teselasi satah di persekitaran kawasan sekolah padang menora

Upload: nur-naiemah-mohd-ibrahim

Post on 09-Jul-2015

919 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

TESELASI SATAH DI PERSEKITARAN KAWASAN SEKOLAH PADANG MENORA Pengenalan Teselasi satah atau jubin bermakna penyusunan berulang sebuah model atau corak untuk memenuhi satu permukaan. Corak tersebut mestilah tidak boleh bertindih dan tidak mempunyai ruang kosong diantara satu corak dengan corak yang lain. Corak teselasi terbahagi kepada dua iaitu teselasi sekata dan teselasi separuh sekata. Teselasi sekata menggunakan congruent regular polygon dan hanya terdiri daripada segi tiga sama sisi, segi empat, dan segi enam. Manakala teselasi separuh sekata pula menggunakan pelbagai bentuk regular polygon. Teselasi banyak dilihat dalam karya-karya M.C. Escher Beliau mendapat ilham semasa mengkaji penggunaan Moor simetri dalam jubin Alhambra semasa lawatan pada tahun 1922. Teselasi dapat dilihat menerusi seni sejarah, seni pembinaan lama dan juga seni modern. Contoh teselasi:

Corak teselasi yang terdapat di kawasan persekitaran sekolah SK Padang Menora

Teselasi satah yang pertama ialah tapak perhimpunan pagi. Ia juga boleh didapati di sepanjang laluan pejalan kaki dari tapak perhimpunan sehingga ke kantin. Teselasi satah di atas ialah teselasi separuh sekata. Bentuk asas bagi pembentukan corak teselasi di atas ialah bentuk segi enam iaitu hexagon. Selepas melalui proses pengubahsuaian, ia menghasilkan corak di atas. Konsep transformasi yang terlibat dalam pembentukan corak teselasi tersebut ialah glide reflection. Corak tersebut melalui proses pantulan dan translasi.

Corak teselasi satah kedua saya merupakan corak bagi dinding pada dewan terbuka SK Padang Menora. Corak teselasi ini menggabungkan dua bentuk poligon sekata. Konsep transformasi yang terlibat dalam pembentukan teselasi di atas ialah pantulan. Kedua-dua corak boleh menggunakan pantulan pada garis menegak dan melintang untuk melengkapkan proses transformasi. Susanan penyusunan bentuk corak teselasi ialah 12.16.12.16. Dalam teselasi di atas, warna memainkan peranan yang penting untuk membuatkan corak teselasi satah di atas menjadi menarik.

Corak teselasi satah di atas terdapat pada dinding yang dijadikan benteng tangki air sekolah. Teselasi di atas merupakan teselasi sekata kerana ia menggunakan bentuk segi tiga sama sisi. Konsep transformasi yang boleh digunakan bagi corak teselasi di atas ialah pantulan pada paksi menegak dan melintang dan juga transformasi putaran. Susunan bentuk di atas ialah 3.3.3.3 yang menunjukkan di setiap bucu terdapat hanya bentuk segi tiga sama sisi.

Teselasi satah seterusnya saya dapati di meja kantin murid-murid RMT (rancangan makanan tambahan) SK Padang Menora. Teselasi di atas merupakan bentuk segi empat tepat yang disusun secara bersilang. Konsept transformasi yang terlibat ialah putaran. Susunan bagi corak teselasi di atas ialah 4.4.4.

Teselasi satah di atas merupakan corak yang terdapat pada pintu pagar pra-sekolah. Corak asas bagi teselasi di atas ialah segi empat atau parallelogram. Konsep transformasi yang terlibat ialah glide reflection iaitu pantulan dan translasi. Manakala convex configuration bagi corak teselasi di atas ialah 4.4.4.4.

Corak teselasi di atas merupakan corak teselasi satah yang paling banyak terdapat di kawasan sekolah dan yang paling mudah di dapati. Ia merupakan mozek kawasan dewan terbuka. Corak di atas mempunyai susunan 4.4.4.4 iaitu di setiap bucu terdapat bentuk segi empat sama. ketiga-ketiga jenis transformasi dapat dilihat dalam teselasi di atas iaitu putaran berpusat pada bucu setiap segi empat sama, translasi dan pantulan pada sisi setiap bentuk.

REFLEKSI Teselasi boleh dilihat dalam pelbagai bidang dalam kehidupan seharian. Seni, pembinaan, hobi dan banyak lagi contoh yang menunjukkan penggunaan teselasi dalam kehidupan seharian. Contoh khusus yang menggaplikasikan corak teselasi ialah seperti permaidani daripada timur tengah, ukiran dan binaan di masjid, jubin dan hasil seni nukilan M.C Escher. Permaidani timur yang biasanya dibuat dari negara timur tengah seperti Jordan, Pakistan dan Mekah menggunakan teselasi secara tidak langsung. Terdapat permaidani atau karpet yang menggunakan teselasi pada keseluruhan ruangnya dan terdapat sesetengah permaidani atau karpet yang menggunakan teselasi di bingkai atau sempadannya sahaja. selain itu, apa-apa sahaja corak dua dimensi yang mempunyai struktur grid merupakan corak teselasi. Pembinaan Islam adalah salah satu tempat untuk melihat aplikasi corak teselasi satah. Dalam pembinaan seni bina Islam, penggunaan corak binatang atau manusia tidak dibenarkan. Oleh itu, corak-corak ukiran atau seni bina banyak menggunakan corak geometri, tumbuhan, kaligrafi Islam dan tulisan arab. Penggunaan corak-corak ini selalunya berulang-ulang dan memenuhi keseluruhan ruang dan inilah yang dipanggil corak teselasi. Dalam hobi pula, corak teselasi satah dapat dilihat dalam aktiviti membuat origami. Pada tahun 1970, Shuzo Fujimoto memperkenalkan teknik melipat kertas yang mengaplikasikan corak teselasi. Corak yang dilipat membentuk bentuk segi tiga, segi empat dan segi enam (hexagon). Selain itu, jigsaw puzzle juga merupakan satu contoh teselasi dalam kehidupan seharian. Kepingan jigsaw puzzle yang dicantum merupakan satu corak teselasi kerana ia berulang dan memenuhi ruang. Sedar atau tidak, kebanyakan corak atau gambar yang kita lihat setiap hari merupakan teselasi satah. Selepas mengenali apa itu teselasi, setiap corak yang saya jumpa saya akan menelitinya dan mempastikannya sama ada ia teselasi, corak frieze atau sebagainya.