kecergasan meningkatkan kesihatan

Upload: vener-js

Post on 01-Mar-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

da

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)PENDIDIKAN JASMANI DAN PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 2

Mata Pelajaran: Pendidikan JasmaniTunjang: KecergasanTajuk: Kecergasan Meningkatkan KesihatanSub Tajuk: KelenturanTarikh/Hari: 26 Ogos 2013, IsninMasa: 7.45 pagi 8.15 pagi (30 minit)Tahun: 2 IntelekBilangan Murid: 16 orangPengalaman lepas/ sedia ada: Murid telah belajar kelenturan semasa berada di Tahun 1Standard Pembelajaran: 3.3.1Melakukan aktiviti regangan secara dinamik dan statik pada otot-otot utama dengan lakuan yang betul. 4.3.1Mengenalpasti otot-otot utama pada bahagian badan yang meregang semasa melakukan aktiviti kelenturan. 5.4.2Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok

Hasil Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat:Psikomotor: Melakukan aktiviti melenturkan badan sebanyak 3 daripada 5 percubaanKognitif: Menyatakan otot-otot utama yang terlibat semasa aktivitiAfektif: Bekerjasama semasa melakukan aktiviti berkumpulan Penerapan Nilai: Kerjasama, kesungguhanKemahiran Berfikir: Menghubungkait dan mengenalpastiPenggabungjalinan: Bukan lokomotor- KesukananKesepaduan: Muzik dan MatematikAlatan: 1.Pundi kacang/bola kecil (36) 2.Gelung rotan (18) 3.Tali skipping (3) 4.Laptop (1) 5.Speaker (1) 6.Wisel (1)

BAHAGIAN/ MASAAKTIVITIFOKUS PEMBELAJARANORGANISASI KELASCATATAN/ BAHAN BANTU MENGAJAR

Permulaan(6 minit)Set induksi

Pengenalan pergerakan melentur badan seperti mengilas dan melentik.

Strategi:-Arahan-Demonstrasi

TKP:-Kinestatik-Spatial

BBM:-Wisel

Nilai:-Disiplin-Mematuhi arahan

Aktiviti regangan

LarianPerlaksanaan regangan

Kepala: Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu Dongak ke atas, ke bawah, ke kanan dan ke kiri secara perlahan-lahan dalam kiraan 8 saat.

Tangan: Berdiri tegak dan kaki dibuka seluas bahu. Tangan kanan diangkat ke bahu kiri. Tangan kiri memegang siku kanan dan tarik ke arah bahu kiri. Ulang dengan tangan kiri. Kiraan adalah sebanyak 8 untuk kedua-dua tangan.

Pinggang: Berdiri tegak, kaki dibuka seluas bahu dan tangan diletakkan di pinggang. Badan dibongkokkan ke hadapan dan ke belakang dengan kiraan 8. Ulang aktiviti dengan menukar ke arah kiri dan ke kanan.

Kaki: Kaki kanan diangkat kebelakang dengan kiraan 8 dan diulang denga kaki kiri. Lutut kaki kanan diangkat dengan kiraan 6 dan diulang dengan kaki kiri.

Murid-murid melakukan larian mengelilingi padang sebanyak 3 pusingan.

Secara berkumpulan membentuk bulatan:

Petunjuk:

Guru

Murid

Perkembangan

Langkah 1(3 minit)Mengilas tanpa bola 1. Murid berada dalam posisi beridiri dimana kedua kaki dibuka separas bahu.2. Badan dikilaskan menghadap ke kanan secara perlahan-lahan dengan kiraan 8.3. Ulang aktiviti dengan menghadap ke kiri pula.4. Aktiviti diulang sebanyak 3 kali.5. Lakukan aktiviti yang sama dengan menukar posisi dalam keadaan duduk dimana kaki kanan disilangkan ke atas kiri.

Strategi:-Arahan-Demonstrasi

TPK:-Kinestatik-Spatial

Nilai:-Kesungguhan-Disiplin-Mematuhi arahan

Langkah 2(3 minit)Mengilas dengan bola1. Berdiri membelakangkan kawan pada jarak yang sesuai.2. Hanya 1 bola sahaja digunakan.3. Murid A akan menghantar bola kepada murid B secara mengilas.4. Murid B juga akan mengilas semasa menerima bola.5. Lakukan beberapa kali dan tukar arah.

Aktiviti berpasangan

Strategi:-Arahan-Demonstrasi

Alatan:-Bola-Gelung rotan

TPK:-Kinestatik-Spatial

Nilai:-Kerjasama-Disiplin-Mematuhi arahan

Langkah 3(4 minit)Mengutip bola kecil1. Aktiviti dalam posisi berdiri dengan melepaskan bola ke belakang jatuh ke dalam gelung rotan.2. Murid kedua akan membongkok dan mengambil bola melalui dua belah kaki.3. Murid kedua akan mengulang aktiviti melepaskan bola manakala murid pertama akan mengambil bola.4. Aktiviti diulang sebanyak 10 kali bagi kedua-dua murid.

Aktiviti berkumpulan (2 orang dalam 1 kumpulan)Strategi:-Arahan-Demonstrasi

Alatan:-Bola-Gelung rotan

TPK:-Logik matematik-Anggaran jauh

Nilai:-Kerjasama-Mematuhi arahan

Kemuncak(9 minit)Permainan kecilLimbo Rock1. Apabila muzik dimainkan, murid bergerak melepasi bawah tali yang dipegang oleh 2 orang murid dengan cara meleding.2. Ketinggian tali semakin direndahkan dan murid yang berjaya melepasi akan dapat meneruskan permainan.3. Pemenang adalah murid yang dapat melepasi palang kayu yang paling rendah.

Strategi:-Arahan-Demonstrasi

Alatan:-Tali-Wisel-Laptop-Speaker

TPK:-Logik matematik-Anggaran jauh

Nilai:-Kerjasama-Mematuhi arahan-Berdisplin

Penutup(5 minit)Regangan dengan iringan muzikcooling down

Pelajar berdiri dalam bulatan.

Regangan pergelangan kaki Kaki kanan dihulurkan ke hadapan dengan hujung kaki mencecah lantai dalam kiraan 8. Begitu juga dengan kaki kiri. Pergerakan diulang dengan menukar kaki yang dihulurkan ke belakang dengan kiraan 8. Kedua-dua belah tapak kaki dihulurkan ke bahagian dalam dengan kiraan 8. Ulang dengan menukar posisi kaki ke bahagian luar.

Regangan kaki Kaki kanan diangkat kebelakang dengan kiraan 8 dan diulang denga kaki kiri. Lutut kaki kanan diangkat dengan kiraan 6 dan diulang dengan kaki kiri.

Regangan pinggang Kedua-dua kaki dirapatkan. Badan dibengkokkan ke bawah dan tangan mencecah kaki dalam kiraan 8. Badan dipusingkan ke arah kanan dalam kiraan 8 dan ulang dengan menghadap ke kiri.

Regangan bahu dan lengan Kedua-dua tangan memegang bahu. Pusingkan tangan ke hadapan dengan kiraan 8. Ulang pergerakan dengan menukar ke belakang.

Regangan kepala Pusing kepala ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah.

Tarik nafas Tarik nafas sebanyak 3 kali. Hembus dengan kuat pada kali ke-3.

Petunjuk:

GuruMurid

Strategi:-Arahan-Demonstrasi

TKP:-Kinestatik-Spatial

BBM:-Laptop-Speaker

Nilai: -Disipin-Mematuhi arahan

Soal jawab Murid menjelaskan apa yang telah mereka lakukan pada hari ini. Murid mengekspresikan perasaan mereka.

Guru bertanyakan soalan kepada murid-murid.