aku dan bintang vol 14

20
April - Disember 2013 BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR ISSN 1985-0344 Keluaran 14 www.planetarium-sarawak.org Ikuti kami melalui media sosial di sebelah Planetarium Sultan Iskandar @SahabatPSI SahabatPSI Planetarium Sultan Iskandar sahabatastronomi Planetarium Sultan Iskandar Datang dan perginya Komet ISoN

Upload: planetarium-sultan-iskandar

Post on 12-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Buletin ini terbitan Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak.

TRANSCRIPT

Page 1: Aku Dan Bintang Vol 14

April - Disember 2013

BULETIN RASMI PERSATUAN ASTRONOMI SARAWAK & PLANETARIUM SULTAN ISKANDAR

ISSN 1985-0344Keluaran 14

www.planetarium-sarawak.org

Ikuti kami melalui media sosial di sebelah

Planetarium Sultan Iskandar

@SahabatPSI SahabatPSI Planetarium Sultan Iskandar

sahabatastronomi Planetarium Sultan Iskandar

Datang dan perginya Komet ISoN

Page 2: Aku Dan Bintang Vol 14

April - Disember 2013 • 2www.planetarium-sarawak.org

Untuk maklumat lanjut hubungi:Planetarium Sultan Iskandar

Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak

93000 Jalan BudayaKuching, MalaysiaTel: 082-251275

Faks: 082-258059http://www.planetarium-sarawak.org

e-mel: [email protected]

Kandungan

EditorAlfean Aziz

Sumbangan

Ismandy AliNoraizah Idris

Asfahanim BujangJenau AdamAlfean Aziz

Gambar di muka depan menunjukkan Komet ISON yang masih lagi belum pecah walaupun terdapat ramalan bahawa nukleus yang berais mungkin pecah apa-bila ia mendekati matahari. Dalam gam-bar yang diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble NASA pada 9 Oktober, nukleus tersebut tidak pecah disebabkan ia terlalu kecil. Sekiranya ia pecah, mungkin Hubble dapat merakam gambar pecahan tersebut. Di samping itu, koma atau kepala yang mengelilingi nukleus itu juga berbentuk serata dan licin. Ia tidak mungkin terjadi sekiranya terdapat serpihan lain yang turut bersama. Cetusan debu jet pertama kali dilihat pertama kali dalam gambar Hubble pada April tidak lagi kelihatan.Kredit: http://hubblesite.org/newscen-ter/archive/releases/2013/42/image/a/

minat sains, astronomi bawa kejayaan Astrokuiz 2013 - 4

Komet dari bumi di PSACSXVIII - 5

Jerayawara Sahabat Astronomi Pakan Sarikei 2013 - 6

PSI lokasi Stemfest 2013 - 7700 pelajar terlibat dalam Jerayawara SahabatAstronomi - 8-9

Cahaya di lautan angkasa - 10

Keliru antara komet dan asteroid? - 11

Belajar dari pancaindera di Pusat Sains Copernicus -

12-13Jerayawara Sahabat Astronomi tanjung manis, matu-Daro - 14-15

PSI perkenal pertunjukan sains - 16

Astronomi melalui penceritaan dalam Astronomi 4U - 17

Apakah yang berlaku kepada Komet ISoN? - 18-19Losing the Dark: We are losing the dark of night at the speed of light - 20

Apakah yang dapat diperkatakan tentang pencapaian astronomi Pla-netarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak tahun ini?

Fokus PSI dan SAS tahun ini adalah untuk mengembangkan kesedaran astronomi melalui program jerayawara dan kita boleh melihat kejayaan jeraya-wara apabila sekolah yang berjaya meraih tempat pertama dalam AstroKuiz 2013 adalah daripada SMK Kidurong, Bintulu - antara sekolah yang pernah menjadi sasaran jerayawara tidak lama dulu.

Masih panjang lagi perjalanan yang perlu dilalui oleh PSI-SAS dalam men-didik masyarakat tentang astronomi agar astronomi tidak hanya dilihat se-bagai tempat datangnya mahkluk angkasa lepas.

Tidakkah mereka tahu bahawa kita sebenarnya berada di angkasa lepas, iaitu bumi ini berada di angkasa lepas dan kita bergerak di dalam orbit menge-lilingi matahari dan sistem suria kita juga bergerak di dalam galaksi ini.

Oleh itu, kita tidak perlu mengklasifikasikan bahawa astronomi ini hanya tempat wujudnya makhluk asing.

Kita adalah makhluk asing kepada penduduk di planet-planet dan galaksi ini. Namun, saya tidak ingin menyentuh terlalu jauh kerana ilmu masyarakat kita tentang asas astronomi masih lagi cetek berbanding negara-negara lain di planet ini.

Kita bukan ingin hendak menyalahkan individu, kumpulan atau institusi tertentu, namun pemahaman kita tentang bumi ini masih lagi pada tahap minimum, terutama kesan-kesan yang wujud pada kita apabila berlakunya ketepuan manusia dan juga produk-produk hasil manusia di muka bumi ini.

Perkara yang paling asas dapat kita lihat adalah dari segi proses peneba-ngan pokok yang semakin berleluasa di muka bumi ini - bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya pokok tidak lagi mampu mengeluarkan oksigen, dan oksigen merupakan sumber paling penting untuk kita bernafas.

Oleh itu, kembali lagi kepada pemahaman kita kepada tempat tinggal kita di muka bumi ini, terapung-apung di angkasa, yang merupakan hanya tempat tinggal yang kita ada setakat ini.

Selamat menyambut tahun baru 2014!

Pemahaman astronomi dalam kehidupan seharian

Page 3: Aku Dan Bintang Vol 14

• April - Disember 20133

Perutusan

Tahun 2013 telah menyaksikan banyak perkemba-ngan dan perubahan baru di dalam bidang sains dan teknologi secara global.

Begitu juga dengan usaha gigih belia hari ini yang sang-gup bekerja keras bagi memperkasakan bidang sains dan teknologi perlu dihargai dan dinilai dengan sebaiknya bagi membentuk keperluan perancagan strategik dan kemajuan Negara.

Pelbagai ruang dan peluang telah disediakan oleh Kera-jaan dari peringkat sekolah rendah, menengah hinggalah membawa ke institusi pendidikan tinggi bagi para pelajar mendalami bidang yang semakin kompetitif.

Dalam pada itu, kerajaan juga yang komited untuk me-majukan sains dan teknologi telah menyediakan pelbagai dana penyelidikan dan pendidikan bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, kreatif dan berinovasi.

Dengan memiliki kepakaran dan kemahiran yang tinggi di dalam bidang sains dan teknologi, ia membolehkan kita setaraf dengan negara-negara maju yang lain.

Sebagai generasi pelapis Negara, sumbangan yang di-

perlukan bukan hanya untuk masa depan sahaja, tetapi ia- nya perlu diteruskan untuk generasi yang seterusnya. Malah, bagi setiap ahli masyarakat yang inginkan kemajuan secara berterusan, mereka hendaklah menghargai sains, teknologi dan inovasi.

Walaupun secara kasar, planetarium hanya memainkan peranan yang kecil di dalam memberi sumbangan pendidi-kan tidak formal bagi sains dan teknologi. Namun, ia meru-pakan tapak asas kepada golongan sasaran bagi memupuk minat mereka untuk menceburi bidang berkaitan dengan lebih mendalam.

Bagi Planetarium Sultan Iskandar (PSI) dan Persatuan Astronomi Sarawak (SAS), kami akan tetap meneruskan usaha untuk mempromosi dan mengembangkan ilmu sains dan teknologi kepada masyarakat, khususnya mereka yang berada di luar bandar.

Terima kasih diucapkan kepada anda yang terus me-nyokong dan komited kepada usaha PSI-SAS selama ini di dalam memartabatkan dan membudayakan sains angkasa dan astronomi di kalangan masyarakat!

Selamat Menyambut Tahun Baru 2014!

Encik Affandi bin KeliSetiausaha Tetap

Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak

Page 4: Aku Dan Bintang Vol 14

April - Disember 2013 • 4www.planetarium-sarawak.org

Minat bukan sahaja mem-bantu peserta bagi per-tandingan Astrokuiz 2013

yang telah diadakan di Planetarium Sultan Iskandar baru-baru ini untuk menjadi juara bagi pertandingan itu, namun bagi Andiana Ilam anak Smak (17 tahun), Nur Husnina Asyura bt Meselan (16 tahun), Sarah anak Paul (16 tahun) dan Nurul Asyiqin bt Ibrahim (15 tahun), semuanya dise-babkan dorongan dari keluarga yang menyebabkan minat mereka terhadap astronomi bermula sejak awal lagi.

Mengimbas kembali ketika ditemu ramah di sekolah mereka iaitu di SMK Kidurong, Bintulu, rata-rata mereka mengatakan bahawa pendedahan da-ripada keluarga sama ada secara lang-sung atau tidak langsung telah mem-bantu mereka sedikit sebanyak untuk mendalami tentang ilmu astronomi.

“Dari persediaan, kami tidak melakukan persediaan yang mendalam memandangkan masa yang singkat, namun apa yang keluar dalam ujian bertulis adalah apa yang kami belajar,” ujar Andiana merujuk kepada soalan ujian bertulis Astrokuiz yang melayak-kan mereka untuk ke peringkat akhir Astrokuiz 2013.

“Kami masuk menyertai dalam pertandingan ini bukan untuk menang, tetapi untuk berseronok sa-haja dan dapat menambah ilmu pada masa yang sama,” tambah Nur Hus-nina apabila merujuk kepada rakan-rakan seperjuangan mereka yang lain kelihatan tertekan apabila menjawab soalan-soalan yang ditanya di dalam Astrokuiz 2013.

SMK Kidurong, Bintulu meru-pakan salah satu sekolah yang per-nah dilawati oleh Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak ketika menjalankan program

minat sains, astronomi bawa kejayaan Astrokuiz 2013

Jerayawara Sahabat Astronomi di Bin-tulu pada 2010.

Salah seorang peserta program jerayawara itu, Andiana berkata ba-hawa dia masih ingat lagi kehadiran rombongan PSI dan SAS di seko-lahnya dan ini secara tidak langsung menambahkan lagi minatnya dalam astronomi.

Bagi Andiana, Nur Husnina, Sa-

rah dan Nuru Asyiqin, kehadiran me-reka di pertandingan Astrokuiz 2013 yang bertujuan untuk menambahkan ilmu astronomi bukan sahaja telah memberikan kejuaraan kepada me-reka, malah menjadi kebanggan kepa-da sekolah kerana hadiah utama bagi pertandingan ini adalah pihak PSI dan SAS akan mengadakan Hari Astrono-mi di SMK Kidurong pada 2014.

Alfean Aziz

Dari kiri Sarah anak Paul, Nur Husnina Asyura bt Meselan, Andiana Ilam anak Smak dan Nurul Asyiqin bt Ibrahim, kumpulan yang telah berjaya merangkul kejayaan dalam Astrokuiz 2013.

Pelajar-pelajar dan guru-guru SMK Kidurong, Bintulu bersama-sama Pengetua Than Chew Nyiew (empat dari kanan).

Page 5: Aku Dan Bintang Vol 14

• April - Disember 20135

Planetarium Sultan Iskandar (PSI) sekali lagi telah menga-dakan Program Sains Angkasa

Cuti Sekolah XVIII selama tiga hari bermula pada 19 November 2013 se-hingga 21 November 2013.

Seramai 131 orang peserta telah menyertai Program PSACSXVIII kali ini yang terbuka kepada peserta yang berumur antara 13 sehingga 17 tahun.

Sempena dengan fenomena ko-met ISON, tema PSACS kali ini adalah berkaitan dengan “Comet & NEO (Near Earth Object)”.

Para peserta juga telah dibahagi-kan kepada 10 kumpulan bagi mem-bolehkan mereka untuk melakukan projek secara bekerjasama.

Pelbagai aktiviti berkenaan dengan komet telah dikongsikan bersama-sama para peserta seperti teori tentang sejarah komet, praktikal melabel dia-gram dengan menggunakan diagram Vern dan sesi pengiraan komet selain mengetahui perbezaan serta persa-maan antara komet, asteroid dan me-teor. Aktiviti

Para peserta juga diberikan pelu-ang untuk melakukan aktiviti baru iaitu membuat komet dengan meng-gunakan ais karbon dioksida beku.

Melalui aktiviti kerjasama yang di-lakukan oleh kumpulan, masing-ma-sing telah menghasilkan komet hasil daripada campuran ais karbon diok-sida, etanol, air dan juga tanah.

Aktiviti ini adalah bertujuan agar peserta dapat memahami, melihat serta merasai sendiri struktur komet hasil daripada eksperimen yang telah dilakukan.

Selain membuat komet, peserta juga telah diberi tugasan lain untuk menyiapkan projek boneka astronomi dengan mereka dikehendaki membuat pementasan untuk kanak-kanak berte-makan astronomi.

Pementasan teater boneka as-

tronomi ini idea daripada Lara Al-banese dan Alessandra Zanazzi dari Itali yang merupakan pakar dalam menghasilkan teater untuk kanak-kanak berkaitan dengan astronomi. Idea mereka telah digunakan dalam konteks PSACSXVIII untuk melihat setakat mana kreativiti peserta untuk menghasilkan teater yang boleh me-narik minat kanak-kanak.

Di samping itu, terdapat juga per-tandingan lain seperti Boys vs Girls, pertandingan individu untuk laman

sosial seperti memuat naik gambar ke dalam Facebook PSI dan Twitter.

Pada hari ketiga PSACSVIII, PSI telah memberi peluang kepada peserta untuk bersuai kenal dan mengajukan soalan kepada ahli astronomi dari United Kingdom iaitu Jakub Bochin-ski melalui aplikasi Skype. Sesi soal jawab ini telah memberikan interaksi yang menarik antara peserta yang ber-minat dengan astronomi dengan ahli astronomi yang ingin mengajar as-tronomi kepada orang ramai.

Komet dari bumi di PSACSXVIIIAsfahanim Bujang

Sesi bergambar kenangan bermakna berakhirnya Program Sains Angkasa Cuti Sekolah XVIII di Planetarium Sultan Iskandar.

Para peserta sedang melakukan penceritaan teater bertemakan astronomi.

Page 6: Aku Dan Bintang Vol 14

April - Disember 2013 • 6www.planetarium-sarawak.org

Pada 30 September dan 1 Okto-ber 2013, Planetarium Sultan Iskandar telah mengadakan

program Jerayawara Sahabat Astro-nomi di kawasan pedalaman Pakan, Sarikei.

Program kali ini telah diadakan di dua buah sekolah iaitu di SK Ulu Pe- danum dan SK Nanga Buku yang terletak kira-kira 45 minit daripada Pakan.

Kedua-dua buah sekolah yang di-kunjungi adalah sekolah yang berasra-ma terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan. Namun, pelajar yang ting-gal berdekatan pula merupakan pelajar harian.

Kehadiran rombongan kami telah disambut baik oleh pelajar dan juga para guru yang jarang menerima kunjungan dari pihak luar, terutama bagi mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan sains dan juga as-tronomi.

Jerayawara Sahabat Astronomi Pakan Sarikei 2013

Noraizah Idris

Aktiviti PSI yang diketengahkan termasuk;

• Mini PSI• Cerapan Matahari• Pelancaran Roket Air• Mencari Buruj• Membuat Carta BintangMasa untuk menjalankan semua

aktiviti yang telah dirancang adalah

terhad dan singkat kerana waktu tetap untuk persekolahan hanya sehingga pukul 12 tengah hari.

Selain memberi pendedahan ke-pada ilmu sains astronomi kepada adik-adik, pihak PSI juga menyelitkan unsur-unsur keseronokan yang bo-leh menarik minat pelajar dalam ilmu sains dan astronomi.

Pelajar sedang mencuba teleskop Coronado untuk melihat matahari.

Mini planetarium sentiasa menjadi tarikan pelajar-pelajar yang belum berpelu-ang berkunjung ke planetarium.

Sesi mencari buruj.

Belajar tentang sistem suria dengan menggunakan Orrery.

Page 7: Aku Dan Bintang Vol 14

• April - Disember 20137

STEMFEST 2013 adalah meru-pakan Festival Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

yang telah diadakan bermula pada 29 September 2013 sehingga 6 oktober 2013 di Universiti Malaysia Sarawak.

STEMfest kali ini melibatkan enam persidangan antarabangsa dan beberapa mesyuarat dengan kehadiran ramai tokoh industri di seluruh dunia ke Malaysia untuk menyertai program seperti seminar serta bengkel dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.

Tema STEMfest 2013 pada kali ini adalah “Smart Economic Deve-lopment – Alligning Science, Tech-nology, Engineering and Mathematics

PSI lokasi Stemfest 2013Education to a State’s Future Human Resources Needs”.

Planetarium Sultan Iskandar telah menjadi antara lokasi terpilih bagi ak-tiviti STEMfest pada 3 Oktober 2013 yang lalu.

Sesi aktiviti ceramah ini telah di-adakan pada sebelah pagi bermula pada jam 11.30 pagi dan disampaikan oleh dua penceramah antarabangsa dan tempatan iaitu Profesor Peter Quinn yang mengadakan ceramah tentang The Square Kilometer Array (SKA), Kristen Gottschalk (Why Do Citizens Donate To Science? Motivations of the Skynet Volunteers) dan Jong Tze Kian (Learn Physics With A Water – Pro-pelled Rocket).

Seramai kira-kira 150 tetamu yang menghadiri ceramah tersebut terma-suk pelajar sekolah, agensi kerajaan dan juga delegasi yang menghadiri STEMfest.

Asfahanim Bujang

Kristen Gottschalk mengadakan cera-mah tentang Why Do Citizens Donate To Science? Motivations of the Sky-net Volunteers.

Profesor Peter Quinn yang mengadakan ceramah tentang The Square Kilometer Array (SKA).

Antara delegasi-delegasi STEMfest yang bergambar ke-nangan sebelum kembali ke Universiti Malaysia Sarawak.

Encik Jacob Sebastian, pengasas kepada Persatuan As-tronomi Sarawak memberikan ucapan aluan di Planetar-ium Sultan Iskandar.

Kristen Gottschalk (dua dari kiri) dan Profesor Peter Quinn (dua dari kanan) bergambar dengan mereka yang hadir di ceramah STEMfest di Planetarium Sultan Iskandar.

Page 8: Aku Dan Bintang Vol 14

April - Disember 2013 • 8www.planetarium-sarawak.org

Program Jerayawara Sahabat Astronomi telah ke Lawas bagi program pendedahan ilmu as-

tronomi kepada pelajar-pelajar seko-lah bermula 26 hingga 29 Ogos 2013.

Sebanyak empat buah sekolah telah dipilih bagi sesi jerayawara ini termasuk SMK Sundar, SK Luagan, SK Sundar dan SK Merapok.

Perjalanan ke Lawas dari bandar raya Kuching adalah mencabar lebih-lebih lagi apabila terpaksa membawa peralatan yang digunakan untuk men-

700 pelajar terlibat dalam Jerayawara Sahabat Astronomi

jayakan aktiviti jerayawara. Bagi sesi ini, pihak Planetarium

Sultan Iskandar dan Persatuan As-tronomi Sarawak telah menggunakan Kota Kinabalu sebagai destinasi un-tuk menghantar barang dan dari lokasi tersebut menuju ke Lawas dengan menggunakan jalan darat.

Destinasi dari Kota Kinabalu ke Lawas tidak terlalu jauh dengan me-ngambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai ke destinasi.

Dengan bantuan kenderaan yang

disewa daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), pihak krew dapat membawa barangan keperluan serta kubah mini planetarium ke sekolah-sekolah di La-was dengan mudah.

Sekolah pertama yang dipilih bagi program jerayawara adalah SMK Sun-dar yang terletak kira-kira 45 km dari Lawas yang melibatkan 230 pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1, 2 dan 4.

Penerimaan pelajar-pelajar seko-lah ini terhadap ilmu sains astronomi

Pelajar-pelajar SK Sundar, Lawas bergambar kenangan selepas selesainya Program Jerayawara Sahabat Astronomi di sekolah mereka.

Pelajar-pelajar dari SMK Sundar giat mencuba AR Astro-nomy ketika sesi pratikal.

Kelihatan salah sekolah pelajar SK Luagan gembira setelah keluar menonton pertunjukan pendek di dalam Mini Planetarium.

Page 9: Aku Dan Bintang Vol 14

• April - Disember 20139

amat terbuka sehingga ada yang sang-gup datang pada waktu malam untuk aktiviti mencerap bintang, namun disebabkan awan amat tebal, sesi cera-pan terpaksa dibatalkan.

Bagi sekolah kedua pula adalah SK Luagan, Sundar yang terdiri dari-pada 120 orang yang sentiasa aktif untuk menyertai setiap aktiviti yang diberikan kepada mereka.

Apa yang menarik, setiap murid di sekolah tersebut tidak sabar-sabar un-tuk masuk ke dalam kubah mini pla-netarium kerana ia merupakan sesuatu yang baru bagi mereka.

Jeritan setiap pelajar ketika meli-hat demonstrasi pertunjukan digital dapat didengar dari luar kubah dan ini menunjukkan bahawa ia berjaya me-narik minat mereka, biarpun ia hanya-lah untuk sekala kecil.

SK Sundar pula terletak tidak jauh dari SMK Sundar dan ia merupakan sekolah rendah baru serta diduduki bermula Januari tahun ini. Jumlah murid-murid di sekolah ini adalah 195 orang termasuk murid-murid pra-sekolah.

Disebabkan sekolah yang baru, program mudah dijalankan berdasar-kan aktiviti seperti tayangan melalui kubah mini planetarium, mencerap matahari melalui teleskop Coronado, mencari buruj dan membuat planis-fera dan juga melancarkan teleskop.

Seperti biasa, tayangan dalam kubah mini planetarium tetap menjadi tarikan. Di samping itu, murid-murid juga diberi peluang untuk melihat ma-tahari dengan menggunakan teleksop dan belajar mengenal sistem suria me-lalui penggunaan Orrery.

Sekolah terakhir bagi sesi Jeraya-

wara Sahabat Astronomi adalah SK Merapok yang terletak 0.5 km dari sempadan Sabah-Sarawak.

Dengan jumlah murid-murid sera-mai 172 orang termasuk pra-sekolah, setiap pelajar pastinya mempunyai tarikan tersendiri bagi mereka yang terlibat dengan Jerayawara Sahabat Astronomi.

Ramai yang terus ingin mendapat-kan gelang tangan sama ada melalui menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh fasilitator atau terlibat dalam ak-tiviti yang dianjurkan.

Sesi melancarkan roket air juga telah diadakan dengan sempurna, na-mun dijalankan dalam keadaan berja-ga-jaga disebabkan keadaan padang yang kecil.

Keseronokan yang terukir di muka pelajar-pelajar dapat dilihat apa-bila mereka cuba untuk menjawab soalan kuiz astronomi dan ketika me-reka muncul keluar dari kubah mini planetarium.

Teriakan “Wow!” sentiasa men-jadi kenangan dan “Alah” telah men-cuit hati setiap krew yang terlibat dalam perjalanan Jerayawara Sahabat Astronomi yang paling jauh setakat ini.

Diharapkan jerayawara ini telah membawa ilmu dan lembaran baru kepada para pelajar yang terlibat dalam program yang telah disediakan serta membuka laluan kepada mereka untuk meminati kepada ilmu sains dan astronomi.

Pelajar-pelajar SK Luagan belajar tentang konsep sfera bumi dan graviti daripada kakitangan planetarium.

Beberapa pelajar SK Sundar belajar tentang sistem suria melalui Orrery daripada Jenau Adam.

Pelajar-pelajar dari SK Luagan tidak sabar untuk melihat bagaimana rupa permukaan matahari dengan menggunakan teleskop Coronado.

Page 10: Aku Dan Bintang Vol 14

April - Disember 2013 • 10www.planetarium-sarawak.org

Berita Space Scoop

Gambar ini menunjukkan Nebula Udang. Anda boleh melihat ratusan bintang yang diwakili oleh titik-titik yang berwarna biru, di kalangan gas

yang berwarna-warni. Ia digelar sebagai Nebula Udang disebabkan warnanya

seakan-akan udang yang berenang di dalam lautan. Tetapi, bagaimanakah kita mengetahui yang mana satu

bintang merupakan sebahagian daripada nebula, dengan adakah kedudukannya berada di hadapan atau di belakang?

Mengukur jarak objek-objek kosmik amatlah sukar. Namun, kita amat bertuah kerana terdapat ahli astronomi yang bijak dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Disebabkan itu, kita tahu bahawa kebanyakan bintang yang berwarna biru terdiri daripada gugusan bintang yang lebih dekat dengan kita berbanding nebula.

Apabila kita mengetahui jarak objek, mengukur saiznya amatlah mudah. Nebula Udang amatlah besar sehingga kita terpaksa mengambil masa sehingga 250 tahun cahaya un-tuk bergerak dari satu hujung ke hujung yang lain - dan cahaya bergerak amat pantas berbanding objek lain di alam

Cahaya di lautan angkasasemesta ini.

Nebula itu meliputi empat kali ganda langit malam se-perti bulan yang penuh. Walaupun saiznya yang amat be-sar, kebanyakan orang tidak memberikan perhatian kepada objek itu. Ini mungkin Nebula Udang amat malap di langit malam.

Ia bercahaya disebabkan oleh cahaya yang berdekatan. Gugusan bintang berdekatan mengeluarkan cahaya ultra ungu, yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

Ia merupakan cahaya yang menyebabkan Nebula Udang bercahaya.

Artikel asal boleh didapati di http://www.unawe.org/kids/unawe1368/

Fakta MenarikNebula Udang kelihatan amat malap apabila dilihat

dengan menggunakan mata kasar. Oleh itu, untuk membuatkan ia kelihatan menarik di

dalam gambar, warna yang dikumpul oleh teleskop akan diubah menjadi lebih terang.

Gambar Nebula Udang. Kredit: http://www.eso.org/public/news/eso1340/

Page 11: Aku Dan Bintang Vol 14

• April - Disember 201311

Berita Space Scoop

Secara kasar, hanya satu komet setahun dapat dili-hat merentasi angkasa dengan menggunakan mata kasar. Sekiranya anda bertuah, anda boleh melihat-

nya sendiri, dan gambar ini mungkin suatu yang biasa dilihat.

Walaupun ia kelihatan seperti sebuah komet, objek itu sebenarnya amat mengelirukan ahli astronomi kerana ia hanyalah sebuah asteroid.

Asteroid merupakan batu yang terjadi akibat daripada terbentuknya sistem suria kita 4.6 bilion tahun lalu.

Dari bumi, ia kelihatan seperti titik cahaya yang berge-rak pada malam hari. Kebanyakannya, seperti dalam gam-bar ini, terletak antara Marikh dan Musytari, bahagian yang digelar sebagai Asteroid Belt.

Komet pula boleh dijumpai di luar sistem suria. Pada kebiasaannya, komet akan bergerak dekat dengan sistem suria. Apabila ia berlaku, ia akan memberikan pemanda-ngan yang menakjubkan.

Komet terdiri daripada batu, debu dan juga ais. Seki-

Keliru antara komet dan asteroid?ranya ia bergerak terlalu dekat dengan matahari, haba akan menyebabkan ais itu tersejat.

Kita boleh melihat ekor seperti komet dalam gambar ini. Namun, asteroid tidak diperbuat daripada ais, jadi apa-kah yang menyebabkan ekor ini terjadi?

Ia berlaku disebabkan asteroid berpusing dengan cepat, menyebabkan graviti lemahnya cuba untuk menahan per-mukaannya daripada berpecah.

Enam ekor komet yang kelihatan di belakang asteroid itu sebenarnya diperbuat daripada debu dan batu.

Artikel asal boleh didapati di http://www.unawe.org/kids/unawe1376/

Gambar menunjukkan asteroid yang turut mempunyai ekor seakan-akan sebuah komet. Kredit: http://www.spacetele-scope.org/images/heic1320a/

Fakta MenarikSetakat ini, kira-kira 100 hingga 1000 tan (90,718

kg hingga 907,184 kg) bahan-bahan yang terkandung dalam asteroid telah terlepas. Ia hampir sama dengan empat kali ganda berat Patung Liberty!

Page 12: Aku Dan Bintang Vol 14

April - Disember 2013 • 12www.planetarium-sarawak.org

Pengalaman belajar daripada deria sentuhan, mata, hidung atau telinga amat berbeza de-

ngan cara kita belajar dengan hanya membaca atau mendengar ceramah daripada guru atau pensyarah.

Disebabkan itu, kita sering meli-hat kanak-kanak kecil amat terpegun dengan dunia mereka apabila meli-hat perkara-perkara baru di sekeliling mereka.

Pusat sains merupakan antara tempat yang sesuai sama ada kepada kanak-kanak, pelajar ataupun golo-ngan dewasa untuk meneroka perkara baru dan secara tidak langsung kita boleh belajar perkara baru hasil dari-pada apa yang kita terokai itu.

Baru-baru ini saya telah berpelu-ang untuk berkunjung ke Pusat Sains Copernicus yang terletak di Warsaw, Poland sebagai salah satu daripada program persidangan yang dihadiri di negara itu.

Sesuai dengan namanya, pusat sains ini mengambil nama daripada ahli sains astronomi tersohor iaitu Nicolaus Copernicus yang juga ber-asal dari Torun, Poland.

Pusat ini merupakan institusi seumpama yang paling besar di Po-land dan paling canggih di Eropah.

Ruang pamerannya sesuai untuk pelbagai peringkat umur; dari pering-kat kanak-kanak, remaja dan juga de-wasa.

Bangunan ini telah dibuka pada 5 November 2010 dengan lima galeri utama iaitu “On the move,” “Hu-mans and the environments,” “Roots of civilization,” “Lightzone,” dan “Buzzz!”.

Pusat ini juga mempunyai pa-meran bagi remaja yang ingin men-cuba dan membuat eksperimen yang melibatkan psikologi, sosiologi, neu-robiologi dan juga teknologi.

Belajar dari pancaindera di Pusat Sains Copernicus

Alfean Aziz

Salah satu pameran di Pusat Sains Copernicus, Warsaw, Poland.

Page 13: Aku Dan Bintang Vol 14

• April - Disember 201313

Ia juga mempunyai makmal-mak-mal yang digunakan untuk menjalan-kan eksperimen-eksperimen sains, seolah-olah pelawat seperti seorang saintis.

Terdapat juga dua teater di pusat sains ini iaitu teater Robotik yang me-libatkan persembahan daripada Ro-boThespians dan juga teater Voltan Tinggi yang membolehkan pelawat melihat kilat secara dekat, menyen-tuh aliran elektrik dan meneroka sains elektromagnetik.

Pusat sains tidak akan lengkap tanpa taman yang merupakan tarikan bagi mereka yang lebih suka untuk bersantai di bawah cahaya mata hari pada musim panas.

Taman yang digelar Discovery Park ini hasil gabungan jurutera, ar-tis dan juga pereka taman untuk menghasilkan taman yang sesuai bagi melakukan aktiviti termasuk cerapan bintang, wayang terbuka dan banyak lagi berhadapan dengan tebingan Sun-gai Vistula.

Planetarium Heavens of Co-pernicus

Beroperasi sejak 2011, planetari-um ini terletak bersebelahan dengan Pusat Sains Copernicus. Ia merupa-kan planetarium yang paling moden di Eropah dengan skrin berbentuk kubah berdiameter 16 meter.

Teater itu dilengkapi dengan 137

kerusi dengan empat projektor digital serta projektor bintang Megastar IIa yang boleh menayangkan sehingga 20 juta bintang.

Di samping itu, planetarium ini turut menayangkan pertunjukan 3D selain ia juga mempersembahkan kon-sert jazz yang bertemakan astronomi. Konsert itu akan diiringi oleh taya-ngan gambar-gambar angkasa lepas di atas permukaan kubah.

Seperti planetarium lain, ia turut mengadakan sesi pencerapan bintang di bahagian luar planetarium dengan ia telah menarik minat ramai pengun-jung untuk menyaksikan fenomena yang berlangsung pada waktu itu.

Kanak-kanak sentiasa ingin mencuba sendiri eksperimen yang terdapat di pusat sains.

Pembelajaran sentiasa menjadi aspek utama apabila berkunjung ke pusat sains.

Salah satu pameran yang dipamerkan di pusat sains ini. Pengunjung berpeluang untuk mencuba sendiri bahan-bahan yang dipamerkan.

Page 14: Aku Dan Bintang Vol 14

April - Disember 2013 • 14www.planetarium-sarawak.org

Seramai 1350 orang telah terli-bat dalam Siri Jelajah Program Jerayawara Sahabat Astronomi

sekitar Bandar Baru Tanjung Manis dan Matu Daro yang diadakan ber-mula 15 hingga 18 April 2013 anju-ran Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak.

Pengisian modul Jerayawara Sa-habat Astronomi sesi 2013 telah meli-batkan interaktif aktiviti astronomi dan sains angkasa termasuk konsep bentuk muka Bumi dan graviti, mem-buat carta bintang dan mencari atau melakar buruj, sesi mencerap mataha-ri dan planet serta fasa-fasa bulan dan pertunjukan digital Mini Planetarium. Golongan sasaran, murid-murid seko-lah dan guru-guru serta juga orang awam.

Perjalanan ke Bandar Baru Tan-jung Manis dari Bandar Sibu me-ngambil masa selama hampir dua jam dengan perjalanan sejauh 85 km.

SK Tanjung Manis yang terletak di sekitar Bandar Baru Tanjung Manis merupakan destinasi pertama rom-bongan kami kali ini pada 15 April 2013 dengan seramai 250 orang mu-rid-murid sekolah dan guru serta kaki-tangan sokongan turut terlibat dalam jerayawara ini. Guru besar bagi seko-lah ini adalah yang Cikgu Sahbudin bin Wet yang turut menyambut kami untuk program ini.

Selain Bandar Baru Tanjung Ma-nis, rombongan Jerayawara Sahabat Astronomi kali ini juga melibatkan sekolah di sekitar Matu-Daro dengan kami terpaksa melalui dua buah feri utama untuk sampai ke pekan Daro iaitu Feri Sungai Nai-Batang Paloh dan Feri Nanga Kecil-Batang Lassa, dengan kira-kira 2 jam untuk sampai ke pekan Daro.

Pada 16 April pula, kami telah mendapat sambutan Guru besar

Jerayawara Sahabat Astronomi tanjung manis, matu-Daro

Cikgu Noraida Binti Kipli dari SK Ulu Daro sebagai destinasi kedua di dae-rah Daro, dengan penyertaan murid-murid dari pra sekolah hinggalah Ta-hun 6 serta guru-guru dan kakitangan sekolah yang melibatkan kira-kira 230 orang.

Di daerah Matu pula, berkam-pung di SK Orang Kaya Selair pada 17 April 2013 dengan turut menerima kehadiran murid-murid Tahun 5 dari SK Sok untuk menyertai program jerayawara ini. Program di sekolah telah memberikan manfaat kepada

Pelajar-pelajar sekolah SK Ulu Daro bergambar kenangan selepas selesainya program jerayawara di sekolah mereka.

Memberi penerangan tentang konsep sfera dan graviti bumi kepada pelajar-pelajar SK Tanjung Manis.

Jenau Adam

Page 15: Aku Dan Bintang Vol 14

• April - Disember 201315

230 orang. Guru besar bagi sekolah ini adalah Cikgu Ali Bin Likal.

SK Tebaang merupakan seko-lah destinasi terakhir kami di daerah Daro pada 18 April dengan melibat-kan seramai 230 menyertai pengisian program kami di sekolah ini. Turut hadir adalah guru besar Cikgu Haji Jaapar Bin Saibin yang juga menjem-put Yang Dipertua PIBG Encik Wasli Bin Mahsin, Penghulu Drahman Bin Lebak, dan Ketua Kaum Encik Jaapar Bin Haji Rosli.

Pada 17 April pula, sesi cerapan selain sesi penggunaan carta bintang turut diadakan di SK Campuran Daro yang melibatkan seramai 350 orang

termasuk ibu bapa dan penduduk kampung berdekatan pekan Daro.

Sesi cerapan telah diadakan di sebelah tengah hari di setiap sekolah yang kami kunjungi. Namun di sebe-lah malamnya pula, kami turut menga-dakan cerapan terbuka kepada orang awam yang diadakan di kawasan ter-buka pekan Daro pada 16 April 2013. Pada sesi tersebut, kami berpeluang untuk mencerap planet Musytari dan bulan.

Sesi cerapan terbuka tersebut telah menarik minat ramai orang awam un-tuk melihat melalui teleskop terutama bagi mereka yang belum pernah lagi melihat objek melaluinya.

Pelajar-pelajar SK Ulu Daro tidak sabar untuk mencerap matahari dengan menggunakan teleskop Coronado.

Beberapa pelajar dari SK Daro Tebaang belajar tentang sistem suria dengan menggunakan model Orrery.

Salah seorang pelajar SK Selair menunjukkan carta bintang yang telah siap.

Pelajar-pelajar SK Selair turut berpeluang mencuba mini planetarium.

Pelajar-pelajar di SK Selair bergambar kenangan bersama guru-guru mereka.

Aktiviti AR Astronomy turut menjadi perhatian pelajar-pe-lajar di SK Daro Tebaang.

Page 16: Aku Dan Bintang Vol 14

April - Disember 2013 • 16www.planetarium-sarawak.org

Asfahanim Bujang

Adakah anda ingin berhibur apabila berkunjung ke Plane-tarium Sultan Iskandar (PSI)?

Jawapannya pasti “Ya” kerana anda sebagai pengunjung tentunya ingin menonton pertunjukan digital yang ditawarkan oleh PSI selain melawat Pusat Sains Mini yang mempunyai pameran interaktif di dalamnya.

Selain itu, apakah lagi yang dapat anda lakukan? Baru-baru ini PSI juga mengadakan pertunjukan sains khu-susnya kepada pelajar-pelajar sekolah yang datang berkunjung ke plane-tarium untuk menonton pertunjukan yang ada.

Sementara menunggu masa un-tuk menonton pertunjukan, pelajar akan dihiburkan dengan pertunjukan sains yang dilakukan oleh kakitangan-kakitangan PSI yang mengadakan ak-tiviti tersebut untuk menghibur selain memberikan demonstrasi sains dari-pada peralatan yang boleh didapati di rumah.

Ia bukannya aktiviti sains yang su-kar, namun menggunakan peralatan-peralatan seperti penyedut minuman dan juga belon serta lidi.

Caranya mudah sahaja - dengan menggunakan penyedut minuman, potong penyedut minuman itu de-ngan panjang yang berbeza. Hasilnya ia akan menghasilkan pelbagai bunyi yang berbeza bergantung kepada pan-

jang atau pendeknya penyedut minu-man tersebut.

Di samping itu, terdapat juga demonstrasi mencucuk belon dengan sebatang lidi tajam tanpa memecah-kan belon itu. Mustahil? Mungkin ti-dak apabila anda berkunjung ke PSI untuk menyaksikan pertunjukan sains yang diadakan di sini.

Reaksi pelajar-pelajar yang berkunjung di PSI selalunya adalah “Wow” apabila mereka menyaksikan pertunjukan tersebut. Mereka bukan sahaja terlibat sebagai penonton tetapi berpeluang juga untuk mencuba de-

ngan sendiri aktiviti-aktiviti yang dise-diakan.

PSI melakukan aktiviti ini de-ngan tujuan untuk berkongsi ilmu dan membawa keseronokan berbentuk sains kepada generasi muda.

Rombongan sekolah biasanya dapat menghabiskan masa mereka dengan melakukan pelbagai aktiviti dari menonton pertunjukan digital, melihat pertunjukan sains dan juga berkunjung serta mencuba sendiri pameran interaktif yang terdapat di dalam Pusat Sains Mini.

PSI perkenal pertunjukan sains

Kakitangan PSI, Jenau Adam memberikan demonstrasi mencucuk belon de-ngan lidi semasa pertunjukan sains.

Para pelajar yang hadir semasa pertunjukan sains turut sama cuba dalam eks-perimen sains.

Penerangan tentang eksperimen sains kepada pelajar-pelajar yang ha-dir.

Page 17: Aku Dan Bintang Vol 14

• April - Disember 201317

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Planetarium Sultan Is-kandar bukan sahaja sesuai

bagi golongan kanak-kanak ataupun pelajar sekolah menengah, namun bagi mereka yang sudah bergelar pelajar universiti, aktiviti serta ilmu yang ditawarkan melalui program di PSI juga boleh memberikan manfaat serta meningkatkan kesedaran dalam astronomi.

Dengan itu, pada 16 November lalu, Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak telah menganjurkan Astronomi 4U, dan se-ramai kira-kira 75 pelajar PRIMU dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) telah mengambil peluang untuk me-nambahkan ilmu mereka dalam aspek astronomi.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti asas astronomi termasuk membuat carta bintang untuk menge-

Astronomi melalui penceritaan dalam Astronomi 4U

nali bintang di langit, membuat solar motion demonstrator bagi memplot kedudukan matahari, mengenali bu-ruj melalui demonstrasi menggunakan projektor Carl Zeiss, demonstrasi cara menggunakan teleskop seperti teles-kop dobsonian, teleskop matahari Coronado dan juga membuat jam ma-tahari.

Selain itu, pelajar juga telah dide-dahkan cara untuk menghasilkan pro-jek penceritaan dengan menggunakan boneka yang bertemakan astronomi. Dengan berlatarkan astronomi, pela-jar dikehendaki membuat cerita-cerita yang berkaitan dengan astronomi se-suai bagi kanak-kanak.

Selaras dengan menggunakan teknologi terkini untuk menyebarkan minat astronomi, PSI dan SAS turut mengadakan pertandingan mengam-bil gambar menarik dan berkongsi gambar-gambar mereka melalui media

sosial seperti Facebook dan juga Twit-ter.

Salah seorang pelajar Unimas menun-jukkan boneka bagi teater astronomi.

Jam matahari hybrid yang siap dihasilkan. Kakitangan PSI, Dona Repet (kiri) menerangkan tentang cara untuk mencerap matahari dengan menggunakan teleskop.

Aksi-aksi pelajar Unimas ketika mempersembahkan teater astronomi mereka.

Kakitangan PSI, Jenau Adam menerangkan fungsi teles-kop Dobsonian.

Page 18: Aku Dan Bintang Vol 14

April - Disember 2013 • 18www.planetarium-sarawak.org

Ismandy Ali

Pengenalan

Apakah yang menyebabkan komet amat menarik perha-tian kita? Ia mungkin dise-

babkan dengan cerita lama dengan komet merupakan petanda bencana alam yang dahsyat atau peristiwa be-sar yang bakal berlaku.

Menurut cerita lama, petanda ini kononnya dapat kita lihat di dalam se-jarah lama dan cerita orang-orang tua.

Walaupun ia sememangnya se-suatu yang tidak benar tapi yang pasti komet akan tetap muncul dan yang dapat dilihat dengan mata kasar me-mang sungguh menarik perhatian orang ramai.

Pada tahun 2013, dua buah komet telah menjadi bualan peminat as-tronomi iaitu komet PANSTARRS yang muncul pada awal tahun dan komet ISON pada akhir tahun.

Apa yang menarik perhatian adalah Komet ISON telah mendapat jolokan Komet Abad Ini kira-kira setahun sebelum ia berada dalam kedudukan paling dekat dengan ma-tahari pada 28 November 2013 yang lepas.

Sejarah Seperti komet lain, komet ISON

lahir dari pelbagai bahan yang ber-langgar seperti debu dan batuan di ka-wasan persempadan sistem suria yang dipanggil sebagai Awan Oort kira-kira 4.5 billion tahun yang lepas.

Kira-kira 3 juta tahun yang lepas, menurut teori ia telah tertolak ke-luar dari Awan Oort untuk masuk ke dalam sistem suria.

Kekuatan graviti matahari telah menariknya semakin dekat dan se-hinggalah pada setahun yang lepas ia telah dijumpai oleh dua orang ahli as-tronomi Rusia, Artyom Novichonok and Vitali Nevski, dengan menggu-nakan teleskop 16 inci yang merupa-kan sebahagian daripada International Scientific Optical Network (ISON)

Apakah yang berlaku kepada Komet ISoN?

- yang mana ia telah mendapat na-manya.

Komet ISON pada ketika itu be-rada amat jauh dari Bumi iaitu kira-kira 6 kali ganda jarak Bumi dengan Matahari. Oleh kerana jarak yang se-begitu jauh, ia terlalu kabur untuk dili-hat walaupun dengan teleskop besar.

Mendekati MatahariWalaupun pada ketika itu ia be-

rada sungguh jauh dan terlalu kabur untuk dilihat, cerapan beberapa bulan selepas itu telah berjaya mendapatkan lebih banyak data dan hasilnya, ahli astronomi telah dapat memastikan ba-hawa ia akan datang begitu dekat de-ngan Matahari setahun kemudiannya iaitu pada 28 November 2013.

Pada tarikh itu, seperti yang telah diramalkan oleh ahli astronomi, jarak

Komet ISON yang paling dekat adalah hanya 1.2 peratus berbanding dengan jarak Bumi ke Matahari.

Oleh kerana ia melintasi matahari pada jarak yang terlalu dekat - persoa-lan ahli astronomi iaitu adakah ia akan selamat mengekalkan sebahagian be-sar dari bahannya (jirim) atau hancur berkecai?

Beberapa hari sebelum ia berada paling dekat dengan Matahari, ia keli-hatan begitu cerah sehingga boleh dili-hat dengan menggunakan mata kasar pada waktu subuh.

Ini telah dibuktikan dengan bebe-rapa banyak gambar yang telah diam-bil oleh ramai ahli astronomi amatur di seluruh dunia (saya gagal mengambil sebarang gambar pada tempoh terse-but kerana cuaca sentiasa berawan te-bal di Kuching, Sarawak).

Imej Komet ISON yang semakin malap pada 29 Nov 2013, sehari selepas ia telah hancur sebahagian besarnya semasa mendekati matahari. Sumber imej: http://www.cometison2013.co.uk/perihelion-and-distance/

Page 19: Aku Dan Bintang Vol 14

• April - Disember 201319

Komet abad ini?Walaubagaimanapun mengapakah

Komet ISON telah mendapat jolo-kan sebagai ‘Komet Abad Ini?’ Secara peribadi gelaran tersebut adalah keter-laluan dan terlalu awal untuk diberi-kan.

Ini kerana pada akhir Disember 2013 (iaitu sekiranya ia selamat selepas melalui jarak yang paling dekat de-ngan Matahari), ia akan berada sung-guh dekat dengan Bumi iaitu pada jarak kurang dari separuh jarak dari Bumi dengan Matahari.

Dijangkakan pada tempoh terse-but ia akan muncul sebagai sebuah komet yang amat terang dan jelas se-hingga boleh dilihat pada masa yang sama dengan terbit matahari.

Tapi malangnya, seperti yang telah dijangka pada 28 November 2013, komet tersebut telah kehilangan ter-lalu banyak dari bahannya sendiri dan telah menyebabkan hanya cebisan yang kecil sahaja yang tinggal.

Sehingga artikel ini ditulis (16 Disember 2013) ia telah diisytiharkan telah tiada lagi. Ahli astronomi telah mencerap di kawasan orbit laluannya dan tidak menemui sebarang kesan apapun selepas itu.

Cebisan Komet ISON jatuh ke Bumi?

Saya telah ditanyakan beberapa soalan oleh beberapa peminat as-tronomi melalui media sosial yang

mana menurutnya oleh kerana ia telah pecah kepada bahagian kecil semesti-nya bahagian kecil tersebut akan ber-selerak di dalam laluannya.

Oleh kerana Bumi akan melalui laluan komet ISON tersebut pada pertengahan Januari 2014, semesti-nya puing tinggalan komet tersebut akan jatuh ke Bumi dan menyebabkan tragedi seperti yang sama berlaku di Chelyabinsk, Rusia pada awal tahun 2013 yang mana sebuah meteor telah meletup di udara.

Saya tidak menafikan bahawa terdapat kebenaran dengan dakwaan-nya khususnya puing-puing tinggalan komet ISON tersebut akan jatuh ke Bumi.

Tapi kita perlu ingat bahawa Kom-et ISON seperti komet yang lain sep-ertinya memeluwap apabila mendekati

matahari dan meninggalkan debu-de-bu dan gas di dalam laluannya.

Oleh itu, perkara yang paling dikhuatiri mungkin akan bertukar menjadi sesuatu yang menarik kerana ia akan jatuh sebagai hujan meteor seperti hujan meteor yang kita dapat lihat dalam hujan meteor Leonid, Quadrantid dan lain-lainnya setiap ta-hun. Rujukan

1. http://www.cometison2013.co.uk/perihelion-and-distance/

2. http://www.spacedaily.com/reports/What_happens_to_ISONs_remains_999.html

3 .h t tp ://www. skyand t e l e -s c o p e . c o m / o b s e r v i n g / h i g h -lights/193909261.html

4.http://www.space.com/23916-comet-ison-dead-sun-flyby.html

Gambar Komet ISON yang diambil dengan menggunakan Gemini Multi-Object Spectrograph di Germini North pada 4 Februari, 4 Mac, 3 April dan 4 Mei (dari kiri). Kredit: Gemini Observatory/AURA http://www.universetoday.com/102522/new-images-of-comet-ison-hurtling-towards-the-sun/#ixzz2nzstHNPF

Komet ISON: Gambar diambil oleh Waldemar Skorupa (Kahler Asten, Germany)Sumber: http://www.schweifstern.marcel-klein.net/index.php?option=com_phocagallery&view=category&id=32

Page 20: Aku Dan Bintang Vol 14

Starry skies are a vanishing treasure because light pol-lution is washing away our view of the cosmos.

It not only threatens astronomy, it disrupts wild-life, and affects human health. The yellow glows over ci-ties and towns — seen so clearly from space — are testa-ment to the billions spent in wasted energy from lighting up the sky. The 6.5 minute “Losing the Dark is a “public service announcement” planetarium show, a collaboration of Loch Ness Productions and the International Dark-Sky Association (IDA). It introduces and illustrates some of the issues regarding light pollution, and suggests three sim-ple actions people can take to help mitigate it. The show gives planetarium professionals a tool to help educate the public about the problems of light pollution. Planetarians are uniquely positioned to teach audiences ways we can all work together to implement responsible use of lighting.”

Light Pollution and Energy. So we would save energy and enjoy the night-time sky. According to Carolyn Col-lins Petersen, the executive producer of the show, the idea of the show due to the IDA thought that teaching people about light pollution using a fulldome show would be a good thing because light pollution is a very costly pro-blem. Being dark sky friendly does not mean no light. It means using the light that you need for a particular task in the most efficient manner possible (responsibly). It costs all countries money to “light up the sky”. So, we hope that people will learn to use light wisely -- that is, shiel-ding lights so that all the light goes down to the ground, rather than up to the sky. IDA also points out that using energy-efficient shielded lighting also helps save money. Light Pollution and Wildlife. Wildlife (mammals, birds, amphibians, reptiles, and insects) and fish experience this same disorientation of time (biological clock and circadian rhythm) when there is too much artificial light at night. Be-haviours governing mating, migration, sleep, and finding food are determined by length of night-time. Light pollu-tion negatively disrupts these age-old patterns.

Light Pollution and Human Health. Another issue is health: there are now studies showing that exposure to too much (excessive) light at night can affect one’s health such as breast and prostate cancer. So, if people live in a light-polluted city, their health could be at risk. Light pollution at nights could be negatively impact of the glares on eyes, the circadian rhythms and also sleep disorder (cause a good night’s sleep helps reduce weight gain, stress, depression, and onset of diabetes). And, just as important, being able to see the stars is part of all humanity’s heritage. Every man, woman, girl, boy has a right to see the stars, and when light pollution takes that away, and then we are all poorer for it.

Light Pollution and Safety - to preserve and protect the night-time environment and our heritage of the dark skies through quality outdoor lighting. Another message is that

Losing the Dark: We are losing the dark of night at the speed of light

people can work together to find ways to get rid of light pollution and at the same time keep safety and security by properly lighting our towns and cities whereby having the real security, not just bad lighting. This means that we need effective and efficient lighting – “brighter” does not mean “safer” because of the glares from the light creates deep shadows and hid a possible attacker.

“Dark Sky” does not mean dark ground – lighting us-ing fully shielded fixtures reduces glares and expenses and also the shielding keeps light on the ground where it is needed instead of lighting using drop down glass or plas-tics lenses can cause unsafe glares. The International Dark-Sky Association has a great deal of information on its web pages about ways to do this. In some towns, the govern-ments find out that there are ways to curtail light pollu-tion, save money on electric bills, and still keep things safe. Credit to:

Carolyn Collins Petersen, CEO Loch Ness Produc-tions

http://www.lochnessproductions.com www.facebook.com/lochnessproductions www.twitter.com/thenessies http://lochnessproductions.com/lnpblogStarmap www.star-map.fr and International Planetar-

ium Society www.ips-planetarium.org

Dicetak oleh Heng Sing Brothers Press