kaum cina

3
KAUM CINA Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek.Terdapat enam kumpulan dialek utama iaitu Hakka,Kantonis,Teochew,Hainan,dan Fuzhou(Hokchiu).Sandakan pernah bergelar “Hong Kong Kecil” kerana bandar itu dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong.Maka,secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang cina Malaysia.Justeru itu,masyarakat cina mengamalkan pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupan seharian mereka. Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit.Pada asasnya,adat resam perkahwinan mereka merangkumi beberapa peringkat.Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang gadis yang diingini.Hal ini kerana mereka terlalu mengambil berat tentang nama,keturunan,peribadi,watak dan tingkah laku.Seorang wakil dihantar ke rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.Segala ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.Hari pertunangan pula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat tukang tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-su.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang selama setahun atau mengikut tempoh yang ditetapkanAkhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.

Upload: rashidah-zakaria

Post on 18-Jul-2015

4.976 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kaum cina

KAUM CINA

Masyarakat cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek.Terdapat enam

kumpulan dialek utama iaitu Hakka,Kantonis,Teochew,Hainan,dan

Fuzhou(Hokchiu).Sandakan pernah bergelar “Hong Kong Kecil” kerana bandar itu

dijadikan tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong.Maka,secara

amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang cina Malaysia.Justeru itu,masyarakat

cina mengamalkan pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang dalam kehidupan

seharian mereka.

Dari aspek perkahwinan,masyarakat cina akan merancang dan mengatur sesuatu

perkahwinan dengan sebaik-baiknya.Mengikut kepercayaan mereka,pasangan yang

berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah.Terdapat dua bentuk

perkahwinan masyarakat cina iaitu eksplisit dan implisit.Pada asasnya,adat resam

perkahwinan mereka merangkumi beberapa peringkat.Adat merisik dijalankan untuk

mengetahui latar belakang gadis yang diingini.Hal ini kerana mereka terlalu mengambil

berat tentang nama,keturunan,peribadi,watak dan tingkah laku.Seorang wakil dihantar ke

rumah si gadis bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan perkahwinan.Segala

ketetapan yang telah dipersetujui dimaklumkan kepada ibu bapa pihak lelaki.Hari

pertunangan pula dilakukan berdasarkan kalender cina.Dalam upacara ini,khidmat tukang

tilik digunakan untuk menetapkan tarikh perkahwinan berpandukan kepada sebuah buku

iaitu Toong-su.Hari perkahwinan diadakan setelah bertunang selama setahun atau

mengikut tempoh yang ditetapkanAkhir sekali,mereka akan menandatangani dua pucuk

surat iaitu Keat Foon Chung Su sebagai bukti perkahwinan mereka.

Page 2: Kaum cina

Di samping itu,pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang diamalkan oleh wanita

cina semasa mengandung dan selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir

tidak ditimpa kejadian buruk.Sebagai contoh,wanita mengandung dilarang melakukan

kerja-kerja memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.Mereka

juga terpaksa berpantang selama 40 hari selepas melahirkan anak.Seperti masyarakat

melayu,mereka turut mengadakan kenduri apabila bayi tersebut mencapai umur

sebulan.Masyarakat cina juga mengamalkan adat mencukur rambut bayi kerana mereka

menganggap rambut bayi yang baru lahir adalah rambut sementara.

Masyarakat cina berpegang teguh kepada adat resam yang berkaitan dengan soal-soal

kematian.Apabila berlaku kematian,mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai

tanda penghormatan terakhir kepada si mati.Mayat akan dimasukkan ke dalam keranda

yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik.Mereka akan mengupah lebih ramai

orang untuk menangisi si mati.Semasa mengiringi mayat,pelbagai jenis lagu

dimainkan.Selepas upacara kematian,ahli keluarga menjalani adat berkabung.Pakaian

berwarna hitam akan dipakai untuk beberapa hari sehingga hari perkabungan tamat.

Perayaan Tahun Baru Cina disambut secara besar-besaran oleh masyarakat cina bagi

menandakan kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.Orang cina mempercayai

bahawa terdapat 12 binatang yang menaungi kalender mereka.Semua ahli keluarga

berkumpul untuk makan bersama pada malam Tahun Baru.Buah limau mandarin dan

kuih bakul turut menjadi kemestian bagi merayakan Tahun Baru Cina.Perayaan penutup

bagi Tahun Baru Cina adalah perayaan Chap Goh Meh.

Page 3: Kaum cina

Pada asalnya,busana kaum cina berlapis-lapis,penuh dengan sulaman benang emas dan

sutera.Namun,ia masih boleh dilihat pada masa kini walaupun telah diubahsuai.Jubah

labuh,Cheongsam,Baju Shanghai dan Samfoo masih kekal dipakai dalam upacara

majlis.Kebanyakannya dihasilkan dari negara China dengan menggunakan fabrik sutera

dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan sutera.

Dalam aspek pemakanan pula,masyarakat cina mempunyai pelbagai jenis makanan.Salah

satu daripadanya adalah kuih bulan.Kuih bulan merupakan sejenis kuih cina yang sering

dimakan sewaktu perayaan pertengahan musim luruh.Kuih tersebut dibuat daripada

adunan manis dan memiliki inti biji buah teratai di tengahnya.Selain itu,Gan Pan Mian

juga merupakan makanan masyarakat cina.Nama lainnya ialah Kompua.Ia adalah sejenis

mee bagi masyarakat Foochow.Ding Bian Hu merupakan makanan orang Foochow yang

biasanya dimakan semasa sarapan pagi dan lewat malam.

Tarian naga adalah satu bentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya

cina.Tarian ini sering dipersembahkan pada musim perayaan.Masyarakat cina

menganggap bahawa naga mewakili kekuatan yang boleh menghilangan nasib buruk dan

mencegah jenayah.Gerakan-gerakan dalam persembahan ini melambangkan peranan naga

yang menunjukkan kuasa dan maruah.Tarian singa juga terdapat dalam adat warisan

masyarakat cina.Dua tarian singa yang amat terkenal ialah “Tarian Singa Utara” dan

“Tarian Singa Selatan”.