kawalan bintang delta

Upload: dorothy-doh-dominic

Post on 02-Jun-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Kawalan Bintang Delta

    1/4

    AMALI : KAWALAN BINTANG DELTA

    PENGENALAN

    Kawalan bintang delta merupakan salah satu litar kawalan yang digunakan dalam

    sistem penyaman udara. Litar kawalan bintang delta merupakan satu litar yang mengubah

    sambungan belitan motor yang bentuk sambungan bintang kepada bentuk sambungan delta.

    Selain itu, litar ini juga digunakan untuk menghidupkan permulaan litar motor elektrik

    dalam bentuk bintang ke bentuk sambungan delta selepas mencapai 75 % kelajuan motor.

    Antara komponen yang terdapat dalam litar kawalan bintang delta ialah fius, punat

    tekan hidup, punat tekan henti, penyentuh magnetik, geganti beban lampau, geganti lewat

    masa dan lampu pandu.

    PERALATAN DAN KELENGKAPAN

    i.

    Penyentuh magnetik

    ii. Wayar

    iii. Papan pendawaian

    iv. Bongkah penyambung

    v. Geganti beban lampau

    vi. Geganti lewat masa

    vii. Punat tekan henti

    viii.

    Punat tekan hidup

    ix. Fius

    x. Multimeter

    xi. Tool box

  • 8/10/2019 Kawalan Bintang Delta

    2/4

    LANGKAH KERJA

    i.

    Teori mengenai litar kawalan bintang delta terus diberikan terlebih dahulu

    sebelum memulakan pendawaian.

    ii.

    Pelajar kemudian memahami litar skematik, Rajah 1.3 yang diberikan .

    iii.

    Pelajar kemudian melakar atau melukis litar.

    iv. Pelajar kemudian menyenaraikan bahan-bahan dan kelengkapan yang diperlukan

    dalam kerja-kerja pendawaian dan menguji komponen-komponen tersebut.

    v.

    Seterusnya, pelajar menyusun dan memasang semua alat kelengkapan yang

    diperlukan.

    vi. Kemudian ,pelajar memulakan kerja-kerja pendawaian mengikut litar skematik,

    Rajah 1.3 yang telah disediakan.

    vii. Untuk kerja pendawaian yang tersusun dan mudah difahami, pelajar memulakan

    kerja pendawaian dari sebelah kiri ke kanan.

    viii.

    Setelah kerja-kerja pendawaian diselesaikan, pelajar mengasingkan dan mengikat

    kumpulan-kumpulan wayar yang berlainan saiz.

    ix. Kemudian, litar yang telah siap akan diuji terlebih dahulu menggunakan

    multimeter sambil diselia oleh tenaga pengajar.

    x.

    Setelah tiada sebarang masalah, litar akan disambungkan dengan punca elektrikuntuk menguji sama ada litar berfungsi dengan baik atau tidak.

    xi. Sekiranya litar pendawaian mempunyai sebarang masalah, pelajar akan

    memeriksa semula litar dan mencari kesilapan sehingga litar dapat berfungsi

    dengan betul.

    xii. Setelah kerja-kerja pendawaian dapat diselesaikan dan litar dapat hidup dengan

    baik, semua peralatan dan kelengkapan dikemaskan dan disimpan ke tempat asal.

    xiii. Sebelum kelas amali ditamatkan, pelajar mengemas bengkel terutamanya perlatan

    dan kelengkapan yang telah digunakan.

  • 8/10/2019 Kawalan Bintang Delta

    3/4

    HASIL KERJA

  • 8/10/2019 Kawalan Bintang Delta

    4/4

    REFLEKSI

    Refleksi saya sepanjang amali ini dijalankan adalah saya sukar untuk memahami litar

    kawalan bintang delta kerana mempunyai kurang pengetahuan tentang asas elektrik. Saya

    juga mengalami sedikit kesulitan semasa ingin membaca dan memahami litar skematik yag

    disediakan . Litar kawalan bintang delta yang sedikit berbeza dengan litar kawalan mara

    songsang. Hal ini menimbulkan kekeliruan semasa membuat amali.

    Bukan itu sahaja, saya juga mengalami masalah apabila saya mengambil masa yang

    terlalu lama untuk membuat kerja-kerja pendawaian. Hal ini kerana, litar kawalan bintang

    delta yang agak kompleks dan sukar untuk difahami dengan cepat.

    Namun, melalui amali ini saya telah belajar tentang cara untuk membuat litar elektrik

    bagi salah satu litar kawalan bintang delta. Bukan itu sahaja, saya juga mempelajari tentang

    pentingnya aspek keselamatan semasa melakukan kerja-kerja amali di dalam bengkel.