kata seru

4
NOTA BAHASA MELAYU Oleh : Cikgu Afiq 15/2/2014 Kata Seru 1) Digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang. 2) Contohnya Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh Aduh Menyatakan perasaan sakit atau kagum a) Aduh, sakitnya kaki aku! b) Aduh, besarnya rumah kamu! Aduhai Menyatakan perasaan sedih c) Aduhai, malang sungguh nasibku! ah Menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu d) Ah, aku tidak mahu pergi lagi! Hai Menyatakan perasaan hendak menyapa atau menarik perhatian seseorang e) Hai, apa khabar kamu sekeluarga! f) Hai, di mana kamu selama ini! Eh Menyatakan perasaan hairan atau terkejut g) Eh, rupa-rupanya ialah kamu! Nah Untuk menarik perhatian h) Nah, ambillah pen ini! Oh Menyatakan perasaan kecewa,hairan,terkejut gembira dan mengharap i) Oh, sanggup kamu melukai hatiku! Wahai Menyatakan perasaan sedih atau menarik perthatian j) Wahai teman, janganlah bersedih lagi! Wah/ Amboi Menyatakan perasaan hairan atau kagum k) Amboi, cantiknya rumah kamu! l) Amboi, tingginya lelaki itu! cis/cih menyatakan perasaan marah dan benci m) Cis, berani dia membuli kamu! n) Cih, mereka tidak kenal siapa aku! Ceh Menyatakan perasaan tidak puas hati o) Ceh,usah membantah kata- kataku ini! Bedebah Menyatakan perasaan marah p) Bedebah, berani engkau tendang aku! Syabas Menyatakan perasaan q) Syabas, akhirnya kamu

Upload: fixxuk

Post on 20-Oct-2015

33 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

best

TRANSCRIPT

Page 1: KATA SERU

NOTA BAHASA MELAYUOleh : Cikgu Afiq

15/2/2014Kata Seru

1) Digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang.

2) Contohnya

Kata Seru Penggunaannya Ayat ContohAduh Menyatakan perasaan sakit atau

kaguma)      Aduh, sakitnya kaki aku!b)      Aduh, besarnya rumah kamu!

Aduhai Menyatakan perasaan sedih c)      Aduhai, malang sungguh nasibku!ah Menyatakan tidak setuju atau

menolak sesuatud)      Ah, aku tidak mahu pergi lagi!

Hai Menyatakan perasaan hendak menyapa atau menarik perhatian seseorang

e)      Hai, apa khabar kamu sekeluarga!f)       Hai, di mana kamu selama ini!

Eh Menyatakan perasaan hairan atau terkejut

g)      Eh, rupa-rupanya ialah kamu!

Nah Untuk menarik perhatian h)      Nah, ambillah pen ini!Oh Menyatakan perasaan

kecewa,hairan,terkejut gembira dan mengharap

i)        Oh, sanggup kamu melukai hatiku!

Wahai Menyatakan perasaan sedih atau menarik perthatian

j)        Wahai teman, janganlah bersedih lagi!

Wah/Amboi Menyatakan perasaan hairan atau kagum

k)     Amboi, cantiknya rumah kamu!l)        Amboi, tingginya lelaki itu!

cis/cih menyatakan perasaan marah dan benci

m)    Cis, berani dia membuli kamu!n)      Cih, mereka tidak kenal siapa aku!

Ceh Menyatakan perasaan tidak puas hati

o)      Ceh,usah membantah kata-kataku ini!

Bedebah Menyatakan perasaan marah p)      Bedebah, berani engkau tendang aku!Syabas Menyatakan perasaan gembira,

puas, memuji atau ucap tahniahq)      Syabas, akhirnya kamu berjaya juga!

Alahai Menyatakan perasaan menghina r)       Alahai, ini pun kamu tidak tahu buat!Alamak Menyatakan perasaan terkejut s)      Alamak, sudah pagi pun!Ha Menyatakan perasaan hairan t)       Ha, kamu yang menang!Ya-Allah Menyatakan perasaan terkejut u)      Ya-Allah, apa akan berlaku nanti!Masya- Allah

Menyatakan perasaan marah atau hairan

v)      Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu!

Page 2: KATA SERU

Soalan

1. Isi  tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

1.   “___________, cantik sungguh rumah baru kamu ini! Kata Su Anne kepada Hanna.    A. Aduh                C. Eh    B. Wah                D. Cis

2.    _________ , rupa-rupanya aku tertinggal bekalan di rumah!    A. Oh                C. Aduh    B. Ah                D. Cih

3.   “_____________ , sakitnya gigiku! Kata Fairuz.    A. Nah                C. Aduh    B. Wah                D. Amboi

4.   Pesan Mazlan kepada Borhan ”_________ adikku, ingatlah bahawa Peperiksaan UPSR        sudah dekat”.    A. Oh                C. Wahai    B. Amboi            D. Aduhai

5.   ”_________ , makcik rupa-rupanya!”    A. Hai                C. Eh    B. Wah                D. Cis

6.   “_________ , cantiknya bunga-bunga di taman ini !”    A. Ah                C. Amboi    B. Cis                D. Wahai

7.   “_________ , anak-anakku, belajarlah bersungguh-sungguh!”    A. Wahai            C. Eh    B. Amboi            D. Aduh

8.   ”_________ , aku tak mahu ke sana lagi!”    A. Ah                C. Wah    B. Hai                D. Eh

9.   “_________ , saya Munirah! Selamat datang ke sekolah ini.    A. Eh                C. Hai    B. Oh                D. Aduhai

10.   ”_________ , sakitnya betisku ini!” kata Wak Leman.    A. Amboi            C. Ah    B. Aduh                D. Cis

Page 3: KATA SERU

2. Isikan tempat kosong di bawah dengan kata seru yang sesuai :_____________________________________________________________________Aduh Aduhai Amboi Wahai Cis Wah Nah Syabas Hai Oh Eh

1.)    ______________, sudah lama kita tidak berjumpa !

2.)    ______________, kamu rupa-rupanya yang mengambil pensel aku !

3.)    ______________, kamu berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan

Bahasa Melayu.

4.)    ______________, malangnya nasib pemuda yang ditimpa kemalangan di jalan raya

itu.

5.)    ______________, kawan-kawan, mari kita ke kantin bersama-sama!

6.)    ______________, merahnya baju awak !

7.)    ______________, cubalah kek yang saya buat ini !

8.)    ______________, rupa-rupanya awak yang mencuri duit aku !

9.)    ______________, malangnya mangsa-mangsa di Indonesia yang ditimpa bencana

bumi seperti tsunami dan gempa bumi.

10.) _____________, sakitnya gigi aku !

11.) _____________, cantiknya bunga ini !

12.) _____________, berani kamu menggangu adikku !

13.) _____________, ambillah wang ini !

14.) _____________, kamu telah mengambil tempat pertama dalam pertandingan

melukis itu !

15.) _____________, peningnya kepala aku ini !