mukadimah - police.gov.bn documents/panduan kejiranan pdf/panduan kejiranan.pdfmukadimah...

11

Upload: doanminh

Post on 16-Jun-2019

289 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MUKADIMAHAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji bagi Allah, seru sekian alam, selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, keluarga Baginda, sahabat-sahabat serta pengikut-pengikut Baginda yang taat lagi setia hingga ke akhir zaman.

Syukur dipanjatkan kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengannya Pasukan Polis Diraja Brunei sekali lagi telah menerbitkan sebuah buku panduan yang diberi nama ‘PANDUAN PENGAWASAN KEJIRANAN’.

Buku panduan yang sama telah dicetak pertama kali lebih kurang 25 tahun yang lalu dan mengandungi garispandu pentadbiran serta fungsi-fungsi ahli Pengawasan Kejiranan yang dihasratkan menjadi panduan semua pihak yang terlibat dalam usaha membanteras jenayah di Negara Brunei Darussalam.

Dengan wujudnya buku panduan baru yang dikemaskinikan ini, Insya Allah Pasukan Polis Diraja Brunei telah memperbaiki sistem pentadbiran dan pemahaman Pengawasan Kejiranan, ahli-ahli yang telah dilantik boleh merujuk buku panduan ini dalam sama-sama berusaha menuju ke arah keselamatan dan kesejahteraan Negara serta dapat bersama-sama dalam menyumbangkan penurunan aktiviti-aktiviti jenayah, pelanggaran peraturan dan undang-undang melalui program-program Pengawasan Kejiranan yang akan diungkayahkan.

Semoga dengan adanya buku panduan ini dapatlah maklumat disalurkan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei dengan lebih berkesan dan mudah difahami semasa menjalankan aktiviti-aktiviti Pengawasan Kejiranan dari masa ke semasa.

PENGERUSI JAWATANKUASA TERTINGGIPENGAWASAN KEJIRANAN TAHUN 2014

KANDUNGAN BUKU PANDUAN

1. Petikan Titah

2. Visi dan Misi

3. Logo dan Moto Pengawasan Kejiranan

4. Tujuan Penubuhan Pengawasan Kejiranan

5. Peranan Pihak Daerah Polis dan Balai Polis

6. Peranan Ahli Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan

7. Ahli Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan

7.1 Struktur Ahli Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan

7.2 Syarat-Syarat Menjadi Ahli

7.3 Lantikan Menjadi Ahli

8. Peranan Ahli Pengawasan Kejiranan

9. Tindakan Yang Tidak Boleh Dibuat Atau Dilakukan Oleh Ahli Pengawasan Kejiranan

10. Carta Ahli Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan

11. Nombor Panggilan Kecemasan, Ibu Pejabat Daerah Polis, Balai-Balai Polis dan Pos-Pos Polis Seluruh Negara.

1.0 Petikan Titah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIAPADUKA SERI BAGINDA SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

“Maka atas asas inilah, kita telah mengadakan berbagai projek dan gerakan yang teratur untuk kepentingan keamanan dan keharmonian Negara serta kesejahteraan rakyat dan penduduk, seperti projek ‘Kejiranan Kampong’ yang telah diperkenalkan itu, dan kemudian terhadap Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampong dan ketua-ketua rumah panjang juga telah diberikan latihan-latihan melalui beberapa cara, seperti melalui taklimat-taklimat dan penerangan-penerangan yang berkaitan dengan keamanan, pentadbiran kerajaan, dan sekaligus memperkenalkan tanggungjawab dan peranan mereka sebagai pemimpin dan ketua masyarakat di tempat atau kampong masing-masing.”

SEMPENA HARI KEPUTERAAN BAGINDA KE – 45 TAHUNPADA 15 JULAI, 1991

“Dan sebagai hasrat untuk melihat Negara ini benar-benar selamat, maka baru-baru ini kerajaan telah mengadakan rancangan ‘Pengawasan Kejiranan Kampong’ yang dikelolakan oleh pihak Polis. Ianya dimaksudkan sebagai langkah untuk melahirkan kerjasama yang rapat di antara pihak kerajaan dan orang ramai dalam hal mempastikan, bahawa keamanan di Negara ini adalah benar-benar wujud. Dan ada pun penglihatan orang ramai itu, ialah sebagai menepati konsep kita bernegara: ‘Sekapal Satu Nakhoda’.

SEMPENA KEDATANGAN TAHUN BARU MASIHI 1991

Kita tidak mahu Negara Brunei Darussalam menjadi tempat penghijrahan bagi anasir-anasir yang tidak disenangi di tempat mereka sendiri. Sesungguhnya perkembangan mutakhir yang telah mencatatkan beberapa insiden terbaru setakat ini, adalah menjadi ujian dan cabaran berat kepada pihak-pihak penguatkuasa dan juga masyarakat. Sehubungan dengannya, juga ‘Kejiranan Kampong’ eloklah dikemaskinikan atau diluaskan lagi fungsinya, sehingga benar-benar dapat menyumbang untuk sama-sama mengatasi jenayah.

SEMPENA SAMBUTAN ISRAK DAN MIIKRAJPERINGKAT NEGARA TAHUN 1424 HIJRAHPADA 27 REJAB / 24 SEPTEMBER, 2003M

2.0 Visi Dan Misi

VISI

‘BERSAMA MENCEGAH JENAYAH KE ARAH KEAMANAN DAN KESELAMATAN’

MISI

‘BERSAMA MASYARAKAT MENDUKUNG UNDANG-UNDANG DALAM MEMELIHARA KEAMANAN DAN KESTABILAN NEGARA’

Dua garis bulatan berwarna kuning melambangkan Negara Brunei Darusslam sebagai sebuah negara Melayu Islam beraja manakala warna biru antara dua garis bulatan kuning menunjukkan kewujudan Pasukan Polis di Negara Brunei Darussalam.

Gambaran dalam bulatan putih melambangkan kehadiran anggota Polis (warna biru) di tengah-tengah kumpulan masyarakat (warna kuning).

Gambaran berjabat tangan melambangkan masyarakat awam mempunyai hubungan rapat dengan Pasukan Polis dalam sama-sama mengekalkan keamanan, keselamatan, kesejahteraan dan keharmonian Negara.

Bentuk logo yang bulat melambangkan perpaduan serta kerjasama antara Pasukan Polis Diraja Brunei dan masyarakat yang terus terjalin dan tiada penghujungnya.

MOTO

‘BERSAMA JIRAN MENCEGAH JENAYAH’

Tujuan Penubuhan Pengawasan Kejiranan

Pengawasan Kejiranan ditubuhkan dengan tujuan untuk menanamkan kefahaman dan kesedaran dikalangan orang ramai tentang kepentingan untuk sama-sama bertanggungjawab menjaga keamanan dan kestabilan negara.

Sebagai gandingan di antara orang ramai dan Pasukan Polis Diraja Brunei dalam melaksanakan pencegahan jenayah dan kawalan keselamatan secara sukarela.

Mengamalkan sifat hormat-menghormati antara satu sama lain dan menyemaikan rasa muhibah serta kesefahaman dalam hidup bermasyarakat dan bernegara.

Bekerjasama dan berbincang dalam menyediakan atau menyusun program aktiviti pencegahan jenayah, kebajikan dan sosial dengan melibatkan masyarakat di sesebuah kawasan.

Menyalur sebarang maklumat yang berkepentingan seperti keselamatan atau jenayah kepada Pasukan Polis Diraja Brunei.

Menyampaikan nasihat dan saranan yang diterima daripada Pasukan Polis Diraja Brunei kepada masyarakat.

3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

4.0

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

4.6

3.0 Logo dan Moto Pengawasan Kejiranan

Pegawai Pemerintah Daerah Polis berperanan melaksanakan kaedah dan taktik gandingan antara pasukan polis dan masyarakat bagi mencapai visi Pengawasan Kejiranan. Pegawai Penguasa Balai Polis berperanan merancang dan melaksanakan operasi dan aktiviti pencegahan jenayah bersama ahli Pengawasan Kejiranan.

Peringkat Daerah Polis dan peringkat Balai Polis juga memantau mekanisma perhubungan di antara Pegawai Pemerintah Daerah Polis dengan Penghulu Mukim selaku penasihat kepada Pengawasan Kejiranan di dalam mukimnya dan memantau mekanisma perhubungan diantara Pegawai Penguasa Balai Polis dengan Ketua Kampong selaku Pengerusi bagi Pengawasan Kejiranan bagi kampong masing-masing

Merancang program pencegahan jenayah bagi ahli Pengawasan Kejiranan yang terdapat di bawah kawasan masing-masing dalam sama-sama menangani masalah yang berkaitan dengan jenayah dan pelanggaran undang-undang di kampong.

Merancang program menjurus kepada meningkatkan hubungan di antara pihak Polis dengan orang awam termasuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai dengan jenayah dan pencegahannya.

Mengongsikan maklumat mengenai dengan tren jenayah dan individu atau penjenayah yang tinggal di kawasan berkenaan supaya akan dapat dikenali oleh setiap lapisan masyarakat di kawasan berkenaan.

Memastikan diperingkat Balai dan Pos menjalankan aktiviti lawatan ke kampong-kampong dan berbincang mengenai masalah yang berhubung kait dengan keselamatan dan keamanan.

Peranan Ahli Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan

Sentiasa Memelihara perhubungan yang baik di kalangan ahli-ahli Pengawasan Kejiranan masing-masing.

Memberikan bantuan dan kerjasama kepada pihak Daerah Polis dan Balai Polis.

Menyalurkan maklumat berhubungkait dengan kejadian jenayah dan aktiviti tidak bermoral ke Balai Polis berhampiran.

Bertanggungjawab menyertai operasi pencegahan jenayah merancang dan melaksanakan program kebajikan dan sosial bersama Pegawai Menguasa Balai-balai Polis.

Menghadiri setiap mesyuarat, permuzakarahan, perjumpaan dan ikut serta dalam acara-acara yang telah disusun atur dan memberi pandangan-pandangan yang membina.

Mengongsikan sebarang saranan, nasihat dan makluman dari Pasukan Polis kepada ahli PK dan orang ramai dikawasan masing-masing.

5.1

5.2

5.3

5.4

5.5

5.6

5.7

5.0 Peranan Pihak Daerah Polis Dan Balai Polis 6.0

6.1

6.2

6.3

6.4

6.5

6.6

Ahli Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan

7.1 Struktur Ahli Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan

Ahli Jawatan Kuasa terdiri daripada:

Penasihat (Penghulu) Pengerusi (Ketua Kampong) Timbalan Pengerusi Setiausaha Ahli Pengawasan Kejiranan

7.2 Syarat-Syarat Menjadi Ahli

7.0

Jawatan Penasihat dipegang oleh Penghulu Mukim mengikut jawatan manakala jawatan Pengerusi dipegang oleh bagi Ketua Kampong mengikut jawatan.

Rakyat atau Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam.

Bermastautin di kawasan Pengawasan Kejiranan (PK) yang ditubuhkan.

Berumur 18 tahun ke atas.

Mempunyai rekod bersih daripada jenayah dan keselamatan.

Terbuka kepada Lelaki dan Perempuan.

Jumlah keahlian hendaklah tidak melebihi 20 orang.

Pengerusi Pengawasan Kejiranan berperanan melantik Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan ahli daripada mereka yang telah lulus proses tapisan keselamatan

Tempoh keahlian bagi Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan ahli adalah selama 5 tahun.

Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dihadapkan kepada pengerusi PK. Pengerusi berperanan untuk menyokong permohonan berkenaan atau sebaliknya. Pemohon yang dipilih oleh pengerusi akan melalui prosess tapisan keselamatan yang dijalankan oleh pihak Polis.

7.2.1

7.2.2

7.2.3

7.2.4

7.2.5

7.2.6

7.2.7

7.2.8

7.2.9

7.2.10

Keahlian akan ditamatkan jika ahli melakukan kesalahan jenayah atau atas sebab lain mengikut sokongan daripada pengerusi PK.

Anggota Polis yang masih berkhidmat tidak boleh menjadi ahli kecuali mantan Polis yang bermastautin atau tinggal di kawasan tersebut.

Lantikan Menjadi Ahli

Pasukan Polis Diraja Brunei akan mengeluarkan Pas Pengenalan Ahli PK yang tidak boleh ditukar milik.

Jika ahli berpindah, Pas Pengenalan hendaklah diserahkan kepada Pengerusi PK dan dikembalikan kepada Pasukan Polis Diraja Brunei.

Jika ahli yang berpindah berhasrat untuk menjadi ahli PK di tempat baru ia bermastautin, maka ahli tersebut hendaklah memohon kepada Pengerusi PK di kampong berkenaan.

Peranan Ahli Pengawasan Kejiranan

Ahli PK secara sukarela berperanan:

Melibatkan diri dalam gandingan bersama Pasukan Polis Diraja Brunei mengekalkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan persekitaran.

Memata-matai keselamatan jiran dan penduduk di persekitaran kejiranan.

Mengambil perhatian dan mengawasi gerak-geri pendatang atau orang yang tidak dikenali masuk dan tinggal di persekitaran kejiranan.

Membuat rondaan pada waktu yang bersesuaian secara bergilir-gilir untuk mencegah dari terjadinya kes-kes jenayah.

Membuat kerja kebajikan dan sosial secara bergotong-royong seperti membersihkan sesebuah kawasan atau bangunan supaya tidak disalah gunakan oleh anasir-anasir yang tidak diingini bagi keselamatan penduduk.

7.2.11

7.2.12

7.3

7.3.1

7.3.1

7.3.1

8.0

8.1

8.2

8.3

8.4

8.5

Memasuki sebuah bangunan atau rumah dengan tujuan untuk memeriksa atau mengeledah.

Membuat atau mengadakan SEKATAN JALAN RAYA (ROAD BLOCK).

Membuat atau mengadakan pemeriksaan ke atas bot, perahu atau kapal.

Menahan seseorang dan memeriksa tubuh badan dengan tujuan mendapatkan sebarang DOKUMEN / PASPORT / KAD PENGENALAN.

Menyebabkan atau mendatangkan KECEDERAAN kepada seseorang yang merayau atau menjumpai di kawasan persekitaran kampong.

Menahan atau mengurung seseorang dalam PONDOK KAWALAN ATAU RUMAH dengan tujuan untuk menyusahkan, memalukan atau menjatuhkan maruah.

Menahan seseorang dan menangkap dengan tidak menyerahkan kepada Pegawai Polis, Balai Polis atau Pos Polis yang berdekatan.

Membuat atau melaporkan ADUAN (REPORT) yang palsu dengan tujuan untuk menyusahkan dan menjatuhkan maruah seseorang yang ditangkap atau ditahan.

Tidak melaporkan kejadian kes jenayah yang ia tahu berlaku di persekitaran kampong kepada pihak polis atau pihak yang berwajib mengikut undang-undang.

Dengan sengaja atau bersubahat dalam melakukan sebarang kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

Memberi perlindungan atau bantuan kepada PENDATANG HARAM atau penjenayah memasuki kawasan persekitaran kampong.

9.1

9.2

9.3

9.4

9.5

9.6

9.7

9.8

9.9

9.10

9.11

9.0 Tindakan Yang Tidak Boleh Dibuat Atau Dilakukan Oleh Ahli Pengawasan Kejiranan

Ahli Pengawasan Kejiranan BUKAN ANGGOTA POLIS DIRAJA BRUNEI dan adalah satu kesalahan kepada sesiapa yang melakukan tugas sebagai anggota Polis Diraja Brunei dan adalah menjadi satu kesalahan kepada sesiapa yang melakukan tugas sebagai anggota Polis Diraja Brunei seperti berikut:

PEGAWAIPEMERINTAH

DAERAH POLIS

PEGAWAIPENGUASA

BALAI

PENASIHAT(PENGHULU)

PENGERUSI(KETUA KAMOPUNG)

TIMBALAN

SETIAUSAHA

AHLI-AHLIPENGAWASAN

KEJIRANAN

10.0 Carta Ahli Jawatankuasa Pengawasan Kejiranan

11. Nombor Panggilan Kecemasan, Ibu Pejabat Daerah Polis, Balai-Balai Polis dan Pos-Pos Polis Seluruh Negara

NOTA

NOTANOTA