keberkesanan penggunaan resos dalam pengajaran dan pembelajaran

6
1 KEBERKESANAN PENGGUNAAN RESOS DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dewasa ini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahan resos atau bahan bantu belajar dalam kalangan guru di sekolah adalah pada tahap yang membimbangkan. Kebanyakan guru tidak merasakan bahawa penggunaan bahan resos akan melancarkan 5 perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran. Sebaliknya, kebanyakan daripada mereka hanya bergantung kepada teknik dan kaedah yang lama seperti penggunaan papan putih sahaja dengan hanya berpaksikan kepada pengajaran berpusatkan guru semata. Kajian menunjukkan lebih 64% guru matematik di sekolah rendah tidak menggunakan bahan bantu belajar terutamanya bahan bantu belajar bahan audio visual 10 dan komputer walaupun lebih 95% berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu mengajar amat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman murid terhadap konsep-konsep matematik yang akan di ajarnya. Menurut Ngui Kuen Sang (1981) resos ialah penggunaan bahan pengajaran dalam situasi pembelajaran dan pengajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang murid. 15 Selain itu, Atan Long (1982) juga berpendapat bahawa resos juga merupakan bahan- bahan pengajaran yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu berbentuk buku, carta, slaid yang dipancarkan pada layar putih (Atan Long, 1982). Penggunaan resos perlulah bersesuaian dengan peringkat umur murid. Sebagai contoh penggunaan bahan maujud dan semi konkrit adalah bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid sekolah 20 rendah. Resos juga boleh diertikan sebagai segala kelengkapan dan peralatan yang digunakan oleh guru sebagai bantuan dalam menyampaikan pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah. Resos boleh terdiri daripada bahan bercetak, bahan manipulatif dan penggunaan perisian komputer serta teknologi maklumat. Bahan bercetak termasuk 25 lembaran kerja, jurnal, carta, graf, keratan akhbar, buku teks, ensiklopedia, lukisan, gambar, peta, poster, komik dan buku latihan. Bahan manipulatif Matematik pula boleh terdiri daripada kit-kit seperti papan geo, blok Dienes, blok asas sepuluh dan rod Cruisenaire. Bahan manipulatif memberi peluang untuk murid menggunakan, mengolah dan memegang resos tersebut. Kalkulator, abakus dan alat penimbang juga 30 dikategorikan sebagai resos. Penggunaan komputer, projektor dan perisian pendidikan, persembahan multimedia, video interaktif juga adalah salah satu medium resos. Bahan resos adalah sesuatu perkara yang amat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Dengan adanya bahan resos ketika melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, pastinya akan menarik perhatian murid agar mereka fokus 35 akan sesuatu topik. Ini kerana, kajian mendapati bahawa seorang murid di dalam kelas boleh menumpukan perhatian tanpa ada gangguan hanya selama 20-30 minit yang

Upload: ed-gna

Post on 18-Dec-2015

62 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Keberkesanan Penggunaan Resos Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

TRANSCRIPT

  • 1

    KEBERKESANAN PENGGUNAAN RESOS DALAM

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    Dewasa ini, tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan bahan resos atau bahan bantu

    belajar dalam kalangan guru di sekolah adalah pada tahap yang membimbangkan.

    Kebanyakan guru tidak merasakan bahawa penggunaan bahan resos akan melancarkan 5

    perjalanan proses pembelajaran dan pengajaran. Sebaliknya, kebanyakan daripada

    mereka hanya bergantung kepada teknik dan kaedah yang lama seperti penggunaan

    papan putih sahaja dengan hanya berpaksikan kepada pengajaran berpusatkan guru

    semata. Kajian menunjukkan lebih 64% guru matematik di sekolah rendah tidak

    menggunakan bahan bantu belajar terutamanya bahan bantu belajar bahan audio visual 10

    dan komputer walaupun lebih 95% berpendapat bahawa penggunaan bahan bantu

    mengajar amat penting untuk meningkatkan minat, perasaan ingin tahu dan kefahaman

    murid terhadap konsep-konsep matematik yang akan di ajarnya.

    Menurut Ngui Kuen Sang (1981) resos ialah penggunaan bahan pengajaran dalam situasi

    pembelajaran dan pengajaran melibatkan penglihatan dan pandangan seseorang murid. 15

    Selain itu, Atan Long (1982) juga berpendapat bahawa resos juga merupakan bahan-

    bahan pengajaran yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu berbentuk buku, carta, slaid

    yang dipancarkan pada layar putih (Atan Long, 1982). Penggunaan resos perlulah

    bersesuaian dengan peringkat umur murid. Sebagai contoh penggunaan bahan maujud

    dan semi konkrit adalah bersesuaian dengan peringkat umur murid-murid sekolah 20

    rendah.

    Resos juga boleh diertikan sebagai segala kelengkapan dan peralatan yang digunakan

    oleh guru sebagai bantuan dalam menyampaikan pengajaran sama ada di dalam atau di

    luar bilik darjah. Resos boleh terdiri daripada bahan bercetak, bahan manipulatif dan

    penggunaan perisian komputer serta teknologi maklumat. Bahan bercetak termasuk 25

    lembaran kerja, jurnal, carta, graf, keratan akhbar, buku teks, ensiklopedia, lukisan,

    gambar, peta, poster, komik dan buku latihan. Bahan manipulatif Matematik pula boleh

    terdiri daripada kit-kit seperti papan geo, blok Dienes, blok asas sepuluh dan rod

    Cruisenaire. Bahan manipulatif memberi peluang untuk murid menggunakan, mengolah

    dan memegang resos tersebut. Kalkulator, abakus dan alat penimbang juga 30

    dikategorikan sebagai resos. Penggunaan komputer, projektor dan perisian pendidikan,

    persembahan multimedia, video interaktif juga adalah salah satu medium resos.

    Bahan resos adalah sesuatu perkara yang amat penting dalam proses pembelajaran dan

    pengajaran. Dengan adanya bahan resos ketika melaksanakan proses pembelajaran dan

    pengajaran di dalam kelas, pastinya akan menarik perhatian murid agar mereka fokus 35

    akan sesuatu topik. Ini kerana, kajian mendapati bahawa seorang murid di dalam kelas

    boleh menumpukan perhatian tanpa ada gangguan hanya selama 20-30 minit yang

  • 2

    pertama. Selepas daripada itu, mereka akan mula tidak senang duduk dan akan

    mengganggu rakan-rakannya yang lain. Disebabkan itu, saya percaya penggunaan bahan

    resos amat penting agar perhatian mereka akan kembali berfokus terhadap topik yang 40

    dipelajari.

    Bahan resos merupakan salah satu kaedah yang membantu proses pembelajaran dan

    pengajaran menjadi menarik dan berjalan dengan lancar. Ini kerana, sememangnya

    murid cepat bosan dengan pengajaran yang berbentuk satu hala sahaja (chalk and talk)

    dan memerlukan pembelajaran yang bervariasi daripada pelbagai sudut untuk menguji 45

    aras kefahaman mereka yang pelbagai. Seperti yang kita sedia maklum, Teori

    Kecerdasan Pelbagai oleh Gardner juga menekankan bahawa setiap murid mempunyai

    potensi diri dan kecenderungan yang berlainan antara satu sama lain. Oleh itu, bahan

    resos ini merupakan medium yang mampu memberi kesegaran dalam proses

    pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas untuk mencungkil segala potensi diri yang 50

    ada dalam diri murid-murid.

    Saya juga percaya bahawa subjek Matematik memerlukan pembinaan konsep asas yang

    kukuh. Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat

    penting dalam proses pembelajaran. Para pendidik juga sedia maklum bahawa

    pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada 55

    seseorang yang lain sebaliknya ia hanya boleh dibina oleh pelajar itu sendiri melalui

    proses berinteraksi dengan persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan

    sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman

    harian. Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar

    untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang 60

    kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep adalah

    bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Sebagai contoh,

    pembinaan konsep mengenai pecahan wajar perlu diajarkan secara menyeluruh agar

    murid benar-benar faham akan konsep tersebut kerana ianya akan berkait rapat dengan

    pembelajaran pada peringkat seterusnya iaitu pecahan setara dan pecahan tidak wajar. 65

    Oleh sebab itu, saya berpendapat bahawa pembinaan konsep Matematik boleh

    diperjelaskan melalui penggunaan bahan resos yang bersifat konkrit. Ini kerana, bahan

    konkrit atau manipulatif boleh dipegang dan disentuh oleh murid menggunakan

    pancaindera sekaligus mereka akan merasai, berfikir, membentuk dan membina

    pemahaman konsep Matematik tersebut. Contoh bahan manipulatif yang terbaik ialah 70

    rod Cuissenaire, papan geo dan sebagainya. Guru juga boleh mereka cipta bahan

    manipulatif sendiri tanpa terikat dengan bahan manipulatif yang telah sedia ada. Ini

    akan memberikan pengalaman yang sebenar kepada murid untuk memahami sesuatu

    konsep asas Matematik itu dengan mudah dan mencambahkan pemikiran Matematik

    murid-murid tersebut. 75

  • 3

    Sejajar dengan teori konstruktivime yang menekankan aspek murid membina sendiri

    pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia

    ada, bahan resos berbentuk konkrit dilihat mampu untuk merangsang pemikiran

    Matematik murid-murid tersebut di samping bekerjasama dan rakan-rakan kumpulan

    dalam melaksanakan aktiviti berkumpulan. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan 80

    pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan

    baru. Menurut Sushkin N.(1999), teori konstruktivisme menyatakan bahawa penekanan

    diberikan kepada murid lebih daripada guru . Ini adalah kerana muridlah yang

    berinteraksi dengan bahan dan peristiwa dan memperoleh kefahaman tentang bahan dan

    peristiwa tersebut. Justeru, murid membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian 85

    kepada masalah. Autonomi dan inisiatif murid hendaklah diterima dan digalakkan.

    Penggunaan bahan resos di dalam bilik darjah juga akan membolehkan guru

    mengembangkan daya kreativiti dengan mempelbagaikan kaedah dan pendekatan ketika

    proses pembelajaran dan pengajaran. Ini kerana, setiap daripada bahan resos tersebut

    berperanan dalam keadaan yang berlainan. Sebagai contoh, persembahan multimedia 90

    boleh dilakukan di peringkat set induksi untuk menarik perhatian murid, manakala kit-

    kit manipulatif boleh digunakan ketika melaksanakan aktiviti berkumpulan yang mana

    akan mendorong murid belajar untuk berkoperatif dengan rakan-rakannya yang lain.

    Sekaligus, secara tidak langsung, dalam tempoh masa satu jam guru telah

    mempelbagaikan pendekatan pengajaran. 95

    Tidak dapat dinafikan, penggunaan bahan resos akan menjimatkan masa. Masa satu jam

    yang diperuntukkan untuk subjek Matematik misalnya berjalan dengan lancar tanpa

    perlu menunggu guru menulis setiap patah perkataan di atas papan putih, kemudian

    memadamkannya dan menulis perkataan yang lain pula di atas papan putih. Ini boleh

    digantikan dengan penggunaan carta yang telah lengkap dengan segala maklumat 100

    ataupun penggunaan persembahan slaid atau multimedia yang mempunyai unsur-unsur

    pergerakan objek yang lebih menarik perhatian murid. Masa yang diperuntukkan mampu

    digunakan dengan sebaik-baiknya oleh guru mahupun murid. Guru boleh membina

    pengetahuan mereka dengan menggunakan bahan resos bersifat manipulatif dan

    sebagainya. 105

    Di samping itu, penggunaan bahan resos dalam bilik darjah membantu murid memahami

    dan mengekalkan sesuatu isi pelajaran dengan lebih lama. Jika perbandingan dibuat di

    antara bahan konkrit atau fakta yang abstrak, semestinya penggunaan bahan konkrit

    akan lebih meresap dalam diri murid-murid. Ini kerana, penggunaan bahan konkrit

    melibatkan penglibatan murid itu sendiri dalam membina pengetahuannya sekaligus 110

    pengalaman yang diperolehi mereka terus melekat dalam fikiran.

    Seterusnya, kita beralih skop kepada jenis resos yang ketiga iaitu penggunaan komputer

    dan teknologi. Dunia pendidikan telah mengalami perubahan yang pesat yang dibawa

  • 4

    oleh kesan globalisasi, pengdemokrasian pendidikan, ledakan teknologi maklumat,

    persaingan hebat dan usaha ke arah pembentukan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. 115

    Perubahan yang berlaku secara global ialah penambahan minat dan usaha untuk para

    pendidik menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Kadar

    perubahan ini dipercepatkan lagi dengan pengaruh faktor-faktor seperti perisian

    multimedia yang lebih mudah digunakan dan mesra pengguna, kos teknologi yang lebih

    murah bagi perkakasan dan perisian serta perkembangan dalam teori dan model 120

    pendidikan yang berubah dari pemusatan guru ke pembelajaran berpusatkan murid

    Tidak mampu disangkalkan lagi, penggunaan komputer dalam pengajaran dan

    pembelajaran matematik dapat memperkembang dan memperkayakan lagi tajuk yang

    diajar. Cockcroft (1982) menyarankan bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran

    dan pembelajaran matematik bukan sahaja boleh memperbaiki kualiti pengajaran 125

    matematik malah penggunaan komputer juga boleh mengubah kepentingan sesuatu tajuk

    dalam silibus matematik. Keadaan yang sama juga mungkin wujud dalam pengajaran

    dan pembelajaran matapelajaran lain di sekolah. Aktiviti penyelesaian masalah adalah

    bahagian terpenting dalam pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam

    matematik tidak bermakna jika seseorang murid tidak mampu melakukan proses 130

    penyelesaian masalah.

    Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti

    Funkhouser (1993), Henderson and Landersman, (1992), mendapati bahawa murid yang

    menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap

    dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih 135

    kompleks.Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat

    membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan

    berkesan

    Penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan beberapa

    aplikasi, seperti spreadsheet, multimedia dan internet. Peranan dan penggunaan internet 140

    telah mula dikenalpasti dapat membantu pengurusan dalam sistem pendidikan negara

    khususnya dalam pelaksanaan proses pengajaran pembelajaran di dalam dan luar bilik

    darjah yang secara langsung melibatkan para pendidik, pelajar dan ibubapa serta ahli

    masyarakat yang prihatin. Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan komputer dan

    internet sebagai salah satu bahan resos atau bahan bantu belajar mendorong murid untuk 145

    meneroka alam maya yang baru ditemui tersebut. Mereka sentiasa menemui maklumat

    baru dan bahan-bahan yang amat menarik perhatian. Nolan dan Martin (1994)

    menyatakan bahawa pembelajaran dalam suasana baru seperti menggunakan internet di

    sekolah telah membawa banyak perubahan kepada murid-murid. Mereka didapati lebih

    mahir membuat kajian dan lebih berfikiran secara kritikal. Walau bagaimanapun jurang 150

    perbezaan sosial ekonomi di kalangan murid-murid harus diambil kira semasa

    pendedahan teknologi komputer dan internet diberikan. Guru perlu bijak menyelitkan

  • 5

    penggunaan komputer dan teknologi dalam pembelajaran di samping memastikan semua

    murid melibatkan diri tanpa ada unsur pilih kasih. Internet amat bermanfaat kepada guru

    dan murid serta ibubapa khususnya dalam menghadapi cabaran IT dan era globalisasi. 155

    Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan,

    perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat, khususnya warga pendidik

    dan para ibubapa.

    Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat

    digunakan dengan berkesan. Internet telah menyediakan beberapa kemudahan, antaranya 160

    ialah e mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), File

    Transfer Protocal (FTP) dan sebagainya.

    Semua kemudahan ini boleh dimanfaatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Para guru harus bijak memilih aplikasi yang sesuai digunakan. Oleh itu, perancangan

    aktiviti yang kemas dan teratur amatlah penting, supaya murid-murid dapat 165

    menggunakan internet secara maksimum dan optimum. Semua aplikasi tersebut boleh

    digunakan sama ada sebagai sumber maklumat atau pun sebagai bahan bantu yang

    diintegrasikan terus dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Salah satu penggunaan resos Matematik di jaringan maya yang memberi input yang

    amat berguna kepada murid dan guru ialah National Library of Virtual Manipulatives 170

    (NLVM). Gedung Perpustakaan Maya ini adalah satu cara guru bebas untuk

    memperkayakan corak pembelajaran kelas Matematik. Dengan menggunakan kaedah

    interaktif atas talian, NLVM menerapkan unsur main dalam proses pembelajaran dan

    pengajaran. Ianya sesuai untuk setiap lapisan murid terutama sekolah rendah kerana

    merangkumi bab nombor dan operasi, algebra, geometri, pengukuran, dan data analisis. 175

    Permainan yang dimuatkan kebanyakannya dalam bentuk Java applet. Ini akan

    memudahkan murid untuk memahami konsep Matematik atau menjadikannya sebagai

    latihan konsep dan dalam pada masa yang sama mereka juga bermain. NLVM bukan

    sahaja membantu murid, malahan turut menjadi rujukan buat guru dan guru pelatih

    dalam memperkayakan aktiviti pengajaran Matematik. 180

    Keberkesanan resos dapat dilihat apabila resos tersebut boleh digunakan berulang kali.

    Tidak hanya pada satu-satu masa sahaja. Oleh sebab itu, pengurusan resos juga perlu

    dititikberatkan agar seorang guru tidak perlu membuat resos berulang kali. Bagi

    memastikan perkara tersebut, bahan resos perlu disimpan dengan baik. Selain itu, guru

    juga perlu memastikan bahan yang digunakan untuk membuat resos adalah tahan lama 185

    dan kukuh supaya penggunaannya kekal lama. Guru juga perlu memastikan terdapat

    bilik khas yang menempatkan bahan-bahan resos ini supaya penggunaannya kepada

    seluruh murid di sekolah tersebut adalah menyeluruh. Alat bantu mengajar harus

    sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan menepati fungsinya serta

    cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang diperuntukkan. 190

  • 6

    Terdapat beberapa perkara penting yang perlu difahami berhubung dengan penggunaan

    resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Resos dan bahan bantu belajar hanya

    akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam proses pembelajaran dan

    pengajaran. Resos tidak mengubah peranan guru. Malah sebaliknya ,guru akan sentiasa

    berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Keterampilan dan 195

    keperibadian yang mulia akan tetap menjadi tunjang dan ikutan utama. Penggunaan

    resos dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid di samping setiap kerja dapat

    dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik.

    Pada pendapat saya, guru perlu sentiasa berusaha untuk mempelajari perkara baru

    terutama apabila berkaitan dengan resos baru terutama teknologi. Ini kerana, 200

    sememangnya resos-resos seperti inilah yang menjadi pemudahcara ketika mengajar

    kelak. Sebagai penambahbaikan di masa-masa akan datang, kursus-kursus pendek perlu

    diadakan agar seorang guru boleh menambahkan ilmu mengenai penggunaan resos.

    Sebagai contoh, bengkel penggunaan alat bantu mengajar serta teknik penggunaannya

    dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya bahan resos yang jarang digunakan di 205

    sekolah seperti rod cuisenaire dapat diadakan secara berkala oleh mereka yang pakar

    dalam bidang tersebut. Pusat sumber di sekolah juga harus dilengkapi dengan bahan-

    bahan bantu mengajar yang mencukupi yang boleh digunakan oleh guru dalam

    pengajaran konsep matematik tertentu. Guru harus memupuk sikap ingin cuba dan

    inkuiri khususnya penggunaan kaedah serta bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai 210

    dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan pelajar dan gaya pembelajaran yang

    berbeza. Selain itu, guru juga perlu mempertingkatkan dan mengolah aktiviti

    pembelajaran dan pengajaran yang berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif,

    kooperatif dan fahaman konstruktivisme.

    Tuntasnya, di era serba moden ini, resos merupakan medium yang memberi kemudahan 215

    dan laluan untuk membantu guru melicinkan proses pembelajaran dan pengajaran. Resos

    berbentuk tidak terikat. Guru boleh mencipta resos yang tersendiri tanpa perlu terikat

    atau terbiasa dengan resos yang sama berulang-ulang. Daya kreativiti guru diuji untuk

    menghasilkan resos yang baik agar murid sentiasa berasa teruja menantikan kehadiran

    guru ke kelas. 220

    Sumber daripada : http://cikgufatinnadia.weebly.com/esei-keberkesanan-penggunaan-

    resos-dalam-pdp.html