kecederaan dalam sukan

18
KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 PENGENALAN OBJEKTIF ASPEK KECEDERAAN DALAM SUKAN PUNCA SIMPTON PENYEBAB CARA MENGATASI 7.1 Mengamalkan prinsip-prinsip latihan 7.2 Pencegahan melalui persekitaran 7.3 Pencegahan melalui kawalan RAWATAN PEMULIHAN 9.1 Rawatan dingin 9.2 Rawatan panas 9.3 Rawatan bertentangan 9.4 Urutan REFLEKSI RUJUKAN BORANG REKOD KOLOBORASI KERJA KURSUS 1 2 2 3 4 4 5 - 8 8 11 - 12 13 15

Upload: mk-iz

Post on 03-Feb-2016

136 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Page 1: Kecederaan Dalam Sukan

KANDUNGAN

BIL PERKARAMUKA

SURAT

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

PENGENALAN

OBJEKTIF

ASPEK KECEDERAAN DALAM SUKAN

PUNCA

SIMPTON

PENYEBAB

CARA MENGATASI

7.1 Mengamalkan prinsip-prinsip latihan

7.2 Pencegahan melalui persekitaran

7.3 Pencegahan melalui kawalan

RAWATAN

PEMULIHAN

9.1 Rawatan dingin

9.2 Rawatan panas

9.3 Rawatan bertentangan

9.4 Urutan

REFLEKSI

RUJUKAN

BORANG REKOD KOLOBORASI KERJA KURSUS

1

2

2

3

4

4

5 - 8

8

11 - 12

13

15

16

Page 2: Kecederaan Dalam Sukan

Kecederaan Dalam Sukan

1. PENGENALAN

Merujuk kamus dewan bahasa dan pustaka edisi empat (2015) sukan bermaksud segala

kegiatan yang memerlukan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga seperti berenang,

permainan bola sepak, tenis, lumba lari, lompat jauh dan sebagainya. Sukan dilakukan

sebagai acara pertandingan, acara hiburan, kegiatan untuk menyihatkan badan dan lain-

lain. Ini bermaksud sukan didefinisikan sebagai  aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai

tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan

sebagainya. Perbezaan tujuan inilah yang membezakan sifat sesuatu sukan itu. Misalnya,

berenang secara bersaingan di hadapan ribuan penonton akan dikira sebagai sukan tetapi

berenang bersendirian di kolam atau laut dilihat sebagai aktiviti rekreasi.

Setiap bidang sukan mempunyai risiko untuk berlakunya kecederaan. Sebarang

kecederaan berlaku akibat penglibatan dalam aktiviti sukan dikenali sebagai kecederaan

sukan. Kecederaan sukan ialah satu keadaan kerosakan atau luka yang berlaku ke atas

otot, ligamen, tendon, tulang dan tisu-tisu lain serta yang berkaitan dengan sistem

musculoskeletal yang diperoleh melalui penglibatan dalam aktiviti sukan. Contoh bidang

sukan yang boleh mengakibatkan kecederaan dalam sukan ialah sukan olahraga dalam

acara lompat jauh. Acara lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang

atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Acara ini diminati

walaupun tidak ramai orang yang mempunyai kebolehan membuat lompatan yang jauh.

Masalah utama atlet lompat jauh adalah mengekalkan langkahan larian pada tiga ke

empat langkah sebelum melonjak. Atlet lompat jauh harus meningkatkan komponen

kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif. Oleh itu, kemungkinan besar boleh berlakunya

kecederaan sukan semasa aktiviti lompat jauh dilakukan. Pelbagai kecederaan sukan

mungkin berlaku dalam acara lompat jauh. Antaranya pergelangan kaki terseliuh atau

dalam istilah lain ialah ‘ankle sprain’. Oleh yang demikian, pencegahan awal perlu

dilaksanakan untuk mengelak dari berlakunya kecederaan sukan. Jika berlaku kecederaan

sukan terhadap atlet sukan, rawatan awal atau bantu mula perlu diberikan kepada atlet yang

cedera sebelum dihantar ke hospital.

Page 3: Kecederaan Dalam Sukan

2. OBJEKTIF

i. Mengenal pasti kecederaan yang sering berlaku dalam sukan lompat jauh.

ii. Mengetahui punca dan simptom berlakunya ‘ankle sprain’.

iii. Menjelaskan cara untuk mencegah berlakunya ‘ankle sprain’.

iv. Mengenal pasti rawatan yang sesuai untuk merawat ‘ankle sprain’.

v. Menjelaskan aktiviti pemulihan untuk mangsa ‘ankle sprain’.

3. ASPEK KECEDERAAN DALAM SUKAN

Kecederaan sukan berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun semasa kemalangan kecil.

Faktor lain yang menyumbang kepada kecederaan itu juga termasuk latihan yang tidak

sempurna atau alatan yang tidak sesuai. Kebanyakan atlet mengalami kecederaan tersebut

disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi. Latihan memanaskan badan yang tidak

mencukupi juga akan menyumbang kepada kecederaan sukan.

Kecederaan sukan didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh trauma

fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan. Kecederaan sukan dapat dikategorikan kepada

kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras. Kecederaan tisu lembut termasuklah

kesemua kecederaan yang berlaku di ligamen, tendon dan otot manakala kecederaan tisu

keras pula adalah kecederaan yang berlaku pada tulang. Berikut adalah kecederaan yang

mungkin boleh berlaku dalam sukan olahraga iaitu acara lompat jauh :-

i. Fraktur iaitu tulang yang patah atau retak. Fraktur boleh disebabkan oleh dua

keadaan iaitu :-

a) Hentakan langsung (direct force) – apabila tulang patah atau retak di

bahagian yang menerima hentakan seperti pendaratan lompat jauh yang

salah.

b) Hentakan tidak langsung (inderect force) - apabila tulang patah atau retak

beberapa jarak dari bahagian yang menerima hentakan dan apabila

berlakunya kontraksi otot secara mengejut boleh mengakibatkan fraktur

(tulang patah atau retak)

ii. Kecederaan Otot (strain) - otot telah diregang secara berlebihan. Keadaan ini

berlaku pada individu-individu yang menggunakan otot secara mengejut dan

berlebihan sehingga berlakunya kekejangan otot. Biasanya seseorang yang

3

Page 4: Kecederaan Dalam Sukan

bermain/bersukan melakukan aktiviti fizikal tanpa membuat ‘warming up’ terlebih

dahulu, boleh menyebabkan terjadinya kekejangan otot.

iii. Dislokasi (dislocation) - berlaku apabila hujung tulang sendi terkeluar dari

kedudukan normal. Sekiranya tulang sendi terkeluar sebahagian sahaja,

keadaan ini disebut sebagai dislokasi separa (partial dislocation atau

subluxation).

iv. Lutut terkunci (locked knee) - keadaan di mana tulang rawan sendi lutut terkoyak

atau terkeluar dari kedudukan normalnya.

v. Terseliuh (sprain) - kecederaan berlaku pada sendi akibat rentapan yang kuat

dan mengejut sehingga mengoyakkan ligamen dan tisu yang berhubung kait

dengan sendi berkenaan. Keadaan ini boleh berlaku sekiranya individu

berkenaan membuat pergerakan mengejut seperti berpusing sewaktu berlari,

teknik lonjakan yang salah atau pendaratan yang salah semasa melakukan

aktiviti lompat jauh.

vi. ‘Ankle sprain’ merupakan kecederaan di bahagian buku lali yang melibatkan

koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-struktur yang lain seperti

saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh menyebabkan tulang

patah ( ianya jarang berlaku). Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh

dalam keadaan ‘inversion, plantarflexion dan eversion’ samada ketika berjalan,

berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan.

4. PUNCA

Punca kecederaan adalah disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi dan kurang

penyesuaian dengan aktiviti yang dijalankan. Kaki yang terseliuh sering dikaitkan sebagai

akibat tersilap langkah atau kurang bernasib baik semasa melakukan gerakan. Bukan itu

sahaja, ia juga berlaku apabila kaki terpulas, terpusing atau terlipat melebihi had lazim.

Ligamen buku lali merupakan penahan efektif, tetapi disebabkan asakan yang keterlaluan,

sebahagian atau keseluruhan ligamen boleh terkoyak.

Kecederaan ini juga boleh berlaku akibat daripada faktor-faktor persekitaran seperti

permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan dan aksi yang terlampau. Selain

4

Page 5: Kecederaan Dalam Sukan

itu, punca terjadinya kecederaan dalam sukan juga diakibatkan oleh pemakaian kasut yang

tidak sesuai dengan sukan yang diceburi. Sesetengah acara olahraga terutama dalam

acara lompat jauh memerlukan pergerakan melompat, berkemungkinan mencederakan buku

lali iaitu semasa kaki kembali berpijak secara tidak sempurna di atas permukaan tanah.

5. SIMPTON

Sekiranya salah satu atau lebih simpton dan tanda seperti mana di bawah berlaku,

berkemungkinan berlakunya kecederaan yang melibatkan tulang, sendi, ligamen atau otot.

Berikut adalah simpton yang mengakibatkan kecederaan dalam sukan :-

i. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi, ligamen atau otot.

ii. Mangsa mendengar bunyi atau merasa ‘tulang patah’.

iii. Ketidakupayaan untuk menggerakkan anggota yang tercedera.

iv. Merasa kebas, parestesia atau anestesia, atau hilang denyutan nadi pada anggota

yang tercedera.

v. Bunyi atau geselan hujung tulang yang tidak normal

vi. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi, ligamen atau otot.

vii. Bentuk, kedudukan atau pergerakan tulang atau sendi yang tidak normal.

6. PENYEBAB

Kecederaan ligamen adalah kecederaan yang sering berlaku dalam sukan acara lompat

jauh. Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia juga

berbeza dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian

iaitu :-

i. Medial

a) Ligamen di bahagian deltoid (sangat kuat dan jarang sekali tercedera)

ii. Lateral

a) ATFL (Anterior Talofibular Ligament) – senang koyak & mudah cedera.

b) CCFL (Calcaneofibular Ligament) – sederhana kuat.

c) PTFL (Posterior Talofibular Ligament) – paling kuat & susah cedera.

5

Page 6: Kecederaan Dalam Sukan

Kecederaan ligamen pula boleh diklasifikasikan kepada beberapa gred tertentu

seperti berikut :-

i. Gred 1 – Hanya berlaku sedikit sahaja koyakkan atau dikenali sebagai ‘koyak

mikroskopik’. Kesakitan yang dirasakan tidak terlalu serius dan di tahap yang paling

minimum. Pesakit biasanya boleh berjalan dan berdiri secara perlahan-lahan tetapi

tidak mampu berlari dan melompat.

i. Gred 2 – Berlaku lebih kurang 50% koyakkan. Kesakitan yang sederhana dirasakan

akibat daripada berlakunya pendarahan dalaman. Pesakit merasa sakit ketika berdiri

dan berjalan tetapi boleh berjalan beberapa langkah secara perlahan-lahan.

ii. Gred 3 – Ligamen putus sepenuhnya dan kesakitan yang amat sangat dirasakan.

Pesakit mengalami kesukaran untuk berdiri dan berjalan. Hilang kestabilan ketika

berdiri dan biasanya tidak boleh menggerakkan bahagian yang sakit.

7. CARA MENGATASI KECEDERAAN DALAM SUKAN

Cara mengatasi kecederaan dalam sukan terbahagi beberapa bahagian iaitu : -

a) Mengamalkan prinsip-prinsip latihan

b) Pencegahan melalui persekitaran

c) Pencegahan melalui kawalan

7.1 Mengamalkan prinsip-prinsip latihan

Bagi mengatasi masalah kecederaan dalam sukan seseorang atlet sukan atau seseorang

individu perlulah mengamalkan prinsip-prinsip latihan dalam sukan. Berikut adalah prinsip-

prinsip latihan dalam sukan : -

i. Memanaskan badan

Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan (warming up)

dan diakhiri dengan sesi melegakan badan (cooling down). Memanaskan badan

6

Page 7: Kecederaan Dalam Sukan

adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi

dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit

melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan

membolehkan atlet bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan

mengurangkan berlakunya kecederaan otot.

ii. Ansur maju

Program latihan fizikal hendaklah bersifat progresif. Ia merujuk kepada peningkatan

kesukaran latihan yang beransur-ansur. Kadar peningkatan hendaklah berdasarkan

kepada keupayaan individu. Individu adalah berbeza maka peningkatan intensiti

latihan hendaklah sesuai dengan keupayaan setiap individu. Beban kerja hendaklah

bertambah. Ini dilakukan secara beransur-ansur sesuai dengan pencapaian fizikal

seseorang atlet yang menjalani latihan. Jurulatih pula perlu mengetahui bahawa

jangka masa latihan yang diperlukan bagi seseorang atlet untuk berada dalam

keadaan fizikal yang terbaik ialah 6 hingga 8 minggu.

iii. Tambah beban

Mempunyai perkaitan yang rapat dengan ansur maju. Sistem latihan yang direka

bentuk hendaklah mengenakan tekanan dalam jangka masa yang sesuai supaya

dapat mengadaptasi dengan beban kerja yang berlebihan. Oleh itu latihan perlu

mengenakan beban melebihi had biasa untuk meningkatkan prestasi komponen

kecergasan fizikal yang hendak ditingkatkan.

iv. Perbezaan individu

Program latihan mestilah bersifat individu kerana terdapat perbezaan individu dari

segi matlamat, fisiologi, motivasi, genetik dan persekitaran. Oleh itu program latihan

yang sama tidak akan memberikan kesan yang sama ke atas semua individu.

v. Intensiti

Di dalam sesuatu program latihan fizikal penekanan adalah terhadap intensiti beban

latihan. Intensiti beban latihan diberi dengan mempertingkatkan tempoh latihan

supaya atlet bekerja di atas paras kemampuan fizikal masing-masing.

vi. Spesifikasi (Pengkhususan)

Program latihan yang dirancang hendaklah menjurus kepada matlamat yang hendak

dicapai. Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat

mempertingkatkan kekuatan dan daya tahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain

7

Page 8: Kecederaan Dalam Sukan

aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan

mengikut permainan yang diceburi.

vii. Kekerapan Latihan

Gerak kerja kecergasan haruslah dijadikan sebahagian aktiviti kehidupan. Kekerapan

latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan

bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang

individu untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia

haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai

intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan

tahap kecergasan yang rendah.

viii. Masa Latihan

Masa latihan bergantung rapat dengan intensiti aktiviti latihan.

ix. Kebolehbalikan

Latihan yang dijalankan hendaklah konsisten kerana kesan dan hasil latihan tidak

kekal. Penurunan ke atas prestasi akan berlaku sekiranya latihan dijalankan tidak

berterusan dan umumnya penurunan berlaku lebih cepat daripada masa yang

diambil untuk membinanya.

x. Kepelbagaian latihan

Mempelbagaikan latihan dapat menghilangkan kebosanan dan rasa jemu atlet.

Aplikasi penyilangan latihan adalah salah satu cara dapat mengurangkan kebosanan

dari mental dan fizikal.

xi. Penyesuaian latihan atau adaptasi

Apabila sistem badan didedahkan kepada tekanan dan beban latihan yang berubah-

ubah maka ia akan mengadaptasi secara perlahan-lahan untuk mengatasi keperluan

yang dikenakan ke atas latihan tersebut.

8

Page 9: Kecederaan Dalam Sukan

7.2 Pencegahan melalui persekitaran

Pencegahan melalui persekitaran adalah melibatkan persekitaran sekeliling semasa

melaksanakan aktiviti sukan dan kemudahan peralatan untuk bersukan. Berikut adalah

pencegahan melalui persekitaran :-

i. Lokasi

Memastikan kawasan untuk melaksanakan aktiviti sesuai dan selamat dari segi

pencahayaan dan padang yang sesuai dan selamatcontohnya tanah yang tidak

beralun.

ii. Kemudahan peralatan

Memastikan peralatan yang digunakan adalah dalam keadaan yang baik, sempurna

dan selamat. Pemakaian kasut yang sesuai adalah sangat penting untuk mengelak

dari kecederaan. Selain itu, pakaian yang sesuai perlu digunakan bagi memastikan

seseorang itu selesa dalam menjalankan aktiviti sukan.

7.3 Pencegahan melalui kawalan

Kecederaan mungkin berlaku sekiranya salah satu yang berikut diabaikan :-

i. Kawalan diri oleh pelajar/atlet.

ii. Kawalan oleh pengadil.

iii. Kawalan latihan/program pertandingan oleh jurulatih.

8. RAWATAN

Rawatan bererti langkah-langkah yang diambil bagi menilai serta memberi bantu mula

kepada kecederaan. Rawatan boleh terbahagi kepada dua iaitu :-

i. Rawatan bantu mula

ii. Rawatan berterusan

9

Page 10: Kecederaan Dalam Sukan

Rawatan bantu mula bermaksud rawatan awal yang diberi bagi mengelakkan

kecederaan yang berlaku menjadi semakin serius, manakala rawatan berterusan pula

adalah rawatan yang diberikan sewaktu fasa pemulihan kecederaan. Sebelum melakukan

rawatan bantu mula, penilaian awal tahap kecederaan perlu dilakukan terlebih dahulu.

Apabila berlaku kecederaan, prosedur ‘TOTAPS’ boleh digunakan.

TOTAPS

Talk

Berbual dengan atlet untuk menentukan tahap kesedarannya.

Observe

Lihat sama ada terdapat pendarahan, perubahan bentuk tulang dan perubahan

warna kulit di tempat yang cedera.

Touch

Sentuh tempat yang cedera untuk mengetahui sama ada terdapat perubahan dalam

suhu di tempat yang cedera.

Active

Arahkan mangsa melakukan sendiri pergerakan anggota badan seperti tangan, kaki

dan kepala untuk mengesan tahap kecederaan

Passive

Bantu mangsa sekiranya tidak dapat melakukan pergerakan bahagian anggota

badan dengan sendiri secara perlahan-lahan

Skill

Arahkan mangsa melakukan pergerakan kemahiran seperti berlari, berjalan, berdiri,

melompat untuk memastikan tahap kecederaan yang dialami

10

Page 11: Kecederaan Dalam Sukan

8.1 Rawatan bantu mula

Rawatan bantu mula ke atas kecederaan tisu lembut. Prosedur ‘RICE’ boleh digunakan

untuk mengurangkan kecederaan.

RICE

Rest

Setelah mendapat kecederaan, mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan

yang diteruskan di tempat yang cedera akan mengakibatkan pengaliran darah

meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi kecederaan.

Ice

Ais yang dibalut dengan kain atau plastik di demah ke atas tempat yang cedera.

Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi rawatan ini. Bahagian

yang cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan.

Compress

Bahagian yang tercedera perlu dibalut untuk mengelakkan bengkak.

Elevation

Meninggikan bahagian yang cedera memudahkan dan mempercepatkan

pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan terhadap

tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.

Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau

bagaimanapun, rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam

tempoh masa tersebut atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh

menimbulkan banyak komplikasi.

8.2 Rawatan susulan

Melakukan pemeriksaan dan ujian spesifik kaki

Anterior Drawer Test (untuk menguji ATFL)

Talar Tilt Test (untuk menguji CCFL)

11

Page 12: Kecederaan Dalam Sukan

Elektroterapeutik (penggunaan mesin elektronik)

Urutan (sekurang-kurangnya selepas 48 jam kecederaan dialami)

Balutan kaki (dilakukan 2 - 3 hari bagi mengurangkan bengkak dan sakit)

9. PEMULIHAN

Pemulihan membawa maksud langkah-langkah yang diambil bagi memastikan atlet boleh

kembali bergiat dalam sukan pada tahap sebelum berlakunya kecederaan. Pencegahan

kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bersukan seperti sediakala memerlukan

langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya.

Penggunaan ‘bracing’ dan ‘taping’ sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti

tersebut dan penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin mengambil masa

yang lama (6 – 12 bulan selepas kecederaan). Dengan langkah-langkah pencegahan yang

teliti ini, proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan seseorang atlet itu akan lebih

bersedia untuk memulakan semula aktiviti sukan yang diceburi seperti sediakala.

Terdapat juga beberapa jenis rawatan pemulihan bagi merawat kecederaan iaitu :-

i. Rawatan dingin

ii. Rawatan panas

iii. Rawatan bertentangan

iv. Urutan

v. Rehabilitasi

9.1 Rawatan dingin

Rawatan dingin merupakan rawatan awal bagi kesemua kecederaan yang tidak melibatkan

pendarahan terbuka. Menggunakan ketulan ais yang diletakkan dalam plastik dan dibalut

dengan tuala. Bungkusan ini kemudiannya diletakkan pada tempat yang cedera.

Terdapat bungkusan sejuk-dingin yang dijual di farmasi Mempunyai fungsi sama ada

seperti bungkusan ais. Rawatan dingin sebaik-baiknya dilakukan segera selepas melakukan

aktiviti atau selepas berlakunya kecederaan. Hanya dilakukan selama 15-20 minit atau

setelah kulit berubah kemerah-merahan.

12

Page 13: Kecederaan Dalam Sukan

9.2 Rawatan panas

Rawatan panas kebiasaannya dilakukan setelah berhentinya radangan awal. Penggunaan

rawatan panas ini akan menyebabkan vasodilasi iaitu keadaan di mana saluran-saluran

darah akan membesar. Lebih banyak darah yang mengalir ke tempat yang cedera akan

membantu penyembuhan setelah peradangan awal pulih. Rawatan panas dilakukan

selepas 72 jam berlakunya kecederaan bagi mengelakkan kecederaan yang lebih serius.

9.3 Rawatan bertentangan

Merupakan suatu alternatif bagi rawatan panas dan dingin. Rawatan ini dilakukan sekiranya

masih terdapat radangan (bengkak dan sakit) pada kawasan yang cedera walaupun selepas

72 jam kecederaan berlaku. Untuk rawatan bertentangan ini, sediakan 2 baldi, satu diisi air

panas dan satu lagi diisi dengan air sejuk (ais). Rendamkan bahagian badan yang cedera

dalam air panas selama 1-2 minit dan tukar ke air sejuk selama 4-5 minit. Lakukan berulang-

ulang kali sehingga 30 minit dan pastikan rendaman terakhir ialah rendaman dalam air

sejuk. Kemudian balut tempat yang cedera untuk mengelakkan berlakunya bengkak.

9.4 Urutan

Urutan penting kerana ia dapat membantu mengalirkan cairan yang tertumpu di kawasan

yang cedera.

9.5 Rehabilitasi

Rehabilitasi adalah untuk mendapatkan semula ROM (Range of Motion) dengan melakukan

aktiviti regangan. Penggunaan ais juga perlu selepas aktiviti tersebut dilakukan. Aktiviti

regangan secara pasif adalah digalakkan jika kecederaan belum pulih. Penggunaan alat

bantuan seperti tiub getah bagi melakukan regangan disyorkan. Cara lain bagi

mengembalikan ROM boleh dilakukan seperti larian secara lurus, bulatan, bengkok dan

13

Page 14: Kecederaan Dalam Sukan

pergerakan menukar haluan serta aktiviti lompatan bagi mengembalikan semula fungsi asal

pergerakan kaki.

10. REFLEKSI

Tugasan penulisan kecederaan dalam sukan ini merupakan satu cabaran baru kepada saya.

Ini disebabkan saya tidak pernah belajar secara khusus dalam subjek Pendidikan Jasmani.

Tidak hairanlah guru Pendidikan Jasmani di sekolah saya lebih memahami tentang

kecederaan dalam sukan. Saya juga terharu dan berterima kasih kerana ada antara guru

beropsyen Pendidikan Jasmani sanggup meluangkan masa untuk menerangkan kepada

saya sedikit sebanyak tentang tugasan yang perlu saya selesaikan.

Pensyarah En. Khairul Anuar bin Ismail telah memberikan tugasan ini secara individu.

Banyak contoh yang boleh saya peroleh di internet dan bahan rujukan di sekolah serta

perpustakaan tetapi untuk mengolah secara terperinci adalah amat sukar kerana ianya

memerlukan pemahaman yang mendalam dan teliti.

Pembacaan yang teliti bagi setiap rujukan yang terlibat membuatkan saya lebih

memahami tentang kecederaan dalam sukan. Setiap bahan rujukan, saya perlu pastikan

ianya mempunyai kaitan dengan tugasan yang diberikan. Untuk mencari bahan yang

berkaitan kecederaan dalam sukan, saya terpaksa menghabiskan banyak masa. Ini adalah

untuk memastikan kesahan maklumat yang saya peroleh. Manakala untuk menghuraikan

maklumat kepada bentuk esei tidaklah begitu susah.

Melalui penelitian saya, saya dapati kepentingan pendidikan kecederaan dalam

sukan perlu didedahkan di sekolah dan masyarakat. Ini kerana ia berkait rapat dengan

kecerdasan fizikal. Apabila seseorang itu memahami kepentingan ilmu kecederaan dalam,

mereka akan lebih peka dalam menjaga kesihatan dan keselamatan diri serta boleh

mewujudkan modal insan yang baik dalam kehidupan amnya dan bidang sukan khasnya.

Pada asalnya, apabila saya mendapat tugasan ini. Saya agak keliru dan kurang memahami

untuk menyiapkan tugasan ini. Atas izin Tuhan yang Maha Esa, saya mendapat bantuan

daripada rakan guru yang bertugas di sekolah menengah yang berpengalaman dan

bimbingan pensyarah untuk memberi tunjuk ajar bagi memahami cara untuk menyediakan

tugasan ini.

14

Page 15: Kecederaan Dalam Sukan

Selain itu, ada juga kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini antaranya

masa. Pembahagian masa untuk menyiapkan tugasan ini memerlukan masa yang lama. Ini

kerana selain untuk menyiapkan tugasan ini saya juga adalah seorang guru dan suami serta

bapa kepada keluarga saya. Saya terpaksa mengorbankan masa saya bersama keluarga

untuk menyelesaikan tugasan saya.

Dengan selesainya tugasan ini, ianya memberikan saya satu dimensi baru tentang

kepentingan kecederaan dalam sukan. Ia juga menjadikan saya seorang yang teliti dan akan

cuba mengaplikasikannya di sekolah kelak.

Mohd Khairulfaiz Bin Tahir

PPG PJK

Ambilan Februari 2012

15

Page 16: Kecederaan Dalam Sukan

RUJUKAN

BUKU:

Bob O’ Connor, Richard Budgett, Christine Welss & Jerry Lewis (2005). Sports Injuries and Illnesses. Marlborough: The Crowood Press.

Mohd Khairi bin Zawi & Borhannudin bin Abdullah. Buku Teks Sains Sukan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tim Noakes & Stephen Granger (1993). Kecederaan Berlari. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Vasudevan T. Arasoo (1989). Olahraga. Teknik Dan Kemahiran. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wee Eng Hoe (2005). Panduan pengajaran olahraga: Kepegawaian & Kejurulatihan. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

LAMAN WEB:

http://www.myhealth.gov.my/index.php/kecederaan-semasa-sukan

http://www.myhealth.gov.my/index.php/sukan-a-kecederaan

http://anakjelapang10.blogspot.com/2009/12/kecederaan-dalam-sukan.html

http://www.healthcentral.com/encyclopedia/408/572.html

http://hilmiahmad.blogspot.com/2009/01/kecederaan-buku-lali-ankle.html

http://khairulsham.blogspot.com/2010/07/prinsip-dan-prosedur-totaps.html

http://jezatun.blogspot.com/2013_04_01_archive.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lompat_jauh 11/1/13

http://notakuliahpismp.blogspot.com/2010/04/lompat-jauh.html

http://olahraga2u.wordpress.com/2009/10/11/lompat-jauh

http://pgsrpjipik.blogspot.com/2010/12/lompat-jauh.html

http://www.webmd.com/a-to-z-guides/ankle-sprain-overview

16

Page 17: Kecederaan Dalam Sukan

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : Mohd Khairulfaiz bin Tahir

NO. MATRIK : 2012141360069

KUMPULAN : PPG PJK Ambilan Feb. 2012

SEMESTER : 8

MATA PELAJARAN : PJM 3182 Kecederaan Dalam Sukan

PENSYARAH PEMBIMBING : En. Khairul Anuar bin Ismail

TARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKAN

NAMATANDA

TANGAN

10/8/2015

Memohon kebenaran Guru Besar untuk membuat rakaman video kecederaan dalam sukan.

En. Haron bin Haris

12/8/2015Perbincangan bersama guru pendidikan jasmani tentang kecederaan dalam sukan

Tn. Hj. Tarmeze bin Che Ismail

13/8/2015Perbincangan bersama Pengerusi Teknik Olahraga tentang kecederaan atlet

En. Riduan bin Mustafa

17/8/2015Perbincangan bersama guru kaunseling untuk bantuan membina rakaman video

En. Roslan bin Ahmad

19/8/2015

Perbincangan bersama setiausaha sukan sekolah tentang kecederaan dalam sukan

En. Fadil bin Hisham

20/8/2015Membina rakaman kecederaan dalam sukan dibantu oleh guru kaunseling

En. Roslan bin Ahmad

25/8/2015Perbincangan bersama guru sains tentang kecederaan dalam sukan

Tn. Hj. Mohd Azlin bin Hashim

27/8/2015Memohon kebenaran guru pusat sumber untuk mencari bahan tugasan

Pn. Norhana binti Sahar

3/9/2015Mengedit rakaman video tentang kecederaan dalam sukan

En. Firdaus bin Jamil

17