malaysia, m/s 106 1

Upload: wilma-no-bias

Post on 15-May-2017

227 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

Pengenalan

British datang ke Tanah Melayu pada asalnya adalah untuk berdagang seperti mana

yang kita ketahui orang British yang datang ke Tanah Melayu pada abad ke-18 hanyalah

merupakan sebuah syarikat dagang dari Britain iaitu Syarikat Hindia Timur (EIC). Apabila

kepentingan ekonomi mereka terjejas akibat perbalahan dan pergolakan yang terjadi di

negeri-negeri Melayu, mereka mengambil peluang dalam situasi tersebut untuk campur

tangan secara tidak langsung.Tindakan pegawai-pegawai British di Semenanjung Tanah

Melayu yang melakukan campur tangan secara tidak langsung perlahan-lahan telah

mengheret kerajaan Britain untuk campur tangan dalam hal politik negeri-negeri Melayu. Hal

ini demikian kerana satu dasar yang mereka usahakan ialah menghasilakn keuntungan dan

daripada keuntungan itu mereka yakin dapat menghancurkan monopoli dan menyingkirkan

kuasa lain.1

Walaupun telah mendapat arahan daripada kerajaan Britain di India namun pegawai-

peagawai British di Semenanjung Tanah Melayu tidak memperdulikan arahan tersebut.

Akhirnya perjanjian demi perjanjian telah ditandatangani antara pegawai British dan

pembesar serta raja-raja tempatan bermula dengan penyerahan Pulau Pinang, Singapura dan

seterusnya negeri-negeri Melayu yang lain. Sepanjang tempoh imperialisme British yang

mengenakan dasar tidak campur tangan pada asalnya dari tahun 1824 sehingga dasar campur

tangan secara rasminya pada tahun 1874, terdapat peristiwa-peristiwa penting yang telah

mengubah kedudukan kuasa British sebagai kuasa tunggal di Semenanjung Melayu dan

kedudukan raja-raja Melayu. Antara peristiwa penting yang telah mengubah kedudukan

kuasa British dan kedudukan raja-raja Melayu sepanjang tempoh tahun 1824 sehingga tahun

1874 adalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 Penubuhan Negeri Selat 1826, Perjanjian

Burney 1824, serta Perjanjian Pangkor 1874. Perjanjian yang ditandangani hampir

1 Emerson, Malaysia, m/s 106

1

Page 2: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

kesemuanya menyebelahi pihak British, keadaan ini menunjukkan betapa bijaknya Britih

memanipulasikan raja-raja tempatan begitu juga dengan kuasa Siam hanya dengan perjanjian.

Dasar British di Semenanjung Melayu

Pada mulanya EIC di India menegaskan dasar tidak campur tangan kerana EIC ini

merupakan sebuah badan perniagaan yang hanya mengutamkan keuntungan melalui

perdagangan secara aman damai. EIC mengelak daripada campur tangan dala urusan hal

ehwal politik dan pentadbiran negeri-negeri Melayu kerana akan membawa kepada

penglibatan dalam operasi ketenteraan mahupun peperangan dan tentunya akan melibatkan

kos perbelanjaan yang besar.2 Namun demikian pembaharuan Piagam Syarikat (charter) oleh

parlimen pada tahaun 1834 telah menamatkan monopoli EIC terhadap candu dan juga

barangan perdagangan dari China. Keadaan ini menyebabkan EIC berhadapan dengan

persaingan pedagang negara lain seperti Perancis dan Jerman. Persaingan sedemkikian telah

mengurangkan keuntungan EIC dan untuk menjaga kepentingan ekonomi mereka, pegawai-

pegawai British yang juga merupakan pedagang dan pelabur telah mula campur tangan secara

tidak langsung ke atasa negeri-negeri Tanah Melayu.

Pertukaran kerajaan di Britain, perbubaran EIC, peranan biji timah terhadap

perkembangan sektor perindustrian khususnya industri mengetin makanan, dan kegiatan

perlanun telah menjadi faktor kepada campur tangan British secara berperingkat-peringkat di

negeri-negeri Malayu. Para pegawai British di Negeri selat yang tidak dikawal ketat dan rapi

oleh pihak Syrikat membolehkan mereka bertindak dengan bebas dalam hal ehwal politik

neger-negeri Melayu.3 Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak pegawai British untuk terus

berkuasa mentadbir dan memerintah Tanah Melayu. Rundingan dan perjanjian dilakukan

bersama raja-rajan tempatan dan juga Siam dalam usaha menakluk negeri-negeri Tanah

2 Swettenham, F. British Malaya, m/s 1023 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, m/s 235

2

Page 3: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

Melayu demi kepentingan mereka. Raja-raja tempatan disedapkan dengan janji-janji sehingga

satu demi satu negeri-negeri Tanah Melayu jatuh ke tangan British dan perjanjian Pangkor

1874 menjadi tanda campur tangan British secara rasmi.

Peristiwa-peristiwa penting dalam tempoh tahun 1824 sehingga tahun 1874

Pejanjian Inggeris-Belanda 1824

Sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dimetrai antara pihak Inggeris dan

Belanda, tumpuaan diberi kepada rantau Melayu dan tidak wujud konsep kenegaraan bangsa

dan sempadan. Namun selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, Tanah Melayu menjadi satu

entiti politik diasingkan dari segi rohani dan budaya dari rakan-rakan lain di Barat Asia

Tenggara. Konsep Tanah Melayu diperkenalkan berdasarkan geopolitik- persempadanan dan

kekal hingga kini. Seluruh kedudukan Malaysia yang kini telah disusun mengikut apa yang

telah ditetapkan dalam perjanjian tersebut.4

Antara syarat penting dalam perjanjian ini adalah Belanda mengiktiraf kedudukan

Inggeris di Singapura, Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British sebagai

balasannnya pihak British akan menyerahkan Bengkahulukepada pihak Belanda,

penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu menjadi tanggungjawab kedua-dua belah

pihak, Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal

negeri-negeri Melayu demikian juga dengan British tidak boleh campur tangan dalam hal

ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura yang mana berada di bawah pengaruh pihak

Belanda.

Perjanjian ini telah membahagikan Kepulauan Melayu keppada dua lingkungan

pengaruh iaitu British dan Belanda. Empayar Johor –Riau berakhir dengan wujudnya

kawasan lingkungan pengaruh British dan kawasan lingkungan pengaruh Belanda yang mana

4 Emerson, Malaysia, m/s 100

3

Page 4: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

Singapura dan Tanah Besar Johor dan ke atas jatuh ke tangan British manakala Kepualauan

Riau jatuh ke tangan Belanda.. Hal ini menyebabkan British wujud sebagai kuasa tunggal di

Semenanjung Tanah Melayu. Pembahagian kawasan ini membawa kepada persaingan sengit

di antara Belanda dengan British untuk menguasai pelabuhan dan lalaun perdagangan China

dan India.

Penubuhan Negeri Selat

Selepas perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British semakin terdesak mencari

pangkalannya di kawasan kepulauan Melayu demi kepentingan perdagangan India-China.

EIC menjalankan perdagangan yang besar nilai dan penting bagi bagi mereka perdagangan

dengan China, oleh itu mereka terdesak mencari kawasan yang sesuai untuk menguasai

laluan perdagangan dari China dan tempat yang strategic untuk dijadikan pelabuhan

enterpot.5 Tambahan pula dengan Revolusi Amerika dan persaingan dari Belanda dan

Perancis akhirnya membawa kepada pengambilan Pulau Pinang 1786 yang mana

memperlihatkan peranan Francais Light campur tangan secara tidak langsung mendapatkan

Pulau Pinang, Singapura pada tahun 1819 dan Melaka kemudian membentuk Negeri Selat

pada 1826.

Singapura sebagai pelabuhan bebas cukai pada ketika itu seperti mana yang

dinyatakan dalam surat Stamford Raffles membayangi kepentingan ekonomi di Selat Melaka

dan menyebabkan pelabuhan lain semakin merosot.6 Saudagar Cina yang berdagang dengan

kerajaan Melayu mula beralih arah berdagang di pelabuhan British yakni di negeri-negeri

selat dan peranan mereka dalam aspek perdagangan semakin menonjol. Kemasukan orang-

orang Cina yang mencurah-curah ke dalam Singapura, bidang perdagangan dikuasai mereka

kerana kekuatan dan kebolehan orang Cina dalam bidang ekonomi.7 Keadaan ini 5 Swettenham, F. British Malaya, m/s 34.6 Swettenham, F. British Malaya, m/s 747 Emerson, Malaysia, m/s 330

4

Page 5: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

menyebabkan penguasaan perdagangan Melayu di Selat Melaka dan negeri-negeri Melayu

terhakis. Perlanunan di kawasan negeri-negeri Melayu menyebabkan pedagang luar hanya

berasa selamat berdagang di kawasan pengaruh British yang menjanjikan keselamatan

perdagangan ketika berada di Negeri Selat. Isu perlanunan ini dijadikan alasan oleh pihak

pegawai-pegawai British untuk campur tangan secara tidak langsung ke atas negeri-negeri

Melayu yang mana perjanjian ditandatangani dan kandungan perjanjian dengan raja-raja

Melayu ini nyata lebih mnyebelahi pihak British dan sesuai dengan kepentingan ekonomi dan

politik British.

Penubuhan Negeri Selat pada tahun 1826 membawa kepada kemunculan tiga buah

pelabuhan penting Britih iaitu Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang merupakan kawasan

pertemuan semua bangsa di sebelah Timur yang kesemuannya disatukan dibawah

pemerintahan yang tegas.8 Kemudian British terus merancang untuk menakluki kawasan

negeri-negeri Melayu yang terdekat dan memberi kepentingan besar kepada mereka dari

aspek ekonomi khususnya. Negeri-negeri Melayu yang berada dibawah kuasa Siam ditangani

dengan bijak oleh British juga melalui perjanjian. Walaupun kerajaan Inggeris di India

menentang secara keras penglibatan pegawai-peagawai Britih di dalam hal ehwal dan

pertelingkahan di negeri-negeri Melayu namun ianya diketepikan demi menjaga kepentingan

mereka.9

Perjanjian Burney 1826

Walaupun British sudah berjaya menguasai pelabuhan utama yakni menubuhkan

Negeri Selat namun British masih bimbang terhadap kuasa Siam yang memegang negeri-

negeri Melayu utara pada ketika itu. Oleh yang demikian Sir Henry Burney dihantar ke Siam

untuk rundingan bersama Siam akibat kebimbangan British apabila Siam cuba memulihkan

8 Emerson, Malaysia, m/s 3329 Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, m/s 167

5

Page 6: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

hubungan dengan negeri-negeri Melayu yang mana Siam telah memaksa Kedah untuk

menawan Perak dan memaksa Perak menghantar ufti. Siam juga telah menuduh Kedah

berkomplot dengan Burma menentang Siam, raja Siam telah mempersoalkan penyerahan

Pulau Pinang kepada Inggeris tanpa keizinan daripada Siam begitu juga Siam sebenarnya

tidak mengiktiraf perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dan Siam menjadi satu ancaman besar

kepada British.

Sultan Ahmad Tajuddin yang memerintah ketika itu tidak menghiraukan arahan Raja

Siam dan hal ini menyebabkan Siam menyerang Kedah dan Sulatan telah cuba meminta

bantuan Inggeris. Bagi pihak Inggeris pula adalah penting untuk menjaga hubungan mereka

sama ada dengan raja-raja Melayu mahupun raja Siam. Keadaan inilah yang menyebabkan

Sir Henry Burney dihantar ke Bangkok dan satu perjanjian telah ditandatangani dan dikenali

sebagai Perjanjian Burney.

Perjanjian ini telah berjaya menyekat pengaruh Siam di Tanah Melayu begitu

pengaruh raja-raja Melayu dan Britih terus mengorak langkah memanipulasi raja-raja Melayu

dan raja Siam demi kepentingan ekonomi dan politik mereka. Manipulasi Burney telah

memperkukuhkan bahawa Kedah, Kelantan, Terangganu di bawah Siam. Namun begitu

dalam perjanjian ini kedudukan Perak dan Selangor kabur kerana Siam dibenarkan

menghantar utusannya ke dua negeri tersebut dan negeri-negeri ini bebas menghantar atau

tidak ufti kepada Siam.10 Seterusnya, Selangor dalam perjanjian tersebut tidak boleh

menyerang Perak dan Inggeris tidak akan campur tangan di Perak. Perjanjian bagaimanapun

telah ini mewujudkan kawasan lingkungan kuasa Siam di negeri-negeri Melayu.

Kedudukan kuasa British

10 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, m/s 240

6

Page 7: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

Peristiwa penting yang demikian telah dibincang telah memperkukuhkan kedudukan

British di Semenanjung Tanah melayu sebagai kuasa tunggal. Perjanjian Inggeris-Belanda

1824 walaupun tidak mendapat pengiktirafan daripada Siam namun Inggeris sudah berjaya

menyingkirkan kuasa Belanda di kawasan Semenanjung Tanah Melayu sekali gus menguasai

selat Melaka dan pelabuhan penting pada ketika itu. Melalui hal ini dapat kita lihat

kebijaksanaan British mengekang kuasa Belanda daripada terus menerus meluaskan pengaruh

di negeri-negeri Melayu. Kawasan Semenanjung Tanah Melayu menjadi kawasan lingkungan

pengaruh British dan untuk terus bertahan di Semenanjung Tanah Melayu langkah seterusnya

adalah untuk mengekang kuasa raja-raja Melayu dan juga kuasa Siam di negari-negeri

Melayu.

Penubuhan Ngeri Selat pada tahaun 1826 pula menjadikan British penentu hala tuju

ekonomi negeri-negeri Melayu. Hal ini demikian kerana melalui pembentukan Negeri Sleat

ini, British seratus peratus mengusai laluan perdagangan dari China dan India yang memberi

keuntungan lumayan kepada mereka melalui kutipan cukai dan juga pasaran barangan

mereka kepada China dan India yang mempunyai bilangan penduduk yang banyak. Isu

perlanunan yang timbul di kawasan negeri-negeri Melayu menyebabkan para pedagang luar

dan juga pembesar tempatan hanya berasa selamat berdagang dengan pelabuhan Inggeris.

British yang berpegang kepada prinsip kapitalisme memperlihatkan mereka menentukan arah

kegiatan ekonomi di negeri-negeri Melayu di bawah dasar tidak campur tangan secara

langsung tetapi mereka juga mungkin lebih senang dangan cara mewujudkan wakil Inggeris

untuk menasihati raja-raja Melayu untuk memerintah secara bertamadun serta memupuk

suasana yang sesuai agar perniagaan berkemabang maju.11 Ringkasnya pembentukan Negeri

11 Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, m/s 175

7

Page 8: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

Selat menyebabkan kegiatan ekonomi di Semenanjung Tanah Melayu dipegang oleh kuasa

British dan kedudukan mereka semakin kukuh dalam aspek ekonomi.

British seterusnya berhadapan dengan kuasa Siam dan Burney telah memanipulasikan

perjanjian Burney 1826, demikian juga Gabenor Pulau Pinang tidak mematuhi arahan EIC di

India. Dengan kebijaksanaan pegawai British memanipulasi raja-raja tempatan dan raja Siam,

perjanjian Burney yang telah ditandatangani oleh pihak British dan Siam berjaya

membendung pengaruh Siam di Semenanjung. Walaupun Siam diiktiraf sebagai tuan kepada

negeri-negeri Melayu Utara khususnya namun Siam tidak lagi mempunyai kuasa memaksa

negeri-negeri berkenaan untuk menghantar ufti kepada Siam. Negeri-negeri Melayu Utara

mempunyai kebebasan untuk menghantar atau ufti kepada Siam dan kebebasan yang diterima

ini bermakna Inggeris dapat campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu kerana

menjadi kebebasan negeri-negeri berkenaan untuk mengadakan hubungan dengan mana-

mana pihak.

Kedah yang dijanjikan pemulihan kedudukannya ada motif disebaliknya bukan

semata-mata ingin memulihkan kedudukan kesultanan Kedah tetapi sebenarnya hubungan

baik dengan Kedah adalah untuk mendapatkan bekalan makanan yakni beras secara

berterusan. Keinginan British untuk memastikan Perak dan Selangor benar-benar bebas

daripada pengaruh Siam berjaya didapatkan melalui perjanjian Burney ini. British

menginginkan kedua-dua negeri ini kerana memberi keuntungan dari aspek pelaburan dari

Negeri Selat hasil daripada pungutan cukai dan hasil bahan mentah. Kawasan Larut Perak

misalnya kaya dengan biji timah dan dapat memenuhi keperluan industri pengetinan di

Eropah dan penglibatan orang Eropah dan orang China dari NegeiSelat dalam perbalahan

perebutan kuasa memburukkan keadaan.12 Perjanjian Burney telah memastikan kepentingan

British di Semenanjung Tanah Melayu terjaga dan kedudukan kuasa Britih sebagai kuasa

12 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, m/s 239

8

Page 9: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

tunggal semakin kukuh yang mana kuasa besar seperti Siam sekalipun sudah berjaya

dikekang daripada terus mengongkong negeri-negeri Melayu.

Namun begitu Inggeris tidak patuh kepada Perjanjian Burney 1826 yang mana syarat

tentang Perak longgar, Inggeris bimbang Siam boleh menyerang pada bila-bila masa

dikhendakinya. Oleh yang demikian Perjanjian Low pada tahun 1826 ditandatangani. Dalam

perjanjian tersebut Sultan Perak tidak akan hantar ufti kepada Siam, Inggeris janji akan

lindungi Perak daripada Siam dan akan membantu Perak tubuhkan pentadbiran yang bebas

daripada Siam. Seperti yang diketahui EIC di India masih berpegang kepada dasar tidak

campur tangan kerana perbendaharaan di India sudah menanggung beban berat yang

ditimpakan ke atasnya oleh Tanah Jajahan.13 Oleh itu, EIC di India tidak mengiktiraf

perjanjian ini namun begitu tiada tindakan yang diambil untuk membatalkan perjanjian

tersebut malah perjanjian ini telah menjadi asas hubungan EIC dengan Perak. Perjanjian ini

terus digunakan bagi mengelak Perak dan Selangor menerima kuasa asing lain pada ketika itu

yang mana kuasa asing seperti Perancis dan Amerika menunjukkan minat terhadap kedua-dua

negeri ini. Pihak British sebenarnya tidak kisah siapa yang memerintah sesebuah negeri itu

selagi mana kepentingan ekonomi dan kemakmuran mereka tidak terjejas seperti mana yang

dikatakan oleh Gabenor Blundell tentang pemerintahan Pahang (1855-59).14

Kedudukan raja-raja Melayu

Perjanjian Inggeris-belanda 1824 menjadi titik tolak kepada perluasan kuasa British

secara tidak langsung di semananjung Tanah Melayu. Raja-raja Melayu pula pada ketika ini

masih berada di bawah ketuanan Siam dan pada masa yang sama berhadapan dengan British.

Kehadiran British bagi raja-raja Melayu merupakan satu peluang kepada mereka untuk

melepaskan diri dari ketuanan Siam namun persahabtan yang dijalin bersama British nyata

13 Emerson, Malaysia, m/s 3514 Leonard Y. Andaya, Sejarah Malaysia, m/s 168

9

Page 10: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

mengakibtakan raja-raja Melayu tergadai tanah-tanah pemerintahan. British bijak

memanipulasi perjanjian untuk kepentingan mereka terutamanya dalam menjaga kepentingan

ekonomi mereka daripada terjejas akibat perbalahan raja-raja Melayu dan kemasukan Siam

ke tanah Melayu yang cuba membaik pulihkan kedudukannya di sebagai tuan negeri-negeri

Melayu.

Perjanjian antara British dan pembesar serta raja-raja Melayu mengakibatkan

penyerahan Pulau pinang diikuti penyerah Singapura kepada British. Kesan penyerahan

negeri-negeri yang membentuk negeri Selat ini pada kemudiannya mengakibatkan kuasa

ekonomi dan politik raja-raja Melayu di alam Melayu dan negeri Melayu Semenanjung

terhakis. Setelah pembentukan Negeri Selat khususnya, raja-raja Melayu bukan lagi penentu

ekonomi Semenanjung Tanah Melayu apabila kuasa penentu itu diambil alih oleh British

yang bertapak kukuh dengan sistem pentadbirannya yang lebih sistematik dan mampu

menarik banyak pedagang-pedagang dari China dan India berdagang di pelabuhan mereka.

Hal ini demikian kerana kemampuan British menjamin keselamatan para pedagang daripada

perlanunan dan pelabuhan-pelabuhan tradisional Melayu terjejas.

Dalam hal-hal politik juga sama, raja-raja Melayu yang dijanjikan pemulihan

pemerintahan Kedah misalnya hanya janji kosong apabila perjanjian Burney 1826

ditandatangani bersama Siam, ternyata kedudukan Sulatan Kedah semakin diperkukuhkan

berada dibawah ketuanan Siam.15 Keadaan ini memburukan lagi kedudukan Sultan Kedah

yang mana janji British untuk memulihkan kedudukan Sulatan Kedah tidak berlaku, hal yang

sebaliknya berlaku apabila Kedah diiktiraf berada dibawah naungan ketuanan Siam.

Demikian juga dengan negeri-negeri Melayu yang lain, kebijaksaan British memanipulasi

perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani mengakibatkan raja-raja Melayu ini sudah

tidak berkuasa sepenuhnya dalam hal ehwal politik negeri mereka kerana kuasa mereka sudah

15 Emerson, Malaysia, m/s 119.

10

Page 11: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

berjaya dikekang oleh Britih hanya melalui perjanjian. Pendudukan British dan dasar yang

mereka laksanakan akhirnya menghakis pengaruh raja-raja dan melahirkan politik baharu di

Semenanjung serta menggerakkan campur tangan secara rasmi dalam hal ehwal pentadbiran

negeri-ngeri Melayu pada tahun 874.16

Kesimpulan

Dari tahun 1824-1826, EIC memulakan langkah yang selesa kerana sudah berjaya

mengekang kuasa Siam begitu juga dengan kuasa raja-raja Melayu Pemerintah Melayu selesa

mendapat rakan baru atau bakal pelindung yang baru. Langkah perluasan kuasa Inggeris di

Semenanjung bermula, tanpa tekanan hebat, tidak perlu tergesa-gesa dan tidak perlu modal.

Pihak British tidak perlu akan kekuatan ketenteraan untuk menakluk tanah melayu, cukup

dengan otak mereka. Kompromi dengan para pembesar dan sultan tempatan diperolehi

melalui mulut manis saja sudah cukup tambahan pula pihak British akan menyelidik dengan

rapi siapa yg patut disokong skiranya timbul perbalahan antara dua pihak.

British bijak bermain kata dan secara tersirat telah Berjaya memanipulasi raja-raja

tempatan dan Siam yang menjadi ancaman utama kepadanya selapas isu dengan Belanda

selesai melalui perjanjian Inggeris-Belanda. Ringkasnya pergolakan politik negeri-negeri

Melayu dan perjanjian Pnagkor telah mengakibatkan campur tangan secara rasmi British ke

atas negeri-negeri Melayu. Perjanjian demi perjanjian termetrai dan dengan manipulasi yang

begitu pintar telah menyebabkan satu demi satu negeri-negeri Melayu dikuasai oleh British.

Kedudukan british sebagai kuasa tunggal di Semenanjung Tanah Melayu semakin kukuh

manakala kuasa raja-raja Melayu pula semakin terhakis.

16 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, m/s 235

11

Page 12: Kedudkan British sebagai kuasa tunggal dan kedudukan raja-raja Melayu

Bibiliografi

Abdul Rahman Haji Ismail. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. 2005.

Emerson. Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1987.

Leornad Y. Andaya. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publisher (M) Sdn. Bhn.

1983.

Swettenham, F. British Malaya. London: John Lane the Bodley Head. 1948.

12