keceriaan kawasan sekolah

5
 PLIK SI MODUL GATEH SPM CSL2 13 KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN ) Bahagian A [Masa dicadangkan : 45 minit ] [30 markah] Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang  langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah . Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan. Prosedur: 1. Pastikan calon menganalisis soalan dan mengenal pasti: i. Tugasan : langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolah ii. Tema : keceriaan kawasan sekolah iii. Kata kunci : langkah-langkah KECERIAAN KAWASAN SEKOLAH MEMBINA TAMAN MINI PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS

Upload: eric-swa

Post on 30-Oct-2015

632 views

Category:

Documents

7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Keceriaan Kawasan Sekolah

7/15/2019 Keceriaan Kawasan Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/keceriaan-kawasan-sekolah 1/5

APLIKASIMODUL GATEH SPM CSL2013

KARANGAN BAHAGIAN A (BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN)

Bahagian A

[Masa dicadangkan : 45 minit ]

[30 markah]

Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang  langkah-langkah bagimenceriakan kawasan sekolah. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patahperkataan.

Prosedur:

1.  Pastikan calon menganalisis soalan dan mengenal pasti:

i. Tugasan : langkah-langkah bagi menceriakan kawasan sekolahii. Tema : keceriaan kawasan sekolahiii. Kata kunci : langkah-langkah

KECERIAANKAWASANSEKOLAH

MEMBINA

TAMAN

MINI

PROGRAM

GOTONG-ROYONG

PERDANA

PERTANDINGAN

KECERIAAN

KELAS

Page 2: Keceriaan Kawasan Sekolah

7/15/2019 Keceriaan Kawasan Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/keceriaan-kawasan-sekolah 2/5

PENDAHULUAN

Ayat 1:

TEMA

Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan.........................( sebutkan tema ) dalam

kalangan........................... ( sebutkan isu ini melibatkan siapa ) saban waktu diwara-

warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat 

diperdebatkan di negara kita.

Ayat 2:

JUSTIFIKASI

 Justeru, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini 

kerana......(peribahasa)

di mana ada kemahuan, di situ ada jalan ATAU

hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih ATAU

yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang

Ayat 3 :

TUGASAN

Persoalannya, apakah.......................................( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan

tanda tanya (?)

Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan keceriaan kawasan sekolah dalam

kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah

sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak 

mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan

disitu ada jalan. Persoalannya apakah langkah-langkah bagi menceriakan kawasansekolah? 

ISI PERTAMA

Ayat Topik

GAPO

Rumus Pada pendapat saya + (TUGASAN) + yang paling utama/efektif +

ialah/adalah dengan + (ISI PERTAMA) 

Ayat 1 Pada pendapat saya, langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling

efektif adalah dengan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Kelas.

Ayat Huraian 1

BAKPO

Rumus Hal ini dikatakan demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)

Ayat 2 Hal ini dikatakan demikian kerana Pertandingan Keceriaan Kelas yang

dianjurkan oleh pihak sekolah dapat memastikan setiap pelajar memainkanperanan secara aktif dalam menceriakan kelas masing-masing. 

Ayat Huraian 2

BAKPO LAGI?

Rumus Di samping itu, + (ISI) + juga dapat memastikan + (MENGAPA) Ayat 3 Di samping itu, pertandingan ini juga dapat memastikan mereka bekerjasama

menceriakan kelas sebagai satu pasukan bak kata pepatah ‘berat sama

dipikul, ringan sama dijinjing’. 

Ayat Contoh

LAGU MANA

Rumus Sebagai contoh, + (ISI) + seperti...

Ayat 4 Sebagai contohnya, Pertandingan Keceriaan Kelas yang boleh diadakan seperti 

Kelas Paling Bersih, Kelas Paling Ceria, Kelas Paling Teratur dan sebagainya.

Ayat Penegas

YO LO KO NI?

Rumus Tegasnya, + (ISI) + (TUGASAN)

Ayat 5 Tegasnya, Pertandingan Keceriaan Kelas merupakan langkah bagi 

menceriakan kawasan sekolah yang paling efektif 

Pada pendapat saya, langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling

efektif adalah dengan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Kelas. Hal ini dikatakan

demikian kerana Pertandingan Keceriaan Kelas yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat 

memastikan setiap pelajar memainkan peranan secara aktif dalam menceriakan kelas

masing-masing. Di samping itu, pertandingan ini  juga dapat memastikan mereka

bekerjasama menceriakan kelas sebagai satu pasukan bak kata pepatah ‘berat sama

dipikul, ringan sama dijinjing’.  Sebagai contohnya, Pertandingan Keceriaan Kelas yang

boleh diadakan seperti Kelas Paling Bersih, Kelas Paling Ceria, Kelas Paling Teratur dan

sebagainya. Tegasnya, Pertandingan Keceriaan Kelas merupakan langkah bagi menceriakan

kawasan sekolah yang paling efektif.

Page 3: Keceriaan Kawasan Sekolah

7/15/2019 Keceriaan Kawasan Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/keceriaan-kawasan-sekolah 3/5

ISI KEDUA

Ayat Topik

GAPO

Rumus Selain itu, + (ISI) + juga dikenal pasti sebagai + (TUGASAN – Tukar kata

kunci)

Ayat 1 Selain itu, Program Gotong-Royong Perdana juga dikenal pasti sebagai cara

bagi menceriakan kawasan sekolah.

Ayat Huraian

BAKPO

Rumus Saya berpendapat demikian kerana + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)

Ayat 2 Saya berpendapat demikian kerana Program Gotong-Royong Perdana yang

diadakan oleh pihak sekolah pada hujung minggu setiap bulan dapat 

menjadikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih

dan indah. 

Ayat Huraian

BAKPO

Rumus Lagipun, + (ISI) + juga dapat me………kan + (MENGAPA) 

Ayat 3 Lagipun, program ini juga dapat  mengelakkan warga sekolah daripada

sebarang penyakit yang disebabkan oleh masalah kebersihan seperti demam

denggi dan keracunan makanan. Ayat Contoh

LAGU MANA

Rumus Misalnya, + (ISI) + termasuklah... Ayat 4 Misalnya, Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan termasuklah

gotong-royong membersihkan kawasan kantin, kawasan asrama, tandas dan

lain-lain. 

Ayat Penegas

YO LO KO NI

Rumus Jelaslah, salah satu ... + tugasan + isi kedua

Ayat 5  Jelaslah, salah satu cara bagi menceriakan kawasan sekolah adalah dengan

mengadakan Program Gotong-Royong Perdana di sekolah.

Selain itu, Program Gotong-Royong Perdana juga dikenal pasti sebagai  cara bagi

menceriakan kawasan sekolah. Saya berpendapat demikian kerana Program Gotong-

Royong Perdana yang diadakan oleh pihak sekolah pada hujung minggu setiap bulan dapat 

menjadikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan indah.

Lagipun, program ini  juga dapat mengelakkan warga sekolah daripada sebarang penyakit

yang disebabkan oleh masalah kebersihan seperti demam denggi dan keracunanmakanan. Misalnya, Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan termasuklah

gotong-royong membersihkan kawasan kantin, kawasan asrama, tandas dan lain-lain.

 Jelaslah, salah satu cara bagi menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan

Program Gotong-Royong Perdana di sekolah. 

ISI KETIGA

Ayat Topik

GAPO

Rumus (TUGASAN – Tukar kata kunci) + yang berikutnya ialah/adalah dengan + (ISI)

Ayat 1 Usaha bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan

membina banyak taman mini di sekolah. 

Ayat Huraian

BAKPO

Rumus Dalam konteks ini + (ISI) + (SIAPA) + (MENGAPA)Ayat 2 Dalam konteks ini, pembinaan lebih banyak taman mini di kawasan-kawasan

strategik di sekolah melalui  aktiviti kelab dan persatuan dapat  melahirkan

suasana yang cukup tenang, indah dan ceria. 

Ayat Huraian

BAKPO

Rumus Tambahan pula, + (ISI) + juga dapat me……. + (MENGAPA) 

Ayat 3 Tambahan pula, pembinaan taman ini juga dapat menjadi  daya tarikan

kepada para pelajar untuk datang ke sekolah serta memberi motivasi kepada

mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah. 

Ayat Contoh

LAGU MANA

Rumus Sebagai tamsilan, + (ISI) + merangkumi .... Ayat 3 Sebagai tamsilan, pembinaan taman mini merangkumi taman orkid, taman

herba, taman burung dan sebagainya.

Ayat PenegasYO LO KO NI

Rumus Saya optimis + isi 3 + tugasan

Ayat 4 Saya optimis, pembinaan taman mini merupakan antara usaha yang bolehdilaksanakan bagi menceriakan kawasan sekolah. 

Page 4: Keceriaan Kawasan Sekolah

7/15/2019 Keceriaan Kawasan Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/keceriaan-kawasan-sekolah 4/5

  Usaha bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan

membina banyak taman mini di sekolah. Dalam konteks ini, pembinaan lebih banyak

taman mini di kawasan-kawasan strategik di sekolah melalui aktiviti kelab dan persatuan 

dapat  melahirkan suasana yang cukup tenang, indah dan ceria. Tambahan pula,

pembinaan taman ini juga dapat menjadi daya tarikan kepada para pelajar untuk datang

ke sekolah serta memberi motivasi kepada mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan

dan keceriaan sekolah. Sebagai tamsilan, pembinaan taman mini merangkumi  taman

orkid, taman herba, taman burung dan sebagainya. Saya optimis, pembinaan taman mini 

merupakan antara usaha yang boleh dilaksanakan bagi menceriakan kawasan sekolah. 

KESIMPULAN

Saranan +

Harapan

Rumus Kesimpulannya, + sasaran dalam tugasan + mestilah berusaha untuk

me......... + Tema + agar.......

Ayat 1 Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menceriakan kawasansekolah agar sekolah menjadi tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu.

Seruan

Rumus Seruan (hafal dan ubah suai)

Ayat 2 Usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang

kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang

 pertama!

Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menceriakan kawasan

sekolah agar sekolah menjadi tempat yang kondusif untuk menuntut ilmu. Usaha yang

sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang

beribu batu, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!

Page 5: Keceriaan Kawasan Sekolah

7/15/2019 Keceriaan Kawasan Sekolah

http://slidepdf.com/reader/full/keceriaan-kawasan-sekolah 5/5

Contoh Karangan Lengkap:

Belakangan ini, isu yang berkaitan dengan keceriaan kawasan sekolah dalam

kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah

sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Justeru, semua pihak

mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan

di situ ada jalan. Persoalannya apakah langkah-langkah bagi menceriakan kawasan

sekolah?

Pada pendapat saya, langkah bagi menceriakan kawasan sekolah yang paling

efektif adalah dengan menganjurkan Pertandingan Keceriaan Kelas. Hal ini dikatakan

demikian kerana Pertandingan Keceriaan Kelas yang dianjurkan oleh pihak sekolah dapat

memastikan setiap pelajar memainkan peranan secara aktif dalam menceriakan kelas

masing-masing. Di samping itu, pertandingan ini juga dapat memastikan mereka

bekerjasama menceriakan kelas sebagai satu pasukan bak kata pepatah ‘berat sama

dipikul, ringan sama dijinjing’. Sebagai contohnya, Pertandingan Keceriaan Kelas yangboleh diadakan seperti Kelas Paling Bersih, Kelas Paling Ceria, Kelas Paling Teratur dan

sebagainya. Tegasnya, Pertandingan Keceriaan Kelas merupakan langkah bagi

menceriakan kawasan sekolah yang paling efektif.

Selain itu, Program Gotong-Royong Perdana juga dikenal pasti sebagai cara bagi

menceriakan kawasan sekolah. Saya berpendapat demikian kerana Program Gotong-

Royong Perdana yang diadakan oleh pihak sekolah pada hujung minggu setiap bulan

dapat menjadikan kawasan persekitaran sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan

indah. Lagipun, program ini juga dapat mengelakkan warga sekolah daripada sebarang

penyakit yang disebabkan oleh masalah kebersihan seperti demam denggi dan keracunanmakanan. Misalnya, Program Gotong-Royong Perdana yang diadakan termasuklah

gotong-royong membersihkan kawasan kantin, kawasan asrama, tandas dan lain-lain.

Jelaslah, salah satu cara bagi menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan

Program Gotong-Royong Perdana di sekolah.

Usaha bagi menceriakan kawasan sekolah yang berikutnya adalah dengan

membina banyak taman mini di sekolah. Dalam konteks ini, pembinaan lebih banyak

taman mini di kawasan-kawasan strategik di sekolah melalui aktiviti kelab dan persatuan

dapat melahirkan suasana yang cukup tenang, indah dan ceria. Tambahan pula,

pembinaan taman ini juga dapat menjadi daya tarikan kepada para pelajar untuk datangke sekolah serta memberi motivasi kepada mereka untuk sama-sama menjaga kebersihan

CSL2013