kebangkitan rakyat palestin

9
Huraikan keberkesanan kebangkitan rakyat Palestin menuntut keadilan hak terhadap Israel, 1987-1991. 1.0 Sejarah Awal Konflik Israel di Tanah Palestin Israel pada mulanya tidak wujud sebagai sebuah negara yang benar. Setelah Holocaust yang dilakukan Hitler berakhir, hanya sedikit sahaja jumlah penduduk Yahudi pada masa itu. Malah, mereka hidup dalam kemiskinan dan ketakutan. Dalam kesempatan tersebut, Persatuan Yahudi Amerika telah mengutuskan tuntutan kepada Harry Truman, yang merupakan Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu. Tuntutan tersebut telah dibentangkan dalam Persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada November 1947 dan dengan itu, pemisahan Palestin dideklarasikan. Kerajaan sementara Israel telah ditubuhkan di Palestin pada 16 Mei 1948 dengan sokongan PBB. Penubuhan Israel yang disokong sepenuhnya oleh Harry Truman telah membawa kepada pembukaan penempatan Israel di Tanah Palestin sehingga pada hari ini. Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann. Amerika yang merupakan kuasa besar dunia memberikan sokongan sepenuhnya kepada Israel yang telah merampas tanah Palestin secara haram. Israel kemudiannya menyerang Palestin secara berterusan untuk meluaskan sempadannya. Palestin pula bertindak melakukan kebangkitan atau dikenali sebagai ‘intifadah’ dalam usaha mempertahankan tanah air dan berjihad mempertahankan agama dan berusaha menawan semula Masjidil Aqsa. 1.1 Pengertian Intifadah Intifadah bermaksud kebangkitan. Dalam konteks rakyat Plestin pula intifadah yang diucapkan membawa makna kebangkitan semula rakyat Palestin dalam menentang penindasan dan penjajahan yang dilakukan oleh rejim ganas Yahudi Zionis terhadap penduduk asal

Upload: fizharon

Post on 06-Feb-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SEJARAH ASIA BARAT

TRANSCRIPT

Page 1: kebangkitan rakyat palestin

Huraikan keberkesanan kebangkitan rakyat Palestin menuntut

keadilan hak terhadap Israel, 1987-1991.

1.0 Sejarah Awal Konflik Israel di Tanah Palestin

Israel pada mulanya tidak wujud sebagai sebuah negara yang benar.

Setelah Holocaust yang dilakukan Hitler berakhir, hanya sedikit sahaja

jumlah penduduk Yahudi pada masa itu. Malah, mereka hidup dalam

kemiskinan dan ketakutan. Dalam kesempatan tersebut, Persatuan Yahudi

Amerika telah mengutuskan tuntutan kepada Harry Truman, yang

merupakan Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu. Tuntutan tersebut

telah dibentangkan dalam Persidangan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB) pada November 1947 dan dengan itu, pemisahan Palestin

dideklarasikan. Kerajaan sementara Israel telah ditubuhkan di Palestin

pada 16 Mei 1948 dengan sokongan PBB. Penubuhan Israel yang disokong

sepenuhnya oleh Harry Truman telah membawa kepada pembukaan

penempatan Israel di Tanah Palestin sehingga pada hari ini. Presiden

Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann. Amerika yang merupakan

kuasa besar dunia memberikan sokongan sepenuhnya kepada Israel yang

telah merampas tanah Palestin secara haram. Israel kemudiannya

menyerang Palestin secara berterusan untuk meluaskan sempadannya.

Palestin pula bertindak melakukan kebangkitan atau dikenali sebagai

‘intifadah’ dalam usaha mempertahankan tanah air dan berjihad

mempertahankan agama dan berusaha menawan semula Masjidil Aqsa.

1.1 Pengertian Intifadah

Intifadah bermaksud kebangkitan. Dalam konteks rakyat Plestin pula

intifadah yang diucapkan membawa makna kebangkitan semula rakyat

Palestin dalam menentang penindasan dan penjajahan yang dilakukan

oleh rejim ganas Yahudi Zionis terhadap penduduk asal negara

tersebut.1Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa intifadah ini

sebagai sebuah perjuangan. Maksudnya di sini adalah melihat definisi

intifadah ini sebagai perjuangan rakyat Palestin yang menolak

pemerintahan Israel di tanah air mereka.2 Sehubungan dengan itu, pada

1 Prof Madya Zainur Rashid Bin Zainuddin, Palestin Dijajah: Di manakah Solahuddinnya? , Selangor: Aman Palestin Berhad, 2009, hlm 52

2 Anwar M.Aris, Israel is Not Real:Negara Palsu di Tanah Rampasan , Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise,2009,hlm 73

Page 2: kebangkitan rakyat palestin

14 Disember 1987 sebuah gerakan yang dinamakan Ikhwan al-Muslimin

yang merupakan penggerak utama intifadah ini mengisytiharkan

penubuhan HAMAS. Rakyat Palestin telah menyambut baik cadangan

tersebut. Hal ini sedemikian kerana pada masa tersebut rakyat Palestin

sememangnya sudah tidak lagi bergantung harapan pada perjanjian damai

dan berpendapat sudah tiba masanya mereka mengambil inisiatif sendiri

bagi menghentikan kekejaman rejim Zionis terhadap orang Palestin.

Rakyat Palestin juga melihat langkah ini sebagai menggantikan

perjuangan PLO.3

1.2 Faktor Berlakunya Intifadah

Secara keseluruhannya, Intifadah di Palestin boleh dibahagikan kepada

dua peringkat. Peringkat pertama Intifadah berlaku hanya menggunakan

lontaran batu dan lastik dalam memerangi Yahudi yang berlaku zalim

kepada rakyat Palestin.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kebangkitan Intifadah

ini oleh rakyat Palestin. Faktor utama adalah kerana kekejaman dan

penindasan yang dilakukan oleh rejim Zionis ini telah bertindak

meruntuhkan rumah rakyat Palestin. Selain itu, mereka juga bertindak

menangkap orang-orang Palestin dan menzalimi mereka. Rakyat Palestin

juga diusir dari rumah mereka dan dari tanah air mereka. Rakyat Palestin

tidak berpuas hati dengan tindakan memperluaskan kawasan pendatang

haram Yahudi. Selain itu, bukti kezaliman lain adalah tentera Israel

menggunakan buldozer (jentolak) untuk menimbus 4 orang pejuang Islam

yang masih hidup ke dalam tanah. Malah, dalam masa satu tahun

pertama telah mencatatkan lebih 400 rakyat Palestin terkorban, 2000

orang cedera dan 3400 orang mengalami kecacatan seumur hidup.

Manakala seramai 23 000 orang ditangkap.

Faktor seterusnya adalah kerana tindakan Israel yang mencabul

kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam. Rakyat Palestin

mendakwa bahawa Israel telah mengyahudikan Baitul Maqdis. Rakyat

Palestin juga ingin protes terhadap tindakan ekstrimis Zionis yang

3 Maszlee Malik, HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis , Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd, 2009, hlm 41

Page 3: kebangkitan rakyat palestin

melakukan serangan ke atas Masjid al-Aqsa. Pembunuhan di Masjid Al-

Aqsa juga membuktikan kekejaman Israel. Pembunuhan tersebut berpunca

daripada perbalahan umat Islam dengan pelampau Yahudi yang cuba

meletakkan batu asas ketiga pembinaan biara Haikal Sulaiman di halaman

Masjid Al-Aqsa. Menurut perancangan Zionis, Haikal Sulaiman yang

mereka impikan itu ialah sebuah biara (kuil) bagi orang Yahudi yang akan

dibina selepas berjaya meruntuhkan Masjid Al-Aqsa suatu masa kelak.

Setelah perbalahan di antara umat Islam dengan pelampau Yahudi itu,

tentera Israel yang lengkap bersenjata datang ke Masjid Al-Aqsa dan

melepaskan tembakan rambang ke arah umat Islam yang sedang

menunaikan solat. 21 orang telah syahid, 150 orang cedera dan hampir

300 orang telah ditangkap. Peristiwa ini membangkitkan semangat rakyat

Islam Palestin untuk bangkit berjihad.

Sekatan ekonomi yang dilakukan oleh Zionis juga merupakan faktor

kebangkitan intifadah ini. Oleh sebab ekonomi disekat, ramai yang

terpaksa bergantung pekerjaan dari Yahudi. Malah keadaan ini melahirkan

begitu ramai penganggur dan juga membawa kepada kemiskinan yang

teruk.

Gaya hidup terdesak tidak lagi membuatkan orang Palestin

meletakkan harapan pada perjanjian damai. Keadaan itu menyebabkan

mereka mahu bangkit dengan usaha sendiri untuk berjuang menamatkan

keadaan pada ketika ini yang boleh dianggap sebagai sebuah mimpi ngeri

kepada mereka. Mahmoud Darwish yang merupakan seorang pujangga

Palestin pernah menulis sajak berjudul “I come from there”.4 Antara

kandungannya:

“Aku berasal dari sana lahir sebagai insan

dan aku ada ibu serta rumah banyak jendela

aku ada adik-beradik dan kawan-kawan pun

pernah menghuni penjara bertingkap dingin

aku pelajari segala kata-kata supaya boleh

mengingkarinya aku pelajari semua kata-kata untuk

4 “I Come from there” daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm&arc=hive#ixzz28iEFGSi6 diakses pada 25 Oktober 2012.

Page 4: kebangkitan rakyat palestin

memilih yang satu: Tanah airku.”

Sajak beliau membuktikan semangat ini, maka timbullah semangat ingin

membela tanah air dalam diri anak Palestin.

Faktor seterusnya yang membawa kepada Intifadah adalah kerana

kebangkitan atau kesedaran perlunya memperjuangkan agama dan

mempertahankan Agama Islam dalam diri. Mereka mahu

mempertahankan tanah air mereka yang pernah mencatatkan kerajaan

Islam yang megah pada suatu ketika dahulu dan mahu mempertahankan

Masjidil Aqsa.

1.3 Peristiwa Sepanjang Intifadah Pertama

Peristiwa Intifadah bermula dengan peristiwa yang berlaku pada 8

Disember 1987. Dalam kejadian itu, sebuah trak milik Yahudi Israel

dikatakan telah melanggar 13 orang Palestin. Kejadian itu telah

menyebabkan 4 orang terbunuh.5 Menurut sumber lain pula, dikatakan

bahawa lori itu dengan sengaja melanggar dua buah kereta dari

belakang.6 Peristiwa itu telah menyebabkan bermulanya intifada dan

penentangan secara terang-terangan oleh rakyat Palestin terhadap Israel.

Pihak Ikhwan al-Muslimin (IM) di Gaza dan Tebing Barat telah

mengarahkan seluruh anggotanya bertindak setelah melalui kelompok-

kelompok usrah.7

Demonstrasi yang pertama bertempat di Masjid Muhayyam Jabahiya

setelah selesai sembahyang subuh pada 9 Disember 1897. Peristiwa

tersebut telah menjadi titik-tolak intifadah yang pertama. Kebangkitan

Intifadah ini melibatkan seluruh rakyat Palestin sebagai tanda

kebersatuan mereka dalam menentang atau membantah pemerintahan

Israel di tanah air mereka. Pada asalnya, demonstrasi yang dipelopori oleh

anggota-anggota dan kader-kader IM bermula dari masjid-masjid dan

kemudiannya merebak ke kawasan jalan raya.

5 Maszlee Malik, HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis , Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd. 2009, hlm 40

6 Prof Madya Zainur Rashid Bin Zainuddin, Palestin Dijajah: Di manakah Solahuddinnya? , Selangor: Aman Palestin Berhad. 2009, hlm 52

7 Maszlee Malik, HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis , Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd. 2009, hlm 40

Page 5: kebangkitan rakyat palestin

Semangat juang ini bukan hanya dalam kalangan dewasa, malah

turut ternanam dalam diri kanak-kanak, remaja serta golongan belia.

Mereka bertindak menyerang anggota tentera Israel dengan hanya

bersenjatakan batu-batu jalan. Amat menakjubkan apabila mereka yang

hanya bersenjatakan batu-batu jalan mampu membuatkan rejim Zionis

berundur.8 Ekoran daripada peristiwa tersebut, Intifadah turut dikenali

sebagai atfal masajid iaitu kanak-kanak masjid dan atfal al-hijarah yang

bermaksud kanak-kanak batu.

Pemudi Palestin bertindak melempar batu, bom Molotov dan lastik

kepada tentera Israel. 9 Palestin hanya bersenjatakan batu kerana mereka

tidak mempunyai jalan untuk mendapatkan senjata api. Hal ini sedemikian

kerana, sempadan negara ditutup dan dikawal ketat oleh tentera-tentera

Israel dan Negara Arab yang bersempadan. Remaja dan kanak-kanak

Palestin yang melemparkan batu ke arah tentera Israel ditangkap dan

dizalimi atau ditembak mati. Gambar-gambar kekejaman ini telah tersebar

dan mengakibatkan Israel dikecam teruk oleh dunia luar. Namun, Israel

tidak mengendahkan kecaman yang diberikan. Amerika Syarikat yang

merupakan penyokong Israel ini telah bertindak meminta Israel

menggunakan cara lain untuk mengatasi serangan batu daripada pemudi

dan kanak-kanak. Akhirnya Yitzhak Rabin yang Menteri Pertahanan Israel

pada masa itu memutuskan untuk mematahkan tulang-tulang sesiapa

yang melemparkan batu kepada tenteranya.10

Intifadah juga bertindak mengisytiharkan boikot ke atas produk-

produk yang dihasilkan oleh Negara Israel dan juga Amerika Syarikat

sebagai tanda protes mereka.11 Intifada ini mendapat sokongan teguh

daripada dunia antarabangsa terutamanya pemerintahan Iran.

8 Maszlee Malik, HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis , Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd. 2009, hlm 41

9 Anwar M.Aris, Israel is Not Real:Negara Palsu di Tanah Rampasan , Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise, 2009, hlm 74

10 Prof Madya Zainur Rashid Bin Zainuddin, Palestin Dijajah: Di manakah Solahuddinnya? , Selangor: Aman Palestin Berhad.2009, hlm 54

11 Anwar M.Aris, Israel is Not Real:Negara Palsu di Tanah Rampasan , Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise, 2009, hlm 74

Page 6: kebangkitan rakyat palestin

2.0 Sejauh mana keberkesanan Perjuangan Intifada Pertama

Setelah meniliti perjuangan Intifada ini, ternyata ianya telah membuka

mata dunia. Rakyat Palestin yang berkeadaan serba kekurangan masih

mampu bangkit untuk mempertahankan maruah agama dan negara

mereka. Walaupun dikelilingi tentera Israel yang bersenjata, pemudi

Palestin masih lagi berani untuk menyuarakan perasaan mereka dengan

membaling batu-batu jalan sebagai tanda protes mereka terhadap

pemerintahan Israel. Kebangkitan mereka telah membuka mata umat

Islam di segenap pelusuk supaya turut menghayati perjuangan mereka

mempertahankan agama dan meningkatkan semangat keislaman untuk

turut sama membantu mereka yang sedang bertarung untuk agama dan

negara. Kebangkitan ini juga menjadi permulaan kepada sebuah

perjuangan yang akan diikuti dengan perjuangan yang seterusnya lebih

radikal. Pemboikotan produk dari Israel dan Amerika juga serba sedikit

mempengaruhi pihak Israel dan Amerika. Mereka sedikit sebanyak sedar

akan reaksi dunia luar dan kecaman yang ditohmahkan kepada mereka.

Walaupun tidak mampu mengalahkan kuasa Israel dalam Intifada yang

pertama ini, rakyat Palestin tidak berputus asa. Mereka bangun untuk

merangka strategi yang lebih baik untuk meneruskan perjuagan mereka.

Sebagai kesimpulannya, tanpa berlakunya Intifadah pertama ini, warga

Palestin tidak akan menyedari bahawa mereka harus dan mampu bangkit

berjihad mempertahankan maruah agama dan negara.

Page 7: kebangkitan rakyat palestin

Rujukan

Buku

Anwar M.Aris (2009). Israel is Not Real:Negara Palsu di Tanah Rampasan ,

Kuala Lumpur: Alam Raya Enterprise.

Maszlee Malik (2009). HAMAS: Pejuang Kota Suci Baitulmuqaddis, Kuala

Lumpur: PTS Millennia Sdn.Bhd.

Prof Madya Zainur Rashid Bin Zainuddin (2009). Palestin Dijajah: Di

manakah Solahuddinnya?, Selangor: Aman Palestin Berhad.

Artikel

Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

y=2009&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.

htm&arc=hive#ixzz28iEFGSi6 

© Utusan Melayu (M) Bhd