kebaikan pemakanan seimbang

3
Kebaikan Pemakanan Seimbang Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada Cikgu Rambai dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Kalau tidak kerana bintang, Tak akan bulan kelihatan tinggi, Kalau tidak kerana pidato, Tak akan saya berada di sini. Seperti mana yang kalian ketahui, berdirinya saya di sini adalah ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, Kebaikan Pemakanan Seimbang . Umun mengetahui bahawa makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Kebaikan pemakanan seimbang yang utama ialah, tubuh badan manusia mendapat daya tahanan yang tinggi daripada serangan penyakit. Jika tubuh badan manusia menerima semua keperluan zat yang diperlukan maka, secara tidak langsung manusia akan terhindar daripada penyakit yang berbahaya seperti kanser, penyakit buah pinggang, dan serangan jantung. Oleh itu , tubuh badan yang sihat dapat menjadikan

Upload: khairul-aslam

Post on 01-Dec-2015

121 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Kelebihan pemakanan seimbang

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan Pemakanan Seimbang

Kebaikan Pemakanan Seimbang

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia kepada Cikgu Rambai dan rakan-rakan

yang saya hormati sekalian.

Kalau tidak kerana bintang,

Tak akan bulan kelihatan tinggi,

Kalau tidak kerana pidato,

Tak akan saya berada di sini.

Seperti mana yang kalian ketahui, berdirinya saya di sini adalah ingin menyampaikan sebuah

pidato yang bertajuk, “Kebaikan Pemakanan Seimbang”. Umun mengetahui bahawa makanan

seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia

memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Makanan

seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan

seseorang berfungsi dengan normal.

Kebaikan pemakanan seimbang yang utama ialah, tubuh badan manusia mendapat daya

tahanan yang tinggi daripada serangan penyakit. Jika tubuh badan manusia menerima semua

keperluan zat yang diperlukan maka, secara tidak

Page 2: Kebaikan Pemakanan Seimbang

langsung manusia akan terhindar daripada penyakit yang berbahaya seperti kanser,

penyakit buah pinggang, dan serangan jantung. Oleh itu , tubuh badan yang sihat dapat menjadikan seseorang manusia itu boleh

menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.

Selain itu, pemakanan yang seimbang boleh mengelakkan perkembangan mental seseorang itu terganggu. Kekurangan zat makanan yang

tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas. Keadaan ini juga

menyebabkan kita mudah berasa letih. Hal ini juga menjadikan seseorang itu gagal berfikir

untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan pemikiran

manusia lebih stabil dan berdaya tahan bersesuaian dengan cogan kata badan sihat otak

cerdas.

Antara lain, amalan pemakan seimbang penting untuk tumbesaran tubuh badan yang sempurna

bagi seseorang manusia. Pelbagai jenis zat makanan diperlukan untuk membina tubuh badan

yang sihat, kuat dan tidak terbantut tumbesarannya. Kesihatan fizikal badan akan lebih terjamin jika memakan makanan yang seimbang. Oleh itu, sumber tenaga daripada

pemakanan yang seimbang dapat mengekalkan tumbesaran dan keupayaan fizikal tubuh badan

seseorang.

Page 3: Kebaikan Pemakanan Seimbang

Malahan, pemakanan seimbang turut dikatakan mampu mengawal kadar kegemukan atau lebih

dikenali sebagai obesiti dalam kalangan masyarakat. Salah satu aspek utama dalam

pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil

tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegini menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan

memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang

mampu menyihatkan badan.

Kesimpulannya,

kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua kebaikannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada pemakanan yang baik ini. Jika

masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit

kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua

mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”.

Sekian sahaja pidato saya kali ini, dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan

terdapat tutur bicara yang kurang sopan semasa saya menyampaikan pidato tadi.

Sekian, terima kasih.

Page 4: Kebaikan Pemakanan Seimbang