kedatangan islam di tanah melayu

11
Kedatangan Islam di Tanah Melayu Normurni binti Mohamad Jabatan Pengajian Am Politeknik Banting

Upload: normurni-mohamad

Post on 13-Jan-2017

618 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Kedatangan Islam di Tanah

Melayu

Normurni binti MohamadJabatan Pengajian AmPoliteknik Banting

Page 2: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Tanah Melayu terletak di Asia Tenggara.

Para sejarawan mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan tarikh sebenar kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

Agama Islam dipercayai mula datang ke Asia Tenggara pada abad ke-7 Masihi iaitu sejak zaman Rasulullah SAW melalui peranan pedagang Islam yang berdagang di Tanah Melayu.

Abdullah Ishak (1990): Agama Islam terus berkembang di Nusantara pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin, Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan kerajaan Islam yang seterusnya.

Page 3: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Teori Dan Faktor Kedatangan Islam Ke Asia Tenggara

Peranan Tokoh Sejarah CatatanPedagang Islam dari Semenanjung Tanah Arab

John Crawford disokong oleh Profesor Syed

Muhammad Naquib al-Attas

Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah di Mesir hingga ke China terutama pada abad ke-7 Masihi iaitu setelah kemunculan Islam di Makkah

Wujud persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan Asia Tenggara dengan Semenanjung Tanah Arab

Kebanyakan karya tempatan menceritakan tentang pengislaman raja di Asia Tenggara oleh “syeikh” dari Semenanjung Tanah Arab seperti karya Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangasa, Hikayat Acheh dan Sejarah Kepulauan Sulu.

Pedagang Islam Dari China

Emanuel Gadinho Eredia (sarjana Sepanyol)

Disokong oleh S.Q. Fatimi

Canton (Khan Fo) menjadi pusat perdagangan terkenal sejak abad ke-9

Pada 876 Masihi pedagang Islam telah berpindah dari Canton atau Amoy ke Asia Tenggara secara beramai-ramai.

Penemuan Batu Bersurat di Sungai Tersat, Kuala Berang, Terengganu serta persamaan unsur senibina di China dan senibina di Kelantan, Melaka dan pulau Jawa.

Pedagang Islam Dari India

Snouck Hurgronje (Sarjana Belanda)

Islam berkembang di Asia Tenggara melalui wilayah Gujerat di India dan pantai Koromandel pada kurun ke-13M

Islam tersebar melalui aktiviti perdagangan Terdapat persamaan unsur Hindu dalam budaya

masyarakat Asia Tenggara.

Page 4: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Bukti Penyebaran Islam di Tanah Melayu

Penemuan arkeologi menunjukkan agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu pada

zaman kerajaan awal Tanah Melayu iaitu sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka

Page 5: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Bukti Penyebaran Islam di Tanah Melayu

Sebuah batu bersurat terukir tulisan jawi yang ditemui di Kuala Berang, Terengganu menjadi bukti agama Islam

telah sampai ke Terengganu.

Batu bersurat tersebut bertulis dalam bahasa

Melayu dengan menggunakan tulisan jawi

bertarikh 702 hijrah.

Antara yang tercatat di atas batu bersurat tersebut adalah Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hakam islam

terhadap maksiat.

Page 6: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Bukti Penyebaran Islam di Tanah Melayu

Sebuah batu nisan yang ditemui di Kampung Tanjung

Inggeris, Mukim Langgar berhampiran Alor Star, Kedah

yang bertarikh 904 M

Terdapat nama “Syeikh Abdul Qadir ibni Hussain Shah Alirah”

pada nisan tersebut. Beliau merupakan seorang tokoh agama yang telah menyebarkan ajaran

agama Islam disana.

Gambar 1.2 Batu Nisan di Kampung Tanjung Inggeris, Kedah

Page 7: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Tanah Melayu

Melaka menjadi pusat penyebaran agama Islam yang penting di Tanah Melayu pada pertengahan abad ke-15, di samping Kedah, Kelantan, Terenggganu, Pahang dan Johor.

Agama Islam tersebar di Melaka melalui perkahwinan, penaklukan wilayah, perdagangan dan kegiatan mubaligh atau pendakwah.

Pengislaman Sultan Melaka juga menyebabkan rakyat memeluk agama Islam.

Antara ulama yang menjadi penasihat sultan Melaka ialah Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin, dan Qadi Yusuf.

Peranan Tun Perak dalam penyebaran agama Islam

Melaka berjaya meluaskan jajahan takluknya dengan menakluk kawasan persisiran pantai Sumatera Utara iaitu

Aru, Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri.

Masyarakat yang ditakluk mendapat keistimewaan daripada raja Melaka serta

mendorong mereka memeluk agama Islam.

Ulama turut dihantar ke sana bagi mengajarkan agama

Islam.

Page 8: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Pembaharuan Islam di Melaka

Institusi kesultanan diperkenalkan

setelah Islam datang ke Tanah Melayu.

Sultan merupakan ketua negara dan dibantu oleh mufti sebagai penasihat sultan dalam bidang

hal ehwal agama Islam dan pentadbiran

Agama Islam dijadikan agama rasmi di Melaka.

Ajaran Islam dijadikan asas kepada sistem pentadbiran Melaka dan pembentukan undang-undang di Melaka

Page 9: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Undang-undang Fasal/Bab Isi kandungan

Hukum Kanun Melaka

44 Fasal Tanggungjawab raja dan pembesar Pantang larang dalam kalangan anggota

masyarakat Permasalahan ibadah, ekonomi (muamalah), dan

undang-undang keluarga (munakahat) Hukuman terhadap kesalahan jenayah mengikut

syariah IslamUndang-undang Laut Melaka

24 Fasal Hal yang berkaitan dengan maritim dan perdagangan

Tugas-tugas nakhoda yang diumpamakan sebagai imam dan anak buah kapal sebagai makmum.

Kekuatan agama Islam jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka

Page 10: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Selepas kedatangan islam, mata wang dengan tulisan jawi digunakan dalam kegiatan ekonomi.Penggunaan mata wang yang digunakan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah tertera nama sultan yang memerintah dan tarikh Islam dalam tulisan jawi. Wang katun yang diperbuat daripada timah digunakan di Johor juga terdapat tulisan jawi tetapi tidak mempunyai tarikh.

Nama Sultan Zainal Abidin Shah II terdapat pada kupang emas Terengganu.

Pada bahagian belakang wang tersebut terdapat perkataan “Khalifatul Mukminin” yang merujuk kepada Sultan sebagai pemimpin orang mukmin (beriman). Ada juga perkataan lain seperti “Khalifatul Mukminin Syah”, “Dal Al-Johora”, “Al-Adil”, “Sultan Al Adil”, “Nasir al-Dunia Wa’l Din” dan lain-lain.

Page 11: Kedatangan Islam di Tanah Melayu

Aspek pendidikan

• Semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka, penduduk tempatan digalakkan menuntut ilmu di rumah ulama, masjid dan surau. • Istana dijadikan pusat pendidikan formal untuk golongan bangsawan kerana belum wujud institusi pondok pada waktu itu.• Sistem pendidikan pondok diamalkan dengan meluas di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pattani bermula sejak abad ke-12 Masihi

Aspek bahasa dan kesusasteraan

• Tulisan arab jawi diperkenalkan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa sastera yang terkenal. • Huruf arab diubah suai dan dijadikan tulisan jawi yang menjadi tulisan utama untuk membaca dan menulis. • Kedatangan agama Islam menambah penulisan karya berbentuk prosa dan puisi. • Banyak karya berkaitan dengan Nabi Muhammad SAW dihasilkan dengan menggunakan tulisan jawi seperti:

• Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah (juga dikenali sebagai Hikayat Mukjizat Nabi). • Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah merupakan dua buah cerita hikayat yang penting dan disimpan di Istana Melaka. Kedua-dua hikayat ini menerangkan tentang pahlawan yang memiliki semangat keberanian yang tinggi dan patuh pada ajaran agama Islam.Hikayat ini

dibaca semasa Melaka diserang oleh Feringgi dengan tujuan untuk menaikkan semangat pahlawan Melaka menentang Portugis. • Syair Dahulu Kala oleh Tengku Ampuan Mariam di Terengganu adalah contoh karya dalam bentuk puisi.

Unsur kesenian Islam

• Senibina masjid, rumah dan istana yang mempunyai ciri-ciri ukiran yang bermotif tumbuh-tumbuhan, bunga dan geometri yang sesuai dengan ajaran Islam.

• Tulisan khat atau kaligrafi sebagai hiasan masjid, batu nisan, barangan tembikar, mata wang, pakaian dan lain-lain

Gaya hidup

• Kepercayaan atau akidah, syariah dan akhlak • Menghormati ibubapa dan orang yang lebih tua, • adab sopan, adab berziarah dan semangat perpaduan