kecergasan

5
KECERGASAN Kecergasan Kecergasan bermaksud kemampuan untuk hidup dalam situasi yang seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Kecergasan Fizikal Kecergasan fizikal pula merujuk kepada kemampuan dan keupayaan melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan, masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan dan dapat menghadapi segala kecemasan yang berkemungkinan berlaku. Komponen Kecergasan Fizikal (a) Berasaskan Kesihatan 1. Daya Tahan Kardiovaskular 2. Daya Tahan Otot 3. Kekuatan Otot 4. Komposisi Badan 5. Kelenturan (b) Berasaskan Perlakuan Motor 1. Kepantasan 2. Imbangan 3. Ketangkasan 4. Kuasa 5. Masa Reaksi 6. Koordinasi Daya Tahan Kardiovaskular Daya tahan kardivaskular bermaksud keupayaan jantung, salur darah dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah atau sederhana. Sistem kardiovaskular terdiri daripada :

Upload: kerang73

Post on 04-Oct-2015

15 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

kecergasan

TRANSCRIPT

KECERGASANKecergasan

Kecergasan bermaksud kemampuan untuk hidup dalam situasi yang seimbang dan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.

Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal pula merujuk kepada kemampuan dan keupayaan melakukan tugas serta tanggungjawab harian tanpa cepat mengalami kelesuan, masih mempunyai tenaga untuk melibatkan diri dalam aktiviti kesenggangan dan dapat menghadapi segala kecemasan yang berkemungkinan berlaku.

Komponen Kecergasan Fizikal

(a) Berasaskan Kesihatan1. Daya Tahan Kardiovaskular2. Daya Tahan Otot3. Kekuatan Otot4. Komposisi Badan5. Kelenturan(b) Berasaskan Perlakuan Motor1. Kepantasan2. Imbangan3. Ketangkasan4. Kuasa5. Masa Reaksi6. Koordinasi

Daya Tahan KardiovaskularDaya tahan kardivaskular bermaksud keupayaan jantung, salur darah dan sistem respiratori untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan pada jangka masa yang lama semasa melakukan aktiviti fizikal yang berintensiti rendah atau sederhana.

Sistem kardiovaskular terdiri daripada :

jantung saluran darahFungsi sistem kardiovaskular adalah untuk menyokong sistem fisiologi yang lain. penghantar pengeluar pengangkut pengekal penghalang

Sistem peredaran darah manusia adalah jenis sistem peredaran darah tertutup. Sistem peredaran darah manusia terbahagi kepada dua sistem iaitu: Sistem peredaran pulmonari Sistem peredaran sistemik

Jenis-jenis latihan yang meningkatkan daya tahan kardiovaskular Larian Jarak Jauh Perlahan (Long Slow Distance-LSD) Latihan Senamrobik Latihan Fartlek

Latihan-latihan daya tahan kardiovaskular dapat menghindarkan diri daripada penyakit kardiovaskular.

Kesan latihan daya tahan kardiovaskular, ialah: pertambahan saiz ruang jantung pertambahan ketebalan dinding jantung pertambahan keanjalan otot jantung pertambahan jaringan kapilari darah di otot. lebih banyak darah beroksigen dapat dibekalkan oleh jantung untuk kegunaan tubuh badan.

Aspek-aspek keselamatan semasa melakukan aktiviti Daya Tahan Kardiovaskular. melakukan aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan sebelum daan selepas latihan. menentukan KNL dengan menggunakan kaedah Karvonen meningkatkan jarak dan tempoh masa larian secara progresif dengan kelajuan yang sederhana. memaklumkan masalah kesihatan kepada jurulatih. memakai pakaian dan kasut yang sesuai.

Daya Tahan Otot

1. Daya tahan otot ialah keupayaan otot atau sekumpulan otot melakukan kerja secara berulang-ulang atau berterusan dalam jangka masa yang panjang.2. Daya tahan otot terbahagi kepada dua iaitu daya tahan otot statik dan daya tahan otot dinamik.3. Daya tahan otot statik ialah kebolehan otot untuk mengekalkan kontraksi pada jangka waktu yang panjang pada kedudukan tetap dan pegun. Daya tahan otot jenis ini juga lebih dikenali sebagai isometrik.4. Daya tahan otot dinamik ialah kebolehan otot untuk menguncup dan memanjang secara berulang-ulang. Daya tahan otot dinamik terbahagi kepada dua iaitu isotonik dan isokinetik.5. Contoh aktiviti rintangan untuk daya tahan otot adalah seperti tekan tubi, bangun tubi, mendagu, naik turun bangku, lompat selang-seli dan lompat kanggaru.6. Latihan bebanan, kalistenik, isotonik, isometrik dan beberapa aktiviti seperti berlari, berenang dan senamrobik berupaya meningkatkan daya tahan otot.7. Latihan Daya Tahan OtotJenis KontraksiDefinisiContohKelebihan

IsotonikLatihan yang melibatkan kontraksi fiber otot memendek dengan ketegangan berbeza semasa mengangkat beban yang tetap.Abdominal Crunch* memberi lebih kekuatan daripada isometrik. * baik untuk koordinasi. * cepat pulih daripada lesu. * baik untuk melatih imbangan.

IsometrikLatihan yang melibatkan kontraksi statik dengan fiber otot tidak memanjang dan tidak memendek serta sendi tidak mengalami julat pergerakan.Tarik Tuala* boleh dilakukan diruang sempit. * tidak memerlukan alat. * baik untuk pemulihan otot.

IsokinetikLatihan isotonik dengan menggunakan peralatan atau mesin yang menetapkan halaju sekata pergerakan.Sama seperti latihan isotonik tetapi menggunakan peralatan khas yang dapat mengawal kelajuan pergerakan.* baik untuk latihan kekuatan. * baik untuk pemulihan kecederaan otot.

8.Antara kesan latihan daya tahan otot ialah : a) kerja-kerja boleh dilakukan dengan lebih banyak dan kerja menjadi lebih efisien. b) risiko kepada kecederaan otot ketika berkerja dan bersukan dapat dikurangkan. c) dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang atlit. d) meningkatkan atau memperbaiki kebolehan dalam menghadapi kecemasan.