i malaysia -...

8
012 Oleh AZIZ MUDA KUALA LUMPUR: Gejala rasuah dan agenda mencetuskan huru-hara dengan pelbagai tindakan provokasi oleh samseng-samseng Umno-BN sepanjang kempen PRU13 kali ini, tidak diendahkan oleh pihak berkuasa termasuklah SPR. Menurut AJK PAS Pusat, Khalid Samad, PRU13 kali ini menyaksikan rasuah makin menjadi-jadi dilakukan Umno-BN dan ini boleh dibuktikan dengan pendedahan seorang penganalisis politik terkemuka di rantau Asia Tenggara, Dr Bridget Welsh pada 23 April lalu yang mengatakan PRU13 telah menjadi- kan pilihan raya termahal di Asia Tenggara oleh Dato' Seri Najib Tun Razak. Menurut Dr Bridget Welsh, seorang Professor Madya Sains Politik John Hopkins University, Najib telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 bagi setiap pengundi untuk PRU13. Perbelanjaan sebanyak RM4,364 bagi setiap pengundi itu adalah yang Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS Mengundilah dengan tanpa rasa takut. Mengundilah dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh keyakinan bahawa pangka- han kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua." DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG I Presiden PAS Kakitangan kerajaan mula memahami corak pentadbiran PAS yang mengutamakan integriti dan tiada rasuah InsyaAllah saya akan bantu Pakatan tapi sekali lagi nak saya sebut, saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat. Saya akan berikan nasihat terbaik untuk tentukan tidak ada sesuatu masalah kesela- matan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak." TAN SRI MUSA HASSAN I Penasihat Keselamatan Pakatan Rakyat m2 m5 KHALID SAMAD Peluang terbaik selamatkan Malaysia mahupun campur tangan politik dalam menentukan sebarang keputusan berkaitan kakitangan awam." DATO’ PHAHROLRAZI ZAWAWI I Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah samseng dan ganas seperti diamlakan BN sekarang. Pakatan katanya, akan bekerja keras untuk menang dengan politik hormoni mengikut lunas-lunas demokrasi. Beliau mengingatkan rakyat, PRU13 adalah peluang terbaik untuk menyelamatkan Malaysia daripada terbeban dengan salahguna kuasa dan ketirisan yang kini mencecah RM28 bilion, dan hutang negara pula dah meningkat sehingga RM540 bilion. "Ini meletakkan negara dalam keadaan amat merbahaya," katanya. terbesar di Asean, ujarnya dan perkara ini telah didedahkan oleh Dr Bridget Welsh dalam artikelnya di Malaysia. Katanya, Najib juga telah membe- lanjakan RM57.7 bilion bermula dari hari beliau menjadi Perdana Menteri sehingga sebelum parlimen dibubarkan dalam insentif pilihan- raya. "Najib telah membelanjakan RM46.7 bilion dalam pembangunan sasaran berjanji dan RM11.0 bilion dalam program 1Malaysia. Dua komponen terbesar itu, menurut Dr Bridget, adalah bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia," katanya kepada Bang- kit. Khalid juga menolak pollitik Sultan puji pentadbiran Kerajaan Kedah

Upload: dangkhuong

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: I Malaysia - epaper.harakah.net.myepaper.harakah.net.my/document/098207240654610630-9800/harakah... · rasuah dan agenda mencetuskan ... Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS

012

Oleh AZIZ MUDA

KUALA LUMPUR: Gejala rasuah dan agenda mencetuskan huru-hara dengan pelbagai tindakan provokasi oleh samseng-samseng Umno-BN sepanjang kempen PRU13 kali ini, tidak diendahkan oleh pihak berkuasa termasuklah SPR.

Menurut AJK PAS Pusat, Khalid Samad, PRU13 kali ini menyaksikan rasuah makin menjadi-jadi dilakukan Umno-BN dan ini boleh dibuktikan dengan pendedahan seorang penganalisis politik terkemuka di rantau Asia Tenggara, Dr Bridget Welsh pada 23 April lalu yang mengatakan PRU13 telah menjadi-kan pilihan raya termahal di Asia Tenggara oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

Menurut Dr Bridget Welsh, seorang Professor Madya Sains Politik John Hopkins University, Najib telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 bagi setiap pengundi untuk PRU13.

Perbelanjaan sebanyak RM4,364 bagi setiap pengundi itu adalah yang

Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS

Mengundilah dengan tanpa rasa takut. Mengundilah dengan jiwa yang merdeka. Mengundilah dengan penuh

keyakinan bahawa pangka-han kecil yang kita lakukan pada hari ini akan mengubah nasib masa depan kita semua."

DATO' SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANGI Presiden PAS

Kakitangan kerajaan mula memahami corak pentadbiran PAS yang mengutamakan integriti dan tiada rasuah

InsyaAllah saya akan bantu Pakatan tapi sekali lagi nak saya sebut, saya tidak terlibat politik. Siapa nak nasihat

saya, saya akan bagi untuk kebaikan negara dan rakyat. Saya akan berikan nasihat terbaik untuk

tentukan tidak ada sesuatu masalah kesela-matan akan berlaku daripada kedua-dua belah pihak."

TAN SRI MUSA HASSANI PenasihatKeselamatan Pakatan Rakyat

m2 m5

KHALID SAMAD

Peluang terbaikselamatkanMalaysia

mahupun campur tangan politik dalam menentukansebarang keputusan berkaitan kakitangan awam."

DATO’PHAHROLRAZI ZAWAWII Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah

samseng dan ganas seperti diamlakan BN sekarang. Pakatan katanya, akan bekerja keras untuk menang dengan politik hormoni mengikut lunas-lunas demokrasi.

Beliau mengingatkan rakyat, PRU13 adalah peluang terbaik untuk menyelamatkan Malaysia daripada terbeban dengan salahguna kuasa dan ketirisan yang kini mencecah RM28 bilion, dan hutang negara pula dah meningkat sehingga RM540 bilion.

"Ini meletakkan negara dalam keadaan amat merbahaya," katanya.

terbesar di Asean, ujarnya dan perkara ini telah didedahkan oleh Dr Bridget Welsh dalam artikelnya di Malaysia.

Katanya, Najib juga telah membe-lanjakan RM57.7 bilion bermula dari hari beliau menjadi Perdana Menteri sehingga sebelum parlimen dibubarkan dalam insentif pilihan-raya.

"Najib telah membelanjakan RM46.7 bilion dalam pembangunan sasaran berjanji dan RM11.0 bilion dalam program 1Malaysia. Dua komponen terbesar itu, menurut Dr Bridget, adalah bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia," katanya kepada Bang-kit.

Khalid juga menolak pollitik

Sultan puji pentadbiranKerajaan Kedah

Page 2: I Malaysia - epaper.harakah.net.myepaper.harakah.net.my/document/098207240654610630-9800/harakah... · rasuah dan agenda mencetuskan ... Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS

BANGKIT • 3 - 5 Mei 2013 • 22 - 24 Jamadilakhir 1434 • HARAKAH2 KEMPEN KOTOR BN

Oleh AZAMIN AMIN

BN pernah mencabar bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Kedah hanya mampu bertahan selama 3 bulan sahaja, namun pentadbiran Ustaz Azizan Razak berjalan dengan cemerlang sehingga Dun dibubarkan.

Bertali-arus BN mendakwa Ustaz Azizan dan pasukannya telah gagal mentadbir Kedah. Re-alitinya Kedah menunjukkan rekod baik, seperti dilaporkan Ketua Audit Negara.

Namun testimoni terbaik ialah saban tahun Sul-tan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muíadzam Shah, kini Yang di-Pertuan Agong memuji pentadbiran Ustaz Azizan dan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

1. Meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat“Sebagai sebuah negeri yang mengutama-

kan rakyat, kerajaan negeri telah sedaya upaya memeberi bantuan kepada golongan fakir miskin dan golongan yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum.

“Kerajaan negeri juga membantu rakyat yang ditimpa bencana alam seperti mangsa ribut, beta

menyeru pelbagai pihak untuk berganding bahu dengan kerajaan negeri membantu mereka yang memerlukan kerana amalan seperti ini dituntut oleh ajaran Islam,” titah baginda pada 22 Januari 2013, di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit.

2. Pembaharuan dan kemajuan pembangunan “Beta amat sukacita kerana Kedah sentiasa

aman dan sejahtera setiap masa. Walaupun terdapat beberapa peristiwa hangat yang berlaku akhir-akhir ini, tetapi ia dapat dikawal hasil ker-jasama Kerajaan Negeri dan rakyat.

“Tidak ada peristiwa yang tidak diingini ber-laku dan rakyat yakin dengan kestabilan politik negeri ini,” titah baginda, di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, 15 Januari 2012.

3. Pelan Strategik Kedah Sejahtera Baginda bertitah d sidang Dun pada 15 Novem-

ber 2011, melalui pelan tersebut, perancangan dan pelaksanaan projek pertanian, akuakultur, pem-buatan, pelancongan, prasarana dan pembangu-nan insan telah memberi impak positif kepada ekonomi serta meningkatkan taraf hidup rakyat.

4. Meningkatkan kualiti hidup rakyat berpenda-

patan rendahBaginda bertitah, corak pentadbiran yang

mendukung tinggi prinsip keadilan tanpa men-gira kaum dan agama amat dipuji.

“Skim Kifalah ... dengan memberi bantuan RM500 kepada kepada keluarga termiskin yang meninggal dunia akan dapat membantu merin-gankan beban bagi membiayai kos pengurusan jenazah kepada seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” titah baginda, di Istana Anak Bukit, 17 Januari 2010.

5. Puji pembentangan Bajet“Beta berbangga den-

gan langkah kerajaan yang mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak 30% dan perbelanjaan mengurus sebanyak 10% selaras dengan konsep perbelanjaan berhe-mah,” titah baginda di sidang Dun, 18 November 2008.

Baginda memuji program pembangunan yang seimbang antara pembangunan fi zikal dan kerohaniah dan menyeru supaya bentuk pembangunan yang dilaksanakan dapat mem-beri nilai tambah kepada pendapatan rakyat sama ada dalam aktiviti pertanian, pembuatan, perkhidmatan ataupun pelancongan.

Sultan puji pentadbiran Kerajaan Kedah

KUALA LUMPUR: Sepanjang tempoh berkempen PRU13, Umno-BN selamba menyalahgunakan harta awam termasuk memperalat agensi kerajaan bagi kepentingan politik parti itu.

Sekolah, stadium dan padang awam antara harta kerajaan yang menjadi seperti milik parti Umno-BN.

Padang Pekan Kuala Penyu dan Yayasan Sabah di negeri itu dis-alahguna oleh Umno-BN, 23 April lalu apabila Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib Tun Razak berucap dalam majlis kononnya ‘bersama rakyat’ tetapi sebenarnya program bersama penyokong parti itu.

Keangkuhan Najib selepas harta dan agensi kerajaan dicabul semakin ketara apabila dilaporkan berkata, beliau hanya melihat gelombang biru tanpa ada “warna lain” sam-bil terus mendakwa memperoleh sokongan tidak berbelah bahagi rakyat Sabah terhadap kepada parti dacing itu.

Lima hari selepas itu, SJKC San Yuk di Rawang pula menjadi tem-pat berkempen BN apabila Na-jib menghentam Pakatan Rakyat kononnya “takut” dengan pelak-sanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Seterusnya, Dewan Orang Ra-mai Kampung Sendayan men-jadi lokasi pelancaran Sisipan Aku Janji BN Negeri Sembilan oleh Pengerusi BN negeri itu, Dato’ Seri Mohamad Hasan Mohamad Hasan, 25 April lalu.

Malah, sentimen politik jelas ketara apabila Hasan dilapor-kan mendakwa manifesto Pakatan Rakyat sebagai ‘tidak masuk akal’ dan membawa ketidakstabilan ter-hadap negara dan rakyat teruta-manya dalam aspek ekonomi.

Stadium Indera Mulia di Ipoh turut menjadi mangsa kebiadapan Umno-BN terhadap semangat demokrasi selepas dijadikan lokasi pelancaran Jentera PRU13 BN Perak pada 12 April.

Harta awam, agensikerajaan dicabul Umno-BNKUALA LUMPUR: Terdesak den-

gan trend sokongan terbuka ramai bekas pegawai tinggi anggota kes-elamatan tanahair kepada Pakatan Rakyat, Pengerusi BN, Dato’ Seri Najib Tun Razak terus melakukan rasuah bagi membeli undi termasuk kepada pasukan tentera.

Berucap pada Program Ramah Mesra Perdana Menteri bersama warga Kem Batu 10 di Kuantan, 28 April lalu, perlakuan rasuah Najib melalui kenyataannya bukan lagi se-cara berselindung.

Beliau yang menyalaguna majlis kerajaan bagi kepentingan politik parti mendabik dada mengakui fa-ham selok-belok keperluan angkatan tentera dengan menyebut pengala-mannya sebagai Menteri Pertahanan selama 14 tahun.

Memetik laporan Bernama, Najib cuba merasuah tentera akan memasti-kan kebajikan mereka, latihan, logistik dan keperluan ATM dipertingkatkan.

Sambil merasuah dan mengek-sploitasi penjawat awam, Najib juga sempat berkempen memburukkan Pakatan Rakyat.

Beliau mendakwa hatinya amat pedih konon anggota tentera diper-lekehkan dengan mengitar semula dakwaan sandiwara di sebalik keja-dian pencerobohan pengganas asing bersenjata di Lahad Datu Februari lalu.

Tindakan Najib itu sekaligus me-langgar Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International Malaysia (TI-M) yang ‘gatal’ ditandatangan-inya pada 20 Februari lalu.

Ikrar tersebut yang disaksikan Tim-balan Pesuruhjaya (Operasi) Suru-

hanjaya Pencegahan Rasuah Ma-laysia (SPRM), Dato’ Mohd. Shukri Abdul dan Presiden TI-M, Dato’ Paul Low antara lain didakwa komit-men Najib terhadap pelaksanaan agenda negara dalam membanteras rasuah terutamanya semasa PRU13.

Namun, cabaran Najib supaya pemimpin Pakatan Rakyat turut me-nandatangani ikrar tersebut hanya la-konan semata-mata apabila selepas itu Najib terus merasuah rakyat se-bagai kempen bagi Umno-BN yang sedang Nazak itu.

Rasuah kempen, Najib langgar ikrar integriti

Politik ‘ganas’ hanya provokasi BN cetuskan ketakutanKUALA LUMPUR: Tindakan keganasan pihak-pihak ter-tentu yang melakukan letupan di markas-markas dan bilik-bilik gerakan Pakatan Rakyat dan BN amat dikesali.

Tindakan seperti itu tidak boleh diterima sama sekali oleh rakyat negara ini kerana ia bercanggah dengan peradaban dan tata susila masyarakat Malaysia yang cinta-kan keamanan.

Lebih jauh dari itu, ia juga boleh menimbulkan kecemasan kepada orang ramai, di samping mence-markan kempen pilihanraya dan mengganggu proses demokrasi

yang sepatutnya dihidupkan den-gan subur di negara ini.

Lebih dikesali apabila terda-pat pula kecenderungan pihak tertentu yang cuba mengaitkan aktiviti keganasan itu dengan Pakatan Rakyat, bagi menimbul-kan persepsi negatif di kalangan pengundi terhadap Pakatan.

Pada hal sebelum bilik gerakan BN di Nibong Tebal, Sungai Besar dan Jelapang diletupkan pada 24 dan 25 April lalu, sebuah markas PAS di Ipoh, Perak telah diletup-kan oleh pihak tertentu hanya dua hari selepas penamaan calon pada 20 April lalu.

Sebelum itu, samseng Umno-BN telah melakukan beberapa tin-dakan keganasan ke atas beberapa program PAS, Pakatan Rakyat dan program jelajah Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), sehingga turut menced-erakan pesertanya, para pemimpin serta ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat.

Pada 3 Februari 2012, tingkat bawah rumah dan kereta Tim-balan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dzulkefl y Ahmad di Taman Universiti telah hangus terbakar akibat sabotaj pihak tertentu pada kejadian yang berlaku pada 3.40

pagi tadi.Dzulkefl y dan keluarganya yang

ketika itu sedang tidur dikejutkan dengan bunyi letupan yang kuat dan beliau bergegas menyuruh ahli keluarganya keluar dari rumah melalui pintu belakang untuk menyelamatkan diri.

Sebiji tong minyak 5 liter yang terdapat kesan-kesan minyak tanah telah dijumpai berhampiran rumah beliau dan telah diambil oleh pihak polis untuk dilakukan siasatan lanjut.

Ibu pejabat KeADILan dan bas Jelajah Merdeka Rakyat juga sudah berulang kali diserang oleh

para pengikut Umno-BN yang biadap terhadap seteru politiknya.

Kesemua tindakan tidak sihat itu telah dapat dikesan oleh pihak Pakatan Rakyat dilakukan oleh samseng Umno, bagi menimbul-kan huru-hara dalam program anjuran Pakatan Rakyat.

Oleh itu, tuduhan pihak tertentu yang cuba mengaitkan tindakan tidak sihat itu dengan Pakatan Rakyat ternyata melampau dan tidak berasas, apatah lagi senario politik ketika ini jelas menunjuk-kan budaya samseng dan huru-hara itu dibawa oleh Umno-BN sendiri.

Page 3: I Malaysia - epaper.harakah.net.myepaper.harakah.net.my/document/098207240654610630-9800/harakah... · rasuah dan agenda mencetuskan ... Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS

HARAKAH • 3 - 5 Mei 2013 • 22 - 24 Jamadilakhir 1434 • BANGKIT 3KEMPEN KOTOR BNREAKSI

Rasuah, huru-hurupandang sebelah mata

Berikut pandangan AJK Kerja PAS Pusat, Khalid Samad mengenai rasuah dan huru-hara dalam PRU13 yang dilakukan BN. Ikuti butiran lanjut bersama wartawan kanan AZIZ MUDA.

Laporan AZIZ MUDA, ARIF ATAN & NYZA AYOB

KUALA LUMPUR: Kenyataan pihak polis mengenai kawasan-kawasan panas pada PRU13 menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai, apabila dikait-kan kawasan itu tenat untuk BN.

Pada hal kawasan panas sepatutnya dirujuk kepada kawasan “tegang” dan ada kemungkin tercetus kekacauan bu-kannya kawasan yang dianggap BN akan kalah dalam pilihanraya.

Namun kenyataan pihak polis ber-hubung istilah panas itu dilihat lebih tera-rah kepada kemungkinan yang negatif kepada Umno-BN, sehingga dilihat selaras dengan klasifi kasi yang diberikan oleh Umno-BN itu.

Sehubungan itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Dato’ Abdul Rahim Hanafi dalam kenyataan kepada media selepas menyempurnakan upacara pemakaian lencana pangkat bagi anggota pang-kat rendah Kontinjen Pulau Pinang di Georgetown pada 30 Mac lalu berkata, kawalan keselamatan akan diberi perha-tian oleh pihak polis terutama di kawasan panas dan berhampirannya bagi menge-lakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Khemah dan pondok polis juga akan diwujudkan di beberapa kawasan yang bersesuaian, bagi memantau dan men-jaga ketenteraman awam di kawasan

berkenaan sepanjang tempoh PRU13.Antara kawasan panas yang dimak-

sudkan oleh Umno-BN dan Abdul Rahim itu termasuklah kawasan Parlimen Kepala Batas (termasuk Dun Penaga dan Pinang Tunggal), Parlimen Tasek Gelugor (termasuk Dun Sungai Dua dan Telok Ayer Tawar), Parlimen Permatang Pauh (termasuk Dun Permatang Pasir dan Penanti),

Parlimen Nibong Tebal (termasuk Dun Sungai Bakap), Parlimen Balik Pulau, Parlimen Bayan Baru dan Parli-men Tanjong (termasuk Dun Padang Kota).

Di Perak, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Dato’ Mohd Dzuraidi Ibrahim ketika bercakap kepada pem-berita selepas Perbarisan Peringatan Hari Polis Ke-206 di Ipoh pada 25 Mac lalu berkata, polis telah mengenal pasti enam atau tujuh daerah yang dipercayai kawasan berisiko bagi sesetengah pihak mencetuskan provokasi.

Beliau bagaimanapun enggan men-dedahkan kawasan tersebut dan jumlah anggota yang akan mengawal keadaan keselamatan pada PRU13.

Namun menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kawasan panas lain di Perak adalah Batu Gajah dan Ipoh Barat sambil menegas-kan pihaknya turut mengenalpasti beber-apa orang yang mungkin menimbulkan kekecohan sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.

Kawasan ‘panas’ polis mengelirukan rakyat

KUALA LUMPUR: Kempen Umno-BN penuh dengan rasuah, sehingga Presiden Umno yang juga Pengerusi BN send-iri, Dato’ Seri Najib Tun Razak secara terang-terangan mengatakan jika BN bagi duit, bagi projek, “aku tolong kamu, kamu tolong aku.”

Selain berkata demikian kepada orang Melayu, dalam beberapa ucapannya di hadapan rakyat bukan Melayu, Najib juga dikesan pernah berkata, “Lu tolong gua, gua tolong lu.”

Kata-kata Najib itu menunjukkan pada pandangannya rakyat sememangnya boleh dirasuah dan dibeli dengan harta benda, bagi membolehkan orang ramai terus menyokong BN, walaupun dalam masa yang sama rakyat ditindas dengan pelbagai cara.

Walaupun diketahui rasuah itu haram, namun untuk kekal berkuasa, pemimpin Umno-BN sanggup mengetepikan hu-kum-hakam dalam Islam, meskipun ia bu-kan sahaja akan merosakkan diri sendiri, tetapi juga negara.

Sesudah dirasuah rakyat khususnya kalangan kontraktor dengan projek, den-gan mengetepikan sistem tender terbuka, rakyat secara keseluruhannya turut dira-suah pula oleh para pemimpin Umno dengan pelbagai bentuk lain.

Antaranya termasuk menerusi BRIM, BR11 dan pelbagai bantuan lain yang sengaja dirancang untuk dilaksanakan se-masa kempen pilihanraya, walaupun kes-emua itu perlu diberikan kepada rakyat secara telus tanpa ditangguhkan kepada musim pilihanraya.

Dengan corak pentadbiran sedemikian hina, tidak hairankan jika indek rasuah di negara kita masih berada pada tahap yang amat memalukan, apabila berada di tangga 54 daripada 183 negara pada ta-hun 2012 lalu.

Walaupun indeks persepsi rasuah yang diumumkan pada tahun 2012 itu menun-jukkan peningkatan yang lebih baik kerana naik 6 anak tangga ke tangga 54, namun markah keseluruhan Malaysia hanya 49 daripada 100 markah.

‘Lu tolong gua, gua tolong lu’

KHALID SAMAD

HARAKAH: Dalam menghadapi pilihanraya, Umno-BN tak lari dengan

rasuah, tetapi PRU kali ini, rasuah semakin bermaharajalela...

KHALID SAMAD: Memang benar, jika dalam banyak pilihan raya, Umno-BN sering lakukan rasuah, tetapi dalam PRU13 ini, rasuah makin menjadi-jadi dilakukan Umno-BN.

Ini boleh dibuktikan dengan pendedahan dibuat seorang penganalisis politik terke-muka di rantau Asia Tenggara, Dr Bridget Welsh pada 23 April lalu yang mengatakan PRU13 telah menjadikan pilihanraya termahal di Asia Tenggara oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Menurut Dr Bridget Welsh, seorang professor madya sains politik John Hopkins University, Perdana Menteri sementara, Dato’ Seri Najib telah membelanjakan RM58 bilion atau RM4,363 bagi setiap pengundi untuk PRU13.

Perbelanjaan sebanyak RM4,364 bagi setiap pengundi itu adalah yang terbesar di Asean. Perkara itu telah didedahkan oleh Dr Bridget Welsh dalam artikelnya di Malaysia.

Perangkaan itu datangnya daripada analisa beliau dalam 4,000 sumber berita se-jak 2009 dan kajian terhadap tiga bajet dan bajet tambahan dari 2010 sehingga 2013.

Apa yang Dr Bridget Welsh anggarkan?Dia menganggarkan pentadbiran Dato’

Seri Najib telah membelanjakan RM57.7 bilion bermula dari hari beliau menjadi Per-dana Menteri sehingga sebelum parlimen dibubarkan dalam insentif pilihanraya.

Najib telah membelanjakan RM46.7 bilion dalam pembangunan sasaran berjanji dan RM11.0 bilion dalam program 1Malaysia. Dua komponen terbesar itu, menurut Dr Bridget, adalah bersifat pengagihan sasaran politik dan perbelanjaan 1Malaysia. Langkah-langkah itu berunsur politik kerana bukan sahaja dicanang dalam bentuk politik, tetapi ia juga disebarkan sebagai sebab-sebab untuk mengundi BN di peti undi nanti. Pembelanjaan terbesar bukannya datang daripada RM5.6 bilion yang digunakan untuk BR1M, tapi di atas langkah-langkah populis lain seperti kenai-kan gaji dan pembinaan sekolah meng-gunakan duit daripada pejabat Perdana Menteri. Wang juga diperuntukkan kepada calon-calon untuk kempen dengan jumlah yang besar.

Bagaimana dengan BR1M?Rakyat boleh ambil pemberian BR1M

dan BR11 itu, tetapi undi jangan undi BN lagi. Rakyat perlu fi kir dan perlu ambil kira, wang sebanyak itu hanyalah digunakan untuk memenangkan BN, bukan untuk perancangan keseluruhan bagi memban-gunkan rakyat dengan perancangan dan cara yang teratur.

Sedangkan kalau wang sebanyak itu digunakan dengan betul bagi perancangan keseluruhan untuk membangunkan rakyat dengan perancangan dan cara yang teratur, ia akan mendatangkan kesan yang jauh lebih baik kepada rakyat, berbanding apa yang dilakukan BN sekarang.

Jadi pendekatan seperti yang dilakukan

oleh BN itu perlu ditolak oleh rakyat. Rakyat jangan lagi mengundi BN pada PRU13 ini.

Kali ini kempen makin “panas” termasuk letupan di sana-sini...

Huru-hara itu sebenarnya hasil daripada perubahan secara universal yang ingin dilakukan Najib dalam BN terutama ber-hubung dengan pemilihan calon-calonnya. Tapi dalam masa yang sama, banyak janji tidak ditepati. Malah calon-calon yang dipi-lih itu adalah yang tak berintegriti dan tidak mendapat sokongan rakyat.

Antara calon yang tidak dapat sokon-gan rakyat termasuklah Zulkifl i Nordin dan Ibrahim Ali. Ini menyebabkan rakyat tidak puas hati. Ramai pemimpin Umno-BN yang disokong oleh rakyat ditolak. Antaranya termasuklah Naib Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Dato’ Kamalia Ibrahim, sehingga menyebabkan Dato’ Kamalia terpaksa bertanding atas tiket Bebas. Jadi huru-hara itu tercetus akibat perancangan Najib sendiri.

Kesan buruk dialami rakyat jika BN me-nang PRU13?

Semua program dibuat BN menghadapi pilihanraya itu adalah rasuah. BRIM dan BR11 adalah rasuah. Semua itu dilakukan untuk memenangkan BN dalam pilihanra-ya. Sepatutnya duit itu digunakan BN bagi kepentingan rakyat, tetapi digunakan untuk rasuah rakyat pula.

Selain rasuah, di bawah BN turut berlaku salahguna kuasa dan ketirisan. Jumlah ketiri-san sebanyak RM28 bilion. Hutang negara pula dah meningkat sehingga RM540 bilion. Ini meletakkan negara dalam keadaan amat merbahaya. Rakyatlah yang tanggung itu semua.

Akibat tindakan tidak bertanggungjawab para pemimpin Umno-BN, rakyat yang menjadi mangsanya. Bantuan rakyat yang diberikan menerusi BR1M dan BR11 itu pun bukan percuma.

Jika BN menang lagi pada PRU13, itu semua akan diambil balik dengan cara ter-tentu nanti. Selain itu, minyak, tarif elektrik, tol, caj air, harga barangan pasti akan naik jika BN menang lagi nanti. AES dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) juga pasti akan dilaksanakan nanti.

Page 4: I Malaysia - epaper.harakah.net.myepaper.harakah.net.my/document/098207240654610630-9800/harakah... · rasuah dan agenda mencetuskan ... Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS

BANGKIT • 3 - 5 Mei 2013 • 22 - 24 Jamadilakhir 1434 • HARAKAH4 FOKUS PRU13 KEDAH

TANJONG DAWAI: Tempoh panjang kempen PRU13 bukanlah kesempatan untuk bersantai, se-baliknya ia adalah peluang terbaik menemui seramai mungkin pen-gundi, demikian komitmen yang digerakkan calon PAS N.26 Tanjo-ng Dawai, Ustaz Ahmad Fakhrud-din Fakhrurazi.

Untuk itu, jadual padat yang dis-usun kepadanya dijayakan beliau sebaik mungkin dengan harapan dapat memperkenalkan diri dan memastikan pilihan undi untuk Pakatan Rakyat.

Rutin kempennya bermula sea-wal subuh dengan solat di masjid atau surau yang dijadualkan sebe-lum ke warung tumpuan penduduk untuk turut serta bersarapan dan beramah mesra. Pasar hari turut

dikunjunginya sebagai kesempatan menemui ramai penduduk.

Pada tengaharinya, jika tidak menerima undangan kenduri, be-liau bersama para petugas akan berkumpul untuk makan tengahari bersama di Bilik Gerakan dan set-erusnya ke surau atau masjid bagi menyertai jamaah solat Zohor.

Sesi selepas Zohor diisi dengan ziarah ke Unit Peti Undi (UPU) dengan me-nyertai majlis bacaan Yasin serta tazkirah yang disusun oleh Urusan Hal Ehwal Wanita (Halwa).

Manakala selepas berjamaah Asar, Ustaz Fakhruddin dan jen-

tera kempennya turun ke pasar minggu atau gerai-gerai makan menemui pengundi.

Tanpa menghiraukan penat, beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Merbok menjadikan waktu solat Maghrib sebagai masa untuk bertemu den-gan petugas di UPU.

Sementara sebelah malam, beliau akan ber-ceramah tidak kurang dari tiga lokasi cera-mah kelompok yang ditentukan untuknya. Selesai kempen harian-nya, beliau kembali ke Bilik Gerakan untuk mengadakan mengikuti mesyuarat bersama jen-teranya.

Laporan WAN NORDIN WAN YAACOB & IZWAN ABDUL HALIM

PENDANG: Kemasukan bekas pemainbolasepak negara, Sanramsak Kram bersama Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS (DHPP) memberi tamparan hebat kepada Umno-BN.

Sebelum ini, undi kaum Siam hanya terarah kepada Umno-BN dan digelar sebagai “simpanan tetap” BN khasnya di Kedah dan di beberapa negeri lain yang memiliki kaum Siam.

Namun, kemasukan Sanramsak sebenarnya mence-tus kebangkitan pengundi kaum Siam di Kedah dan dibeberapa negeri lain bakal memberi impak maksima kepada agenda menuju Putrajaya.

Bahang kebangkitan itu dapat dirasai dengan sokong-an hampir 4000 masyarakat Siam kepada calon PAS Parlimen Pendang, Mohamad Sabu menjelang pem-buangan undi pada 5 Mei ini.

Malah, semasa program penyerahan borang oleh Sanramsak kepada Calon PAS Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria, kira-kira 200 pengundi Siam setempat di Pedu menyertai program tersebut.

Selepas 55 tahun BN membohongi kaum minoriti ini, mereka bakal melakar perubahan beralih sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Buktinya mereka datang untuk memberi sokongan kepada calon-calon PAS di Parlimen Pendang dan Dun-dun di bawah Parlimen tersebut (Tokai dan Sungai Tiang).

Sebelum ini, undi kaum Siam memenangkan Dato’ Soraya Yaakob di pihak BN pada PRU12 pada tahun 2008, meskipun Pendang berjaya dikekalkan oleh Dr Mohd Hayati Othman sejak tahun 2004 lagi.

Perubahan ini merimaskan BN, kemungkinan besar mereka akan menawarkan “gula-gula politik” kepada kaum ini pada saat akhir sebelum pembuangan undi.

Begitupun, ramai yang yakin kaum Siam tegar untuk melakukan perubahan dtrastik kali ini.

ALOR SETAR: Calon PAS bagi Dun Pengkalan Kundor, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi menegaskan, rakyat Kedah akan tetap memilih PAS sebagai peneraju negeri Jela-pang Padi ini pada 5 Mei ini.

Kata Phahrolrazai, berdepan pilihan raya umum ini, rakyat Kedah secara umumnya cukup se-lesa dengan apa yang dilakukan PAS Kedah sejak lima tahun lalu.

Tambahnya, sejak PAS menerajui negeri, pen-tadbiran Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azi-zan Abdul Razak telah menyelesaikan persepsi kakitangan kerajaan neg-eri yang dahulu agak pesemistik terhadap PAS.

Dalam jangkamasa lima tahun, kakitangan kerajaan mula mema-hami corak pentadbiran PAS yang mengutama-kan integriti dan tiada rasuah mahupun cam-pur tangan politik dalam menentukan sebarang keputusan berkaitan kakitangan awam.“Kita dapat betulkan pan-dangan mereka terhadap kita, pegawai kerajaan ini ada pengar-uhnya, kita telus, dan berintegriti meskipun adalah lemah sana-sini

tetapi kita ini bersih dan mesra, “Berbanding pentadbiran Um-

no dahulu yang ada sifat ego dengan pegawai kerajaan den-gan sikap buat keputusan tanpa hiraukan pandangan kakitangan awam,” katanya lagi.

Selain itu, kerajaan negeri telah banyak membuat perancan-gan semula khasnya di bawah kerajaan tempatan, pihak ke-rajaan negeri telah meluluskan dan me-nyelesaikan 11 dari-pada 12 perancan-gan bandar.

Antaranya kata be-liau, kerajaan negeri telah menyediakan perancangan untuk perumahan dan in-dustri, selain projek-projek yang baru mula bergerak.

Kata Phahrolrazi, bagi merealisasikan perancangan untuk kepentingan rakyat itu, pada PRU13 ini,

rakyat harus mengekalkan kera-jaan pimpinan PAS ini agar ke-langsungan dalam penggal kedua pentadbiran ini dapat menyele-saikan perancangan yang dibuat bagi fasa kedua (pelaksanaan).

Kebangkitan kaum Siam petanda mara ke Putrajaya

Persepsi negatif terhadap PAS berkubur

p ,

k KUBANG ROTAN: Berbeza pendekatan dengan calon lain, calon PAS N.16 Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa memulakan kempen awal dengan mendekati golongan warga emas, uzur dan kanak-kanak.

Beliau mengadakan kunjungan ziarah ke rumah warga emas dan penduduk yang uzur selain kanak-kanak di pengajian pra-sekolah untuk bertemu muka dengan mereka.

Ternyata kehadirannya menyan-tuni golongan ini menceriakan mereka yang dikunjunginya serta membuahkan ikatan kemesraan antara mereka.

Bagi Mohd Nasir, golongan warga emas adalah umpama ibu dan ayahnya serta generasi berjasa yang diperlukan restu mereka untuk mendoakan beliau berjaya dalam usahanya pada penggal ini.

Begitu juga golongan uzur, doa mereka termasuk golongan yang dimakbulkan Allah, maka setelah usahanya selama sepenggal, beliau berharap doa kedua-dua golongan ini akan menghadirkan pertolon-gan Allah untuk beliau mengh-

JITRA: Sebaik sahaja disahkan sebagai calon N.06 Jitra, calon PAS, Dr Rohani Abd Muttalib terus turun menemui bakal pengundinya.

Sikap terbuka dan ramah beliau menyebabkan para pengundi tidak kekok menerima kehadiran beliau dan jentera kempennya, apatah lagi, beliau

sudah tidak asing kepada penduduk Dun tersebut kerana mengenali beliau sebagai pimpinan politik muslimah dan doktor perubatan yang aktif memberi-kan khidmatnya kepada masyarakat se-tempat.

Malah, dalam kesibukan kempen memperkenalkan diri dan menyampai-

kan risalah penerangan itu, beliau masih sempat memberikan khidmat rawatan kepada beberapa orang yang ditemuinya.

Rata-rata yang ditemui beliau mem-beri reaksi positif dengan isyarat bagus dan senyuman dengan harapan Pakat-an kekal di Kedah, malah ke Putrajaya.

Berkempen temui pengundi seawal subuh

Nasir dekati warga emas, uzur, kanak-kanak

adapi cabaran PRU13.Kunjungannya ke pra-sekolah

pula adalah simbol harapan dan masa depan, betapa beliau komited melihat pembangunan gen-erasi yang berjaya dan terpimpin. Malah, kanak-kanak juga adalah golongan yang bersih dan menjadi amanah kepadanya meletak satu corak keyakinan demi masa depan mereka.

Dr Rohani dekati rakyat tanpa jemu

Page 5: I Malaysia - epaper.harakah.net.myepaper.harakah.net.my/document/098207240654610630-9800/harakah... · rasuah dan agenda mencetuskan ... Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS

HARAKAH • 3 - 5 Mei 2013 • 22 - 24 Jamadilakhir 1434 • BANGKIT 5FOKUS PRU13 KEDAH

PENDANG: PAS yakin untuk merampas kerusi Dun Sungai Tiang buat pertama ka-linya di kubu kuat Umno ini pada PRU13 melalui calon-nya, Fadzil Baharom.

Calon PAS yang juga anak tempa-tan di Sungai Tiang tekad melakar pe-rubahan yang diinginkan pengundi di sini memandangkan penyandang kerusi, Dato’ Soraya Yaakob sebenarnya gagal menumpukan pemban-gunan khasnya dalam aspek pendidikan dan usaha menaikkan taraf hidup penduduk di Dun itu.

Beliau yakin mandat memerintah negeri itu akan dapat dikekalkan

kepada PAS pada hari pengundian 5 Mei ini bagi membolehkan perancangan dan dasar

yang telah dirangka Kerajaan Negeri PAS sebelum ini khas-nya soal infrastru-tuktur, terutama di Pendang dapat

dilaksanakan.Merujuk kepada

manifesto Pakatan Rakyat, Fadzil yang ditemui di sini 22 April lalu yakin pengundi boleh menilai 15 ta-waran yang memberi kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mempertahankan kemenangan di Kedah seterusnya merampas Dun Sungai Tiang.

BALING: Ulama tersohor Kedah, Tuan Guru Salleh Musa yang men-gasaskan Pondok Ar-Rahmaniah di Sik menyeru seluruh rakyat Kedah khasnya dan Malaysia amnya men-gundi PAS dan Pakatan Rakyat.

“Wajib. Nabi kata ‘man ahabbani ka na maíI fi l jannah”. Kasih pada nabi baru dpt syafaat. Kasih pada nabi ,apa perjuang nabi kita ?

“Sekat jangan bagi naik PAS, itu khianat pada nabi. Saya kata pangkah Pas wajib, pangkah Umno haram. Buka kitab tengok,” kata Tuan Guru Salleh kepada Harakah sewaktu diwawancara di pondoknya pada 22 April lalu.

Kata Tuan Guru Salleh, Islam itu mengalir kerana hasil perjuangan Rasulullah.

“Kita tak mahu sokong islam, anak zur-iat di belakang macam mana? Hendaklah ada kamu satu golongan yang suruh orang buat baik larang buat jahat. Parti kita parti yang menyekat kemung-karan,” katanya lagi.

Beliau juga menyelar beberapa pemimpin BN yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana katanya itu satu dakwaan jahat dan mahu menyekat Islam.

Ditanya mengenai prestasi PAS mentadbir Kedah, beliau memuji beberapa langkah Menteri Besar, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak dalam melestasrikan penga-jian Islam di dini.

Katanya, pembinaan Kolej Uni-versiti Islam Insaniah (KUIN) adalah salah satu kelestarian dalam pentadbiran Azizan dalam mewar-nakan Islam di Kedah ini.

Selain itu katanya bantuan kepada sekolah agama rakyat dan hal ehwal

Islam di sini amat-amat membangggakan, ber-banding semasa zaman pemerintahan Umno sebelum ini.

Sehubungan itu be-liau mahu rakyat Ke-dah bertekad dalam mengekalkan pemerin-tahan Islam di Kedah oleh PAS dan Pakatan Rakyat.

Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS

Setelah hampir lima tahun Pakatan Rakyat memerintah di Kedah, sudah lebih 80 peratus Manisfesto PRU12 telah berjaya

dilaksanakan antaranya:

1 Memastikan pentadbiran yang sifar rasuah.> Sehingga kini, kerajaan berjaya memimpin dengan bukti

sebuah kerajaan yang bersih kerana tiada pemimpin, pegawai atau kakitangan kerajaan yang disabitkan dalam rasuah.> Pihak kerajaan telah berikrar tidak akan melindungi pegawai dan kakitangan serta bersikap terbuka kepada SPRM untuk mem-buat siasatan sekiranya terdapat aduan.

2Melaksanakan perancangan strategik dengan tujuan menam-bah hasil dan mengurangkan perbelanjaan.

> Perakuan Laporan Ketua Audit Negara 2009 berkenaan per-belanjaan berhemah, penjimatan serta penambahan hasil dalam negeri seperti buat pertama kalinya, pihak GLC telah menyumbang dividen kepada pihak kerajaan sebanyak RM 30 juta.> Kewanangan negeri lebih kukuh apabila berjaya melepasi paras defisit RM 16 juta pada tahun 2010.> Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Kedah Se-jahtera 2010-2015 yang meliputi bidang makro-ekonomi, industri, pelancongan, pertanian, teknologi maklumat dan telekomunikasi, pembangunan modal insan serta utiliti dan infrastruktur dengan tujuan menambah hasil pendapatan negeri.

3 Mengkaji semula elaun dan keistimewaan yang dinikmati oleh Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco).

> Menteri Besar dan Exco telah membuat pemotongan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud.> Pengurangan elaun mesyuarat.> Pemberian elaun di zaman Umno dan BN Kedah mencecah sehingga RM 7 juta setahun manakala pemberian elaun semasa pentadbiran Pakatan Rakyat tidak mencapai RM 2 juta setahunAhli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak diberikan elaun bulanan seperti sebelum ini.

4 Melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil.

> Pemberian kontrak sesuatu projek telah dilaksanakan secara telus dan adil. Kerajaan telah melaksanakan sistem tender terbuka bagi memastikan peningkatan hasil serta tidak berlaku penyelewengan.> Ini dapat dibuktikan dengan peningkatan hasil kerajaan negeri sejak mengambil alih urusan pentadbiran kerajaan. Laporan Ketua Audit Negara (2009) menyatakan Kedah telah berjaya meningkat-kan hasil sehingga 205 peratus berbanding tahun 2007.

5 Memberi elaun kepada guru-guru agama dan guru-guru al-Quran persendirian.

> Pihak kerajaan telah memberi elaun tersebut melalui saguhati semasa bulan Ramadan dua tahun berturut-turut. Hal ini tidak pernah dilakukan sebelum ini.

6 Menjaga hak dan kepentingan bukan Islam

> Menjamin peruntukan Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dihormati mengikut kepercayaan masing-masing.> Kerajaan telah mengadakan majlis dan memberi sumbangan bagi meraikan masyarakat Cina, India dan Siam seperti Majlis Sambu-tan Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam dan sebagainya.> Pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM 1.5 juta khusus untuk aktiviti dan program pelbagai kaum di Kedah.> Sekolah-sekolah jenis kebangsaan (persendirian) juga turut diberi bantuan oleh kerajaan untuk mempertingkatkan pencapaian sekolah-sekolah tersebut.> Menyediakan tanah seluas 3 ekar di Jalan Suka Menanti kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Pumpong.> Menyediakan tapak seluas 3 ekar di Sg. Tok Pawang, Bedong kepada Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.> Pemberian kewangan sebanyak RM 60,000 kepada SMJK(C) Keat Hwa untuk kegunaan pasukan pancaragam yang akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.> Menyelesaikan pembayaran bil-bil yang tertunggak sejumlah hampir RM200,000

PAS akan ‘rampas’Dun Sungai Tiang

MANIFESTOTELAH JAYADILAKSANAKAN

Kompleks PAS Kedah

Page 6: I Malaysia - epaper.harakah.net.myepaper.harakah.net.my/document/098207240654610630-9800/harakah... · rasuah dan agenda mencetuskan ... Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS

BANGKIT • 3 - 5 Mei 2013 • 22 - 24 Jamadilakhir 1434 • HARAKAH6 KEMPEN KOTOR BN

lebih berintegriti dan wajar menjadi pilihan rakyat tambahan mereka mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas,” ujar aktivis sosial itu lagi.

Tambahnya, calon-calon bertanding Pakatan Rakyat turut membariskan generasi muda yang berpotensi dapat mengetengahkan banyak idea lebih segar demi kesejahteraan rakyat.

Pandangan beliau senada dengan Fakhruddin Mohd, 25, yang menyifatkan gagasan perjuangan Pakatan Rakyat yang berusaha menghapuskan sistem monopoli dalam banyak pembekalan barangan dan perkhidmatan di negara sebagai tawaran yang patut direbut oleh lebih 13 juta pengundi nanti.

“Monopoli yang dibajai Umno-BN hanya men-guntungkan kelompok mereka dan anak-beranak padahal rakyat marhaen yang miskin terus miskin.

‘Sebaliknya, janji Pakatan Rakyat memansuh-kan monolopi hak keperluan rakyat selari dengan keperluan mendesak pada masa sekarang kerana hasil bumi di tanah air ini adalah milik rakyat bukan didagangkan untuk mengkayakan pemodal kroni dan pelabur asing semata-mata,” katanya.

Bagi ahli perniagaan Abu Rumaisha, 27, pula Najib serta pemimpin Umno-BN lain hanya perlu menanti dihukum rakyat pada 5 Mei nanti selepas banyak keburukan dan penindasan kepada rakyat dilakukan selama ini.

“Kita memang tidak boleh buat apa-apa jika ses-eorang itu tidak dapat menerima kenyataan bahawa realiti memang tidak memihak kepada mereka.

“Najib seperti masih di alam fantasi, didendan-gkan puak penyokong dan pembodeknya konon mereka sahajalah kepercayaan sandaran rakyat,” tegasnya sambil merujuk beberapa kajian ke-

cenderungan pengundi termasuk undian atas talian oleh sebuah akhbar beberapa bulan lalu.

Imej Anwar dan Pakatan Rakyat gagah manakala Najib dan BN goyah semakin jelas menuju ke Putrajaya kerana rakyat sudah celik tetapi dengan syarat tidak berlaku peni-

Dari Muka Belakang

Oleh ARIF ATAN

KUALA LUMPUR: Menjelang beberapa hari sebelum rakyat mengundi, Dato’ Seri Najib Tun Razak terus goyah apabila analisis Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Univer-siti Malaya (Umcedel) tidak memihak kepada Pengerusi BN itu.

Penafi an Najib terhadap kajian akademik itu pada ketika sebelum ini beliau teruja dengan penemuan daripada badan yang sama tetapi memihak kepadanya disifatkan Taufi q Asraf, 27, sebagai cuba menafi kan penolakan rakyat.

“Di hati rakyat pada masa ini hanya terletak pada PAS, KeADILan dan DAP selepas banyak pendedahan jenayah rasuah dan penyalahgu-naan kuasa membabitkan pemimpin Umno-BN.

“Malah, isteri Najib sendiri yang terkenal boros menjadi beban bukan sahaja kepada Najib bahkan kepada parti itu sendiri yang berdepan hakisan kepercayaan rakyat segenap lapisan,” ujarnya dari Shah Alam.

Amir Hamzah, 28, pula berpendapat perjuangan Pakatan Rakyat yang dapat dilihat daripada pengisian manifesto adalah lebih me-nyebelahi rakyat terbanyak berbanding mani-festo ciplak BN.

“Tawaran Pakatan lebih merakyat tidak se-perti Umno-BN yang tidak habis-habis dengan konsep pembangunan sempit yang sebenarnya menguntungkan pemain kapitalis,” jelasnya.

Tambahnya, manifesto BN tidak banyak me-nyelesaikan masalah rakyat tetapi lebih banyak memberi gula-gula yang sifatnya merosakkan rakyat bagi jangka panjang.

Sementara itu, Aha Ahmad, 31, dari Ulu Kelang berpendapat dalam tempoh singkat ini sepatutnya rakyat sudah dapat menilai Pakatan Rakyat lebih terkedepan dalam membela rakyat.

“Akhlak dan budi sebahagian calon bertand-ing daripada BN pun diketahui umum terpalit dengan pelbagai isu termasuk skandal rasuah.

“Berbeza dengan pemimpin PAS, KeADIL-an dan DAP penampilan calon majoritinya

Abu Rumaisha Aha Ahmad Amir Hamzah Fakhruddin Mohd

SEJAK pilihan raya 1969, Kedah boleh diang-gap tapak yang subur buat Parti Islam. Halangan untuk menguasai kerajaan negeri adalah pengundi bukan Melayu yang masih dijarakkan dengan PAS. Namun, pada 2008, tsunami politik telah men-gubah situasi ini. Penerimaan masyarakat bukan Islam begitu luar biasa; PAS dipilih menjadi teraju kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Walaupun anak Kedah, saya jarang balik kampung, di Tunjang, Jitra. Sejak 1990 sehingga PRU12, saya mengundi di kawasan Dun Bukit Kayu Hitam (dahulunya Tunjang) dan Parlimen Kubang Pasu. Tunjang pernah diwakili PAS pada 1969 dan 1974 (atas tiket Barisan Nasional). Tanah kelahiran saya, Kampung Raja pernah menyaksikan bekas men-teri, Allahyarham Senu Abdul Rahman kalah pada 1969. Bagaimanapun selepas 1978 sehingga kini, BN masih berkubu kukuh di sini. Dr Ma-hathir Mohamad menjadi Ahli Parlimen dari 1974 hingga 2004.

Sehinggalah Dun Kedah dibubarkan, saya hanya sempat beberapa kali bertandang ke Alor Setar; dua daripadanya bertemu Menteri Besar, Ustaz Azizan Abd Razak, yang juga bekas Pengarah Urusan Harakah. Bertemu rakan-rakan lama dan saudara-mara, saya dapat merasakan keselesaan mereka bernaung di bawah kerajaan Pakatan. Memang tidak nampak perubahan ketara projek-projek pembangunan, tetapi, bagi mereka, penerusan pentadbiran Pakatan yang bersih rasuah dan mesra rakyat merupakan aset besar yang perlu dipertahankan.

“Aku tak pernah mengundi PAS, hang pun tau sejak sekolah lagi pendirian politik aku,” kata seorang sahabat, yang pernah belajar sekali di Sekolah Menengah Teknik, Alor Setar semasa kami berjumpa berhampiran Pekan Rabu. “Tapi aku seronok dengan pendekatan kebanyakan pemimpin PAS di sini. Berbeda dengan Umno, PAS lebih jujur dan tulus berkhidmat. Sewajibnya mereka diberi peluang sekurang-kurangnya 5 tahun lagi.”

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, dalam tiga kali pertemuan dengannya, sentiasa menekankan “kehebatan” komposisi anggota Exco Kerajaan Negeri di bawah Ustaz Azizan, terutama latar-belakang profesion masing-masing. “Ada ulama, doktor, peguam dan jurutera, satu kombinasi yang baik dan kesitimewaan ini tidak pernah ada dalam kerajaan BN terdahulu,” kata Kadir.

Tanpa ragu, saya yakin, insya-Allah, dengan khidmat cemerlang yang ditunjukkan “pasukan Ustaz Azizan” pada penggal pertama yang penuh ujian ini, rakyat Jelapang Padi akan terus memberi sokongan kepada Pakatan dalam PRU13. Memang saingan dan cabaran cukup sengit, termasuk penglibatan proaktif Dr Mahathir terutama untuk membantu anaknya, Mukhriz menjadi MB baru, tetapi saya kira warga Kedah dapat membuat penilaian sewajarnya.

“Biarlah Umno dengan nostalgia lama mereka bersama Mahathir. Bukannya tiada jasa kepada rakyat Kedah, tetapi zaman itu sudah berlalu. Umno adalah kisah lama. PAS dan Pakatan membawa harapan baru,” jawab saya kepada persoalan peluang Umno mengambil alih Kedah.

Keyakinan Kedahhadapi PRU13

Anwar-Pakatan gagah, Najib-BN terus goyah

(c) Tiap-tiap orang yang, sebe-lum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan apa-apa pemberian, pinjaman, tawaran, janji, pemerdapatan, per-setujuan yang disebut terdahulu kepada atau untuk mana-mana orang bagi mendorong orang itu supaya mendapatkan atau beru-

saha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih, atau untuk mendapatkan undi mana-mana pemilih atau pengundi dalam ma-na-mana pilihan raya;

(d) Tiap-tiap orang yang, sama ada sebelum atau semasa sesuatu pilihan raya, apabila menerima atau oleh sebab mana-mana pem-berian, pinjaman, tawaran, janji, pemerdapatan, atau persetujuan itu, mendapatkan atau mengaku

janji, berjanji atau berusaha untuk mendapatkan mana-mana orang dipilih, atau untuk mendapatkan undi mana-mana pemilih atau pe-ngundi dalam sesuatu pilihan raya.

Mengulas lanjut, Syed Ibrahim mahu rakyta peka hak mendapat-kan kempen dan pilihan raya yang adil dan telus dengan melaporkan apa sahaja penyelewengan mana-mana pihak kepada Mafrel atau badan penguatkuasaan yang lain.

Penyokong

PAS bekerja

keras untuk

kemenangan

Islam

Foto:MUNIZAM

ZAMRI

Page 7: I Malaysia - epaper.harakah.net.myepaper.harakah.net.my/document/098207240654610630-9800/harakah... · rasuah dan agenda mencetuskan ... Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS

HARAKAH • 3 - 5 Mei 2013 • 22 - 24 Jamadilakhir 1434 1434 • BANGKIT 7

Page 8: I Malaysia - epaper.harakah.net.myepaper.harakah.net.my/document/098207240654610630-9800/harakah... · rasuah dan agenda mencetuskan ... Tuan Guru Salleh Musa seru wajib undi PAS

Oleh NYZA AYOB

KUALA LUMPUR: Rakyat diminta lebih prihatin terhadap penyelewengan yang dilakukan BN dalam menggunakan kemuda-han awam dan agensi kerajaan serta imbuhan berbentuk rasuah untuk mengampu rakyat agar terus memberi sokongan kepada BN.

Pengerusi Badan Pemantau Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel), Syed Ibrahim Syed Noh berkata ramai tidak menyedari ia bukan hanya tanggung jawab parti yang bertanding semata-mata tetapi harus ada pada setiap rakyat bagi memastikan pilihan raya adil dan telus.

Katanya lagi, tindakan yang dilakukan BN itu seperti menyogok rakyat dengan pengumu-man projek-projek baru sebenarnya telah menyalahi Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang termasuk dalam perbuatan rasuah.

Antara perkara yang termasuk dalam Bahagian III akta tersebut iaitu berhubung perbuatan rasuah ialah penyamaran, penjamuan, pengaruh tidak wajar, penyogokan, hukuman dan ketidakupayaan kerana perbuatan rasuah.

Tambah Syed Ibrahim, untuk membentuk pilihan raya yang bebas dan adil serta bagi mengelakkan penyalah gunaan kemudahan awam, SPR perlu bersikap tegas dengan memberi garis panduan premis awam tidak boleh digunakan untuk kepentingan pihak

Sisipan BANGKIT ini diterbitkan oleh Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat dan dicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd

tertentu dan penguat kuasaan tersebut perlu dilakukan polis dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya lagi, walaupun terdapat pasukan penguatkuasaan khas SPR, tumpuan hanya diberikan kepada pemantauan kain rentang, poster, ceramah dan kempen.

"Mungkin sumber tenaga SPR dan polis tidak mencukupi dan mereka boleh bekerjasama dengan sukarelawan Pemantau yang dikelolakan oleh NGO.

"Apa yang kita harapkan ialah rakyat bukan sahaja mempunyai kesedaran untuk keluar mengundi tetapi juga melawan penipuan dan salah guna kuasa," katanya.

Jelas Syed Ibrahim lagi, setiap kesalahan tersebut katanya mempunyai definisi khusus. Menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, antara yang boleh disifatkan bersalah atas kesalahan menyogok ialah:

(a) Tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana oranglain bagi pihaknya, memberikan, meminjamkan, atau bersetuju untuk memberikan atau memin-jamkan, atau menawarkan, menjanjikan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa apa wang atau balasan bernilai kepada atau untuk mana- mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak

012

> 23 April 2013 - Letupan bom di

kawasan bilik gerakan BN di Nibong

Tebal.

> 11 April 2013 - Sekumpulan 15 orang

samseng bersenjatakan parang dan

pedang di Felda Neran 1, Kemaman

melakukan serangan menyebabkan

petugas Pakatan Rakyat, Asri Hassan,

40, cedera kekal di bahagian kaki.

> 13 Februari 2013: Dua siswa dan dua

siswi dari kumpulan Gerakan Mahasiwa

PRU13 (GM13) diserang dengan parang

oleh samseng Umno di Felda Chini 4

dalam Parlimen Pekan.

> 9 Februari 2013: Samseng Umno-BN

di Pahang menghalang siri Jelajah

Merdeka Rakyat yang membawa Ketua

Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar

Ibrahim dengan meggunakan empat

treler dan beberapa kereta daripada

rombongan sampai di tapak ceramah di

Felda Bukit Kuantan.

> 4 Februari 2013: Perancangan jahat

Umno-BN dengan memperalat agensi

kerajaan terdedah melalui rakaman

video di internet tentang perbincangan

melakukan kekacauan ketika ceramah

Anak di Felda Sungai Tengi, Hulu

Selangor.

> 4 Februari 2013: Kira-kira 100 orang

samseng dipercayai ahli Umno dan

Perkasa di Felda Sungai Tengi, Hulu

Selangor mengganggu ceramah

Persatuan Anak Peneroka Felda

Kebangsaan (Anak) dengan membaling

kerusi ketika Presiden Anak, Mazlan

Aliman ingin memulakan ceramahnya.

> 23 Disember 2012: Penyokong BN di

Felda Bukit Rokan Barat dan Utara

membuat provokasi dengan

memegang bendera BN, kayu, besi dan

batu besar ketika menunggu ketibaan

konvoi Kembara Oren ‘Selamatkan

Felda’ Negeri Sembilan.

Bangkittolakrasuah BN

SYED IBRAHIMSYED NOH

mana-mana pemilih atau pengundi atau kepada atau untuk mana-mana orang lain,bagi mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melaku-kan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab pemilih atau pengundi itu telah mengundi atau tidak mengundi dalam mana-mana pilihan raya;

(b) Tiap-tiap orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengansendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, memberikan atau mendapatkan, atau bersetuju untukmemberikan atau mendapatkan, atau menawarkan, menjanji-kan, atau berjanji untuk mendapatkan atau berusaha untuk mendapatkan, apa-apa jawatan, kedudukan atau pekerjaan kepada atau untuk mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang bagi pihak mana-mana pemilih atau pengundi, atau kepada atau untuk mana-mana orang lain, bagi mendorong pemilih atau pengundi itu supaya mengundi atau tidak mengundi, atau yang secara rasuah melakukan apa-apa perbuatan yang disebut terdahulu oleh sebab mana-mana pemilih atau pengundi telah mengundi atau tidak

LIHAT MUKA 6mengundi dalam mana-mana pilihan raya;

BN GANASMENJELANG PRU13