kebimbangan matematik, sikap terhadap fizik · pdf filestatistik deskriptif digunakan bagi...

9
164 KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK DAN HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN FIZIK PELAJAR Ema Farina Hasme, Saemah Rahman Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Subjek Fizik sangat kurang diminati dan menimbulkan kebosanan khususnya dalam kalangan pelajar di luar bandar. Hal ini boleh membentuk sikap dan tanggapan yang negatif dalam mempelajari mata pelajaran Fizik dan seterusnya boleh mempengaruhi pencapaian Fizik mereka. Kajian ini bertujuan meninjau faktor- faktor yang boleh dikaitkan dengan pencapaian fizik pelajar. Antara faktor yang dikaji ialah sikap pelajar terhadap fizik, kebimbangan Matematik terhadap pencapaian fizik serta mengkaji hubungan antara pencapaian Matematik dan pencapaian Fizik. Kajian ini penting bagi membantu guru mengenal pasti cara- cara yang sesuai untuk membantu pelajar. Soal selidik telah diedarkan kepada responden di dua buah daerah Jempol dan Jelebu (N=205). Statistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan antara kesan sikap dan kebimbangan Matematik terhadap pencapaian Fizik dan juga pencapaian Matematik dengan pencapaian Fizik. Hasil kajian menunjukkan keempat-empat pemboleh ubah sikap mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pencapaian Fizik. Sikap merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar. Dapatan kajian juga telah menunjukkan kebimbangan matematik tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian Fizik. Manakala pencapaian matematik menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana kuat dengan pencapaian Fizik. Walaupun sikap bukanlah faktor penting yang meramal kejayaan dalam fizik, namun pembinaan sikap yang positif terhadap fizik masih perlu diberi perhatian. Kata kunci: Sikap pelajar, kebimbangan Matematik, pencapaian Fizik. ABSTRACT Physics is less desirable and lead to boredom, especially among students in rural areas. This could form a negative attitude and response in studying Physics and can affect their achievement. This study aims to explore factors that may be associated with a physics student achievement. Among the factors studied are attitudes towards physics, mathematics anxiety and the relationship between mathematics achievement and the achievement of Physics. This study is important to help teachers identify appropriate ways to help students. Questionnaires were distributed to the respondents in Jempol and Jelebu area (N= 205). Descriptive statistics were used to determine the attitude of the physics and Pearson correlation test was used to determine the relationship between the effect of attitudes towards the achievement of physics, mathematics anxiety towards the achievement of Physics and Mathematics with Physics achievement. The results showed that the four attitude variables significantly related to the achievement of Physics. Attitude is an important factor in determining the success of students. The findings also showed that mathematics anxiety no significant relationship with achievement of Physics. While mathematics achievement shows that there is a strong medium to the achievement of Physics. Although attitude is not an important factor in predicting success in physics, but the construction of a positive attitude toward physics is still noteworthy. Keywords: Students' attitudes, Mathematics anxiety, Physics achievement

Upload: dinhhuong

Post on 06-Feb-2018

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan

164

KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP

TERHADAP FIZIK DAN HUBUNGANNYA

DENGAN PENCAPAIAN FIZIK PELAJAR

Ema Farina Hasme, Saemah Rahman

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Subjek Fizik sangat kurang diminati dan menimbulkan kebosanan khususnya dalam kalangan pelajar di

luar bandar. Hal ini boleh membentuk sikap dan tanggapan yang negatif dalam mempelajari mata pelajaran

Fizik dan seterusnya boleh mempengaruhi pencapaian Fizik mereka. Kajian ini bertujuan meninjau faktor-

faktor yang boleh dikaitkan dengan pencapaian fizik pelajar. Antara faktor yang dikaji ialah sikap pelajar

terhadap fizik, kebimbangan Matematik terhadap pencapaian fizik serta mengkaji hubungan antara

pencapaian Matematik dan pencapaian Fizik. Kajian ini penting bagi membantu guru mengenal pasti cara-

cara yang sesuai untuk membantu pelajar. Soal selidik telah diedarkan kepada responden di dua buah

daerah Jempol dan Jelebu (N=205). Statistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik

dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan antara kesan sikap dan kebimbangan

Matematik terhadap pencapaian Fizik dan juga pencapaian Matematik dengan pencapaian Fizik. Hasil

kajian menunjukkan keempat-empat pemboleh ubah sikap mempunyai hubungan yang signifikan terhadap

pencapaian Fizik. Sikap merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar. Dapatan kajian

juga telah menunjukkan kebimbangan matematik tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian Fizik.

Manakala pencapaian matematik menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana kuat dengan pencapaian

Fizik. Walaupun sikap bukanlah faktor penting yang meramal kejayaan dalam fizik, namun pembinaan

sikap yang positif terhadap fizik masih perlu diberi perhatian.

Kata kunci: Sikap pelajar, kebimbangan Matematik, pencapaian Fizik.

ABSTRACT

Physics is less desirable and lead to boredom, especially among students in rural areas. This could form a

negative attitude and response in studying Physics and can affect their achievement. This study aims to

explore factors that may be associated with a physics student achievement. Among the factors studied are

attitudes towards physics, mathematics anxiety and the relationship between mathematics achievement and

the achievement of Physics. This study is important to help teachers identify appropriate ways to help

students. Questionnaires were distributed to the respondents in Jempol and Jelebu area (N= 205).

Descriptive statistics were used to determine the attitude of the physics and Pearson correlation test was

used to determine the relationship between the effect of attitudes towards the achievement of physics,

mathematics anxiety towards the achievement of Physics and Mathematics with Physics achievement. The

results showed that the four attitude variables significantly related to the achievement of Physics. Attitude

is an important factor in determining the success of students. The findings also showed that mathematics

anxiety no significant relationship with achievement of Physics. While mathematics achievement shows

that there is a strong medium to the achievement of Physics. Although attitude is not an important factor in

predicting success in physics, but the construction of a positive attitude toward physics is still noteworthy.

Keywords: Students' attitudes, Mathematics anxiety, Physics achievement

Page 2: KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan

165

PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (pengajian tinggi) telah menetapkan setiap murid perlu

mempunyai pengetahuan dan ada mempunyai kemahiran berfikir. Setiap murid perlu menguasai bidang

pilihan, mampu memanfaatkan ilmu yang dipelajari, menghubungkaitkan ilmu pengetahuan yang dipelajari

untuk diaplikasikan dalam sains, teknologi kejuruteraan dan matematik (STEM) di samping menghargai

kesenian dan juga kebudayaan. Murid perlu berfikir secara kritikal dan inovatif, berkemahiran

menyelesaikan masalah, menghayati pendapat yang pelbagai, serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Selain itu, sentiasa mengamalkan sikap inkuiri dalam diri dan inovatif, boleh mengaplikasikan ilmu

pengetahuan dalam penyelesaian masalah harian (PPPM, 2015). Oleh yang demikian subjek Fizik

merupakan subjek elektif yang ditawarkan bagi murid aliran sains tulen yang mengaplikasikan ke semua

elemen STEM ini. Namun begitu, pencapaian SPM 2015 bagi murid aliran sains tulen ini kurang

memuaskan daripada dapatan GPS daerah Jempol dan Jelebu iaitu hanya 5.13 berbanding 4.97 pada tahun

2014. Hal ini disebabkan oleh sikap murid itu sendiri terhadap subjek dan kebimbangan matematik

menyebabkan pencapaian yang diperoleh kurang memuaskan.

Pelajar di luar bandar semakin kurang mengikuti aliran sains tulen bagi mengelakkan subjek Fizik. Ini

disebabkan oleh sikap dan persepsi negatif terhadap Fizik. (Business Coalition for Education Reform,

2002). Kegagalan pelajar disebabkan oleh sikap pelajar dan menunjukkan minat yang rendah terhadap

subjek Fizik, maka turut mempengaruhi pencapaian akademik. (Visser, 2007). Keputusan Sijil Pelajaran

Malaysia (SPM) di Daerah Jempol dan Jelebu menunjukkan kemerosotan pelajar yang mendapat Gred

Purata Mata Pelajaran Fizik bagi tahun 2015 iaitu 5.13 berbanding 4.97 pada tahun 2014 manakala

peratusan lulus juga menunjukkan penurunan iaitu 97.7% bagi tahun 2015 berbanding 99.4% bagi tahun

2014. Bilangan calon yang telah mengambil peperiksaan SPM 2015 adalah seramai 747 orang namun

begitu, bilangan calon yang mengambil subjek Fizik bagi tingkatan empat 2016 hanya seramai 439 orang.

Perbezaan ketara dari segi jumlah pelajar yang mengikuti sains tulen.

Penguasaan subjek Fizik memerlukan konsep atau teori dan diiringi dengan kemahiran asas matematik

yang baik. Ini kerana matematik adalah alat bantu kepada subjek fizik. (M. Stone dan P. M. Goldbart,

2002). Subjek fizik adalah sangat kaya dengan ilmu pengetahuan dan menyatakan fenomena yang berlaku

secara jelas dengan menghubungkaitkan subjek matematik dalam pengiraan. Hal ini juga kerana subjek

Matematik merupakan bahasa dan alat yang diperlukan untuk menganalisis lebih mendalam tentang

konsep-konsep fizik dan aplikasinya. (Basista & Mathews, 2002). Oleh yang demikian, dalam bidang fizik

dan matematik, matematik digunakan untuk menunjukkan pembuktian jawapan melalui langkah pengiraan,

manakala subjek yang diterapkan di dalam subjek Matematik menjadikannya lebih konkrit (Taşdemir &

Taşdemir, 2008). Hubungan antara kedua - dua subjek fizik dan matematik memang tidak dapat dipisahkan

dalam kurikulum sekolah. Kursus berasaskan sains terutama sains tulen yang ditawarkan oleh kebanyakan

sekolah bergantung kepada kemahiran matematik (Basson, 2002). Sebaliknya, subjek matematik itu

disokong oleh subjek fizik dalam mengintegrasikan pengetahuan dengan pengalaman sehari-hari dan

menjadikannya saling berkaitan di antara satu sama lain.

Pelajar yang mengikuti kurikulum Fizik di Malaysia boleh menyelesaikan masalah dalam membuat

keputusan berdasarkan sikap saintifik dan nilai murni yang telah dipupuk ketika menguasai ilmu

pengetahuan yang betul dan berkemahiran dalam bidang Fizik dan teknologi (KBSM, 2004). Berdasarkan

kenyataan di atas, kurikulum fizik mempunyai matlamat sama dengan kurikulum matematik sejak dahulu

lagi kerana kedua-dua subjek menekankan kemahiran dalam membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah. Kenyataan ini menunjukkan bahawa hubungan yang tersembunyi antara bidang matematik dan

fizik. Matematik merupakan komponen intrinsik sains dan berfungsi sebagai bahasa universal dan

merupakan alat intelek yang sangat diperlukan (Chorin dan Wright, 1999).

Sikap dan kebimbangan matematik memberikan kesan terhadap pencapaian fizik. Hal ini disebabkan oleh

individu yang mempunyai tahap kebimbangan matematik yang tinggi menyebabkan tidak menjawab soalan

Fizik yang melibatkan pengiraan kerana perlu menggunakan formula atau rumus dengan memanipulasikan

idea atau maklumat yang diperoleh daripada soalan untuk menyelesaikan jawapan. Kajian mengenai

hubungan antara sains dan matematik sangat sedikit kerana kebanyakan kajian adalah mengikut subjek itu

sendiri. Kebanyakan kajian-kajian lepas membincangkan isu kebimbangan matematik dan juga pencapaian

matematik tambahan tetapi kebimbangan matematik jarang dibincangkan di dalam subjek Fizik biarpun

Page 3: KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan

166

subjek Matematik ini adalah sangat penting di dalam penguasaan ilmu bagi menunjukkan pembuktian teori

atau hukum yang dipelajari.

Kebanyakan ahli fizik menyatakan bahawa subjek fizik adalah sukar adalah disebabkan oleh kelemahan

murid untuk menyelesaikan masalah dalam topik algebra, trigonometri dan kalkulus. Selain itu, kesukaran

fizik juga disebabkan oleh kekurangan penguasaan matematik dan juga kelemahan mengekstrak elemen

yang terdapat dalam fizik menukar kepada plethora daripada maklumat yang diberikan. (S. Tobias and R.R.

Hake, 1988). Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap

pelajar terhadap fizik dengan pencapaian fizik, mengenal pasti hubungan antara kebimbangan terhadap

matematik dengan pencapaian fizik dan mengenal pasti hubungan antara pencapaian matematik dengan

pencapaian fizik.

KAJIAN KEPUSTAKAAN

Kepercayaan dan sikap sangat berkait antara satu sama lain melalui hubungan sebab dan akibat (Tavsancil,

2006). Setiap sikap merangkumi kepercayaan tetapi kepercayaan ini tidak akan membentuk sikap

(Inceogle, 2004). Sikap adalah kecenderungan seseorang untuk bertindak balas terhadap setiap rangsangan

yang diberikan berdasarkan pengalaman yang telah tersimpan di minda (Allport, 1935).

Perasaan ketegangan, kebimbangan, atau ketakutan yang mengganggu prestasi matematik

"(Ashcraft, 2002, p. 181). Perasaan yang tidak selesa apabila berhadapan dengan soalan matematik dan

cemas ketika menyelesaikan masalah. Marzita (2002) menyatakan bahawa kebimbangan ini disebabkan

oleh andaian atau penerimaan seseorang individu terhadap kesukaran subjek Matematik. Hal ini kerana,

pelajar berpendapat subjek ini adalah sukar untuk difahami dan bersifat abstrak. Kemuncak kebimbangan

mereka apabila mendapati isi kandungan di peringkat sekolah menengah lebih mencabar kerana

memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi iaitu menaakul.

Carter (1973), mentakrifkan pencapaian ialah kecekapan yang diperoleh dalam penyelesaian

masalah. Secara teori ia berbeza dengan kecerdasan tetapi secara tersirat ada perkaitannya. Manakala

Azman Idris (1994) pula menyatakan bahawa ia adalah hasil daripada pembelajaran. Dalam kajian ini,

gred keputusan yang diambil daripada peperiksaan pertengahan tingkatan 4 tahun 2016 mengikut format

SPM sebenar diambil sebagai pengukuran pencapaian akademik.

Fizik merupakan disiplin ilmu yang melibatkan kajian berkaitan jirim, ruang dan masa serta konsep-konsep

yang berkaitan dengan tenaga dan daya. Disiplin ilmu ini membolehkan pelajar mengaplikasikan konsep

fizik dalam kehidupan harian sebagai contoh teknologi pengangkutan, telekomunikasi. Selain itu, program

Fizik ditawarkan kepada pelajar selama dua tahun pada peringkat menengah atas. (Pusat Perkembangan

Kurikulum 2002). Kesimpulannya, fizik merupakan suatu bidang yang melibatkan penyelesaian masalah

untuk di aplikasi dalam kehidupan harian.

Sikap pelajar dan persepsi negatif menimbulkan rasa suka atau tidak terhadap sesuatu. Pelajar menyatakan

bahawa subjek Fizik adalah subjek yang sukar untuk dipelajari (Subhan 1997; Phang et al. 2010; Ramsden

1998) dan tidak ada keperluan dalam kehidupan seharian (Osborne & Collin 2001; William et al. 2003).

Wigfield dan Meece (1988) menekankan keperluan kepada penyelidik untuk mengkaji

kebimbangan matematik dan kesan negatif terhadap pencapaian pelajar dalam matematik. Mereka

mendapati bahawa individu yang mempunyai kebimbangan matematik tinggi menunjukkan hasil kerja

yang lebih kecil. Kebimbangan matematik memberi kesan yang berkaitan matematik dan biasanya berlaku

semasa pengajaran bilik darjah sama ada menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas, di rumah, atau dalam

perbincangan kumpulan yang melibatkan mencari penyelesaian kepada masalah matematik. Memahami

subjek matematik di dalam kelas adalah penting, tetapi mengambil ujian matematik boleh mencetuskan

tahap kebimbangan yang tinggi sehingga menyebabkan pelajar lupa akan topik yang telah dipelajari.

Kajian Nur Asyiqin (2004) menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap terhadap

pengajaran dan pembelajaran Matematik antara jantina, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan bagi

sikap dan tingkah laku bagi pelajar Kolej Matrikulasi. Kessels, Rau dan Hannover (2006) mendapati pelajar

Page 4: KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan

167

perempuan kurang berminat terhadap Fizik berbanding dengan pelajar lelaki. Pelajar perempuan

mempunyai sikap negatif yang lebih tinggi terhadap Fizik menyatakan mata pelajaran Fizik adalah sukar

dan memihak kepada maskulin.

Menurut Marsh dan Tapia (2002), sikap pelajar yang berbeza antara jantina akan membentuk perbezaan

dalam pencapaian dan kesediaan untuk mencapai matlamat dalam pembelajaran. Berdasarkan penyelidikan

yang dijalankan oleh Johnson (1987), mata pelajaran Fizik dan Matematik dinyatakan bercanggah dengan

sifat keperempuanan. Secara signifikannya, pelajar lelaki menunjukkan sikap yang lebih positif terhadap

mata pelajaran yang dianggap maskulin berbanding dengan pelajar perempuan yang lebih positif terhadap

mata pelajaran yang berbentuk feminin seperti Biologi. Pelajar lelaki secara umumnya memiliki sikap

positif yang lebih tinggi terhadap Fizik berbanding pelajar perempuan. Mereka juga mempunyai

kecenderungan untuk memilih bidang Sains dan Teknikal sebagai kerjaya (Krogh & Thomsen, 2005).

Kajian oleh Sgoutas, Nagel dan Scott (2005) mendapati pelajar perempuan mempunyai sikap negatif yang

lebih tinggi berbanding dengan pelajar lelaki ke atas 148 pelajar Sains di San Diego. Pelajar lelaki lebih

cenderung untuk menggunakan lebih banyak peralatan Sains dan sering melibatkan diri dalam aktiviti

berkaitan dengan Sains (Guzzetti & Williams, 1996). Hasil kajian Kahle dan Lakes (1983) menunjukkan

lebih ramai pelajar perempuan memberikan gambaran negatif terhadap Sains dan kerjaya berkaitan dengan

Sains. Kebanyakan pelajar perempuan berpendapat kelas Sains begitu membosankan dan dianggap sebagai

tempat untuk menghafal fakta. Manakala kerjaya berkaitan Sains pula dianggap mempunyai terlalu banyak

kerja untuk dilakukan.

Kebanyakan kajian adalah menjurus terhadap sikap dan juga pencapaian Fizik. Tetapi sukar dan masih

tiada lagi kajian mengenai sikap, kebimbangan matematik terhadap pencapaian Fizik. Di sini kajian adalah

bertujuan melihat hubungan antara kebolehan afektif iaitu sikap dan kebimbangan terhadap pencapaian

Fizik. Isu keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi pendidikan diukur daripada pencapaian akademik

di dalam peperiksaan awam (Noraini, 2002). Selain itu, fokus kajian ini lebih kepada kawasan luar bandar

dan jumlah murid yang mengambil subjek Fizik adalah sedikit.

Kajian ini adalah untuk membuktikan bahawa terhadap hubungan antara sikap terhadap Fizik dan

pencapaian Fizik dan juga kebimbangan terhadap matematik dan pencapaian Fizik. Kajian ini memilih dua

buah daerah di Negeri Sembilan iaitu Jempol dan Jelebu dikategorikan sekolah luar bandar kerana dapatan

daripada keputusan pencapaian Fizik di kedua-dua daerah ini mengalami penurunan sebanyak 0.16%.

(Pejabat Daerah Jempol Jelebu, 2016).

METODOLOGI

Populasi dan Pensampelan

Populasi kajian terdiri daripada 439 orang murid tingkatan empat yang mengambil subjek Fizik di dalam

aliran sains tulen di daerah Jempol dan Jelebu, Negeri Sembilan. Penyelidik mendapatkan responden

seramai 205 orang mengikut saiz sampel yang ditetapkan (Krejie & Morgan, 1970) yang dipilih secara

rawak mudah untuk menjawab soal selidik.

Jadual 1 menunjukkan demografi responden yang terlibat dalam kajian.

N %

Jantina

Lelaki 101 49.3

Perempuan 104 50.7

Jumlah 205 100

Bangsa

Melayu 126 61.5

Cina 68 33.2

India 10 4.9

Lain-lain 1 0.5

Jumlah 205 100

Page 5: KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan

168

Kajian ini adalah untuk mengukur tingkah laku murid dalam aspek pencapaian Fizik. Dalam kajian ini dua

pemboleh ubah sahaja digunakan iaitu sikap dalam mempelajari Fizik dan kebimbangan mempelajari

matematik terhadap pencapaian Fizik. Instrumen kajian ini adalah berdasarkan soalan selidik yang diambil

daripada kajian Rahimah binti Nor (2012) sebanyak 20 soalan. Kajian rintis telah dijalankan ke atas 30

orang murid di Daerah Jempol. Bagi soal selidik mengenai sikap sebanyak 20 soalan, nilai Cronbach- alpha

yang diperoleh ialah 0.914. Manakala soal selidik kebimbangan matematik diadaptasi daripada William

Matthew Siebers (2015) sebanyak 11 soalan dengan nilai Cronbach -alpha sebanyak 0.815. Jumlah soalan

yang digunakan adalah sebanyak 31 soalan.

Kaedah pengumpulan data

Data diperoleh daripada murid-murid tingkatan empat di enam buah sekolah di daerah Jempol dan Jelebu

daripada 19 buah sekolah dengan kaedah pensampelan kluster iaitu sekolah yang mempunyai pelajar yang

ramai mengambil aliran sains tulen. Murid diberi penerangan mengenai soal selidik. Gred tahun Fizik 2016

di dalam peperiksaan pertengahan tahun diambil sebagai alat pengukuran pencapaian disertakan di dalam

borang soal selidik. Statistik deskriptif dan korelasi Pearson dipilih sebagai kaedah menganalisis data ini

dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.

ANALISIS DATA

Populasi responden yang terlibat dalam soal selidik ini ialah 101 orang lelaki sebanyak 49.3%. Manakala

responden perempuan seramai 105 orang sebanyak 50.7%. Bangsa majoriti yang terlibat dalam kajian ini

ialah Melayu seramai 126 orang iaitu 61.5%, diikuti 68 orang Cina sebanyak 33.2%, 10 orang India

sebanyak 4.9% dan juga 1 orang lain-lain sebanyak 0.5%. Soal selidik yang digunakan bagi menguji sikap

terhadap Fizik adalah sebanyak 20 item. Pengujian sikap ini dibahagikan kepada lima sub skala iaitu minat

terhadap Fizik yang mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.707, kerjaya di dalam bidang

Fizik sebanyak 0.933, kepentingan Fizik sebanyak 0.840, kesukaran Fizik sebanyak 0.730 dan akhir sekali

ialah peralatan 0.753. Manakala bagi pemboleh ubah kebimbangan Matematik (11 item) ialah sebanyak

0.815.

DAPATAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mencari korelasi antara sikap terhadap pencapaian Fizik.

Sub skala sikap yang dibincangkan ialah seperti faktor-faktor seperti minat terhadap fizik, kerjaya dalam

bidang Fizik, kepentingan fizik, kesukaran Fizik, dan penggunaan alatan Fizik. Tujuan kedua pula adalah

untuk mencari korelasi antara Kebimbangan Matematik terhadap pencapaian Fizik bagi murid tingkatan

empat di daerah Jempol dan Jelebu dan seterusnya ialah mencari hubungan antara pencapaian Matematik

dan juga pencapaian Fizik.

Page 6: KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan

169

Analisis Korelasi pemboleh ubah sikap dengan pencapaian Fizik

Jadual 2: Ujian Korelasi Pearson yang menentukan Hubungan Pemboleh Ubah Sikap dengan Pencapaian

Fizik, Kebimbangan Matematik dengan Pencapaian Fizik dan Pencapaian Matematik dengan Pencapaian

Keputusan korelasi menujukkan hubungan positif yang sederhana kuat antara pencapaian Matematik

dengan pencapaian Fizik (r= .621, p>.05). Dapatan ini jelas menujukkan bahawa pelajar yang mencapai

kecemerlangan di dalam subjek Matematik menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam pencapaian

Fizik dan sebaliknya pelajar yang mencapai markah yang rendah dalam subjek Matematik akan

memberikan keputusan yang tidak cemerlang dalam pencapaian Fizik. Seterusnya keputusan korelasi

menunjukkan pemboleh ubah sikap minat terhadap Fizik menunjukkan korelasi yang lemah terhadap

pencapaian Fizik (r= - .272, p>.01). Dapatan ini menunjukkan pelajar yang minat yang rendah terhadap

Fizik juga menunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian Fizik. Keputusan kajian menujukkan terhadap

juga korelasi negatif dan lemah antara sikap pelajar terhadap kerjaya Fizik dengan pencapaian Fizik (r= -

.235, p>.05). Dapatan ini menunjukkan sikap pelajar yang tidak mementingkan kerjaya Fizik juga

menunjukkan kecemerlangan dalam pencapaian Fizik. Keputusan juga menunjukkan korelasi negatif dan

lemah sikap pelajar terhadap kepentingan Fizik (r= -.276, p>.05). Dapatan ini menujukkan bahawa sikap

pelajar terhadap kepentingan Fizik yang rendah mampu memberikan keputusan yang cemerlang kepada

pencapaian Fizik. Keputusan korelasi menunjukkan sikap pelajar terhadap kesukaran Fizik juga

mempunyai hubungan yang lemah dengan pencapaian Fizik (r=-.247, p>.05). Seterusnya, Keputusan

korelasi sikap terhadap penggunaan alatan Fizik menunjukkan hubungan lemah dengan pencapaian Fizik

iaitu (r= .108, p>.05) menujukkan penggunaan peralatan Fizik tidak mempengaruhi pencapaian Fizik.

Keputusan ujian korelasi menujukkan hubungan yang tidak signifikan antara kebimbangan matematik

dengan pencapaian Fizik (r= -.0.073, p>.05).

PERBINCANGAN

Hasil kajian menunjukkan kesemua pemboleh ubah sikap mempunyai hubungan yang signifikan terhadap

pencapaian Fizik. Sikap merupakan faktor penting dalam menentukan kejayaan pelajar. (Nur Asyikin,

2004). Kajian ini selari dengan dapatan Mohd Noor Badlishah, Mohd Mustamam & Nuruhuda (2016)

menunjukkan sikap hanya memberi pengaruh yang kecil terhadap pencapaian fizik. Dapatan kajian juga

telah menunjukkan kebimbangan matematik tiada hubungan yang signifikan dengan pencapaian Fizik. Ini

selari dengan kajian Ngwoke et al. (2013) yang menyatakan bahawa pencapaian yang rendah di dalam

Pemboleh ubah Min Sisihan

Piawai r Sig

Minat 3.448 0.8307 -0.272** 0.000

Kerjaya 3.454 0.7662 -0.235** 0.001

Kepentingan fizik 3.522 0.7315 -0.276** 0.000

Kesukaran fizik 3.233 0.4991 -0.247** 0.000

Peralatan fizik 3.288 0.7797 0.108 0.122

Kebimbangan

matematik

2.329 0.6277 -0.0073 0.300

Markah Matematik 4.78 2.359 0.621** 0.000

Page 7: KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan

170

Fizik bukanlah disebabkan oleh kebimbangan Matematik. Manakala pencapaian matematik menujukkan

terdapat hubungan yang sederhana kuat dengan pencapaian Fizik. Dapatan ini selari dengan kajian oleh

Seth et al., (2007) mendapati hubungan yang signifikan antara sikap pelajar terhadap Matematik dan

pencapaian mereka dalam Fizik. Semakin tinggi sikap terhadap Matematik semakin tinggi pencapaian

pelajar dalam Fizik dan semakin tinggi gred Matematik pelajar semakin tinggi kemahiran penyelesaian

masalah Fiziknya.

IMPLIKASI KAJIAN

Secara keseluruhannya kajian yang telah dijalankan telah memberi gambaran terhadap pencapaian Fizik

daripada pelbagai faktor. Sungguh pun sikap bukanlah faktor penting yang meramal kejayaan dalam sains,

namun pembinaan sikap yang positif terhadap sains masih perlu diberi perhatian kerana aspek itu adalah

sebahagian dari objektif pendidikan sains. Dapatan kajian ini perlu diperhalusi dan difikirkan bersama

kerana ia boleh memberi impak dan berkait rapat dengan pencapaian pelajar bagi subjek Fizik. Kebanyakan

kajian menyatakan terdapat hubungan yang sederhana kuat dan lemah antara sikap dan pencapaian

(Schibeci 1984; Ramsden 1998; Osborne et al. 2003). Dapatan ini juga selari dengan kajian Olasehinde &

Olatoye (2014) dan Nasr (2011). Sikap hanyalah faktor kecil yang mempengaruhi kejayaan dalam bidang

akademik. (Osborne et al. 2003).

Limitasi & Penambahbaikan

Limitasi kajian ini adalah bilangan sampel adalah kecil kerana mengikut bilangan minimum yang perlu

dijalankan mengikut Kerjie & Morgan dan hanya dijalankan di kawasan luar bandar dan sekolah harian

biasa. Oleh yang demikian saiz sampel yang besar diperlukan bagi mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Cadangan penambahbaikan bagi pengkaji yang ingin menjalankan kajian yang serupa, maka kajian ini

dicadangkan supaya dijalankan selepas pelajar tingkatan empat mendapat keputusan akhir tahun kerana

ketika itu pelajar telah dibimbing untuk menguasai format peperiksaan Fizik sebenar SPM dan menguasai

isi kandungan dan telah berjaya mengadaptasi format baru setelah hampir setahun mempelajari subjek

Fizik. Selain itu, faktor kebimbangan ujian, isi kandungan yang dipelajari diambil kira sebagai faktor

pencapaian Fizik. Hal ini kerana isi kandungan Fizik bagi tingkatan empat hanyalah lima bab maka, ketika

peperiksaan pertengahan tahun yang dijalankan hanya dua bab yang diuji. Oleh yang demikian, apabila

peperiksaan akhir tahun dijalankan pengkaji boleh mengkaji bab yang menjadi pilihan dan pelajar

menguasai bab yang diuji.

RUJUKAN

[1] Ashcraft, M. H. “Math anxiety: Personal, educational, and cognitive consequences,”

Current Directions in Psychological Science vol 11, no 5, ms 181-185, 2002.

[2] Ashcraft, M. H., & Kirk, E. P. The relationships among working memory, math anxiety, and

performance. Journal of Experimental Psychology. General, vol 130 no 2, ms 224-237. 2001.

[3] Ashcraft, M. H. & Moore, A. M. Mathematics anxiety and the affective drop in performance. Journal

of Psycho educational Assessment, vol 27, no3, ms197-205.2009

[4] Arsaythamby Veloo & Shamsuddin Muhammad.Hubungan sikap, kebimbangan dan tabiat

pembelajaran dengan pencapaian matematik tambahan. Asia Pacific Journal of Educators and Education,

vol 26, no 1, ms 15–32. 2012

[5] Arsaythamby Veloo & Rahimah Nor. Hubungan antara Sikap terhadap Fizik dan Pencapaian

Matematik Tambahan dengan Pencapaian Fizik. Journal of MDEC, vol 11, no 1, ms 1-15. 2012

Page 8: KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan

171

[6] Arsaythamby, V., & Rosna Awang Hashim. Kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur Orientasi

Pembelajaran Matematik (OPM), International Journal of Management Studies, vol 16, no 1, ms 57–

73.2009.

[7] Azman B Idris .Satu tinjauan Mengenai Masalah Pencapaian Akademik Bekas Pelajar- Pelajar SPMV

Yang Sedang Mengikuti Kursus Diploma Di Universiti Teknologi Malaysia Kampus Skudai, Johor.

Universiti Teknologi Malaysia.1994.

[8] Bekdemir, M.. The pre-service teachers' mathematics anxiety related to depth of negative experiences

in mathematics classroom while they were students. Educational Studies in Mathematics, vol 75, no 3, ms

311-328.2010.

[9] Cobern, W. W.College students' conceptualization of nature: An interplay of worldview analysis.

International Journal in Science Teaching, vol 30, no 8, ms 935- 951.1993.

[10] Furner, J. M., & Gonzalez-DeHass, A How do students’ mastery and performance goals relate to math

anxiety?. EURASIA Journal of Mathematics, Science & Technology Education, vol 7, no 4, ms 227-

242.2011.

[11] Guzzetti, B. J., & Williams, W. O. 1996. Gender, Text And Discussion: Examining Intellectual Safety

In The Science Classroom. Journal of Research in Science Teaching, vol 33,no 2, ms 5-20.1996.

[12] Kahle, J. B. & Lakes, M. K. 1983. The Myth Of Equality In Science Classrooms. Journal of Research

in Science Teaching, vol 20, no 2, ms131-140.1983.

[13] Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025.2013

[14]Krogh, L. B. & Thomsen, P. V. Studying Students’ Attitudes Towards Science From A Cultural

Perspective But With A Quantitative Methodology: Border Crossing Into The Physics Classroom.

International Journal Science Education, vol 27, no 3,ms 281–302.2005.

[15]Marzita Puteh,, Factor Associated with Mathematics Anxiety and Its impact on Teacher Trainees.

Paper presented in the 3rd Mathematics Education Society Conference (MES3), 2-7 April, 2002, Helsingor,

Denmark.2002.

[16]Md. Said, Aishah & Bidin, Noriah. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Mata pelajaran

Fizik Pelajar Melayu Ting.4 Di 2 Buah Sek. Men. Di Daerah Gombak, Selangor. Bachelor's thesis,

Universiti Teknologi Malaysia.1999.

[17] Meece, J. L., & Wigfield A., & Eccles, J. Predictors of math anxiety and its influence on young

adolescents' course enrollment intentions and performance in mathematics. Journal of Educational

Psychology, vol 82, no 1, ms 60-70. 1990.

[18] Mohd Noor Badlilshah, Mohd Mustamam & Nurulhuda . 2016. Sikap Pelajar Terhadap Pembelajaran

Fizik dan Hubungannya Dengan Pencapaian Dalam Kalangan Pelajar Sains. Jurnal Personalia Pelajar, vol

19, ms 31- 51. 2016.

[19]Morgan, C.T., King, R.A., Weisz, J.R. dan Schopler, J. Introduction to psychology (7th edition). New

York: McGraw-Hill Book Compony.1986.

[20] Ngwoke, Dominic Ugwoke, et al. Attitude of Secondary School Physics Students to Mathematics: a

Case Study of Nsukka Education Zone in Nigeria and Adamawa Region in Cameroon. Indian Journal Of

Applied Research, vol 3, no 9, ms 163-166. 2013.

[21]Nur Ashiqin, N. Sikap Pelajar Matrikulasi Terhadap Pengajaran dan PembelajaranMatematik dalam

Bahasa Inggeris. Kolej Matrikulasi Melaka.2004;

[22] Osborne, J. & Collin, S. 2001. Pupil's view of the role and value of science curriculum. International

Journal of Science Education, vol 23, no 5, ms 441-467. 2001.

Page 9: KEBIMBANGAN MATEMATIK, SIKAP TERHADAP FIZIK · PDF fileStatistik deskriptif digunakan bagi menentukan sikap responden fizik dan ujian korelasi Pearson digunakan bagi menentukan hubungan

172

[23] Pejabat Daerah Jempol & Jelebu. Analisa Keputusan SPM 2015. Mesyuarat Panitia Fizik Jempol dan

Jelebu.2016.

[24] Phang, F. A., Abu, M.S., Ali, M.B. & Salleh, S. Faktor Penyumbang kepada Kemerosotan Penyertaan

Pelajar Dalam Aliran Sains: Satu sorotan Tesis. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.2010.

[25] Reif, F. Instructional design, cognition and technology: Application to the teaching of scientific

concept. Journal of Research in Science Teaching, vol 24, no 4, ms 309-324. 1987.

[26] Ramsden, J. M. Mission Impossible: Can anything be done about attitude to science? International

Journal of Science Education, vol 20, no 2, ms 125-137. 1998.

[27] Robbins, Stephen P. Gelagat Organisasi, Abdul Razak Ibrahim & Ainin Sulaiman. (terj.). T.T.P: San

Diego State University.2002.

[28] Salleh, K.M. & Deraman, M. Perception of Malaysian secondary school science towards physics.

Journal of Instructional Psychology, vol 22, no 3, ms 238. 1995.

[29] Scarpello, G. Helping students get past math anxiety. Techniques: Connecting Education & Careers

82(6), 34-35.2007.

[30] Schreiber, J. B. Institutional and student factors and their influence on advanced mathematics

achievement. The Journal of Educational Research, vol 95, no 5, ms 274–286.2002.

[31]Seth, S., Fatin, A. P., & Marlina, A. Kemahiran Metakognitif Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menengah di Negeri Johor Dalam Menyelesaikan Masalah Fizik. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi

Malaysia. 2007.

[32] Sgoutas, S. A., Erik, N. E., & Scott, F. Correlates of Performance in Biological Psychology: How Can

We Help? University of San Diego. Journal of Instnjctionai Psychoiogy, vol 34, no 1,ms 46-52.2005.

[33] Subhan, T. Strategi pengajaran untuk meningkatkan prestasi sains dan matematik. Prosiding Seminar

Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik (pp. 1-12). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.1997.

[34]Tapia, M. & Marsh G. E. 2004. The relationship of math anxiety and gender. Academic Exchange

Quarterly, vol 8,no 2, ms 130–134.2004.

[35] Thomson, S., Lokan, J., Lamb, S., & Ainley, J. Lessons from the Third International Mathematics and

Science Study. A study commissioned by the Australian Government.2006.

[36] Tobias, S. Test anxiety: Inference, defective skills, and cognitive capacity. Educational Psychologist,

vol 20, ms 135–142.1985.

[37] Tobias, S. Anxiety and mathematics. Harvard Education Review, vol 50, ms 63–

70.1998.[38]Wigfield, A., & Eccles, J. S. Expectancy-value theory of motivation. Contemporary.

Educational Psychology , vol 25,ms 68–81. 2000.

[38]Wigfield, A., Tonks, S., & Eccles, J. S.. Expectancy-value theory in cross-cultural perspective. In D.

McInerney & S. van Etten (Eds.), Research on sociocultural influences on motivation and learning (pp.

165–198). Greenwich, CT: Information Age.2004.