bil tajuk tarikh muka surat

38
Jadual Pembacaan Khutbah Jumaat Siri 2/2021 (Bulan Februari 2021) Muka surat Tarikh Tajuk Bil 2 5 Februari 2021 Vaksin Sebagai Ikhtiar, Penyakit Jangan Dibiar 1. 12 12 Februari 2021 Ujian Sebuah Kehidupan 2. 21 19 Februari 2021 Berusaha dan Bertawakkal 3. 27 26 Februari 2021 Bila Lagi Nak Insaf? 4. 35 Khutbah Kedua ڤاءي :ايتقن دبي رچيو ڤينڠ زكاة ڤو تلي ڤ ون :04-5498088

Upload: others

Post on 12-Nov-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

Jadual Pembacaan Khutbah Jumaat Siri 2/2021

(Bulan Februari 2021)

Muka surat

Tarikh Tajuk Bil

2 5 Februari 2021

Vaksin Sebagai

Ikhtiar, Penyakit

Jangan Dibiar

1.

12 12 Februari 2021 Ujian Sebuah

Kehidupan 2.

21 19 Februari 2021 Berusaha dan

Bertawakkal 3.

27 26 Februari 2021 Bila Lagi Nak

Insaf? 4.

35 Khutbah Kedua

رچيتقن دبياياءي : ڤ

زكاة ڤولاو ڤينڠ

5498088-04 ون : ڤتلي

Page 2: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

2 2/2021 خطبه جمعة بولن

Vaksin Sebagai Ikhtiar, Penyakit Jangan Dibiar

(5 Februari 2021M/ 23 Rabi’ulakhir 1442H)

ٱ ل

مد

ح

ن لل

ودي ى

ده بال

هرسول رسل

أ ذي

ال

،ون

ك

مش الرهو ك

ه ول

لن ك

ي الد

ل عهره

ليظ

ـقح ال

ن أدهش ل أ

ه إل

إلا

الل

هبدا ع

د م

مح

ن أدهشوأ

،ه ورسول

م م صل وسل

ه الل

ل ع

ارك

ا وب

دن سي

لد ع م

مح

. ن معي جابه أ

صح

آله وأ

ل وع

عد

ا ب م

، ، أ

الل

يا عباد

ٱ ف

وا الل

قاي ت

م وإي

وصيك

أ

الل وى قون. ،بت

قمت ال ازف دق: ف

عال

ت

الل ال

ق

ها يأا ي وقولوا قولا سديدا ين ءامنوا ٱتذقوا ٱللذ يصلح ٧٠ٱلذ

ٱللذ يطع ومن ذنوبكم لكم ويغفر عملكم أ لكم

٧١ورسولۥ فقد فاز فوزا عظيما

Page 3: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

3 2/2021 خطبه جمعة بولن

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT

dengan melaksanakan segala titah suruhan-

Nya dan meninggalkan segala larangan-

Nya. Semoga kehidupan kita dilimpahi

keberkatan dan kerahmatan.

Sebelum melanjutkan bicara, suka khatib

memberi peringatan. Marilah kita tinggalkan

sejenak perbuatan lagha dan bertentangan

dengan sunnah serta adab iaitu tindakan

yang memesongkan perhatian daripada

mendengar khutbah dan isi kandungannya.

Ini termasuklah perbuatan berbual-bual, tidur

dan bermain telefon bimbit. Mimbar pada

hari ini akan membicarakan khutbah

bertajuk: “Vaksin Sebagai Ikhtiar, Penyakit

Jangan Dibiar”.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Page 4: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

4 2/2021 خطبه جمعة بولن

Islam merupakan agama yang

menitikberatkan soal kesihatan dengan

meletakkan beberapa prinsip asas dalam

mendepani penyakit. Antara prinsip Islam

dalam berhadapan dengan penyakit ialah

kita hendaklah berikhtiar mencari ubat atau

penawar dan mendapatkan rawatan yang

bersesuaian dengan penyakit yang dihidapi.

Sesungguhnya setiap penyakit itu ada

penawarnya yang dijadikan oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT menerusi surah al-Nahl,

ayat 69:

ثمذ يرج ٱسلك ف ٱلثذمرت كل من كل سبل ربلك ذللا

نه لوأ تلف اب مخ لللنذاس ۥمن بطونها ش شفاء فيه

رون لك لأيةا للقوم يتفكذ ٦٩إنذ ف ذBermaksud: “Kemudian makanlah dari

segala jenis bunga-bungaan dan buah-

buahan (yang engkau sukai), serta turutlah

jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang

Page 5: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

5 2/2021 خطبه جمعة بولن

diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu.

(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam

badannya minuman (madu) yang berlainan

warnanya, yang mengandungi penawar bagi

manusia (dari berbagai-bagai penyakit).

Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada

tanda (yang membuktikan kemurahan Allah)

bagi orang-orang yang mahu berfikir.”

Renungkan sebuah hadis yang diriwayatkan

oleh Imam Muslim, daripada Jabir bin

Abdillah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah

SAW bersabda:

ن الل بإذ

رأاء ب

واء الد

صيب د

ا أإذواء ف

اء د

ل د

لك

زع

ل وج

Bermaksud: “Setiap penyakit itu ada

penawarnya. Maka apabila penawar itu kena

pada penyakitnya, nescaya ia akan sembuh

dengan izin Allah ‘Azza wa Jalla.”

Page 6: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

6 2/2021 خطبه جمعة بولن

Islam amat menitikberatkan soal

pencegahan penyakit sebelum ia menimpa

manusia. Sesungguhnya anjuran mencegah

sesuatu penyakit adalah termasuk

menghalang bencana sebelum ia berlaku.

Ketika kita masih berhadapan dengan

ancaman pandemik COVID-19, tentunya

usaha-usaha untuk mencari jalan

pencegahan penyakit ini menjadi keutamaan

pihak kerajaan. Perkara ini adalah maslahah

kepada keseluruhan rakyat setelah

menimbangkan faktor-faktor yang pelbagai

dan setelah mendapatkan pandangan-

pandangan daripada pihak-pihak yang

berkepakaran serta berautoriti dengan

memastikan ia berlandaskan syariat Islam.

Dalam konteks ini, sebagai rakyat kita

mestilah bersedia menerima arahan

daripada pemerintah selagimana arahan itu

tidak bercanggah dengan perintah Allah

Page 7: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

7 2/2021 خطبه جمعة بولن

SWT dan dilakukan untuk maslahah kita

bersama. Mesyuarat Khas Jawatankuasa

Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10

yang bersidang pada 3 Disember 2020, telah

mengambil ketetapan bahawa hukum

penggunaan vaksin COVID-19 harus dan

wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan

oleh Kerajaan Malaysia. Ketetapan ini juga

telah disembah maklum kepada Majlis Raja-

Raja.

Hukum penggunaan vaksin ini juga turut

didasari dengan fatwa-fatwa yang telah

dikeluarkan oleh badan-badan fatwa yang

berautoriti dan juga melalui kenyataan tokoh-

tokoh ulama Islam di peringkat global.

Walaupun vaksin COVID-19 baru sahaja

dikeluarkan dan negara-negara barat telah

menggunakannya termasuk negara China

dan lain-lain, pengambilan suntikan vaksin

Page 8: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

8 2/2021 خطبه جمعة بولن

ini juga telah dilakukan di negara-negara

Islam yang lain antaranya Arab Saudi, Mesir,

Jordan, Turki, Bahrain, Kuwait, Qatar dan

Indonesia.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Pengambilan vaksin COVID-19 pada ketika

ini menjadi perkara yang sangat penting

kepada kita. Kepentingan yang paling utama

adalah untuk melindungi diri terutama bagi

golongan yang berisiko tinggi. Sebenarnya,

sebelum vaksin tersebut diluluskan untuk

digunakan, ujian-ujian klinikal telah

dijalankan untuk menentukan tahap

keselamatan dan keberkesanannya. Jika

terdapat kesan sampingan yang teruk, maka

vaksin tersebut tidak akan diluluskan.

Hari ini, kita dapat melihat ramai dalam

kalangan kita yang tidak memahami

kepentingan vaksin kepada kehidupan

Page 9: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

9 2/2021 خطبه جمعة بولن

manusia. Bagi penyakit COVID-19 ini jika

kita tidak mengambil vaksin, kita

berkemungkinan mudah untuk mendapat

jangkitan malah dibimbangi juga boleh

menyebabkan kehilangan nyawa. Terdapat

juga kajian yang menunjukkan kesan jangka

masa panjang kepada pesakit yang telah

sembuh. Justeru, dengan menggunakan

vaksin ini kita berkemungkinan dapat

menghentikan jangkitan daripada berlaku.

Dengan itu, kita akan dapat melindungi

orang lain yang tidak boleh mendapat vaksin

seperti wanita mengandung, kanak-kanak

dan pesakit yang mempunyai penyakit

berisiko.

Apabila sebahagian besar masyarakat telah

dilindungi daripada jangkitan sesuatu

penyakit cegahan vaksin, penyebab penyakit

tersebut sukar mencari seseorang yang

boleh dijangkiti. Oleh itu, seluruh masyarakat

Page 10: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

10 2/2021 خطبه جمعة بولن

akan terlindung daripada jangkitan penyakit

tersebut. Inilah yang dinamakan sebagai

‘imuniti kelompok’. Justeru, imunisasi bukan

sahaja melindungi individu, tetapi turut

melindungi seluruh keluarga, masyarakat

dan negara. Sebagai ahli masyarakat, kita

bertanggungjawab untuk melindungi mereka

yang tidak sesuai menerima imunisasi

seperti kanak-kanak yang menghidap barah

dan berisiko untuk mendapat jangkitan.

Mengakhiri khutbah, marilah kita sama-sama

berusaha dan bertawakal kepada Allah SWT

agar ujian penyakit yang berbahaya ini dapat

dicegah dan diatasi daripada terus menular

di negara ini. Hayati firman Allah SWT dalam

surah Ali ‘Imran, ayat 160:

Page 11: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

11 2/2021 خطبه جمعة بولن

ينصكم إن يذلكم ٱللذ وإن لكم غلب فل يفمن ذا ٱلذ ن بعده وعل ۦ ينصكم مل ٱللذ

فليتوكذ ١٦٠ ٱلمؤمنون

Bermaksud : “Jika Allah menolong kamu

mencapai kemenangan maka tidak ada

sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan

kamu; dan jika Dia mengalahkan kamu,

maka siapakah yang akan dapat menolong

kamu sesudah Allah (menetapkan yang

demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah

jualah hendaknya orang-orang yang beriman

itu berserah diri.”

ول ل

الل

ارك

ب

عننفون عظيم،

ال رءان

بالق م

ك

ل بقكيم، وت

ح ر ال

كات والذ

لي ام بما فيه من

اكوإي

ول قعليم. أ

ميع ال و الس

هه، إن

هوت

م تل

ك ومن

منن

عظيم ل ول

ال

فر الل

غست

ا وأ

ذول ه

م، ولسائر ق

ك

ات، منمؤ

وال ن مني

مؤ

وال مسلمات،

وال ن مسلمي

ال

حيم. ور الرفغ و ال

هه إنفروه

غاست

ف

Page 12: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

12 2/2021 خطبه جمعة بولن

Ujian Sebuah Kehidupan

(12 Februari 2021M/ 30 Rabi’ulakhir 1442H)

ا الق

لل

مد

ح ها ، ل ئ ال ي

أ ي بٱللذ ءامنوا ين ءامنوا ٱلذ

وٱلكتب رسولۦ عل ل نزذ ي ٱلذ وٱلكتب ورسولۦ ئكتهۦ ومل بٱللذ يكفر ومن قبل من نزل

أ ي ٱلذ

لذ ضلل بعيدا وكتبهۦ ورسلهۦ وٱلوم ٱلأخر فقد ض سورة النساء ١٣٦

ن أدهش أ

ه ل إل

دهش، وأ

ه لكي

ش لاهد وح

الل

إلا

ه ورسول

هبدا ع

د م

مح

ن . أ

صل

الل

لد وع م

ا مح

دن سي

ل ع

ارك

م وب

وسل

وم ي

إل م

اهدبه ى

دتاه ومن ابه

صح

وأ آله ين.

، الد

الل

يا عباد

، ف

عد

ا ب م

م ٱأ

وصيك

، أ

وا الل

قت

ون. قمت الاز فدق، ف

وى الل

قاي بت

وإي

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Page 13: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

13 2/2021 خطبه جمعة بولن

Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT

dengan melaksanakan segala suruhan-Nya

dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Mudah-mudahan kita semua dibangkitkan

dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa

di akhirat kelak.

Sebelum melanjutkan bicara, suka khatib

memberi peringatan. Marilah kita tinggalkan

sejenak perbuatan lagha dan bertentangan

dengan sunnah serta adab iaitu tindakan

yang memesongkan perhatian daripada

mendengar khutbah dan isi kandungannya.

Ini termasuklah perbuatan berbual-bual, tidur

dan bermain telefon bimbit. Mimbar pada

hari ini akan membicarakan khutbah

bertajuk: “Ujian Sebuah Kehidupan”.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Page 14: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

14 2/2021 خطبه جمعة بولن

Kehidupan di dunia ini sememangnya tidak

dapat lari daripada ujian dan dugaan. Ia

sentiasa datang kepada manusia untuk

menguji sejauh mana kemampuannya dalam

menerima dan menghadapinya. Allah SWT

sangat mengasihi hamba-hamba-Nya yang

sentiasa sabar, reda dan berserah diri

kepada-Nya dalam menghadapi ujian

tersebut. Firman Allah SWT di dalam surah

al-Baqarah ayat 156:

ين ٱ إله لذ وإنذا للذ إنذا قالوا صيبة مخ صبتهم أ إذا

١٥٦رجعون Bermaksud: “(Iaitu) orang-orang yang

apabila mereka ditimpa oleh sesuatu

kesusahan, mereka berkata:

"Sesungguhnya kami adalah kepunyaan

Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Page 15: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

15 2/2021 خطبه جمعة بولن

Negara kita masih lagi mengharungi ujian

wabak pandemik COVID-19. Pada masa

yang sama, beberapa buah negeri telah

berhadapan dengan bencana banjir, hujan

lebat, tanah runtuh, hakisan tanah dan

sebagainya yang telah menjejaskan

kehidupan seharian. Sesungguhnya semua

ini merupakan sebuah ujian kehidupan

sebagai peringatan supaya kita tidak terus

alpa dan leka.

Sebagai muslim kita hendaklah percaya dan

yakin bahawa setiap musibah dan bala

bencana yang menimpa merupakan ujian

daripada Allah SWT untuk menguji sejauh

mana penerimaan manusia dalam

mengharungi kesusahan. Inilah ujian

keimanan yang diberikan oleh Allah SWT

sebagai peringatan buat hamba-hambaNya.

Justeru, marilah kita bersama-sama

mempertingkat kesabaran, lapangkan dada

Page 16: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

16 2/2021 خطبه جمعة بولن

dan fikiran serta terus pasrah dan reda

menempuh setiap ujian kehidupan.

Sebagai umat Islam sewajarnya kita

mengambil ibrah daripada setiap musibah

seperti keadaan bencana alam ini.

Sememangnya musibah tidak akan datang

melainkan akibat perbuatan manusia yang

sering lupa dan lalai. Dengan musibah ini

juga, sewajarnya manusia kembali kepada

Allah SWT dan menyedari bahawa ia juga

menjadi sebab terhapusnya dosa-dosa kita.

Sesungguhnya Allah SWT tidak pernah

menjadikan sesuatu tanpa sebab dan sia-

sia. Jika ia baik maka akan terbuktilah

manfaatnya, malah sesuatu yang buruk juga

mempunyai hikmah di sebaliknya.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Page 17: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

17 2/2021 خطبه جمعة بولن

Islam mendidik umatnya supaya mengambil

berat terhadap kesusahan dan kepayahan

yang menimpa orang lain. Dalam

mengharungi saat-saat getir ini, marilah kita

bersama-sama menghulurkan bantuan

tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan

bangsa. Hulurkanlah apa jua bantuan sama

ada tenaga dan harta seadanya.

Sesungguhnya, inilah bukti kecintaan dan

kebersamaan kita terhadap masyarakat dan

negara. Renungilah firman Allah SWT dalam

surah al-Maaidah ayat 2:

عل ٱوتعاونوا ٱو لبل عل لتذقوى تعاونوا ثم ٱول ل ٱو لعدون ٱو ٱ تذقوا ٱإنذ للذ ٢ لعقاب ٱشديد للذ

Bermaksud : “Dan hendaklah kamu

bertolong-tolongan untuk membuat

kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah

kamu bertolong-tolongan pada melakukan

dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan

Page 18: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

18 2/2021 خطبه جمعة بولن

bertaqwalah kepada Allah, kerana

sesungguhnya Allah Maha Berat azab

seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar

perintahNya). ”

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Sesungguhnya kita amat dituntut untuk

sentiasa memohon perlindungan daripada

Allah SWT ketika menghadapi kesusahan

dan bencana. Imam Abu Dawud r.h telah

meriwayatkan hadith daripada Abu al-Yasar

RA, bahawa Rasulullah SAW berdoa:

من

بك

وذ

عأ ي إنن م

ه الل

من

بك

وذ

عوأ م

ده ال

رم... ه رق وال

ح رق وال

غ ال من

بك

وذ

عي وأ

د

الت

Bermaksud: “Ya Allah, Sesungguhnya aku

berlindung kepadaMu daripada kehancuran,

dan aku berlindung kepadaMu daripada

kebinasaan. Aku juga berlindung kepadamu

Page 19: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

19 2/2021 خطبه جمعة بولن

daripada tenggelam lemas, terbakar dan

menjadi nyanyuk (kerana tua)...”

Mengakhiri khutbah, marilah kita mengambil

hikmah dan bermuhasabah daripada ujian

yang sedang melanda kita ini.

Perbanyakkanlah doa dan munajat

kepadaNya kerana sesungguhnya tidak ada

yang dapat memberi dan menghilangkan

kemudaratan melainkan Allah Yang Maha

Esa. Firman Allah SWT dalam surah al-

Syura, ayat 30:

يديكم وماأ كسبت فبما صيبة مخ ن مل صبكم

أ

٣٠ويعفوا عن كثير Bermaksud : “Dan apa jua yang menimpa

kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala

bencana), maka ia adalah disebabkan apa

yang kamu lakukan (dari perbuatan-

Page 20: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

20 2/2021 خطبه جمعة بولن

perbuatan yang salah dan berdosa); dan

(dalam pada itu) Allah memaafkan

sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”

ارك

ب

عننفون عظيم،

ال رءان

بالق م

كول ل

الل

ل بقكيم، وت

ح ر ال

كات والذ

لي ام بما فيه من

اكوإي

ول قعليم. أ

ميع ال و الس

هه، إن

هوت

م تل

ك ومن

منن

ال

فر الل

غست

ا وأ

ذول ه

م، ولسائر ق

كعظيم ل ول

ات، منمؤ

وال ن مني

مؤ

وال مسلمات،

وال ن مسلمي

ال

حيم. ور الرفغ و ال

هه إنفروه

غاست

ف

Page 21: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

21 2/2021 خطبه جمعة بولن

BERUSAHA DAN BERTAWAKAL (19 Februari 2021M/ 7 Rejab 1442H)

ٱ

للمد

ح واجبات ل

مورات بال

اء المأ

دا بأمرن

ذي أ

ال

رات، كن المعاصي والمن

ا عانه ون

ن أ دهش ل أ

ه إل

إلا

، الل

هل يك

ش

لا

هدوح

.ه ورسول

هبدا ع

د م

مح

ن أدهش وأ

م م صل وسل

هلل ا

ارك

وب

لد وع م

ا مح

دن سي

لع

. ن معي جابه أ

صح

آله وأ

،

الليا عباد

، ف

عد

ا ب م

اي ٱأ

م وإي

وصيك

، أ

وا الل

قت

ون. قمت الاز فدق، ف

وى الل

ق بت

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah, Bertakwalah kepada Allah SWT dengan

melaksanakan segala perintah-Nya dan

meninggalkan segala larangan-Nya.

Page 22: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

22 2/2021 خطبه جمعة بولن

Sebelum melanjutkan bicara, suka khatib

memberi peringatan. Marilah kita tinggalkan

sejenak perbuatan lagha dan bertentangan

dengan sunnah serta adab iaitu tindakan

yang memesongkan perhatian daripada

mendengar khutbah dan isi kandungannya.

Ini termasuklah perbuatan berbual-bual, tidur

dan bermain telefon bimbit. Khutbah pada

hari ini bertajuk “Berusaha dan

Bertawakal”.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah, Kita masih lagi berusaha untuk memerangi

jangkitan wabak Covid-19. Sememangnya,

ia merupakan salah satu usaha yang perlu

kita semua laksanakan bagi membantu

kerajaan dalam memulihkan kesihatan

awam. Allah SWT memerintahkan kita untuk

berusaha dan setiap usaha yang kita lakukan

Page 23: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

23 2/2021 خطبه جمعة بولن

itu akan dinilai oleh Allah SWT sebagaimana

firman-Nya dalam Surah al-Taubah ayat 105:

ٱ وقل ٱفسيرى عملوا ورسول للذ ۥعملكم لم لمؤمنون ٱو ع إل هدة ٱو لغيب ٱوستدخون لشذ

١٠٥بما كنتم تعملون فينبلئكمMaksudnya: “Dan katakanlah (wahai

Muhammad): “Beramallah kamu (akan

segala yang diperintahkan), maka Allah dan

Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman

akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan

kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang

Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan

nyata, kemudian Dia menerangkan kepada

kamu apa yang telah kamu kerjakan”.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Saya ingin menyeru kepada semua agar

dapat mematuhi arahan dan perintah

Page 24: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

24 2/2021 خطبه جمعة بولن

daripada pihak berkuasa. Tanggungjawab

kini terletak di atas bahu masing-masing.

Ingatlah bahawa dengan ketaatan dan

kepatuhan kita sebelum ini, kita pernah

hampir berjaya memerangi jangkitan wabak

penyakit ini. Insya-Allah, jika kita sama-sama

patuh dan taat, kita pasti akan dapat

mengekang penularan wabak ini dan

kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

Ingatlah bahawa usaha kita untuk melawan

pandemik Covid-19 termasuk dalam usaha

memelihara nyawa yang terkandung dalam

Maqasid al-Syariah. Usaha-usaha yang kita

lakukan ini hendaklah kita iring dengan doa,

taubat, dan munajat kepada Allah SWT.

Mengadulah kepada Allah SWT dengan

sebenar-benar pengaduan. Biarkan air mata

taubat dan penyesalan kita mengalir ketika

Page 25: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

25 2/2021 خطبه جمعة بولن

bermunajat kepada Allah SWT. Setelah itu,

kita hendaklah bertawakallah kepada Allah

SWT.

Mudah-mudahan Allah SWT mengangkat

segera wabak penyakit ini dan seterusnya

menyelamatkan kita semua dari segala

bentuk kesusahan dunia dan kesusahan di

akhirat. Insya-Allah. Firman Allah SWT:

ن بي يديه ومن خلفه ۥل بت مل من ۥيفظونه ۦمعقل

مر ٱأ ٱنذ إ للذ ما للذ وا يغيرل حتذ بقوم ما يغيرل ل

راد نفسهم وإذا أ

ٱبأ ا فل مردذ ل للذ وما لهم ۥ بقوم سوءا

ن ١١من وال ۦدونه مل

Maksudnya: “Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat

penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari

belakangnya, yang mengawas dan menjaganya

(dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada

Page 26: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

26 2/2021 خطبه جمعة بولن

pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah

apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila

Allah menghendaki untuk menimpakan kepada

sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan

mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat

menolak atau menahan apa yang ditetapkan-Nya

itu, dan tidak ada sesiapa yang dapat menolong dan

melindungi mereka selain daripada-Nya”.

(Surah al-Ra’d ayat 11)

عننفعظيم، ون

رءان ال

م بالق

ك ل ول

الل

ارك

ب

كيم، ح ال ر

كوالذ ات

لي ا فيه من بما م

اكوإي

م ل بقميع وت الس و

ه هإن ،

هوت

تل م

كومن

نن

الل فر غست

وأ ا

ذه ول

ق ول

قأ عليم.

ال

ن مسلمي ال ولسائر م،

كول ل عظيم

ال

ات، منمؤ

وال ن مني

مؤ

وال مسلمات،

وال

فغ و ال

هه إنفروه

غاست

حيم. ف ور الر

Page 27: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

27 2/2021 خطبه جمعة بولن

BILA LAGI NAK INSAF? (26 Februari 2021M/ 14 Rejab 1442H)

ٱ ل

مد

ح

ن لل

ودي ى

ده بال

هرسول رسل

أ ذي

ال

،ون

ك

مش الرهو ك

ه ول

لن ك

ي الد

ل عهره

ليظ

ـقح ال

ن أدهش ل أ

ه إل

إلا

الل

هبدا ع

د م

مح

ن أدهشوأ

،ه ورسول

م م صل وسل

ه الل

ع

ارك

وب

ا ل

دن سي

لد ع م

مح

. ن معي جابه أ

صح

آله وأ

ل وع

عد

ب ا م

وى ، أ

قبت اي

وإي م

وصيك

أ ،

الل

عباد يا

ف

،

ون. اللقمت الاز فدق: ف

عال

ت

ال اللها ق ي

أين ي ٱلذ

ا سديدا قولا وقولوا ٱللذ ٱتذقوا لكم ٧٠ءامنوا يصلح ورسولۥ ٱللذ يطع ومن ذنوبكم لكم ويغفر عملكم

أ

٧١فقد فاز فوزا عظيما

Sidang Jumaat Yang Dihormati Sekalian,

Page 28: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

28 2/2021 خطبه جمعة بولن

Khatib memperingatkan diri sendiri dan

sidang Jumaat yang dimuliakan, marilah

bersama-sama kita tingkatkan ketakwaan

kepada Allah SWT dengan melaksanakan

segala perintah-Nya dan menjauhi segala

tegahan-Nya. Sesungguhnya insan yang

bertakwa sahajalah yang akan beroleh

kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan

di akhirat.

Sebelum melanjutkan bicara, suka khatib

memberi peringatan. Marilah kita tinggalkan

sejenak perbuatan lagha dan bertentangan

dengan sunnah serta adab iaitu tindakan

yang memesongkan perhatian daripada

mendengar khutbah dan isi kandungannya.

Ini termasuklah perbuatan berbual-bual, tidur

dan bermain telefon bimbit. Mimbar pada

hari ini akan mengutarakan khutbah yang

bertajuk: Bila Lagi Nak Insaf?

Page 29: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

29 2/2021 خطبه جمعة بولن

Sidang Jumaat yang Dimuliakan,

Di dunia ini terdapat dua golongan manusia.

Pertama, manusia yang berusaha menjadi

yang terbaik di sisi Allah SWT dengan

melaksanakan semua perintah-Nya. Kedua,

yang memilih untuk melakukan

kemungkaran. Pelbagai jenis maksiat

dilakukan dengan alasan hidup hanya sekali

dan perlu berseronok sebelum mati. Apa

yang lebih menyedihkan, ada yang sudah

berusia lanjut namun masih hanyut dengan

tipu daya dunia. Terhenjut-henjut, terhoyong-

hayang, umur lanjut, tak mahu sembahyang,

ب والعياذ

. الل

Allah SWT tidak menghalang hamba-Nya

daripada bergembira dan melakukan aktiviti

yang menyeronokkan, namun setiap aktiviti

itu hendaklah mengikut panduan dan

batasan ajaran Islam. Apatah lagi bagi

Page 30: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

30 2/2021 خطبه جمعة بولن

mereka yang telah mencecah usia lima,

enam atau tujuh puluhan. Jika tiada hasrat

dalam hati untuk berubah menjadi manusia

yang baik, dibimbangi selama-lamanya

hidup dalam kemurkaan Allah. Hadis dari Abi

Hurairah r.a. baginda Nabi SAW bersabda:

أ ر

أخ امرىء

إل

الل ر

ذ أع

ج

هن ل ي

ست

غبل

ن

ح

س ة ن

Maksudnya: “Allah menghilangkan uzur

kepada seseorang yang ajalnya diakhirkan

sehingga dia berumur enam puluh tahun.”

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Nafsu kadangkala menguasai akal manusia.

Pepatah ‘rumah kata pergi, kubur kata mari’

tidak membekas di jiwa. Sebaliknya masih

ada segelintir yang gemar melakukan aktiviti

yang melalaikan dan tidak berfaedah.

Page 31: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

31 2/2021 خطبه جمعة بولن

Mereka melayan kehendak nafsu tanpa

mengira halal dan haram. Bagi golongan

muda pula, seolah terlupa bahawa mati tidak

mensyaratkan tua. Masih leka dengan aktiviti

yang melalaikan seperti menghabiskan

masa dengan game atau permainan dalam

talian, bergaul bebas lelaki dan perempuan

yang bukan mahram hingga sanggup

melakukan aktiviti yang tidak bermoral.

Walau dalam tempoh PKP, kes sebegini

masih dilaporkan berlaku.

Sidang Jumaat yang Berbahagia,

Marilah kita menjadi muslim dan mukmin

yang lebih baik. Berubahlah dan terus

berubah ke arah kebaikan. Sekiranya

sebentar lagi sebaik kita melangkah keluar

dari masjid ini, ditakdirkan kita berhadapan

dengan Malaikat Izrail, apakah boleh kita

meminta malaikat menunggu kita insaf dan

Page 32: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

32 2/2021 خطبه جمعة بولن

bertaubat dahulu? Sedangkan kita sedar

bahawasanya balasan Allah SWT kepada

hamba-Nya yang berbuat maksuat amat

pedih dan dahsyat. Tidak mampu

digambarkan dengan apa pun kalimah. Ayuh

kita berhijrah sebelum terlewat. Entah esok

atau lusa maut menjemput. Hadis daripada

Abi Ya’la Syadad bin Aus, daripada Nabi

SAW baginda bersabda yang bermaksud:

“Orang yang mempersiapkan dirinya dan

beramal untuk hari setelah kematian,

sedangkan orang yang lemah (imannya)

adalah orang yang jiwanya mengikuti hawa

nafsu dan berangan-angan kepada Allah

SWT (bahawa Allah akan mengampuninya).”

مذي﴾ ﴿حديث رواية التر

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Page 33: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

33 2/2021 خطبه جمعة بولن

Bila lagi nak insaf? Tepuk dada tanyalah

iman. Usahlah sekadar memasang azam

tanpa berbuat apa-apa. Carilah hidayah

Allah SWT kerana hidayah tidak akan datang

begitu sahaja. Sentiasa melazimi doa agar

Allah SWT menetapkan hati kita di atas

petunjuk dan rahmat-Nya.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah

kita merenung kembali pengajaran khutbah,

antaranya:

Pertama: Manusia merupakan makhluk

yang termulia diciptakan oleh Allah SWT dan

mempunyai pelbagai sifat di dalam diri

mereka.

Kedua: Nafsu kadangkala menguasai akal

fikiran hingga manusia lalai daripada

mengingati Allah SWT.

Page 34: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

34 2/2021 خطبه جمعة بولن

Ketiga: Masih belum terlambat untuk

berubah. Selagi masih bernyawa ruang dan

peluang masih terbuka. Pohonlah

keampunan Allah SWT supaya hidup dan

mati kita dalam iman serta diakhiri hidup

dalam Husnul Khatimah.

يطان الرذجيم من الشذ عوذ باللذ أ

اهيأ ة ي نذكم ٱليو فل تغرذ حقل ٱلنذاس إنذ وعد ٱللذ

ٱلغرور نذكم بٱللذ نيا ول يغرذ سورة فاطر ٥ ٱلدخ

ارك

ب

عننفعظيم، ون

رءان ال

م بالق

ك ل ول

الل

كيم، ح ال ر

كوالذ ات

لي ا فيه من بما م

اكوإي

ميع الس و ه هإن ،

هوت

تل م

كومن

منن ل بقوت

الل فر غست

وأ ا

ذه ول

ق ول

قأ عليم.

ال

ع ن ال مسلمي

ال ولسائر م،

كول ل ظيم

ات، منمؤ

وال ن مني

مؤ

وال مسلمات،

وال

حيم ور الرفغ و ال

هه إنفروه

غاست

ف

Page 35: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

35 2/2021 خطبه جمعة بولن

خطبة كدوا

واريبولن ) ( 2021 فتر

للمد

ح لن ا مي

العال

،رب

لم ع

ل والس

ةل والص

د ما مح

دن سي

ن مي الأ ي نر

،الن

ا

لابه وع

صح

له وأ

ين. وم الد

يسان إل

م بإح

بعه

ت ومن

اهرين

الط

ن أ دهش ل أ

ه إل

إلا

، الل

هل كي

ش لا

هدوح

ن أدهش وأ

د ا سي. ن

ه ورسول

هبدا ع

د م

مح

!،عد

ب ا م

أ

الل

عباد يا

، ف

الل وا

قاته ات

قت قح

نموا أ

ل واع

ظيم الل

مر ع

م بأ

مرك

ة ،أ

ل م بالص

مرك

أ

م ريك ه ال بي

ن

لسليم ع

،والت

عال

ت

ال الل : ق

ٱ إنذ ﴿ ۥ للذهتئك ٱ يصلخون عل ومل ها لنذبل ي

أين ٱ ي لذ

﴾ ٥٦ءامنوا صلخوا عليه وسللموا تسليما

Page 36: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

36 2/2021 خطبه جمعة بولن

لع صل م

ها الل

دن و سي د م

مح

ا آل عل

دن سي

ل ع

يت

ما صل

د، ك م

ا مح

دن راهيم سي

آل و إب

عل

راهيم ا إبدن و سي

ل عارك

ا ب

دن د سي م

آل و مح

عل

ا دن د، سي م

مح

لع

ت اركب ما

ا ك

دن راهيم سي

إب

و

ا آل علدن راهيم سي

ن إب مي

ي العال

ن ف

ميد

ح

كإن

. مجيد

ض ار و

الل م ه

ن ع

الخ ل د اش الر اء ف

و ين

ع ن

ة ي ق ب

الص ح ة اب

أن ع م ج و ،ي

ن ع

التن ع اب ن ي ابعي

ابعي الت

وت

ا نع وارض ن

يالد وم

ي

إل سان

بإح م

بعه

ت ومن

. ن رمي كرم الأ

كا أم ي

معه

مسلمات وال ن مسلمي

لل فر

اغ م

هللا

م همن ياء

ح الأ ات

منمؤ

وال ن مني

مؤ

وال

موات ، والأ

م هللا ا

ا آمن

نت ئم

أصلح

ا وأ

انن

وط

ي أ نا ف

مورن

أة وولا

م واش

تك

ايبعن م

هالل ا، ل

ملكن

لع

وفيقك

وت

كباوه دولي يڠ مها موليا شي ڤادوك باڬيندا يڠ

ك اڬوڠ -دڤرتوان

الل بدع

ان

ط ل لس

ا بلس، انم

Page 37: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

37 2/2021 خطبه جمعة بولن

وم المرح ن

اب اه

ش

بالل

فنمصط

لا ن

يالد

ةايرع

،

ن بالل عي مست

لاه ا

ش

مد

حاج أ

ح

ان

ط وكذلك سل

اوتاما شي داتوء تون تراوتاما يڠ توان مولانا

عباس، حاج بن الرحمن عبد حاج يڠ دكتور

.دڤرتوا نݢري ڤولاو ڤينڠ

اء والشحاء والف

لوب

ء وا

لبلا

ا انع ع

فم اد

هر الل

كمن

او نن لمح

،والفي

نطا وما ب

هر من

ها م ،ما ظ

دنل بن

ا ه ذ

ة وم ،خآص

ال ن ان

د لن ل مس ب مي

ة ام

، ع

كإن

ء قدير. ي

ل ش ك

ل ع

ون، نوالج ص، تر

ال

من

بك

عوذ

ن ا

إن هم

الل

سقام ء الأ شي

ام، ومن

ذ. ،والج ن احمي م الر

رحا أ ي

دا يا

! ر ڠدان مها مند مورهڤ مها ڠمو يتصف نڠلل

كت ڠا كاو ڠا ر ڬا دامو ڤلمه مرايو ك ڠكامي همبامو ي

هيل ڠ ي Covid-19 اكيتڤڽوابق را ڬس كنڠدان

مو ار ع كامي ملقسانكن ش تڤدا ر ڬملندا كامي ا ڠسد

.ورناڤسم نڠد

Page 38: Bil Tajuk Tarikh Muka surat

38 2/2021 خطبه جمعة بولن

يا

ڠي ٢ڠجاديكنله كامي دان كتورونن كامي اور الل

ت س إ ام ق

سرتا ة برجماعه سچارا صلاة منديريكن

و لواركنڠم دان زكاة كهيدو ف ق رحمتيله ن ڤ.

جوا يا دمو ڤك ڽها ڽوهڠڬ. سسو مريك

ء، دعا الل

دان دتريما. ركن ڤكامي موهون د

ةسن

ي الخرة ح

ن وف

ةسن

يا ح

ني الد

نا ف

ا آتن

ن رب

ار. الن

اب

ذا ع وقن

! عباد

الل

ٱ۞إنذ للذ مر ب لقرب ٱوإيتاي ذي لحسن ٱو لعدل ٱيأ

عن ٱو لمنكر ٱو لفحشاء ٱوينه يعظكم لغرون ٩٠لعلذكم تذكذ

لع

روه

كواش م،

رككذي عظيم

ال

الل روا

كاذف

م،نع عطك

له ي

ض ف من

وهلم، واسأ

كزد مه ي

تر ك أ

ر الل ذك. ،ول

عون

صن

م ما ت

عل ي

والل