kebaikan bersenam [gred a]

2
Badan sihat otak cerdas. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa bersenam banyak membawa faedah kepada kita. Lantaran itu, setiap orang harus meluangkan masa untuk melakukan aktiviti senaman. Dengan bersenam,kita dapat menyihatkan badan kita. Hal ini demikian kerana badan kita akan mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak. Oleh itu,badan kita akan menjadi sihat dan tidak selalu sakit..Kita tidak akan menjadi seorang yang malas dan tidak aktif.Kita mestilah bersenam sekurang- kurangnya tiga kali seminggu Selain itu,kita dapat mengeratkan hubungan antara keluarga atau rakan jika kita bersenam bersama-sama. Dalam marcapada, kehidupan manusia semakin sibuk lantaran mengejar kerjaya masing-masing. Alangkah baiknya jika ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan dapat bersenam bersama-sama untuk mengeratkan hubungan yang semakin renggang. Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa itu emas. Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan bersenam. Oleh itu,kita tidak akan terjebak dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti melepak,merayau-rayau tanpa tujuan dan banyak lagi. Di samping itu,bersenam dapat mencerdaskan minda kita. Kita dapat belajar dengan baik dan boleh memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar. Kita juga tidak cepat letih dan dapat selalau aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah

Upload: wckelvin

Post on 02-Dec-2015

15.818 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kebaikan Bersenam [Gred a]

Badan sihat otak cerdas. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa bersenam

banyak membawa faedah kepada kita. Lantaran itu, setiap orang harus meluangkan masa

untuk melakukan aktiviti senaman.

Dengan bersenam,kita dapat menyihatkan badan kita. Hal ini demikian kerana

badan kita akan mengeluarkan peluh dan tenaga yang banyak. Oleh itu,badan kita akan

menjadi sihat dan tidak selalu sakit..Kita tidak akan menjadi seorang yang malas dan

tidak aktif.Kita mestilah bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu

Selain itu,kita dapat mengeratkan hubungan antara keluarga atau rakan jika kita

bersenam bersama-sama. Dalam marcapada, kehidupan manusia semakin sibuk

lantaran mengejar kerjaya masing-masing. Alangkah baiknya jika ahli-ahli keluarga dan

kawan-kawan dapat bersenam bersama-sama untuk mengeratkan hubungan yang

semakin renggang.

Kita juga boleh mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Masa itu

emas. Kita dapat mengisi masa lapang kita dengan bersenam. Oleh itu,kita tidak akan

terjebak dalam perkara yang tidak mendatangkan manfaat seperti melepak,merayau-

rayau tanpa tujuan dan banyak lagi.

Di samping itu,bersenam dapat mencerdaskan minda kita. Kita dapat belajar

dengan baik dan boleh memberi tumpuan ketika guru sedang mengajar. Kita juga tidak

cepat letih dan dapat selalau aktif dalam aktiviti kokurikulum di sekolah apabila badan

kita cergas.

Akhir sekali,dengan bersenam kita dapat menghindari diri daripada penyakit

seperti sakit jantung,obesiti dan banyak lagi.Jika kita tidak bersenam,kolestrol kita

semakin tinggi dan darah tinggi boleh meningkat dengan mendadak.

Kesimpulannya,aktivti senaman banyak manfaat kepada segenap lapisan

masyarakat. Oleh itu, kita digalakkan memupuk tabiat bersenam sejak kecil, bak kata

melentur biarlah dari rebungnya.